You are on page 1of 15

SEMESTER 2 SESI 2012/2013

QGK3023 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH TUGASAN 1

Program Efektif Kesihatan Sekolah

DISEDIAKAN OLEH NAMA MUHAMAD SUFIAN BIN DAUD NO. MATRIK D20102041257 NO TELEFON 0136688215

KUMPULAN KULIAH:

UPSI 03 (A131PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH:

DR. ABD RAHIM BIN MOHD SHARIFF 24 NOVEMBER 2013

Definisi World Health Organization (WHO) mendefinisikan Promosi Kesihatan sebagai: Health promotion is the process of enabling people to increase control over, and to improve their health.; atau Promosi kesihatan merupakan satu proses mengupayakan manusia untuk meningkatkan kawalan seterusnya meningkatkan kesihatan mereka.

Konsep Promosi Kesihatan Percel et al. (1981) menyatakan bahawa promosi kesihatan adalah sebagai satu usaha membina pengetahuan berkaitan dengan kesihatan, kemahiran dan sikap melalui penggunaan teori tingkah laku. Ajzen et al. (1980) pula menyatakan dalam teori penyebab tingkah laku bahawa manusia akan bertingkah laku berdasarkan kepada sikap dan kepercayaan tentang faedah ataupun kos hasil daripada tingkah laku yang diamalkan. Di samping itu, beliau juga membincangkan tentang persepsi individu berkaitan dengan tekanan sosial yang mempengaruhi individu untuk mengubah tingkah lakunya. Simonds (1976) pula menyatakan bahawa promosi kesihatan bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku kepada individu, kumpulan dan penduduk keseluruhannya daripada tingkah laku sekarang kepada tingkah laku yang baik untuk kesihatan, tingkah laku semasa yang bermasalah kepada tingkah laku kesihatan masa depan. Minkler (1989) menyatakan secara ringkas bahawa promosi kesihatan adalah kombinasi pendidikan kesihatan dengan advokasi kesihatan. Teori dan Model Promosi Kesihatan Model Kepercayaan Kesihatan (Health Belief Model) Model ini diperkenalkan oleh Hochbaum dan Rosenstock sekitar dekad 1950-an yang diasaskan menggunakan pendekatan psikologi. Model ini mengandaikan perubahan tingkah laku kesihatan berdasarkan konsep yang digambarkan seperti

Gambar Rajah 1.1:-

Model ini diubah suai pada tahun 1988 apabila Rosenstock, Strecher dan Becker menambah unsur keyakinan diri (self efficacy). Penambahan ini untuk mengukuhkan tingkah laku yang memerlukan perubahan jangka masa panjang (rujuk Jadual 1.1).

Jadual 1: Huraian Model Kepercayaan Kesihatan

Model Tahap Perubahan Tingkah Laku (Transtheoretical Model)

Model diperkenalkan pada 1977 ini oleh Prochaska dan DiClemente, menyatakan bahawa perubahan tingkah laku merupakan satu proses dan bukannya satu peristiwa. Seseorang individu yang cuba mengubah tingkah lakunya akan melalui 5 tahap perubahan seperti dalam Jadual 1.2:-

Jadual 1.2: Huraian Model Tahap Perubahan Tingkah Laku

Strategi Promosi Kesihatan


Dalam menetapkan hala tuju sesuatu program promosi kesihatan di kalangan badan-badan promosi kesihatan serta pihak berkuasa kesihatan awam seluruh dunia, satu strategi Promosi Kesihatan telah dibangunkan yang dinamakan sebagai Piagam Ottawa Untuk Promosi Kesihatan (Ottawa Charter For Health Promotion). Piagam ini telah diterima dan dipersetujui dalam Persidangan Promosi Kesihatan Antarabangsa Pertama (First International Conference on Health Promotion) yang berlangsung pada 21 November 1986 di Ottawa, Kanada. Ia merupakan satu pernyataan visi masyarakat antarabangsa ke arah mencapai hasrat Kesihatan Untuk Semua (Health For All) bagi dekad tahun 2000 dan seterusnya. Antara lain piagam antarabangsa ini menggariskan 5 strategi utama seperti dalam Gambar Rajah 1.2:-

Membentuk polisi awam sihat (Building healthy public policy) Bidang promosi kesihatan melangkaui skop penjagaan kesihatan semata-mata. Kesihatan perlu menjadi agenda para pembuat dasar (policy makers) pada setiap sektor dan peringkat; dengan memastikan mereka menyedari implikasi dan bertanggungjawab ke atas kesan daripada keputusan atau dasar yang dirangka demi kesihatan. Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh: a) Membantu masyarakat membangunkan polisi setempat mengenai larangan penjualan produk tembakau kepada kanak-kanak dan remaja. b) Menyokong pembentukan jawatankuasa bertindak setempat dalam menggalakkan polisi
makan secara sihat. c) Memantau pematuhan undang-undang berkaitan larangan penjualan hasil tembakau kepada pelajar-pelajar sekolah di kalangan peniaga dan melaporkannya kepada pihak berkuasa jika perlu.

