You are on page 1of 39

CONTOH JAWAPAN SEJARAH 2

UNTUK PERKAMPUNGAN
SEJARAH STPM NEGERI PERAK
TAHUN 2008 (PROGRAM GALUS)

1
Soalan 1

Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sebelum campur tangan British


pada tahun 1874

Pengenalan

Pembesar merupakan golongan yang sangat penting dan berpengaruh dari segi
politik, ekonomi dan sosial. Jawatan pembesar diperoleh melalui dua cara iaitu; taraf
tersedia dan taraf capaian. Taraf tersedia, iaitu jawatan diperoleh secara warisan;
apabila seseorang pembesar meninggal dunia maka anak akan menggantikan
tempatnya.Taraf capaian; pembesar yang dilantik kerana kehebatan dan ketokohan
yang dimiliki oleh seseorang

Isi

1. Politik

 Pembesar berperanan utama dalam politik. Mereka merupakan golongan yang


memonopoli kuasa politik. Mereka juga berperanan dalam melantik raja/sultan,
contoh di Negeri Sembilan, empat orang Undang (Undang Jelebu, Undang Sungai
Ujong, Undang Rembau dan Johol) akan melantik Yam Tuan Besar Negeri
Sembilan. Di Perak pembesar berkuasa melantik sultan dan mereka berpengaruh
dalam menentukan perlantikan seseorang bakal sultan. Mereka boleh
mengenepikan mana-mana bakal sultan yang tidak disukai, contoh Raja Yusuf gagal
menjadi sultan kerana baginda gagal mendapat sokongan dan diketepikan oleh
pembesar.

 Pembesar berperanan membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbiran negeri.


Mereka mempunyai cop mohor sendiri., contoh di Kelantan pada masa
pemerintahan Sultan Muhamad 1, baginda telah membentuk Jemaah Menteri yang
terdiri daripada 7 orang pembesar untuk memudah dan melicinkan pentadbirannya.
Di Johor Sultan Abu Bakar memperkenalkan satu perlembagaan berasaskan
perlembagaan British. Menurut perlembagaan ini satu Jemaah Menteri yang
dianggotai oleh pembesar telah dibentuk untuk memberi nasihat kepada sultan.

 Pembesar turut membantu sultan mentadbir kawasan-kawasan tertentu di luar


wilayah. Kawasan ini dipanggil “pegangan” yang merupakan anugerah sultan
kepada pembesar kerana jasa perkhidmatan cemerlang. Contoh Dato’ Bahaman
dilantik sebagai pembesar Semantan, Tok Gajah dilantik mentadbir Puau Tawar.

2. Ekonomi

 Pembesar berperanan dalam hal memungut cukai di kawasan pentadbirannya yang


dipanggil kawasan pemakanan. Semua pedagang yang melintasi daerah itu akan
dikenakan cukai di pangkalan cukai yang didirikan di sepanjang sungai. Biasanya
barang-barang itu dikenakan cukai 10% dan dibayar dengan barangan. Sebahagian
daripada hasil cukai diberi kepada pemerintah sebagai ufti contoh di Perak, sultan
berhak mengambil $ 6.00 dari setiap bahara (400 paun) bijih timah yang diekspot di

2
mana-mana daerah di Perak. Pemberian ufti sebagai lambang taat setia pembesar
kepada sultan. Di Negeri Sembilan Sungai Linggi menjadi kawasan pemungutan
cukai terhadap bijih timah yang dibawa keluar dari sungai berkenaan sehingga
menjadi rebutan di antara Dato’ Bandar dengan Dato’ Kelana.

 Pendapatan pembesar bergantung kepada cukai yang dikenakan ke atas penduduk.


Untuk itu pembesar sentiasa menggalakkan kemajuan daerahnya dengan
menambahkan bilangan penduduk yang produktif untuk mendapatkan lebihan hasil
yang banyak. Kekuasaan pembesar bergantung kepada kekuatan ekonomi. Oleh itu
pembesar sentiasa berwaspada agar tidak ada orang lain mengumpulkan harta yang
lebih banyak bagi tujuan pemberontakan. Pembesar juga berkongsi pendapatan
yang diterima dengan pengikutnya bagi mengekalkan sokongannya. Hasil lebihan
akan digunakan sebagai pinjaman untuk mengikat lebih ramai orang berhutang
dengannya.

 Pembesar juga menjalankan kegiatan ekonominya sendiri seperti perlombongan


bijih timah dan berdagang. Ini menyebabkan di tempat-tempat tertentu pembesar
lebih kaya daripada sultan, contohnya di Perak, Long Jaafar dan Ngah Ibrahim yang
menguasai daerah Larut lebih kaya daripada sultan.

 Pembesar juga terlibat dalam kegiatan perdagangan dengan keizinan sultan.


Mereka menjadi pengeluar modal. Perniagaan dan perdagangan pembesar
diuruskan oleh wakil-wakilnya. Bagi mempastikan urusan perdagangan berjalan
lancar pembesar akan menentukan timbangan dan sukatan yang betul.

 Pembesar juga berperanan dalam menjaga perairan daripada pencerobohan lanun,


mengawasi perdagang-pedagang, menjaga kebajikan pedagang asing,
menyediakan tempat perniagaan dan gudang untuk menyimpang barang.

3. Sosial

 Pembesar berperanan dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara,


contohnya, Jemaah Menteri Peperangandi Kelantan menguruskan hal-ehwal
peperangan, ketenteraan, pertahanan dan keamanan. Lembaga di Negeri Sembilan
menjaga keselamatan dan keamanan kawasan anak buahnya. Pembesar juga
memastikan penduduk di bawah jagaannya taat setia kepada Sultan.

 Pembesar juga berperanan sebagai penghubung antara sultan dengan rakyat.


Pembesar bertanggungjawab menyediakan dan membekalkan ketenteraan untuk
mempertahankan negara dan juga untuk ekspidisi memperluaskan empaya jika ada.

 Pembesar juga berperanan dalam menjatuhkan hukuman dan mendenda dalam


kes-kes jenayah di daerahnya. Pada masa itu tidak ada badan kehakiman bebas
daripada pemerintah sebaliknya sultan dan pembesarlah yang mentadbir undang-
undang. Pembesar boleh menjatuhkan semua jenis hukuman kecuali hukuman mati
yang hanya boleh dijatuhkan oleh sultan.

 Pembesar juga dikehendaki membekalkan tenaga buruh kepada raja seperti


membina istana baru, membina kapal raja, membina panggung dan pentasa serta

3
perhiasan istana untuk menyambut perayaan adat dan agama. Ini dilakukan melalui
sistem kerah.

 Pembesar juga mengetuai kerja-kerja sosial seperti membina surau, masjid, balai
raya, jambatan dan sebagainya. Pembesar juga berperanan dalam menjalankan
adat istiadat di istana

Kesimpulan

Pembesar memainkan peranan penting dalam bidang politik, ekonomi dan sosial
sebelum campur tangan British.Namun selepas campur tangan British peranan
pembesar mulai berubah. Pembesar tidak lagi memainkan peranan dalam pentadbiran
British sebaliknya British melantik pegawai pemungut dan majisterit yang mengambil alih
tugas dan peranan pembesar. Tindakan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas
hati dalam kalangan pembesar yang akhirnya membawa kepada penentangan terhadap
British.

4
Soalan 2

Sejauhmanakah sistem ekonomi masyarakat Melayu sebelum campur tangan


British pada tahun 1874 bersifat sara diri?

Pengenalan

Masyarakat Melayu tradisional mengamalkan kegiatan ekonomi yang berbentuk


sara diri. Sara diri bermaksud kegiatan ekonomi yang dikendalikan bagi mendapatkan
bahan-bahan makanan dan hasil-hasil lain untuk memenuhi keperluan hidup seharian.
Keperluan ekonomi petani ialah berbentuk secukup hidup bagi menyara keperluan
keluarga sendiri dengan menekankan kepada keperluan asas. Oleh itu, perhatian
utama ditumpukan kepada usaha-usaha untuk mendapatkan sumber-sumber makanan.
Walaupun kegiatan ekonomi sara diri telah diusahakan di kebanyakan negeri, namun
terdapat juga ekonomi separa sara diri yang dijalankan di Kedah dan Perlis, serta
ekonomi komersil berasaskan pertanian, perlombongan dan perdagangan khususnya di
Negeri Johor.

Isi

1. Ekonomi Sara diri

I. Pertanian sara diri

 Penanaman padi adalah kegiatan pertanian sara diri utama. Masyarakat Melayu
yang tinggal di pesisiran sungai dan kawasan pedalaman menanam padi sawah
dan padi huma

 Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau tanah rendah. Lembah sungai
menjadi tumpuan kerana tanah lanar yang subur dan mudah mendapatkan bekalan
air. Contoh di Lembah Sungai Kelantan, Lembah Sungai Muda.

 Baja yang digunakan adalah tahi binatang dan menggunakan tenaga binatang untuk
menjalankan kegiatan membajak seperti lembu dan kerbau.

 Sistem pengairan dibina untuk mengairi kawasan tanaman padi, contoh Terusan
Wan Mat Saman di Kedah (1885), Sungai Raja Gali di Kelantan. Di Negeri Sembilan
kincir air dibina untuk mengairi kawasan tanaman padi. Kawasan penanaman padi
utama di Tanah Melayu ialah di Negeri Kedah, Pahang dan Kelantan.

 Tanaman lain yang turut diusahakan ialah pisang, jagung, ubi kayu dan buah-
buahan.

5
 Padi huma ditanam di kawasan bukit dan pedalaman. Tanaman ini ditanam di tanah
tinggi kerana tidak memerlukan air yang banyak

II. Memburu dan menternak binatang

 Masyarakat Melayu juga memburu binatang seperti rusa, ayam hutan, pelanduk.
Mereka juga memburu gajah untuk mendapatkan gading. Selain itu mereka juga
menternak binatang seperti ayam, lembu, kerbau dan sebaginya.

