You are on page 1of 19

1.

0 Pendahuluan

Semua orang mengetahui akan kepentingan pemakanan seimbang tetapi perkara ini lebih

mudah diucap daripada diamalkan terutama dalam kalangan warga kota yang sibuk.

Kini, mengamalkan pemakanan seimbang bukan hanya menjadi masalah warga kota saja

namun ia turut berlaku pada penduduk di luar bandar dan di kampung. Peningkatan kadar

kegemukan dan obesiti adalah petanda paling jelas menunjukkan soal keseimbangan

makanan terabai. Namun, perlu diingat tidak semestinya orang yang kurus dan tiada

masalah berat badan tidak mengalami perkara ini.Bagi kebanyakan orang, asal dalam

sehari sajian kita mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, sumber protein, kalsium dan

karbohidrat sudah mencukupi. Namun, ramai lupa soal sukatan sayur dan buah harian

iaitu sekurang-kurangnya lima hidangan sehari untuk mendapat semua khasiat yang

diperlukan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan untuk meningkatkan

kesihatan kita perlu mengambil lebih daripada lima hidangan sayur dan buah setiap hari

dengan mengurangkan jumlah lemak serta mengamalkan senaman secara tetap dan

teratur. Selain itu, sayur dan buah yang dimakan pula perlu pelbagai. Lebih berwarna-

warni seperti lampu isyarat, lebih baik kerana khasiat yang tiada pada sayur-sayuran hijau

akan disumbangkan daripada sayur berwarna merah atau kuning. Kesukaran

mengamalkan pemakanan seimbang dialami kebanyakan orang termasuk pakar

pemakanan dan perubatan sendiri. Tanpa disedari gaya pemakanan yang kita amalkan

kini secara perlahan-lahan akan membawa kita kepada masalah kekurangan zat.
2.0 Kebaikan mengamalkan pemakanan seimbang

2.1 Mencegah penyakit berbahaya

Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang disarankan untuk

memastikan anda sihat dan bebas daripada pelbagai penyakit berbahaya. Hal ini kerana,

pengambilan pemakanan yang seimbang dalam diet seharian dapat membantu risiko

beberapa penyakit termasuk kanser,serangan jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi,

lebihan kolestrol, osteoporosis dan spina bifida. Dengan mengamalkan pemakanan

seimbang, ianya dapat membantu mengelakkan diri anda daripada didekati penyakit

berbahaya. (Berita Minggu, 23 Mei 2004)

2.1.1 Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan yang disarankan oleh

Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) mengalami 28 peratus hingga 14 peratus

pengurangan risiko terhadap serangan jantung dan strok berbanding mereka yang tidak

mengikuti. Hal ini menunjukkan gaya pemakanan memainkan peranan penting dalam

kesihatan seharian kita. Selain itu juga, pengambilan makanan yang seimbang dapat

mengurangkan pengambilan lemak, terutamanya lemak tepu akan merendahkan lebihan

kolestrol. Lemak tepu berkecenderungan untuk meningkatkan aras kolestrol darah ,

maka wajar sekalilah ianya dihindarkan sama sekali daripada pemakanan anda.

Kebanyakkan orang Eropah dan Amerika memakan makanan yang diketahui tinggi

kandungan lemak tepu kolesterolnya. Oleh sebab itulah, mereka yang yang mengambil

makanan yang lebih berisiko tinggi untuk mendapat penyakit serangan jantung
berbanding dengan mereka yang mengambil makanan yang rendah lemak dan kolesterol.

(Jamaludin Mohammed:2003)

2.2 Makanan Seimbang Elakkan Anemia

Anemia atau masalah kurang darah bukan perkara asing dalam masyarakat kita.

Secara mudahnya, anemia bermakna kekurangan sel darah merah. Darah boleh

dibahagikan kepada tiga, iaitu sel darah merah, sel darah putih dan Platelet dan plasma.

