You are on page 1of 32

BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN

KOLEJ SASTERA DAN SAINS

SGDU 1013 – TEORI DAN PRINSIP PENGURUSAN PENDIDIKAN

TAJUK:

KONSEP MODEL KEPIMPINAN STRATEGIK

Disediakan Oleh :

NAMA : Nazzir Hussain Bin Haji Mydeen (201400)

NAMA : Abdul Majid Bin Abdullah (201384)

NAMA : Muhamad Tajul Azhar Bin Tajuddin (201398)

PENSYARAH
En. Nordin Mansor
Tarikh Serah Tugasan
23 Ogos 2009

1
Kandungan :

Bil Perkara Halaman

1. Kepimpinan 3

2. Kepimpinan Sekolah 5

3. Kepimpinan Strategik 13

4. Definisi 14

5. Kepentingan Kepimpinan Strategik 16

6. Model Pengurusan Dan Perancangan Strategik 18

7. Visi (Wawasan) 19

8. Objektif 22

9. Analisa Profil Sekolah dan Persekitaran 23

10. Analisis KLAP (SWOT) 24

11. Faktor-Faktor Kejayaan Kritikal 24

12. Bibliografi 26

13. Lampiran 1 : How Good Are Your Leadership Skills? 28

14. Lampiran 6 : Cetakkan Persembahan MS Powerpoint 31

2
Kepimpinan

Kepimpinan, satu aspek penting dalam pengurusan organisasi. Semua peringkat


pemimpin ingin memiliki kepakaran kepimpinan seperti Gandhi, J. F. Kennedy dan Abraham
Lincoln, namun tidak ramai yang berjaya dalam menemui resepi yang benar-benar dapat
melahirkan seorang pemimpin. Ciri-ciri kepimpinan berubah-ubah dari masa ke semasa
bergantung kepada keadaan dan persekitaran. Hersey dan Blanchard menyarankan dalam
‘The Situational Leadership’, seorang pemimpin mesti mampu memiliki kualiti peribadi
yang unggul sebelum menerokai dimensi-dimensi lain dalam kepimpinan.

Warren Bennis, dalam kajiannya tentang 90 orang pemimpin yang paling efektif dan
berjaya mendapati empat jenis ketrampilan yang perlu ada pada seseorang pemimpin:-

a. Visi yang jelas.


b. Kemampuan yang menyatakan visi dengan jelas supaya pengikut dapat
memahami.
c. Fokus pada visi.
d. Mengenalpasti kekuatan sendiri dan organisasi.

3
Usahawan Amerika Syarikat yang berjaya, Lee Iacocca yang mencipta antara kejayaan yang
paling cemerlang dalam sejarah perniagaan dengan membina semula Chrysler Corporation
dalam bukunya yang bertajuk, Where have the leaders gone? pula mengariskan 10 C
sebagai syarat utama dan ujian ketahanan seorang pemimpin

CURIOSITY : Seorang pemimpin mesti mempunyai perasaan ingin tahu . 

CREATIVE : Seorang pemimpin mesti kreatif mencari pendekatan dan sudut 

pandangan baru, bersedia mencuba sesuatu yang berbeza. Berfikir di luar kotak. 

 COMMUNICATE : Seorang pemimpin mesti mampu menyampaikan hasrat dan 

visinya dengan jelas dan mampu menyakinkan para pengikutnya.

CHARACTER : Seorang pemimpin mesti  mempunyai keperibadian yang teguh.

COURAGE : Seorang pemimpin mesti berani melakukan perkara yang betul 

walaupun tidak populis.

CONVICTION : Seorang pemimpin mesti mempunyai keyakinan dan keterujaan yang 

tinggi. Beliau mampu meneruskan agenda perjuangan walaupun semua orang lain telah 

mengalah. 

CHARISMA : Seorang pemimpin mesti berkarisma. Kualiti ini akan membuat orang 

mahu mengikut anda. Ia adalah kemampuan untuk menyakinkan orang. Seorang pemimpin 

mampu meraih keyakinan dan kepercayaan orangterhadap kepimpinannya. 

COMPETENT : Seorang pemimpin mestilah seorang yang berkebolehan. 

COMMON SENSE : Seorang pemimpin mesti seorang yang bijaksana, fatanah.

4
CRISIS  : Untuk seseorang pemimpin benar­benar terbukti kemampuannya, beliau 

harus diuji dengan sesuatu krisis atau masalah yang harus ditangani. Seorang pemimpin yang 

berjaya memandu organisasinya melalui satu ujian getir adalah dianggap berkemampuan.  A  

good leader is like a good tea, needs some  hot water  to bring out the best qualities within. 

Kita sedia maklum pemimpin yang berjaya memiliki keistimewaan tersendiri untuk
dijadikan sandaran. Machiavelli tidak mempercayai ‘empowerment’ dalam melaksanakan
tugas. Seorang tokoh tentera, Field Marshall William Slim pula mengaplikasikan aspek-aspek
kepimpinan yang dipelajari dalam tentera ke dalam bidang perniagaan yang diceburi dan
berjaya. Gandhi lebih mempercayai kesederhanaan dan toleransi dalam menyelesaikan satu-
satu isu yang melibatkan persengketaan penduduk-penduduk Islam dan Hindu. Kesemua
contoh di atas menunjukkan kehebatan seseorang pemimpin tidak mempunyai formula yang
tetap, namun diri yang berkarismatik dan berilmu menjadi faktor utama dalam kejayaan
kepimpinan.