III. Memungut hasil hutan

 Contohnya buluh, rotan, damar, gaharu, cendana, sarang burung, getah percha,
jelutung dan pelbagai jenis herba dan akar kayu

IV. Menangkap ikan

 Merupakan kegiatan utama penduduk persisir sungai dan pantai. Menggunakan


kaedah dan peralatan tradisional. Hasil tangkapan kecil dan untuk menampung
keperluan sendiri

V. Pertukangan dan kraftangan

 Menggunakan hasil hutan terutamanya buluh, rotan dan kayu-kayan untuk


menghasilkan pelbagai barangan keperluan harian

2. Ekonomi komersil

 Ekonomi komersial merupakan kegiatan ekonomi yang menggunakan modal yang


besar, teknologi moden, dan diusahakan dalam skala yang besar. Melibatkan modal
dan kepakaran asing terutamanya pemodal Cina dan Eropah

I. Perdagangan

 Sebelum campur tangan British, masyarakat Melayu tradisional telah pun


menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara Eropah, China dan
India melalui pelabuhan Singapura

 Terangganu telah menjalankan perdagangan dengan China sebelum campur tangan


British. Terengganu mengeksport emas, bijih timah, kopi, rotan dan damar

6
II. Perlombongan

 Pada awalnya diusahakan secara sambilan oleh sebahagian kecil orang Melayu.
Pada awal dan pertengahan abad ke -19, perlombongan bijih timah giat dijalankan di
kawasan Larut, Kinta dan Hilir Perak. Lombong-lombong ini adalah kepunyaan
pembesar Melayu
 Buruh Cina dibawa masuk dari Pulau Pinang dan Melaka untuk bekerja dilombong.
Pelombong Cina menggunakan kaedah pam dedah dan roda air. Di Selangor,
perlombongan bijih timah dijalankan di kawasan Lukut dan Kelang

 Di Negeri Sembilan, perlombongan dijalankan oleh orang Cina di Sungai Ujong


sejak tahun 1828. di Terengganu Sultan Terengganu menggalakkan usaha mencari
gali emas di Ulu Nerus dan perlombongan bijih timah di Kemaman

III. Pertanian dagangan

 Sistem Kangcu telah diasaskan di Johor oleh Temenggung Ibrahim dan diperluaskan
oleh pengganti baginda iaitu Sultan Abu Bakar. Antara tahun 1840-1850an, tanaman
lada hitam dan gambir telah diusahakan secara besar-besaran di sepanjang sungai
utama untuk tujuan eksport. Tanaman ini mendapat permintaan yang tinggi di
pasaran Eropah dan Singapura. Johor juga turut menghasilkan getah perca, sagu
dan koko untuk komersil

 Pala, cengkih dan tebu pula banyak ditanam di Seberang Perai oleh pengusaha
bangsa Eropah. Ubi kayu ditanam di Melaka dan dianggarkan terdapat 400 hektar
ladang ubi kayu di Melaka pada tahun 1860. Terengganu pula telah mengeksport
kopi, rotan dan damar

IV. Pembalakan

 Perusahaan pembalakan di Johor diusahakan oleh Syarikat Peterson & Simons.


Kayu balak yang telah diproses dieksport ke China, Mauritius, Jawa dan Sri Lanka

Kesimpulan

Secara keseluruhannya sistem ekonomi tradisional di Negeri-negeri Melayu


adalah mirip sara diri, namun bagi negeri Kedah dan Perlis ekonominya lebih bersifat
separa sara diri. Di samping itu, bidang ekonomi komersil juga turut berkembang
terutamanya di Johor yang melibatkan kegiatan perdagangan, pertanian dagangan
dan perlombongan yang dimonopoli oleh pembesar Melayu dan pemodal Cina.
Kekayaan sumber alam telah menarik saudaganr Cina dan Eropah untuk melabur modal
dalam bidang-bidang berkenaan.

7
Soalan 3

Bincangkan perubahan-perubahan perlembagaan di Negeri-negeri Melayu


Bersekutu antara tahun 1895 hingga 1941.

Pengenalan

Menjelang tahun 1874 Sistem Residen telah diperkenalkan di Perak selepas


termenterainya Persetiaan Pangkor. Selepas itu Sistem Residen turut diperkenalkan di
Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan selepas British campur tangan di negeri-negeri
berkenaan. Kesan daripada Sistem Residen yang diperkenalkan berlaku penentangan
rakyat tempatan terhadap Inggeris di Perak dan Pahang. Pihak Inggeris terpaksa
melakukan beberapa perubahan perlembagaan mulai tahun 1895 hinggalah meletusnya
Perang Dunia Kedua. Antara perubahan-perubahan perlembagaan yang berlaku di
Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan dalam tempoh tersebut ialah
Pembentukan Persekutuan 1895, Persidangan Raja-raja Melayu atau Durbar dan
Pengagihan Kuasa Pusat atau dasar desentralisasi.

Isi

1. Pembentukan Persekutuan 1895

 Perjanjian Persekutuan 1895 telah dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896 di negeri


Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan yang disatukan di bawah satu
pemerintahan pusat.

 Antara faktor-faktor yang menyebabkan terbentuknya Perjanjian Persekutuan ialah


masalah-masalah kewangan Pahang, mengurangkan kuasa Residen, keseragaman
pentadbiran, faktor keselamatan dan kecenderungan penubuhan Persekutuan.

 Syarat-syarat utama pembentukan Persekutuan 1895 ialah :

(i) Keempat-empat negeri itu disatukan di bawah sebuah kerajaan pusat di Kuala
Lumpur dan dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang berada di
bawah naungan British.

(ii) Sultan bagi negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan bersetuju
meletakkan diri dan negeri-negeri mereka di bawah naungan British yang akan
ditadbirkan menurut nasihat kerajaan British.

(iii) Raja-raja berkenaan hanya akan berkuasa di negeri masing-masing.

8
(iv) Raja-raja berkenaan bersetuju menerima seorang pegawai British yang akan
digelar Residen Jeneral. Beliau merupakan wakil dan ejen kerajaan British dan
adalah bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang akan
digelar Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Naungan British.

(v) Raja-raja bersetuju mematuhi nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara
kecuali yang menyentuh agama Islam dan adat Melayu.

(vi) Negeri-negeri berkenaan bersetuju membantu satu sama lain seperti


dinasihatkan oleh kerajaan British dan membekalkan tentera bagi pertahanan
Negeri-negeri Selat sekiranya perlu.

(vii) Kewibawaan dan kuasa raja-raja berkenaan tidak akan terjejas oleh Perjanjian
Persekutuan. Hubungan yang sedia ada antara negeri-negeri mereka dan
Empayar British akan dikekalkan.

(viii) Residen di keempat-empat negeri berkenaan akan menjalankan tugas seperti


biasa . Pejabat yang penting di setiap negeri akan mempunyai ketua jabatan
daripada kalangan para pegawai persekutuan yang bertanggungjawab kepada
Residen Jeneral.

2. Persidangan Raja-raja atau Durbar

 Perjanjian Persekutuan memperuntukkan penubuhan sebuah Persidangan Raja-raja


Melayu atau Durbar. Durbar merupakan satu acara rasmi tahunan yang dihadiri oleh
semua sultan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri,
pembesar-pembesar Melayu dan para pegawai British dengan dipengerusikan oleh
Pesuruhjaya Tinggi.

 Walaupun badan ini tidak ada kuasa perundangan, tetapi ia memberikan peluang
kepada sultan-sultan, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan para pembesar untuk
menyuarakan pandangan tentang pelbagai perkara yang melibatkan kepentingan
bersama.

 Persidangan ini diadakan dalam bahasa Melayu. Durbar yang pertama diadakan
pada tahun 1897 di Kuala Kangsar, Perak. Persidangan ini amat bersejarah kerana
buat pertama kalinya raja-raja Melayu di keempat-empat negeri mengadakan
pertemuan secara bersama.

 Persidangan kedua diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1903. Dua perkara
penting yang dibangkitkan dalam persidangan ini ialah soal pemusatan kuasa yang
berlebihan dan tuntutan ditambah bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan
kerajaan.

 Dalam soal pemusatan kuasa yang berlebihan, Sultan Perak meminta pemusatan
kuasa yang berlebihan kepada Residen Jeneral dikurangkan. Baginda juga meminta
supaya negeri-negeri ditadbirkan oleh para pegawainya sendiri supaya setiap
kerajaan boleh wujud secara berasingan. Pandangan Sultan Perak ini diberi

9
perhatian oleh pihak British apabila beberapa pembaharuan diperkenalkan dalam
sistem persekutuan pada tahun 1909.

3. Dasar Pengagihan Kuasa Persekutuan atau Desentralisasi

 Dasar Desentralisasi dilakukan oleh kerajaan British ekoran daripada bantahan yang
dibuat oleh Sultan Idris dalam Durbar kedua. Dasar ini bertujuan untuk
melonggarkan kawalan Residen Jeneral dan kerajaan pusat ke atas Majlis
Mesyuarat Negeri serta membahagikan kuasa atau fungsi-fungsi tertentu di antara
kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

4. Dasar Desentralisasi 1920-an

 Faktor-faktor yang menyebabkan dasar ini diperkenalkan ialah rasa tidak puas hati
dalam kalangan pembesar, keinginan British untuk menyatukan Negeri Melayu Tidak
Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, kemelesetan ekonomi dunia
1920-an dan pergelutan kuasa antara Residen Jeneral dan Pesuruhjaya Tinggi.

 Dalam Dasar Desentralisasi ini Sir Lawrence Guilemard iaitu Pesuruhjaya tinggi
NNMB 1920-1927 telah mencadangkan beberapa perkara iaitu:

(i) Jawatan Ketua Setiausaha dihapuskan dan kuasanya dipindahkan kepada


Residen-residen dan Majlis- majlis Negeri.

(ii) Semua jabatan kecuali perkhidmatan kereta api, kastam dan eksais serta pos
dan telegraf menjadi tanggungjawab negeri.

(iii) Keanggotaan dalam majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan (MMP)


ditambah menjadi 24 orang dengan bilangan ahli-ahli rasmi berjumlah 13 orang
dan ahli-ahli tidak rasmi pula 11 orang. Buat pertama kali ahli tidak rasmi India
telah dilantik pada tahun 1928.

(iv) MMP masih berhak ke atas penggubalan undang-undang tetapi Rang Undang-
undang mesti ditandatangani oleh Sultan supaya sah di sisi undang-undang.
Namun, Sultan tidak mempunyai kuasa veto dalam hal ini.

(v) Sultan-sultan hanya akan menghadiri upacara pembukaan rasmi MMP sekali
setahun sahaja. Tempat sultan-sultan diambil-alih ole tiga orang pegawai
kanan British dan tiga orang Melayu yang biasanya daripada golongan
bangsawan.

(vi) Majlis Mesyuarat Negeri dipulihkan kuasanya sedikit apabila diberi kuasa yang
lebih ke atas kewangan, segala hal berkaitan dengan tentera mesti mendapat
kebenaran MMN.

 Cadangan-cadangan Guilemard disokong oleh sultan-sultan tetapi ditentang oleh


ahli perniagaan orang Eropah dan Cina. Akibat tentangan oleh golongan ini,

10
cadangan-cadangan Giulemard tidak dilaksanakan sepenuhnya dan kerajaan British
telah berkompromi.

5. Dasar Desentralisasi 1930-an

 Beberapa faktor menyebabkan dasar ini diperkenalkan di NNMB iaitu keinginan


untuk Kesatuan Tanah Melayu, kemelesetan ekonomi dunia tahun 1930-an dan
keperluan menjaga kepentingan kaum Melayu dan mengawal kegiatan politik orang
Cina.

 Sir Cecil Clementi Smith telah menggantikan Sir hugh Clifford sebagai Pesuruhjaya
pada tahun 1930. Beliau telah mencadangkan beberapa perubahan dalam dasar ini
iaitu:

(i) Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibubarkan dan dibentuk satu kesatuan


semua negeri.

(ii) Jawatan Ketua Setiausaha harus dihapuskan dan digantikan oleh seorang
Setiausaha Persekutuan yang kedudukannya lebih rendah daripada Residen.