Sel darah merah pula meliputi hemoglobin iaitu protein yang kaya zat besi dan berwarna

merah. Tugasnya ialah membawa oksigen dari paru-paru ke organ dan karbon dioksida

kembali ke paru-paru untuk dibebaskan ke udara.Sel darah putih berfungsi sebagai sistem

pertahanan menentang kemasukan bahan asing ke dalam badan. Platlet pula penting

untuk menghentikan pendarahan apabila luka. Anemia bukan penyakit, tetapi satu

masalah yang boleh mengganggu tugas harian. Orang yang mengalami masalah anemia

cepat berasa letih dan tidak boleh bergiat dalam aktiviti cergas. Amalan pemakanan

seimbang dan kaya zat besi biasanya boleh merendahkan risiko mengalami masalah

kurang darah. Secara asasnya, pemakanan harian seimbang iaitu yang cukup sukatan

sayur dan sumber protein. Ia penting kerana pemakanan yang seimbang mampu

mengatasi masalah kekurangan darah. Maknanya, seseorang itu akan dapat zat besi,

vitamin B12 dan folat mencukupi. Seterusnya, pengambilan zat besi. Zat besi boleh

diperoleh daripada sayur-sayuran hijau (juga kaya dengan folat), daging merah dan organ

(seperti hati). Daging merah dan organ dalaman juga tidak diambil berlebihan, terutama
bagi individu yang ada masalah jantung dan paras kolesterol tinggi, kerana ia turut

mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.

( Diperoleh dari Word Wide Web :http://pmr.penerangan.gov.my)

2.1.3 Makanan Seimbang untuk Diabetesi

Penyakit diabetes atau kencing manis sehingga kini belum dapat disembuhkan, tapi

dapat dikendalikan. Cara yang antara lain harus ditempuh adalah dengan mengatur menu

seimbang. Gaya hidup tidak sihat serta pola makan yang tidak seimbang akan

menimbulkan pelbagai penyakit. Selain obesiti atau masalah kegemukan, berbagai

penyakit juga timbul, salah satunya adalah penyakit Diabetes Mellitus iaitu sindrom yang

ditandai dengan adanya hiperglikemi kronis atau peningkatan kadar gula dalam darah

secara terus menerus. Selain itu, terjadinya Diabetes Mellitus juga ditandai dengan

adanya gangguan pada metabolisme karbohidrat, lemak, dan protein yang berkaitan

dengan kekurangan jumlah atau kerja insulin secara relatif. Normalnya, kadar gula dalam

darah adalah 110 mg/dl (gula darah puasa) dan 140 mg/dl (gula darah sewaktu). Namun,

pada penderita DM, kadar gula darah puasanya lebih dari 126 mg/dl dan gula darah

sewaktu lebih dari 200 mg/dl. Umumnya terjadinya DM disebabkan oleh gaya hidup

yang tidak sihat. Hal ini diakibatkan tubuh terlalu banyak dibebani karbohidrat, sehingga

harus mengeluarkan insulin lebih tinggi supaya dapat mengambilnya. Akibatnya,

kandungan gula dalam darah akan tinggi. Meskipun tidak bisa disembuhkan, DM dapat

dikendalikan. Pesakit Diabetes Mellitus tidak perlu bersedih kerana sebenarnya mereka

sama seperti orang sihat. Nmun begitu, dengan mengikuti pola pemakanan seimbang,

mereka juga sama seperti orang yang sihat. Yang perlu diberi perhatian ialah keteraturan
waktu, keperluan kalori yang diperlukan badan mereka. Komposisi makanan yang

dianjurkan untuk diabetesi adalah 10 hingga 15 peratus protein, 20 hingga 25 peratus

lemak, dan 60 hingga 70 peratus karbohidrat. Hindari karbohidrat sederhana seperti

makanan manis. Makanlah karbohidrat kompleks seperti nasi. Pesakit diabetis dianjurkan

menghindari gula. Menurut American Diabetes Association, gula mengandung kalori dan

zat-zat yang tidak bermanfaat, sehingga menyebabkan kegemukan dan karies pada gigi.

Konsumsi gula yang dianjurkan adalah lima persen dari total kalori atau sekitar tiga

sendok makan sehari. Pada penderita diabetes, satu sendok makan gula dapat

menggantikan misalnya sebuah pisang. Serat juga hendaklah di masukkan dalam

kandungan menu harian agar ianya seimbang. Serat berguna untuk mengendalikan nafsu

makan kerana ia membuat perut terisi, sehingga terasa kenyang. Serat berkhasiat untuk

diabetesi kerana jenis serat larut seperti oat bran, epal, jeruk, serta kekacang dapat

menurunkan glukosa darah. Penderita DM juga disarankan juga untuk membatasi lemak,

minyak, dan santan. Sebab, mereka berisiko tinggi untuk terkena penyakit jantung dan

pembuluh darah. ( Diperoleh dari Word Wide Web: http://www.gizi.net)

