P. 1
Kesekan lalu lintas

Kesekan lalu lintas

|Views: 4,081|Likes:
Published by aliaasakini

More info:

Published by: aliaasakini on Aug 17, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/28/2013

pdf

text

original

Kesekan lalu lintas Pengenalan Pembangunan yang begitu pesat di sesuatu kawasan akan menjana aktiviti ekonomi kawasan

tersebut. Hal ini akan menarik lebih ramai penduduk terutamanya penduduk luar bertumpu ke kawasan tersebut. Keadaan ini menyebabkan timbulnya beberapa masalah seperti setinggan, kesesakan lalulintas dan sebagainya. Keadaan ini juga tidak kurangnya berlaku di Malaysia. Kepesatan pembangunan di Malaysia sememangnya sudah dikenali seantero dunia.Namun di sebalik pembangunan yang begitu rancak secara langsung kita tetap menghadapi masalah yang begitu rumit untuk diselesaikan, contoh masalah tersebutialah masalah kesesakan lalulintas. Di Pulau Pinang, pembangunan pesat disusuli dengan berbagai masalah terutama sekali masalah lalulintas dan selain itu, banjir, pencemaran sekitar, percanggahan gunatanah dan lain-lain lagi. Masalah kesesakan lalulintas menjadi isu kajian kumpulan kami, di mana lokasi kami lebih tertumpu di Jalan Jelutong. Hal ini kerana Jalan Jelutong merupakan salah satu laluan utama pengguna ke pusat bandar Georgetown* dan juga laluan utama pengguna keluar dari pusat bandar, yang semestinya mengundang kepada kesesakan akibat perkembangan pesat aktiviti di pusat bandar tersebut. Kelewatan seringkali dialami terutamanya waktu sibuk. Di samping itu kami juga merasakan bahawa kesesakan lalulintas ini bukan hanya berlaku di waktu puncak iaitu waktu pejabat atau waktu sekolah, bahkan di setiap masa. Kesannya, ia menggangu kelancaran operasi aktiviti ekonomi di kawasan tersebut. Persoalan sekarang adalah sama ada Jelutung Expressway yang bakal disiapkan dan dilancarkan penggunaannya akan dapat menyelesaikan masalah tersebut di atas. Diharap penyelidikan ini dapat memberi gambaran sebenar mengenai impak dan keadaan sebenar kesesakan di Jalan Jelutung. Amat penting kajian ini dibuat untuk memberi cadangan penyelesaian yang sewajarnya. Oleh hal yang demikian, atas kesedaran pentingnya aspek lalulintas dan kesan atau impak kesesakan lalulintas, penyelidik memilih bidang ini untuk dijadikan bahan penyelidikan. Satu kajian perlu dilakukan bagi mengenalpasti punca, kesan, ramalan untuk mengenalpasti gambaransebenarnya masalah kesesakan lalulintas di Jalan Jelutung. Dan seterusnya mengemukakan cadangan bagi mengurangkan masalah kesesakan di kawasan tersebut.

Contoh

Kesesakan makin kritikal
Jika benar kerja-kerja melebarkan jambatan akan siap pada bulan September tahun depan, adakah masalah kesesakan di Jambatan Pulau Pinang dapat diatasi sepenuhnya?

TERPERANGKAP dalam kesesakan lalu lintas sehingga berjam-jam lamanya bukan lagi perkara luar biasa bagi pengguna Jambatan Pulau Pinang yang sering berulang-alik antara Seberang Perai dan bahagian pulau. Kerancakan aktiviti ekonomi di Pulau Pinang terutamanya di bahagian pulau menyebabkan lebih 120,000 kenderaan keluar masuk menggunakan jambatan itu setiap hari. Jumlah itu bertambah kepada 130,000 pada musim perayaan dan cuti sekolah. Pengendali Jambatan Pulau Pinang, Penang Bridge Sdn. Bhd. (PBSB) mengenal pasti punca utama kesesakan ialah penutupan satu lorong bagi kedua-dua hala untuk kerja-kerja pelebaran jambatan sepanjang 13.5 kilometer (km) itu dan kemalangan jalan raya. Beberapa orang pengguna tetap Jambatan Pulau mempunyai pandangan sendiri mengenai punca kesesakan lalu lintas di atas jambatan yang mula beroperasi sejak tahun 1985 itu. Abdul Halim Ahmad, 36, berkata, sikap pengguna jambatan itu sendiri yang tidak sabar dan memandu tanpa berhati-hati menyebabkan sering berlaku kemalangan kecil yang menjadi punca kesesakan selama berjam-jam. “Terutamanya di sebelah pagi ketika semua orang berpusu-pusu masuk ke bahagian pulau untuk pergi kerja dan waktu petang ketika pulang dari kerja, ketika itu ada juga pemandu yang pentingkan diri sendiri dan tidak berhati-hati sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya. Abdul Halim yang merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di Komtar, Georgetown berkata, beliau yang tinggal di Butterworth dan menggunakan jambatan itu setiap hari terpaksa berdepan dengan kesesakan ketika pergi dan pulang dari pejabat. Seorang lagi pengguna, Asmah Mohd Noor, 28, berkata, kenderaan berat yang menggunakan jambatan itu pada waktu puncak juga menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. “Kenderaan banyak pada waktu itu. Semua orang mahu cepat kerana mengejar masa untuk sampai ke tempat kerja. Pada masa itu pula ada kenderaan yang membawa muatan berat lalu di jambatan menyebabkan pergerakan kenderaan bertambah perlahan,” katanya yang bertugas di kawasan perindustrian Bayan Lepas. Asmah yang menjadi pengguna tetap jambatan itu sejak dua tahun lepas berkata, masalah kesesakan itu bukan perkara baru dan beliau mencadangkan kenderaan berat tidak dibenarkan menggunakan jambatan pada waktu puncak.

Mengenai alternatif lain seperti menggunakan perkhidmatan feri untuk berulang alik ke tempat kerja, Asmah berkata, beliau tidak menggunakan feri kerana terpaksa menunggu giliran agak lama memandangkan ramai juga menggunakan perkhidmatan itu pada waktu pagi dan petang. Sementara itu, jurucakap Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata, langkah penting yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah lalu lintas itu ialah tindakan mencegah kemalangan. Antaranya adalah mengkaji kenapa kemalangan sering berlaku di atas jambatan, meletakkan papan tanda amaran di kawasan kemalangan dan mengurangkan had kelajuan daripada 80kmj kepada 60kmj. Katanya, PBSB juga perlu menyediakan pembahagi jalan yang boleh dialihkan untuk membuka lorong tambahan atau mengalihkan laluan ke lorong bertentangan dari mana-mana hala untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas. Beberapa langkah sedang dan akan diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah kesesakan jambatan itu. Antaranya kerja-kerja melebarkan jambatan sedia ada dan pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bagi mengurangkan jumlah kenderaan yang lalu di Jambatan Pulau Pinang. Bagaimanapun, pengguna jambatan terpaksa bersabar kerana kerja-kerja melebarkan Jambatan Pulau Pinang yang dijangka siap pada bulan September 2008 terpaksa dilanjutkan sehingga bulan September 2009 kerana masalah geoteknikal. Manakala pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 24 km yang menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang telah dimulakan dan dijangka dijangka siap pada bulan Januari 2011. Bagi mengatasi masalah kesesakan itu juga, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu pada 22 Disemebr lepas mengarahkan LLM dan PBSB menyediakan perkhidmatan helikopter untuk mengangkat kenderaan yang terbabit kemalangan di atas jambatan bagi menyuraikan kesesakan lalu lintas. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Datuk Koay Kar Huah berkata, kerajaan negeri berharap LLM dan PBSB menyegerakan cadangan itu kerana kesesakan lalu lintas di atas Jambatan Pulau Pinang semakin kritikal. Beliau berkata, kerajaan negeri juga telah mengemukakan dua lagi cadangan dalam perbincangannya bersama syarikat itu sebelum ini iaitu menghalang kenderaan berat memasuki jambatan ketika waktu puncak dan meminta PBSB menggalakkan pengguna berkongsi kenderaan bagi mengurangkan kesesakan di atas jambatan. Katanya, selain kenderaan yang bergerak perlahan, kebanyakan kenderaan berat ini bukan sahaja membawa barangan lebihan muatan tetapi kadangkala uzur dan sering rosak di tengah jalan. “Walaupun cadangan menghalang kenderaan berat menggunakan jambatan pada waktu puncak tidak dipersetujui oleh Menteri Kerja Raya sebelum ini, saya berharap beliau dapat mengkaji semula perkara ini demi kebaikan orang ramai,” katanya. Rata-rata pengguna jambatan Pulau Pinang berharap pihak terbabit seperti PBSB dan LLM termasuk kerajaan negeri mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi mereka. – Bernama

