You are on page 1of 9

LATAR BELAKANG

Jurnal yang bertajuk “ FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


PENGURUSAN KOLABORATIF” ini adalah hasil kajian yang dilakukan oleh
Foo Say Fooi ( Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM) dan Tang Keow Ngang
(Pusat Pengajian Ilmu Pendidkan, USM) Jurnal ini telah diterbitkan dalam Jurnal
Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, 81-95, 2005.

METEOLOGI DAN POPULASI


Kajian telah dilakukan terhadap 310 responden daripada 31 buah sekolah
menengah di Wilayah Perseketuan. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk
Kajian deskriptif dengan menggunakan analisis korelasi.

PERNYATAAN MASALAH
Pengkaji menyelidik faktor-faktor yang berkemungkinan
mempunyai hubungan dengan tahap pengurusan kolaboratif
di sekolah seperti tahap kecenderungan penggunaan sumber-sumber kuasa
pengetua, gaya komunikasi penyeliaan pengetua dan setiap dimensinya,
pengamalan budaya kerja guru, tahap kebolehan guru, struktur organisasi,
serta demogarafi pengetua (jantina, etnik, akademik, pengalaman dan
umur)
HASIL KAJIAN
Hasil kajian yang dilakukan mendapati bahawa tahap pengurusan
kolaboratif mempunyai hubungan yang sangat signifikan
terhadap sumber-sumber kuasa rujukan dan kuasa pakar,
gaya komunikasi penyeliaan, pengamalan budaya kerja serta
struktur organisasi.

Namun wujud korelasi positif dan signifikan tetapi sederhana nilainya antara
tahap kebolehan guru dengan tahap pengurusan kolaboratif

Bagaimanapun, tahap kecenderungan penggunaan sumber kuasa


paksaan didapati lemah pengaruhnya terhadap tahap pengurusan
kolaboratif. Selain itu, faktor-faktor demografi pengetua seperti
kelulusan akademik dan umur turut mempunyai signifikan
yang negarif dan lemah.

CADANGAN DAN KESIMPULAN


Varibel seperti kecenderungan penggunaan sumber-sumber kuasa
pengetua, gaya komunikasi penyeliaan pengetua, pengamalan budaya kerja
guru, tahap kebolehan guru dan struktur organisasi adalah positif dan
signifikan terhadap tahap pengurusan kolaboratif.

Oleh itu, kelima-lima varibel ini perlu dititikberatkan dalam


ULASAN / KRITIKAN / IMPAK TERHADAP PENGURUSAN
PERSONEL
Kepentingan membuat keputusan secara bersama telah mula
diperkatakan sejak satu dekad yang lalu dan sering dikaitkan dengan
gaya kepimpinan secara bersama (Schlechty,1997)
Oleh yang demikian, varibel-varibel yang dikaji dalam kajian ini
seperti tahap kecenderungan penggunaan sumber-sumber kuasa
pengetua, gaya komuniksi penyeliaan pengetua, pengamalan budaya
kerja guru, tahap kebolehan guru dan struktur organisasi perlu di
ambil perhatian oleh seseorang pengurus.

Ini kerana varibel-varibel ini memberikan impak yang besar terhadap


tahap pengurusan kolaboratif. Seseorang pengurus perlu
mempastikan varibel-varibel yang disebutkan ini diberi penekanan
agar memberi dorongan kepada personel-personel melibatkan diri
secara aktif dalam pengurusan sekolah.
PENGURUSAN BERASASKAN SEKOLAH (School-Based
Management, SBM): TINJAUAN AMALAN PENGURUSAN
BERASASKAN SEKOLAH, SATU PENGALAMAN PEMBELAJARAN
DI NEW ZEALAND
LATAR BELAKANG
Jurnal ini “ PENGURUSAN BERASASKAN SEKOLAH (School-
Based Management, SBM) : TINJAUAN AMALAN PENGURUSAN
BERASASKAN SEKOLAH , SATU PENGALAMAN PEMBELAJARAN
DI NEW ZEALAND “ adalah merupakan hasil kajian Che Ku Alam b.
Che Ku Ali daripada SK Kampung Durian Burong, Kuala Terengganu.
Jurnal ini merupakan jurnal terbitan IAB yang dikeluarkan pada tahun
2006.

Kajian ini adalah untuk mengetahui pengurusan berasaskan sekolah


(School-Based Management, SBM) Kenapa SBM menjadi pilihan
dalam melakukan reformasi pengurusan pendidikan pada hari ini ?
Amalan pengurusan SBM yang telah dilaksanakan di New Zealand
turut dibincangkan dan persoalan yang menarik adalah, adakah SBM
ini boleh diadaptasikan dalam pendidikan kita.
HASIL KAJIAN
SBM mula diperkatakan seawal 90an di UK, Australia, New Zealand, Canada,
AS, Eropah dan Amerika Latin. Dalam mesyuarat APEC ke-3 pada tahun 2004
di Chile, SBM telah diiktiraf sebagai satu strategi dalam membuat reformasi
pendidikan.
Melalui SBM, autoriti pentadbiran pendidikan dari sistem berpusat kepada
pihak pengurusan sekolah. Dengan itu SBM mempunyai Lembaga Pemegang
Amanah Sekolah yang berperanan menetapkan dasar sekolah, memilih dan
melantik guru besar / pengetua, guru dan staff.
Sekolah menyediakan school charter nya sendiri. Gaji kakitangan sekolah dan
kos operasi diperolehi daripada geran dari pusat.
“Education Review Office, ERO” berperanan membuat kajian dan audit
terhadap pencapaian atau perkembangan sekolah.
Antara matlamat pelaksanaan SBM adalah :
 meningkatkan penyertaan ibubapa dan komuniti dalam urus tadbir sekolah
 pengupayaan guru besar / pengetua dan guru-guru
 membina kapasiti setempat
 menambahbaikan kualiti dan kecekapan persekolahan dan secara langsung
meningkatkan pencapaian pelajar
KESIMPULAN
Satu pendekatan untuk menghasilkan pendidikan berkualiti
ialah dengan cara mengembangkan sepenuhnya potensi
sekolah. Pada hari ini, persekitaran sentiasa berubah, tetapi sekolah
dan sistem pendidikan tidak mudah berubah.
Secara dasarnya pelaksanaan SBM adalah bertujuan untuk
penambahbaikan pendidikan dan hasil akhir kepada proses
pendidikan dengan penyertaan semua stakeholder
Walaupun pelaksaan SBM ini begitu berjaya di New Zealand,
namun tidak semestinya SBM ini diguna serta-merta dalam
pengurusan sekolah di negara kita. Ini kerana pelaksaan SBM
menuntut pengorbanan, daya usaha lebih dan tanggungjawab yang
sangat tinggi.
Faktor masa dan bebanan kerja yang bertambah adalah cabaran
yang perlu ditempuhi. Namun dengan adanya pengurus yang
berkualiti di kalangan lembaga pemegang amanah, guru besar /
pengetua, guru-guru dan staff SBM ini boleh mencapai objektif yang
diinginkan.
Sekian, terima kasih.

You might also like