P. 1
Bidang Makna

Bidang Makna

|Views: 12|Likes:
Published by e30203120480
ggggg
ggggg

More info:

Published by: e30203120480 on Nov 28, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/02/2015

pdf

text

original

Bidang Makna Bidang makna ataupun semantik, sebenarnya menjadi sebahagian daripada ilmu linguistic kerana bahasa tidak

akan sempurna jika tidak ada unsur makna. Bahasa menurut R.H. Robbins (1952) adalah menegaskan bahawa kajian makna merupakan salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Selain itu ada lagi tokohtokoh yang mengemukakan pendapat yang lain. Firth (1994) pula menegaskan bahawa makna menjadi inti dalam sesuatu kajian bahasa. Berdasarkan pernyataan bagi ketiga-tiga tokoh diatas, makna merupakan perkara yang sangat penting, sekiranya kita membaca sesuatu ayat ataupun menulis ayat tetapi kita tidak mengetahui maknanya, maka tidak sempurnalah. Seharusnya kita perlu mengetahui makna apa sahaja yang kita baca, kita tulis. Dalam bidang linguistik , semantik pula ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa (Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang sangat luas, dimana ianya mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa serta juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah makna afektif, makna leksikal, makna konseptual, makna konotatif, makna kolokatif, makna tematik dan banyak lagi.

2.0 Jenis-Jenis Makna 2.1 Makna Konseptual Melihat pada makna konseptua, perkara yang paling utama perlu kita tahu adalah apa itu konsep dalam sesuatu makna. Makna konseptual itu merupakan makna konsep makna yang paling penting dalam bahasa. Kita tidak akan dapat memahami makna, mentafsir makna, memahami ujaran, ataupun membuat intterpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual itu. Hal ini bermakna, sekiranya makna sesuatu ayat itu tidak dapat difahami konsepnya makan sebarang analisis makna, maksud makna, ujaran tidak dapat dilakukan. Oleh hal demikian pemahaman konsep adalah mustahak. Makna konsep ini mencakup komponen seperti benda, tindakan, proses, keadaan atau konsep lainnya (Abdul Chaer, 1990). Menurut Leech (1974), pula, di dalam makna konseptual, konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. Manakala Palmer (1992), pula menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu yang menghubungkan „kata‟ dan „benda‟ melalui perantaraan konsep pemikiran. Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923), iaitu „Segitiga Semiotik‟. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Oleh sebab itulah dalam formulasi tersebut meletakkan pemikiran itu pada tahap yang paling atas. Organisasi makna konseptual ini adalah rumit. (Kushartanti et. al., 2005). Cuba lihat contoh perkataan iaitu ‘wanita’ dan juga‘perempuan’. Sekiranya dilihat secara rasionalnya, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama iaitu seorang yang dewasa, bukan laki-laki. (Kamus Dewan, 2001). Leech (1974) pula mengaitkan konsep itu dengan berdasarkan dua prinsip iaitu prinsip konstrantif dan juga prinsip struktur konstituen.contohnya, konotasi antara wanita dan jugaperempuan adalah berbeza. Buktinya wanita boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah, wanita bekerjaya, wanita sopan tetapi apabila kita tukar katawanita itu

Selain itu. Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif. iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan interpretasi. maka makna konseptual atau makna situasional sering juga disebut makna gramatikal (Kushartanti et. perempuan solehah. nilai rasa mereka berbeza dengan interprentasi masyarakat yang bukan beragama islam. 2004). Contohnya . Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap iaitu Fonologi. maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak akan memihak mana-mana. 2004). kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. al.. prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik seseorang. memutuskan buah fikiran. al. Bagi umat islam. makna konotatif ataupun makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu. dan Semantik. memahami. Dapat dilihat apabila kata wanita itu digantikan dengan kataa perempuan ianya akan menjadi kurang sesuai untuk mengucapkannya. penggandaan. Perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Contohnya seperti pengimbuhan. 2005). (Kamus Dewan. Reprentasi yang sering diperkatakan ini bermaksud sesuatu yang melambangkan. Bagi penutur. Walaupun perkataanperempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi. gambaran. kotor. bentuk-bentuk yang berkaitan dengan gramatikal lebih tepat disebut memiliki fungsi gramatikal dan bukannya makna gramatikal. dan pemajmukan. Dalam menganalisis ayat. 2005). najis atau sesuatu yang negatif. kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Tanpa konsep. (Nik Safiah Karim. Selain itu. proses ini beralih. Sintaksis. Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal.kepada perempuan ianya akan menjadiperempuan dewasa. peringkat pertama kita perlu lakukan ialah menetapkan reprentasi Fonologi dan juga reprentasi Sintaksis dan juga reprentasi Semantik. Begitu juga perkataan-perkataan yang lain iaitu jantan dan juga lelaki. Bagi seorang pendengar pula. Nilai rasa yang dimaksudkan tidak kira sama ada positif ataupun negatif. atau penyataan. menggambarkan atau menyatakan sesuatu yang lain. 2. perlambangan. Tetapi bagi mereka yang bukan beragama islam babi itu sejenis makanan yang paling sedap. perempuan bekerjaya.. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya. (Kushartanti et. babi itu haram. Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan referennya. jijik. Jantan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala lelaki mempunyai nilai rasa yang tinggi. maka makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagi akibat berlakunya proses gramatikal. Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud. Bagi masyarakat yang beragama islam pula.2 Makna Konotatif Apa yang dimaksudkan dengan makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa. tindakan yang pertama ialah mengenkod makna apa yang hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. Tetapi menurut Setiawati Dermojuwono.