(iii) Semua jabatan kecuali Jabatan Perkhidmatan Kereta api, Jabatan Kastam dan
Jabatan Pos harus ditadbirkan oleh negeri-negeri.

(iv) Sebuah Kesatuan Kastam harus ditubuhkan untuk menggalakkan


perdagangan antara NNMB, NNMTB dan NNS.

 Cadangan-cadangan Clementi disokong oleh sultan-sultan Melayu tetapi ditentang


oleh golongan peniaga Cina dan Eropah serta NNMTB. Akibat daripada tentangan-
tentangan tersebut, Clementi telah menarik balik cadangan-cadangannya bagi
pengagihan kuasa pusat.

 Pada tahun 1932, Kerajaan British telah menghantar Sir Samuel Wilson untuk
mengkaji prospek pengagihan kuasa pusat dan cadangan-cadangan Clementi. Hasil
daripada perakuan-perakuan Wilson, pengagihan kuasa pusat telah dijalankan
secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1934.

Kesimpulan

Perubahan-perubahan perlembagaan di NNMB berlaku secara berperingkat-


peringkat dan tidak secara menyeluruh atau dilakukan secara tidak sempurna kerana
kerajaan pusat masih mengawal bidang kuasa yang penting. Namun begitu, antara
tahun 1895 hingga tahun 1941 memang terdapat beberapa perubahan perlembagaan di
NNMB yang memberi kesan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Perubahan

11
perlembagaan di NNMB terpaksa dihentikan menjelang tahun 1942 apabila berlakunya
Perang Dunia Kedua dan Jepun telah menyerang Tanah Melayu.

Soalan 4

Bincangkan Kesan Imigrasi orang Cina dan India ke atas perkembangan


sosio-ekonomi di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia ke-2

Pengenalan

Sebelum tahun 1848 , bilangan masyarakat Cina dan India adalah kecil
sahaja. Terdapat petempatan-petempatan kecil pedagang Cina di kelantan,
Melaka, Kuala Terengganu muara sungai Johor dan Sungai Pahang. Bilangan
orang India juga kecil hanya mendiami ladang tebu dan kopi di Pulau Pinang dan
Privince Wellesley. Namun demikian, menjelang pertengahan abad ke-19 hingga
awal abad ke-20 perkembangan perusahaan getah dan timah telah membawa
pertambahan penduduk di Tanah Melayu.

Isi

1 Kesan Imigrasi orang Cina ke atas sosioekonomi

 Kedatangan Orang Cina di Tanah Melayu telah mendatang kesan dari sudut
sosio ekonomi di Tanah Melayu. Kedatangan mereka telah menyumbang
kepada pertumbuhan sosio ekonomi Tanah Melayu.

 Pada awal abad ke-19 orang-orang Cina telah berhijrah ke Negeri-Negeri


Selat (NNS) (Pulau Pinang, Singapura dan Melaka). Kebanyakan mereka
menyumbang kepada kegiatan sebagai buruh, peniaga-peniaga, dan tukang-
tukang yang mahir.

 Masyarakat Cina menyumbang kepada pertanian perdagangan. Orang Cina


dalam tahun 1840 an telah membuka ladang-ladang gambir dan lada hitam di

12
Johor di bawah Sistem kangchu. Pada tahun 1910 lada hitam dan gambir
merupakan eksport utama negeri Johor.

 Orang Cina juga menanam ubi kayu pada tahun 1870 an. Melaka merupakan
pengeksport utama. Pada tahun 1880 an tanaman ini diperluas ke Negeri
Sembilan dan dieksport ke Britain.

 Menjelang pertengahan abad ke-19 penghijrah dari negeri China datang ke


Tanah Melayu untuk membuka lombong-lombong bijih timah. Mereka tinggal
berdekatan dengan kawasan perlombongan bijih timah seperti di Larut, Kuala
Kangsar, Kinta, Larut Lukut, Linggi , Kuala Langat dan lain-lain.

 Suku Hokkien merupakan peniaga-peniaga dan pekedai-pekedai manakala


suku Kantonis merupakan pelombong-pelombong dan tukang-tukang mahir
( tukang kayu, tukang besi dan tukang kasut). Suku Teochew pula merupakan
pekedai-pekedai dan peladang-peladang. Mereka membuka ladang-ladang
tebu di Province Wellesley dan Pulau-Pinang.

 Orang Teochew menjadi buruh dalam pertanian dagang seperti lada hitam,
gambir, tebu terutamanya di Johor dan Seberang Perai. Orang hailam
bekerja sebagai peniaga kedai runcit, kedai makanan, dan buruh-buruh di
ladang-ladang getah.

 Pada tahun 1921 jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu dianggarkan 1.2
juta. Daripada jumlah itu 380656 orang terdiri daripada golongan Hokkien
mewakili 32.4% Kantonis 28.3%, Hakka 18.6%, Teochew 11.1% dan Hailam
5.9%.

 Menjelang Perang Dunia Kedua ,1945 penduduk Cina berjumlah 43%


berbanding penduduk Melayu sebanyak 41%. Namun demikian mereka
bukan warga negara dan akan kembali semula ke negara asal mereka di
China.

 Sementara itu, kesan kedatangan orang Cina telah menyebabkan


tertubuhnya sekolah-sekolah Cina. Sistem pendidikan orang Cina di Tanah
Melayu kurang diberi perhatian oleh Inggeris. Mereka telah mendirikan
sekolah sendiri dengan dibiayai oleh persatuan sukarela, dan persatuan
orang Cina. Mereka menggunakan bahasa pengantar, sukatan , buku-buku
teks dan guru-guru yang dibawa dari China.

 Kedatanga Orang Cina juga turut memberi kesan ke atas perkembangan


akhbar. Akhbar Cina menyebarkan berita untuk kaum Cina sahaja. Berita

13
yang dimuatkan hanyaa berkisar kepada pergolakkan yang berlaku di negara
China sahaja.

2. Kesan Imigrasi orang India ke atas sosioekonomi

 Orang India juga telah memberikan kesan ke atas sosio ekonomi kepada
Tanah Melayu pada abad ke-19.

 Kedatangan orang India ke Tanah Melayu telah bermula sejak awal tahun
masihi lagi. Zaman kesultanan Melaka kedatangan mereka semakin
bertambah. Mereka mendirikan ‘Perkampungan Keling’ di Melaka.
Pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light pada tahun 1786 telah
menambah jumlah penduduk Pulau Pinang.

 Pada awal abad ke-19 kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh di ladang-
ladang tebu di Pulau Pinang dan seberang Perai . sejak 200 tahun yang lalu
askar sepahi telah sampai ke Pulau Pinang.

 Sebelum tahun 1867 banduan-banduan India telah dihantar ke Negeri-Negeri


Selat oleh Kerajaan Inggeris untuk membina jalan raya , jalan kereta api,
menjadi buruh di pelabuhan dan terlibat dalam bangunan pentadbiran.

 Menjelang tahun 1860 an terdapat 15000 orang banduan India yang berada
di Tanah Melayu.

 Menjelang tahun 1870an kerajaan Inggeris telah menggalakkan kemasukan


buruh India secara beramai-ramai di Tanah Melayu akibat perkembangan
pertanian perdagangan , kerajaan Inggeris menghadapi masalah kekurangan
tenaga buruh. Kerajaan akan rugi kerana hasil tanaman dagangan merosot
akibat ketiadaan buruh.

 Pada tahun 1891, jumlah penduduk India meningkat 622 000 pada tahun
1931. Sebahagian besar buruh India yang tiba berasal dari Madras, dan India
Utara (Punjab). Mereka terdiri daripada etnik Sindi, Malayali, Telugu dan Sikh.

 Dalam bidang pentadbiran awam kebanyakan etnik Malayali yang mewakili


7% masyarakat India menceburinya. Sementara etnik Sindi, Benggali,
Gujerat, Parsis dan Marwaris bekerja sebagai polis dan penjaga.

 Selepas Perang Dunia Kedua, orang India yang menetap di Tanah Melayu
mendiami kawasan ladang, atau estet getah. Sebahagiannya menetap di
bandar-bandar di Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang dan Singapura.

14
 Dari segi pendidikan Tamil, ia amat terhad di peringkat rendah sahaja . Di
kawasan bandar sekolah Tamil dibiayai oleh pihak ladang , mubaligh kristian
dan persatuan orang India.

 Pada tahun 1957 penduduk India di Tanah Melayu dianggarkan berjumlah


696000 orang yang mewakili 11% jumlah penduduk Tanah Melayu.

Kesimpulan

Secara tidak langsung kehadiran masyarakat India dan Cina telah


mengubah corak ekonomi dan kegiatan sosial di Tanah Melayu. Orang Cina
memberi kesan kepada pertumbuhan kegiatan ekonomi dagang di Tanah Melayu
pada abad ke-19 dan 20. Begitu juga kedatangan orang India turut menyumbang
kepada kegiatan sosio ekonomi Tanah Melayu.

Soalan 5

Bincangkan kesan-kesan pelaksanaan Sistem Residen ke atas Negeri-negeri


Melayu dari tahun 1874 hingga tahun 1896.

Pengenalan

Campur tangan British secara rasmi bermula di Perak dengan termeterainya


Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Ini diikuti dengan perluasan pengaruh dan
pelantikan Residen British di Selangor (1874), Sungai Ujong (1874), Pahang (1888), dan
Negeri Sembilan (1896). Pada teorinya, setiap Residen mempunyai tugas menasihati
Sultan dalam urusan pentadbiran, memulihkan keamanan, memajukan ekonomi negeri,
dan memperkenalkan sistem pungutan cukai. Namun pada hakikatnya, terdapat
pelbagai kelemahan dan masalah dalam pelaksanaan sistem Residen. Ini kerana
Residen sering melampaui bidang tugasnya.

Isi

1. Kesan negatif atau kelemahan Sistem Residen

I. Sultan kehilangan kuasa

 Residen dilantik sebagai penasihat Sultan dalam urusan pentadbiran. Sultan


terpaksa akur dengan arahan Residen. Kuasa Sultan terbatas dalam hal agama
Islam dan adat istiadat Melayu

II. Ketidakseragaman pentadbiran

 Tidak terdapat keseragaman pentadbiran antara Negeri Perak, Selangor, Pahang


dan Negeri Sembilan. Tidak terdapat satu panduan yang jelas untuk diikuti oleh
Residen dalam menjalankan tugasnya. Setiap Residen mentadbir dan sering
bertindak mengikut budi bicara sendiri

15
 Sistem Residen di Perak ditentang kerana J.W.W Birch jahil dan mencampuri adat
resam Melayu. Sebaliknya sistem Residen di Selangor dianggap berjaya kerana
Hugh Low dan Frank Swettenham memahami adat resam Melayu

III. Tiada pengawasan daripada Gabenor Negeri-Negeri Selat

 Residen sering lambat mengambil tindakan terhadap masalah pentadbiran.