Kesemua situasi kepimpinan melibatkan manusia. Kepimpinan berkait rapat dengan


soal-soal kemanusiaan. Bagaimana seseorang manusia berinteraksi dengan manusia yang lain
sehingga tidak menimbulkan masalah antara mereka adalah ciri unggul kepimpinan. Aspek
pengurusan sumber manusia adalah faktor kritikal dalam kejayaan sesebuah organisasi.
Ramaiah (1999), melihat kepimpinan sebagai satu fenomena proses manusia menggunakan
kemahiran akal fikiran dan potensinya. Ini melibatkan keupayaan, kebolehan dan
kebijaksanaan seseorang itu memerintah, mengarah, mendorong atau mempengaruhi
pengikut-pengikut di bawahnya.

‘Leadership is sharing a vision about the company’s mission and objectives,


applying good knowledge of its competitive forces to its strategic plan, selecting the right
people and implementing with stamina all necessary steps. There isn’t a single way to
lead.’

‘There are as many styles of leadership as there are leaders. One should essentially try to
be oneself and to be well prepared.’

5
Francois Cornelis-President of Petrofina, Belgium.

Kepimpinan Sekolah

Kepimpinan sekolah atau dalam kata lain, guru besar dilihat sebagai pemimpin
sesebuah sekolah yang bertanggungjawab kepada seorang atau lebih individu. Manusia
sebagai satu sumber manusia dilihat sebagai satu faktor penting dalam organisasi sekolah di
samping ciri-ciri lain seperti kewangan, kemudahan fizikal, iklim dan budaya untuk
mencapai matlamat sekolah yang ditetapkan. Tugas utama guru besar sebagai agen
perubahan ialah memastikan sekolah mencapai matlamat melalui penggunaan semua sumber
yang ada.

Guru Besar sebagai pemimpin sekolah mempunyai peranan yang besar dalam membawa
sekolah ke era kejayaan. Hussein (1993) melihat lima dimensi utama untuk seseorang guru
besar berjaya iaitu:-

a. Guru besar sebagai pemimpin teknikal yang seharusnya memainkan peranan sebagai
jentera pengurusan. Kepimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik
pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi
untuk menjamin keberkesanan yang maksimum.
b. Guru besar sebagai pemimpin manusia – Guru besar memainkan peranan jurutera
manusia yakni dalam perhubungan sesama manusia. Kemahiran seperti ini
mengutamakan pembangunan tenaga manusia yang ada di sekolah itu.
c. Guru besar sebagai pemimpin pendidikan – Guru besar memainkan peranan sebagai
‘clinical practioner’ iaitu menyumbang kepakaran dalam bidang pendidikan dan
persekolahan. Peranan ini mencakupi kepimpinan pengajaran.

6
d. Guru besar sebagai pemimpin simbolik- Guru besar memainkan peranan sebagai
penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan yang
hendak dicapai. Visi disampaikan melalui cara ini.
e. Guru besar sebagai pemimpin budaya – Guru besar memainkan peranan sebagai
‘high priest’. Guru besar dapat menjalankan peranan menerusi usaha-usahanya
mencari, mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang
dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik.

Sergiovanni (1984), melihat kepimpinan teknikal, kepimpinan manusia dan kepimpinan


pendidikan sebagai aspek-aspek penting bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Dalam
kepimpinan pentadbiran, guru besar seringkali menggunakan model POLC(Planning,
Organizing, Leading and Controlling) dalam pengurusan kerjaya mereka.

"To manage is to forecast and plan, to organize, to command, to coordinate and to


control’. Henry Fayol

Kedatangan alaf baru turut menerima ketibaan pelbagai cabaran dan permasalahan yang
perlu ditangani dengan bijak. Perancangan dan pengurusan proaktif seseorang Guru Besar
perlu dalam mengatasi segala kelemahan yang wujud. Teori dan segala amalan kepimpinan
akan digunakan semaksima mungkin dalam menerajui sesebuah organisasi sekolah. Esei ini
akan mengupas secara terperinci tinjauan literatur serta pendekatan strategik dalam
kepimpinan guru besar khususnya dalam membentuk rangka kerja ke arah mengangkat
martabat sekolah.

Pendekatan Model Strategik Dalam Kepimpinan Guru besar

1. Tinjauan Literatur

Brent Davies & Linda Ellison (1998) dalam School Leadership & Management melihat
sejauh mana perancangan dan pengurusan strategik dapat meningkatkan hasil kerja dan
memantapkan halatuju sesebuah organisasi ke arah mencapai visi sekolah. Less Bell (1998)
dalam jurnalnya ‘From Symphony to Jazz : The Concept of Strategy in Education’ mengkaji

7
penggunaan konsep strategik dalam pengurusan oeganisasi. Konsep strategik yang diasaskan
dari perkataan Greek ini membawa maksud kepimpinan ‘generalship’ ketenteraan.

8
Schendel dan Hofer (1979) mendefinasikan pengurusan yang mengguanakan pendekatan
strategik sebagai:-

‘…the enterpreneurial work of the organization, with organization renewal and


growth,….with developing and utilising the strategy… to guide the organization
operations’.

Thomas (1993) memberikan satu pandangan yang lebih menyeluruh berkaitan


strategi:-

‘Something the organization needs or uses in order to win, or establish its


legitimacy in the world of competetive rivalry…Strategy is what makes a firm unique, a
winner or a survivor.’

