P. 1
Media Massa

Media Massa

1.0

|Views: 49,576|Likes:
Published by naz 87

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: naz 87 on Aug 18, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/22/2015

pdf

text

original

Soalan 8

:

Describe the emergence of mass media and some of the effecfs that it has had on society.

Pendahuluan

Media bukan sahaja merupakan cermin kepada masyarakat malahan ia juga merupakan alat perubahan kepada sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii). L. John Martin pula berpendapat bahawa media massa merujuk kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial, politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih moden. Media haruslah menyampaikan maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan dalam sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii). Dalam sistem demokrasi, media merupakan sumber primer dalam komunikasi massa (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006: 7). Media massa pada masa kini telah melalui arus globalisasi yang mana media kini bersifat universal dan tiada sempadan. Jenis dan fungsinya juga semakin canggih selari dengan perkembangan arus modenisasi pada masa kini. Media sebaran am sudah dianggap sesuatu yang lazim, perkara yang sebati dengan masyarakat manusia moden (Mansor Ahmad Saman, 1996 : viii). Menurut John Ryan media massa tidak wujud secara terpisah daripada institusi yang lain dalam masyarakat (1999 : 23).

Jenis Media Massa

Media massa dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu media cetak dan media elektronik. Media cetak terdiri daripada sumber bertulis seperti surat khabar, majalah, buku, novel, dan bahan bertaip yang lain. Manakala media elektronik pula terdiri daripada televisyen, radio, internet, blog, telefon bimbit, dan sebagainya. Perkembangan teknologi telah meningkatkan saiz, kepantasan,, dan kecekapan media tradisional serta melahirkan bentukbentuk media baru khususnya yang bersifat digital dan elektronik (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006 :8). Kini televisyen telah menjadi satu medium komunikasi yang paling berpengaruh (Vir Bala Aggarwal, 2002 : xvii). Teknologi baru dalam bidang penyebaran maklumat telah meningkatkan kuasa dan fungsi media massa (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006 : 8). Media Massa ini melalui perkembangan secara berperingkat. Perkembangan yang paling ketara dapat dilihat dalam media 1

elektronik apabila adanya anjakan perubahan iaitu dapat dilihat selepas Perang Dunia Kedua sehinggalah kini (Ray Eldon Hiebert, 1995 : 7).

Selain itu juga media juga boleh dilihat melalui 2 aspek yang lain iaitu media berautonomi dan media terkawal. Media berautonomi boleh dikategorikan sebagai media yang menjalankan operasinya yang tersendiri. Di samping itu juga, media berautonomi ini juga menentukan jenis kandungan dan matlamat yang tersendiri. Penerbitan dan penyiaran bagi media berautonomi ini adalah untuk tujuan keuntungan. Antara media berautonomi ialah seperti CNN dan BBC. Di Malaysia medianya masih mempunyai kawalan oleh kerajaan iaitu melalui sekatan undang-undang. Oleh itu media massa di Malaysia dapat dikategorikan sebagai media terkawal. Media terkawal pula, ialah media yang menerima bantuan atau dikawal sepenuhnya oleh pemerintah, parti politik, organisasi atau institusi keagamaan. Apabila terdapatnya kawalan ini oleh sesuatu organisasi maka media ini adalah terkawal dari aspek perlaksanaan dan operasinya. Contoh media terkawal adalah TV1 dan TV2 yang dimiliki oleh kerajaan serta TV3, NTV7 dan lain-lain yang dimiliki oleh stesean swasta yang masih dikawal untuk mengelakkan kebebasan media yang keterlaluan sehingga boleh menggugat kestabilan negara.

Teori-Teori Media Massa

Teori fungsionalisme bermula dengan kenyataan yang dikemukakan oleh Robert Marton (1949) dengan mencadangkan apa yang dipanggil paradigma (Hasmah Zainuddin, 2006 : 99). Asas fungsionalisme merujuk kepada masyarakat yang mempunyai sistem kompleks yang tinggi dan saling berinteraksi aktiviti, bekerjasama dalam keseimbangan bagi menjamin kemantapan dalam susunan. Analisis fungsionalisme cuba menunjukkan bagaimana fenomena persekitaran ini memberikan kesan yang menyumbang ke arah kestabilan dan pengekalan sistem. Analisis fungsi dalam komunikasi massa berpihak kepada peranan media sendiri dalam memperbaiki susunan sosial bagi mengukuhkan keseimbangan dalam masyarakat (Hasmah Zainuddin, 2006 : 99). Fungsionalisme mengganggap bahawa media mesti diselidiki secara empirikal untuk membuat penilaian sama ada media dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak. Jika kita

2

merujuk kepada teori fungsionalisme ini dengan media massa, apakah sebenarnya fungsi yang diamalkan oleh media massa kepada masyarakat?

Terdapat beberapa bahagian dalam media massa seperti surat khabar, majalah, laman web seperti blog, internet, televisyen, radio dan lain-lain lagi. Setiap bahagian yang akan memainkan peranan dalam proses penyebaran maklumat. Contohnya surat khabar yang merupakan salah satu medium dalam menyebarkan maklumat kepada

masyarakat. Penghasilan surat khabar ini juga dalam mendapatkan maklumat untuk disampaikan kepada masyarakat. Contohnya surat khabar seperti Berita Harian, Sinar, Utusan Malaysia, Harian Metro dan Kosmo. Setiap bahagian dalam media massa berperanan dalam menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Oleh itu, setiap bahagian dalam media massa berfungsi untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Jika fungsi ini tidak dijalankan dengan lebih baik, proses penyabaran maklumat akan menjadi lebih terganggu dan menghalang proses dalam perpaduan dalam negara ini.

Bagi teori interaksionisme pula, ianya melihat interaksi dalam masyarakat bagi mendapatkan sesuatu maklumat. Jika dinilai daripada teori interaksionisme ini, terdapat interaksi dalam mendapatkan sesuatu maklumat. Contohnya bagaimana para wartawan ingin mendapatkan sesuatu maklumat. Para wartawan akan menemubual saksi yang melihat sesuatu kejadian ataupun jika ingin mendapatkan maklum balas daripada pihak yang bertanggunngjawab seperti polis apabila ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu kejadian seperti kemalangan, kecurian, rompakan dan sebagaimya. Para wartawan akan menganalisis setiap maklumat yang diperolehinya sama ada maklumat tersebut benar atau salah jika ianya melibatkan saksi kejadian dan juga peristiwa yang lain. Peranan yang dimainkan oleh wartawan juga boleh dianggap sebagai orang tengah kerana mereka akan berusaha untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan cara berinteraksi dengan orang lain. Begitu juga dengan bahagian media massa yang lain seperti televisyen, bidang pengacaraan dalam sesuatu program dapat melahirkan pengacara yang mampu berinteraksi dengan orang lain. Bagi teori ini, interaksi perkara yang penting untuk mendapatkan sesuatu maklumat dan juga menilai maklumat tersebut sama ada benar ataupun salah.

3

Dalam teori konflik pula, peranan media massa dapat dilihat dari segi sosial. Terdapat 2 aliran dalam teori ini iaitu faktor ekonomi yang dipelopori oleh Max Webber dan juga faktor keagamaan serta faktor pembentukan masyarakat oleh Webber. Peranan dalam media massa dapat diambil dalam faktor pembentukan masyarakat oleh Webber. Teori konflik ini berlaku apabila berlaku krisis dalam masyarakat. Jika setiap struktur tidak menjalankan fungsi dengan sempurna akan menghasilkan konflik. Dalam media massa, konflik juga boleh berlaku. Apabila media massa gagal dalam menjalankan fungsinya yang tersendiri maka akan berlaku konflik. Sebagai contoh, penggunaan surat khabar sebagai medium untuk menjatuhkan orang lain dan maklumat salah yang telah memberikan pandangan negatif masyarakat terhadap media massa. Jika ini tidak dikawal akan menghasilkan devian. Devian jika dirujuk Kamus Dewan merupakan seseorang yang menyimpang daripada normal. Devian akan menghasilkan pelbagai perbuatan jenayah dan jika dilihat dalam kontekts media massa, jenayah yang akan dilakukan adalah

mengadakan perhimpunan haram bagi membantah penyiaran maklumat terbabit. Di samping itu juga, akan turut berlaku kacau-bilau dalam negara apabila keadaan sudah tidak dapat dikawal lagi.

