You are on page 1of 10

BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN

KOLEJ SASTERA DAN SAINS


SGDU 1013 – TEORI DAN PRINSIP PENGURUSAN PENDIDIKAN
TAJUK:
PERANAN PKG DALAM PENGURUSAN LATIHAN :
KAJIAN KEPERLUAN LATIHAN SEKOLAH

Disediakan Oleh :

NAMA : Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen


NO.MATRIK : 201400

PENSYARAH

En. Nordin Mansor


Tarikh Serah Tugasan

23 Ogos 2009

Kandungan :
Bil Perkara Halaman
1. Pengenalan 3
2. Fungsi PKG 4
1
3. Pentadbiran Dan Pengurusan PKG 4
4. Kajian Keperluan 5
5. Kajian Keperluan di PKG 6
6. Methodologi 6
7. Penutup 7
8. Carta Aliran Proses Kajian Keperluan Kursus Sekolah 8
9. Senarai Rujukkan 9
10. Lampiran 1 10
11. Lampiran 2 11
12. Lampiran 3 12
13. Lampiran 4 13
14. Lampiran 5 14
15. Lampiran 6 15

2
PENGENALAN
Pusat Kegiatan Guru merupakan sebuah unit yang memberi khidmat sokongan dan latihan
kepada guru-guru dalam penggunaan Teknologi Pendidikan dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P). PKG ditubuhkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan di dalam
rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
PKG berkonsepkan perkhidmatan kelompok yang menyediakan khidmat sokongan kepada
guru-guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan. Oleh yang demikian, pada
kebiasaannya terdapat lebih daripada sebuah PKG dalam satu-satu Daerah Pendidikan.
Dari segi sejarah gerakan ke arah penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat
Sumber Tempatan (PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981 PST diubah nama
kepada Pusat Media Daerah (PMD), selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah
Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) di Kedah, Kelantan , Terengganu dan Pahang.
Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD).
Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah
mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan
menyediakan perkhidmatan pinjaman peralatan dan membina bahan bantu pengajaran dan
pembelajaran dengan kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen
untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknopen.
Seterusnya pada tahun 1990 nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG).
Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia sebanyak 250 buah bangunan PKG telah dibina dan
150 PKG lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Pada tahun 1995, Pusat Kegiatan Guru telah
menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam.
Bermula dari tarikh, 1 Januari 1996, Pusat Kegiatan Guru telah diletakan sepenuhnya di
bawah pengurusan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, sementara Pusat Sumber Pendidikan Negeri
pula diletakkan dibawah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Nama
ini dianggap sesuai untuk menggantikan Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan
pada istilah ' Daerah' yang digunakan pada nama itu adalah untuk memberi gambaran sebenar
tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut.

FUNGSI PKG
• Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknopen.
• Sebagai pusat penghasilan bahan sumber P&P yang dibina secara kreatif dan inovatif.
• Pengumpul dan penyebar maklumat pendidikan kepada guru dan masyarakat setempat.
• Mewujudkan perkongsian bagi meningkatkan pengetahuan teknopen di kalangan guru-guru.
• Memupuk budaya pemuafakatan di kalangan guru setempat melalui semangat berpasukan.