Soalan : Fenomena kesesakan lalu lintas merupakan situasi yang tidak dapat dielakkan khususnya di pusat-pusat Bandar di negara ini. Masalah ini akan bertambah serius sekiranya tidak ditangani dengan segera. Kemukakan pandangan anda tentang cara-cara mengurangkan kesesakan lalu lintas

Mentafsir Soalan :  Skop/Bidang – Pengangkutan Jalan Raya *Malaysia mempunyai sistem pengangkutan jalan raya yang boleh dibanggakan *Jalan raya merupakan infrastuktur penting  Isu/Masalah – Kesesakan lalu lintas *Rakyat Malaysia tidak sunyi daripada masalah kesesakan *Masyarakat Bandar bosan dengan fenomena ini.  Kehendak Soalan : cara-cara menangani kesesakan lalu lintas

Mencari dan Mengembangkan Isi :

Langkah Menambahkan bilangan anggota polis trafik pada masa-masa puncak

Masalah -anggota polis yang sedia ada tidak mencukupi -anak muda tidak berminat -kerjaya yang risiko tinggi -gaji tidak lumayan

Tindakan -mesti menarik minat golongan muda menyertai pasukan polis -galakan sejak peringkat sekolah -tingkatkan tahap keselamatan -tawaran gaji yang lumayan -menyediakan perkhidmatan awam yang berkualiti -tambahkan bilangan, kenderaan awam -menetapkan jadual perjalanan -meningkatka n tahap kebersihan -kerajaan melipatganda kan kempen kesedaran -eksploit media massa -mendidik penduduk melalui ceramah

Hasil Lalu lintas daapt dikawal dengan mudah

Meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam

-perkhidmatan awam masih tidak memuaskan -bilangan kenderaan awam tidak mencukupi -wujud masalah kekerapan -tidak bersih

Lebih ramai penduduk akan menggunakan kemudahan awam

Kempen berkongsi kereta

-kuasa beli yang semakin meningkat -taraf hidup yang semakin tinggi -Harga kereta murah

Dapat menyedarkan pengguna jalan raya akan kepentingan berkongsi kereta

-cetak dan edarkan risalah Mememperkenalkan sistem pengangkutan yang belum ada di negara ini – “mass rapid transit

Mengadakan zon khas Untuk laluan pengangkutan awam spt bas dan teksi

Teknik Kesimpulan

☑ ☑ ☑ ☑

Menyimpulkan Isi – Memang terdapat banyak langkah Kerjasama – Daripada pelbagai pihak Harapan – Jalan raya dapat digunakan dgn selesa sepanjang masa Masa Depan – Sistem pengangkutan jalan raya menjadi pilihan utama

DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA Venue : PALACE OF THE GOLDEN HORSES Date : 14/01/2008 PERASMIAN RETREAT MEMPERKASAKAN SISTEM Title : PENGANGKUTAN AWAM - SISTEM LALU LINTAS DI KUALA LUMPUR "HOT SPOTS" Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera Y.B Dato’ Sri Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan, Y.B Dato’ Sri S.Samy Vellu, Menteri Kerja Raya, Y.B Dato’Sri Chan Kong Choy, Menteri Pengangkutan, Y.Bhg Dato’ Hj Ahmad Phesal Bin Talib, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan. Y.Bhg Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Seri-Dato’ Seri, Dato-Dato Tuan-tuan, puan-puan para hadirin sekalian. 1. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke Hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan izin-Nya maka kita dapat sama-sama berkumpul dan bertemu pada petang ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Retreat Memperkasakan Sistem Pengangkutan Awam - Sistem Lalulintas di Kuala Lumpur : “Hot Spots’’ di dewan yang permai ini 2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, di atas jemputan untuk merasmikan retreat ini. Saya kira program ini amat penting dan saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kementerian kerana mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu majlis retreat, yang mana dengan kerjasama semua pihak, Insya Allah akan dapat merumuskan kaedah dan pendekatan yang akan dapat mengurangkan masalah pengangkutan awam dan sistem lalulintas di Bandaraya Kuala Lumpur. Tuan-tuan dan puan-puan, 3. Sepertimana metropolitan yang lain, salah satu dari faktor yang mendorong kepada kepesatan pembangunan Kuala Lumpur di era moden ini adalah kemudahsampaian dan sistem

pengangkutannya. Sistem pengangkutan Kuala Lumpur adalah umpama saluran darah yang menjana degupan jantung bandar raya ini, yang seterusnya menjadi nukleus kepada pembangunan di seluruh wilayah lembah Kelang. 4. Sepertimana kelaziman mana-mana bandaraya ibukota, Kuala Lumpur menjadi pusat tumpuan aliran pengangkutan darat dari merata tempat di seluruh negara. Dalam keadaan itu kesesakan sudah tentunya menjadi masalah yang pasti timbul, apatah lagi mengambil kira evolusi bandaraya Kuala Lumpur itu sendiri, yang sejak sebelum Merdeka lagi membesar dan berkembang secara tersendiri tanpa perancangan rapi sehinggalah lewat tahun 60-an. Atas faktor sejarah, dan faktor-faktor demografi penduduk serta keadaan ekonomi,kesesakan menjadi suatu ”inevitability” buat bandaraya membangun seperti Kuala Lumpur. 5. Hari ini masalah kesesakan jalan raya di ibukota semakin meruncing, dan pencarian penyelesaian yang berkekalan masih buntu. Bilangan kenderaan bertambah dengan begitu banyak apabila berlakunya penurunan harga kereta di pasaran dan juga lahirnya kereta ”low-end” yang diwujudkan khusus untuk warga berpendapatan rendah. Ledakan kenderaan-kenderaan ini di jalan-jalan raya sudah tentu mengeruhkan lagi keadaan kesesakan lalulintas yang melanda Kuala Lumpur. 6. Selain itu, masalah-masalah yang melanda perkhidmatan pengangkutan awam menyebabkan sebilangan besar penduduk kota memilih menggunakan kenderaan peribadi dan ini turut menyumbang kepada kesesakan yang kian bertambah hari demi hari. Akhirnya, kesesakan ini menjadi sebahagian dari beban dan tekanan kehidupan harian masyarakat kota, dan lebih buruk lagi, ia membentuk satu stigma terhadap Kuala Lumpur; satu imej negatif, yang sedikit sebanyak membawa kesan terhadap usaha-usaha kita untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi perniagaan dan pelancongan. 7. Justeru itu, satu penyelesaian perlu dicari bagi menangani masalah ini sebaik mungkin. Satu program atau perancangan jangka panjang yang bersepadu dan “holistic’’ amat diperlukan bagi mengatasi permasalahan sistem lalulintas di Kuala Lumpur. Penyelesaian yang dicari haruslah bukan sekadar bertujuan melegakan kesesakan untuk tempoh setahun dua sahaja, tetapi perlu mengambil kira unjuran keadaan lalulintas lebih 20 atau 30 tahun yang akan datang. 8. Ini perkara serius dan tidak harus dipandang sebagai cita-cita yang terlalu tinggi. Ia sebenarnya amat penting kerana pembangunan infrastruktur untuk sistem lalulintas adalah amat kompleks sifatnya dan memerlukan perbelanjaan yang besar kerana keadaan fizikal nya yang perlu di selaraskan dengan pembangunan sedia ada dan mengambil kira potensi pembangunan akan datang. Segala yang dirancangkan pada masa ini, perlu mengambil perhatian ke atas jangkaan evolusi sistem pengangkutan agar ianya dapat diadaptasi kan kepada keadaan masa hadapan. Tuan-tuan dan puan-puan, 9. Saya berpendapat, untuk tujuan ini langkah yang paling asas adalah dengan mewujudkan satu pelan pengurusan lalulintas yang bersepadu di kawasan Lembah Klang, yang menjadi ”single point of reference” kepada semua pihak yang terlibat dengan perancangan dan pembangunan infrastruktur wilayah ini. Kesemua agensi kerajaan yang terlibat dengan sistem pengangkutan Lembah Klang perlu merujuk kepada pelan ini.