Peranan Media Massa Secara Umum

Peranan yang dimainkan oleh media massa secara umum adalah merupakan sumber primer dalam komunikasi massa. Hal ini dapat dilihat apabila media massa dijadikan sebagai salah satu wadah dalam mencari maklumat rujukan. Tanpa adanya media massa, masyarakat tidak akan mengetahui pelbagai maklumat yang baru termasuk dari dalam dan luar negara. Di samping itu juga, media massa ini juga dapat menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Penyebaran maklumat ini juga melibatkan semua bahagian dalam media massa. Proses penyebaran maklumat ini juga melibatkan wartawan yang berusaha untuk mendapatkan maklumat yang terbaru untuk disampaikan kepada golongan masyarakat yang lain. Media massa juga berperanan dalam membantu dalam pertukaran budaya dalam masyarakat. Media massa menyampaikan maklumat tentang sesuatu etnik misalnya golongan etnik di Sabah dan juga di Sarawak. Dengan 4

adanya media massa, masyarakat dapat mengenali pelbagai budaya yang lain dan ingin mengenali dengan lebih mendalam tentang sesuatu kaum atau etnik. Media massa juga berperanan dalam menbantu perkembangan ekonomi. Penjualan surat khabar juga

membantu dalam ekonomi, penyiaran stesen televisyen berbayar juga turut menyumbang kepada faktor perkembangan ekonomi negara.

Peranan

Media Massa Pada Zaman

Sebelum Kemerdekaan

Sehingga Selepas

Kemerdekaan

Peranan media massa sangat penting ketika di Tanah Melayu akibat daripada dilema pemerintahan kuasa asing. Hal ini kerana, semasa zaman pemerintahan Raja-Raja Melayu serta penentangan para pembesar terhadap Inggeris di Tanah Melayu akibat ketidakpuasan hati terhadap sistem residen, peranan media massa pada ketika itu belum lagi kelihatan. Penentangan oleh orang-orang Melayu yang diketuai oleh Sultan mahupun pembesar adalah bersifat kedaerahan ataupun bersifat kenegerian. Antara salah satu faktor yang menyebabkan penentangan yang hanya bersifat setempat ini ialah disebabkan tiadanya lagi perkembangan media massa dalam menyebarkan serta menyalurkan maklumat mengenai penentangan sesebuah kawasan mahupun daerah. Maka dengan ini, dapat dilihat apabila penentangan yang berlaku di Perak dimana selepas perjanjian Pangkor telah ditandatangani pada 20 Januari 1874 Sultan Abdullah telah menyetujui seorang Residen akan dilantik bagi membantu pentadbiran di Perak.

Maka dengan itu, J.W.W. Birch telah tiba di Perak pada 4 November bagi membantu Sultan Abdullah yang pada ketika itu memerintah negeri Perak (Mohd Isa Othman, 2002 : 89). Akibat daripada sifat yang terlalu gelojoh untuk “memodenkan” Perak sehingga menyebabkan berlaku ketidakpuasan hati terhadap beliau. Oleh yang demikian, Birch telah dibunuh oleh pengikut Dato Maharajalela pada 11 November 1875 (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996 : 129). Oleh yang demikian, peranan media massa dalam membentuk kesepaduan antara satu daerah dengan daerah yang lain tiada pada ketika itu dan masyarakat di tempat lain seperti di Sabah mahupun Sarawak semasa pentadbiran British di Perak dan kejadian pembunuhan J.W.W. Birch tidak dapat diketahui perkara yang telah berlaku itu. 5

http://www.answers.com/topic/johannes-gutenberg

Namun begitu, penggunaan teknologi mesin taip yang telah berlaku di Eropah telah berjaya mempengaruhi sistem penulisan di Tanah Melayu. Hal ini kerana, sebelum adanya sistem mesin taip ini, orang-orang di Tanah Melayu hanya menggunakan sistem tulisan tangan meriwayatkan hikayat, undang-undang, serta penyebaran agama Islam. Mesin taip ini telah dicipta oleh Johann Gutenberg yang berasal daripada Mainz, Jerman (Pencipta media, 2004 : 3). Selaras dengan teknologi mesin taip juga, penggunaan mesin percetakan juga sangat penting dalam mencetak akhbar-akhbar bagi memudahkan maklumat dan juga sesuatu peristiwa itu dicetakkan dan diedarkan ke seluruh negeri-negeri di Tanah Melayu. Mesin cetak ini telah dicipta oleh Chester Carlson yang berasal daripada Sweden.

www.edwardsamuels.com/.../CARLSON.jpg

6

Pengaruh Teknologi Pencetakan Di Tanah Melayu

Perkembangan teknologi pencetakan ini bermula di Melaka iaitu Anglo-Chinese College (ACC) dimana keperluan Abdullah Munsyi yang pada ketika itu perlu mengajar dan menterjemahkan buku-buku dalam bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu dan sebaliknya. Peralatan pencetakan ini telah dibawa masuk oleh seorang paderi yang dikenali sebagai Medhust. Abdullah Munsyi berasa kagum akan teknologi pencetakan yang dibawa masuk dan diperkenalkan oleh para paderi kerana selama ini beliau perlu menggunakan pena bagi menulis atau menyalin buku dan juga surat. Dengan bantuan daripada Abdullah Munsyi juga, beliau telah berjaya mengeluarkan buku terjemahan subjek matematik untuk anak-anak Melayu di ACC. Namun begitu, sambutan orang Melayu terhadap ACC amat dingin kerana mereka merasakan anak-anak Melayu akan dilayan secara kekerasan serta akan dikristiankan. Walaubagaimana pun, masih terdapat juga segelintir anak-anak Melayu yang menuntut ilmu di ACC tetapi majoritinya ialah anak-anak Cina dan Nasrani. Kesungguhan Abdullah Munsyi yang cuba memujuk ibu bapa kepada anak-anak Melayu supaya menuntut di ACC mengundang kepada fitnah oleh bangsanya sendiri yang mengatakan Abdullah sebagai paderi kerana beliau sangat rapat dengan paderi di ACC serta menterjemah kitab-kitab Kristian.

Hal demikian sangat mengecewakan Abdullah kerana perjuangan beliau sangat ikhlas dalam memperjuangkan pendidikan di kalangan anak-anak Melayu pada sekitar awal kurun ke19 (Zahari A. Rashid, 2008 : 168-171). Maka dengan adanya teknologi percetakan yang telah berkembang pesat di Tanah Melayu, ia telah memudahkan akhbar-akhbar di negeri-negeri Melayu terutamanya di Negeri-Negeri Selat (NNS) diterbitkan serta memudahkan penyebaran semangat nasionalisme dan penyebaran agama Islam dalam kalangan orang Melayu di seluruh negeri-negeri di Tanah Melayu. Peranan akhbar ini telah bermula sekitar penghujung abad ke-19 iaitu pada 1876 apabila golongan Jawi Peranakan telah menubuhkan sebuah persatuan di Singapura yang bertujuan untuk membuka sebuah kedai percetakan dan mereka juga telah menerbitkan sebuah akhbar mingguan dalam Bahasa Melayu. Akhbar itu telah dinamakan sebagai Jawi Peranakan yang telah memuatkan berita-berita dalam dan luar negeri yang terkini, menolong memajukan pelajaran anak negeri, dan membantu memberikan keselarasan kepada bahasa Melayu yang sedang menerima perubahan pada ketika itu. Oleh yang demikian, dengan 7

adanya perkembangan yang telah dibawa oleh golongan Jawi Peranakan ini, ia telah membawa kesedaran terhadap orang Melayu agar mencari alternatif untuk menerbitkan akhbar bagi melepaskan Tanah Melayu yang pada ketika itu daripada cengkaman penjajahan British.

Hal ini dapat dilihat apabila dalam masa tempoh 30 tahun, terdapat tidak kurang daripada 16 buah surat khabar dan majalah di dalam Bahasa Melayu telah berjaya diterbitkan bagi menyemarakkan semangat Nasionalisme serta penyebaran agama Islam daripada Asia Barat. 7 buah surat khabar dan majalah telah diterbitkan di Singapura antaranya ialah Jawi Peranakan, Nujumu’l Fajar, Shammu’l Kamar, sekola Melayu, Bintang Timor dan Warta Malaya, manakala 5 buah di Pulau-Pinang antaranya ialah Jawi Standard dan Tanjong Penegeri dan 4 buah di negeri Perak antaranya ialah Seri Perak dan Jajahan Melayu (William R. Roff, 1975 : 50). Percetakan akhbar ini dijalankan dengan percetakan batu dan kemudiannya dengan huruf-huruf yang disusun. Setelah itu, dengan adanya pengaruh mesin cetak, maka akhbar-akhbar terbabit telah dicetak dan diedarkan di selruh NNS dan juga negeri-negeri di Tanah Melayu. Namun begitu, pengaruh akhbar yang tersebar ke Tanah Melayu pada awal kurun ke-20 merupakan pengaruh yang telah dibawa oleh golongan Intelektual yang menuntut di Mesir, Arab Saudi serta di Turki.