3
• Membantu meningkatkan pengurusan Pusat sumber Sekolah (PSS).
• Membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam teknologi maklumat.
• Sebagai pusat aktiviti profesional pendidikan bagi sekolah kelompok dan masyarakat.
PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PKG
PKG ditadbir oleh seorang Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP DGA32), dengan dibantu
oleh seorang PTP DGA 29, dan seorang Pembantu Tadbir (N17) serta seorang Juruteknik Komputer
(FT17).
Perancangan aktiviti PKG yang berupa mesyuarat, taklimat, kursus, dan bengkel dirancang
dan dipesetujui oleh satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para pengetua dan guru besar di dalam
kelompok PKG berkenaan. Jawatankuasa Pengurusan ini pada kebiasaanya akan dipengerusikan
oleh Pengetua atau Guru Besar sekolah di mana terletaknya PKG. Beliau juga dikenali sebagai
Pengerusi PKG.
Perjalanan aktiviti oleh PKG akan juga dibantu oleh jawatankuasa kerja yang akan
ditubuhkan oleh Jawatankuasa Pengurusan. Pada lazimnya terdapat empat jawatankuasa kerja di
sesebuah PKG.
Jawatankuasa Latihan Dan Penghasilan yang akan membantu merancang dan melaksanakan
program peningkatan profesionalisme guru-guru sekolah ahli dan pembangunan sumber PKG,
mengenalpasti kakitangan sumber yang diperlukan untuk aktiviti latihan dan penghasilan bahan
teknopen mengikut keperluan setempat dan mengkaji laporan penilaian bagi menentukan tindakan
susulan.
Jawatankuasa Pembangunan Pusat Sumber Sekolah yang akan mewujudkan kerjasama
dalam meningkatkan pengurusan dan penggunaan PSS sekolah ahli, merancang dan melaksanakan
program dan aktiviti PSS, memupuk budaya membaca, mewujudkan pakatan strategik dengan
pelbagai agensi yang relevan. Serta memupuk semangat bantu membantu dan perkongsian sumber.
Jawatankuasa Teknologi Maklumat yang berusaha ke arah mewujudkan kesedaran tentang
kepentingan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran guru dalam penggunaan dan mengintegrasikan teknologi maklumat, serta berusaha
meningkatkan penggunaan makmal TMK dan Pusat Akses di sekolah.
Jawatankuasa Sosial Dan Kebajikan yang memberi peluang guru-guru menjalankan aktiviti
secara formal dan informal dengan terancang, menggunakan kemudahan rekreasi dan bergotong
royong, mewujudkan hubungan dengan agensi-agensi kerajaan, pihak swasta dan pertubuhan sosial
untuk kecemerlangan pendidikan setempat, menggunakan kepakaran daripada komuniti sekolah dan
luar sekolah untuk mencapai matlamat PKG.
KAJIAN KEPERLUAN

Kajian Keperluan (Needs assessment) adalah proses di mana keperluan sebenar pelanggan
ditentukan dan langkah-langkah menangani keperluan tersebut dirancang. Ianya sering digunakan
dalam projek penambah-baikan, latihan dan pendidikan.

Satu kertas kerja kajian keperluan, yang dikaji dan ditulis dengan baik akan menyatakan
keperluan sebenar pelanggan dengan jelas. Ianya adalah amat efektif dalam peringkat perancangan,
dan memohon peruntukkan yang diperlukan. Dengan dokumen kajian keperluan yang sempurna
serta dipersembahkan dengan baik, respon yang positif dari pihak yang membuat keputusan adalah
dapat dijangka.

Satu dokumen kajian keperluan seharusnya mengandungi perkara-perkara berikut :

4
1. Apa yang kita ada sekarang, bagaimana ianya diperoleh dan dari mana sumber dananya?
2. Apakah tahap penggunaannya kini?
3. Apakah objektif, matlamat dan tujuan? Satu bentuk soal selidik atau siri temuramah akan
membantu pada peringkat ini.
4. Apakah keperluan kita pada masa depan?
5. Apakah keutamaan kita?
6. Dengan berdasarkan kajian yang telah dijalankan, sila nyatakan dengan jelas keadaan optima
dari segi praserana, peralatan dan perisian?
7. Satu pelan tindakan pelaksanaan bersertakan tempoh masanya sekali.
8. Bagaimana hasil serta keputusan pelaksanaan akan dinilai dan apakah peruntukkan bagi
mengubah-suai pelan tindakan mengikut keperluan.

Dalam menentukan keperluan pelanggan serta methodologi penanganan permasalahan mereka,


satu proses perlu direka dan disesuaikan. Komponen-komponen berikut adalah penting dalam proses
berkenaan.

INPUT : Maklumat asas yang diperlukan. Lazimnya input ditentukan terlebih dahulu.

PROSES : Proses melibatkan segala aktiviti yang dijalankan bagi mencapai misi, ini
Adalah termasuk keputusan yang diambil oleh pembuat dasar dan para
profesinal yang berkaitan

OUTPUT : Output bermaksud hasil. Apakah hasil dari bahan mentah yang telah melalui
proses. Adakah hasil menepati objektif, matlamat dan tujuanyang telah
ditentukan pada peringkat awal.