2.1.4 Menjaga Kesihatan Mata

Mata adalah sebahagian daripada organ manusia. Ia merupakan bahagian dalam

anggota badan manusia yang paling cepat berkembang jika dibandingkan dengan

bahagian lain. Saiz bola mata manusia akan berkembang antara lima hingga tujuh

milimeter (mm) sahaja sepanjang hayat. Diameter bola mata bayi yang baru dilahirkan

adalah 17.5mm, manakala pada orang dewasa adalah 23mm. Isipadu bola mata juga

hanya akan bertambah sebanyak 3.5 sentimeter padu dari manusia dilahirkan sehingga ia
dewasa. Ketika bayi baru dilahirkan, ketajaman penglihatannya adalah 6/60,

perkembangan ketajaman penglihatan mencapai ke tahap 6/6 ketika kanak-kanak berusia

4 tahun. Sekiranya berlaku masalah atau gangguan dalam proses tumbesaran manusia,

seperti penyakit kronik atau kekurangan makanan maka ia akan mengganggu

perkembangan mata dan sistem penglihatan. Oleh itu, keseimbangan dalam pemakanan

adalah amat penting untuk menjaga kesihatan mata dan sistem penglihatan. ( Rahimah

Abdul Kadir:1995)

Makanan yang seimbang mestilah terdiri dari tiga kumpulan makanan utama. Yang

pertama ialah kumpulan makanan untuk tumbesaran iaitu makanan yang mengandungi

protein seperti ikan, daging, ayam, makanan laut, kekacang, susu dan hasil-hasil tenusu.

Kumpulan kedua ialah makanan yang memberi tenaga iaitu makanan berkarbohidrat dan

makanan yang berlemak seperti nasi, bijirin, mi, minyak masak dan marjerin. Kumpulan

ketiga pula ialah makanan yang dapat mengelak daripada mendapat penyakit iaitu

makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Telah diketahui bahawa

vitamin, garam galian, protein, karbohidrat, lemak dan air memberi kesan ke atas sistem

penglihatan.

Vitamin A juga dikenali sebagai Retinol. Retinol berfungsi ke atas sel-sel yang sensitif

pada cahaya di retina. Bersama protein iaitu Opsim, vitamin A akan bergabung

membentuk Rhodopsin, pigmen yang sensitif kepada cahaya. Rhodopsin banyak terdapat

pada sel-sel rod pada retina. Kekurangan vitamin A yang ketara boleh menyebabkan

‘rabun malam’. Pada sel kon, terdapat satu pigmen iaitu visual violet yang berfungsi
untuk penglihatan warna. Vitamin A juga menjadi sebahagian komponen dalam

membentuk visual violet ini. Secara amnya vitamin A perlu untuk membolehkan mata

melihat dalam keadaan kurang cahaya, memastikan perkembangan tubuh, memastikan

kesihatan kulit dan memperbaharui tisu tubuh. Dalam bentuk asli, Retinol (vitamin A)

boleh didapati dari hati, ginjal, keju, kuning telur dan mentega. Dalam bentuk kedua,

vitamin A adalah keratan yang boleh diperoleh dari sayur seperti lobak merah, bayam,

kubis dan tomato. Dianggarkan kira-kira 80,000 orang di seluruh dunia mengalami

masalah penglihatan akibat kekurangan vitamin A setiap tahun. ( Rahimah Abdul

Kadir:1995)

Vitamin B kompleks memainkan peranan penting dalam proses penglihatan. Masalah

mata yang dihadapi dari kekurangan vitamin B kompleks termasuklah mata berair,

keletihan mata berpanjangan dan sensitif pada cahaya.Dikenali sebagai Tiamin, viatamin

B1 merupakan co-enzim bagi tindak balas pembuangan karbondioksida (CO2).

Kekurangan Tiamin akan mengganggu metabolisme karbohidrat serta menyebabkan sakit

pada bahagian belakang bola mata. Vitamin B1 boleh didapati daripada yis, bijirin,

kacang, daging dan hati. Dikenali sebagai Riboflavin, vitamin B2 merupakan co-enzim

untuk proses pembebasan hidrogen dari pelbagai struktur halus. Pada mata, kekurangan

vitamin B2 menyebabkan rasa panas mata dan berkaitan dengan pembentukan katarak.