perkataan khalwat. memahami dan juga menyatakan buah fikiran. Makna denotatif ini ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif. Makna konotatif ini tidak begitu spesifik pada bahasa sahaja tetapi dikongsi bersama system konunikatif seperti seni visual dan juga muzik.Perkataan ini pada asalnya membawa maksud „mendekati Allah‟. makna konotatif bersifat peripheral. Secara umumnya senantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Selainb itu semantik merupakan bidang pengkajian linguistic yang objek penelitiannya makna bahasa (Abdul Chaer. Kedua ialah. Sebagai contohnya perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit iaitu kudap-kudap sahaja. sedap didengar.0 Definisi Semantik Semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. semantrik bermaksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Sekiranya konsep tidak dapat difahami ianya tidak akan wujud. Dalam bahasa. maksud perkataan tersebut telah mengalaami perubahan makna yang membawa maksud pengaingan diri berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi oleh lelaki dan juga perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap sabagai suatu perbuatan yang sumbang (Kamus Dewan. 1.0 Kesimpulan Secara kesimpulanya. 3. perlakuan dan keperibadian manusia. Ketiga. membaca sahaja tetapi tidak mampu mengetahui apa makna disebalik apa yang kita tulis dan juga apa yang kita baca. tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Orang yangv terpelajar atau orang yang meninba ilmu. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda . makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan. Contohnya barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Secara keseluruhan jelas menunjukkan bahawa beberapa tokoh bahasa cuba memperlihatkan satu perkara yang sama iaitu kepentingan makna dalam sesuatu bahasa. membuat ujaran dan sebagainya.. 2004). Verhar. semantic ialah cabang linguistic yang akan membahas erti atau makna (J. Makna memainkan peranan penting untuk mentafsir. duduk bersendirian mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenagkan fikiran. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa. Harus diingat juga bahawa makna konotatif pula ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna.W. Tetapi pada hari ini. Tanpa makna. bervariasi menurut budaya.M. 1994). tempoh masa dan pengalaman individu. ia tidak lengkap. semantic berasal daripada perkataan Yunani “semantikos” yang bermaksud penting atau beerti. dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat yang timbul apabila melihat sesuatu ataupun memberikan pendapat. 2004). Makna konotatif tidak stabil. Definisi daripada segi istilah pula. bertafakur (Kamus Dewan. Penggunaan kata-kata halus. 1996). Tanpa konsep juga tidak akan wujud makna denotatif ataupun dalam erti kata lain makna sebenar. kita dapat menyatakan fikiran. konsep memainkan perana penting kepada manusia untuk mentakrif. Menurut kamus Dewan. Tidak cukup sekiranya kita hanya tahu menulis. pendapat. emosi. mentakrif.

2 Pertaliannya dengan disiplin ilmu lain Setiap bidang disiplin ilmu mempunyai bahasa yang tersendiri. Semantik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal). 1. Hubungan Semantik dengan Falsafah Falsafah ialah pengetahuan yang menelaah sesuatu yang istimewa. Falsafah adalah istimewa kerana falsafah tidak dapat dihuraikan dengan ilmu pengetahuan biasa sebaliknya falsafah memerlukan ilmu pengetahuan tentang hukum dan kaedah berfikir yang logika. antaranya ialah sesuatu yang intrinsik. hubungan antara makna dengan makna lain serta pengareuh maknan terhadap masyarakat. 1985:9). Bahasa dalam setiap bidang disiplin ilmu mempunyai nilai semantik yang tersendiri. homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza). 1893) Makna boleh diberikan dengan bermacam-macam-macam pengertian lain. Kata „bererti‟ membawa maksud „makna‟ yang diertikan sebagai sesuatu peristiwa yang diharapkan (Tarigan. Namun. perubahan makna dan bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Falsafah yang tidak mempunyai makna menjadi tidak bererti. Menurut Ferdinand de Saussure. Oleh yang demikian logika dalam disiplin ilmu falsafah memerlukan cara berfikir yang tepat untuk mencapai ketepatan makna dalam ilmu falsafah tersebut. 1. Kajian mengenai makna kata boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi. Oleh yang demikian sesuatu bidang ilmu perlu diteliti maknanya supaya ia dapat dimanfaatkan. semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. pokok.Breal. kemahuan dan pelbagai lagi yang dapat menjelaskan bahawa makna mempunyai makna yang ruwet. 1.yang menyatakann makna . antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan). polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak). hubungan makna dengan kebudayaan. Contohnya falsafah „Biar saya mentertawakan diri saya sebelum orang lain . semantik bukan sahaja merujuk kepada makna tetapi juga kepada perkembangannya yang disebut “semantik sejarah” (M. makna dalam konteks. dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).1 Konsep Semantik Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani semantickos yang bermaksud „penting‟ atau „bererti‟. hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain). Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Ogden dan Richard (1956) memberikan 16 pengertian makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Kesimpulannya ialah semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara teliti.