Konsep strategik yang pada asalnya digunakan dalam sektor perniagaan


berorientasikan keuntungan, kemudiannya dipindahkan ke sektor persekolahan yang tidak
berteraskan keuntungan. Strategi yang menggunakan perancangan jangka panjang,
mengenalpasti kekangan dan adaptasi kepada perubahan dalam persekitaran dapat
menentukan hasil yang disasarkan pada masa akan datang.

Preedy (1997) menyatakan strategi sebagai :-

‘ a key management process, drawing together institutional values and goals and
providing a framework for the quality of provision and the development of resources.’

Hargreaves (1989) mengajak pemimpin merangka empat persoalan utama dalam


pengurusan strategik mereka iaitu:-

a. Pada tahap apakah prestasi sekolah itu masa kini?


b. Apakah perubahan-perubahan yang diperlukan?
c. Bagaimana mengendalikan perubahan-perubahan ini?
d. Bagaimana dapat kita ketahui perubahan-perubahan ini berjaya atau tidak?

9
Brent Davies dan Linda Ellison (1998) dalam jurnal berjudul ‘Strategic Planning in
School : An Oxymoron?’ mempertikaikan pendekatan tradisional dalam mengurus sesebuah
sekolah tidak lagi praktikal dan pendekatan strategik dicadangkan. Mereka beranggapan
perlu ada cara baru untuk sesebuah sekolah berdepan dengan cabaran kepimpinan dan
pengurusan alaf baru. Davies dan Ellison (1997) menyatakan strategik sebagai :-

‘… the systematic analysis of the school and its environment and the formulation
of a set of key strategic objectives to enable the school to realise its vision, within the
context of its values and its resources potential’

Dalam kajian, Davies & Ellison (1998) mencadangkan sekolah perlu peka pada keperluan
jangka panjang dan perlu melihat pada kesan persekitaran yang akan menganggu pencapaian
sasaran tersebut. Model Boisot (1995) menjelaskan jenis-jenis strategi yang boleh dirancang
dalam pengurusan strategic:

a. ‘Emergent strategy’- Perubahan dapat dilakukan serta merta pada strategi apabila
berlaku sesuatu perubahan pada organisasi. Keadaan ini berlaku untuk persekitaran
yang stabil dan kekekuatan terletak pada adaptasi segera yang perlu dilakukan.
b. Entrepreneurship – Terdapat gangguan yang tinggi pada sistem dan organisasi tidak
dapat melakukan adaptasi pada peringkat tertinggi. Jadi, adaptasi perlu dilakukan
pada peringkat unit-unit di dalam organisasi selaras dengan perubahan dan turbulen
yang berlaku.
c. ‘Strategic Planning’ – Kefahaman di peringkat organisasi adalah rendah disertakan
dengan gangguan yang sedikit. Perancangan jangka panjang dapat dibuat untuk 3
hingga 5 bulan. Adaptasi dapat dilakukan pada peringkat perancangan disebabkan
gangguan persekitaran yang tidak mendadak. Ini adalah yang paling ideal dalam
konteks sekolah.
d. ‘Strategy Intent’ – Satu kaedah yang ‘powerful’ untuk menghubungkan pemikiran
masa depan dengan strategi. Terlalu idealistik dan amat sesuai digunakan dalam
sektor perniagaan.

John Forshow (1998) dalam jurnalnya berjudul ‘Establishing a Planning Framework


For Rhyddings School for the year 2000 and Beyond’ melihat kepada pelaksanaan strategi

10
dalam pengurusan sekolah. Beliau menggunakan Model Davies yang diubahsuai dalam
perlaksanaan strategi di sekolahnya.

Visi bukanlah satu istilah baru tetapi penambahan ‘futures thinking’ menambahkan satu
dimensi baru dalam perancangan pembangunan sekolah. Visi dianggap sebagai hero yang
membawa seluruh organisasi ke arah matlamat yang dikongsi bersama.

‘Vision emerges from, more than it presedes,action.Vision comes later because the
process of merging personal and shared vision takes time’. (Fuller, 1993)

Komunikasi yang berkesan adalah vital dalam merealisasikan visi kepada aksi, namun
karakter individu, emosi dan dimensi perilaku perlu diambil kira dalam mencapai visi yang
dinyatakan. Sepertimana yang dinyatakan oleh Hargeaves (1997),’understanding other
people’s, creating environments that generate positive feelings of your own, and knowing
how to avoid and deal with negative ones.’

Brian Fidler (1998) dalam jurnalnya berjudul ‘How can a successful school avoid
failure?: Strategic Management in School’melihat kepada sekolah sebagai mudah puas hati
dengan kejayaan dan ini akan menimbulkan rasa puas hati dalam mutu kerja. Berdasarkan
analisis kepada kesan-kesan ini, kajian beliau berpendapat pengurusan strategik diperlukan
supaya sikap puas hati ini tidak timbul. Guru besar dapat memahami mengapa perlunya
pengurusan strategik dengan melihat kepada masalah-masalah yang timbul tanpa pengurusan
strategik, definasi pengurusan strategik, pelaksanaannya dan keberkesanan pengurusan
strategik.