Sumber vitamin B2 ialah susu, putih telur, hati dan sayuran berdaun.Dikenali sebagai

Pirodoksin, vitamin B6 bertindak sebagai co-enzim bagi proses tindak balas pemindahan

kumpulan asid amino. Vitamin B6, B15, B2, Vitamin C dan Kolin dipercayai boleh
mengehadkan tekanan kepada mata. Sumber vitamin B6 adalah bijirin, hati dan sayur

segar. Dikenali sebagai Sianokobalamin, vitamin B12 berperanan dalam proses

pembentukan sel darah merah. Dalam badan manusia, vitamin B12 dihasilkan oleh usus.

Pada mata, kekurangan vitamin B12 menyebabkan berlakunya penguraian lapisan yang

melindungi hujung saraf. Penguraian ini juga ada kaitan dengan tabiat merokok yang

boleh menyebabkan ‘Tobacco Ambyopia’. Sumber vitamin B12 ialah hati, susu, telur dan

daging. ( Rahimah Abdul Kadir:1995)

Asid folik berperanan dalam sintesis beberapa Nukleotid bagi pembentukan

protein nuklear dalam proses pembahagian sel dan pembentukan sel darah merah.

Sebahagian besar bola mata terdiri daripada protein, maka kekurangan asid folik boleh

menjejaskan kesihatan mata. Selain itu kekurangan asid folik boleh menyebabkan anemia

(kurang darah) dan pembentukan antibodi yang berkurangan. Sumber asid folik adalah

sayur berdaun, hati, cendawan dan yis.

Vitamin C boleh didapati dalam bentuk Bioflavinoid dan asid askorbik. Vitamin C

perlu di dalam pemakanan setiap hari. Kanak-kanak yang meminum susu botol kurang

mendapat vitamin C berbanding dengan susu ibu. Kepekatan vitamin C agak tinggi dalam

cecair bola mata iaitu dalam Aqueous dan Vitreous Humour serta kanta mata.

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan penyakit skurvi, di mana berlaku anemia,

gusi berdarah dan sendi-sendi bengkak dan mudah berdarah. Pada mata, kekurangan

vitamin C boleh menyebabkan katarak akibat diabetes. Sumber vitamin C adalah buah-

buahan segar seperti limau, sayur segar seperti kubis dan tomato. ( Diperoleh dari Word

Wide Web http://www.myhealth.gov.my).


Vitamin D & E mempertahankan struktur sklera mata dan mencegah bola mata

dari menjadi tegang dan membesar akibat tekanan intraokular. Jadi ia dipercayai boleh

mencegah terjadinya Axial Myopia (rabun jauh disebabkan bola mata membesar dari saiz

normal). Sumber vitamin D dan E adalah minyak ikan, kuning telur, susu dan marjerin. .

( Diperoleh dari Word Wide Web http://www.myhealth.gov.my).

Protein berperanan penting dalam sel hidup. Protein dibentuk dari Asid Aminodan

merupakan bahan asas semua benda hidup. Kekurangan protein akan mengganggu proses

tumbesaran pada kanak-kanak. Ia juga boleh menyebabkan hilang ketahanan terhadap

penyakit. Kajian menunjukkan adanya kaitan antara kekurangan protein dengan keadaan

rabun jauh. Protein yang mencukupi dalam diet boleh mengelak berlakunya rabun jauh.

Sumber protein adalah daging, telur, ikan, ayam dan susu. . ( Diperoleh dari Word Wide

Web http://www.myhealth.gov.my).

Karbohidrat adalah sumber tenaga untuk manusia. Tenaga diperlukan untuk setiap

aktiviti sel dalam tubuh, termasuk juga sel pada bahagian mata. Tenaga yang dihasilkan

perlu untuk aktiviti hidup manusia. Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan rabun

jauh pada mata. Sumber karbohidrat adalah nasi, bijirin, gula halus, kanji dan lemak

haiwan. . ( Diperoleh dari Word Wide Web http://www.myhealth.gov.my).

Air adalah unsur tubuh paling mustahak. Tubuh manusia dibina dengan 60 peratus

air. Air merupakan medium untuk sebarang tindak balas kimia dalam tubuh. Air juga

akan mengekalkan bentuk sel dalam tubuh manusia. Antara fungsi air dalam tubuh adalah

memberi bentuk dan struktur kepada tubuh, sebagai medium bagi kitaran metabolisme sel

danmenstabilkan suhu tubuh. Secara amnya apabila seseorang mendapat makanan


seimbang, ia akan menjadikan seluruh tubuh badan sihat, cergas, responsif dan bertenaga.