Mewujudkan persekitaran yang menyokong (Creating supportive environments) Masyarakat kita adalah kompleks dan saling berkaitan antara satu sama lain. Kesihatan tidak dapat dipisahkan dari tujuan-tujuan lain dalam kehidupan. Prinsip yang menjadi panduan untuk seluruh masyarakat dunia merupakan nilai menggalakkan umat manusia agar saling mengambil berat antara satu sama lain, masyarakat dan alam sekitar kita.

Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh: a) Menyokong aktiviti kemasyarakatan yang berkaitan kesihatan persekitaran seperti

gotong-royong, rukun tetangga dan menghijaukan kawasan perumahan atau kampung. b) Menganjurkan program promosi kesihatan yang menekankan keselamatan dan

kesihatan di tempat kerja seperti di pejabat, ladang serta kilang atau kemudahan awam seperti sekolah, stesen bas serta taman rekreasi. c) Menyokong projek yang menggalakkan masyarakat memperoleh pendapatan sampingan melalui berkebun sayur di kawasan rumah.

Memperkukuhkan tindakan komuniti (Strengthening community action) Bidang Promosi Kesihatan dapat dilaksanakan melalui tindakan masyarakat yang berkesan dalam menetapkan keutamaan, membuat keputusan, merancang dan melaksanakan strategi untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Kunci kepada proses ini merupakan pengupayaan komuniti; yang disertai dengan pemilikan dan kawalan mereka sendiri ke atas usaha dan hala tujunya. Pembangunan masyarakat bergantung kepada sumber-sumber manusia dan material di peringkat komuniti untuk meningkatkan bantuan diri dan sokongan sosial. Perkara tersebut penting dalam membangunkan sistem yang fleksibel untuk mengukuhkan penglibatan masyarakat dalam dan menentukan arah isu-isu kesihatan. Capaian penuh dan berterusan kepada maklumat, peluang pembelajaran untuk kesihatan serta sokongan dari segi kewangan menjadi prasyarat dalam konteks ini.
Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:

a) Menjalin kerjasama dengan pemimpin dan masyarakat tempatan dalam membuat pemantauan dan menyediakan statistik penglibatan remaja dalam aktiviti tidak sihat seperti merokok, buli, samseng jalanan atau ponteng sekolah di peringkat komuniti yang boleh disalurkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya boleh diambil.

b) Menjalin kerjasama dengan pertubuhan atau rumah kebajikan dalam merancang dan menjalankan aktiviti untuk kebaikan golongan kanak-kanak dan warga emas yang memerlukan. c) Menyokong inisiatif di kalangan masyarakat setempat yang memberikan perhatian kepada isu-isu alam sekitar seperti pencemaran udara dari kilang, pengurusan sampah sarap serta kebersihan bekalan sumber air dan sungai.
Membangunkan kemahiran individu (Developing personal skills) Bidang Promosi Kesihatan menyokong pembangunan peribadi dan sosial melalui penyediaan maklumat, pendidikan kesihatan dan meningkatkan kemahiran hidup setiap individu. Ini dapat meningkatkan pilihan yang tersedia bagi individu untuk melakukan lebih kawalan ke atas kesihatan dan persekitaran mereka sendiri, di samping membuat pilihan yang sesuai kepada kesihatan. Mengupayakan individu untuk belajar sepanjang tempoh hayatnya untuk mempersiapkan mereka dengan perubahan di setiap peringkat usia serta untuk menangani penyakit kronik dan kecederaan adalah sangat penting. Ini perlu dilakukan sama ada di sekolah, rumah, tempat kerja dan dalam setting komuniti. Tindakan perlu dilakukan melalui pertubuhan pendidikan, profesional, komersial dan sukarela, serta di peringkat dalaman institusi itu sendiri.

Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh: a) Menyokong ahli-ahli jawatankuasa kesihatan di peringkat penduduk untuk menghadiri aktiviti pembangunan kemahiran individu seperti program kesedaran kesihatan awam mengenai penyakit tidak berjangkit atau latihan kemahiran individu yang berkaitan. b) Menggalakkan para ibu, nurseri dan taman asuhan kanak-kanak agar bertanggungjawab dalam menyediakan makanan yang sihat mengikut saranan Panduan Diet Malaysia serta melatih mereka untuk memantau pengambilan makanan agar sesuai dengan proses tumbesaran kanak-kanak. c) Menjalankan lawatan ke kedai runcit atau pasar raya untuk mendidik masyarakat untuk membeli-belah secara sihat demi kesihatan keluarga.

