You are on page 1of 12

KASIH SAYANG MEMBENTUK KELUAGA BAHAGIA

Pada zaman kini, kita telah melupakan adat dan kasih sayang yang perlu
diamalkan dikeluarga kita sendiri dan hanya sibuk dengan pekerjaan dan
sebagainya. Tetapi kita seringkali bertanya dimanakah kebahagiaan itu atau
mungkin juga kita memikirkan mengapa itu sukar hadir dalam istana yang kita bina
atau ada yang bertanya mengapa kebahagiaan saya kian menjatuh.
Sebernarnya jawapan kepada semua persoalan itu ada di dalam diri kita
sendiri. Yang menjadi musuh kita selama ini adalah sikap. Mahu atau tidak mahu
sahaja untuk berubah. Sikap kita selama ini hanya mengutamakan kebendaan dan
terlupa kasih sayang yang sepatutnya. Oleh itu kita perlu berubah sikap ini untuk
membentuk keluarga bahagia.
Selain itu, sikap yang suka berbanding dengan orang lain juga halangan
besar untuk mencapai keluarga bahgia. Hakikat yang mesti diterima adalah syurga
orang lain tidak mungkin sama dengan apa yang ingin dibina oleh kita, disebaliknya
apa yang kita bina tidak mungkin sama dengan syurga orang lain.
Perkahwinan adalah cantuman sah lelaki dan perempuan yang diberikan
tugas dan tanggungjawab untuk manjadi sebuah institusi keluarga harmoni dan
penuh kasih sayang.
Ia juga berfungsi sebagai satu ikatan suci dalam masyarakat bertamadun
untuk memenuhi tuntutan emosi dan jasmani, di samping meringankan ketegangan
dan tekanan perasaan, menentukan status social dan sebagai usaha penyatuan
beberapa keluarga dan keturunan.
Suami isteri dapat memenuhi tuntutan emosi yang memerlukn kasih sayang,
cinta, perlindungan, tempat bergantung, tempat perkongsian perasaan, mencari
ketenangan dan sebagainya.
Sementara anak yang dilahir dalam ikatan perkahwinan juga memerlukan
kasih sayang, penjagaan rapi, pendidikan, tempat bergantung dan perlindungan
yang selamat. Seorang anak akan berasa selamat dan tenteram dibawah jagaan ibu
bapa bertanggungjawab serta mempunyai kasih sayang. Keluarga adalah dunia
kecil yang harmoni dan dapat membentuk ahli masyarakat. Menurut kajian ahli
psikologi Arnold Gesell mendapati tingkat laku manuasia berkembang mengikut
peringkat kematangan biologi.
Ini bermakna perkembangan jasmani dan tingkat laku berlaku pola dan
turutan terkawal mengikut jadual masa. Oleh itu, seorang anak yang dilahirkan
memerlukan kasih sayang dariapda ibu bapa, kakak, atau abang bagi merasai
dalam keadaan selamat dan tenteram.
Perkembangan tingkat laku seseorang kanak-kanak itu akan berkembang
mengikut persekitaran dan asuhan dalam sesebuah keluarga. Dalam hal ini suasana
harmoni dan penuh kasih sayang amat penting. Hadis Riwayat Ath Thatawi
menyebut: cintailah anak dan sayangilah mereka. Apabila berjanji sesuatu kapada
mereka tepatilah. Sesungguhnya mereka tahu hanya kamulah yang memberi
mereka rezeki.
Jelaslah melalui hadis ini seseorang anak perlu diberikan kasih sayang
secukupnya. Apabila seseorang ayah atau ibu berjanji kapada anak mestilah ditepati
dan jangan mengingkari atau menipu mereka. Dalam hal ini, ibu bapa perlu
menunjukkan kasih sayang sepenunya.
Anak akan melihat dan manjadikan contoh kasih sayang itu kapada ibu
bapanya. Tidak rugi menunjukkan kasih sayang dalam keluarga kerana anak akan
membalas kasih sayang itu apabila dia dewasa. Kasih sayang datang daripada
perasaan, bukan daripada pemberian wang ringgit atau yang berbentuk kebendaan.
Kasih sayang lahir daripada jiwa suci dan murni.
Hari ini, keruntuhan institusi keluarga amat ketara menyababkan ramai ahli
masyarakat yang tidak lagi percaya kepada institusi itu. Ikatan antara ayah dan ibu
semakin longgar. Tiada lagi kasih sayang wujud dalam keluarga manakala pengaruh
barat sudah menular dalam masyarakat kita. Untuk memperbaiki kehidupan
keluarga, seluruh ahli keluarga hendaklah mejadikan rumah sebagai asas menjalin
kasih sayang dan keharmonian.