1982. Perkembangan bahasa merupakan sejarah bahasa. Bahasa dalam karya sastera sama adatulisan ataupun pertuturan tidak semuanya diketahui umum. 4. „taman buaya‟. Contohnya perkataan „taman‟ daripada aspek antropologinya telah berkembang membentuk perkataan „taman hati‟. (Abdullah Hussain.. Contohnya perkataan „Makan!‟ berbeza berbanding „Makanlah. 2. Hal ini bertepatan dengan pendapat ahli psikologi yang menyatakan bahawa makna wujud berdasarkan rangsangan atau tindak balas. 5. jatuh ke laut menjadi pulau. Sosial dan budaya sesuatu masyarakat yang semakin berkembang menyebabkan makna bahasa dalam sesuatu masyarakat semakin berkembang. Hubungan Semantik dengan Sastera Bahasa dalam karya sastera berbeza dengan bahasa yang terdapat dalam karya ilmiah. Justeru sejarah bahasa ini perlu . Contohnya perkataan „khalwat‟ yang bermaksud “berseorangan untuk mendekatkan diri kepada -Nya” telah disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan”. Perkataan „pondok‟ yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula telah dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”. hal. (makna yang dapat diketahui oleh pengarang sahaja). Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini. (Aminuddin 1985). 95)” merupakan makna konotatif yang dapat difikirkan yang membawa maksud orang yang baik itu biar di mana pun tempatnya tetap akan baik juga. mungkin berubah. 3. dan „taman rimba‟ yang bukan lagi bermaksud kebun yang ditanam dengan bunga-bungaan. Makna yang dimaksudkan adalah tentang kebermaknaan kata atau ujaran dalam bahasa. Hubungan Semantik dengan Antropologi dan Sosiologi. Hal ini bermakna tingkah laku manusia mempunyai makna. Contohnya seperti ungkapan “Kalau asal benih yang baik.mentertawakan diri saya‟ membawa semantik “kesedaran kendiri atau muhasabah diri” perlu difahami pendengar mahupun penutur falsafah tersebut supaya ia bermakna apabila diujarkan. Justeru terdapat pelbagai lapisan makna dalam sastera yang meliputi makna tersurat (makna biasa/denotatif).‟ Deretan bunyi dan susunan huruf dalam perkataan tersebut menghasilkan pemahaman makna yang berbeza oleh seseorang dalam situasi yang berbeza. Antropologi ialah bidang ilmu yang mengkaji sekelompok masyarakat tertentu yang homogen yang mempunyai pelbagai ciri khasnya. Justeru makna yang difahami adalah berdasarkan bentuk bahasa semasa pertuturan itu dituturkan. Situasi yang berbeza tersebut melambangkan paksaan dan permintaan penuturnya. Sosiologi pula ialah bidang ilmu yang mengkaji kelompok masyarakat yang lebih luas dalam perkembangan ekonomi dan sosial yang heterogen. makna kreatif (makna yang dapat difikirkan pengkritik) dan makna peribadi. Hubungan Semantik dengan Sejarah Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. meluas atau menghilang. menyempit. Hubungan Semantik dengan Psikologi Psikologi ialah ilmu jiwa yang mengkaji hakikat dan gerak-geri jiwa. makna tersirat (makna yang dapat di agak pembaca/konotatif).

Hubungan Semantik dengan Komputer Komputer dapat membantu penggunaan bahasa dalam bentuk tulisan dan lisan melalui proses penyemakan makna ejaan. Yang menjadi kekurangannya adalah komputer tidak dapat menterjemah perkataan secara struktural kerana keupayaannya yang terbatas dalam proses menterjemah. atau belah. pembetulan imbuhan dan struktur ayat. Buah ialah benda yang boleh dimakan sementara hati merupa kan organ menjadi makna kekasih apabila perkataan tersebut digabungkan. perkataan semantik bermaksud makna. dalam proses pengimbuhan. kerat. istilah semantik bermaksud kajian fenomena makna dalam bahasa. Kata “pekebun” bermaksud “orang yang mengurus kebun” sementara kata “pengebun” bermaksud “orang yang kerjayanya membuat kebun atau bekerja di kebun.direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak. Guru perlulah dapat membezakan perkataan seperti hiris.” Dalam proses penggandaan. kata „langit‟ juga berbeza dengan „lelangit‟ yang bermaksud keadaan bumi dan atas bahagian dalam mulut. . Contohnya makna kata „kebun‟ berbeza daripada „pekebun‟ dan „pengebun‟. Guru perlu mengetahui dan memahami semantik untuk memastikan penggunaan perkataan adalah sesuai atau tepat pada tempatnya. Selain itu. SEMANTIK Dalam bahasa harian. Sebagai seorang guru. potong. kita perlu menguasai aspek semantik di dalam bilik darjah. 6. penggandaan. Contohnya. 7. memikirkan (sesuatu) atau merancang . Walau bagaimanapun komputer telah membantu dalam bidang penterjemahan terus dapat membantu penterjemah yang mempunyai akal fikiran yang tinggi untuk memikirkan makna yang sesuai bagi sesuatu perkataan berdasarkan konteks ayat. perkataan „mereka‟ mempunyai dua makna iaitu pertama. Sehubungan itu. Justeru semantik dalam bidang ilmu pengkomputeran perlu diterokai dan disebarluaskan supaya makna yang ditafsirkan bertepatan dengan kehendak pengguna kelak. pengimbuhan. guru dapat membantu murid-murid dalam membezakan makna perkataan dalam sesuatu ayat. dan pemajmukan. Perkataan ini merupakan perbuatan yang sama tetapi mempunyai makna yang berbeza mengikut makna ayat yang digunakan. Hubungan Semantik dengan Linguistik Linguistik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. setiap perkataan mempunyai banyak makna. guru perlu menguasai semantik supaya dapat membantu murid-murid menguasai pelbagai jenis perkataan yang mempunyai makna yang lebih tepat dalam menulis sesuatu ayat dengan betul. Bahasa Melayu jelas mempunyai makna yang sedia ada dan penambahan makna melalui proses akronim. melalui pengetahuan mengenai semantik. Kata “kebun” bermaksud tanah yang ditanami tumbuh-tumbuhan. Dalam ilmu lingustik. Para penterjemah yang memiliki akal dan perasaan sahaja yang mampu memilih makna yang sesuai dalam konteks struktural ayat.kata ganti diri ketiga yang menunjukkan bilangan yang ramai dan makna kedua. Dalam bahasa Melayu. Dalam proses pemajmukan pula kata „buah‟ dan „hati‟ mempunyai makna yang berbeza apabila membentuk kata majmuk „buah hati‟.