10. Dengan wujudnya satu pelan pembangunan lalulintas bersepadu ini, maka koordinasi antara agensi-agensi kerajaan dan pemberi perkhidmatan pengangkutan akan dapat dijalin melalui rujukan kepada satu pelan sahaja. Sekaligus ini akan mengelakkan sebarang kekeliruan dan membantu perancangan dan perlaksanaan pembangunan yang kemas dan sistematik. Saya percaya retreat ini boleh dianggap langkah pertama dalam melahirkan satu kerangka pelan pengurusan lalulintas yang bersepadu yang amat diperlukan bagi menyelesaikan masalah rumit kesesakan di bandaraya Kuala Lumpur . Tuan-tuan dan puan-puan, 11. Tidak dapat dinafikan bahawa permasalahan kesesakan di Kuala Lumpur ini sudah lama cuba diselesaikan. Beberapa pendekatan telah dilaksanakan seperti menyediakan ”outer ” dan ”inner ring road”, mengadakan ”light rapid transit” – LRT dan monorail serta penyediaan infrastruktur seperti ”elevated highway” dan jejantas. Walaupun semua usaha ini telah sedikit sebanyak membantu meringankan kesesakan, namun kesan nya agak terhad dan kesesakan terus berlaku. Malah ada kalanya, menyelesaikan masalah kesesakan di sebuah lokasi mencetuskan masalah kesesakan di lokasi yang lain. 12. Demikian lah rumitnya masalah berkaitan kesesakan lalulintas yang sedang kita hadapi. Pada masa ini, masih terdapat kesesakan pada waktu puncak di tempat-tempat tertentu terutamanya di kawasan-kawasan terletaknya pejabat-pejabat, pusat-pusat perdagangan dan urus niaga, dan pusat-pusat membeli belah. Seperti saya sebutkan tadi, salah satu faktornya ialah terlalu banyak kenderaan persendirian yang masuk ke kawasan bandar. Ini berlaku, antara lainnya kerana walaupun usaha-usaha mempertingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam telah disediakan tetapi, orang ramai masih memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri kerana perkhidmatan pengangkutan awam pada masa kini masih kurang memuaskan dan belum memenuhi kehendak pengguna terutamanya dalam aspek kemudahsampaian, sambungan berterusan dan ketepatan masa. 13. Kerajaan sedar akan hakikat ini dan langkah-langkah sedang diambil untuk menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam. Melalui Jawatankuasa Kabinet tentang Pengangkutan Awam yang saya pengerusikan, kerajaan telah dan sedang menimbangkan beberapa inisiatif termasuklah memperluaskan perkhidmatan LRT dengan memanjangkan laluan dan mewujudkan jalur LRT tambahan; memperbaiki mutu perkhidmatan komuter dengan pembelian koc-koc baru serta mencadangkan lanjutan perkhidmatan komuter ke bandar-bandar baru selain bandar-bandar yang sedia di liputi; dan memantapkan perkhidmatan bas-bas awam dengan menambahkan bilangan bas dan hentian serta laluan-laluan perjalanan bas. Melalui langkah-langkah seperti ini, adalah diharapkan agar persepsi dan sikap warga kota terhadap pengangkutan awam dapat diubah sehingga ia menjadi kaedah pengangkutan utama pilihan warga kota. 14. Walau bagaimanapun, pastinya usaha-usaha ini akan memakan masa untuk dilaksanakan sepenuhnya, dan membuahkan hasil yang diharapkan. Dalam pada itu, aspek-aspek lain juga perlu diteliti untuk terus membantu mengurangkan masalah lalulintas di Kuala Lumpur. Antara yang paling penting untuk diambil kira termasuklah penggunaan ICT secara lebih menyeluruh bagi memantapkan lagi aliran lalulintas dan pengangkutan. Ini termasuklah penggunaan ICT dalam penyediaan perkhidmatan “navigation” dan “tracking” bagi lebih ramai pemandu-

pemandu individu dan pengusaha-pengusaha kenderaan awam. 15. ICT juga perlu diguna pakai untuk mengumpul semua maklumat yang relevan berkaitan trend dan corak pengangkutan dan trafik, seperti maklumat tentang bilangan kenderaan yang menuju sesuatu tempat, punca-punca kesesakan lalulintas pada waktu-waktu tertentu di kawasankawasan tertentu, dan nisbah bilangan tempat letak kereta berbanding bilangan kenderaan di sesebuah kawasan. Kajian pengangkutan memerlukan real time dan empirical data agar analisa yang tepat dapat dibuat, dan cadangan-cadangan yang jitu dan efektif dapat dirumuskan. Saya difahamkan ”Integrated Transport Information System” telah dibangunkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ini merupakan satu perkembangan positif yang amat dialu-alukan. Tinggal lagi kepupayan sistem seperti ini perlu dipertingkatkan lagi agar ia tidak hanya terhad kepada mengawal aliran kenderaan tetapi berkebolehan untuk membantu mengurus tadbir sistem lalu lintas secara lebih menyeluruh. Tuan-tuan dan puan-puan, 16. Apa yang saya sebutkan ini adalah sebahagian kecil sahaja dari isu-isu yang kompleks berkaitan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Tiada penyelesaian mudah dalam menyelesaikan masalah yang begitu rumit. Namun kita perlu berusaha dan terus berusaha. Kata orang Where there’s a will, there’s a way. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Yang penting ialah kerjasama dan kesatuan matlamat semua pihak yang terlibat dari semua peringkat. Ada kalanya kita akan berbeza pendapat dan adakalanya kita terpaksa menilai cadangan atau pandangan yang terlalu pahit untuk diterima, walaupun ia mungkin berasas. Dalam keadaan itu, yang diperlukan ialah keikhlasan dan kejujuran, dengan matlamat murni yang satu, iaitu memperbaiki sistem lalulintas dan pengangkutan Bandaraya Kuala Lumpur. 17. Saya percaya semua peserta Retreat ini akan dapat membincangkan dengan terbuka dan penuh bijaksana segala perkara yang timbul berkaitan masalah yang cuba kita rungkaikan ini. Harapan kita agar hasil dari pembentangan kertas kerja- kertas kerja dan perbincanganperbincangan yang diadakan akan menjadi satu panduan untuk pembentukan dasar dan pelan tindakan pengangkutan bersepadu bagi Kuala Lumpur. Saya doakan Retreat ini mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan dan kepada semua peserta, saya ucapkan selamat bersidang. 18. Maka, dengan itu, dan dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim dengan sukacitanya saya merasmikan Retreat Memperkasakan Sistem Pengangkutan Awam - Sistem Lalulintas di Kuala Lumpur : “Hot Spots’’ ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Last Update on 07/04/2009 This speech has been read 739 times

