You are on page 1of 2

6.

6 JENIS-JENIS PENGANGGURAN
Terdapat 3 jenis pengangguran iaitu Pengangguran Geseran, Pengangguran
Struktur & Pengangguran Kitaran.
6.6.1 Pengangguran Geseran
Pekerja sanggup untuk tidak bekerja sementara mendapat pekerjaan lain &
bukan disebabkan oleh ketidakmampuan mencari pekerjaan. Pengangguran
geseran akan sentiasa wujud sepanjang masa terutamanya apabila ekonomi
mengalami perkembangan yang pesat secara terus-menerus.
6.6.2 Pengangguran Struktur
Terdapat beberapa faktor utama yang menjurus kepada perubahan struktur
ekonomi sesebuah Negara seperti Perubahan Citarasa Pengguna & Kemajuan
Teknologi.
6.6.3 Pengangguran Kitaran & Pusingan
Ketika ekonomi mengalami kemelesetan, permintaan bagi barng-barang akan
berkurangan. Ini menyebabkan firma terpaksa mengurangkan aktiviti
pengeluaran & penggunaan buruh.
Latihan 6.6
1. Nyatakan langkah yang diperlukan untuk mengira IHP.
Langkah untuk mengira IHP:
a) Mengira kos bakul pengguna pada harga tahun asas.
b) Mengira kos bakul pengguna pada harga tahun semasa.
c) Mengira IHP tahun asas & tahun semasa.
2. Nyatakan formula untuk mengukur kadar inflasi.
Formula mengira kadar inflasi : (IHP baru – IHP lama)/IHP lama x 100

6.7 GUNA TENAGA PENUH & KADAR PENGANGGURAN SEMULAJADI


Salah satu matlamat ekonomi Negara ialah untuk mencapai guna tenaga penuh.
Ia juga boleh ditafsirkan berpandukan kepada Kadar Pengangguran Semulajadi
(KPS).
Guna Tenaga Penuh dicapai apabila Kadar Pengangguran Sebenar adalah sama
dengan KPS.

6.8 PUNCA-PUNCA PENGANGGURAN


Boleh disebabkan oleh 3 faktor iaitu Faktor Kehilangan Pekerjaan, Faktor
Meninggalkan Pekerjaan & Faktor Tenaga Buruh Baru & Kemasukan Semula
Tenaga Buruh.
6.8.1 Kehilangan Pekerjaan
Kategori ini terdiri daripada mereka yang diberhentikan atau terpaksa berhenti
daripada pekerjaan, samaada untuk tempoh sementara atau berkekalan.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan kehilangan pekerjaan seperti
kegagalan pekerja memenuhi syarat pekerjaan ataupun kegagalan firma
memenuhi keperluan pekerjanya.
6.8.2 Meninggalkan Pekerjaan
Terdapat sesetengah golongan meninggalkan pekerjaan mereka secara sukarela
& tidak semestinya atas alasan mereka dipecat.
6.8.3 Tenaga Buruh Baru & Kemasukan Semula Tenaga Baru
Tenaga Buruh Baru terdiri daripada mereka yang telah menghabiskan pengajian
& bersedia memasuki pasaran tenaga buruh. Kemasukan semula tenaga buruh
pula mengenai mereka yang telah mempunyai pekerjaan kemudian keluar
daripada tenaga buruh & memasuki semula tenaga buruh.

6.9 KESAN-KESAN PENGANGGURAN


Pengangguran yang disebabkan oleh kurangnya peluang pekerjaan akibat
daripada kemelesetan ekonomi seperti pengangguran kitaran, akan
menimbulkan kesan yang buruk terhadap kestabilan ekonomi sesebuah Negara.
Kesan buruk pengangguran dapat dibahagikan kepada 2 iaitu kesan buruk
terhadap ekonomi & kesan buruk terhadap individu & masyarakat.
6.9.1 Kesan Buruk Terhadap Ekonomi
Kadar pengangguran yang tinggi akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi
sesebuah Negara. Kesan-kesan buruk pengangguran terhadap ekonomi :
a) Pengangguran Tidak Menggalakkan Pertumbuhan Ekonomi.
- Kadar pengangguran yang tinggi akan menjejaskan prestasi pertumbuhan
ekonomi.
b) Penurunan Hasil Kerajaan
- Pengangguran menyebabkan buruh kehilangan pekerjaan & secara tidak
langsung menyebabkan kutipan cukai pendapatan berkurangan.
c) Pembaziran Sumber-Sumber Pengeluaran.
- pengangguran yang tinggi menyebabkan ekonomi tidak dapat beroperasi pada
tahap yang maksimum.
- Pembaziran sumber-sumber pengeluaran menjurus kepada pengeluaran output
yang rendah daripada output prestasi.

You might also like