MAKLUMBALAS : Maklumbalas memberikan data kepada pembuat dasar. Maklumat sebegini


adalah penting untuk memantau perjalanan sesebuah organisasi dan harus
dikumpul dan dinilai agar sistem berfungsi dengan sempurna.

KAJIAN KEPERLUAN DI PKG


Bagi mengelakkan aktiviti yang ‘syok sendiri’ dan kurang menepati keperluan serta kehendak
pelanggan, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG seharusnya menjalankan satu kajian keperluan
pelanggan, dan membentuk satu pasukan yang mampu membantunya dalam memenuhi keperluan
pelanggannya. Dalam memenuhi fungsi PKG sebagai pusat latihan setempat, kajian keperluan yang
relevan adalah Kajian Keperluan Latihan Sekolah dalam kelompoknya.
Dengan data yang bakal diperolehi, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG mampu merancang
dan menyusun satu siri latihan dalam bentuk kursus, taklimat dan bengkel mengikut keperluan
pelanggan dengan menyesuaikan siri latihan tersebut dengan dasar yang ditetapkan oleh Bahagian
Teknogi Pendidikan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.
METHODOLOGI
Bagi menjalankan kajian keperluan untuk mendapatkan data yang dikehendakki, adalah
penting kerjasama dari Penolong Kanan Pentadbiran atau Guru Kanan setiap sekolah dalam
kelompok diraih. Mereka sebagai nadi utama sekolah adalah penting dalam usaha ini.

5
Pegawai Teknologi Pendidikan PKG akan memanggil satu taklimat pra-mesyuarat
pengurusan bagi mengedarkan instrumen kajian keperluan dan menyampaikan taklimat cara
pengisian instrumen (Lampiran 1) tersebut. Taklimat ini adalah perlu bagi mengelakkan instrumen
kajian diisi oleh pihak pentadbiran tanpa merujuk kepada ketua panitia atau ketua bidang. Dalam
instrumen yang sama, akan diminta dari pihak sekolah calon-calon dari sekolah masing-masing bagi
mengisi jawatankuasa kerja yang dibentuk dalam mesyuarat pengurusan nanti. Pada lazimnya,
keanggotaan jawatankuasa adalah seperti berikut :
• Jawatankuasa Latihan : Guru Kanan Pentadbiran
• Jawatankuasa Penghasilan : Mana-mana guru yang dicalonkan
• Jawatankuasa Pembangunan PSS : Guru Perpustakaan dan Media
• Jawatankuasa Teknologi Maklumat : Guru Penyelaras Bestari / ICT
• Jawatankuasa Sosial Dan Kebajikan : Pengerusi KGKT Sekolah
Guru-guru Penolong Kanan Pentadbiran akan menaklimatkan ketua-ketua panitia sekolah
masing-masing, cara pengisian instrumen. Senarai latihan yang diperlukan akan dibincang dan
ditentukan dalam mesyuarat panitia setiap matapelajaran. Senarai keperluan kursus peringkat
sekolah akan dibincang dan ditentukan dalam mesyuarat kurikulum sekolah. Instrumen yang telah
dilengkapkan dan disahkan oleh Guru Besar akan dipanjangkan ke PKG.
Instrumen dari semua sekolah akan dikumpulkan dan disunting oleh Pegawai Teknologi
Pendidikan PKG (Lampiran 2). Proses ini akan memurnikan senarai dari kursus-kursus yang di luar
bidang tugas PKG seperti Kursus Kejurulatihan Sepak Takraw contohnya. Senarai kursus yang
diperlukan oleh sekolah akan dibincangkan dan dimurnikan lagi dalam Mesyuarat Pengurusan PKG.
Senarai kursus yang telah disahkan(Lampiran 3). oleh mesyuarat pengurusan tidaklah ‘rigid’ dan
boleh ditambah dengan aktiviti-aktiviti lain mengikut keperluan perkhidmatan dari masa ke semasa.
Senarai kursus tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Latihan yang akan
menyusun aktiviti-aktiviti tersebut menjadi satu jadual yang tentatif. Mesyuarat juga akan
menentukan tenaga pengajar yang dikehendakki bagi setiap kursus. Mereka juga akan menetapkan
guru yang akan turut serta dari sekolah masing-masing. Ini akan mengelakkan pembaziran dengan
kehadiran guru yang tidak sesuai dengan kursus, contohnya Guru Perpustakaan Media hadir ke
Kursus Konfigurasi Rangkaian Komputer. Urusan menjemput penceramah dan surat panggilan
kursus akan diuruskan oleh pihak PKG. Urusan permohonan pesanan kerajaan untuk menampung
kos makan minum peserta kursus juga akan diuruskan oleh pihak PKG.
Setiap aktiviti yang dijalankan mesti didahului dengan surat panggilan yang ditandatangani
oleh Pegawai Pendidikan Daerah. Surat panggilan akan dihantar ke sekolah berserta borang
(Lampiran 4) maklumat peserta kursus. Antara maklumat yang diminta adalah keperluan makanan
yang khusus, seperti peserta beragama hindu yang ‘vegetarian’.
Kehadiran peserta aktiviti harus direkodkan. Pada akhir aktiviti, borang penilaian akan
diedarkan, supaya para peserta boleh memberi maklum-balas tentang perjalanan dan kualiti kursus
termasuk tahap kompetensi penceramah (Lampiran 5-8). Turut dinilai adalah, kualiti makanan,
keselesaan dewan kursus dan nota yang disediakan. Maklum-balas yang diterima dari para peserta
akan membantu usaha penambah-baikan yang berterusan.
Pegawai Teknologi Pendidikan PKG harus menyediakan laporan selepas setiap aktiviti untuk
dipanjangkan ke BTPN dan PPD. Laporan juga harus disediakan untuk dipersembahkan dalam
mesyuarat jawatankuasa pengurusan dan mesyuarat jawatankuasa latihan. Data yang didapati akan
digunakan untuk memantau, menilai dan merangka langkah seterusnya.
PENUTUP
Pelaksanaan Kajian Keperluan Kursus Sekolah akan membantu PKG dan petadbir sekolah
untuk merangka siri latihan yang menepati keperluan sekolah masing-masing. Ia juga akan
6
membantu pihak PKG menyusun aktiviti yang menepati kepentingan perkhidmatan, kehendak, dan
dasar BTPN, BTP dan Kementerian Pelajaran.