sosiolinguistik dan psikolinguistik tidak dapat dipisahkan kerana semua disiplin ini memberi sumbangan yang berguna dalam menjayakan sesuatu program pengajaran dan pembelajaran bahasa. sintaksis dan semantik berguna dalam pengajaran sesuatu bahasa. bidangbidang linguistik seperti linguistik teoritis. iaitu linguistik tradisional. Cuma yang berbeza mereka menggunakan linguistik tradisi yang penuh dengan pernyataan perskriptif dan normatif. tetapi tidak memberi cara mengajar bahasa yang paling baik. tetapi ini perlu penyesuaian kerana pengajaran bahasa sentiasa mempengaruhi deskripsi bahasa. janganlah disalah . tatabahasa atau semantik sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik. Antaranya: 1. Dalam pengajaran bahasa. 3. Teori linguistik tentang pemerolehan bahasa mempengaruhi perkaedahan mengajar bahasa.Kegunaan Linguistik Dalam Pengajaran Bahasa Penggunaan linguistik dalam pengajaran selalunya dikenali sebagai linguistik gunaan dan ini termasuklah kajian fonetik. fonologi. Ini merupakan suatu sistem rumusan bagi sesuatu bahasa yang boleh digunakan dalam pengajaran bahasa. morfologi. Sebagai guru bahasa. 5. Linguistik memberi deskripsi bahasa yang sempurna tentang bahasa. Sesebuah deskripsi bahasa akan menyedarkan guru tentang struktur bahasa yang diajar dan dapat meningkatkan mutu pengajaran bahasa. iaitu deskripsi linguistik akan memberi deskripsi bahasa. semantik dan kadang-kadang termasuk juga tajuk-tajuk lain seperti psikolinguistik dan sosiolinguistik yang masing-masing memberi tumpuan pada teori pemerolehan dan situasi bahasa. Ahli linguistik dan guru bahasa menggunakan bahan yang sama. Ilmu linguistik telah lama digunakan oleh guru bahasa. Sebarang perkembangan dalam bidang linguistik itu. struktur dan fungsi bahasa itu. D. Ini merupakan kesejagatan bentuk seperti jenis-jenis rumusan yang berlainan dalam tatabahasa transformasi generatif dan keseragaman kategori seperti frasa nama. 2. morfem dan sebagainya. 6. Wilkins mengatakan terdapat tiga jenis hubungan iaitu: 1. 4. Aspek fonetik. 2. hubungan tersebut perlu diketahui. Terdapat hubungan antara linguistik dengan guru bahasa.A. sintaksis. manakala linguistik moden pula bersifat struktural dan deskriptif. Asas teori sesuatu bahasa. iaitu bahasa. Bagi guru yang menggunakan sebuah buku tatabahasa lama untuk mengajar sebutan. fonologi. Teori linguistik juga memberi suatu bahasa perantaraaan kepada guru. isi dan pendekatan dalam pengajaran bahasa. morfologi. frasa kerja atau ciri-ciri nahuan kata dan perkara ini boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran bahasa. Bahasa tidak dapat diajar tanpa sebuah deskripsi bahasa. Terdapat hubungan yang penting antara kedua-duanya. Teori linguistik memberi maklumat tentang struktur dan fungsi-fungsi bahasa dan ini dapat menentukan tujuan. Terdapat hubungkait antara bidang-bidang tersebut dengan pengajaran bahasa. Deskripsi bahasa juga memberi pengetahuan kepada guru tentang unit-unit unsur seperti fonem. Deskripsi bahasa memberi suatu sistem rumusan yang berentetan dan ini boleh digunakan untuk membentuk bahan pengajaran. Terdapat banyak kegunaan linguistik dalam pengajaran bahasa.