 Tiada pemantauan terhadap tugas Residen oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat

 Jarak kediaman Gabenor yang jauh di Singapura yang jauh memberi peluang
kepada Residen berkuasa sepenuhnya

IV Mencampuri urusan adat resam tempatan

 Residen melantik Pegawai Pemungut Cukai dan Majistret.

 Mengambil alih kuasa memungut cukai daripada pembesar Melayu

 Menimbulkan kemarahan pembesar Melayu kerana kehilangan punca pendapatan


dan pengaruh

 Amalan hamba abdi juga dihapuskan dan tindakan ini sukar diterima oleh pembesar

 Dato’ Maharaja Lela di Perak, Dato’ Bahaman di Pahang, dan Dato’ Kelana di
Sungai Ujong bangun menentang Residen

V Jurang sosioekonomi antara kaum

 Tumpuan ekonomi British ialah terhadap kawasan perlombongan bijih timah

 Mengabaikan kemajuan di kampung yang didiami orang Melayu

 Orang Melayu juga tidak mendapat peluang pendidikan yang meluas

VI Eksploitasi ekonomi oleh golongan pemodal Eropah dan Cina

 Kawasan perlombongan bijih timah baru telah dibuka dengan pesat terutama
di Lembah Kinta

 Kemasukan pemodal British dan Cina akhirnya mendominasi sektor perlombongan

 Hasil pengeluaran bijih timah meningkat kepaa lebih 15,000 tan pada tahun 1890

VII Pertambahan penduduk dan pembukaan bandar baru

 Perkembangan ekonomi menyebabkan British membawa masuk imigran Cina dan


India bagi mengisi keperluan tenaga buruh dan sebagai golongan pemodal

16
 Menyebabkan pertambahan bilangan penduduk

 Ini diikuti dengan pembukaan bandar-bandar baru di kawasan perlombongan dan


getah misalnya Taiping, Kamunting, Kuala Kangsar, dan Kuala Lumpur

 Menjadi punca masalah pengasingan tempat tinggal antara Melayu, Cina dan India

 Orang Melayu masih kekal di kawasan luar bandar, Cina di bandar baru dan
kawasan perlombongan manakala India di kawasan ladang getah

2. Kesan positif Sistem Residen

I. mewujudkan keadaan aman

 Menamatkan perebutan takhta antara pembesar Melayu

 Menamatkan pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San

 Mewujudkan keadaan aman melalui pelaksanaan undang-undang

 Kegiatan lanun dapat dikurangkan

 Lebih banyak pasukan polis ditubuhkan, misalnya Kapten Speedy telah menambah
anggota polis kepada 2,500 orang untuk mengembalikan keamanan daerah Larut

 Mahkamah didirikan di Negeri-negeri Melayu dengan menguatkuasakan undang-


undang yang mengamalkan Hukum Kanun Jenayah India

II. Memperkenalkan Majlis Mesyuarat Negeri

 Majlis Melayu ditubuhkan oleh William Jervois, ditukar kepada Majlis Mesyuarat
Negeri (1877)

 Dianggotai oleh Sultan (Presiden MN), residen, pembesar Melayu dan wakil
pedagang Cina

 Peranan MMN:
• membincangkan soal pembahagian hasil dan perbelanjaan negeri

• tugas-tugas perundangan dan kehakiman

• sebagai Mahkamah Rayuan dan menjatuhkan hukuman mati

• soal pelantikan pembesar Melayu dan menguruskan hal ehwal agama Islam

17
III. Perkembangan sistem pengangkutan

 Landasan keretapi pertama Taiping- Port Weld (1885) telah dibina

 Pembinaan landasan keretapi bertujuan menghubungkan kawasan perlombongan


bijih timah dengan pelabuhan eksport

 Jalan raya dibina bagi menghubungkan pusat perlombongan bijih timah dengan
bandar-bandar baru

IV. Peningkatan hasil pendapatan negeri

 Perkembangan ekonomi meningkatkan hasil pendapatan Negeri-negeri Melayu


kepada lebih $2.2 juta (1885). Hasil eksport meningkat kepada $9.6 juta (1885)

V. Penghapusan sistem hamba abdi secara menyeluruh

 Residen telah menghapuskan amalan perhambaan secara beransur-ansur

Kesimpulan

Pelaksanaan sistem Residen di Negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri


Sembilan mendatangkan banyak kesan positif dan negatif. Bagaimanapun, kehilangan
kuasa Sultan dalam pentadbiran negeri dan pelbagai kelemahan lain dalam
pelaksanaan sistem Residen akhirnya mendorong British untuk melakukan pemusatan
pentadbiran melalui penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.

18
Soalan 6

Jelaskan dasar tutup pintu yang diamalkan di Thailand dan Jepun pada abad ke
19.

Pengenalan

Dasar tutup pintu ialah dasar bagi mengelakkan campur tangan dan kemasukan
pengaruh-pengaruh luar termasuk kemasukan pedagang-pedagang luar ke negara
mereka. Antara sebab mengapa Thailand dan Myanmar mengamalkan dasar tutup pintu
ialah kerana segala keperluan mereka boleh diperolehi dalam negara mereka sendiri.
Thailand dan Jepun adalah dua buah negara yang mengamalkan dasar tutup pintu
sehingga abad ke 19.

Isi

A. Thailand

 Siam merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang mengamalkan dasar
tutup pintu. Dasar tutup pintu zaman Rama I dan Rama II bukanlah satu dasar
tertutup secara mutlak. Masih ada jalinan hubungan dengan orang asing sama ada
China mahupun kuasa-kuasa Barat.

 Hubungan berlangsung secara kecil-kecilan tanpa sebarang tekanan politik,


contohnya semasa zaman Rama I lagi, Siam telah menjalinkan hubungan dengan

19
Portugis. Malah hubungan ini makin erat semasa Rama II apabila Portugis
dibenarkan mendirikan Konsul Residen di Bangkok pada tahun 1820.

 Sebagai sebuah negara yang kaya dengan sumber hasilnya seperti gading gajah,
beras dan kayu jati, Siam menjadi sasaran perdagangan British di Asia Tenggara.
Walaubagaimana pun, dasar yang diamalkan oleh Siam tidak memungkinkan
pedagang-pedagang British bergerak secara bebas. Selain itu, Siam penting
sebagai kawasan laluan kepada kapal-kapal dagang British ke China dan
sebaliknya.

 Pembabitan British di Negeri-negeri Melayu Utara iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang
secara langsung turut membabitkan kuasa Siam sebab secara tradisi kawasan
tersebut adalah di bawah pengaruh Siam. Keadaan ini telah menyebabkan pihak
British merasakan bahawa satu bentuk hubungan yang lebih erat hendaklah
diusahakan.

 Usaha untuk membuka pintu Siam telah dilakukan oleh Marquis Hastings, Gabenor
Jeneral India yang menghantar John Crowford sebagai utusan ke Siam. Misi John
Crowford dilakukan pada tahun 1822. Antara lain beliau meminta agar Siam
memulangkan Kedah yang telah berjaya dikuasai pada tahun 1821. Walau
bagaimana pun permintaan ini tidak diterima oleh Siam, malah ia dilihat sebagai satu
bentuk campur tangan dalam perihal Siam. Mereka juga enggan menerima syarat
tentang cukai import-eksport bagi monopoli diraja. Kedatangan John Crowford juga
dicurigai oleh Siam. Rama II merasakan bahawa kedatangan utusan ini bukan
dengan niat yang jujur untuk mengadakan persahabatan dengan Siam, sebaliknya
membuat penyiasatan terhadap kekuasaan negara itu.

 Dasar tutup pintu Siam hanya berubah pada tahap pertama zaman Rama III menaiki
takhta antara tahun 1824-1851. Tindakan Rama III ini dipengaruhi oleh
perkembangan-perkembangan politik sekitar Siam terutamanya berkaitan dengan
Burma.

 British telah berjaya menguasai Burma melalui Perang Inggeris-Burma. Siam


bimbang jika dasar agresif British itu juga diteruskan ke Siam. Atas alasan untuk
menjaga keselamatan Siam, Rama III berpendapat adalah lebih baik menjalinkan
persahabatan dengan British berbanding menjadikan kuasa tersebut sebagai musuh
Siam.

 Sikap tidak putus asa British untuk membuat hubungan dengan Siam dibuktikan
dengan penghantaran utusan kedua ke negara itu. Utusan kali ini diketuai oleh
Kapten Henry Burney. Atas kebijaksanaan diplomasi Henry Burney, akhirnya Siam
bersetuju menanda tangani satu persetiaan dengan British. Perjanjian ini dikenali
dengan Perjanjian Burney yang diadakan pada tahun 1826 semasa pemerintahan
Rama III.

 Siam bukan sahaja menandatangani perjanjian dengan British, tetapi juga dengan
Amerika Syarikat pada 1832. Perjanjian ini penting bagi Siam untuk mengelakkan
British menjadi kuasa Barat tunggal di Siam. Namun begitu, tahap kedua
pemerintahannya, Rama III dikatakan telah mengetatkan dasar negaranya. Rama III
telah mengenakan beberapa cukai baru terhadap barangan-barangan di dalam

20
negeri. Tindakan ini telah dipandang oleh British dan Amerika Syarikat sebagai telah
melanggar syarat perjanjian.

 Amerika Syarikat telah menghantar Joseph Balestier, konsulnya di Singapura


sebagai duta khas ke Bangkok sementara James Brooke mewakili British. Walau
bagaimanapun, pihak Siam enggan menerima sebarang permohonan dan ini
bermakna utusan tersebut telah gagal. James Brooke dikatakan telah memberi
amaran bahawa peristiwa yang berlaku di China mungkin akan menimpa negara itu.
Ini merupakan satu ancaman yang dipandang serius oleh Siam.

 Sebenarnya suasana di Siam menjelang 1850 berada dalam keadaan kurang stabil.
Rama III sedang sakit menyebabkan pentadbiran Siam diserahkan kepada dua
orang pembesarnya, iaitu Chao Phraya Khlang dan Pya Siphiphat. Keputusan yang
dibuat oleh dua orang pembesar ini memberikan imej bahawa Siam kembali
menutup pintunya kepada orang asing. Secara ringkasnya dasar tutup pintu Siam
dilihat berubah secara total sewaktu Raja Mongkut menaiki takhta pada 1851.

B. Jepun

 Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu yang relatif dari dunia luar selama kira-
kira 250 tahun. Soghun Tokogawa telah mengamalkan dasar isolasi sejak tahun
1638. Menurut dasar ini, orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan
dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa Barat. Pedagang-pedagang luar
juga tidak boleh berdagang di Jepun.

 Boleh dikatakan bahawa sehingga tahun 1850-an tidak terdapat pedagang asing di
Jepun kerana pada waktu itu Jepun lebih menekankan perkembangan ekonomi
dalaman sahaja.

 Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar isolasi


iaitu :

a. Wujudnya perasaan syak wasangka terhadap kejujuran pihak Barat. Jepun


bimbang kemungkinan besar kuasa-kuasa Barat akan menggunakan
kesempatan untuk melibatkan diri dalam politik tempatan.

b. Perkembangan agama Kristian akan dijadikan landasan oleh orang Barat untuk
menjatuhkan dan melemahkan kerajaan Jepun dan masyarakat tempatan.

c. Jepun berasa bahawa mereka tidak perlu bergantung kepada orang Barat
kerana mereka tidak memerlukan barangan dari luar. Sistem ekonomi sara diri
yang dilaksanakan oleh mereka lebih daripada mencukupi untuk keperluan
masyarakat Jepun.

21
d. Orang-orang asing juga dikatakan kerap kali mencetuskan masalah dan huru-
hara di Jepun yang dianggap boleh mengancam keamanan dan keselamatan
negara.

e. Kerajaan Jepun juga bimbang pembesar-pembesar seperti Daimyo Tozama dan


Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar
untuk menentang kerajaan.

 Berpunca daripada faktor-faktor tersebut, akhirnya Jepun mula menyekat


kemasukan orang-orang Barat ke Jepun. Malah mubaligh-mubaligh Kristian yang
ketika itu berada di Jepun telah diusir keluar.

 Rakyat tempatan turut dilarang melawat ke negara-negara luar terutamanya


negara-negara Barat. Tindakan ini jelas membuktikan amalan dasar isolasi Jepun

 Pada tahun 1825, Soghun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika kapal-
kapal asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila masa,
penduduk Jepun akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka mendarat,
mereka akan ditawan, dibunuh dan kapal mereka akan dimusnahkan.

 Walau bagaimanapun, dasar isolasi ini juga tidak dapat bertahan lama. Terdapat
beberapa percubaan oleh kuasa-kuasa Barat bagi mengubah dasar luar Jepun.

 Sebagai contoh Amerika Syarikat telah cuba menjalinkan hubungan persahabatan


dengan Jepun pada pertengahan abad ke-19. Pada tahun 1853, Amerika Syarikat
telah menghantar perutusan yang besar di bawah Komoder Matthew Perry.

 Utusan Perry menekankan aspek persahabatan dan perdamaian tetapi menegaskan


bahawa Amerika Syarikat akan menggunakan kekerasan sekiranya Jepun masih
menganggap Amerika Syarikat sebagai musuhnya.

 Walaupun Maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaan Amerika


Syarikat, tetapi mereka sedar sekiranya permintaan-permintaan Amerika Syarikat
tidak dipenuhi, Jepun akan senasib dengan China.

 Akhirnya Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani pada 31 Mac 1854 antara Jepun
dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini sekaligus telah menamatkan dasar isolasi yang
diamalkan oleh Jepun.

Kesimpulan

Perjanjian Bowring telah mengasaskan satu bentuk hubungan baru antara


Siam dengan kuasa-kuasa Barat yang lain. Siam telah mengadakan perjanjian dengan
Amerika Syarikat dan Perancis pada tahun 1856. Perjanjian dengan banyak negara ini
juga merupakan satu dasar pintu terbuka Siam yang diteruskan oleh pengganti-
penggantinya. Bagi Jepun pula, Perjanjian Kanagawa telah membuka jalan kepada
beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Britain, Rusia dan

22
Belanda. Akhirnya, China dan Jepun terpaksa mengamalkan dasar pintu terbuka melalui
hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat selepas pertengahan
abad ke-19.

Soalan 7

Bincangkan adat dan kepercayaan yang diamalkan di Thailand dan India sebelum
perluasan kuasa Barat pada abad ke-19.

Pengenalan

Adat ialah amalan sesuatu masyarakat secara turun temurun dan merupakan
suatu peraturan yang harus dipatuhi. Adat disampaikan secara lisan dari satu generasi
ke satu generasi. Di Thailand , amalan adat dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Di
India amalan adat dipengaruhi unsur-unsur agama Hindu.

Isi

A Thailand

 Perkembangan adat di Asia Tenggara, khususnya di Thailand dapat dibahagi kepada


dua bentuk yang berbeza. Pertama dilihat sebagai adat-adat yang rasmi yang
diamalkan oleh golongan pemerintah , kedua dilihat sebagai adat-adat sosial
masyarakat.

23
 Masyarakat Thailand percaya unsur ketuhanan yang dimiliki pemerintah
membolehkan pemerintah disanjung dan menganggap bahawa Raja Thailand
mempunyai kedudukan yang paling mulia dan dianggap suci. Semasa pemerintahan
Rama III rakyat perlu mengamalkan amalan menyembah raja secara bersujud
sebagai penghormatan. Rakyat merangkak masuk dan berada dalam keadaan
meniarap ketika mengadap raja. F.A Neale telah menggambarkan adat ini bahawa
rombongan mereka telah disuruh masuk ke balai penghadapan, dan merangkak
masuk dengan tubuh mereka sentiasa di atas lantai serta sentiasa meniarap
sepanjang masa semasa menghadap raja.

 Semasa pemerintahan Maharaja Mongkut, secara perlahan-lahan beberapa adat


yang didapati tidak sesuai dengan cita rasa zaman tersebut telah diubahsuai dan
dihapuskan sama sekali. Sewaktu menaiki tahta Raja Mongkut telah meminta
golongan Khunnang memakai baju sewaktu menghadap raja, sedangkan jika
mengikut adat Siam seseorang Khunnang tidak harus memakai baju.

 Perubahan ini dilakukan kerana mengikut Mongkut ia menggambarkan kerendahan


fikiran masyarakat Siam. Bagi negara yang bertaraf tinggi rakyatnya memakai baju.
Mereka yang tidak memakai baju hanyalah golongan nomad (tribe).

 Mongkut juga menghapuskan adat melarang rakyat memandang muka raja semasa
bertemu. Berdasarkan adat ini seseorang yang memandang muka raja akan
dijatuhkan hukuman, iaitu mata akan dibutakan.

 Selain itu, adat menjual anak dan isteri untuk menjadi hamba juga dihapuskan oleh
Mongkut. Menurut adat yang diamalkan di Siam seseorang bapa mempunyai hak
mutlak ke atas isteri dan anak-anaknya dan dilihat sebagai harta atau milik
seseorang lelaki (suami).

 Masyarakat Thailand juga percaya kepada fahaman animisme. Mereka percaya


semangat yang luar biasa boleh mengawal kehidupan mereka. Di Thailand kuasa
semangat ini dipanggil ‘phi’. Kuasa semangat ini dipercayai berada disetiap tempat
dan memerlukan pemujaan. Semangat ini akan disembah melalui ramalan ahli-ahli
nujum, bagi mengelakkan kejadian buruk yang menimpa masyarakat.

 Pengaruh agama Buddha berkembang ke Thailand dan meresap ke dalam institusi


Sangha di Thailand. Raja Thai telah memerintah berdasarkan konsep ‘dhammaraja’
dan dipengaruhi ajaran Buddha. Institusi Sangha telah memainkan peranan penting
dalam menjaga kepentingan, keamanan dan pendidikan kepada masyarakat
Thailand.

 Agama ini terbahagi kepada dua mazhab iaitu, Mazhab Mahayana dan Hinayana.
Pengajaran Buddha merupakan ajaran psikologi dan etika yang berkaitan dengan
kehidupan. Buddha mengajar hukum karma . Setiap perlakuan akan meninggalkan
kesan baik atau buruk. Ajarannya terkandung dalam Empat kebenaran Mulia, iaitu
Dukka, Samudaya, Nirodha dan Marga.

24
B. India

 Masyarakat India Selatan yang majoritinya berbangsa Tamil mengamalkan adat


yang berbeza dengan masyarakat India Utara. Masyarakat Tamil amat
mementingkan peraturan adat dan segala bentuk pantang larang yang diwarisi sejak
zaman berzaman.

 Seseorang ibu yang mengandung misalnya, bukan sahaja terpaksa mematuhi


segala bentuk adat dan menjaga dirinya supaya tidak melanggar segala pantang
larang yang diwarisi sejak zaman berzaman. Dalam tempoh ini segala perbuatan ibu
mengandung akan mempengaruhi anak dalam kandungan. Berdasarkan adat ini,
beberapa pantang larang harus dipatuhi agar ibu dan bayi dalam kandungan tidak
didekati oleh roh jahat.

 Oleh yang demikian ibu yang mengandung dilarang untuk melakukan perbuatan
mengumpat,dengki, bergaduh, dan sebagainya agar anak yang dilahirkan menjadi
insan yang berguna.

 Dalam adat perkahwinan memilih hari yang baik bagi upacara perkahwinan juga
penting. Perbuatan ini tidak jauh bezanya dengan tilikan nasib oleh masyarakat di
Asia Timur, terutamanya dalam masyarakat China.

 Masyarat India mementingkan adat Sutee. Adat ini diamalkan apabila seseorang
isteri kematian suami,si isteri dikehendaki merelakan diri mereka dibakar bersama
mayat suami semasa upacara pengebumian. Ia sebagai membuktikan kesetiaan
isteri kepada suami. Pada tahun 1829 amalan ini dihapuskan oleh William Bentinck
melalui akta 1829.

 Pengamalan adat Thugee juga dilakukan oleh golongan Thug di wilayah Timur Laut
India. Amalan ini dilakukan oleh kumpulan-kumpulan agama dengan melakukan
rompakan dan pembunuhan di jalan raya. Mereka menyamar diri dengan mencekik
pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali.Pada tahun 1829, William Bentinck
telah berusaha menghapuskan golongan Thug.

 Adat pembunuhan bayi perempuan juga dilakukan oleh masyarakat , pada masa itu.
Masyarakat India bersifat patrilinial , iaitu mengutamakan anak lelaki berbanding
anak perempuan. Bagi mengatasi masalah ini mereka telah melakukan adat
pembunuhan bayi perempuan. Hal ini dilakukan bertujuan untuk mengelakkan ibu
bapa daripada menanggung penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak
mereka berkahwin kelak. Adat ini juga dihapuskan oleh Lord William Bentinck.

 Selain itu, adat tidak membenarkan perkahwinan semula balu juga menjadi amalan
masyarakat India. Mereka dilarang berkahwin semula apabila mereka kematian
suami. Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakai sari
berwarna putih. Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak
dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri. Pada tahun 1853, Lord Delhousie
telah memperkenalkan Akta Perkahwinan Semula dan golongan balu dibenarkan
berkahwin semula.

25
 Dari segi kepercayaan, masyarakat India memuja unsur-unsur alam seperti
matahari, angin, pokok,sungai dan sebagainya. Semua unsur-unsur tersebut
dipercayai bernyawa dan membawa kebaikan dan keburukan kepada manusia.
Masyarakat India akan melakukan upacara pengorbanan dan penyembahan yang
diiringi dengan pembacaan dan nyanyian Mazmur daripada veda.

 Masyarakat India menganuti kepercayaan Hindu. Mereka percaya kepada tiga dewa
utama yang dikenali sebagai ‘trimurthi’ iaitu Dewa Brahman (Dewa Pencipta), Dewa
Vishnu (Dewa Pelindung) dan Dewa Siva ( Dewa Pemusnah). Agama ini
menekankan Hukum Karma dan kelahiran semula. Mereka berusaha untuk
mencapai ‘Nirvana’ atau ‘Moksha’ supaya tidak dilahirkan semula.

