P. 1
30 Wasiat Imam Ghazali

30 Wasiat Imam Ghazali

|Views: 1,102|Likes:
Published by issha_din

More info:

Published by: issha_din on Aug 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/08/2011

pdf

text

original

30 wasiat Imam Ghazali

1.Tuntutan berbakti kepada ibu bapa
Berbakti kepada ibu bapa wajib kerana ia hukum Allah. Anak yang enggan berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka. Dan perbuatan derhaka satu dosa besar.

2. Mengasihani anak yatim
Kasihanilah anak yatim kerana Rasullulah saw juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihani anak yatim di akhirat

3. Allah menguji kita
Ujian datang silih berganti. Ia merupakan warna kehidupan setiap insan. Laluilah ia dengan sabar agar kualiti iman kita meningkat. Kerana ujian itu untuk mematangkan keimanan kita

4. Menghormati dan memuliakan guru
Menghormati dan memuliakan guru merupakan tugas dan kewajipan kita sebagai anak dan murid. Guru bagaikan orang tua kita sendiri yang wajib kita hormati dan muliakan

5. Menanamkan iman dalam anak
Menanamkan iman dalam diri anak merupakan kewajipan orang tua. Anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka dan sensitif dengan Tuhan. Bila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk membuat dosa.

6. Islam mengajarkan hidup sihat
Banyak pendidikan kesihatan yang diajar oleh Rasulullah kepada umatnya termasuk aspek kebersihan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan juga makanan. Kerana di dalam tubuh yang sihat itu terdapat kelazatan dalam beribadat.

7. Menghormati tetamu
Islam mendidik kita agar memuliakan dan menghormati tetamu. Kerana tetamu datang membawa rezeki dan apabila ia pulang menghapuskan dosa-dosa kita.

8. Menghormati jiran
Menghormati jiran adalah merupakan tugas dan kewajipan setiap Muslim. Kita di tuntut untuk bersikap memuliakan jiran kita kerana jiranlah orang yang paling terdekat dengan kita.

9. Menggunakan akal untuk berfikir
Al-Quran memerintahkan kita agar berfikir dan menggunakan akal untuk memecahkan rahsia hidup ini. Matlamatnya adalah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kita.

10. Membuktikan kebenaran al-quran
Al-quran mengandungi fakta dan mukjizat. Kejadian alam, manusia dan ilmu pengetahuan didedahkan secara terus terang, yang membuat manusia yakin akan kebenaran adanya Allah.

11. Mencintai ilmu
Mencintai ilmu dan mengamalkan ilmu adalah tanda kecerdasan dan disukai Allah. Barangsiapa yang keluar rumahnya dengan niat untuk mencari ilmu, niscaya di lindungi Allah dan sampai ia kembali.

12. Jangan berdusta
Sesungguhnya dusta itu menuntun kepada kekejian dan kekejian itu menuntun ke dalam api neraka. Tidak henti-hentinya sesorang berdusta dan membiasakan diri dalam dusta, sehingga dicatat disisi Allah sebagai pendusta.

13. Mengawal lisan
Menyaksikan maksiat, kejahatan dan menjadi saksi palsu adalah di antara penyakit lidah dan hati yang amat berbahaya. Ianya menjadi punca kepada rosaknya iman dan seterusnya boleh membawanya ke neraka jahannam.

14. Jangan dekati zina
Islam tidak hanya mengharamkan perbuatan zina, tetapi termasuk juga sebarang tindak-tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan ke arah menghampiri zina.

15. Jangan dekati minuman yang memabukkan
Minuman yang memabukkan seperti arak, hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak. Setiap Muslim yang berakal pasti menjauhi arak kerana ia merosakkan akal, menimbulkan penyakit dan dimurkai Allah.

16. Menjadi pemimpin yang adil
Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menghukum dengan penuh keadilan, dan apabila berkata dengan penuh kebenaran, tidak menyakiti hati orang, dan jujur sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.

17. Menjadi pejuang di jalan Allah
Muhajirin atau pejuang-pejuang Islam yangberjuang di jalan Allah adalah mereka yang merentasi ceruk bumi ini dengan satu mesej, iaitu menegakkan kebenaran Islam dan menghancurkan kebatilan.

18. Menjadi ahli kebaikan
Ahlul Itsar iaitu orang-orang yang gemar melakukan kebaikan, sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain, menolong dan membantu orang yang memerlukan bantuannya. Mereka adalah orang yang paling bermanfaat dan disayangi oleh orang lain.

19. Redha dengan ketentuan Allah
Orang-orang yang redha dengan ketentuan Allah, maka Allah bukakan pintu-pintu kebaikan yang banyak sehingga tiada hari bagi mereka melainkan harus berbuat kebaikan, iaitu kebaikan apa sahaja yang diperintahkan oleh agama.

20. Menjadi golongan yang selamat
Ahlun Najat iaitu orang-orang yang selamat. Mereka hanya menunaikan amalan-amalan yang wajib dan meninggalkan larangan-larangan Allah. Hanya itu yang mereka kerjakan, tidak lebih dan tidak pula kurang.

21. Menjadi manusia yang bahagia
Menjadi manusia yang paling bahagia adalah idaman setiap insan. Oleh itu, raihlah hari-hari bahagia bersama Allah dan RasulNya.

22. Memelihara sifat malu
Malu adalah perhiasan Mukmin sejati. Ianya merupakan akhlak para Nabi dan Rasul yang harus dimiliki setiap orang yang mengaku umat Muhammad.

23. Memusuhi syaitan
Syaitan adalah musuh yang nyata ke atas manusia. Oleh itu, jadikan ia sebagai musuh, bukan sebagai kawan.

24. Menyambung silaturahim
Silaturahim adalah amalan mulia para Nabi dan Rasul, sehinggakan orang yang memutuskan silaturahim dianggap telah melakukan dosa besar

25. Mengingati mati

Mengingat mati mendatangkan kemanisan iman dan sekaligus menguatkan rasa ber-Tuhan dan taqarrub kepada Allah.

26. Menghafal Al-Quran

Orang yang menghafal Al-Quran dianggap sebagai keluarga-keluarga Allah. Oleh itu, perbanyakkanlah menghafal Al-Quran kerana ia cahaya di dalam kubur.

27. Solat tahajud
Solat tahajjud ataupun qiamulail adalah solatnya para Nabi dan Rasul. Bangunlah pada malam yang akhir dan gunakan waktumu untuk meminta hajatmu niscaya akan segera di tunaikan Allah.

28. Mencintai Rasulullah

Kasih dan cinta kepada Rasulullah saw adalah satu kemestian dalam kehidupan seorang Muslim. Setiap Muslim mesti berbuat demikian kerana baginda adalah orang yang paling berjasa di dalam membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia sejagat.

29. Berdoa dan berusaha
Doa memiliki kekuatan dan kehebatan yang dahsyat sehinggakan doa dianggap sebagai senjata mukmin dan pembuka pintu rezeki.

30. Solat yang khusyuk
Solat yang khusyuk adalah kunci mendapatkan keredhaan Allah. Latihlah kekusyukan di dalam solat supaya beroleh kemenangan di syurga.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->