You are on page 1of 27

PENGENALAN

Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dari segi
ekonomi,sosial,budaya,pendidikan,sains dan teknologi dan pembangunan. Pembangunan
pesat ini adakalanya membawa kesan baik dan buruk kepada masyarakat. Pelajar sekolah
juga tidak tertinggal daripada masalah sosial.

Sejak kebelakangan ini terpapar dalam berita dan suratkhabar mengenai masalah
dadah di kalangan anak-anak muda,gangsterisme dan masalah disiplin di sekolah-
sekolah. Pendidik juga menghadapi pelajar yang bermasalah keluarga dan
pembelajarannya terganggu. Pelajar yang perlu membuat pengkhususan tetapi tidak tahu
arah tuju dan pelajar yang stress.

Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah yang tersebut di atas memerlukan


pertolongan kaunselor untuk membantu mereka mencari jalan penyelesaiannya. Maka
tugas pendidik bukan sahaja mengajar tetapi mereka juga mempunyai kemahiran
kaunseling untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah iaitu klien.

Dalam keadaan ini kaunselor memainkan peranan yang penting dalam


menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Oleh itu Kementerian Pelajaran telah
mewujudkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
DEFINISI KAUNSELING

Kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan yang


mempraktikkannya. Antara definisi yang diutarakan terdapat banyak persamaan
misalnya, satu definisi menyatakan bahawa kaunseling bertujuan membantu seseorang
belajar membuat sesuatu pilihan dan laksanakan pilihan yang telah dibuat.

Krumboltz (1965),seorang pakar kaunseling mengatakan,kaunseling ialah apa


sahaja aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk
membantu klien menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian
masalah klien.

Zainal Abidin ( 2002 ) kaunseling adalah satu perbincangan antara seorang


kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami
kekeliruan dan memerlukan bantuan , bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa
alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternative
yang dipilih.
SOALAN 1

Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling adalahsatu perkhidmatan yang penting


di sekolah-sekolah dan di institusi-institusi Pengajian Tinggi. Perkhidmatn Bimbingan
dan kaunseling ini amat penting dari segi memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada pelajar-
pelajar yang bermasalah.

Kami telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Slim,Slim River untuk


menjalankan tinjauan kami tentang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang
dijalankan di sekolah tersebut. Sekolah ini terletak di Bandar Slim River di Perak.
Sekolah ini juga telah di pilih sebagai “JUARA” dalam program ‘Benchmark’
Pengurusan perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling Sekolah-Sekolah Menengah Negeri
Perak Tahun 2007 – 2008.

Seramai 866 orang pelajar belajar di sekolah ini. Pelajar-pelajar dari sekolah ini
terdiri daripada murid-murid Melayu,India,Cina dan Asli. Seramai 66 orang guru sedang
berkhidmat di sekolah ini dan diketuai oleh Tn Haji Abd Rahman Bin Haji Harun PPT
selaku guru besar sekolah ini. Sekolah ini menyediakan Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling dan mempunyai dua orang guru yang bertauliah yang menguruskan seisi
bimbingan dan kaunseling. Kedua-dua guru ini berkelulusan ijazah dalam bidang
bimbingan dan kaunseling.

Pn Nor Azian Binti Mohd Bukhari yang bertanggungjawab untuk sesi pagi dan
En Mahendran a/l Balaguru bertanggungjawab untuk sesi petang. Dari tinjauan ,kami
mendapati bahawa kedua-dua guru kaunselor menggunakan buku panduan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan sepenuhnya. Aktiviti-aktiviti yang
dirancang oleh kedua-dua kaunselor juga memenuhi keperluan perkhidmatan yang telah
digariskan oleh Kementerian Pelajaran.
Objektif utama perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling di sekolah ini ialah:

• Memberi perkhidmatan bersifat membaikan dan memulihkan atau


mengorientasikan pelajar yang menghadapi masalah
peribadi,pelajaran,kerjaya dan sosial agar mampu menghadapi atau
mengatasi masalah-masalahnya .
• Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pelajar yang memerlukan
• Memberi perkhidmatan penyuburan dan penghayatan yang meliputi semua
aspek perkembangan pelajar dengan menyediakan
peluang,kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan
potensi pelajar
• Memberi perkhidmatan pencegahan iaitu mengelakkan pelajar daripada
terlibat dalam perbuatan salah laku,tidak berdisiplin dan lain-lain.