Proses merangka pelan strategik bermula dengan analisa situasi semasa (strategic
analysis), menilai dan mengubal tindakan yang paling sesuai (strategic choice) dan
pelaksanaan pelan tersebut (strategic implementation). Perancangan jangka panjang adalah
intipati pengurusan strategik (Johnson & Schooles, 1997) dan ciri-ciri pengurusan strategik
adalah:-

a. Untuk jangka panjang


b. Mengambilkira trend pendidikan masa depan di luar kawasan sekolah

11
c. Mengambil kira keadaan semasa dan masa depan resos-resos yang ada

(Fiedler, et. al., 1996)

Pendekatan strategik yang digunakan melihat kepada perubahan-perubahan yang


berlaku dalam aspek-aspek berikut:-

a. Trend politik
b. Trend sosial
c. Ternd ekonomi
d. Perubahan teknologi
e. Perubahan pendidikan
f. Masyarakat setempat
g. Demografi tempatan
h. Keinginan ibubapa pelajar-pelajar berpotensi

Sumber-sumber dalaman dalaman yang menjadi kekuatan kepada berjayanya


pelaksanaan sesuatu strategi juga dikenalpasti. Antaranya pengurusan sumber manusia yang
menjadi elemen penting dalam berjayanya pelaksanaan strategik di sesebuah sekolah. Fiedler
juga mengenalpasti beberapa masalah yang perlu diberikan perhatian oleh guru besar dalam
merangka pelan strategik mereka. Miller (1994) dalam kajiannya ke atas 36 buah organisasi
yang berjaya mendapati 4 masalah utama yang timbul akibat kejayaan yang dicapai :-

a. Inertia – pemimpin tidak tertekan memandangkan kejayaan telah dicapai.


Mudah puas hati dan proses kerja rutin berjalan seperti biasa tanpa mengambil
kira perubahan persekitaran.
b. Immoderasi – Amalan seharian membuatkan mereka tidak agresif dan ini
membuat tidak ada saingan di antara unit-unit dalam organisasi.
c. Ketidaktumpuan (Inattention) – Sebuah organisasi yang berjaya tidak akan
menghadapi tekanan dan ini membuatkan mereka tidak sensitif kepada
perubahan persekitaran. Tiada tumpuan khususnya kepada adaptasi yang perlu
dibuat.

12
d. ‘Insularity’ – Sesebuah organisasi yang berjaya biasanya terlindung daripada
kesan perubahan persekitaran, paling tidak untuk sementara waktu.

Pemantauan hanya dibuat apabila pelanggan menunjukkan sikap tidak minat pada
barangan, ketidakpastian dan keinginan kepelbagaian dalam produk. Ini menunjukkan
organisasi biasanya terperangkap dalam ilusi kejayaan yang pernah dikecapi.

Brian J. Caldwell (1998) dalam jurnalnya berjudul ‘Strategic leadership, resource


management and effective school reform’ adalah berkaitan pengurusan sekolah yang tidak
terpusat di peringkat sekolah yang melibatkan autoriti, tanggungjawab dan akauntabiliti.
Peranan guru besar masa kini dibandingkan dengan peranan guru besar tahun 70an dan
perbezaan ketara adalah sistem pendidikan yang tidak terpusat masa kini. Guru besar
bertanggungjawab menentukan halatuju sekolah dan ini secara langsung menjadikan
organisasi sekolah perlu memikirkan cara yang strategik dan dinamik dalam proses
menguruskan sekolah.

Ford (1995) telah mendapatkan satu maklumat komprehensif tentang peranan baru
guru besar. Lapan bidang utama yang perlu guru besar laksanakan dalam alaf baru ialah :-

a. Membina etos sekolah dan persekitaran pembelajaran.


b. Visi dan halatuju masa depan.
c. Melaksanakan matlamat ikut keutamaan.
d. Pengubahsuaian kurikulum dan pemantauan hasil pelajar.
e. Penggunaan sumber-sumber seperti manusia, fizikal, budaya dan iklim.
f. Pemilihan guru, prestasi dan perkembangan staf.
g. Penubuhan badan bebas yang memantau struktur organisasi dan
pencapaiannya.
h. Pembentukan polisi yang bersesuaian dengan peredaran masa.

William B. Castetter (1996) dalam bukunya berjudul ‘The Human Resource


Function in Educational Administration’ menggariskan beberapa aspek penting dalam
perancangan strategik.

13
a. Menggerakkan sistem pengurusan yang sedia ada kepada pengurusan yang
diinginkan.
b. Menetapkan matlamat, objektif yang perlu dicapai dan pelan-pelan taktikal
(tindakan operasional) yang akan dilaksanakan untuk mencapai visi.
c. Mengutarakan persoalan asas berkenaan pengstrukturan yang perlu dibuat
untuk membentuk halatuju dan generasi masa depan untuk pendidikan, aktiviti
dan perkhidmatan.
d. Membentuk pelan taktikal dalam batasan misi, matlamat, polisi dan nilai
sumber manusia.
e. Mengadakan satu had (measurable) dimana ianya akan digunakan sebagai
rujukan pencapaian.
f. Menghubungkan matlamat masa kini (contohnya program pendidikan, sumber
manusia, logistik dan perhubungan luar) dengan matlamat visi.
g. Mengkaji semua faktor luaran yang mungkin mempengaruhi perancangan
strategik seperti politik, ekonomi, pendidikan dan sensitiviti masyarakat luar.

Kepimpinan Strategik

Kepimpinan strategik pada masa kini telah digunakan secara meluas sebagai satu
pendekatan baru bagi meningkatkan prestasi dan mengekalkan prestasi sekolah. Setiap orang
guru besar ingin membuat keputusan bijak dengan melakukan perkara yang betul, pada masa,
tempat, kos dan orang yang betul pada kali pertama melakukan. Dua aspek penting yang
akan diberikan penekanan dalam esei ini iaitu perancangan dan pengurusan strategik akan
meneroka kepentingan dan semua fakta penting dalam perlaksanaannya. Bagi seorang
pengurus dan pemimpin yang berjaya,pemahaman tentang apakah itu kepimpinan strategik
dan memiliki kemahiran mengurusnya adalah amat penting terutama bagi menyediakan
sekolah dalam menghadapi perubahan dan memimpin perubahan pada alaf baru ini.