Kesimpulan

Kedatangan kuasa-kuasa Barat telah mengubah beberapa amalan adat yang


sekian lama menjadi amalan masyarakat di India dan di Thailand. Namun begitu, tidak
sepenuhnya adat yang diamalkan oleh mereka dihapuskan sama sekali. Terdapat adat
yang disesuaikan dengan unsur-unsur moden yang diperkenalkan oleh Barat khususnya
di Thailand semasa pemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. Sebaliknya,
di India penghapusan adat yang menjadi amalan masyarakat telah mencetuskan
penentangan terhadap Inggeris yang dikenali sebagai Dahagi India pada tahun 1857.

Soalan 8

Kedatangan golongan imigran ke Thailand dan Myanmar pada abad ke-19 telah
melahirkan masyarakat majmuk. Bincangkan.

Pengenalan

Thailand telah menerima kemasukan imigran Cina sejak pemerintahan Pya


Taksin dan telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Cina untuk mendapat
bantuan dalam perindustrian tembikar. Dengan termenterinya Perjanjian Bowring 1855,
ekonomi Thailand bertambah pesat dan mendorong kemasukan imigran Cina.
Kemasukan orang India ke Myanmar semakin meningkat pada abad ke-19. Kemasukan
orang Cina dan India telah mewujudkan masyarakat majmuk dan telah memberi kesan
terhadap masyarakat Thailand dan Myanmar dari segi sosio ekonomi.

Isi

A. Thailand.

I. Ekonomi ;

26
 Orang-orang Cina yang datang ke Thailand telah melibatkan diri dalam kegiatan
perniagaan dan perdagangan. Mereka tertumpu di kawasan bandar seperti
Bangkok, Korat, Sukhotai dan Uttradit.

 Terdapat empat suku kaum utama di Thailand ;-

a. Hokkien – Orang Cina terbabit dengan aktiviti perlombangan terutamanya bijih


timah di Segenting Kra.
b. Teochew – terbabit dalam sektor beras , kilang padi dan import dan eksport
c. Kantonis – terbabit dalam sektor profesional seperti peguam dan jurutera.
d. Hakka – Ahli perniagaan dan tukang.

 Orang Cina juga memonopoli perdagangan diraja dan memonopolikan judi,


penjualan candu, loteri dan arak. Penglibatan orang Cina dalam bidang pertanian
dan perlombongan membolehkan mereka menikmati kadar upah yang tinggi.

 Pada abad 19 dan orang-orang Cina memainkan peranan penting dalam sektor
perdagangan import dan eksport. Orang Cina dibenarkan membuka tanah dan
memiliki kawasan perlombongan kerana mendapat perlindungan semasa
pemerintahan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn

II. Sosial.

a. Demografi

 Kedatangan imigran Cina ke Thailand menyebabkan berlakunya pertambahan


penduduk dengan pesat. Pada tahun 1837 terdapat 450 ribu orang Cina. Di Bangkok
sahaja terdapat 60 ribu orang Cina. Pada tahun 1920-an seramai 95 ribu orang Cina
berhijrah ke Thailand. Pada tahun 1941 orang Cina menjadi 10 % daripada jumlah
penduduk Thailand.

 Kebanyakan orang Cina yang datang ke Thailand adalah kaum lelaki berbanding
kaum wanita. Oleh itu, kaum lelaki Cina memilih wanita Thailand sebagai teman
hidup. Perkahwinan campur ini melahirkan golongan ‘Lukcin” . Jumlah mereka kira-
kira 80 ribu orang. Golongan ini mengekalkan ciri-ciri kecinaan dan mengamalkan
budaya Cina.

 Kedatangan orang Cina ke Thailand telah menimbulkan perasaan tidak puas hati
penduduk tempatan. Penduduk tempatan melihat kedatangan orang Cina menyekat
peluang mereka dalam mendapat kekayaan.

27
 Orang-orang Cina bebas bergerak kerana mendapat kebenaran daripada Raja
Thailand. Mereka juga bebas daripada bergerak tanpa sekatan dan terkecuali
daripada menjadi buruh dan dikenakan cukai kepala.

 Dari segi agama orang-orang Siam menganut agama sama dengan orang-orang
Cina tetapi berlaian mazhab. Oleh itu, kedatangan orang Cina pada peringkat awal
bukanlah dianggap sebagai orang asing. Orang Cina juga menyesuaikan diri dan
berkahwin dengan wanita tempatan. Contohnya ibu Raja Vijiravudh adalah orang
Cina.

 Langkah-langkah pengawalan kemasukan orang Cina dimulakan pada tahun 1913


dengan memperkenalkan Akta Kewarganegaraan. Mulai 1926-1927 diperketatkan
dan 1930 kawalan kemasukan oleh Pibun Songram dilaksanakan dengan mendaftar
perusahaan, membuka akaun dalam bahasa Thai, penetapan syarat hak milik
mengikut nisbah pekerja, menggunakan nama ciri Thai dan bertutur dalam bahasa
Thai. Langkah tersebut dikenali sebagai ‘ Siamization’ sehingga lahirlah satu bangsa
Thai hingga hari ini..

b. Pendidikan.

 Kedatangan orang Cina juga menyebabkan kesan dari segi pendidikan. Orang Cina
mula memperkenalkan sekolah Cina. Sekolah Cina di Thailand ialah American
Presbyterian Mission pada tahun 1852 yang dibina oleh mubaligh Kristian. Pelajar
sekolah ini untuk kanak-kanak Cina sahaja. Sistem pendidikan mereka
menggunakan bahasa Cina sebagai bahsa pengantar. Penubuhan sekolah Cina
oleh komuniti Cina dengan derma oleh saudagar Cina yang kaya.

 Pada tahun 1909 terdapat Sekolah Hua Yi yang terdiri daripada pelajar Cina. Pada
tahun 1937-1938 terdapat 197 sekolah rendah Cina dan 20 sekolah menengah dan
mulai 1940 bilangan sekolah merosot iaitu tinggal 6 buah sekolah rendah dan 2
buah sekolah menengah sahaja. Selepas Perang Dunia ke-2 sekolah Cina dilarang
beroperasi dan diganti dengan sekolah kerajaan.

B. Myanmar

I. Ekonomi.

a. Padi.

 Kedatangan orang-orang India ke Myanmar memperlihatkan penglibatan dalam


sektor penanaman padi secara komersil. Pembukaan kawasan padi bertambah dari
6 juta ekar kepada 8 juta ekar pada 8 juta ekar pada awal abad ke-20. Mereka
diambil untuk membuka kawasan sawah padi pada awal tahun 1870 dengan kadar
kemasukan 15 ribu orang setahun.

28
 Orang India yang biasa hidup susah sanggup menerima upah yang rendah sehingga
penduduk tempatan tidak dapat menyaingi imigran India. Ramai pengusaha yang
berjaya memilih buruh dari India untuk bekerja di sektor pertanian, perindustrian dan
perkhidmatan.

b. Kewangan

 Ramai orang India terlibat sebagai Chettiar atau peminjam wang kepada petani
Myanmar dengan mensyaratkan tanah milik petani sebagai cagaran terhadap
pinjaman. Tanah-tanah yang dicagar diambil oleh Chettiar apabila petani gagal
membayar balik pinjaman hingga menyebabkan tanah yang dikuasai oleh golongan
bukan petani telah bertambah.

 Pada tahun 1850-an, golongan Chettiar boleh ditemui di mana-mana sahaja di


Myanmar terdapat seorang ceti dalam setiap jangka perjalanan satu hari bagi tiap-
tiap petani. Pada tahun 1930-an golongan Chettiar membentuk 2/3 daripada
pinjaman kepada petani di Burma Hilir.

c. Perkhidmatan, Pendidikan dan Perubatan.

 Kebolehan berbahasa Inggeris serta kebiasaan berhadapan dengan pentadbiran


British banyak membantu orang India berkhidmat di Myanmar dalam soalan-soalan
pentadbiran.

 Bristish merasakan lebih murah dan menguntungkan mengambil pekerja India yang
terlatih bekerja dalam sektor perkhidmatan , pendidikan dan kesihatan.

 Orang India mendominasikan kerja-kerja hospital, secara langsung menyekat


peluang orang tempatan membabitkan diri dalam bidang ini.

II. Sosial

a. Demografi

 Kedatangan orang India dan sebahagian kecil orang Cina menyebabkan terdapat
37,500 orang India atau 2 % daripada jumlah penduduk Hilir Burma. Pada tahun
1900 kadar kemasukan sebanyak suku juta setahun dan kemuncaknya pada tahun
1927 sejumlah 430,000 orang buruh India telah memasuki Myanmar.

 Selain orang India terdapat juga imigran Cina di Myanmar tetapi jumlah mereka kecil
berbanding India. Pada tahun 1931 jumlah orang Cina di Myanmar seramai 200 ribu
orang. Kebanyakan mereka datang dari Yunnan yang masuk melalui Bhamo dan
Sungai Irrawaddy.

29
 Orang Cina tidak dimusuhi oleh penduduk tempatan kerana menganut agama
Buddha yang sama dengan penduduk tempatan. Persaingan berlaku di antara orang
India dengan Myanmar telah menyebabkan berlakunya pergaduhan ysng sengit
terutamanya di Rangoon pada tahun 1930-an. Pergaduhan ini menyebabkan
kematian yang ramai dikedua-dua pihak.

 Proses kemasukan orang-orang India berkurangan selepas peristiwa pergaduhan


antara petani Myanmar dan golongan Chettiar pada awal tahun 1942.

Kesimpulan.

Kedatangan imigran Cina dan India di Thailand dan Myanmar telah mewujudkan
masyarakat majmuk. Kemasukan imigran ini adalah sebahagian daripada strategi kuasa
Barat untuk merealisasikan kepentingan ekonomi. Di Thailand pihak pemerintah telah
berjaya mengsiamkan orang Cina dan diserapkan dalam tradisi dan budaya tempatan
manakala orang India tetap mengamalkan adat, budaya dan agama mereka.

Soalan 9

Huraikan reaksi masyarakat tempatan terhadap kehadiran kuasa Barat di


Filipina dan Vietnam pada abad ke-19.

Pengenalan :

Kedatangan kuasa Barat di Filipina dan Vietnam dalam menimbulkan reaksi


daripada penduduk tempatan. Di Filipina terdapat pelbagai penentangan penduduk
tempatan kerana pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menindas
penduduk tempatan. Mereka telah di tindas dalam aspek seperti ekonomi, politik dan
sosial. Di Vietnam pula kedatangan Barat telah menimbulkan rasa curiga dan takut
berlaku campur tangan dalam negara mereka. Oleh itu pemerintah Vietnam telah
mengambil pelbagai langkah seperti mengamalkan dasar pintu tertutup bagi menyekat
pengaruh dan campur tangan Barat di negara mereka.

30
Isi

A. Filipina

1. Pemberontakan Casi ( 1807 )

 Pembenrontakan Casi berlaku kerana kerajaan Sepanyol telah mengharamkan


industri mmembuat arak ( casi ) . Pemberontak ini telah berlaku di Ilocos.