Tugas Ketua Bimbingan dan Kaunseling

1. Inventori Individu Dan Rekod

a. Mengendalikan fail bimbingan untuk setiap orang pelajar


b. Bertanggung jawab mengumpul dan merekodkan butiran-butiran berkait dengan
penilaian dan pentafsiran minat pelajar.
c. Mengawas perangkaan dan corak kehadiran pelajar yang dirujuk untuk tujuan
kaunseling.
d. Menyelaras, menjaga dan mengemaskini rekod pelajar.
e. Memberi maklumat objektif mengenai pencapaian, kemajuan dan prestasi
pembelajaran pelajar bermasalah untuk tujuan pemulihan.
f. Menjalankan dan memberi pentafsiran atau kaji selidik yang difikirkan perlu atau
berguna untuk membantu perkembangan diri pelajar.
2. Perkhidmatan Pengumpulan dan Memberi Maklumat.

a.Mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat kerjaya, vokasional, latihan dan


pelajaran kepada pelajar, misalnya, melalui risalah-risalah, buku-buku kecil, poster,
hari kerjaya, pameran kerjaya dan buletin sekolah
b.Menambah dan mengemaskinikan fail-fail maklumat kerjaya, peluang latihan,
pelajaran, sosial dan peribadi.
c.Memberi maklumat dan penerangan tentang pentingnya mengisi borang
permohonan dengan tepat.
d.Mengelola lawatan terancang kerjaya atau pelajaran ke kilang perusahaan atau
tempat pekerjaan lain.
e.Memberi maklumat mengenai kerjaya dan lain-lain pertolongan yang diperlukan
oleh guru-guru dan anggota masyarakat.
f.Menyebar maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah, AIDS, bahaya
merokok dan inhalen.

3. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Kelompok

a.Mengadakan bimbingan dan kaunseling kelompok atau bimbingan dan kaunseling


tunjuk ajar mengenai sesuatu topik yang sesuai dengan sesuatu kelompok tertentu,
misalnya masalah disiplin, masalah peribadi, masalah sosial dan lain-lain topik seperti
yang dicadangkan oleh pelajar-pelajar dari semasa ke semasa.
b.Membantu pelajar memilih mata pelajaran elektif untuk peperiksaan, SPM, SPMV
dan STPM.
c.Menubuh dan melatih pasukan Pembimbing Rakan Sebaya dan menyelia aktiviti
mereka.
4. Perkhidmatan Kaunseling

Kaunseling dengan pelajar secara individu atau kelompok mengenai:

o Pencapaian akademik yang tidak memuaskan.


o Rujukan yang dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa atau orang lain.
o Kerjaya, pelajaran dan peribadi.
o Tidak turut serta dalam aktiviti ko-kurikulum.
o Masalah disiplin seperti ponteng, budaya peleseran, mrokok, bertumbuk
dan menggunakan dadah dan bahan inhalen.

Kaunseling tunjuk ajar -- Guru bimbingan dan kaunseling mengadakan kelas untuk
mengajar perkara-perkara berkait dengan penilaian kendiri, penjelasan nilai, kemahiran-
kemahiran berkomunikasi, menghadapi masalah, membuat keputusan dan menghindar
diri dari tercebur dalam penggunaan dadah dan inhalen.

5. Perkhidmatan Penempatan

Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat kerjaya


pilihan dan kemampuan.

