You are on page 1of 24

TINGKATAN 2

Tajuk:Perjuangan Tempatan
Mengembalikan Kedaulatan Bangsa

Nama:Lo Shyhfong
Kelas:2C
Nama Guru:Pn.Choo Mee Foong
ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk m/s


1. Perhargaan 1
2. Objektif Kajian 2
3. Kaedah Kajian 3
4. 7.5:Dato Maharaja Lela
Perjuang Kebanggaan Perak
-Latar Belakang 4
-Faktor Penentangan 5
-Peristiwa Penentangan 6
-Kesan Penentangan 7
5. 7.7:Dato’Bahaman
Pahlawan Pahang
-Latar Belakang 8
-Faktor Penentangan 9
-Peristiwa Penentangan 10
-Kesan Penentangan 11
6. 7.8:Mat Salleh
Menyanggah SBUB
-Latar Belakang 12
-Faktor Penentangan 13
-Peristiwa Penentangan 14
-Kesan Penentangan 15
7. 7.10:Tok Janggut Pejuang Jihad
-Latar Belakang 16
-Faktor Penentangan 17
-Peristiwa Penentangan 18
-Kesan Penentangan 19
8. Rujukan 20
9. Rumusan 21

Penghargaan
Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada:

(a) Pihak sekolah yang memberi palbagai bantuan serta


kabenaran untuk menjalankan kajian Sejarah ini.

(b) Puan Choo Mee Foong guru sejarah kelas saya yang telah
banyak memberi panduan , nasihat serta bimbingan sepanjang
masa kajian dijalankan.

(c) Ibu bapa tersayang yang telah memberi banyak prihatin dan
semangat kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini.

(d) Rakan-rakan kelas saya yang telah memberi kerjaasama serta


sumbangan semasa kajian dijalankan.

Akhirnya , saya semoga mereka dapat berjaya dalam segala


lapangan yang diceburi.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 1

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan
sukatan mata pelajaran Sejarah Tingkatan Dua . Antara objektif kajian
yang ingin dicapai ialah :

(a) Mengetahui peristiwa-peristiwa penting semasa penjajahan.

(b) Mengetahui bahawa penjajahan menyebabkanpenderitaan dan


penghinaan.

(c) Memahami dan menyedari sebab-sebab penentangan dan


kesan-kesannya.

(d) Menjadikan iktibar dan pengajaran sebagai pandu masa kini


dan masa hadapan.

(e) Mempelajari semagat patriotisma serta bangga akan negara


sendiri mereka yang mengembalikan maruah bangsa dan
kedaulatan negara , pahlawan tanah air telah berjuang
bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 2

KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang saya guna untuk menyiapkan kerja kursus
ini , saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapat serta
menganalisis maklumat , iaitu:

(a) Rujukan Buku Teks


-Saya merujuk kepada buku teks mengaji dan meneliti serta
mencatatkan isu-isu dan gambar-gambar yang diperlukan .

(b) Kaedah Perbincangan


-Saya berbincang dengan guru sajarah dan kawan-kawan baik
saya bagi menyiapkan kerja kursus ini.

(c) Kaedah Kerja Kumpulan


-Saya dan kawan-kawan menyiapkan kerja kursus ini bersama-
sama . Kami bertukar maklumat fikiran dan idea yang berguna .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 3
7.5 : Dato’ Maharaja Lela Pejuang
Kebanggan Perak

Gambar pelukis
menunjukkan Dato’
maharaja Lela.

Latar Belakang

-Dato Maharaja Lala ialah Orang Besar Berlapan Perak dan


penghulu di Pasir Salak.

-Pada November 1874 , Perak menerima Residen British iaitu


J.W.W. Birch hasil daripada Perjanjian Pangkor.

-Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Brich , sultan dan


pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir Salak.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 4
FAKTOR PENENTANGAN

(a) Mengambil Hak Mengutip Cukai


-Pada 24 Julai 1875 , Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani
pengisytiharkan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai.
-Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani.
-Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan
kutipan
cukai timah di Bidor.

(b) Mencabar Ketuanan Melayu


-Kemarahan sultan dan pemesar Perak memuncak.
-pada 2 Oktober 1875 , Sultan Abdullah didesak menandatangani
perisytiharkan
penyerahan kuasa kepada British.
-Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen.
-Residen berkuasa melantik hakim , mengurus kutipan cukai dan melantik
penghulu.

(c) Memperkenalkan Cukai Baru


-Birch bertindak sesuka hati.
-Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi , perahu , atap , senjatah
dan bayaran permit untuk membalak.
-Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.