Menyusun semula perkhidmatan kesihatan (Reorienting health services) Tanggung jawab dalam bidang Promosi Kesihatan dalam perkhidmatan kesihatan dikongsi secara bersama antara individu, kumpulan masyarakat, professional kesihatan, institusi perkhidmatan kesihatan dan kerajaan. Mereka perlu bekerja bersama-sama ke arah sistem penjagaan kesihatan yang menyumbang ke arah peningkatan tahap kesihatan. Peranan sektor kesihatan perlu digerakkan semakin ke arah bidang Promosi Kesihatan, di luar lingkungan tanggung jawabnya yang menyediakan perkhidmatan klinikal dan rawatan. Perkhidmatan kesihatan meluaskan skopnya kepada menyokong keperluan individu dan masyarakat untuk hidup sihat, dan saluran terbuka antara sektor kesihatan dan komponen sosial, politik, ekonomi dan fizikal yang lebih luas. Ini menuntut perkhidmatan kesihatan agar lebih sensitif serta menghormati keperluan budaya. Penyusunan semula perkhidmatan kesihatan juga memerlukan perhatian yang lebih penyelidikan kesihatan serta perubahan dalam pendidikan profesional dan latihan. Perkara ini harus membawa kepada perubahan sikap dan organisasi perkhidmatan kesihatan yang kembali menumpukan kepada keperluan menyeluruh dari segi individu dan sebagai manusia seadanya.

Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh: a) Melaksanakan program promosi kesihatan kepada masyarakat dengan mengadakan saringan kesihatan kepada peserta agar faktor risiko dapat di kesan dan bekerjasama dengan klinik kesihatan jika terdapat kes yang memerlukan intervensi secara rawatan. b) Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat melalui kempen agar masyarakat mengambil langkah proaktif dalam mengamalkan cara hidup yang sihat seperti menjauhi tabiat merokok, melakukan senaman, bersukan, makan secara sihat, menangani stres dan lain-lain.

Elemen-elemen utama dalam bidang Promosi Kesihatan


Merancang, melaksanakan dan menilai program Topik-topik perbincangan mengenai perkara ini meliputi:(i) Pengenalan kepada program (ii) Perancangan dan elemen utama dalam perancangan (iii) Kepentingan perancangan (iv) Langkah-langkah dan peringkat perancangan (v) Penyediaan pelan program dan pelan pelaksanaan (vi) Penilaian aktiviti/program

Membangunkan kerjasama antara agensi Bidang promosi kesihatan menekankan aspek perkongsian (partnership) dengan pelbagai institusi atau organisasi sama ada dari sektor awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, komuniti dan lain-lain, ke arah mencapai matlamat perubahan positif tingkah laku kesihatan menggunakan strategi 5 teras promosi kesihatan. Pertubuhan yang berhasrat melaksanakan program promosi kesihatan perlulah: (i) Mengenal pasti rakan kongsi untuk melaksanakan program. (ii) Mewujudkan dan memperkukuhkan kerjasama dengan mana-mana agensi yang berkaitan.

Kemahiran komunikasi dan penulisan Pengetahuan asas berkaitan dengan komunikasi serta kemahiran dalam berkomunikasi adalah amat penting dalam menyampaikan mesej kesihatan dengan lebih berkesan. Interaksi secara dua hala dalam pelaksanaan program promosi kesihatan akan mewujudkan keadaan yang kondusif antara pengendali program dengan kumpulan sasaran untuk saling bertukar-tukar idea dan pandangan mereka. Pelbagai kaedah komunikasi boleh digunakan dalam penyampaian mesej promosi kesihatan. Kemahiran penulisan menjadi elemen penting dalam pelaksanaan dari merangka kertas cadangan hinggalah kepada penyediaan laporan sama ada dari segi melibatkan kemajuan projek ataupun mengemukakan pencapaian pada akhir program. Idea dan input yang dikongsikan melalui penulisan menjadi wadah yang sangat berharga dalam proses membina keupayaan pertubuhan itu sendiri serta membantu pelbagai pihak yang menilai keberkesanan program tersebut. Secara ringkasnya dua elemen utama yang dapat membantu pertubuhan merupakan: (i) Menulis kertas cadangan dan menyediakan laporan / pemantauan/ penilaian program. (ii) Kemahiran perundingan. Kemahiran teknologi Penguasaan dan kemahiran mengaplikasikan teknologi akan memberi kelebihan kepada mana-mana pihak dalam melaksanakan program. Kemahiran penggunaan teknologi juga akan membantu menyumbang ke arah peningkatan keberkesanan penyampaian perkhidmatan, kecekapan komunikasi, menjimatkan masa dan dalam pelaksanaan program promosi kesihatan