Teori-teori Linguistik dan Penerapan Dalam Pengajaran Bahasa Terdapat beberapa teori linguistik. 2. Guru sebagai model bahasa yang sebaik-baiknya. Dalam teori behaviurisme terdapat beberapa prinsip. . mengikut teori mentalisme terdapat beberapa tanggapan terhadap penguasaan dan pembelajaran bahasa. tetapi yang paling penting ialah teori behaviourisme dan mentalisme. iaitu Kaedah Dengar-Sebut yang menekan prinsip-prinsip berikut dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa: 1. Bahasa sebagai alat komunikasi. Terdapat dua bahagian penting dalam penguasaan bahasa. tetapi pengaruhnya perlu dihadkan pada keperluan semasa. Bahasa dihurai secara deskriptif atau struktural. 5. 2. Ini disokong oleh Koh Boh Boon yang menyatakan bahawa pengajaran yang lebih terjamin mutunya ialah berdasarkan pengalaman mengajar yang diperkukuh dengan pengetahuan perkaedahan. 3. Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. kerana pengalaman mengajar dan pengetahuan perkaedahan mempunyai hubungan yang sangat rapat.mengertikan sebagai suatu sebab untuk membuat perubahan. Oleh itu. Rangsangan mestilah diwujudkan untuk mendapatkan gerak balas daripada pelajar. 2. Pakar-pakar pengajaran bahasa berpendapat. Linguistik dan psikologi pembalajaran merupakan alat-alat yang dapat digunakan oleh guru-guru bahasa untuk menguatkan kaedah mengajar mereka. Nahu tidak diajar secara formal. Manusia mempunyai kebolehan semula jadi dalam menguasai bahasa. Pembelajaran ialah pengukuhan yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran yang harus diberikan apabila seseorang pelajar memberikan gerak balas yang betul. Latih tubi ditekankan untuk membentuk kebiasaan. 5. 4. 6. Lisan diutamakan. Linguistik selalu mempengaruhi pengajaran bahasa. 4. iaitu: 1. Bahasa ialah suatu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Dua teori yang paling popular tentang pemerolehan dan penguasaan bahasa yang tersebut di atas mewujudkan beberapa prinsip tertentu dalam pengajaran bahasa yang menimbulkan pula beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Berdasarkan teori linguistik tersebut maka lahirlah kaedah pengajaran. iaitu: 1. Gerak balas yang diberi oleh pelajar mestilah diikuti dengan peneguhan. kejayaan setiap pengajaran bahasa itu memerlukan kaedah pengajaran yang berdasarkan teori-teori linguistik. 3. Ini disebabkan kesedaran penuh akan teori linguistik yang menjadi asas-asas perkaedahan dalam pengajaran bahasa akan menolong seseorang guru bahasa membuat keputusan secara lebih matang dan boleh dipercayai tentang cara mengajar yang sesuai untuk sesuatu pelajaran bahasa yang hendak dilaksanakan. iaitu kecekapan dan prestasi. 3.

kaedah fonetik. Teori ini mempengaruhi kaedah terus. Teori linguistik struktural muncul dalam abad kedua puluh dan menumpukan kajian terhadap struktur bahasa serta menganggap bahasa adalah pertuturan. 2. Teori ini mempengaruhi kaedah nahu. pendekatan dan teknik berkait rapat. Makna dan huraian dipentingkan. Aspek makna dan pemikiran ditekankan. Kajian ini tidak begitu saintifik dan penekanan kajian tertumpu dalam aspek penggolongan perkataan. Unsur-unsur bahasa tidak dikaji secara terasing kerana unsur-unsur itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan suatu sistem yang besar dan di antara unsur-unsur itu ada pertaliannya antara satu sama lain. 6. Sesungguhnya teori. Bahasa ialah suatu sistem. Tulisan dan bacaan diutamakan. 4. Bahasa mengandungi ciri-ciri kreativiti. Berdasarkan teori dan prinsip behaviourisme dan mentalis. Bahasa yang dijadikan kajian berbentuk lisan dan menganggap bahasa juga adalah alat komunikasi. Manakala daripada teori dan prinsip mentalis timbullah kaedah nahu. Daripada kaedah pula disokong oleh pendekatan yang berkaitan dengan proses pengendalian pengajaran bahasa sama ada pendekatan analisis atau sintesis atau eklektik.3. kaedah terjemahan dan nahu-terjemahan. iaitu sistem bentuk-bentuk yang di dalamnya terkandung unsur-unsur. 4. Bahasa dihuraikan secara transformasi generatif. 3. kaedah. Bahasa mempunyai hubungan erat dengan pemikiran. kaedah psikologi dan kaedah situasi. Pengajaran menekankan penerapan pengetahuan. kaedah psikologi dan sebagainya. telah melahirkan beberapa kaedah. Bagi teori behaviouris tercetus kaedah terus. Kemampuan kreatif pelajar digalakkan. item-item yang jika digabungkan berdasarkan peraturan-peraturan tertentu akan menerbitkan ayat. Teori linguistik tradisional merupakan teori huraian bahasa yang tertua yang memerihal bahasa menggunakan bahasa tulisan sebagai bahan kajian. Dalam linguistik teoritis pula. 5. Fungsi guru sebagai nara sumber. Pengajaran menekan kemahiran menulis dan tatabahasa yang diajar bersifat normatif dan preskriptif. Kesalahan pelajar bukanlah kegagalan tetapi percubaan hipotesis. kaedah semula jadi. 5. Teori ini mengemukakan kaedah koda-kognitif yang menekankan prinsipprinsip yang berikut: 1. kaedah terjemahan. Teori linguistik tranformasi genaratif telah diasaskan oleh Noam Chomsky dan . kaedah nahu-terjemahan dan sebagainya. Tatabahasa tidak diajar secara formal dan aspek makna tidak dipentingkan. Teknik pengajaran pula berhubung dengan strategi sesuatu isi pelajaran disampaikan. Analisis semestinya berdasarkan fakta-fakta yang dapat dilihat dan mestilah objektif serta berdasarkan struktur. Nahu diajar secara formal. 7. 6. memang terdapat hubungan dengan pengajaran bahasa kerana disiplin ini mengemukakan teori-teori linguistik yang boleh digunakan untuk memberi deskripsi tentang bahasa sebagai suatu sistem dan memberikan maklumat tentang bagaimana penutur-penutur bahasa berkomunikasi dengan menggunakan bahasa.