(d) Mencabuli Adat Resam


-Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau
mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu.
-Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba
perempuan di rumahnya.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 5
PERISTIWA PENENTANGAN
• Raja Abdullah , Raja Ismail dan Dato’Maharaja Lela telah bermesyuarat di Durian
Sebatang .

• Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Birch .

• Dato’maharaja lela dan pengikutnya Dato’Sagor , Pandak Indut Sepuntum


menawarkan diri untuk membunuhnya .

• Mereka berazam menghalau British keluar dari bumi Perak .

• Pada 2 November 1875 , Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan
surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British .

• Dato’Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh


Birch .

• Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak .

• Dato’Maharaja Lela dan Dato’Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir


Salak .

• Pasukan british dikalahkan dan Kapten Innes terkorban .

• Pertempuran ini dikenali sebagai “Perang Perak” dan berlaku hampir setengah tahun .

• Pada 7 November 1875 , pertempuran berlaku di Bandar Tua .

• Pejuang Perak akhirnya dikalahkan setelah British dibantu oleh tentera dari India dan
Hong Kong .
○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 6

KESAN PENENTANGAN
• Pada tahun 1877 , dato’maharaja lela , dato’sagor , pandak indut dan
sepuntum dihukum gantung sampai mati di matang , perak .

• Sultan abdullah dan ngah ibrahim dibuang negeri ke pulau


seychelles di lautan hindi .

• Raja ismail dibuang negeri ke johor .

• British tegas menghapuskan kebangkitan di perak menunjukkan


keangkuhannya sebagai kuasa penjajah .

• Dato’maharaja lela menjadi simbol kepahlawanan orang melayu .

Kawasan kebangkitan Perang Perak


○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 7

7.7 DATO’ BAHAMAN PAHLAWAN


PAHANG

Gambar pelukis menunjukkan

Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang

LATAR BELAKANG

• Nama sebenarnya Abdul Rahman Bin Imam Noh.

• Dianugerahi gelaran Orang Kaya Dato’Setia perkasa pahlawan semantan.

• Diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau dalam


perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor.

• Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya Indera


Segera.

• Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf pemerintahan British di Pahang.


○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 8

FAJTOR PENENTANGAN
(a) Hilang Hak Mengutip Cukai
• Dato’Bahaman menentang tindakan British melantik E.A.Wise
sebagai pengawai majistret dan pemungut hasil di daerah Temerloh.

• Dato’Bahaman dilarang mengutik cukai di daerah kekuasaannya


iaitu di Temerloh.

(b) Pembinaan Balai Polis


• Pegawai British iaitu E.A.Wise mendirikan balai polis di Lubuk
Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato’Bahaman.

• Konflik antara kedua-duanya menjadi lebih serius.

• Dato’Bahaman menganggap tindakan British sebagai menceroboh


kawasan serta mengancam kedudukannya.

(c) Perlucutan Gelaran


• Hugh Cliffod menganggap Dato’Bahaman sebagai penderhaka
kerana enggan mematuhi arahan British.

• British memaksa Sultan Ahmah melucutkan gelaran Dato’Setia


Perkasa Pahlawan Semantan.

• Tindakan British memalukan Dato’Bahaman dan beliau bersumpah


menghalau keluar British dari Pahang.
○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 9

PERISTIWA PENENTANGAN

• Pada 16 Disember 1891 , British menangkap 3 orang pengikut


Dato’Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran .
• Tindakan British itu menyebabkan Dato’Bahaman dan pengikutnya
menyerang Balai Polis Lubuk Terua .
• Peristiwa ini mencetuskan perang .
• Pada 26 Disember 1891 , Hugh Clifford mengetuai pasukan 200 orang
tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi tewas dalam
pertempuran di Kelubi .
• Hugh Clifford berundur dan meminta bantuan daripada Singapura .
• Pada Januari 1892 , British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan
kebangkitan rakyat Pahang .
• Pasukan tentera dinamakan “Gerakan Sultan” yang disertai oleh
J.P.Rodger ditumbuhkan .
• British membekalkan 200 pucuk senapang dan 1000 butir peluru .
• Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini dan berjaya menawan
11 kubu Dato’Bahaman di Bentong .
• Pada Mac 1892 , British sekali lagi menyerang Lubuh Terua .
• Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu .
• Di Terengganu , Ulama Tok Ku Palah menyemarakkan semagat pejuang
Pahang berjihad menentang British .
• Pada 14 Jun 1894 , Dato’Bahaman dan 100 orang pengikutnya menawan
Kuala Tembeling dan Jeram Ampai .
• British bertindak balas menghantar Kolobel Walker untuk menawan
semula Jeram Ampai .
• Dato’Bahaman , Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan .
• Pengunduran ini menandakan berakhirnya perang menentang British di
Pahang.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 10
KESAN PENENTANGAN

• Dato’bahaman dan pengikutnya memperlihatkan keberanian menentang


British .