By Venue Date Title

: DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA : PALACE OF THE GOLDEN HORSES : 14/01/2008 PERASMIAN RETREAT MEMPERKASAKAN SISTEM PENGANGKUTAN : AWAM - SISTEM LALU LINTAS DI KUALA LUMPUR "HOT SPOTS"

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera Y.B Dato’ Sri Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan, Y.B Dato’ Sri S.Samy Vellu, Menteri Kerja Raya, Y.B Dato’Sri Chan Kong Choy, Menteri Pengangkutan, Y.Bhg Dato’ Hj Ahmad Phesal Bin Talib, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan. Y.Bhg Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Seri-Dato’ Seri, Dato-Dato Tuan-tuan, puan-puan para hadirin sekalian. 1. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke Hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan izin-Nya maka kita dapat sama-sama berkumpul dan bertemu pada petang ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Retreat Memperkasakan Sistem Pengangkutan Awam - Sistem Lalulintas di Kuala Lumpur : “Hot Spots’’ di dewan yang permai ini 2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, di atas jemputan untuk merasmikan retreat ini. Saya kira program ini amat penting dan saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kementerian kerana mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu majlis retreat, yang mana dengan kerjasama semua pihak, Insya Allah akan dapat merumuskan kaedah dan pendekatan yang akan dapat mengurangkan masalah pengangkutan awam dan sistem lalulintas di Bandaraya Kuala Lumpur. Tuan-tuan dan puan-puan, 3. Sepertimana metropolitan yang lain, salah satu dari faktor yang mendorong kepada kepesatan pembangunan Kuala Lumpur di era moden ini adalah kemudahsampaian dan sistem pengangkutannya. Sistem pengangkutan Kuala Lumpur adalah umpama saluran darah yang menjana degupan jantung bandar raya ini, yang seterusnya menjadi nukleus kepada pembangunan di seluruh wilayah lembah Kelang. 4. Sepertimana kelaziman mana-mana bandaraya ibukota, Kuala Lumpur menjadi pusat tumpuan aliran pengangkutan darat dari merata tempat di seluruh negara. Dalam keadaan itu kesesakan sudah tentunya menjadi masalah yang pasti timbul, apatah lagi mengambil kira evolusi bandaraya Kuala Lumpur itu sendiri, yang sejak sebelum Merdeka lagi membesar dan berkembang secara tersendiri tanpa perancangan rapi sehinggalah lewat tahun 60-an. Atas faktor sejarah, dan faktor-faktor demografi penduduk serta keadaan ekonomi,kesesakan menjadi suatu ”inevitability” buat bandaraya membangun seperti Kuala Lumpur. 5. Hari ini masalah kesesakan jalan raya di ibukota semakin meruncing, dan pencarian penyelesaian yang berkekalan masih buntu. Bilangan kenderaan bertambah dengan begitu

banyak apabila berlakunya penurunan harga kereta di pasaran dan juga lahirnya kereta ”low-end” yang diwujudkan khusus untuk warga berpendapatan rendah. Ledakan kenderaan-kenderaan ini di jalan-jalan raya sudah tentu mengeruhkan lagi keadaan kesesakan lalulintas yang melanda Kuala Lumpur. 6. Selain itu, masalah-masalah yang melanda perkhidmatan pengangkutan awam menyebabkan sebilangan besar penduduk kota memilih menggunakan kenderaan peribadi dan ini turut menyumbang kepada kesesakan yang kian bertambah hari demi hari. Akhirnya, kesesakan ini menjadi sebahagian dari beban dan tekanan kehidupan harian masyarakat kota, dan lebih buruk lagi, ia membentuk satu stigma terhadap Kuala Lumpur; satu imej negatif, yang sedikit sebanyak membawa kesan terhadap usaha-usaha kita untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi perniagaan dan pelancongan. 7. Justeru itu, satu penyelesaian perlu dicari bagi menangani masalah ini sebaik mungkin. Satu program atau perancangan jangka panjang yang bersepadu dan “holistic’’ amat diperlukan bagi mengatasi permasalahan sistem lalulintas di Kuala Lumpur. Penyelesaian yang dicari haruslah bukan sekadar bertujuan melegakan kesesakan untuk tempoh setahun dua sahaja, tetapi perlu mengambil kira unjuran keadaan lalulintas lebih 20 atau 30 tahun yang akan datang. 8. Ini perkara serius dan tidak harus dipandang sebagai cita-cita yang terlalu tinggi. Ia sebenarnya amat penting kerana pembangunan infrastruktur untuk sistem lalulintas adalah amat kompleks sifatnya dan memerlukan perbelanjaan yang besar kerana keadaan fizikal nya yang perlu di selaraskan dengan pembangunan sedia ada dan mengambil kira potensi pembangunan akan datang. Segala yang dirancangkan pada masa ini, perlu mengambil perhatian ke atas jangkaan evolusi sistem pengangkutan agar ianya dapat diadaptasi kan kepada keadaan masa hadapan. Tuan-tuan dan puan-puan, 9. Saya berpendapat, untuk tujuan ini langkah yang paling asas adalah dengan mewujudkan satu pelan pengurusan lalulintas yang bersepadu di kawasan Lembah Klang, yang menjadi ”single point of reference” kepada semua pihak yang terlibat dengan perancangan dan pembangunan infrastruktur wilayah ini. Kesemua agensi kerajaan yang terlibat dengan sistem pengangkutan Lembah Klang perlu merujuk kepada pelan ini. 10. Dengan wujudnya satu pelan pembangunan lalulintas bersepadu ini, maka koordinasi antara agensi-agensi kerajaan dan pemberi perkhidmatan pengangkutan akan dapat dijalin melalui rujukan kepada satu pelan sahaja. Sekaligus ini akan mengelakkan sebarang kekeliruan dan membantu perancangan dan perlaksanaan pembangunan yang kemas dan sistematik. Saya percaya retreat ini boleh dianggap langkah pertama dalam melahirkan satu kerangka pelan pengurusan lalulintas yang bersepadu yang amat diperlukan bagi menyelesaikan masalah rumit kesesakan di bandaraya Kuala Lumpur . Tuan-tuan dan puan-puan, 11. Tidak dapat dinafikan bahawa permasalahan kesesakan di Kuala Lumpur ini sudah lama cuba diselesaikan. Beberapa pendekatan telah dilaksanakan seperti menyediakan ”outer ” dan ”inner ring road”, mengadakan ”light rapid transit” – LRT dan monorail serta penyediaan infrastruktur