Penempatan pekerjaan:

1. Menjadi penyelaras menempatkan pelajar mengikuti program pengalaman


bekerja (jika program seumpama ini diadakan).
2. Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam
mengadakan sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan
susulan mengenai pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus
untuk sekolah menengah vokasional dan teknik).
3. Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untuk memasuki
institusi-institusi pekerjaan.
6. Perkhidmatan Mencegah Penggunaan Dadah dan Inhalen

• Mengadakan bimbingan dan kaunseling individu atau kelompok atau kaunseling


tunjuk ajar dalam menanam dan memupuk sikap dan memberi nilai membenci
dadah dan inhalen.
• Memberi bantuan atau pertolongan kepada pelajar untuk mendapatkan bantuan
pemulihan dan rawatan.
• Membuat penilaian dan memberi maklum balas atau laporan kepada kementerian
atau jabatan Pendidikan Negeri tentang program pencegahan dadah diperingkat
sekolah.

7. Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan

• Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan soal
peribadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta.
• Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan mendalam
mengenai program bimbingan di sekolah.
• Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar.
• Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk
meningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah.
• Merancang bersama dengan guru-guru tentang cara yang paling berkesan sekali
untuk mengawasi kemajuan pelajar.
• Mengadakan prosedur-prosedur yang tertentu dalam merujuk kes-kes seperti
penagihan dadah kepada agensi-agensi atau pakar-pakar seperti doktor, pakar
kanak-kanak, pakar jiwa, pegawai kebajikan dan sebagainya.
8. Perkhidmatan Penyelarasan Resos

• Penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berhubung dengan kebajikan pelajar di antara


sekolah dengan agensi lain.
• Menjadi punca rujukan dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.
• Penyelaras bagi penglibatan majikan, agensi kebajikan dan orang-orang
kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
• Merancang dan menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan lagi
aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi dan komuniti setempat.

9. Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa

• Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama mengawasi


kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran.
• Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan.
• Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa pelajar baru.
• Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplin di
kalangan pelajar.
• Mengadakan kaunseling keluarga jika dikenal pasti bahawa masalah yang
dihadapi pelajar berpunca daripada keluarga.
10. Perkhidmatan Penilaian

• Membuat penilaian aktiviti bimbingan di sekolah dengan tujuan untuk


membaikinya seperti Pembimbing Rakan Sebaya, Pembimbing Rakan Dinamik,
Kem Jaya Diri, Skim Lencana Anti Dadah dan motivasi pelajar.
• Menilai modul atau model bimbingan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

11. Sistem Fail, Rekod dan Dokumentasi

Sebagai urusetia kepada jawatankuasa penyelaras aktiviti bimbingan dan kaunseling,


seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-kerja
pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail, menyimpan
rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan, pengendalian
bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah oleh jawatankuasa
Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian.
BIODATA KAUNSELOR

1. NAMA : PN NOR AZIAN BINTI MOHD BUKHARI

2. NOMBOR K.P : 701215-06-5066

3. KELAYAKAN IKHTISAS
SIJIL : SIJIL PERGURUAN ASAS
TEMPAT :MAKTAB PERGURUAN TERENGGANU
TAHUN : 1992
DEGREE : BIMBINGAN DAN KAUNSELING
TEMPAT : UNIVERSITI PERGURUAN MALAYSIA
TAHUN : 2002
MASTER : SARJANA SAINS (BIM & KAUNSELING)
TEMPAT : UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA
TAHUN : 2002
4. TAHUN DIPILIH SEBAGAI KAUNSELOR: 01.01.2001

5. TUGAS LAIN SELAIN KAUNSELOR.


- Penyelaras Kelab Bimbingan dan Kerjaya
- Pembimbing rakan sebaya
- Jawatan kuasa Dadah
- Jawatan kuasa Majlis Kaunseling
- Sukan ,Merentas desa

6. JUMLAH WAKTU MENGAJAR DALAM SEMINGGU: -


BIODATA KAUNSELOR

1. NAMA : EN MAHAINDRAN A/L BALAGURU


2. NOMBOR K.P : 661025-106425
3. KELAYAKAN IKHTISAS
SIJIL : SIJIL PERGURUAN ASAS
TEMPAT :MP MOHD KHALID JOHOR BAHRU
TAHUN :1990-1992
DEGREE :PSIKOLOGI DAN KOMUNIKASI
TEMPAT : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TAHUN : 2001
4. TAHUN DIPILIH SEBAGAI KAUNSELOR: 2003
5. TUGAS LAIN SELAIN KAUNSELOR.
- Mengajar Geografi dan Moral
- Penyelaras Kelab Bimbingan dan Kerjaya
- Jawatan kuasa Biasiswa
- Pembimbing rakan sebaya
- Sukan,Merentas desa

