You are on page 1of 1

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN

Bidang
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya
cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang
berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang
dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya.
Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang
yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak
geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. Malah ada
diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan
dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.
Kalambi
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi
tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja.
Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang
dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan
lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh
hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang
dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan
setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh
pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan
kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura
manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi
hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik.
Bedong
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali
sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung
hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di
badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.

You might also like