Akhbar Sebagai Alat Pembelajaran Di Sekolah Dan Maktab

Namun begitu, seperti yang telah diketahui akhbar pada peringkat permulaan memerlukan masa yang lama untuk mendapat sambutan daripada masyarakat di Tanah Melayu. Hal ini kerana masyarakat terutamanya orang Melayu kurang membaca akhbar kerana kurangnya faktor pendidikan disebabkan anak-anak Melayu tidak didedahkan mengenai kepentingan pendidikan. Di sekolah Melayu, anak-anak melayu hanya diajar bagi memperolehi kemahiran membaca, menulis dan mengira di peringkat sekolah rendah. Namun begitu, penduduk yang boleh membaca dengan baik hanyalah datang daripada NNS sedangkan masyarakat di negerinegeri Semenanjung Tanah Melayu jumlah pembacanya adalah kurang. Maka sebagai alternatif untuk menggalakkan pembacaan di kalangan orang melayu, maka akhbar telah dijadikan sebagai satu alat pembelajaran disamping menyebarkan maklumat kepada mereka. Maka secara tidak langsung ia membolehkan peratus masyarakat Melayu yang boleh membaca dapat ditingkatkan. 8

Selain itu, akhbar juga digunakan di Kolej Melayu dan juga maktab perguruan bagi membolehkan para penuntut yang terdiri daripada anak-anak Melayu dididik dan dijadikan sebagai tempat latihan mereka memperkembangkan ilmu pembacaan dan semangat nasionalime.

Akhbar dan Majalah i) Al-Imam Al-Imam merupakan sebuah majalah bulanan yang telah diterbitkan oleh Kaum Melayu Muda (KMM) di Singapura. Majalah ini telah memainkan peranan penting dalam pemulihan agama Islam di Tanah Melayu sehinggakan ke Kepulauan Hindia Timur yang juga telah dikenali sebagai Indonesia. Al-Imam diterbitkan pada 23 Julai 1906 (1 Jamada al-Akhir, 1324AH) dalam tulisan Jawi dan berjaya diterbitkan sebanyak tiga puluh satu keluaran sebelum ia berhenti penerbitan pada bulan Disember 1908. Penggerak utama penerbitan al-Imam ialah Shaykh Tahir dengan dibantu oleh Sayyid Sheikh al-Hadi dan Haji Abbas Mohd. Taha. Penerbitannya dibiayai oleh Shaykh Awad al-Sa’aidan. Melalui usaha Sayyid Shaykh al-Hadi, Sayyid Hassan bin Shahab dan Sayyid Muhammad bin Aqil bin Yahya, iaitu seorang lagi pembiayai penerbitan alImam, sebuah syarikat berhad iaitu, Al-Imam Printing Company telah ditubuhkan pada bulan Mac 1908. Ketika ditubuhkan syarikat ini memiliki modal sebanyak $20,000 (K.Ratnam, 2001 : 126).

Hampir kesemua mereka yang terlibat dalam penerbitan al-Imam merupakan mereka yang pernah terdedah kepada perkembangan yang berlaku di Timur Tengah, mempunyai hubungan dengan Mesir dan terpengaruh dengan pemikiran akhbar al-Manar. Penerbitan alImam yang merupakan penyaluran pemikiran majalah al-Manar yang diterbitkan oleh Rashid Rida, dianggap sebagai pemindahan perbahasan yang sedang berlaku di Kaherah ke rantau ini. Penerbitannya juga dianggap sebagai manifestasi perkembangan pemikiran Islah tokoh-tokoh Islah Mesir ke dalam minda masyarakat Melayu. Ini dibuktikan sejak keluarannya yang pertamanya lagi apabila al-Imam menyeru orang Melayu “bangun daripada tidur” dan berusaha mencapai kemajuan dengan mengikuti jalan yang sebenar, sebagaimana yang digariskan oleh AlQuran dan Sunnah. Dalam usaha untuk memenuhi hasrat dan bagi mencapai aspirasi inilah, akhbar tersebut dinamakan oleh penggeraknya sebagai al-Imam dengan matlamatnya dijelaskan iaitu melalui penulisan oleh Syekh Mohd. Salim al-Kalali iaitu: 9

“…mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat” (William R. Roff, 1975 : 63).

Di samping menjuarai peranan menyebarkan pemikiran islah, al-Imam juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan kesedaran sosio-politik orang Melayu. Akhbar ini merupakan akhbar Melayu yang pertama mengandungi pemikiran yang menyeru kepada perubahan sosial dalam masyarakat dengan memasukkan unsur-unsur politik dalam tulisan yang diterbitkan. Unsur ini dapat dilihat dengan terdapatnya tulisan yang mempunyai unsur seperti memaklumkan kepada pembaca mengenai berita dan pergolakan yang sedang berlaku di Timur Tengah. Walaupun al-Imam mengisytiharkan bahawa peranan yang cuba dimainkannya ialah untuk membawa perubahan kepada masyarakat, namun penyiaran berita-berita ini ternyata bermotifkan politik kerana tujuannya ialah bagi mendedahkan pembacanya kepada perkembangan politik yang sedang berlaku serta mempunyai perkaitan dengan kepentingan umat Islam dan agamanya.

Di Tanah Melayu, mereka yang mendukung pemikiran al-Imam dan berjiwa Islah dikenali sebagai Kaum Muda. Secara kebetulan mereka yang mendukung pemikiran ini terdiri daripada mereka yang usianya secara relatif masih muda. Namun begitu, panggilan ini bukan disebabkan oleh faktor tersebut semata-mata. Hal ini kerana dalam masyarakat Melayu panggilan ini sering bernada sinis. Panggilan ini selalunya diberikan oleh mereka yang tidak menyukai kumpulan tersebut yang menghubungkan Kaum Muda dengan kumpulan Turki Muda yang dasar perjuangannya dianggap menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Menurut Sidek Haji Fadzil, secara jelasnya penggunaan label ini adalah bertujuan bagi merendah-rendahkan perjuangan Kaum Muda, walaupun matlamat perjuangan mereka adalah bagi mengembalikan umat Islam ke jalan yang benar. Pemikiran Kaum Muda ditentang oleh kumpulan yang berfikiran konservatif yang dikenali sebagai Kaum Tua. Sebagai kumpulan yang telah lebih awal mendapat kedudukan dalam masyarakat, Kaum Tua bersama-sama dengan pentadbiran agama di negerinegeri Melayu dan serta sokongan daripada pihak pentadbiran Inggeris telah berjaya mengawal kegiatan yang dijalankan oleh Kaum Muda. Antara akhbar yang diterbitkan oleh Kaum Tua ialah Pengasoh (K.Ratnam, 2001 : 127). Antara seruan al-Imam kepada masyarakat Melayu ialah :

10

1. Mengubah sikap dan kembali kepada ajaran Islam yang berasaskan al-Quran dan Hadis. 2. Memahami ajaran Islam yang sebenarnya. 3. Berusaha dengan gigih untuk mencapai kemajuan melalui pertukangan dan bercucuk tanam. 4. Mengambil langkah memelihara negeri daripada dijajah oleh musuh. 5. Umat Islam harus bersatu padu untuk kebaikan semua. 6. Mengkaji sejarah, khususnya sejarah perkembangan agama Islam dan mengambil iktibar daripadanya. 7. Mengkaji sejarah negara maju supaya dapat mencontohi usaha yang mereka lakukan untuk mencapai kemajuan. (http://www.geocities.com/cominglucky/nasionalisme.htm)

ii) Saudara Akhbar Saudara telah diterbitkan di Pulau Pinang pada 29 September 1928 oleh Syed Alwi bin Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi. Manakala penyunting utama bagi akhbar ialah Syeikh Tahir Jalaluddin. Akhbar ini telah ditulis menggunakan tulisan jawi dan dicetak oleh Jelutung Press, Pulau Pinang. Penerbitan akhbar Saudara ini oleh Kaum Muda adalah untuk memacu keadaan sosial dan ekonomi umat Islam di Tanah Melayu berlandaskan ajaran Islam. Selain daripada itu, di dalam akhbar Saudara diterbitkan suatu ruangan yang dikenali sebagai Sahabat Pena pada keluaran 29 September 1934 (A.M. Iskandar, 1980 : 22). Tujuan utama diterbitkan ruangan ini ialah untuk mengembangkan persuratan Melayu dan pertukaran pendapat serta buah fikiran yang berguna kepada orang Melayu secara keseluruhannya. Ruangan ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana melalui cara begini, ia telah membangkitkan semangat orang Melayu untuk minat membaca serta mengeratkan tali persaudaraan antara sesama bangsa. Selain daripada itu, akhbar ini diterbitkan bertujuan untuk menyedarkan dan menyeru masyarakat di Tanah Melayu agar mempertahankan tanah air daripada kongkongan penjajah British. Seterusnya, hasil daripada terbitan ruangan Sahabat Pena tersebut, ia telah menyebabkan penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) pada 7 April 1934 bagi mencari jalan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh orang Melayu (K.Ratnam, 2001 : 127).