7
Carta Aliran Proses Kajian Keperluan Kursus Sekolah

8
Taklimat Pra-Mesyuarat
SENARAI RUJUKKAN Pengurusan
PK1 menaklimatkan Ketua-ketua
1. www.geocities.com/pspnperak/fungsi.htm.
2. Zemke, R., & Gunkler, J., "Using Small Group Techniques for Needs Assessment,
Data Gathering, and other Heinous Panitia
Acts", seminar notes, American Society for
Training and Development Southern Minnesota Chapter, Minneapolis, July 9,
1985.
Mesyuarat Panitia
3. Wikipedia, the free encyclopedia
4. www.shaffe.tripod.com/PKG.htm
5. www.geocities.com/pkgpantai_2000/Peranan.htm.
Mesyuarat Kurikulum Sekolah

Pengumpulan Borang Keperluan


Kursus Sekolah
Analisa Borang Keperluan Kursus
Sekolah
Mesyuarat Pengurusan PKG

Mesyuarat Jawatankuasa Latihan


PKG
Perjalanan Kursus Mengikut
Jadual
Maklumbalas Perjalanan Kursus

9
Lampiran 1
INSTRUMEN KAJI SELIDIK KEPERLUAN KURSUS SEKOLAH.
Bil Kursus Bidang
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Calon Jawatankuasa Kerja PKG 2009
1. Jawatankuasa Latihan : ________________________________
(Guru Kanan Pentadbiran)

2. Jawatankuasa Penghasilan : ________________________________

3. Jawatankuasa Pembangunan PSS : ________________________________


(Guru Perpustakaan dan Media)

4. Jawatankuasa Teknologi Maklumat : ________________________________


(Guru Penyelaras Bestari / ICT)

5. Jawatankuasa Sosial Dan Kebajikan : ________________________________


(Pengerusi KGKT Sekolah)

Disahkan oleh: ____________________________________


Tarikh :________________

10

You might also like