 Industri membuat arak ( casi ) adalah merupakan pekerjaan tradisional penduduk


tempatan. Sepanyol bukan sahaja mengharamkan penjualan dan penggemblengan
casi malahan telah memonopoli industri membuat arak di Filipina.

 Rakyat tempatan dipaksa membeli arak daripada kerajaan Sepanyol. Ini


menimbulkan perasaan tidak hati penduduk tempatan dan mereka telah
melancarkan pemberontakan. Pemberontakan ini akhirnya dapat ditewaskan.

2. Pemberontakan Novales ( 1823 )

 Tentera Filipina menentang amalan diskriminasi dalam pasukan tentera.

 Dalam pemberontakan ini, tentera Filipina hampir menawan Manila.

3. Pemberontakan Tayabas ( 1840 )

 Pemberontakan ini dilancarakan oleh golongan paderi yang diketuai oleh seorang
paderi yang bernama Apolinario de La Cruz.

 Pemberontak ini berlaku kerana paderi Sepanyol diberi pelbagai keistimewaan


manakala paderi tempatan dilayan dengan buruk.
 Pemberontak Tayabas dapat ditewaskan kerana tiada peminpin yang berkaliber.

4. Pemberontakan Cavite ( 1872 )

 Pemberontakan ini melibatkan golongan tentera dan paderi. Seramai 200 orang
tentera terlibat dalam pemberontakan ini. Ia diketuai oleh Sarjan Lamadrid.

 Gerakan ini gagal kerana kekurangan senjata dan kekuatan tentera mereka tidak
setanding dengan tentera Sepanyol.

 Dalam pemberontakan ini Sepanyol berjaya membunuh peminpin tentera dan


menjatuhkan hukuman bunuh kepada tiga orang paderi Filipina iaitu Mariano
Comez, Jose Burgos dan Jucinto Zamaro.

31
 Pembunuhan paderi-paderi ini telah membangkitkan lagi perasaan anti-Sepanyol di
kalangan rakyat.

5. Gerakan Propaganda ( 1882 – 1896 )

 Gerakan ini disertai oleh golongan pelajar Filipina yang berada di luar negara
terutamanya di luar Sepanyol. Gerakan ini wujud sejak tahun 1882.

 Gerakan ini muncul kerana tindakan pemerintah Sepanyol yang semakin melampau
sehingga ramai peminpin Filipina dihalau keluar dari Filipina.

 Gerakan ini juga turut disertai oleh golongan profesonal antaranya ialah Dr.Jose
Rizal, Lopez Jaena dan Marcelo del Pilar.

 Mereka mendedahkan kezaliman kerajaan Sepanyol dan memperjuangkan


perubahan di Filipina melalui media massa serta perjuangan untuk persamaan taraf
antara pegawai kerajaan Filipina dengan pegawai Sepanyol.

 Idea Gerakan propaganda disebarkan melalui akhbar La Solidaridad.

 Pada tahun 1887 – 1892 berlaku penganiayaan oleh pegawai dan paderi Sepanyol.
Akibatnya pendapat mereka merosot dan ada di antara mereka diusir. Gerakan
Propaganda telah melancarkan protes terhadap kezaliman Sepanyol.

 Pada tahun 1892, Jose Rizal kembali ke Filipina dan menubuhksn Liga Filipina. Liga
Filipina menitikberatkan kemajuan ekonomi bertujuan memberi perlindungan kepada
orang Filipina yang dianiaya dan juga berjuang mewujudkan keadilan.

 Penentangan Liga Filipina ini menyebabkan kerajaan Sepanyol membubarkan Liga


Filipina dan Jose Rizal dibuang negeri pada tahun 1892.

6. Revolusi 1896 oleh Katipunan.

 Revolusi bersenjata dilakukan oleh Katipunan bagi menggulingkan kerajaan


Sepanyol melalui pemberontakan bersenjata dan menyatukan orang-rang Filipina
menjadi satu bangsa yang kukuh

 Liga Filipina ditubuhkan akibat penangkapan Jose Rizal. Liga Filipina ditubuhkan
Andres Bonifacio dengan bantuan Teodoro Plata dan Ladislao Diwa. Misalnya.
i. Adnres Bonifacio – Love of Fatherland, Farewell, Duties of the People.
ii. Jacinto – To My Fatherland, Ligh and Darkness
iii. Dr. Valenzuala – Liberty, Is it fair

32
 Kemelesetan ekonomi di Filipina pada tahun 1893 tidak memberi peluang kepada
Katipunan untuk menguatkan kedudukannya disebabkan Katipunan gagal mendapat
bantuan dari ilustrado yang tidak setuju dengan dasar perjuangan Katipunan yang
bersifat revolusiner. Adres Bonafacio bukan daripada golongan terpelajar. Andres
Bonifacio dan Jacinto cuba meminta bantuan moral dan membeli senjata dari Jepun
tetapi tidak berjaya kerana kekurangan wang.

 Pemberontakan Katipunan 1896. Rizal dijatuhkan hukuman bunuh. Katipunan yang


bersedia untuk melancarkan pemberontakan mengalami kegagalan kerana
diketahuai oleh Sepanyol. Ramai ahli Katipunan dipenjarakan. Andres Bonifacio dan
ahli-ahlinya berundur ke bukit-bukit Balintawda dekat Manila. Beliau mengisytiharkan
revolusi terhadap Sepanyol. Pemberontakan ini gagal dan beliau telah digulingkan
oleh Emilio Aquinaldo.

 Perjanjian Biacnabato ditandatangani antara Katipunan dengan Sepanyol pada


Disember 1897. Katipunan bersetuju meletakkan senjata. Sepanyol bersetuju
membayar ganti rugi. Sebagai balas Emilio Aguinaldo mesti meningggalkan Filipina
dan pergi ke Hong Kong.

 Amerika menyerang Teluk Manila pada tahun 1898. Emilio Aguinaldo dibawa balik
untuk membantu Amerika Syarikat. Pada tahun 1898, Republik Filipina disytiharkan.
Amerika memerintah Filipina sebagai tanah jajahanya. Katipunan telah dibubarkan.

B. Vietnam.

Masyarakat Vietnam tidak menerima kehadiran kuasa Barat di negara mereka.


Maharaja-maharaja Vietnam telah mengamalkan dasar pintu tertutup bagi menyekat
kehadiran Barat.

1. Maharaja Gia Long.

 Maharaja Gia Long telah berjaya menaiki takhta dan ditabalkan sebagai Maharaja
Vietnam. Baginda menaiki tahta dengan bantuan daripada sukarelawan-sukarelawan
Perancis Pigneau de Behaine. Pada peringkat awal pemerintahannya baginda telah
memberi layanan baik kepada sukarelawan Perancis kerana sebagai membalas jasa
dengan bantuan yang diberikan oleh Pigneau de Behaine dan sukarelawan-
sukarelawan Perancis.

 Setelah kematian Pigneau ,Maharaja Gia Long tidak lagi suka dengan penglibatan
orang-orang Perancis dan Barat dalam negaranya . Baginda enggan memberi
keistimewaan kepada kuasa Barat. Baginda juga telah mengamalkan dasar pintu
tertutup.

 Maharaja Gia Long berpendapat bahawa dasar pintu tertutup dapat menjamin
keselamatan dan kedaulatan Vietnam daripada dicerobohi oleh kuasa Barat.
Tambahan pula, Maharaja Gia Long sentiasa mencurigai tujuan sebenar kedatangan
kuasa Barat.

2. Maharaja Minh-mang.

33
 Seorang yang pengikut ajaran Confucius . Baginda juga mengamalkan dasar pintu
tertutup. Beliau sangat benci dengan Barat, bimbang campur tangan Barat terhadap
hal-ehwal dalam negeri

 Pada tahun 1822, baginda menolak permintaan utusan British iaitu John Crawford
mengadakan hubungan dengan Vietnam. Baginda berpendapat jika diberi
keistemewaan yang sama, maka kuasa-kuasa lain akan turut menuntut
keistimewaan yang sama. Keadaan akan mencabar kedaulatan dan keselamatan
Vietnam.

 Dasar Ming-mang terhadap kuasa Barat didapati lebih keras daripada Gia Long.
Maharaja Ming-mang bertindak lebih keras terhadap mubaligh Perancis. Baginda
telah bertindak keras terhadap mubaligh kristian dengan membunuh beberapa orang
mubaligh kristian. Baginda juga telah menutup semua pelabuhan Vietnam kepada
kapal-kapal asing. Perdagangan hanya terhad dijalankan dengan negara China.

 Pada tahun 1825, Maharaja Minh-mang mengeluarkan satu undang-undang yang


melarang kemasukan mubaligh Kristian. Maharaja Ming-mang telah menganiaya
penganut Kristian dan telah membinasakan gereja mereka. Dua orang mubaligh
Kristian Perancis telah dihalau keluar Vietnam iaitu Chaigneau dan Vanier.

 Perang Candu 1 yang menyebabkan China kalah kepada British telah menyedarkan
Maharaja Minh-mang Vietnam akan menerima nasib yang sama jika masih enggan
menjalinkan hubungan dengan Barat.

 Pada tahun 1840, Maharaja Ming-mang telah menghantar satu utusan diplomatik
yang terdiri daripada dua Mandarin dan dua orang juru bahasa ke Perancis. Walau
bagai manapun , utusan ini gagal kerana Raja Perancis, Louis Philippe enggan
menerima selepas Societe des Missioan Estrangeres membuat aduan tentang
layanan burut Vietnam terhadap orang-orang Kristian.

3. Maharaja Thieu Tri ( 1841- 1847 )

 Terus mengamalkan dasar tutup pintu. Meneruskan dasar pemencilan dan anti
agama Kristian. Hubungan Vietnam dengan Perancis semakin renggang. Maharaja
Thieu Tri terus mengamalkan dasar anti-Barat dan menganiaya penganut agama
Kristian dengan lebih agresif.

4. Maharaja Tu Duc ( 1848 – 1883 )

34
 Maharaja Tu Duc meneruskan dasar pintu tertutup Vietnam tanpa menyedari
kesannya ke atas China.

 Antara tahun 1851- 1852 dua orang paderi Perancis iaitu Father Augustin Schoeffker
dan Father Jean Louis Bonnard dihukum bunuh. Pada tahun1856, seorang mubaligh
Katolik Perancis diseksa dan dibunuh.

 Pada tahun 1857 pula, Maharaja Tu Duc membenarkan hukuman bunuh ke


mubaligh di Vietnam serta penyokong politik di Perancis. Pada tahun 1852,
pemerintah Perancis iaitu Napoleon 111 ingin memulihkan kegemilangan Perancis.
Napoleon telah terhadap Vietnam tetapi dasar ini tidak disedari oleh Tu Duc. Tu Duc
meneruskan dasar penganiagaan yang agresif terhadap mubaligh-mubaligh Kristian.