iii) Warta Malaya Akhbar ini diterbitkan di Singapura pada 1 Januari 1930 oleh Syed Hussein Ali Alsagoff. Antara pengarang-pengarang akhbar ini ialah Onn bin Ja’afar, Ishak bin Haji Muhammad, Abdul 11

Rahim Kajai, Ibrahim bin Haji Yaakob, dan ramai lagi. (A.M. Iskandar, 1980 : 32). Akhbar ini diterbitkan dengan huruf jawi pada sebelum kedatangan Jepun dan semasa pendudukan Jepun, akhbar ini diterbitkan di dalam bahasa Rumi. Objektif penerbitan akhbar ini ialah mengembalikan hak-hak orang Melayu, mengembalikan kuasa kepada Majlis-majlis Undangan Negeri di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, soal pendidkan orang Melayu pada peringkat yang tertinggi serta kemajuan ekonomi orang Melayu. Selain itu, akhbar ini juga mengkritik dasar yang dilakukan oleh mereka ke atas orang Melayu dan mengangkat bangsa lain iaitu Cina di dalam sektor ekonomi dan pentadbiran. Misalnya akhbar ini menuntut agar orang-orang Melayu diberikan jawatan pentadbir kanan sebanyak yang mungkin tetapi tuntutan itu tidak dilayani oleh pihak British (William R. Roff, 1975 : 178).

iv) Majlis

Akhbar Majlis telah diterbitkan di Kuala Lumpur pada 17 Disember 1931. Pengarangnya yang pertama ialah Abdul Rahim Kajai. Selain daripada itu, terdapat beberapa lagi pengarang yang terkenal iaitu Othman Kalam, Ibrahim Ya’akob, Abdul Samad Ahmad dan ramai lagi (A.M. Iskandar, 1980 : 38). Majlis dianggap sebagai akhbar kebangsaan yang pertama. Hal ini kerana semasa Rahim Kajai menerajui Majlis, beliau sering memperkatakan soal yang dapat menaikkan semangat orang Melayu.

Dalam naskah sulungnya akhbar ini merupakan sebuah akhbar kebangsaan sendiri yang berkhidmat untul kemaslahatan, watan dan agama. (William R. Roff, 1975 : 180).

Rahim Kajai juga menjelaskan mengapa orang-orang dagang daripada bangsa Asia dibenarkan merampas hak-hak orang Melayu di tanahair mereka sendiri serta mengkritik dasar yang dilakukan oleh pihak British ke atas orang Melayu dimana mereka hanya ditempatkan di kawasan perkampungan terutama di Negeri-negeri jajahan takluk di Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun nada ini tidaklah militan dan berunsurkan kemelayuan, namun rencana di dalam akhbar ini menjadi tumpuan dan sering dipetik isi kandungannya di dalam akhbar berbahasa Inggeris di Kuala Lumpur. 12

Seterusnya sumbangan yang lebih radikal berbanding Rahim Kajai juga dapat dilihat oleh daripada segi penulisan yang diterbitkan oleh Ibrahim Ya’akob. Beliau merupakan seorang anak jati Pahang yang dilahirkan di Temerloh serta merupakan seorang penuntut daripada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjong Malim pada 1929. Gaya penulisannya ketika di MPSI sering dipengaruhi oleh gurunya iaitu Za’ba. Ibrahim Ya’akob menjadi pengarang akhbar Majlis pada November 1939 sehingga penghujung 1941. Penilisan beliau yang radikal, pro-Melayu dan antikolonial bagi membangkitkan semangat nasionalisme daripada orang Melayui serta menyebarkan fahaman “Pan-Malaysia” bagi mengabungkan semenanjung Tanah Melayu dengan Indonesia. (William R. Roff, 1975 : 179-180).

v) Utusan Melayu Utusan Melayu telah diterbitkan di Singapura pada 19 Mei 1939. Antara pengarangpengarang bagi akhbar ini ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Mohammad, Zainal Abidin bin Haji Alias dan ramai lagi (A.M. Iskandar, 1980 : 60). Maka pada 29 Mei 1939, naskah sulung Utusan Melayu telah diterbitkan dan dijual. Utusan Melayu ini merupakan akhbar tulen kerana pendapat, susunan dan pengeluaranya dijalankan oleh orang Melayu sendiri. Utusan Melayu mengadakan ruangan-ruangan khas untuk menyiarkan berita dan keterangan mengenai hal ehwal Persatuan Melayu yang sedang ditubuhkan di sekitar Semenanjung Tanah Melayu. Oleh demikian, dengan adanya ruangan tersebut, ia telah menyeru orang Melayu di seluruh Tanah Melayu agar mendaftarkan diri sebagai ahli persatuan. Selain daripada itu, rencana yang diterbitkan adalah berkenaan dengan kebajikan ekonomi serta pendidikan anak-anak orang Melayu. Walaubagaimanapun di dalam soal politik, akhbar ini kurang menitiberatkan perjuangan kerana mereka takut akan kekuasaan British dimana seperti yang telah diketahui pihak British merupakan Penasihat kepada Sultan dan sekirannya rencana yang ditulis bersifat radikal, pihak British akan menggunakan Sultan bagi memurkai terhadap mereka yang menulis rencana berkenaan.

Setelah menghadapi cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuhi dengan adanya persaingan daripada akhbar Warta Malaya dan Lembaga, Utusan Melayu masih lagi mendapat sambutan dan dapat meningkatkan pengetahuan membaca dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya. Oleh yang demikian, akhbar Utusan Melayu ini merupakan telah bermulanya suatu 13

pergerakan Kebangsaan Melayu yang pertama dilaksanakan tanpa gangguan atau bantuan daripada orang-orang dagang terutamanya bangsa Arab (William R. Roff, 1975 : 183-185).

Penulisan Kreatif. Penulisan kreatif juga menjadi alat nasionalisme kerana para penulis dapat menyelitkan unsur-unsur nasionalisme dan kecaman terhadap pihak British di sebalik penulisan mereka. Kebanyakan penulisan kreatif menonjolkan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat seperti kemunduran masyarakat, kedudukan wanita dan amalan agama. Puisi-puisi membangkitkan perasaan bersemangat untuk maju yang dihasilkan termasuklah puisi 'Sedarlah' karya Mahmud Ahmadi, 'Semenanjung' dihasilkan pada tahun 1919 oleh Harun Aminurashid dan 'Seruan Kebangsaan' dihasilkan pada tahun 1937 oleh Melati Pahang. Terdapat juga puisi-puisi yang menyeru bangsa Melayu supaya berani dan sanggup berkorban untuk perjuangan nasionalisme. Contohnya, puisi 'Serunai Pujangga' oleh Anum (1940). Sementara karya-karya dalam bentuk novel-novel yang berunsurkan pengecaman terhadap penjajahan dan seruan terhadap orang Melayu untuk membebaskan tanah air adalah seperti: 'Melor Kuala Lumpur' karya Harun Aminurashid yang bertemakan tentang kepentingan pendidikan bagi kaum wanita. Menerusi novel ini dimasukkan juga petunjuk bagaimana orang Melayu dapat maju. Sementara hasil-hasil karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) yang terkenal dalam meniup semangat kebangsaan adalah Putera Gunung Tahan (1937) dan Anak Mat Lela Gila (1941). Dalam Novel Putera Gunung Tahan terdapat sindiran terhadap kaum Inggeris yang 'tamak' dan penuh dengan tipu muslihat. Sementara dalam Novel Anak Mat Lela Gila dimasukkan tema untuk memberi petunjuk kepada bangsa Melayu untuk memperjuangkan taraf hidup mereka dalam bidang ekonomi dan sosial. Cerpen, iaitu cerita pendek yang ditulis juga dimuatkan dengan seruan untuk rajin berusaha bagi mencapai kemajuan dengan tema-tema perjuangan pembebasan tanah air daripada British. Antaranya ialah 'Cerita Awang Putat' karya Abdul Rahim Kajai yang mengandungi tema menasihatkan bangsa Melayu supaya rajin berusaha serta bangun menentang penjajah bagi membebaskan tanah air yang tercinta. (http://www.geocities.com/sibernota/bab8.htm).