seperti ”elevated highway” dan jejantas. Walaupun semua usaha ini telah sedikit sebanyak membantu meringankan kesesakan, namun kesan nya agak terhad dan kesesakan terus berlaku. Malah ada kalanya, menyelesaikan masalah kesesakan di sebuah lokasi mencetuskan masalah kesesakan di lokasi yang lain. 12. Demikian lah rumitnya masalah berkaitan kesesakan lalulintas yang sedang kita hadapi. Pada masa ini, masih terdapat kesesakan pada waktu puncak di tempat-tempat tertentu terutamanya di kawasan-kawasan terletaknya pejabat-pejabat, pusat-pusat perdagangan dan urus niaga, dan pusat-pusat membeli belah. Seperti saya sebutkan tadi, salah satu faktornya ialah terlalu banyak kenderaan persendirian yang masuk ke kawasan bandar. Ini berlaku, antara lainnya kerana walaupun usaha-usaha mempertingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam telah disediakan tetapi, orang ramai masih memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri kerana perkhidmatan pengangkutan awam pada masa kini masih kurang memuaskan dan belum memenuhi kehendak pengguna terutamanya dalam aspek kemudahsampaian, sambungan berterusan dan ketepatan masa. 13. Kerajaan sedar akan hakikat ini dan langkah-langkah sedang diambil untuk menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam. Melalui Jawatankuasa Kabinet tentang Pengangkutan Awam yang saya pengerusikan, kerajaan telah dan sedang menimbangkan beberapa inisiatif termasuklah memperluaskan perkhidmatan LRT dengan memanjangkan laluan dan mewujudkan jalur LRT tambahan; memperbaiki mutu perkhidmatan komuter dengan pembelian koc-koc baru serta mencadangkan lanjutan perkhidmatan komuter ke bandar-bandar baru selain bandar-bandar yang sedia di liputi; dan memantapkan perkhidmatan bas-bas awam dengan menambahkan bilangan bas dan hentian serta laluan-laluan perjalanan bas. Melalui langkah-langkah seperti ini, adalah diharapkan agar persepsi dan sikap warga kota terhadap pengangkutan awam dapat diubah sehingga ia menjadi kaedah pengangkutan utama pilihan warga kota. 14. Walau bagaimanapun, pastinya usaha-usaha ini akan memakan masa untuk dilaksanakan sepenuhnya, dan membuahkan hasil yang diharapkan. Dalam pada itu, aspek-aspek lain juga perlu diteliti untuk terus membantu mengurangkan masalah lalulintas di Kuala Lumpur. Antara yang paling penting untuk diambil kira termasuklah penggunaan ICT secara lebih menyeluruh bagi memantapkan lagi aliran lalulintas dan pengangkutan. Ini termasuklah penggunaan ICT dalam penyediaan perkhidmatan “navigation” dan “tracking” bagi lebih ramai pemandupemandu individu dan pengusaha-pengusaha kenderaan awam. 15. ICT juga perlu diguna pakai untuk mengumpul semua maklumat yang relevan berkaitan trend dan corak pengangkutan dan trafik, seperti maklumat tentang bilangan kenderaan yang menuju sesuatu tempat, punca-punca kesesakan lalulintas pada waktu-waktu tertentu di kawasankawasan tertentu, dan nisbah bilangan tempat letak kereta berbanding bilangan kenderaan di sesebuah kawasan. Kajian pengangkutan memerlukan real time dan empirical data agar analisa yang tepat dapat dibuat, dan cadangan-cadangan yang jitu dan efektif dapat dirumuskan. Saya difahamkan ”Integrated Transport Information System” telah dibangunkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ini merupakan satu perkembangan positif yang amat dialu-alukan. Tinggal lagi kepupayan sistem seperti ini perlu dipertingkatkan lagi agar ia tidak hanya terhad kepada mengawal aliran kenderaan tetapi berkebolehan untuk membantu mengurus tadbir sistem lalu lintas secara lebih menyeluruh.

Tuan-tuan dan puan-puan, 16. Apa yang saya sebutkan ini adalah sebahagian kecil sahaja dari isu-isu yang kompleks berkaitan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Tiada penyelesaian mudah dalam menyelesaikan masalah yang begitu rumit. Namun kita perlu berusaha dan terus berusaha. Kata orang Where there’s a will, there’s a way. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Yang penting ialah kerjasama dan kesatuan matlamat semua pihak yang terlibat dari semua peringkat. Ada kalanya kita akan berbeza pendapat dan adakalanya kita terpaksa menilai cadangan atau pandangan yang terlalu pahit untuk diterima, walaupun ia mungkin berasas. Dalam keadaan itu, yang diperlukan ialah keikhlasan dan kejujuran, dengan matlamat murni yang satu, iaitu memperbaiki sistem lalulintas dan pengangkutan Bandaraya Kuala Lumpur. 17. Saya percaya semua peserta Retreat ini akan dapat membincangkan dengan terbuka dan penuh bijaksana segala perkara yang timbul berkaitan masalah yang cuba kita rungkaikan ini. Harapan kita agar hasil dari pembentangan kertas kerja- kertas kerja dan perbincanganperbincangan yang diadakan akan menjadi satu panduan untuk pembentukan dasar dan pelan tindakan pengangkutan bersepadu bagi Kuala Lumpur. Saya doakan Retreat ini mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan dan kepada semua peserta, saya ucapkan selamat bersidang. 18. Maka, dengan itu, dan dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim dengan sukacitanya saya merasmikan Retreat Memperkasakan Sistem Pengangkutan Awam - Sistem Lalulintas di Kuala Lumpur : “Hot Spots’’ ini. Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Last Update on 07/04/2009 This speech has been read 739 times

Speech By : DATO SRI NAJIB TUN RAZAK Title : PERASMIAN RETREAT MEMPERKASAKAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM - SISTEM LALU LINTAS DI KUALA LUMPUR "HOT SPOTS" Location : PALACE OF THE GOLDEN HORSES Date : 1401-2008 Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan salam sejahtera

Y.B Dato’ Sri Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan,

Y.B Dato’ Sri S.Samy Vellu, Menteri Kerja Raya,

Y.B Dato’Sri Chan Kong Choy, Menteri Pengangkutan,

Y.Bhg Dato’ Hj Ahmad Phesal Bin Talib, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan.

Y.Bhg Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Seri-Dato’ Seri, Dato-Dato Tuan-tuan, puan-puan para hadirin sekalian.

1. Marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke Hadrat Allah SWT di atas limpah kurnia dan izin-Nya maka kita dapat sama-sama berkumpul dan bertemu pada petang ini bagi menjayakan Majlis Perasmian Retreat Memperkasakan Sistem Pengangkutan Awam - Sistem Lalulintas di Kuala Lumpur : “Hot Spots’’ di dewan yang permai ini

2. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan, di atas jemputan untuk merasmikan retreat ini. Saya kira program ini amat penting dan saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Kementerian kerana mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu majlis retreat, yang mana dengan kerjasama semua pihak, Insya Allah akan dapat merumuskan kaedah dan pendekatan yang akan dapat mengurangkan masalah pengangkutan awam dan sistem lalulintas di Bandaraya Kuala Lumpur.

Tuan-tuan dan puan-puan,

3. Sepertimana metropolitan yang lain, salah satu dari faktor yang mendorong kepada kepesatan pembangunan Kuala Lumpur di era moden ini adalah kemudahsampaian dan sistem pengangkutannya. Sistem pengangkutan Kuala Lumpur adalah umpama saluran darah yang menjana degupan jantung bandar raya ini, yang seterusnya menjadi nukleus kepada

pembangunan di seluruh wilayah lembah Kelang.

4. Sepertimana kelaziman mana-mana bandaraya ibukota, Kuala Lumpur menjadi pusat tumpuan aliran pengangkutan darat dari merata tempat di seluruh negara. Dalam keadaan itu kesesakan sudah tentunya menjadi masalah yang pasti timbul, apatah lagi mengambil kira evolusi bandaraya Kuala Lumpur itu sendiri, yang sejak sebelum Merdeka lagi membesar dan berkembang secara tersendiri tanpa perancangan rapi sehinggalah lewat tahun 60-an. Atas faktor sejarah, dan faktor-faktor demografi penduduk serta keadaan ekonomi,kesesakan menjadi suatu ”inevitability” buat bandaraya membangun seperti Kuala Lumpur.

5. Hari ini masalah kesesakan jalan raya di ibukota semakin meruncing, dan pencarian penyelesaian yang berkekalan masih buntu. Bilangan kenderaan bertambah dengan begitu banyak apabila berlakunya penurunan harga kereta di pasaran dan juga lahirnya kereta ”low-end” yang diwujudkan khusus untuk warga berpendapatan rendah. Ledakan kenderaan-kenderaan ini di jalan-jalan raya sudah tentu mengeruhkan lagi keadaan kesesakan lalulintas yang melanda Kuala Lumpur.

6. Selain itu, masalah-masalah yang melanda perkhidmatan pengangkutan awam menyebabkan sebilangan besar penduduk kota memilih menggunakan kenderaan peribadi dan ini turut menyumbang kepada kesesakan yang kian bertambah hari demi hari. Akhirnya, kesesakan ini menjadi sebahagian dari beban dan tekanan kehidupan harian masyarakat kota, dan lebih buruk lagi, ia membentuk satu stigma terhadap Kuala Lumpur; satu imej negatif, yang sedikit sebanyak membawa kesan terhadap usaha-usaha kita untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi perniagaan dan pelancongan.