14
Definisi

a. Perancangan Strategik

Perancangan strategik adalah merupakan tahap perancangan tertinggi dalam tahap


perancangan yang melihat arahtuju sekolah pada jangka masa panjang sekurang
kurangnya 3 hingga 5 tahun kehadapan dalam skop yang lebih luas dan umum dengan
menyoal dan mencari jawapan tentang apakah yang akan dilakukan pada masa
hadapan, bagaimana, siapa yang akan menerima fungsi tersebut dan bila ianya akan
tercapai.

Sybouts, W. (1992) menyatakan :-

‘Strategic planning is fundamentally a discipline that involves stakeholders


working collectively to review selected basic considerations or conduct a strategic
analysis,clarify mission and goals, select strategies to move toward goal and
operationalize the strategic goals into working plans.’

Below, Morrisey & Accomb (1988) menyatakan:-

‘A strategic plan is a framework for carring strategic thinking, irection, and action
leading to the achievement of consistent and planned results.’

Victor Tan (1995) mendefinisikan perancangan strategik sebagai:-

‘Strategic planning is a formal process of defining business including the vision,


objevtives, the critical success factors and strategies for an organization. This
startegic process is carried out by taking into considerations the internal strengths
and weakness of a corporation and the challenges in the external environment.’

15
b. Pengurusan Strategik

Pengurusan strategik adalah satu proses formulasi, implementasi dan penilaian


tindakan-tindakan yang akan memastikan sekolah mencapai objektifnya.(David,1986)

Haines & McCoy (1995) menyatakan :-

‘Strategic management on the hand is a new way to run your business day to day.
In incoporates strategic planning and thinking into the everyday, on going progress
of the organization, making it the backbone and focus of every organizational
activity.’

Pearce & Robinson (1997) berpendapat :-

‘Strategic management is defined as the set ofdecisions and action that results in
the formulation and implementations of plan designed to achieve a company’s
objectives. It’s involves the planning, directing, organizing and controlling of a
company’s strategy-related decisions and actions.’

Hor (1992) dalam bukunya Sun Tze & Management berpendapat :-

‘Strategic management is mainly planning,albeit a high level one with long term
significance, yet others have taken the view that it is rathera process of doing than
of planning to do.’

16
Kepentingan Kepimpinan Strategik

Persoalan di atas akan dilihat pada dua aspek yang dibincangkan dalam esei ini.

a. Perancangan Strategik.

Kepentingan perancangan strategik akan menjawab persoalan-persoalan berikut untuk


seseorang guru besar merangka halatuju sekolahnya.

• Apakah urusan-urusan yang perlu ditumpukan untuk peningkatan kualiti sekolah?


• Apakah prestasi sekolah masa kini?
• Kemana halatuju sekolah anda?
• Bagaimanakah cara anda cadangkan untuk mencapainya?
• Apakah isu-isu kritikal yang sekolah anda hadapi sekarang ini?
• Jika ianya berjalan lancar, bagaimana isu ini di atasi?
• Apakah budaya/iklim sekolah anda sekarang dan bagaimana nanti jika ia berubah.dan
mampukah ia mengadaptasi kepada perubahan?
• Apakah yang anda telah pelajari dari peristiwa sama ada yang berjaya atau gagal?
• Apakah keputusan yang sangat penting yang perlu anda buat dalam tempoh tiga
hingga lima tahun yang akan datang?
• Jika anda dapat menentukan masa depan urusan anda, apakah yang anda harapkan
daripadanya? -Gibson, R. (1993)

a. Pengurusan strategik

Kepentingan pengurusan strategik khususnya bagi menghasilkan sebuah sekolah


berkesan adalah seperti berikut :-

o Sebagai satu kerangka kerja yang tersusun dan sistematik untuk menghasilkan
sekolah yang berkesan. Ia perlu diterapkan dalam set minda setiap warga ahli
sekolah. Pengurusan strategik menyediakan peluang penglibatan pelbagai
lapisan pengurusan dalam proses pemikiran dan mengurangkan tekanan serta

17
tentangan kepada sebarang perubahan yang dicadangkan. Kerangka kerja ini
akan menjelaskan dan menghubungkan dengan keputusan antara lain yang
melibatkan kurikulum, pembangunan staf, pengurusan sumber dan
perhubungan luar.
o Pengurusan strategik boleh membantu meningkatkan semangat kerja
berpasukan, memotivasikan staf dan menjalinkan kemersaan di antara semua
staf melalui wujudnya pemahaman yang jelas tentang matlamat, arah tujuan
yang satu, arahan kerja yang jelas, hasil yang diinginkan jelas, dan
mengambilkira semua aspek dalam pelaksanaan termasuk soal kemanusiaan.
o Sebagai satu alat percubaan untuk memahami tentang tekanan-tekanan dan
perubahan-perubahan pada persekitaran terutama dalam aspek politik,
ekonomi, teknologi dan sosial masa kini dan masa depan secara sistematik dan
startegik. Ia akan menjadikan sekolah bertindak secara proaktif bagi
menghadapi sebarang perubahan dan seterusnya pula pemimpin perubahan
dan bukannya sebagai pengikut dalam perubahan tersebut.
o Sebagai panduan untuk menuju kepimpinan yang cemerlang iaitu melakukan
sesuatu yang betul dengan cara yang betul, menggunakan orang yang betul
pada tempat dan masa yang betul serta belanjawan yang betul.
o Sebagai peta panduan (road map) untuk membuat keputusan bagi menuju
kepada satu destinasi yang diinginkan. Keputusan yang dibuat pada hari ini
penting untuk hari esok dan masa depan.
o Pengurusan strategik akan membantu seseorang pemimpin memiliki tujuh
tabiat orang yang berkesan seperti yang dinyatakan oleh Stephen Covey
(1996) iaitu proaktif, mula dengan mengingati matlamat, buat perkara yang
pertama dahulu (set priority), fikirkan situasi menang-menang (win-win
situation), cuba memahami dan difahami, bersinergi dan tajamkan pemikiran.