14

Peranan Akhbar Dalam Menentang Malayan Union Dan Penubuhan UMNO Peranan yang telah dibawa oleh akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Warta Negara dan Utusan Melayu telah mempercepatkan penubuhan UMNO. Hal ini kerana akhbar terbabit telah memainkan sentimen bagi mengkritik syarat-syarat Perlembagaan Malyan Union yang dikatakan tidak menyebelahi orang Melayu, mengugat kuasa-kuasa Raja-Raja Melayu dan juga pemberian hak kewarganegaraan berdasarkan prinsip Jus Soli. Utusan Melayu telah menyeru orang Melayu bersatu padu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan untuk menetang Malayan Union (K.Ratnam, 2001 : 155). Selain itu juga, Utusan Melayu telah menyiarkan sebuah rencana pada 24 Januari yang menganggap Malayan Union ini tidak mendatangkan kebaikan dan hanya keburukan kepada orang Melayu. Manakala akhbar Majlis pula menganggap orang Melayu akan menjadi Red Indian di Amerika Syarikat dan kaum asli di Australia ( Mohd Isa Othman, 2002 : 301). Akhbar Warta Malaya juga telah mengusulkan agar orang Melayu mengadakan kongres yang dianggotai oleh wakil-wakil se-Malaya untuk berunding mengenai pembentukan satu pertubuhan politik yang kuat bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan bangsa Melayu se-Malaya. Maka dengan adanya peranan dan desakan akhbar ini, Dato Onn bin Ja’afar telah tampil dengan menubuhkan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pada bulan Januari 1946 bagi mempertahankan hak-hak bangsa Melayu dan agama Islam. Maka dengan ini, Dato Onn telah menyeru melalui akhbar Majlis di Kuala Lumpur supaya diadakan sebuah Kongres Persatuan Melayu di seluruh Tanah Melayu untuk membincangkan mengenai nasib orang Melayu di Tanah Melayu. Hasil daripada peranan yang dimainkan oleh akhbar Majlis terbabit, maka pada 1 hingga 4 Mac 1946, Kongres parti-parti politik Melayu telah mengadakan perjumpaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres ini telah dihadiri oleh 125 wakil dan 49 pemerhati daripada 41 pertubuhan Melayu (K.Ratnam, 2001 : 155). Matlamat Kongres ini ialah untuk menyatupadukan bangsa Melayu dalam sebuah badan politik yang kuat untuk menentang perlembagaan Malayan Union dan mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu. Maka dengan ini wakil-wakil kongres telah bersetuju menggabungkan tenaga mereka bagi menubuhkan kongres Melayu se-Malaya. Maka dengan ini, pada 11 Mei 1946, Kongres ketiga yang dihadiri oleh wakil-wakil pertubuhan Melayu diadakan di Johor Bahru. Pada hari itu juga, piagam UMNO disahkan dan UMNO dilahirkan secara rasmi yang dipengerusikan oleh Dato’ Onn Ja’afar dan Kongres Melayu se-Malaya dibubarkan (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996 : 284). 15

http://www.umnogp.com/page.php?10 Perhimpunan yang membawa kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru.

Peranan Media Massa Semasa Zaman Darurat i) Akhbar Pencabulan kepercayaan oleh pihak komunis terhadap kerajaan British dimana mereka telah melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu terutamanya terhadap orang Melayu yang dikatakan telah bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia ke-2 telah menyebabkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Akhbar Majlis umpamanya pada terbitan 24 Oktober 1948 telah mencadangkan supaya orang-orang Cina yang disyaki membantu komunis dihantar balik ke negeri China (Wan Hamzah Awang, 1985 : 23). Semasa Chin Peng menghantar surat kepada Tunku untuk mengadakan rundingan bagi menamatkan peperangan, isi kandungan surat tersebut telah disiarkan secara meluas oleh akhbar tempatan dalam pelbagai bahasa. Selain daripada itu, 16

peranan akhbar ini dapat dilihat semasa Rundingan Baling diadakan pada 28 Disember 1955 hingga 29 Disember 1955 antara Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya iaitu Chin Peng dan YTM Abdul Rahman Putra Al Haj. Semasa rundingan ini berlangsung di Sekolah Kerajaan Baling, pihak akhbar telah diarahkan oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengambil gambar semasa rundingan dijalankan tetapi tidak dibenarkan untuk menemui Chin Peng bagi melakukan temuramah kerana dikhuatiri akan menjejaskan fahaman antara orang Cina dan Melayu.

Sumber Daripada : Detik Sejarah Rundingan Baling Jurugambar sibuk mengambil gambar sebelum rundingan dijalankan. Dari kiri ke kanan David Marshall, Tunku Abd. Rahman dan Tan Cheng Lock. ii) Radio Peranan radio pada zaman komunis ini juga sangat penting dalam menyebarkan maklumat mengenai kedudukan komunis di Tanah Melayu dengan cepat dan segera (http://ms.wikipedia.org/wiki/Radio_Televisyen_Malaysia). Selain daripada itu, ia juga

menyampaikan maklumat mengenai kawasan putih dan kawasan hitam. Kawasan putih merupakan kawasan yang bebas daripada pengaruh komunis dan kawasan hitam pula merupakan kawasan yang masih terdapat lagi anasir-anasir komunis. Sebelum rundingan Baling diadakan, Radio Malaya telah digunakan sebagai bahasa kod antara Tunku dan Chin Peng dalam mencari 17

kata sepakat untuk mengadakan rundingan bagi menamatkan proses peperangan. Perutusan kod ini jelas membingungkan rakyat Malaya pada ketika itu kerana mereka tidak memahami bahasa kod tersebut yang telah disiarkan oleh Radio Malaya (Wan Hamzah Awang, 1985 : 39). Selain daripada itu, peranan radio juga dapat dilihat apabila Chin Peng telah mengetahui berita kematian Ah Kok iaitu Ketua Komunis di Johor sewaktu diserang oleh anggota keselamatan (Wan Hamzah Awang, 1985 : 47). Walaubagaimanapun, radio juga telah digunakan oleh Sir Malcolm MacDonald yang pada ketika itu merupakan Gabenor General Malaya telah menceritakan mengenai keadaan politik di Malaya kepada seluruh rakyat Malaya pada ketika itu melalui siaran Radio Malaya. Beliau telah menyatakan mengenai pergolakan politik antara masyarakat Melayu dan Cina kerana syak wasangka antara satu sama lain (Lihat pada video 10 Tahun Sebelum Merdeka : Part 1). iii) Risalah Pengampunan Risalah pengampunan ini diedarkan melalui udara seperti yang dicadangkan oleh Sir Gerald Templer. Risalah ini telah memberikan tawaran agar pihak komunis menyerah diri serta mereka akan diampunkan tanpa dibawa pulang semula ke negeri China seperti yang telah diuraurakan dalam penerbitan akhbar. Sebanyak 12 juta risalah telah digugurkan ke dalam hutan pada 1953 yang telah dicetak di dalam bahasa Melayu, Cina dan India (K.Ratnam, 2001 : 167). Antara isi kandungan risalah tersebut ialah Pemegang pas ini ingin menerima peraturan pengampunan am yang diisytoharkan oleh Kerajaan Persekutuan. Tunjuk arah telah pun diberikan kepada semua anggota pasukan keselamatan, polis, tentera, dan para pegawai kerajaan supaya memberikan layanan baik kepada pemegang pas ini. Mereka akan bertanggungjawab melaksankan tunjuk arah ini (Wan Hamzah Awang, 1985 : 35). Maka hasil daripada penyebaran risalah ini, seramai 3989 orang komunis telah menyerah diri kepada pihak berkuasa dan telah diampunkan dan seramai 6710 orang komunis telah

18

dibunuh ketika berperang dengan pihak keselamatan yang dibantu oleh tentera daripada negara Komenwel (Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996 : 329). iv) Wayang Pacak

Wayang pacak merupakan pertunjukkan wayang yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan wayang bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain dengan menggunakan van atau bot. Sebelum pertunjukan wayang dimulakan pada sebelah malam sekitar jam 8.00 malam, terdapat sesi penerangan yang dilakukan oleh pegawai penerangan berhubung bahayanya kegiatan anasir komunis di hutan dan kepentingan meneroka tanah dan bercucuk tanah dalam program Bumi Hijau . Beberapa risalah dan poster bersaiz kecil dan besar berkaitan program kerajaan diedarkan untuk ditampal di dinding masjid, surau, dewan, rumah, sekolah dan sebagainya. Selain daripada itu, poster ini juga menunjukkan mayat pengganas komunis yang telah ditembak mati.

Tayangan gambar dimulakan sekitar jam 8.00 malam menggunakan generator yang dibawa. Ketika itu tidak ada televisyen dan bekalan elektrik di kampung-kampung. Sambutan daripada penduduk kampung memang menggalakkan terutama sekali di kalangan kanak-kanak. Di pertengahan tayangan diselitkan pula dengan syarahan atau ceramah pula dan inilah tujuan utama Jabatan Penerangan Malaysia sebagai perang urat saraf agar penduduk kampung tidak terpengaruh dengan dakyah komunis yang dikatakan anti agama Islam

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_pacak).

Di Padang Speedy, Teluk Intan pula kain layar putih sebesar 3 meter direntang di tengah padang. Kebiasanya akan diadakan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia agar dapat mengingatkan semula kepada masyarakat mengenai kemerdekaan serta pejuang kemerdekaan.