Selain itu, tingginya darjat suami isteri detentukan oleh perjuangannya
menjadi pemimpin rumah tanggah, sehingga dituntut manjadi teladan yang baik bagi
keluarga yang dipimpinnya. Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan
selesa dalam berkongsi suka dan duka.
Kasih sayang yang terjalin diantara anak dengan ibu bapa mampu melahirkan
sikap jujur dan terbuka. Kekuatan cinta yang tulus mampu mengerakkan lisan untuk
sentiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibu bapanya. Mencintai
keluarga adalah amanah bagi setiap manusia. Percinta keluarga tidak akan
membiarkan dalam rumahnya berlaku keburukan dan kemaksiatan.
Cara-Cara Mengamalkan Keluarga Bahagia
Empat cara utama keluarga bahagia, iaitu, saling menghargai satu sama lain,
boleh berkomunikasi antara satu sama lain, mempunyai pegangan agama yang kuat
dan mengambil pendekatan konstruktif dalam menghadapi krisis.
Orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam
mendidik akhlak dan keimanan keluarga. Seorang yang bekerja keras untuk
menunaikan tanggungjawab kepada keluarganya adalah bukti kasih sayang kepada
keluarganya.
Melalui sikap saling menghargai antara satu sama lain akan mewujudkan
kasih sayang, setiap ahli keluarga akan berasa puas dan bahagia dengan keadaan
diri masing-masing dan ahli keluarga lain. Ahli keluarga sentiasa ingin bersama
untuk membolehkan mereka menikmati kebahagiaan keluarga.
Ahli keluarga akan sentiasa melakukan banyak perkara secara bersama
semata-mata kerana mereka rasa bahagia dalam keluarga. Keluarga itu
mencorakkan gaya hidup mereka supaya dapat menghabiskan masa bersama
hingga menunjukkan perhubungan adalah sesuatu yang dirancang.
Keluarga komited akan mewujudkan kebahagiaan dan kebajikan untuk
ahlinya, di samping semua ahli keluarga lebih rapat dan erat antara satu sama lain.
Melalui corak komunikasi yang baik, mereka menghabiskan masa bercakap,
mencurahkan masalah dan serentak itu, ahli keluarga lain adalah pendengar yang
baik serta menjadi penyelesai masalah.
Segala perasan diluahkan, segala masalah dapat diselesaikan, tiada
perasaan terpendam dan tiada ahli keluarga terjebak dengan masalah yang
menjerumuskan mereka ke kancah kehancuran. Melalui pegangan agama yang
mantap, kebahagiaan dalam perkahwinan dan kejayaan dalam perhubungan
kekeluargaan serta tabah menghadapi apa juga masalah adalah faktor kejayaan dan
kebahagiaan sesebuah keluarga.
Selain itu, hubungan seks yang sihat antara suami dan isteri juga penting
untuk mangamalkan keluarga yang bahagia. Seks merupakan bentuk hubungan
yang melibatkan kesatuan fisik dan psikologis dari suami isteri. Adanya
keberlangsungan hubungan seks yang akan menjaga kesatuan dalam keluarga,
menjadikan anggota keluarga bahagia, dan puas.
Selain itu, kerjasama antara satu sama lain dalam keluarga juga cara untuk
mengamalkan kelarga bahagia. Suami membantu isteri dan anak. Isteri membantu
suami dan anak. Anak membantu bapa dan ibunya. Tindakan kerjasama ini akan
berkembang bila mereka mengupayakan untuk melakukan berbagai kegiatan secara
bersama-sama. Di samping, pembentukan keluarga dikawali oleh percayaan antara
satu sama lain. Masing-masing percaya bahwa akan melakukan usaha agar jalinan
kesatuan di antara mereka dapat mengantarkan mereka menjadi bahagia dan
sejahtera. Kehidupan keluarga dapat dipertahankan sampai bila-bila masa jika
kepercayaan ini diteruskan.
KELUARGA YANG TIDAK MENGAMALKAN KASIH SAYANG
Masyarakat hari ini disajikan dengan pellbagai berita gejala sosial
membabitkan generasi muda tidak kurang juga dari generasi tua, seperti ibu tanpa
nikah, seks bebas, penagihan dadah, khalwat, tinggal bersama tanpa nikah, lari dari
rumah, kahwin/nikah di sempadan negara dan sebagainya lagi.
Masa hadapan seorang remaja yang cerah akan dihancur pada saat anak itu
terjebak dalam gejala social. Anak tersebut akan melibatkan diri dalam kes-kes
jenayah seperti merompak, meragut, menagih dadah dan sebagainya. Anak akan
berlari dari rumah maka dia tidak dapat merasai kasih sayang yang sepatutunya ada
didalam rumah, manakalau bagi ibu bapa yang tidak menyerdari pekara tersebut
dan demi menjaga air muka maka perkara diatas akan berlaku.