mengurangkan kebergantungan kepada sumber-sumber fizikal. Sebagai contohnya

kemajuan dalam bidang ICT dapat meningkatkan interaksi antara penganjur program dengan peserta melalui e-mail; di samping mengurangkan kos penyediaan bahan-bahan bercetak kepada peserta. Kewujudan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Myspace adalah antara platform interaksi secara maya yang menjadi wadah komunikasi, penyampaian berita dan maklumat serta pertukaran pandangan di ruang maya. Penguasaan ruang maya melalui media baru membuka ruang untuk menyampaikan mesej kesihatan menerusi konsep pemasaran sosial. Maka, tidak dapat dinafikan kompetensi dan literasi dalam menguasai sesuatu teknologi khususnya ICT amat penting dalam melaksanakan program termasuklah program promosi kesihatan.

Kemahiran pengetahuan dan literasi kesihatan Penganjur program atau pertubuhan perlu arif dengan keperluan pelaksanaan program dan isu-isu yang berkaitan dengan program berkenaan. Kemampuan dan kemahiran mereka dalam menguasai kedua-dua perkara di atas akan diuji apabila program dilaksanakan kepada kumpulan sasar. Oleh yang demikian, tiada istilah program tangkap muat atau melepaskan batuk di tangga yang patut wujud dalam diari seorang aktivis masyarakat. Penganjur program perlu memahami isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan masyarakat setempat atau yang menjadi fokus Kerajaan sebelum melaksanakan program kepada masyarakat. Program yang menepati keperluan, mencapai objektif dan dilaksanakan dengan teratur dapat membantu usaha Kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat yang sihat dan sejahtera. Malah, lebih baik lagi jika program dapat diteruskan agar kesinambungan dari segi penglibatan kumpulan sasaran seterusnya menjadi amalan ke arah cara hidup secara berterusan.
Membina keupayaan komuniti Objektif utama LPKM merupakan untuk membina keupayaan pertubuhan dari segi pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai bidang promosi kesihatan. Keupayaan yang dibangunkan ini akan menjadi bekalan kepada pertubuhan tersebut sebagai agen untuk mewujudkan perubahan tingkah laku dalam masyarakat melalui pelaksanaan program yang memberi faedah kepada kesejahteraan mereka. Pelbagai langkah boleh diambil sebagai inisiatif menjayakan perkara ini, termasuklah dengan mengadakan latihan kepada masyarakat terutamanya mendekati pemimpin komuniti seperti ketua kampung, ketua sesuatu jabatan, ibu bapa, guru dan pemimpin NGO yang menjadi opinion leader untuk

kumpulan masing-masing. Usaha mendapatkan sumber bantuan kewangan dalam melaksanakan program juga dapat membantu dalam membina keupayaan dan keyakinan komuniti dalam menjayakan program demi faedah mereka. Ini juga akan meningkatkan rasa pemilikan (belonging/ ownership) komuniti berkenaan ke atas program yang dilaksanakan. Pertubuhan juga dapat meningkatkan keupayaan mereka dan komuniti dengan melibatkan rakan kongsi dalam pelaksanaan program. Penglibatan rakan kongsi yang mempunyai kemampuan dan sumber yang dapat membantu kejayaan akan memberi manfaat kepada masyarakat. Masyarakat akan mendapat faedah seperti peningkatan ilmu pengetahuan dan penggunaan sumber secara bersama yang dapat mengelakkan daripada berlakunya kerugian akibat pembaziran sumber. Peningkatan keupayaan diri juga perlu diberi perhatian agar pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat menjadi amalan dalam memastikan hidup yang sihat dan sejahtera.

Rujukan
Garis Panduan Pemasaran Sosial dalam Program Promosi Kesihatan 2010. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya Garis Panduan Amalan Promosi Kesihatan (Health Promotion Practice Guidelines) untuk Anggota Kesihatan 2008. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya WHO (1996). WHOQOL-BREF Introduction, Administration, Scoring and Generic Version of the Assessment. Field Trial Version. World Health Organization, Geneva EQ-5D User Guide. Version 1.0. EuroQOL Group. Rotterdam , The Netherlands 2007 Manual Prosedur Penilaian Faktor Risiko NCD 2007. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya Manual Latihan PROSTAR Sekolah 2001. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya Pakej Modul Pusat Promosi Kesihatan Komuniti 2005. Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya

You might also like