 Kesilapan Maharaja Tu Duc membunuh Bishop Sepanyol, iaitu Mgr.Diaz atas satu
tuduhan mengambil bahagian dalam satu pemberontakan menentangnya telah
melibatkan Sepanyol dalam pertikaian Vietnam – Perancis.

 Perancis telah menghantar wakil mereka, de Montiguy untuk membuat beberapa


tuntutan seperti menjamin kebebasan beragama di Veitnam, menubuhkan sebuah
syarikat perdagangan Perancis di Hue dan melantik seorang Konsul Perancis.
Namun semua tuntutan ini ditolak.

 Angkatan Peranci-Sepanyol di bawah pimpinan Laksamana Rigault de Genouily


telah menyerang dan menduduki Tourane pada tahun 1858. Sedikit demi sedikit
wilayah-wilayah Vietnam jatuh ke tangan Perancis.

Kesimpulan.

Kesimpulannya jelas menunjukkan bahawa kedatangan Barat ke Filipina dan


Vietnam telah mendapat tentangan daripada pendududukan tempatan. Di Filipina telah
terdapat beberapa penentangan terhadap pentadbiran dan dasar-dasar yang dijalankan
oleh Sepanyol. Penentangan masyarakat Vietnam dilakukan oleh Maharaja-maharaja
Vietnam yang anti-Barat dan anti agama Kristian. Maharaja Vietnam telah melakukan
dasar pintu tertutup. Akibat dasar anti Barat dan agama Kristian wilayah Vietnam sedikit
demi sedikit telah ditakluki oleh Perancis

Soalan 10

Jelaskan struktur sosial masyarakat di Jepun dan Vietnam sebelum kedatangan


Barat.

Pengenalan

35
Pada awalnya masyarakat di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur
mengamalkan struktur sosial yang bercorak tradisional berasaskan kepada sistem
feudal.Secara tradisinya, struktur sosial masyarakat di Jepun dan Vietnam adalah
berbentuk piramid dan terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan
golongan yang diperintah. Lazimnya golongan pemerintah terdiri daripada daripada raja
atau maharaja, kerabat di raja dan golongan bangsawan manakala golongan yang
diperintah terdiri daripada rakyat biasa. Struktur sosial di Jepun dan Vietnam sebelum
kedatangan Barat mempunyai sistem piramid yang hampir sama.

Isi

A. Jepun

 Struktur sosial masyarakat di Jepun jelas dilihat semasa pemerintahan Shogun


Tokugawa selepas merampas kuasa daripada Maharaja Jepun dan mengamalkan
sistem feudal dalam masyarakat Jepun.

 Maharaja Jepun telah mendapat pengikhtirafan sebagai ketua negara tetapi baginda
tidak mempunyai kuasa pemerintahan. Maharaja hanya dianggap sebagai simbol
perpaduan. Kuasa pemerintahan negara sebenarnya terletak di tangan Shogun
Tokugawa yang menjalankan pemerintahan atas nama maharaja.

 Keluarga maharaja tinggal terpencil di Kyoto sedangkan pusat pentadbiran terletak


di Edo. Sistem yang diamalkan oleh maharaja Jepun ini berjaya mengekalkan
kedudukan maharaja dan sistem ini kekal sehingga ke hari ini.

 Terdapat empat kelas hierarki sosial selepas Shogun Tokugawa iaitu Daimyo,
Samurai, Petani dan Tukang serta Saudagar.

 Shogun Tokugawa menjalankan pemerintahan secara langsung ke atas Jepun


melalui pembesar-pembesar feudal iaitu daimyo. Shogun memastikan bahawa
kedudukan mereka di Jepun terjamin.

 Daimyo dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan
dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai terdiri daripada ahli keluarga Tokugawa serta
sekutu-sekutunya. Mereka akan membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan
telah dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honsyu.

 Daimyo Shimpan juga dikenali sebagai rumah-rumah bersaudara dan mereka terdiri
daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. Keluarga Tokugawa yang utama
dikenali sebagai ‘go-sanke’ atau ‘tiga rumah’ yang terletak di daerah Owari dan Mito.

36
 Sementara Daimyo Tozama dikenali sebagai daimyo luar. Mereka adalah musuh
Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku Barat seperti Satsuma, Chosu, Tosa dan
Hizen. Mereka tidak dibenarkan mengumpulkan kekayaan demi mengelakkan
mereka menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun.

 Daimyo disokong oleh satu kelas panglima yang kuat yang dikenali sebagai
Samurai. Mereka tidak dibenarkan berkecimpung dalam bidang pekerjaan lain selain
daripada bidang tentera. Mereka berfungsi menjaga keamanan negara dan
memelihara kepentingan daimyo.

 Kedudukan golongan Daimyo bertambah kukuh dengan adanya bantuan golongan


samurai. Samurai juga bertanggungjawab menggiatkan usaha perluasan wilayah.
Mereka juga menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada daimyo dan
tidak dibenarkan berkecimpung dalam pekerjaan lain walaupun keadaan dalam
negara aman dan tiada peperangan.

 Di bawah golongan samurai ialah golongan petani. Golongan ini menduduki tempat
yang lebih tinggi daripada kelas saudagar dan tukang memandangkan Jepun adalah
negara pertanian. Oleh itu, petani mengeluarkan beras untuk masyarakat Jepun dan
membayar sebahagian besar cukai. Sebagai balasan, mereka cuma diberi secukup
makan sahaja kerana hasil yang dikeluarkan adalah untuk negara.

 Golongan tukang-tukang mahir (artisan) menduduki kelas sosial di bawah petani.


Mereka mahir membuat pedang dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi
penghormatan kerana sumbangan kepada masyarakat. Mereka diberi gaji dan
rumah yang baik dan dibenarkan memakai sebilah pedang. Tukang-tukang yang
tidak mempunyai kemahiran khusus akan dilayan dengan buruk dan bekerja untuk
daimyo.

 Golongan pedagang atau saudagar (chonin) terletak di bawah tukang mahir atau
artisan. Mereka dipandang rendah oleh masyarakat Jepun yang mengamalkan
feudal tentera dan tidak dibenarkan berlaku mobility sosial. Malahan mereka
menganggap aktiviti perdagangan mengundang pelbagai masalah dalam
masyarakat Jepun jika ia dilaksanakan.

B. Vietnam

37
 Hierarki sosial masyarakat Vietnam terdiri daripada maharaja di lapisan teratas,
golongan cendekiawan (quan atau mandarin) dan rakyat jelata iaitu petani.

 Di samping itu, terdapat juga dua kumpulan yang agak penting iaitu sami Buddha
dan sekumpulan kecil peniaga Cina yang berpengaruh.

 Maharaja menduduki puncak teratas dalam hierarki sosial masyarakat. Maharaja


berkuasa mutlak dalam pemerintahan pusat, pemilikan tanah dan harta. Dianggap
sebagai “Anak dari Syurga” yang mendapat mandat daripada Tuhan untuk
memerintah.

 Kesejahteraan rakyat dan negara bergantung kepada kebijaksanaan maharaja dan


apabila maharaja mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyatnya maka tindakan
tersebut akan membawa kecelakaan pada negaranya.

 Jika seseorang maharaja tidak bertindak adil, mandat dari syurga yang dimiliknya
akan hilang dan negara akan ditimpa kecelakaan. Maharaja juga bertanggungjawab
terhadap sebarang mala petaka alam yang berlaku sewaktu pemerintahannya.
Contohnya semasa pemerintahan Maharaja Minh Mang (1820-1841) apabila
baginda telah membatalkan jamuan istana setelah mendengar berita tentang
benteng pecah di wilayah utara Vietnam.

 Di bawah maharaja ialah golongan Quan. Golongan Quan mendapat pendidikan


tinggi berdasarkan ajaran Confucius. Oleh yang demikian, rakyat biasa yang pintar
serta mempunyai pengetahuan dalam ajaran Confucius secara mendalam
mempunyai peluang untuk menjadi pegawai-pegawai tinggi awam.

 Golongan cendekiawan mempunyai pengaruh yang paling kuat dalam masyarakat


Vietnam. Hal ini kerana mereka merupakan pemerintah sebenar di Vietnam. Mereka
bertanggungjawab melaksanakan semua tugas maharaja.

 Mereka bertanggungjawab menentukan beberapa aspek kehidupan rakyat


termasuklah keluasan rumah, bentuk dan warna pakaian yang mesti dipakai dan
upacara keagamaan yang berkaitan dengan pengkebumian.

 Mereka mendapat sokongan dan sanjungan serta dihormati oleh rakyat. Mereka
dianggap penjamin dan penegak keadilan. Malahan mereka juga merupakan
pentafsir undang-undang dan bertindak sebagai pegawai kehakiman.

 Hanya sebilangan kecil rakyat yang berpeluang menjadi quan. Hal ini kerana
pencapaian akademik di peringkat daerah ataupun di pusat hanya terhad kepada
rakyat yang mempunyai harta dan masa untuk belajar.

38
 Terdapat juga golongan pembesar yang berkuasa di peringkat kampung (komun).
Mereka dipilih daripada masyarakat kampung yang merupakan orang tua yang bijak
dan berpengalaman serta mendapat kelulusan daripada pihak istana. Mereka
bertanggungjawab menjalankan perintah istana, mendamaikan perselisihan yang
wujud dengan cara rundingan dan tolak ansur serta mengutip cukai.

 Lapisan seterusnya dalam masyarakat Vietnam ialah golongan petani. Petani-petani


merupakan golongan yang menjalankan kegiatan ekonomi sara diri terutamanya
menanam padi sawah. Golongan petani membantu meningkatkan kemajuan
ekonomi Vietnam.

 Seorang petani dimestikan membayar cukai dan menyumbang tenaga di antara 20


hingga 60 hari dalam tempoh setahun dalam urusan-urusan kerajaan seperti
membina empangan dan tali air.

 Lapisan terendah dalam masyarakat Vietnam ialah golongan hamba. Golongan ini
terdiri daripada mereka yang melakukan kesalahan jenayah. Mereka akan dihantar
ke kem-kem tentera di sempadan dan membuka tanah untuk dikerjakan. Mereka
boleh menjadi petani di tanah baru yang mereka kerjakan itu apabila hukuman
sebagai hamba tamat.

Kesimpulan

Susun lapis masyarakat atau sistem feudal yang diamalkan di Jepun dan
Vietnam mula mengalami perubahan setelah kemasukan kuasa-kuasa Barat. Di Jepun,
sistem sosial mulai mengalami perubahan apabila Shogun Tokugawa dijatuhkan dan
pentadbiran Jepun diambil alih oleh Maharaja Meiji (1806-1912) yang telah mengadakan
pembaharuan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Sementara di Vietnam pula,
perluasan kuasa Perancis telah mempengaruhi sistem sosial di negara tersebut.
Pembesar mulai kehilangan kuasa dan kedudukan apabila pemerintahan bercorak Barat
diperkenalkan. Masyarakat di Vietnam juga mengalami perubahan apabila berlakunya
kemasukan rakyat asing yang menguasai pentadbiran dan ekonomi negara tersebut.

39

You might also like