6. JUMLAH WAKTU MENGAJAR DALAM SEMINGGU: 9 waktu


PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN OLEH KAUNSELOR

PELAJAR
 Untuk mengenal personaliti kerjaya dan kepentingan memilih kerjaya
yang tepat.
 Mendedah pelajar kepada suasana baru sekolah,memberi maklumat .
 Meningkatkan tahap disiplin pelajar sasaran.
 Mendedahkan pelajar tentang bahaya rokok dan kesannya.
 Mendedahkan pelajar tentang bahaya pil khayal.
 Memberi teknik belajar berkesan.
 Mendedahkan pelajar tentang maklumat melanjutkan pelajaran .
 Mengurangkan kes ponteng.
 Meningkatkan moral pelajar.
 Menanam rasa benci pelajar dengan dadah,arak,inhalan,pil,khayal dan
ubat batuk.
 Meningkatkan keyakinan dan harga diri pelajar.
 Mendedahkan tentang kesan buruk hubungan rambang antara pelajar.
PENTADBIR DAN GURU-GURU

 Menggalakkan guru menghargai pelajar dan rakan sejawat.


 Guru yang menghadapi masalah peribadi akan berjumpa dengan kaunselor.
 Kaunselor mewujudkan kepercayaan kepada pentadbir dan guru-guru.

IBU BAPA DAN MASYARAKAT

 Memberi ilmu keibubapaan


 Menggalakkan perhubungan positif pelajar untuk cemerlang dalam peperiksaan.
 Mengenalpasti masalah keluarga pelajar.
 Memberi ceramah.
ORGANISASI UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SLIM,SLIM RIVER

PENGERUSI
EN HAJI ABD RAHMAN BIN HJ HARUN PPT
(PENGETUA)

NAIB PENGERUSI 1
TN HJ MOHD ROSLAN B HJ JAMIL
(GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

NAIB PENGERUSI 2
TN HAJI MOHD ZAIN B ABDUL KARIM(GPK HEM)
TN HAJI SAHAM @ SHAHAROM B ISMAIL(PENYELIA PETANG)
PN HJH NORHASIMAH BT ABD HAMID(GPK KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA
PN NOR AZIAN BT MOHD BOKHARI

AHLI JAWATANKUASA
EN MAHENDRAN A/L BALAGURU
GURU-GURU KANAN MATA PELAJARAN
PN ROZITA BT ADNAN
EN SHAHARUDIN B ISHAK
PN KHAIRUNISAK BT JAMALUDDIN

CARTA ALIRAN PROSES


PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Ambil borang Permohanan Temujanji


di kaunter Borang

Hantar kepada kaunselor untuk


Dapatkan tarikh dan masa temujanji

Kaunselor hantar surat jemputan kepada


Pelajar melalui guru

Mengadakan sesi bimbingan dan kaunseling


Individu atau Kelompok

Pengesahan Kaunselor kepada


Guru Mata Pelajarn /Kelas setelah habis sesi

Laporan sesi kepada pentadbir(sulit)