Makanan seimbang bukan setakat perlu untuk kesihatan mata, tapi ia perlu untuk seluruh

perkembangan fizikal dan mental manusia. (Diperoleh dari Word Wide Web

http://www.myhealth.gov.my).

2.1.5 Pemakanan Seimbang Pesakit Kanser

Pesakit kanser disarankan mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan

memakan buah-buahan dan sayur-sayuran bagi mengurangkan risiko kanser kolon, perut

dan paru-paru. Makanan seimbang dan berkhiasat adalah perlu untuk mengatasi kanser.

Peningkatan tahap pemakanan akan membantu menghadapi kesan sampingan

kemoterapi, radiasi dan pembedahan . Bagi pesakit kanser payudara, terdapat tiga tahap

pemakanan yang seimbang yang harus diamalkan iaitu pemakanan pencegah, pemakanan

semasa rawatan, pemakanan semasa pemulihan.

Pemakanan pencegah iaitu selepas pengesahan dilakukan, adalah penting untuk

menghalang penyebaran kanser primer. Setiap hari makan banyak bahan-bahan

antioxidant. Ini termasuk vtamin C, E karotenoid termasuk ‘lycopen’ dan faktor biologik

yang terdapat dalam kacang, bijirin, sayur-sayuran dan buah-buah. Kurangkan lemak

kepada 20 hingga 25 peratus jumlah kalori, makan lebih karbohidrat, kurangkan gula dan

makan protin sebanyak 3-4oz setiap hidangan sehari. Latihkan diri memakan berbagai

jenis makanan. ( Rahimah Abdul Kadir:1995)


Pemakanan semasa rawatan merupakan sebahagian daripada rawatan yang lengkap.

Memakan makanan yang berkhiasat boleh membantu menjayakan rawatan. Untuk

mengekalkan berat badan, makan hidangan yang kecil dan kerap. Ambil protin berlebihan

daripada sumber telur, ikan dan ayam dan sekira perlu serbuk protin tambahan

digalakkan. Kurangkan hidangan tenusu jika ada masaalah penghazaman Sebagai contoh,

cirit-birit boleh terjadi akibat alahan laktos, tairu kultur atau keju keras sepatutnya tidak

menjadi masalah. Hindari daripada makanan berempah atau makanan yang menghasilkan

gas seperti kacang separuh masak dan sayur-sayuran yang berlebihan daripada keluarga

kobis untuk menghindari masaalah tidak selesa perut. ( Rahimah Abdul Kadir:1995)

Pemakanan semasa pemulihan adalah seperti pemakanan pencegahan tetapi menekankan

kepada zat pemakanan seperti beta carotene, vitamin K,C, E, selenium dan zink. Mulakan

produk tenusu secara perlahan. Sertakan antioxidant bersama vitamin dan zat galian

setiap hari. Galakkan 5 hingga 8 hidangan buah-buahan dan sayuran setiap

hari. Cadangan pemakanan semasa rawatan kanser ialah dengan makan lebih sayur-

sayuran dan buah-buahan dan kurangkan pengambilan lemak terutama lemak sumber

haiwan. ( Rahimah Abdul Kadir:1995)


3.0 Elak Keletihan Semasa Berpuasa

Berpuasa merupakan ibadah yang diwajibkan ke atas umat Islam sebenarnya

mempunyai banyak kebaikan ke atas kesihatan manusia. Semasa berpuasa, tubuh

mempunyai mekanisme regulasi yang menjadi aktif, kadar metabolisma akan menjadi

perlahan, lemak tubuh dan lemak daripada makanan akan digunakan sepenuhnya dan

pembuangan bahan toksik secara semulajadi akan berlaku. Terdapat banyak faedah

berpuasa seperti memberi rehat pada perut, memusnah serta mengeluarkan bahan

buangan berbahaya daripada perut, mengawal tekanan darah serta menguatkan salur

darah, meningkatkan fungsi jantung serta buah pinggang, mengawal paras gula dan

menurunkan paras kolesterol serta asid urik. Bagi mereka yang menghadapi masalah

obesiti, penurunan berat badan akan dapat dicapai semasa berpuasa. Pengambilan

makanan yang seimbang perlu pada bulan puasa kerana makanan yang seimbang boleh

membantu membaiki profil kolesterol darah, mengurangkan keasidan perut, menghalang

daripada sembelit dan masalah penghadaman lain serta dapat menggalakkan gaya hidup

yang sihat dan aktif.