morfologi. Kecekapan di sini dimaksudkan pada rumus-rumus atau peraturan-peraturan bahasa yang ada dalam pengetahuan seseorang yang akan digunakan untuk membentuk ayat-ayatnya sendiri ataupun untuk memahami dan menganalisis pertuturan ayat. semantik dan sebagainya merupakan huraian yang dibuat. Teori bahasa menghasilkan analisis bahasa yang sesuai dipersembahkan dalam bentuk yang sesuai untuk pengajaran bahasa.tumpuan kajian terhadap aspek kecekapan yang dimiliki oleh penutur jati. membolehkan pelajar belajar dengan mudah dan cepat dan menjadikan tugas-tugas guru menarik serta bermanfaat. Bagi menghasilkan bahan-bahan seperti ini. Aspek fonologi. Huraian bahasa yang disumbangkan oleh ahli-ahli linguistik teoritis. Ini akan mengakibatkan pembelajaran yang lebih berkesan. Bahan-bahan Pengajaran Bahasa Faktor penting untuk menjayakan program pengajaran bahasa ialah bahan. guru akan dapat mengenal pasti segala kesilapan yang dilakukan oleh pelajarnya. teori-teori pembelajaran dan manifestasi penggunaan bahasa dalam masyarakat akan membantu guru dalam pengajarannya. Guru dapat melengkapkan dirinya untuk menjadi guru bahasa yang berkesan jika ia mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam linguistik kerana ia akan berupaya mengajar struktur-struktur bahasa dengan betul dan dapat mendeskripsi bahasa dengan tepat. Linguistik dan pengajaran bahasa mempunyai hubung kait yang sangat rapat. Pengetahuan linguistik sangat penting untuk seseorang guru bahasa. iaitu menjadi isi atau bahan pengajaran yang akan disampaikannya kepada pelajar. Hasil huraian ini menjadi model penting untuk guru bahasa. Dengan adanya pengetahuan tersebut. Kecekapan berbahasa adalah sesuatu yang semula jati (innate) dan melaluinya seseorang itu boleh bertutur dengan membentuk ayat-ayat mereka sendiri. pilihan kata atau diksi perlulah sesuai dengan konteks. menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik. Oleh itu. Teori-teori linguistik digunakan untuk menghuraikan unsur struktur-struktur bahasa. Tugas guru bahasa menghasilkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi. Sehubungan dengan itu. pereka bentuk pengajaran bahasa mestilah bukan sahaja ahli bahasa tetapi juga ahli pedagogi. sesuai untuk situasi matlamatnya. Bahan-bahan boleh menggerakkan pembelajaran. sintaksis. iaitu struktur dalaman dan luaran. Pengetahuan linguistik ini dapat diterap dalam pengajaran bahasa. Dalam hal ini ilmu semantik amat berguna bagi membantu penutur memilih kata dan ayat yang . linguistik terapan memainkan peranan sebagai penggabung kedua-dua jenis ahli ini dalam mereka bentuk sesuatu pengajaran bahasa. Kedua-dua pendekatan teori bahasa dan teori pembelajaran digabungkan untuk menghasilkan bahanbahan pengajaran yang ditetapkan oleh objektif program pembelajaran tertentu. kesimpulan semantik Memilih kata yang sesuai digunakan dalam perbualan bukanlah sesuatu yang mudah. Berdasarkan teori ini tidak melahirkan kaedah-kaedah pengajaran dengan nama-nama tertentu tetapi pada dasarnya mereka memperakukan kaedah-kaedah pengajaran yang melibatkan proses mental.