• Kedudukan British di Pahang tergugat dengan semangat patriotisme oleh


pahlawan Pahang .

• Kebangkitan ini berlansung selama 4 tahun iaitu dari 1891-1894 .

• British terpaksa menanggung hutang yang banyak .

• Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh British membayar 7200 dolar setahun
bagi menyelesaikan hutang tersebut.

PETA:Kawansan berlakunya kebangkitan di Pahang.

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 11
7.8 MAT SALLEH MENYANGGAH
SBUB

Gambar pelukis menunjukkan Mat Salleh

LATAR BELAKANG
• Nama sebenar Dato Mohammad Salleh Bin Dato Batu .

• Dilahirkan di Inanam dan menjadi pemerintah Sungai Sugut .

• Berketurunan Bajau dan Suluk .

• Mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian berperang .

• Kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan paling besar dalam


sejarah penentangan di Sabah .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 12
FAKTOR PENENTANGAN

(a) Perjuang Jihad


• Kebangkitan berpucar daripada semangat perjuang jihad orang Sulu
menentangan Sepanyol di selatan Filipina .

(b) Peraturan Yang Membebankan


• SBUB memperkenalkan peraturan baru di Sabah seperti amalan
buruh paksa , cukai beras dan lesen perahu yang membebankan
rakyat .

(c) Percubaan Berunding Gagal


• Pada Ogas 1895 , Mat Salleh dan pembesar tempatan ke Sandakan
untuk menemui Gabenor Beaufort , C.V.Creagh .
• Tujuan untuk berunding tentang masalah cukai dan tindakan
kekerasan pegawai SBUB terhadap penduduk tempatan .
• Mat Salleh dan pembesar-pembesar tidak dilayan dan setelah
menunggu selama 10 hari beliau meninggalkan Sandakan .

(d) Perkampungan Dibakar


• Gabenor Beaufort menganggap Mat Salleh mengancam
kepentingan SBUB .
• SBUB bertindak membakar dan memusnahkan kampung Mat
Salleh .
• SBUB menawarkan hadiah 500 dolar kepada sesiapa yang berjaya
menangkap Mat Salleh .
○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 13

PERISTIWA PENENTANGAN

• Pada Julai 1897 , Mat Salleh mendirikan kubu di Ranau dan memakar
Pulau Gaya .
• Pada November 1897 , Mat Salleh menyerang Ambong .
• William Cowie , Pengarah Urusan SBUB tidak berupaya mengalahkan
Mat Salleh lalu menawankan perdamaian dan pengampunan kepadanya .
• Pada April 1898 , rundingan diadakan antara Mat Salleh dengan Cowie di
menggatal .
• Mat Salleh dan pengikut diberi pengampunan .
• Penduduk Inanam yang melarikan diri semasa kekacauan dibenarkan
kembali semula .
• Mat Salleh dibenarkan mentadbir daerah Tambunan .
• Mat Salleh diminta melaporkan pengerakannya kepada SBUB .
• SBUB tidak menepati janji sebaliknya pada tahun 1899 SBUB mengambil
alih pentadbiran di Tambunan .
• Mat Salleh berasa tertipu dan meneruskan penentangan dengan menbina
kubu di Kampung Teboh , Tambunan .
• SBUB menyerang kubu Mat Salleh secara besar-besaran .
• Pada Januari 1900 , SBUB berjaya menewaskan Mat Salleh .
• Mat Salleh terkorban .
○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 14

KESAN PENENTANGAN

• Perjuang diteruskan oleh pengikut Mat Salleh seperti Mat Setor dan
Kamunta .

• Pada Julai 1902 , British berjaya menamatkan kebangkitan Mat Salleh di


Sabah sepenuhnya.

PETA : Kawasan kebangkitan Mat Salleh .


○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 15

7.10 TOK JANGGUT


PEJUANG JIHAD

LATAR BELAKANG

• Nama sebenar haji mat hassan bin munas .

• Dikenali sebagai tok janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke


paras dada .

• Dilahirkan pada tahun 1853 di kampung jeram , pasir puteh , kelantan .