Jika pada siangnya kita berpuasa, malamnya pula kita amat digalakkan untuk bersahur.

Bersahur amat dititik beratkan kerana ia membekalkan tenaga bagi menjalankan aktiviti

harian seperti biasa walaupun dengan sekadar meneguk air.Menurut pakar pemakanan

Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) dan Pusat Perubatan Kampung Baru, Sarah Sabreina

Mohd. Sabidi, air merupakan komponen yang sangat penting di dalam tubuh.

Kekurangan air di dalam tubuh akan menyebabkan dehidrasi.Kesannya, banyak proses di

dalam badan akan terganggu, kurang tumpuan, mabuk dan mungkin pitam. Masa
bersahur juga baik untuk minum satu atau dua gelas air suam iaitu selepas bangun tidur

kerana ia membantu membuang sekresi (cecair) di dalam perut yang tertinggal

semalaman. Amalan ini juga boleh mengaktifkan buah pinggang untuk bekerja dan

membantu dalam proses penyingkiran bahan buangan serta toksik dalam badan. Semasa

bersahur, makan makanan daripada jenis yang dihadamkan dengan perlahan kerana dapat

membantu melambatkan proses lapar. Ambil juga makanan daripada kumpulan

karbohidrat kompleks yang mengandungi tinggi serat dan boleh bertahan selama lapan

jam.Di antara jenis makanan yang dihadamkan perlahan ialah bijirin gandum penuh,

beras perang, oat, kekacang, barli, sayur-sayuran, buah-buahan segar dan buah-buahan

kering.Makanan yang tinggi serat seperti bijirin penuh, biji-bijian, barli, gandum penuh,

oat dan kekacang dapat membantu penghadaman, mengelakkan sembelit dan rasa

kenyang bertahan lebih lama. Ia juga mengurangkan keasidan perut dan meningkatkan

penghasilan asid hempedu bagi penyerapan lemak.(Diperoleh dari Word Wide Web

http://syukran.wordpress.com/2007/09/18/makanan-seimbang-elak-keletihan/)

Selain itu, kita juga boleh mengamalkan diet semasa berbuka seperti yang

disarankan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya untuk segera berbuka setelah lebih 10

jam berpuasa dan mencukupilah dengan air, kurma atau jus buah-buahan yang kaya

dengan glukos, vitamin dan mineral. Glukos merupakan gula ringkas yang dapat

memberi tenaga segera pada tubuh. Vitamin pula diperlukan untuk menukarkan

karbohidrat ringkas kepada sumber tenaga tubuh, jus buah penghilang tenaga yang

mujarab dan pisang kaya dengan potassium, magnesium dan karbohidrat ringkas.
.(Diperoleh dari Word Wide Web http://syukran.wordpress.com/2007/09/18/makanan-

seimbang-elak-keletihan/)

Pengambilan air amat penting semasa berbuka kerana air memberi kesegaran

kepada tubuh setelah lama berpuasa, mengelakkan dehidrasi berlanjutan, mengganti

semula air yang hilang semasa berpuasa, kekurangan air akan menjadikan metabolisma

rendah. Sebaiknya sediakan minuman daripada bahan semula jadi seperti gula merah,

madu lebah dan jus buah. Elakkan atau kurangkan pengambilan gula putih, sirap,

pewarna dan perasa tiruan. Elakkan minuman berkafein yang berlebihan kerana ia

menyebabkan sukar tidur, gastritis, mempercepatkan degupan jantung dan mengurangkan

prestasi mental. Kesihatan akan bertambah baik jika tidak makan mengikut nafsu dan

mengamalkan makanan seimbang. Berat badan dan risiko penyakit yang berkaitan

dengan kegemukan dapat dikurangkan dan melanjutkan jangka hayat.

4.0 Mengatasi Kekurangan Keseimbangan Makanan

Antara kaedah mudah untuk mengatasi kekurangan ini ialah pengambilan pil

makanan tambahan. Sebenarnya,badan kita memerlukan tujuh jenis nutrien asas setiap

hari iaitu karbohidrat, protein, lemak, serat, cecair, garam dan vitamin serta mineral.