18
Model Pengurusan Dan Perancangan Strategik

Terdapat banyak model dalam kepimpinan strategik. Namun, pada setiap model
terdapat elemen-elemen yang sama dan diubahsuaikan mengikut kehendak sekolah masing-
masing. Pemahaman tentang model-model ini perlu untuk mendapatkan gambaran yang jelas
dalam membina satu kerangka kepimpinan startegik. Model yang digunakan dalam
perbincangan ini ialah oleh David,F.R.(1986).

Komponen-komponen utama yamg terdapat pada model kepimpinan strategik ialah:-

o Persetujuan dari pihak pengurusan atasan.


o Visi,misi dan objektif sekolah kini.
o Nilai-nilai sekolah kini.
o Faktor kritikal kejayaan.
o Analisis dan diagnosis persekitaran sekolah (opportunities and threats)
o Analisis dan disgnosis faktor dalaman sekolah (strength and weaknesses)
o Pembinaan objektif.
o Pembinaan, penilaian dan pemilihan strategi.
o Analisis jurang (gap) atau pemadanan dengan polisi, stuktur dan stail
o Kepimpinan.
o Pembinaan plan kontingensi.
o Implementasi dan pengurusan perubahan.
o Penambahbaikan (kaizen).

19
Visi (Wawasan)

Pembinaan visi yang ideal dan kreatif adalah satu elemen yang penting dalam proses
kerja kepimpinan strategik. Gambaran yang jelas tentang apakah bentuk masa depan yang
diinginkan adalah titik tolak ke arah kecemerlangan.

Kepimpinan yang berwawasan adalah merupakan ciri terpenting dalam membina


sebuah sekolah yang berkesan. Pemimpin yang berjaya dan hebat masa kinipun dilihat terdiri
dari mereka yang mempunyai wawasan yang hebat. Pemimpin ini akan dilihat sebagai
seorang yang mempunyai agenda perjuangan seperti Bill Gates yang wawasannya ialah satu
rumah satu komputer.

1. Definisi Wawasan

Burt Nanus (1994) mendefinisikan wawasan sebagai :-

‘A vision is a realistic, credible,attractive future for the organisation’.

Thornberry (1997) menggambarkan wawasan sebagai gambaran atau


pandangan tentang masa depan. Sesuatu yang bukan ‘real’ tetapi yang
diimaginasikan. Coyle (1997) berpendapat wawasan ialah :-

‘Vivid image, ideal future and future orientation.’

Cowley & Comb (1997) menyatakan wawasan adalah gambaran pemikiran


yang jelas tentang hasrat masa depan yang diinginkan seperti yang
diungkapkan pada kata-kata ini:-

‘A vision is a statement (or a picture)of an ideal state of being or existance


in thr future that is inspiring and empowering for the stakeholders of the
organization.’

20
2. Kepentingan Wawasan Kepada Sekolah Yang Cemerlang

a) Memberikan arah tuju kepada sekolah (menerangkan masa depan yang


diinginkan)

b) Mewujudkan perasaan mampu positif dan ‘inspiring’.

c) Mendorong pekerja supaya memberikan pencapaian cemerlang.

d) Membuat sekolah berkedudukan kukuh dan mampu bersaing.

e) Menyediakan dorongan untuk perubahan.

f) Menyatupadukan sekolah.

Ciri-Ciri Wawasan Yang Baik.

Cowley & Comb (1996) dalam buku Beyond Strategic Vision menyatakan :-

1. Wawasan itu mestilah berasaskan kepada realiti situasi semasa sekolah; sepatutnya
dapat menunjukkan dengan jelas cabaran yang dihadapi sekarang bagi menghadapi
masa depan yang ideal.
2. Pihak stakeholder kepada sekolah mesti boleh melihat kepentingan mereka dalam
wawasan itu.
3. Ia sepatutnya hasil dari integrasi pemikiran pihak pasukan pengurusan daripada
koleksi pandangan individu. Ini dipanggil sebagai ‘shared vision’.
4. Wawasan itu sepatutnya berupaya untuk menarik, mendorong, memberi inspirasi
kepada orang lain untuk bekerjasama mencapai hasilnya.
5. Mengandungi rangka umum jawapan kepada persoalan apa, siapa, mengapa dan
bagaimana (serta bila) visi itu tercapai.