• Mendapat pendidikan pondok di kelantan dan makkah .

• Mahir dalam ilmu persilatan .

• Menetap di kampung nering , kelantan .

• Bekerja sebagai petani dan peniaga .


○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 16

FAKTOR PENENTANGAN

(a) Peraturan Tanah


• Tok Janggut menentang peraturan cukai pada tahun 1915 yang
mewajidkan petani membayar cukai tanah .

(b) Pengenalan Cukai Yang Membebankan


• Petani dikehendaki membayar cukai seperti :
(1) Cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok
(2) Pokok pinang 1 sen sepokok
(3) Sirih 5 sen sejunjung .
(4) Kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor .
• Peraturan ini membebankan rakyat

(c) Perasaan anti-British


• Sentimen anti-British meningkat apabila Britain menyerang
Kerajaan Turki Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama pada
tahun 1914 .
• Kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam di seluruh dunia
berjihad menentang penjajah barat .
• Tok Janggut menyahut seruan menentang British di Pasir Puteh .

(d) Pembayaran Cukai Yang Menyusuhkan


• Penduduk tempatan menghadapi masalah membayar cukai kerana
pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar .
• Tok Janggut telah beberapa kali pergi untuk membayar cukai
tetapi gagal .
• Mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda .
• Penduduk tempatan marah kepada British kerana sikap biadab
pegawai British .

○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 17

PERISTIWA PENENTANGAN

• Pada 28 April 1915 , Pegawai Daerah Puteh menghantar Sarjan Che Wan
untuk menangkap Tok Janggut kerana gagal membayar cukai .
• Perbalahan berlaku menyebabkan Sarjan Che Wan mati ditikam oleh Tok
Janggut .
• Pada 29 April 1915 , Tok Janggut , Engku Besar Jeram , Penghulu Adam
dan Che Sahak Merbol mengetuai angkatan melancarkan serangan ke atas
Pasir Puteh .
• Mereka menduduki Pasir Puteh selama 3 hari dan mengisytiharkan Pasir
Puteh bebas daripada ancaman British .
• Engku Besar Jeram iaitu Tuan Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir Puteh .
• Tok Janggut sebagai Perdana Menteri .
• Pada 9 Mei 1915 , British menawarkan hadiah sebanyak 500 dolar kepada
sesiapa yang berjaya menangkap Tok Janggut dan pemimpin kanannya .
• Pada 23 Mei 1915 , British membakar rumah Tok Janggut dan
pengikutnya kerana enggan menyerah diri .
• Tok Janggut bertindak balas menyerang Pasir Puteh .
• Pada 24 Mei 1915 , British menyerang Tok Janggut yang berkubu di
Kampung Dalam Pupuh , Saring .
• Tok Janggut terkorban .
• Mayat Tok Janggut diarak ke Pasir Puteh dan Kota Bharu kemudian
digantung songsang di Padang Balai Besar , Kota Bharu selama 4 jam .
• Kemudian dikebumikan di Pasir Puteh .
○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 18

KESAN PENENTANGAN

• Tok Janggut dan rakan-rakan terkorban sebagai pahlawan yang


menentang kuasa penjajah Barat .

• Semangat perjuangan mereka kebanggaan kita walaupun tewas di tangan


British .
○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 19

RUJUKAN

• Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 .

• Buku Rujukan Sejarah .

• Nota yang diberi oleh guru .

• Melayari Internet .
○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 20

RUMUSAN

Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa penjajahan menyebabkan


penderitaan dan penghinaan . Kekayaan tanah air telah dibolot oleh pejajah dan
penduduknya pula ditindas . Demi mengembalikan maruah bangsa dan
kedaulatan negara , pajlawan tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat
tempatan untuk menentang penjajah , tetapi British telah menggunakan tipu
helah , kekuatan tentera dan menguatkuasakan undang-undang untuk
melumpuhkan perjuang mereka . Perjuang-perjuang negara dijatuhi hukuman
mati , dibuang negara , dipenjarah , harta banda dirampas dan perkampungan
mereka dibakar . British juga mengisytiharkan perjuang tanah air sebagai
pemberontak dan penderhaka . Walaupun mereka gagal , namun semangat dan
keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada perjuang
seterusnya . Perjajahan British telah meninggalkan kesan yang pahit kepada
seluruh rakyat .

Belajarlah daripada sejarah , jika kita lupa dan leka kita akan dijajah
semula . Oleh itu , untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang
berdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta
memperkasa bangsa dan negara .
○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○ 21

TAMAT

TERIMA KASIH

You might also like