Bagaimanapun, masalah kekurangan nutrien yang biasanya berlaku hanyalah

membabitkan kumpulan terakhir vitamin dan mineral yang dikategorikan sebagai mikro

nutrien. Walaupun jumlah yang diperlukan sangat kecil tetapi vitamin sangat penting

untuk memproses protein, karbohidrat dan lemak. Malah, ia juga penting untuk
membantu membina sel, tisu dan organ. Inilah sebabnya mangsa kebakaran yang melecur

kulitnya akan diberikan multi vitamin dalam makanan mereka bagi mempercepatkan

proses penyembuhan. Secara umumnya pengambilan pil multi vitamin setiap hari sudah

mencukupi. Tidak perlu mengambil pil vitamin yang berasingan kerana tujuan asalnya

ialah untuk menampung kekurangan vitamin dan mineral daripada makanan.

Pengambilan vitamin harian dapat membantu kesihatan jantung. Vitamin B6, B12 dan

asid folik boleh mengurangkan risiko penyakit jantung seperti aritmia iaitu degupan

jantung tidak teratur dan tetap, aterosklerosis (salur darah menjadi keras), masalah

koronari jantung, serangan dan kegagalan jantung. Namun, makan pil multi vitamin saja

tidak cukup kerana ia perlu disertakan dengan pengambilan serat dan senaman.

Pengambilan vitamin harian dapat membantu meningkatkan paras tenaga. Punca

utama keletihan ialah tekanan sama ada tekanan kerja, kewangan atau rumah tangga.

Selain itu, gaya pemakanan tidak seimbang dan diet yang tidak disarankan doktor juga

boleh menyebabkan keletihan. Untuk meningkatkan paras tenaga kita memerlukan

vitamin B kompleks, zink, vitamin C, magnesium dan potasium - semuanya terkandung

dalam pil multi vitamin. Pada masa sama, kita juga perlu minum sekurang-kurangnya

lapan gelas air sehari untuk mengembalikan kesegaran tubuh. Antara cara lain yang boleh

dilakukan untuk meningkatkan paras tenaga ialah bersenam sekurang-kurangnya berjalan

cepat selama 15 minit beberapa kali seminggu, kawal pengambilan gula, minuman

mengandungi kafein dan alkohol; tidur secukupnya dan menyimpan 'diari paras tenaga'

untuk mengenal pasti bila anda berasa sangat letih atau bertenaga. Seperti namanya,

mikro nutrien diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Oleh kerana kebanyakan orang tidak

tahu sama ada makanan harian kita mempunyai cukup mikro nutrien, jadi pengambilan
sebiji pil multi vitamin sehari sudah memadai. Namun, bagi individu yang menghidap

penyakit seperti penyakit buah pinggang kronik, disarankan mendapatkan nasihat doktor

terlebih dulu sebelum mengambil sebarang pil makanan tambahan masalah berlebihan

sesetengah nutrien tertentu dapat dielakkan. Selain itu, patuhi arahan pengambilan pil

multi vitamin seperti yang tertera pada label dan pastikan ia diambil bersama air kosong

atau suam dan bukannya teh mahu pun kopi. Ini penting bagi memastikan badan dapat

menyerap khasiat yang diperlukan dengan lebih cekap dan berkesan.(Diperoleh dari

WordWideWebhttp://www.hmetro.com.my)
5.0 Kesimpulan

Secara amnya apabila seseorang mendapat makanan seimbang, ia akan menjadikan

seluruh tubuh badan sihat, cergas, responsif dan bertenaga. Makanan seimbang bukan

setakat perlu untuk kesihatan badan, tapi ia perlu untuk seluruh perkembangan fizikal dan

mental manusia. Kesihatan akan bertambah baik jika tidak makan mengikut nafsu dan

mengamalkan makanan seimbang. Berat badan dan risiko penyakit yang berkaitan

dengan kegemukan dapat dikurangkan dan melanjutkan jangka hayat.


Diperoleh dari world wide web:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gaya_seni_bina_Islam
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
FAKULTI SENI DAN MUZIK
SESI 2007/2008

KOD KURSUS:UBM 1022

TAJUK ESEI:
PEMAKANAN SEIMBANG

NAMA:
NURUL IZANI AINUN BINTI AHMAD ZAINI

NO MATRIK:
D20071030538

KOD DAN NAMA PROGRAM:


(AT23 )PENDIDIKAN SENI

KUMPULAN:R

NAMA PENSYARAH:
CIK ANIDA BINTI SARUDIN

You might also like