Masyarakat seks bebes atau pentukaran pasangan seks mencerminkan
bahawa keruntuhan akhlak moral dalam kalangan dewasa. Ini telah menjejeskan
putaran semula jadi sebagai satu pasangan suami isteri.
Isu ini mengambarkan kepada kita bahawa institusi kekeluargaan mula retak
dan ini akan menimbul masalah yang lebih besar jika tidak diberi perhatian oleh
semua pihak, terutama individu itu sendiri, ibubapa, pemimpin masyarakat dan
pihak-pihak yang berkaitan. Sebahagian masyarakat hari ini, memandang remeh
dan mengambil mudah berhubung isu pernikahan di sempanan dan pembentukan
keluarga sedangkan, pernikahan itu adalah langkah permulaan kepada
pembentukan institusi keluarga.
Hari ini kita disajikan dengan berbagai-bagai berita berhubung isu nikah di
sempanan kerana berbagai-bagai alasan daripada pasangan antaranya kerana ingin
berpoligami, tanpa izin wali, kerana terlanjur dan malu serta berbagai-bagai alasan.
Walau apa jua alasan sebagai seorang yang beragama, kita sewajarnya mematuhi
undang-undang negara dan melakukan yang terbaik demi untuk keluarga yang bakal
dibina oleh pasangan tersebut.
Apa yang selalu kita dengar hari ini, dari mulut-mulut yang mencari pasangan
untuk berkahwin ialah susah nak cari calon yang sesuai dan berkarisma serta
mempunyai ciri-ciri kepimpinan. Ini mengambarkan sebahagian masyarakat kita
lelaki atau wanita semakin terhakis jati diri dan nilai- nilai kecemerlangan. Apa yang
mampu kita lakukan ialah mesti istiqamah dalam membentuk diri sendiri dan
keluarga agar mampu melahirkan insan-insan cemerlang dengan harapan generasi
akan datang hidup dengan aman dan tenang serta mampu mencapai kesejahteraan
hidup di dunia dan akhirat.
KESIMPULAN
Pada kesimpulan, ciri yang diamalkan dalam sebuah keluarga yang utuh
adalah cirri universal yang terkandung dalam agama. Amalan ini akan melahirkan
kebahagia dalam keluarga dab rumah tangga. Sesungguhnya, sebuah keluarga itu
adalah asas kepada sebuah masyarakat. Jika keluarga utuh dan mengamalkan
kasih sayang di antara ahlinya sudah pasti melahirkan masyarakat penyayang.
Pernah seorang tua berkata bahawa “jika ayam jantan dan ayam betina
membiak, maka anak ayamlah akan ditetaskan, jika kambing jantan dan kambing
betina membiak, maka anak kambinglah akan lahir” itulah reality kehidupan.
Kesimpulannya dari orang tua tersebut bahawa pemilihan calon pasangan itu akan
mengambarkan warisan dan perwatakan anak yang bakal dilahirkan, oleh itu
pemilihan calon pasangan cukup besar maknanya kepada setiap pasangan sebelum
pernikahan dan pembentukan sebuah keluarga bahagia.
Keluarga merupakan institusi yang memainkan peranan penting kepada
pembangunan sesebuah masyarakat. Keutuhan sesebuah masyarakat bergantung
kepada sesebuah masyarakat . Keutuhan sesebuah masyarakat bergantung kepada
sejauh mana system sesebuah keluarga itu dibentuk, jika baik sesebuah keluarga
itu. Maka akan baik sesebuah masyarakat tersebut dan begitulah sebaliknya.
Perkhawinan adalah proses awal ke arah pembentukan sebuah keluarga. Ia
bertujuan untuk menyusun pergaulan antara lelaki dan perempuan supaya
pasangan itu dapat mewuhudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan
kehidupan. Akhirnya dapat melahirkan sebuah keluarga yang aman, bahagia dan
harmoni seperti mana slogan menyatakan “Rumahku Syurgaku”.
LAMPIRAN
RUJUKAN
www.pikirdong.org
http:// alhaqim.com
http:// melayucyber.blogspot.com
http://alminigayonhusia.tripod.com
http://www.w3.org/1999/xhtml
Bi Kandungan Muka Surat
l
1 Kasih Sayang Membentuk Keluarga Bahagia
2 Cara-cara Mengamal Keluarga Bahagia
3 Keluarga Yang Tidak Mengamalkan Kasih Sayang
4 Ciri-Ciri Keluarga Yang Bahagia
5 Kesimpulan
6 Lampiran
7 Rujukan
8 Tamat

You might also like