19

Kesan Peranan Akhbar

i) Protes terhadap Malayan Union Perlembagaan Malayan Union yang dirangka oleh pihak British terhadap penduduk di Tanah Melayu telah menyebabkan penentangan dan ketidakpuasaan hati terutamanya terhadap masyarakat Melayu. Penentangan ini kerana ketidakpuasan terhadap syarat-syarat yang dikemukakan di dalam Perlembagaan Malayan Union. Antara syarat-syaratnya ialah untuk menghapuskan kedaulatan Raja-Raja Melayu, pemberian kewarganegaraan secara Jus Soli, Sir Harold MacMichael mengambil tandatangan dan persetujuan daripada Raja-raja Melayu dan sokongan bekas-bekas pegawai Inggeris. Maka dengan ini, orang Melayu telah melihat ia merupakan ancaman kepada ketuanan Melayu serta ancaman kepada kuasa-kuasa Raja Melayu. Setelah Kongres Melayu se-Malaya mencapai kesepatan untuk menubuhkan parti UMNO, hal ini telah menyebabkan penentangan terhadap perlembagaan Malayan Union (Lihat pada video Gagasan Malayan Union).

Sumber: Buku Sejarah Perjuangan UMNO, Ibrahim Mahmood, Penerbitan Pustaka Antara, 1981 http://10tahun.blogspot.com/

20

Pada 28 haribulan Mei tahun 1946, kedua-dua ahli Parlimen British telah sampai ke Kuala Kangsar. Di sinilah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah mengadakan perhimpunan raksasa orang-orang Melayu yang terbesar sekali di hadapan Kapten Gammans dan Lt. Col. Rees Williams yang merupakan ahli-ahli Parlimen British. Perhimpunan ini telah diadakan di sebuah padang besar di bandar itu. Orang-orang Melayu dari seluruh negeri Perak, lelaki dan perempuan, tua muda dan kanak-kanak telah berkumpul berpuluh ribu banyaknya di dalam perhimpunan raksasa itu. Selain daripada itu, terdapat juga beberapa bentuk bantahan yang dilakukan oleh rakyat pada ketika itu seperti yang dilakukan oleh Persatuan Melayu Kelantan dengan disertai oleh seramai 10,000 orang telah mengadakan demonstrasi pada 15 Disember 1945 ketika ketibaan MacMichael di Istana Sultan Kelantan untuk mendapatkan persetujuan. Seterusnya pada 19 Januari 1946, Persatuan Melayu Kedah telah menganjurkan satu demonstrasi di Alor Setar yang disertai oleh kira-kira 50,000 orang dan juga pada 10 Februari 1946 satu demonstasi diserta oleh seramai 15,000 orang Melayu termasuk wanita telah diadakan di Johor (K.Ratnam, 2001 : 149).

Sumber: Akhbar The Malaya Tribune, 2 April 1946 http://10tahun.blogspot.com/ Berikut merupakan laporan bantahan orang-orang Melayu dan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union yang keluar dalam akhbar The Malaya Tribune bertarikh 2 April 1946. Atas desakan dari rakyat jelata, Raja-Raja Melayu telah mengambil tindakan untuk memboikot majlis pertabalan Gabenor Malayan Union, Sir Edward Gent pada 1 April 1946.

21

"Sekiranya Tuanku sekelian turut menghadiri akan upacara melantik Gabenor Malayan Union itu, rakyat Tuanku sekalian tidak akan mengakui Tuanku sekalian sebagai Raja lagi. Rakyat Melayu telah menganggap bahawa menghadiri majlis melantik Gabenor Malayan Union itu samalah seperti turut serta mengusung jenazah bangsa Melayu sendiri," kata Dato' Onn Jaafar kepada Raja-Raja Melayu pada 1 April 1946. (http://www.umnogp.com/page.php?10)

Sepanduk tulisan jawi dalam gambar tu tertulis slogan "Raja Dan Rakyat Patut Bersatu, UMNO Setapak, Kuala Lumpur". http://10tahun.blogspot.com/

22

ii) Hartal Hartal merupakan suatu perhimpunan yang dilakukan oleh golongan daripada parti-parti politik bahagian kiri yang terdiri daripada PKMM, AMCJA, GERAM, AWAS dan API untuk menentang Perlembagaan Federation yang telah dikemukakan oleh pihak British terhadap RajaRaja Malayu serta masyarakat Malaya secara khususnya. Hal ini kerana bagi gooolonnngaaan parti yang berhaluan kiri ini, perlembagaan tersebut tidak mendatangkan keuntungan daripada segi perpaduan serta Perlembagaan Rakyat yang dikemukakan oleh Parti Berhaluan Kiri ini juga telah ditolak bulat-bulat oleh pihak British. Maka dengan ini, detik Hartal telah dilakukan di seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan perasaan tidak puas hati rakyat kepada British (Lihat pada video 10 Tahun Sebelum Merdeka : Part 3 & 4).

Sumber: Majalah Kenchana, Bilangan 12, 1 November 1947 http://10tahun.blogspot.com/ Kartun politik dalam gambar di atas diambil dari majalah Kenchana bilangan 12, bertarikh 1 November 1947, sepuluh hari selepas mogok Hartal Se-Malaya. Kenchana merupakan majalah bulanan tulisan rumi yang diterbitkan 2 kali sebulan di Singapura di bawah ketua pengarang Harun Aminurrashid.

23

iii) Komunis

Kesan daripada pengaruh akhbar, radio, wayang pacak yang menyiarkan mengenai pergerakan komunis di Malaya telah mencetuskan reaksi masyarakat yang berbilang kaum di Malaya pada ketika itu. Hal ini kerana perjuangan komunis ini juga tidak mendapat persetujuan daripada rakyat Malaya kerana seperti yang telah diketahui fahaman komunis tidak mempercayai kewujudan Tuhan malah menggangap bahawa pergerakan mereka merupakan suatu perubahan kepada masa depan Malaya dalam bentuk radikal. Walaupun pergerakan komunis ini mempunyai golongan yang majoritinya merupakan masyarakat Cina, masyarakat mereka sendiri pun menentang pergerakan ini kerana berlaku kejam ke atas masyarakat di Tanah Melayu terutamanya masyarakat Melayu.

Sumber Daripada : Detik Sejarah Rundingan Baling Masyarakat Cina mengadakan tunjuk perasaan anti komunis

Detik Rundingan Baling yang telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955 juga telah melihat reaksi daripada masyarakat dimana mereka bukan sahaja ingin mengetahui keputusan di dalam rundingan tersebut, tetapi mereka juga telah berpusu-pusu dan berkumpul di kawasan sekeliling Sekolah yang menjadi tempat peristiwa Rundingan Baling itu antara pihak Kerajaan dan Komunis. 24

Sumber Daripada : Detik Sejarah Rundingan Baling Orang-orang di Baling berduyun-duyun keluar menuju ke Sekolah Kebangsaan Baling di mana berlanggsungnya rundingan bersejarah itu.

\

Sumber Daripada : Detik Sejarah Rundingan Baling Dengan sepanduk tulisan jawi, orang-orang Melayu mengadakan tunjuk perasaan anti komunis

25

Gerakan nasionalisme menggunakan perundingan hanya berlaku apabila timbulnya semangat inginkan sebuah negara bangsa yang merdeka, bebas dari penjajah dan mentadbir negara sendiri dengan corak kepimpinan sendiri. Paling ketara adalah semasa perundingan kemerdekaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Sebelum timbulnya idea untuk melakukan perundingan, langkah awal yang telah dilakukan adalah dengan menanamkan semangat nasionalisme dikalangan masyarakat. Caranya adalah dengan menggunakan media massa. Terdapat tiga golongan yang intelek yang kerap mennggunakan mata pena untuk menanamkan semangat perjuangan. Golongan yang paling awal adalah golongan perpendidikan agama yang telah mendapat pendidikan di Al Azhar, Mesir, contohnya Syed Syeikh Ahmad alHadi. Golongan kedua adalah golongan berpendidikan sekular Inggeris dan golongan ketiga, golongan sekular berpendidikan Melayu. Mereka menggunakan teknik penulisan untuk menentang penjajah dan dalam masa yang sama menanamkan semangat nasionalisme.

Maka dengan ini, apabila Parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman, telah mencapai kemenangan, beliau telah dipilih menjadi Perdana Menteri yang pertama Tanah Melayu. Hasil usaha yang telah beliau lakukan melalui perundingan, akhirnya ia telah membuahkan hasil apabila Tanah Melayu telah diiktiraf sebagai sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat pada 31 Ogos 1957 (Lihat pada video Kemerdekaan Malaya). Semangat yang jitu serta utuh antara mereka walaupun berbilang kaum telah mewujudkan kesepaduan antara mereka untuk mencapai matlamat Kemerdekaan Tanah Melayu.