7. Justeru itu, satu penyelesaian perlu dicari bagi menangani masalah ini sebaik mungkin. Satu program atau perancangan jangka panjang yang bersepadu dan “holistic’’ amat diperlukan bagi mengatasi permasalahan sistem lalulintas di Kuala Lumpur. Penyelesaian yang dicari haruslah bukan sekadar bertujuan melegakan kesesakan untuk tempoh setahun dua sahaja, tetapi perlu mengambil kira unjuran keadaan lalulintas lebih 20 atau 30 tahun yang akan datang.

8. Ini perkara serius dan tidak harus dipandang sebagai cita-cita yang terlalu tinggi. Ia sebenarnya amat penting kerana pembangunan infrastruktur untuk sistem lalulintas adalah amat kompleks sifatnya dan memerlukan perbelanjaan yang besar kerana keadaan fizikal nya yang perlu di selaraskan dengan pembangunan sedia ada dan mengambil kira potensi pembangunan akan datang. Segala yang dirancangkan pada masa ini, perlu mengambil perhatian ke atas jangkaan evolusi sistem pengangkutan agar ianya dapat diadaptasi kan kepada keadaan masa hadapan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

9. Saya berpendapat, untuk tujuan ini langkah yang paling asas adalah dengan mewujudkan satu pelan pengurusan lalulintas yang bersepadu di kawasan Lembah Klang, yang menjadi ”single point of reference” kepada semua pihak yang terlibat dengan perancangan dan pembangunan infrastruktur wilayah ini. Kesemua agensi kerajaan yang terlibat dengan sistem pengangkutan Lembah Klang perlu merujuk kepada pelan ini.

10. Dengan wujudnya satu pelan pembangunan lalulintas bersepadu ini, maka koordinasi antara agensi-agensi kerajaan dan pemberi perkhidmatan pengangkutan akan dapat dijalin melalui rujukan kepada satu pelan sahaja. Sekaligus ini akan mengelakkan sebarang kekeliruan dan membantu perancangan dan perlaksanaan pembangunan yang kemas dan sistematik. Saya percaya retreat ini boleh dianggap langkah pertama dalam melahirkan satu kerangka pelan pengurusan lalulintas yang bersepadu yang amat diperlukan bagi menyelesaikan masalah rumit kesesakan di bandaraya Kuala Lumpur .

Tuan-tuan dan puan-puan,

11. Tidak dapat dinafikan bahawa permasalahan kesesakan di Kuala Lumpur ini sudah lama cuba diselesaikan. Beberapa pendekatan telah dilaksanakan seperti menyediakan ”outer ” dan ”inner ring road”, mengadakan ”light rapid transit” – LRT dan monorail serta penyediaan infrastruktur seperti ”elevated highway” dan jejantas. Walaupun semua usaha ini telah sedikit sebanyak membantu meringankan kesesakan, namun kesan nya agak terhad dan kesesakan terus berlaku. Malah ada kalanya, menyelesaikan masalah kesesakan di sebuah lokasi mencetuskan masalah kesesakan di lokasi yang lain.

12. Demikian lah rumitnya masalah berkaitan kesesakan lalulintas yang sedang kita hadapi. Pada masa ini, masih terdapat kesesakan pada waktu puncak di tempat-tempat tertentu terutamanya di kawasan-kawasan terletaknya pejabat-pejabat, pusat-pusat perdagangan dan urus niaga, dan pusat-pusat membeli belah. Seperti saya sebutkan tadi, salah satu faktornya ialah terlalu banyak kenderaan persendirian yang masuk ke kawasan bandar. Ini berlaku, antara lainnya kerana walaupun usaha-usaha mempertingkatkan perkhidmatan pengangkutan awam telah disediakan tetapi, orang ramai masih memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri kerana perkhidmatan pengangkutan awam pada masa kini masih kurang memuaskan dan belum memenuhi kehendak pengguna terutamanya dalam aspek kemudahsampaian, sambungan berterusan dan ketepatan

masa.

13. Kerajaan sedar akan hakikat ini dan langkah-langkah sedang diambil untuk menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam. Melalui Jawatankuasa Kabinet tentang Pengangkutan Awam yang saya pengerusikan, kerajaan telah dan sedang menimbangkan beberapa inisiatif termasuklah memperluaskan perkhidmatan LRT dengan memanjangkan laluan dan mewujudkan jalur LRT tambahan; memperbaiki mutu perkhidmatan komuter dengan pembelian koc-koc baru serta mencadangkan lanjutan perkhidmatan komuter ke bandar-bandar baru selain bandar-bandar yang sedia di liputi; dan memantapkan perkhidmatan bas-bas awam dengan menambahkan bilangan bas dan hentian serta laluan-laluan perjalanan bas. Melalui langkah-langkah seperti ini, adalah diharapkan agar persepsi dan sikap warga kota terhadap pengangkutan awam dapat diubah sehingga ia menjadi kaedah pengangkutan utama pilihan warga kota.

14. Walau bagaimanapun, pastinya usaha-usaha ini akan memakan masa untuk dilaksanakan sepenuhnya, dan membuahkan hasil yang diharapkan. Dalam pada itu, aspek-aspek lain juga perlu diteliti untuk terus membantu mengurangkan masalah lalulintas di Kuala Lumpur. Antara yang paling penting untuk diambil kira termasuklah penggunaan ICT secara lebih menyeluruh bagi memantapkan lagi aliran lalulintas dan pengangkutan. Ini termasuklah penggunaan ICT dalam penyediaan perkhidmatan “navigation” dan “tracking” bagi lebih ramai pemandupemandu individu dan pengusaha-pengusaha kenderaan awam.

15. ICT juga perlu diguna pakai untuk mengumpul semua maklumat yang relevan berkaitan trend dan corak pengangkutan dan trafik, seperti maklumat tentang bilangan kenderaan yang menuju sesuatu tempat, punca-punca kesesakan lalulintas pada waktu-waktu tertentu di kawasankawasan tertentu, dan nisbah bilangan tempat letak kereta berbanding bilangan kenderaan di sesebuah kawasan. Kajian pengangkutan memerlukan real time dan empirical data agar analisa yang tepat dapat dibuat, dan cadangan-cadangan yang jitu dan efektif dapat dirumuskan. Saya difahamkan ”Integrated Transport Information System” telah dibangunkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ini merupakan satu perkembangan positif yang amat dialu-alukan. Tinggal lagi kepupayan sistem seperti ini perlu dipertingkatkan lagi agar ia tidak hanya terhad kepada mengawal aliran kenderaan tetapi berkebolehan untuk membantu mengurus tadbir sistem lalu lintas secara lebih menyeluruh.

Tuan-tuan dan puan-puan,

16. Apa yang saya sebutkan ini adalah sebahagian kecil sahaja dari isu-isu yang kompleks berkaitan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur. Tiada penyelesaian mudah dalam

menyelesaikan masalah yang begitu rumit. Namun kita perlu berusaha dan terus berusaha. Kata orang Where there’s a will, there’s a way. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Yang penting ialah kerjasama dan kesatuan matlamat semua pihak yang terlibat dari semua peringkat. Ada kalanya kita akan berbeza pendapat dan adakalanya kita terpaksa menilai cadangan atau pandangan yang terlalu pahit untuk diterima, walaupun ia mungkin berasas. Dalam keadaan itu, yang diperlukan ialah keikhlasan dan kejujuran, dengan matlamat murni yang satu, iaitu memperbaiki sistem lalulintas dan pengangkutan Bandaraya Kuala Lumpur.