21
Kotter (1996) dalam buku ‘Leading Change’ berpendapat, ciri-ciri wawasan yang baik
adalah seperti berikut :-

1. Imaginable – Conveys a picture of what the future will look like.


2. Desirable – Appeals to the long term interest of employee, customers, stakeholders
and others.
3. Feasible – Comprises realistic, attainable goals.
4. Focused – Is clear enough to provide guidance in decision making.
5. Flexible – Is general enough to allow individual initiative and alternative responses in
light of changing conditions.
6. Communicable – is easy to communicate, can be succesfully explained within five
minutes.

Wawasan yang tidak diiringi dengan tindakan adalah impian semata-mata. Tindakan
tanpa wawasan sekadar mengisi masa. Wawasan dengan tindakan boleh mengubah dunia.
Maka, dalam membina wawasan yang baik, sekolah perlu melihat kemampuan atau potensi
resos-resos yang ada khususnya sumber manusia kerana tanpa pengurusan sumber manusia
yang baik, tidak akan tercapai visi yang dihaarapkan. Guru besar mesti bijak berkomunikasi
dengan subordinat dan dapat menyatakan dengan jelas visi tersebut supaya visi itu dikongsi
bersama oleh semua warga sekolah itu. Joel Arthur Baker menyatakan:

‘What is imposible to do today……But if it could be done... Would fundamentally


change the way... You do businness.’

22
Objektif

Selepas pembentukan wawasan, objektif pula dibentuk. Objektif adalah satu


pernyataan tindakan. Ia lebih bersifat operasional. Pembentukan objektif ada hubungkait
dengan pernyataan SMART iaitu ‘specific, measurable, attainable, reasonable dan time-
frame. Tempoh masa pencapaian objektif ialah dalam masa setahun satau kurang. Bagi
memilih objektif yang paling utama kepentingannya, hubungan wawasan dengan prestasi
masa kini adalah dikaji. Pihak pengurusan perlu mendapatkan idea tentang sejauh manakah
jurang yang memisahkan keadaan masa depan yang diinginkan dari realiti semasa.

Dalam aspek pengurusan sekolah, Guru besar bolehlah menyatakan objektif mengikut
bidang-bidang utama yang terdapat seperti kurikulum, ko-kurikulum, hal ehwal murid,
kecerian, komuniti dan sebagainya. Bagi setiap bidang ini pula, contohnya kurikulum
bolehlah dinyatakan objektif bagi pencapaian Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran
Malaysia.

Contoh pernyataan objektif :-

Kurikulum : Penilaian Menengah Rendah

Mencapai kelulusan 99% dalam Peperiksaan PMR tahun 2000.

Seramai 24 orang pelajar mendapat 8A. 35 orang pelajar mendapat 7A dan hanya 5 orang
pelajar yang gagal dalam semua mata pelajaran. (Kesemua pernyataan memenuhi kenyataan
SMART).

23
Analisis Profil Sekolah (Dalaman) Dan Analisis Persekitaran (Luaran)

Sebelum sesebuah sekolah itu mula membina pelan tindakan atau objektifnya, maka
adalah lebih baik terlebih dahulu untuk mengadakan satu penilaian atau pengauditan terhadap
situasi / persekitaran semasa samada dari aspek dalaman atau luaran sekolah. Analisis situasi
ini merujuk kepada analisis data samada yang lepas, sekarang atau masa depan yang boleh
menjadi asas untuk perancangan strategik.

Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan untuk melakukan analisis


persekitaran iaitu :-

a. Penyemakkan persekitaran (luaran) iaitu secara khususnya melihat tentang peluang


dan ancaman (Opportunities and Threats). Ini kadangkala dipanggil analisis PEST
(Politik, Ekonomi, Sosial dan Teknologi). Analisis ini amat penting dalam
merangka objektif kerana semua peluang dan ancaman ini dapat dikenalpasti untuk
tindakan susulan.
b. Penilaian kendiri sekolah terhadap sumber-sumber dalamannya, iaitu ditumpukan
khususnya kepada aspek kekuatan dan kelemahan (Strength and Weakness). Analisis
ini meliputi keseluruhan aspek dalam pengurusan sekolah. Analisis ini meliputi
keseluruhan aspek pengurusan sekolah. Analisis dalaman ini ialah seperti berikut :-
i. Analisis sekolah (Aspek Pengurusan)
ii. Analisis struktur, politik, hubungan dan simbol sekolah.
iii. Analisis nilai-nilai dalam sekolah.
iv. Analisis kualiti perkhidmatan.

24
Analisis KLAP (SWOT)

KLAP adalah akronim untuk kekuatan, peluang dan ancaman atau dalam bahasa
Inggerisnya SWOT iaitu Strength, Weakness, Opportunities and Threats. Analisis KLAP ini
bertujuan menolong sekolah untuk merangka objektif yang lebih realistik berdasrkan pada
keempat-empat aspek yang dianalisa tadi. Kaedah sumbangsaran boleh mendapatkan
maklumat untuk keempat-empat jenis analisa itu.

Faktor-Faktor Kejayaan Kritikal (Kay Success Factors)

Faktor-faktor kejayaan kritikal (FKK) adalah faktor yang mentukan perancangan


sesebuah sekolah berjaya ataupun tidak. Haines S. & Mc Coy K. (1995) telah mendefinisikan
Fkk sebagai :-

‘Key success factors are the quantifiable outcome measurement of an organization’s


vision, ensuring continual improvement towards achieving your ideal future vision’

Soalan-soalan berikut boleh digunakan oleh seseorang guru besar untuk menyemak
Faktor Kejayaan Kritikal dalam implementasi pelan strategiknya :-

1. Bagaimana anda tahu jika anda telah berjaya?


2. Bagaimana anda tahu anda sedang menuju kepada masalah?
3. Jika anda terkeluar dari perancangan asal, apakah tindakan pembetulan yang
perlu anda lakukan untuk kembali mencapai matlamat dan wawasan anda?