26

Media Massa Zaman Moden

Kini masyarakat seringkali berbicara tentang satu era baru iaitu era ledakan komunikasi atau revoulusi perutusan atau masyarakat maklumat (Mansor Ahmad Saman, 1996 :78). Media massa pada masa kini telah melaui arus globalisasi yang mana media kini bersifat universal dan tiada sempadan. Jenis dan fungsinya juga semakin canggih selari dengan perkembangan arus modenisasi pada masa kini. Kini televisyen telah menjadi satu medium komunikasi yang paling berpengaruh (Vir Bala Aggarwal, 2002 : xvii). Teknologi baru dalam bidang penyebaran maklumat telah meningkatkan kuasa dan fungsi media massa (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006 : 8). Media Massa ini melalui perkembangan secara berperingkat. Perkembangan yang paling ketara dapat dilihat dalam media elektronik apabila adanya anjakan perubahan iaitu dapat dilihat selepas Perang Dunia Kedua sehinggalah kini (Ray Eldon Hiebert, 1995 : 7). Sesetengah pihak berpendapat bahawa media massa akan dapat mempengaruhi khalayak melaui maklumat yang disampaikan ( John Ryan,1999 :5). Menurut de Fleur dan Ball Rokeach, asas pengaruh media terletak pada sifat saling bergantungan antara media dengan sistem sosial lain dan bagaimana sifat saling bergantungan ini mencorakkan hubungan khalayak dengan media (Nor Azuwan Yaakob, 2008 : 53).

Jenis-Jenis Media Massa Kini Media Cetak

http://www.ask.com/pictures?o=13047&l=dis&q=news%20paper

27

Media Elektronik

http://images.ask.com/pictures?qsrc=&o=13047&l=dis&q=Television&search

Peranan Media Massa

Media memainkan peranan penting kepada masyarakat iaitu sebagai pelindung kepada nilai-nilai demokrasi (Vir Bala Aggarwal, 2002 : xviii). Media perlu melihat masyarakat secara telus dalam semua manifestasinya. Ini bermakna organisasi media media memegang amanah yang penting dan bertanggungjawab memastikan penyebaran maklumat supaya orang awam dapat membuat keputusan yang bijaksana dalam kehidupan mereka. Ini merupakan tanggungjawab media yang sebagai institusi yang memberi kesan kepada masyarakat (Hamedi Mohd Adnan, 2006 : 7). Pada asasnya, penggunaan media seperti akhbar, radio, televisyen, internet sebenarnya berkait rapat dengan usaha membangunkan sosioekonomi umat: pembinaan bangsa dan negara, pengurangan kadar buta huruf, peningkatan mutu makanan dan kesihatan, peningkatan pendidikan dan taraf hidup (Md Siddin Ahmad Ishak, 2006 : 11).

Keprihatinan tentang kesan media biasanya berfokus kepada isu-isu keganasan, perlakuan seksual, bahasa, nilai, moral, eksploitasi wanita, penggunaan media, paras informasi, kempen bahaya rokok, dadah, atau AIDS (Hamedi Mohd Adnan, 2006 : 7). Selain daripada memberikan informasi mahupun maklumat, media turut berperanan dalam memberikan hiburan kepada masyarakat. Peranan media massa adalah hampir sama jika dilihat secara umumnya iaitu menyampaikan maklumat, pengetahuan, dan sebagainya terhadap masyarakat. Jika dilihat secara aspek yang lebih khusus setiap media massa mempunyai peranan dan matlamat yang berbeza.

28

Namun begitu, teknologi baru membolehkan berlakunya monopoli dan manipulasi maklumat (Md Siddin Ahmad Ishak, 2006 : 12).

Media cetak dan media elektronik adalah dua entiti yang berbeza yang turut memperlihatkan peranan yang berbeza. Media cetak seperti buku, surat khabar, majalah, dan novel berperanan untuk membuka minda kita mengenai apa kita tahu, yang kita rasai, mewujudkan hubungan antara kita, menunjukkan harapan dan ketakutan (John Ryan, 1999 : 50). Buku sebagai contohnya merupakan media yang terawal diterbitkan, mempunyai kapasiti yang tinggi, mudah dibawa, dan sebagai penyimpan maklumat (John Ryan, 1999 : 9). Buku berperanan untuk memberikan arahan yang betul kepada pembaca “the right to give commands”. Dalam penulisan, kreadibiliti merupakan nilai piawaian yang paling asas. Menurut Hasmah Zainuddin, akhbar memiliki keistimewaannya yang tersendiri jika dibandingkan fungsinya dengan media massa yang sedia ada (2006 : 115). Sungguhpun persaingan teknologi maklumat moden pada masa kini semakin mencabar, namun kedudukan akhbar sebagai salah satu medium maklumat kepada khalayak masih utuh dalam sistem kreadibiliti dunia.

Akhbar bergerak dalam sistem maklumat kini masih menyandang fungsi yang kuat dan kreadibiliti akhbar yang membuatkan khalayak masih bergantung harapan untuk mendapatkan maklumat daripadanya. Berdasarkan data kajian, hal ini menyokong bahawa akhbar berperanan dalam menyampaikan maklumat dan mempengaruhi khalayak (Hasmah Zainuddin, 2006 :116). Kajian yang mengkhusus isu jenayah dalam Harian Metro mendapati bahawa akhbar berperanan mewujudkan kesedaran sosial melalui berita yang dilaporkan. Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan oleh Hasmah Zainuddin, telah merumuskan bahawa akhbar memberikan kesan terhadap tingkah laku khalayak termasuklah seperti langkah berhati-hati terhadap persekitaran.

Manakala media elektronik seperti televisyen pula berperanan untuk mengutarakan berita yang benar dan tepat. Kebenaran dianggap sangat penting dalam kewartawanan yang beretika (Hamedi Mohd Adnan, 2006 : 12). Berita yang adil ialah berita yang bersih dari sebarang kecondongan. Masalah kecondongan mungkin sukar untuk diatasi kerana sifat seseorang yang tidak dapat memisahkan dirinya daripada latar budayanya. Namun begitu, untuk mewujudkan keadilan dan keseimbangan, pengamal media mestilah berusaha mengiktiraf pelbagai pandangan 29

yang dapat memperkukuhkah pemahaman terhadap sesuatu isu (Hamedi Mohd Adnan, 2006 : 12). Media massa tidak boleh menjadikan prasangka, andaian, atau keraguan sebagai asas pemberitahuan dan tidak sesekali boleh merosakkan reputasi orang lain tanpa asas atau pendedahan tanpa tujuan serta menyebarkan gossip, khabar angin, umpatan, fitnah, atau perbuatan mengata kata (Hamedi Mohd Adnan, 2006 : 18). Adalah menjadi tanggungjawab media untuk bersifat kritikal ketika menilai fakta dan menjalankan objektif yang ingin dicapai tanpa perasaan takut atau diminta oleh orang lain (Vir Bala Aggarwal, 2002: 7). Adalah menjadi tanggungjawab media untuk mengubah haluan semasa (trend) dengan menggunakan komunikasi dan teknik maklumat yang akan meningkatkan minda manusia (Vir Bala Aggarwal, 2002 : 7). Kini internet merupakan teknologi baharu yang dihubungkan melalui jaringan telekomunikasi satelit global dengan kabel telefon tempatan. Ledakan maklumat terletak dihujung jari manusia kerana banyak data dan maklumat yang terkumpul dalam ingatan komputer (Mansor Ahmad Saman, 1996 : 78).

Jumlah Penggunaan Internet sepanjang Januari 2000
100 80 60 40 20 0 Asia/Pasifik Eropah Timur Tengah U.S dan Kanada Amerika Selatan Afrika Bilangan

Sumber : Pusat Penyelidikkan CommerceNet

Statistik ini menunjukkan bahawa kewujudan teknologi internet yang lahir daripada perkembangan dan pembangunan teknologi perkomputeran telah mendapat sambutan dari pelbagai negara. Hal ini menunjukkan komputer iaitu internet memainkan peranan yang amat penting dalam menyebarkan maklumat ke seluruh dunia. Perkembangan ICT menyaksikan dunia saling berhubungan. Teknologi perhubungan terutamanya internet telah memudahkan perhubungan dengan pengguna dan juga dunia sekeliling ( Hamedi Mohd Adnan, 2006 : 24). Media massa juga juga bukan berfungsi sebagai satu alat penyampai maklumat tetapi ia 30

penting dalam proses mencetus dan seterusnya memupuk kesedaran sosial dan politik dalam kalangan para pembaca (Azmah Abdul Manaf 2001: 313 ).