17. Saya percaya semua peserta Retreat ini akan dapat membincangkan dengan terbuka dan penuh bijaksana segala perkara yang timbul berkaitan masalah yang cuba kita rungkaikan ini. Harapan kita agar hasil dari pembentangan kertas kerja- kertas kerja dan perbincanganperbincangan yang diadakan akan menjadi satu panduan untuk pembentukan dasar dan pelan tindakan pengangkutan bersepadu bagi Kuala Lumpur. Saya doakan Retreat ini mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan dan kepada semua peserta, saya ucapkan selamat bersidang.

18. Maka, dengan itu, dan dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim dengan sukacitanya saya merasmikan Retreat Memperkasakan Sistem Pengangkutan Awam - Sistem Lalulintas di Kuala Lumpur : “Hot Spots’’ ini.

Pengenalan
Dalam bahagian ini, akan dikemukakan cadangan-cadangan yang dapat membanteras masalah kesesakan lalulintas di Jalan Jelutong samada dalam jangka masa pendek atapun panjang. Cadangan-cadangan ini dibuat berdasarkan puncapunca yang menyebabkan kesesakan di Jalan Jelutong dan juga mengikut keadaan semasa. Antara cadangan-cadangan yang boleh dijalankan adalah seperti berikut : 6.1.0 Pembinaan Jalan Baru Berkapasiti Tinggi di Luar CBD Biasanya, pusat bandar akan menjadi tumpuan orang oleh kerana fungsinya sebagai pusat pengumpulan maklumat, pusat pentadbiran, pusat perkhidmatan dan sebagainya. Keadaan ini adalah benar berlaku di pusat bandar George Town, Pulau Pinang. Apabila ini berlaku, kesesakan lalulintas pada pusat bandar terutamanya pusat bandar yang tanpa sistem lalulintas yang sistematik akan terjadi. George Town, boleh dikatakan sebagai pusat bandar yang sistem lalulintasnya memang teruk memandangkan cabangan laluan yang banyak dan tidak diatur dengan baik. Oleh yang demikian, pembinaan jalan baru berkapasiti tinggi di luar CBD adalah penting bagi mengurangkan tumpuan kereta yang banyak. Terdapat dua jalan berkapasiti tinggi di luar CBD telah dicadangkan di pinggir George Town, iaitu Jelutong Expressway dan Penang Outer Road. Pembinaan jalan yang berkapasiti tinggi ini

dapat mengagihkan kereta yang banyak di pusat bandar ke bahagian luar pusat bandar. Secara langsungnya, bagi Jalan Jelutong yang merupakan laluan utama pada masa sekarang akan mendapat manfaat daripadanya, iaitu isipadu lalulintas Jalan Jelutong akan berkurang. Sejauh mana pengurangan ini telah ditunjukkan dalam bahagian lain laporan ini. Walaubagaimanapun, dipercayai projek sedemikian hanya dapat berkesan dalam jangka masa pendek sahaja, iaitu tidak melebihi 5 tahun. 6.1.1 Peningkatan Kualiti Perkhidmatan Pengangkutan Awam

Cadangan kedua ialah mempromosikan perkhidmatan pengangkutan awam dengan meningkatkan mutu perkhidmatan. Salah satu kaedah ialah mengembangkan kapasiti laluan pengangkutan awam yang sediada. Cuba berfikir, sebuah bas dapat membawa 24 atau 36 orang penumpang, tetapi sebuah kereta persendirian hanya dapat muat 5 orang sahaja, lebih-lebih lagi kebanyakan kereta persendirian adalah membawa tidak lebih daripada 3 orang, adakah penting aspek perkhidmatan pengangkutan awam dalam mengurangkan kesesakan ? Sudah tentu jawapannya adalah ya. Dengan demikian, sekiranya, perkhidmatan pengangkutan awam yang ditawarkan di pusat bandar adalah baik dan selesa digunakan, tiada alasan bagi seseorang itu membawa kereta sendiri dan sesak 1 atau 2 jam di pusat bandar. Pembinaan laluan khas untuk kenderaan awam terutamanya bas adalah penting di pusat bandar. Jika langkah ini tidak berkesan, kenapa terdapat banyak negara melaksanakan langkah ini dalam mengurangkan kesesakan di pusat bandar ? Bagi George Town yang berhampiran dengan terminal feri 24 jam, satu langkah berkesan lain adalah mengembangkan juga mutu perkhidmatannya. Hal ini dapat mengurangkan jumlah kenderaan yang masuk ke pusat bandar George Town melalui Jambatan Pulau Pinang. Sekira ini berlaku, bilangan kenderaan yang melalui Jalan Jelutong akan berkurang kerana ia merupakan laluan utama bagi mereka yang turun dari Jambatan Pulau Pinang dan ingin menuju ke pusat bandar. 6.1.2 Pengurusan Lalulintas

Langkah ini merupakan perlaksanaan teknik-tekni pengurusan lalulintas seperti pengenalan pengaliran satu/dua hala, kawalan pusingan ke kanan, kawalan kemasukan kenderaan persendirian ke Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang dan lain-lain lagi. Kaedah ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan isipadu lalulintas pada Jalan Jelutong sekiranya ia dilaksanakan pada kawasan sepanjang Jalan Jelutong. Walaubagaimanapun, langkah ini agak terhad keberkesanannya kerana ia bukan menyelesaikan masalah lalulintas pada sesuatu kawasan, tetapi hanya memindahkan masalah kesesakan tersebut ke kawasan lain dan ia juga merupakan lanhkah pada jangka masa pendek sahaja. 6.1.3 Pemajuan Jalan

Telah diterangkan pada bab-bab sebelum ini, Jalan Jelutong mempunyai beberapa seksyen kritikal dan permukaan jalan yang kurang memuaskan. Oleh yang demikian, adalah penting untuk melaksanakan langkah pemajuan jalan. Antaranya ialah pelebaran jalan di seksyen kritikal bagi memudahkan pengguna lalulintas,mengurangkan kemalangan jalan raya yang berlaku dan juga melancarkan aliran kenderaan. Pengembangan jaringan jalan yang lebih sistematik adalah penting kerana sistem jaringan di Jalan Jelutong agak teruk. Ini disebabkan terlalu banyak persimpangan atau cabangan jalan dibina tanpa mengkaji fungsi jalan tersebut. Selain itu, penyediaan tempat letak kereta yang mencukupi di sepanjang Jalan Jelutong adalah perlu kerana didapati wujudnya masalah kekurangan tempat letak kereta. Sebagai akibatnya, pengguna jalan raya terpaksa meletak kenderaan mereka di tepi jalan. Hal ini dapat mengganggu aliran lalulintas, lebih-lebih lagi bagi Jalan Jelutong yang keleberan berturap hanya 30 kaki sahaja. 6.1.4 Pemajuan Persimpangan