Makna Asosiatif 8 Menurut Leech (1976). makna asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah katadengan kata lain termasuk di dalamnya makna konotatif. atau ciri yang ada pada konsep asal kata atau perkataan tersebut.pengetahuan dan pengalaman seseorang.. jika kata itu mengandungi konotasi yang salah. Namun begitu.Asosiasi ini dipengaruhiunsu r-unsur psikis. keadaan. et. Sebaliknya. Selain itu. iaitu menggunakan teori imejan dalam memberikan makna sesuatu kata mengikut imej yang hadir di dalam minda kita. ada kata yang dianggap sopan dan ada kata yang dianggap kasar. jika kita berkata “Tuan-tuan dan puan-puan diminta bertenang” bermakna orang yang kita hadapi itu diangga p sedarjat tingkat sosialnya. setiap teori dalam kajian semantik mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Hal ini kerana pendapat atau gambaran seseorang dengan individu yang lain amatlah berbeza dari segi pemberian makna. 2 0 0 3 ) . rumusan yang dapat dibuat semasa melakukan kajian teori semantik. ia boleh menyebabkan kesalafahaman atau kesalahtanggapan pada pihak pendengar. Secara kesimpulannya. makna stilistik. Namun demikian. 1997). dan „bunting‟ mempunyai nilai emotif dan digunakan pada orang yang tertentu. makna afektif. Makna asosiatif ialah perkaitan (antara satu denganyang lain). Teori imejan merupakan teori yang hanya dapat memberikan makna sesuatu kata berdasarkan kefahaman seseorang berkaitan dengan imej kata atau gambaran dalam proses memberi makna kepada perkataan tersebut. Demikian juga jika kita berkata “Diam! Jangan bising!” bermakna orang yang kita hadapi itu mempunyai status yang sama atau lebih rendah daripada kita. Makna asosiasi inisebenarnya sama dengan perlambangan yang d i g u n a k a n o l e h s e s u a t u m a s y a r a k a t y a n g mempunyai kemiripan dengan sifat. Menurut SetiawatiDermojuwono.Makna asosiatif biasanya dikajid a l a m b i d a n g p s i k o l i n g u i s t i k ( S o e n j o n o D a r d j o w i d j o j o . 2005). Kita kadangkala memilih untuk menggunakan konotasi dibandingkan dengan memilih denotasi. „hamil‟. Contohnya.makna refleksi dan makna kolokatif. perkataan „ buaya’ .al.betul dalam perbualan. Namun demikian. Kata „mengandung‟. malah ada kata tertentu yang dianggap salah jika digunakan pada orang-orang tertentu. terdapat kelemahan dalam teori ini yang hanya menggunakan imej sebagai pengukur makna perkataan. perhubungan dan pertalian (Kamus Linguistik. makna asosiatif merupakan asosiasi yang muncul dalam benak seseorangapabila mendengar perkataan tertentu ( Kushartanti.

. M a k n a a s o s i a t i f m e m a i n k a n p e r a n a n y a n g penting untuk pemahaman wacana kerana makna asosiatif dapat menjadi pengikat makna-makna kata sehingga terbentuk pemahaman suatu wacana.Terdapat banyak persamaan makna asosiatif di dalam satu masyarakat bahasa kerana pengalaman. -el-. seperti pengimbuhan.dikaitkan dengan „jahat‟ atau „ganas‟atau membawa erti seorang laki -laki yang suka memujuk dan menipu wanita.afektif. Sisipan hadir di celah kata dasar. penyisipan. dan –in- . gramatikal membawa maksud nahuan atau tatabahasa dan makna gramatikal merupakan makna yang muncul akibat proses gramatikalnya.Makna asosiatif turutm e m a i n k a n p e r a n a n p e n t i n g d a l a m m e n y u s u n t e k s i k l a n d a n b u k a n s a h a j a m a k n a referensial sahaja yang mesti ditonjolk a n . dan bentuk. iaitu –em-. Makna gramatis ini ialah makna yang terkandung dalam sesuatu imbuhan apabila ia bergabung dengan kata dasar mahupun dengan perkataan yang telah mendapat pengimbuhan sebelumnya atau kata terbitan. Walau bagaimanapun. Contohnya makna konotatif termasuk dalam makna asosiatif kerana kata-kata tersebut adalah berasosiasi dengan nilai rasa terhadap perkataan itu. Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk sisipan. -er-. stilistik. ( Kushartanti et. Maknaafektif pula lebih terasa dalam komunikasi lisan kerana ia berkait rapat dengan perasaana t a u e m o s i p e m b i c a r a t e r h a d a p l a w a n b i c a r a a t a u t e r h a d a p o b j e k y a n g d i b i c a r a k a n d a n disampaikan dengan penuh semangat. intonasi. penggandaan dan pemajmukan. 2005) #25 Makna Gramatikal Menurut Darwis Harahap (1994: 49). nada dan intonansi. i) Penyisipan Sisipan merupakan sejenis imbuhan kerana bentuk yang ditambahkan pada kata dasar. H a l i n i bermakna sesuatu yang berasosiasi berhubung rapat dengan makna konotatif. lingkungan dan latar belakang budaya yang hampir sama. Makna gramatikal juga merupakan makna yang ditimbulkan oleh proses gramatis yang ditentukan oleh urutan kata. Interpretasi bagi sebuah puisi9 tidak dapat dipisahkan dari makna asosiatif kerana interpretasi puisi menjadi lebih mudahapabila seseorang itu memahami makna asosiatif. reflektif dan kolokatif.al. sisipan tidak produktif lagi kerana sisipan tidak menghasilkan bentuk-bentuk terbitan yang baharu. Abdullah Yusof (2009: 3) pula menjelaskan bahawa makna gramatikal adalah bidang kajian semantik yang mengkaji makna yang hadir daripada proses gramatikal. Be gitu jugadengan kata „mawar‟ yang bermakna konseptual iaitu sejenis bunga yang kuning tetapic a n t i k d a n b e r b a u h a r u m d i n y a t a k a n u n t u k p e r l a m b a n g a n „ b e r s i h ‟ d a n „ s u c i ‟ .

