You are on page 1of 4

3.

0 Pendekatan Teori Plato Terhadap Seni Catan


Pandangan Plato mengenai seni: Seni Sebagai Tiruan

Plato

Plato terkenal dengan pandangan yang menyatakan seni itu satu peniruan.
Menurut Plato, pelukis atau penyair meniru rupa bentuk objek-objek yang merupakan
abadi. (Mohd Johari Ab. Hamid:2004)

Plato telah menegaskan bahawa seni iaitu seni catan, lukis, arca, muzik, puisi atau
drama ialah merupakan sejenis peniruan atau imitasi. Namun begitu, istilah mimesis
telah digunakan oleh beliau yang membawa maksud menghasilkan tiruan atau imitasi
dengan mempunyai beberapa maksud yang berlainan apabila beliau membincangkan isu
seni. Konsep mimesis dalam teori Plato mempunyai maksud berikut seperti mengulangi
atau mengeluarkan semula kata-kata atau gerak tangan atau perbuatan seseorang lain,
membuat suatu peniruan atau sesuatu yang mempunyai persamaan dengan benda atau
objek, berlagak seperti seorang yang lain, dan mewakili aksi-aksi manusia.
Mimesis sebagai penghasilan tiruan yang tepat digunakan oleh Plato untuk
merujuk kepada catan, lukisan dan arca. Plato telah menyatakan bahawa seseorang
pelukis atau ahli catan “ialah seoarng yang meniru benda yang dihasilkan oleh orang
lain”.(sumber: Plato, Republic X, 597e). Oleh yang demikian , apa yang dilukis dalam
catan akan nampak sama seperti objek yang asal. Kanak-kanak dan juga orang dewasa
yang bodoh akan berpendapat bahawa mereka melihat benda yang asal apabila mereka
bertemu dengan catan itu (sumber: Plato, Republica X, 598b-c)

Menurut Lok pada tahun 1997, konsep ‘mimemis’ yang telah dikemukan oleh
Plato mempunyai empat maksud. Yang pertama adalah mengulangi dan mengeluarkan
semula kata-kata atau gerak tangan atau perbuatan seseorang lain. Manakala yang kedua
pula ialah membuat satu peniruan atau sesuatu objek. Ketiga, berlagak seperti orang lain.
Manakala pendapat yang keempat pula ialah mewakili aksi-aksi manusia.

Menurut Mohd Johari Ab. Hamid,Plato telah mengemukakan pendapat dengan


menyatakan bahawa karya seni yang telah dihasilkan tidak boleh dianggap sebagai satu
sumber pengetahuan. Hal ini kerana seni adalah dihasilkan dengan emosi melalui
peniruan objek dunia fizikal. Menurut beliau lagi, dunia fizikal bukanlah merupakan
suatu sumber pengetahuan. Plato berpendapat lagi bahawa ilmu pengetahuan merupakan
sesuatu yang kekal abadi manakal dunia fizikal bukan suatu yang abadi. Dengan itu Plato
berpendapat seni yang meniru objek melalui sumber dunia fizikal tidak boleh menjadi
sumber ilmu pengetahuan kepada manusia. Sehubungan dengan itu, Plato dengan
tegasnya telah menyatakan bahawa melalui pentakulan yang merupakan alat untuk
mendapatkan pengetahuan untuk manusia sekalian.

Beliau juga telah mentakrifkan ciri-ciri seorang pelukis yang baik seperti berikut,
“seorang pelukis yang baik bukan sahaja dapat meniru sesuatu objek, tetapi dia juga perlu
menghasilkan tiruan yang tepat dan objek yang dilukis itu nampak sama seperti objek
asal dan mereka yang melihat lukisan atau catan itu perlu berpendapat bahawa mereka
melihat obek asal”.
Mimesis sebagai penghasilan tiruan yang tepat merujuk bukan sahaja kepada
catan, lukisan dan arca tetapi juga kepada puisi dan drama. Plato mendakwa bahawa
seseorang penyair akan mencuba meniru kelakuan dan kata-kata dewa Yunani. Tetapi
masalahnya ialah mereka memberi suatu gambaran yang tidak tepat terhadap kelakuan
aksi dan kata-kata dewa itu.

Mengikut daripada sumber Plato Republic II, 377e, Plato menegaskan bahawa
terdapat orang yang menghasilkan imej dewa dan pahlawan, maka dia adalah seperti
seorang ahli catan yang menghasilkan potret dan tidak tepat atau yang mempunyai
persamaan dengan individu yang dilukis.

Oleh itu, Plato telah mengemukakan 3 alasan mengapa seniman perlu dibuang
daripada sebuah republik yang unggul. Hal ini adalah kerana seseorang seniman (pelukis
atau ahli catan) hanya menghasilkan peniruan daripada objek yang terdapat di dalam
dunia fizikal. Sehubungan dengan itu, ianya merupakan bukan sumber oleh pengetahuan.
seandainya kita ingin mengetahui ciri-ciri sebuah kerusi, adalah lebih sesuai dan baik jika
kita mengkaji kerusi itu daripada mengkaji catan atau lukisan kerusi itu. Selain itu,
seseorang seniman hanya meniru objek fizikal, maka hasilnya adalah 2 kali terpisah
daripada pengetahuan sebenar dan pengetahuan sebenar hanya boleh didapati melalui
pentaakulan dan fikiran. Karya seni boleh menipu kita. Kanak-kanak atau orang dewasa
yang bodoh akan mempercayai bahawa dia sedang berhadapan dengan sebuah kerusi
semasa dia melihat catan sebuah kerusi. Selain dari seni catan dan lukisan, Plato juga
mengunakan teori mimesis dalam drama dan puisi.
Bibiografi

Mohd Johari Ab. Hamid, 2004. Falsafah dan Kritikan Seni. Tanjong Malim : Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Diperoleh dari world wide web:


http://www.scribd.com/doc/16426350/Bab-3-Plato-Seni-adalah-mimesis.html

You might also like