Haines & Mc Coy (1995) telah menggariskan sembilan faktor yang sering
menjadi faktor kritikal kejayaan iaitu :-

a. Business result
b. Customer satisfaction
c. People satisfaction

25
d. Impact on society
e. Process
f. People management
g. Resources
h. Strategy and policy
i. Leadership

Kesimpulan

Kepimpinan strategik ada banyak persamaannya dengan budaya kerja korporat. Dari
tinjauan literatur yang dibuat, ternyata langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mencapai
kejayaan bermula dengan pernyataan visi yang jelas, visi yang dikongsi bersama,
‘environmental scanning’ dan pengurusan sumber manusia yang berkesan. Apa yang
diutarakan di sini adalah satu alternatif kepada stail kepimpinan seseorang guru besar dalam
melaksanakan tugas kepimpinan.

26
Bibliografi

Al Ramaiah (1999), Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. Petaling Jaya : IBS Buku
Sdn. Bhd.

Iacocca, Lee (2007) Simon and Shuster New York 

Bell L. (1998), School Leadership & Management. Vol 18, No.4, Pg 449-460.

Caldwell B. J. (1998), Journal of Educational Administration. Vol 36, No.5, Pg 445-461.

Castetter F. R. (1996), The Human Resource Function in Educational Administration. New


Jersey : Prentice Hall.

David F. R. (1986), Fundamental of Strategic Management. Ohio : A Bell & Howell


Company.

Davies B. & Ellison L. (1998), School Leadership & Management. Vol 18, No.4, pg 447-448.

Davies B. & Ellison L. (1998), School Leadership & Management. Vol 18, No.4, pg 461-473.

Fidler F. (1998), Journal of Educational Administration. Vol 36, No.5, Pg 421-442.

Forshaw J. (1998), School Leadership & Management. Vol. 18, No.6, Pg 485-442.

Hussein Mahmood (1993), Kepimpinan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan


Bahasa Dan Pustaka.

Lunenburg F. C. (1995), The Principal Concepts And Applications. New Jersey : Prntice Hall.

Mintzberg H. (1994), The Rise And Fall of Strategic Planning. New York : Free Press.

Riches C. & Morgan C. (1989), Human Resource Management in Education. Great Britain :
Biddles Ltd.

27
Rusinah Siron (1999), Principles of Management. Kuala Lumpur : Times Book International.

Tan V. S. L. (1994), Change To Win. Kuala Lumpur. Times Bool International.

www.1000ventures.com/business_guide/crosscuttings/leadership_strategic.html

28
Lampiran 1
How Good Are Your Leadership Skills?

29
How Good Are Your Leadership Skills?

Who do you consider to be a good leader? Maybe it's a politician, a famous


businessperson, or a religious figure. Or maybe it's someone you know personally – like your
boss, a teacher, or a friend. You can find people in leadership roles almost everywhere you
look. However, simply having the responsibilities of a leader doesn't necessarily make a
person an effective leader. This is a shame because, with a little study, humility and hard
work, all of us can learn how to lead effectively. So, how can you bring your leadership skills
to tip-top condition?
You can start by analyzing your performance in specific areas of leadership.
Complete the quiz below to help you identify where you already lead effectively, and where
your skills need further development.

1 2 3 4 5
Qty Statements Not at all Rarely Sometimes Often VeryOften
1 When assigning tasks, I consider
people’s skills and interests.
2 I never doubt myself or my ability to
succeed.
3 I expect nothing less than top-notch
results from people.
4 I expect higher quality work from my
people than I sometimes deliver myself.
5 When someone is upset, I try to
understand how he or she is feeling
6 When circumstances change, I know
what to do.
7 I think that personal feelings shouldn’t
be allowed to get in the way of
performance and productivity
8 I am highly motivated because I know I
have what it takes to be successful
9 Time spent worrying about team morale
is time that’s wasted.
10 I never get upset or worried in the
workplace
11 My actions show people what I want
from them
12 When working with a team, I encourage
everyone to work toward the same goal
13 I make exceptions to my rules and
expectations – it’s easier than being the
enforcer all the time!
14 I enjoy planning for the future

30
15 I never feel threatened when someone
criticizes me
16 I take time to learn what people need
from me so they can be successful
17 I’m optimistic about life, and I can see
beyond temporary setbacks and
problems.
18 I don’t think that teams perform best
when individuals keep doing the same
tasks and perfecting them, instead of
learning new skills and challenging
themselves.
Total
Grand Total

Score Interpretation
Score Comment
You need to work hard on your leadership skills. The good
news is that if you use more of these skills at work, at home,
18-34
and in the community, you'll be a real asset to the people
around you. You can do it – and now is a great time to start!
You're doing OK as a leader, but you have the potential to do
much better. While you've built the foundation of effective
leadership, this is your opportunity to improve your skills,
35-52
and become the best you can be. Examine the areas where
you lost points, and determine what you can do to develop
skills in these areas.
Excellent! You're well on your way to becoming a good
leader. However, you can never be too good at leadership or
53-90 too experienced – so look at the areas where you didn't score
maximum points, and figure out what you can do to improve
your performance.

http://www.mindtools.com/pages/article/newLDR_50.htm

31
Lampiran 2
Cetakkan Persembahan MS Powerpoint

32

You might also like