gandaan separa. Manakala bentuk sisipan kata kerja. Sisipan kata nama. -er-. seperti menjelajah. iaitu gandaan penuh. kata ganda terbahagi kepada lima. dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan (Tatabahasa Dewan.. kata ganda separa dan kata ganda berentak atau bersajak atau berima. seperti telunjuk. 1993: 49). iii) Pemajmukan atau penggabungan . seperti selerak. iaitu –el-. dan bergemuruh. dankerlip mendukung makna ‘bersifat’. terdapat tiga jenis kata ganda. iaitu –el-. bergerigi. iaitu –el-. -er-. gandaan berentak. Menurut Abdullah Hassan (2002: 36). dan –em. kata nama dan kata adjektif akan menjadi sisipan kata kerja apabila melalui proses pengimbuhan. iaitu kata ganda seluruh atau penuh. ii) Pengulangan atau Penggandaan Pengulangan atau penggandaan terhasil dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu. dan –emmempunyai ciri yang terkandung boleh membawa makna „sesuatu yang dalam kata dasar‟. gerigi dan kemucup. gandaan bersisipan dan gandaan bebas. Dalam Tatabahasa Dewan (1993: 77).Bentuk sisipan kata adjektif pula. –em. -er-. Sisipan ini digunakan dalam pembentukan istilah dalam bahasa Melayu dan sesebuah kata yang menerima sisipan akan berlaku perubahan maknanya. gemuruh.dan –in-..

Menurut Abdullah Hassan (2002: 11) pula. daripada kata dasar batas. tetapi bertabiat sama seperti satu perkataan. sisipan.Tatabahasa Dewan (1993: 73) mendefinisikan proses majmuk ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. dapat diberikan pelbagai pengimbuhan pada kata tersebut seperti dibatas. Makna kata majmuk merupakan makna gramatikal kerana makna itu hadir setelah terjadinya proses gramatikal. atau daripada kedua-duanya. akhiran ataupun apitan. sama ada awalan. yakni ada atau tidak makna yang muncul daripada hubungan makna antara unsur pertama dengan unsur kedua dari paduan tersebut. Contohnya. iv Pengimbuhan Gramatikal merupakan proses perubahan bentuk kata yang terjadi kesan daripada penggunaan imbuhan terhadap kata dasar yang akan melahirkan makna-makna gramatis. Makna kata majmuk dapat dilihat dari unsur-unsur pembentuknya sama ada makna itu terhasil daripada unsur pertama pembentuknya. Proses pengimbuhan dalam bahasa Melayu merupakan satu cara untuk mengembangkan kata dasar. kata majmuk merupakan dua atau lebih kata yang digabungkan dan membawa makna baharu yang berbeza dengan maksud asal kata itu. unsur keduanya. Hal ini bermakna bahawa pelbagai imbuhan dapat diimbuhkan pada satu kata dasar. . pembatas. iaitu proses pemajmukan. Oleh hal yang demikian. perbatas. Kata imbuhan merupakan bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang menerima imbuhan. Makna kata majmuk berkaitan hubungan makna antara unsur yang membentuk paduan itu. kata majmuk terdiri daripada dua perkataan atau lebih. berbatas.

ia dapat memberikan makna yang lengkap dan tepat. Referen adalah sesuatu yangditunjuk . pengulangan. dan pembatasan. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu memiliki ciri pengembangan maknanya melalui pelbagai proses seperti proses penyisipan. atau bunyi dengan jumlahnya yang terhad. namun penutur jati atau orang Melayu dapat membezakan maknanya. Walaupun kata. pemajmukan dan pengimbuhan. Dengan adanya pelbagai bentuk imbuhan pada kata dasar batas. peristiwa. Dengan melalui pelbagai proses yang hanya terdiri daripada beberapa kata. Referen atau acuan dapat diartikan berupa benda. proses atau kenyataan. kalimat-kalimat dan dunia pengalaman nonlinguistik. huruf. keterbatasan. batasan. ULASAN : Dalam bahasa Melayu makna gramatikal dianggap sebagai satu ciri yang istimewa. Makna Referensial Referen menurut Palmer ( dalam Mansoer Pateda. makna kata tersebut juga menjadi pelbagai. 2001: 125) adalah hubungan antara unsur-unsur linguistik berupa kata-kata. huruf dan bunyinya terbatas dan jumlahnya terhad. membataskan.terbatas.

Merujuk kepada Makna Referensial pula. tetapi dikenali sebagai makna nonreferensial. maka perkataan t ersebut mempunyai makna referensial. seperti kerana. k a s u t dan pakaian.oleh suatu lambang. gejala. Makna referensial menurut uraian di atas dapat diartikan sebagai makna yang langsung berhubungan dengan acuan yang ditunjuk oleh kata atau ujaran. Perkataan yangtermasuk dalam kategori kata penuh seperti makan. walaupun . A p a b i l a perkataan mempunyai referen. baik benda. Dapat juga dikatakan bahwa makna referensial merupakan makna unsur bahasa yanga dekat hubungannya dengan dunia luar bahasa. 2 0 0 4 ) . namun. Perkataan yang tidak mempunyai referen. kata sendi nama dan kata bantu termasuk dalam perkataan5 nonreferensial . Makna referensial mengisyaratkan tentang makna yamg langsung menunjuk pada sesuatu. cerdik.C o n t o h n y a b e g . ia berbeza dengan Makna Nonreferensial. baik berupa objek konkret atau gagasan yang dapat dijelaskan melalui analisis komponen. kenyataan. Manakala perkataan yang tergolong sebagaikata tugas seperti kata hubung. peristiwa maupun proses. tidur. cantik tergolong sebagai perkataan yang mempunyai makna referensial.Perbezaan antara makna referensial dengan makna nonreferensial bergantung pada ada ataut i d a k r e f e r e n b a g i p e r k a t a a n perkataan berkenaan (Nik Safiah Karim.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->