Kesan Media Massa Terhadap Masyarakat

Kesan Positif

Kesan positif media massa terhadap masyarakat ialah masyarakat akan memperolehi sesuatu berita dengan lebih pantas. Contohnya berita pengeboman WTC dan peperangan di Iraq, walaupun berada di negara yang berbeza namum maklumat dan informasi dengan pantas melalui media massa. Hal ini akan menyebabkan masyarakat bersikap lebih peka terhadap isu-isu semasa. Selain itu melalui penggunaan internet dan telefon bimbit membolehkan masyarakat keluar dari kepompongnya. Hal ini kerana apabila adanya interaksi dua hala antara sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain maka menyebabkan kita tidak melihat dari sudut pandangan berdasarkan kaca mata kita sahaja. Sebaliknya kita akan membuat penilaian mengenai masyarakat luar juga. Pertukaran idea dan pendapat ini mampu mendorong masyarakat untuk berusaha ke arah yang lebih baik. Selain itu media amat mempengaruhi kesan kognitif media seperti pembentukkan sikap iaitu perkara yang berlaku dalam persekitaran yang berkaitan dengan ekonomi, politik, agama, kemanan, mahupun peristiwa semasa (Nor Azuwan, 2008 : 55). Contohnya media massa memaparkan kempen-kempen seperti kempen membaca, kempen anti rokok, kempen Cintai Alam Sekitar dan sebagainya yang dilihat berjaya untuk mempengaruhi khalayak untuk menyertainya. Apabila adanya penyertaan oleh masyarakat iaitu sambutan yang ditunjukkan menggalakkan maka ianya menjustifikasikan bahawa khalayak mampu dipengaruhi oleh media massa.

31

Peperangan Di Iraq

http://i284.photobucket.com/albums/ll12/legionsa008/20040504_23.jpg

Kesan Negatif

Pengaruh media massa amat besar terhadap masyarakat kerana ia mampu untuk mengubah pandangan sesebuah masyarakat mengenai sesuatu perkara. Antara kesannya terhadap mayarakat menurut Ahmad Sebi Abu Bakar media, terutamanya akhbar boleh menjadi penghalang kepada perpaduan kaum di Malaysia (1996 : 119). Hal ini disebabkan oleh media itu bersifat pengampang atau gate-keepers, maka berita yang dihasilkan telah diwarnai oleh pelbagai nilai, sikap, dan tanggapan budaya yang berbeza. Kepelbagaian bahasa dalam media sebaran am menyebabkan ianya khusus tertuju kepada golongan rumpun bahasa dan budaya tertentu tanpa kebimbangan ia akan didengari oleh kumpulan lain dalam masyarakat (Ahmad Sebi Abu Bakar, 1996 :119). Hal ini akan menyebabkan timbulnya salah faham antara kaum dan mulanya timbul prasangka antara kaum. Contohnya dengan kemunculan beberapa pertubuhan yang mula untuk memperjuangkan hak kaum masing-masing seperti Hindu Rights Action Force (Hindraf). Hindraf merupakan satu kumpulan gabungan daripada 30 organisasi bukan kerajaan yang berusaha menegakkan hak-hak pengekalan masyarakat Hindu dan warisan mereka di dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia (http://ms.wikipedia.org/wiki/Hindraf). Daripada

32

penyebaran maklumat melalui media massa seperti internet dan televisyen yang terlalu membesar-besarkan sesuatu cerita sehingga menggugat keamanan negara.

Blog

http://images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=A0oGkkXh6tRJ2SkA7dVXNyoA?ei=UTF8&p=blog%20&fp_ip=MY&fr2=tab-web&fr=yfp-t-501

Peranan media komunikasi sebagai institusi sosial dikecam kerana dikatakan menjadi salah satu punca utama kepada kebejatan masyarakat dan kegawaran umat (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006 :1). Tulisan-tulisan jurnalistik, ceramah-ceramah agama, wacana pendidikan, atau ucapan-ucapan politik lazimnya menyimpulkan bahawa media massa merupakan sumber kepada pelbagai gejala sosial : sebagai perosak minda remaja, pencemar budaya peribumi, penyemai nilai-nilai kebendaan, penyebar hedonisme, dan nihilisme, faktor keruntuhan akhlak, ejen yang memberi representasi salah kepada citra murni masyarakat, dan sumber propaganda (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006 :2). McCombs mengemukakan hipotesis “agenda setting” yang menyatakan bahawa media tidak memberi pengaruh langsung pada pembinaan sikap (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006 : 8). Selain itu juga, golongan remaja yang membesar dengan komputer juga memberikan kesan yang buruk terhadap masyarakat. Dengan pengetahuan komputer yang mereka ada, mereka dapat menggunakan komputer untuk menceroboh masuk dengan mudah ke dalam sistem komputer yang penting seperti mencuri maklumat, mendapatkan wang dari bank, mendapat maklumat sistem pertahanan negara, mengacau dan merosakkan pelbagai sistem perutusan seperti sistem telefon ( Mansor Ahmad Saman, 1996 : 86).

33

Kesimpulan

Dalam kehidupan kita hari ini, media mempunyai visibiliti yang sangat tinggi (Hamedi Mohd Adnan, 2006). Hal ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan media telah menyebabkan wujudnya kesan terhadap masyarakat sama ada aspek postif mahupun negatif. Memang tidak dapat dinafikan peranan media selama ini banyak mencorakkan pemikiran dan ideologi sesuatu masyarakat, namun jika ianya tidak dikawal atau melalui tapisan yang sepatutnya dikhuatiri akan menjejaskan kestabilan masyarakat dan negara. Apalag gunanya jika kita mempunyai kebebasan media yang mutlak yang akhirnya akan membawa keruntuhan kepada masyarakat kita sendiri. Jika lihat keadaan sekarang, walaupun ada sekatan dan tapisan namun terdapat pelbagai masalah yang berlaku seperti menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kaum yan lain atau membincangkan isu-isu yang sensitif secara terbuka. Oleh itu media seharusnya memainkan peranan yang amat penting kerana mereka adalah alat mempengaruhi khalayak yang paling berkesan.

34

BIBLIOGRAFI

Ahmad Sebi Abu Bakar (1996). Akhbar Sebagai Tabir Penghalang Perpaduan Kaum di Malaysia dalam Peranan Media Dalam Masyarakat Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.

A.M Iskandar Haji Ahmad, (1980). Persuratkhabaran Melayu 1876-1968. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azmah Abdul Manaf 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Hamedi Mohd Adnan (2006). Media di Malaysia Mendukung Citra Bangsa. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Hasmah Zainuddin dan Yuana King (2006). Peranan Akhbar dan Maklum Balas Sosial : Berita Jenayah Akhbar Harian Metro dalam Media di Malaysia Mendukung Citra Bangsa. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

John Ryan dan William M. Wentworth (1999). Media and Society : The Production Of Culture In The Mass Media. Allyn and Bacon. United States.

Mansor Ahmad Saman (1996). Ledakan Media Elektronik dalam Peranan Media Dalam Masyarakat Moden. Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur.

Md Sidin Ahmad Ishak (2006). Etika Dalam Komunikasi Media : Pengenalan dan Persoalan dalam Media di Malaysia Mendukung Citra Bangsa. Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Mohd Isa Othman, (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors. Sdn. Bhd

35

Nor Azuwan Yaakob (2008). Retorik Kewartawanan Melayu Akhbar Berita Harian. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Ray Eldon Hiebert (1995). Impact Of Mass Media : Current Isuues. Longman. New York.

Ratnam. K, (2001). Sejarah Malaysia. Selangor : Pustaka Sarjana. Sdn. Bhd.

Roff, R. William diterjemah oleh Ahmad Boestamam, (2003). Nasionalime Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Vir Bala Aggarwal (2002). Media And Society : Challenges and Oppurtunities. Concept Publishing Company. New Delhi.

Wan Hamzah Awang, (1985). Detik Sejarah Rundingan Baling. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors. Sdn. Bhd.

Zahari A. Rashid, (2008). Kenangan-Kenangan Abdullah Munsyi. Selangor : Ibs Buku Sdn. Bhd

Zainal Abidin Abdul Wahid, (1996). Malaysia : Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

SUMBER INTERNET

ms.wikipedia.org/wiki/Radio_Televisyen_Malaysia

ms.wikipedia.org/wiki/Wayang_pacak

www.answers.com/topic/johannes-gutenberg

www.edwardsamuels.com/.../CARLSON.jpg

36

www.geocities.com/cominglucky/nasionalisme.htm

www.geocities.com/sibernota/bab8.htm

www.umnogp.com/page.php?10

10tahun.blogspot.com

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hindraf)

http://i284.photobucket.com/albums/ll12/legionsa008/20040504_23.jpg

http://images.ask.com/pictures?qsrc=&o=13047&l=dis&q=Television&search

http://www.ask.com/pictures?o=13047&l=dis&q=news%20paper

http://www.ask.com/pictures?o=13047&l=dis&q=news%20paper

37

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->