Persimpangan-persimpangan yang wujud di Jalan Jelutong adalah banyak dan sesetengah direkabentuk dengan tidak sempurna. Misalnya, di setesen minyak mobil, persimpangan yang wujud sebenarnya adalah simpang empat, tetapi keadaan sebenarnya adalah simpang empat yang tidak lurus, iaitu tidak bersudut tepat. Maka, ia akan mengurangkan kelancaran memusing dan seterusnya mengakibatkan kesesakan berlaku. Jadi, pembaikan persimpangan memang penting dalam kes mengurangkan kesesakan Jalan Jelutong. Pengenalan skema koordinasi isyarat pengangkutan juga penting kerana sesetengah jalan akan mempunyai isipadu lalulintas yang lebih tinggi dan masa untuk 'berjalan' seharusnya lebih lama bagi mengurangkan kesesakan berlaku. Di samping itu, juga didapati lampu isyarat di beberapa persimpangan utama Jalan Jelutong kadangkala tidak berfungsi, pihak yang berkenaan seharusnya memastikan keberkesanan lampu isyarat terutamanya pada masa sibuk. 6.1.5 Pemajuan Pedestrian dan Penggalakkan Berjalan Melalui pemerhatian di tapak dan gambar yang telah diambil, didapati keadaan pedestrian sediada adalah kurang memuaskan. Permukaan yang tidak rata, berlekuk dan juga kelebaran yang kecil akan mengurangkan minat para pengguna menggunakannya. Di samping itu, juga didapati terdapat kekurangan pedestrian di sepanjang Jalan Jelutong, ini telah membatasi para pengguna lalulintas yang ingin menggunakan pedestrian demi perjalanan yang dekat. Sekiranya anda semua pernah memandu di Jalan Jelutong, pasti anda akan memperlihatkan ramai pejalan kaki berjalan di tepi Jalan Jelutong. Keadaan ini bukan sahaja menambahkan klesesakan lalulintas, bahkan juga berpotensi tinggi untuk sesuatu kemalangan itu berlaku. Oleh yang demikian, pembaikan dan pelebaran pedestrian sediada, adalah penting bagi mewujudkan suatu pedestrian yang selesa dan selamat digunakan. Lebih-lebih lagi melalui pempromosian berjalan yang menggalakkan rakyat berjalan, tanpa suatu pedestrian yang sempurna, pempromosian ini tidak akan berjaya.

6.1.6

Penggalakkan Menunggang Basikal

Langkah ini lebih kurang sama dengan pemajuan pedestrian dan pempromosian berjalan. Lorong basikal perlu disediakan secara asing daripada sesuatu jalan. Hal ini kerana kebanyakan projek jalan raya mengabaikan penunggang basikal dan tidak menyediakan lorong khas untuk mereka. Maka, Bagi mereka yang menunggang basikal, amat bahaya sekiranya menunggang bersama-sama dengan pengguna jalan raya yang lain. Di Jalan Jelutong, juga banyak penunggang basikal yang menunggang basikal mereka seolah-olah pengguna jalan raya yang lain. Keadaan ini memang menimbulkan kesusahan kepada pemandu kereta dan motosikal dan pada akhirnya akan menyebabkan kesesakan lalulintas yang berlaku. Lebih-lebih lagi pada ketika berlakunya kemalangan. Cadangan-cadangan yang telah dikemukakan seperti di atas, dapat dilihat dengan jelas bahawa ia merupakan cadangan yang bersifat 'menampung', iaitu menampung kenderaan berdaftar ataupun menampung isipadu lalulintas yang kian meningkat. Walaubagaimanapun, pada tahap kesesakan Jalan Jelutong masa ini, cadangancadangan yang bersifat 'menampung ' adalah tidak mencukupi dalam menyelesaikan masalah kesesakan tersebut. Oleh yang demikian, di bawah ini akan dikemukakan beberapa cadangan yang bersifat 'mengawal' yang dapat dijalankan untuk menyelesaikan masalah kesesakan dengan lebih efektif. 6.2.0 Kawalan Pembangunan Salah satu cadangan yang bersifat 'mengawal' yang boleh dilaksanakan adalah mengawal pembangunan yang terlalu pesat masa ini. Seperti yang telah dimaklumkan dalam bab-bab yang lepas, terdapat banyak projek pembangunan telah dirancangkan di sekitar kawasan Lebuhraya Jelutong. Pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit di kawasan tersebut akan meningkatkan lagi kepadatan penduduk kawasan tersebut dan pada akhirnya, akan menimbulkan kesan kesesakan yang lebih teruk lagi. Langkah ini bukan bermaksud tidak merancang apa-apa projek pembinaan langsung, tetapi kawalan dari segi tingkat bangunan, iaitu mungkin menghadkan apartment atau kondominum tidak boleh melebihi satu tahap. Kawalan ini bukan sahaja dapat mengurangkan masalah kesesakan, malahan dapat mewujudkan suatu keadaan persekitaran yang lebih selesa untuk dihuni. 6.2.1 Kawalan Populasi

Cadangan ini adalah bercanggah dengan hasrat Dato Seri Dr. Mahathir yang ingin mencapai jumlah penduduk 70 juta orang. Akan tetapi, adakah kerajaan telah bersiap sedia untuk menampung jumlah penduduk yang tinggi ini pada masa akan datang? Adakah mereka telah merancang dengan sistematik aspek-aspek yang perlu dikaji? Sebagai contoh, berapa jumlah penduduk yang dijangka akan tertumpu di Pulau Pinang ? Seperti yang kita ketahui, luas tanah di Pulau Pinang adalah sangat terhad,

dan juga jaringan jalan raya juga adalah kurang memuaska, terutamanya di pusat bandar, sekiranya negara kita mencapai tahap penduduk 70 juta, adakah Pulau Pinang dapat menampung bilangan penduduk yang tertumpu ke kawasanya? Adakah jaringan jalan raya di Pulau Pinang dapat menampung bilangan kenderaan yang tinggi pada masa itu ? 6.2.2 Kawalan Kemasukan Pusat Bandar Pada Masa Tertentu

Langkah ini adalah sesuai dijalankan di pusat bandar George Town. Misalnya, dengan mengawal kenderaan terutamanya kenderaan persendirian masuk ke pusat bandar dalam tempoh masa tertentu. Ini dapat mengurangkan penggunaan jalan-jalan utama yang menuju ke pusat bandar. Kebaikannya bukan sahaja dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, tetapi juga dapat menggalakkan rakyat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Walaubagaimanapun, untuk melaksanakan langkah ini, perkhidmatan pengangkutan perlu ditingkatkan kualitinya terlebih dahulu. 6.2.3 Kawalan Penjajar Tepi Jalan

Di sepanjang Jalan Jelutong, dapat diperhatikan bahawa bilangan penjajar atau gerai-gerai yang banyak di tepi jalan. Ini menyebabkan ramai pengguna jalan raya meletak kenderaan mereka di tepi jalan dan menikmati makanan atau minuman yang enak rasanya. Akan tetapi, ini telah menimbulkan kesusahan kepada pengguna jalan raya yang lain dan akhirnya mengakibatkan kesesakan lalulintas. Dengan kawalan ke atas atau pengetatkan kawalan ke atas penjajar tepi jalan ini, dipercayai kesesakan sedikit sebanyak dapat dikurangkan. Mungkin sesetengah orang akan berfikir tidak membenarkan penjaja berniaga, tetapi makna cadangan ini adalah meletakkan para penjajar pada suatu kawasan yang telah khas disediakan oleh mereka.

Kesimpulan
Sebenarnya, terdapat banyak lagi cadangan yang boleh dijalankan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas. Walaubagaimanapun, sesetengahnya adalah kurang sesuai dijalankan dalan kes kajian ini. Misalnya, peningkatan 'car ownership' , langkah ini memang berkesan dijalankan di negara Singapura, tetapi negara kita belum capai lagi tahap ekonomi seperti yang telah dicapai oleh Singapura. Singapura mempunyai taraf kehidupan yang tinggi dan objektif kerajaan bukan lagi untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Manakala di Malaysia, taraf kehidupan yang jauh lebih rendah berbanding Singapura membatas cadangan ini, kerana pada masa sekarang, kerajaan masih lagi menjalankan projek-projek yang bertujuan meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Oleh yang demikian, adalah kurang sesuai sekiranya kerajaan Malaysia mengenakan 'car ownership' yang tinggi seperti yang dilakukan di negara Singapura. Kumpulan kami ingin membuat keputusan bahawa antara cadangan yang paling berkesan ialah pengembangan kapasiti perkhidmatan awam, peningkatan mutu perkhidmatan awam dan juga penggalakkan penggunaan perkhidmatan

pengangkutanawam, kerana langkah inilah yang dapat mengyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, terutamanya di Jalan Jelutong. Walaubagaimanapun, rakyat harus melibatkan mereka sendiri iaitu bersikap mementingkan penggunaan pengangkutan awam semasa cadangan ini dilaksanakan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->