(jika perlu)
Tindakan Susulan

AKTIVITI –AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH


UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIL RINGKASAN AKTIVITI/PROJEK KUANTITI/KUALITI/MASA/KOS


1. Minggu Orientasi Murid Tingkatan 1 dan KP 183 orang pelajar(3-7 Jan 2008)
2. Minggu Orientasi Murid Ting 4 152 orang pelajr (3-4 Jan 2008)
3. Hari Pendaftaran & Minggu Silaturrahim Ting 1 RK 50 orang pelajar (16-18 Jan 2008)
4. Program Tautan Ukhwah pelajar asrama 50 orang pelajar(16-17 Feb2008)
5. Program Mutiara kasih pelajar hard core 50 orang pelajar( 23-24 Feb 2008)
6. Kem Remaja Berwawasan (Pelajar Tamil) 100 orang pelajar (4-6 April 2008)
7. Minggu PPDA,HIV,AIDS Semua pelajar (31 mac-4 April 2008)
8. Program Peningkatan Kecemerlangan PMR &SPM Pelajar PMR & SPM (7-11April 2008)
9. Minggu istimewanya seorang remaja(Perempuan) 200 orang pelajar(17-20 Jun 2008)
10. Program Minggu kerjaya Semua pelajar (23-27 Jun 2008)
11. Motivasi Matematik 100 orang pelajar (8-10 Ogos 2008)
12. Sains Dalam Rekreasi 130 orang pelajar(9 Ogos 2008)
13. Majlis Restu Ilmu & bacaan yassin PMR 150 orang pelajar(26 September 2008)
14. Aktiviti selepas PMR 150 orang pelajar(20Okt-14Nov 2008)
15. Majlis Restu Ilmu & Bacaan Yassin SPM 150 orang pelajar(31 Oktober 2008)
16. Menjalankan sesi kaunseling & Bimbingan individu Januari – November
17. Menjalankan sesi Kaunseling & Bimbingan Kelompok Januari – November
18. Menjalankan sesi konsultasi ibu bapa Januari – November
19. Menjalankan tugas guru B&K sepenuh masa Januari – November
20.. Menyediakan rancangan tahunan perkhidmatan B&K Januari
21 Mengumpul kad laporan dan kad 001 2 kali setahun Ting satu & dua
22 Mengedarkan surat amaran tidak hadir ke sekolah Sebulan sekali
VISI BIMBINGAN

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif dan efektif dari aspek


fizikal,perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep Perkhidmatan
Bimbingan berkualiti secara menyeluruh dan berkesan dari kecemerlangan
murid dan sekolah.
MISI BIMBINGAN

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan


perkhidmatan menolong Bantu murid dari aspek
perjayaan,perkembangan,pencegahan dan pemilihan untuk mempertingkatkan
pengetahuan,keterampilan dan konsep kendiri posotif melalui perkhidmatan
bimbingan yang berkesan, beramanah,berteraskan falsafah Pendidikan
kebangsaan

SENARAI TUGAS
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
(KAUNSELOR SEKOLAH)
 Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
 Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
sekolah melalui kajian keperluan soal selidik,temu bual dan
perbincangan engan plajar,guru,pentadbir,kakitangansekolah,ibu bapa
dan bekas pelajar.
 Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori
pelajar.
 Mengumpul,menyedia,menyebar maklumat Bimbingan & Kaunseling
kepada semua pelajar melalui sebarng media yang sesuai.
 Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan & Kaunseling
Kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang
perkembangan pelajar secara optimum.
 Merancang,melaksana dn mengawalselia Perkhidmatan Bimbingan &
Kaunseling individu secara professional dan beretika.
 Merancang,melaksana,mengawalsetia aktiviti kemahiran belajar untuk
semua pelajar.
 Merancang,melaksana,mengawalselia serta menilai program dan
aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti
PMR,SPM, SPVM dan STPM.
 Merancang,melaksana,mengawalselia dan menilai program dan
aktiviti pendidikan pencegahan dadah,inhalan,rokok dan alcohol.
 Merancang,menyediakan dan mendedahkan pelajar kepad peluang
melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar
negara.
 Merancang,melaksana,mengawalselia dan menilai program dan
aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan,berhubung Bimbingan
dan Kaunseling kerjaya dan pendidikan pencegahan dadah.
 Merancang,melaksna,mengawalselia dan menilai program dan aktiviti
konferns dengan ini bapa,guru,kakitangan bukan guru dan agensi
kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan
dan perkembangan pelajar.
 Membuat penilaian aktiviti,model,mudul,instumen,pendekatan dan
sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan
profesionalisma perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
 Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos
Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling.
 Menjadi uruseti akepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan
Bimbingan & Kaunseling.
 Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi
menyebarkan kefahaman dan peningkatan profeseonalisma
perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah.
 Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru,kakitangan
dan siapa sahaja yang memerlukan.
 Menjadi personel perhubungan seranta sekolah dengan agensi-agensi
luar yang berkaitan.
 Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa Kurikulu
Sekolah.
 Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancangan Sekolah.
 Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
 Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar
seperti kolokium,motivasi,kem jaya diri,kursus ketatanegaraan dan
sebagainya.

LAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SLIM RIVER,PERAK.
Laporan ini mengenai tinjauan perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling di
Sekolah Menengah Kebangsaan Slim River,Perak. Tujuan laporan ini adalah untuk
mengkaji Perkhidmatan Bimbingan yang disediakan oleh sekolah tersebut. Tinjauan ini
dijalankan melalui pengumpulan data dan soal selidik guru kaunselor sekolah berkenaan.

Melalui tinjauan , kami mendapati bahawa Perkhidmatan Bimbingan &


Kaunseling sekolah ini memberi lebih penekanan dalam bidang akademik. Bilik
Bimbingan & Kaunseling di sekolah ini berada dalam keadaan kondusif. Guru-guru
kaunselor di sekolah ini merupakan guru yang bertauliah. Mereka telah merancang dan
menjalankan banyak aktiviti yang berkaitan dengan Bimbingan & Kaunseling. Sistem
fail di sekolah ini dikemaskinikan dan jug bersistematik. Tambahan pula sekolah ini
telah dipilih sebagi JUARA dalam Program sekolah “BENCHMARK”,Pengurusan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perak
Tahun 2007.

Namun sekolah ini juga perlu penambahbaikkan perkhidmatannya. Antaranya


ialah perkhidmatan yang diberikan kepada pentadbir,guru-guru dan masyarakat kurang
memuaskan. Untuk mengatasi masalah ini guru-guru kaunselor haruslah merancang dan
melebihkan perkhidmatan kepada pentadbir,guru-guru dan masyarakat. Sebagai
contohnya mengadakan ceramah yang berkaitan dengan kerjaya,keluarga dan cara
menyesuaikan diri dengan persekitaran.

Selain daripada itu Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling boleh mengadakan


konferens dengan ibubapa . Antaranya ialah memberi penjelasan khidmat bimbingan dan
kaunseling di sekolah dan cara ibu bapa boleh bekerjasama dengan pihak sekolah.

Pihak Bimbingan dan Kaunseling juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti


pembangunan diri pelajar. Contohnya mentor-menti,bicara hari,kursus kepimpinan
pengawas serta cara-cara belajar yang berkesan. Secara keseluruhannya tinjauan ini
dapat memberikan maklumat mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh pihak
bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah . Perkhidmatan yang ditawarkan
haruslah merangkumi keperluan pelajar dan persekitarannya.

SIFAT-SIFAT KAUNSELOR

1. Mampu menyesuaikan dirinya.(sanggup mendengar)


2. Seorang yang menarik dan suka bersahabat dan memiliki keyakinan diri.
3. Memiliki sifat-sifat terpuji.(sifat-sifat Mahmudah)
4. Bersifat terbuka
5. Bersifat tenang dalam menghadapi sesuatu situasi
6. Bertingkahlaku yang bercirikan konsisten, beriltizam,
tawakkal,berketramilan dan kreatif.
7. Berterus-terang , jujur , amanah dan ikhlas.
8. Peramah , sabar dan penyayang
9. Penuh keyakinan
10. Tidak mudah jemu
11. Mudah dihampiri
12. Tidak menghukum
13. Baik perwatakan,tingkah laku dan emosi
14. Sanggup menyatakan kebenaran
15. Seorang yang berprinsip
16. Anjal(bertolak ansur , fleksibel)
17. Peka , kreatif, inovatif
18. Suka menolong
19. Pendengar dan pemerhati yang baik
20. Kecindan(humor)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
PROGRAM PRA SARJANA MUDA (KDP 14MINGGU)
(AMBILAN JULAI2008)

HBEF2203
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEMESTER : JULY 2008
_______________________________________________________________________
_

LETCHUMY A/P KERISHNAMOORTHY (700520-08-6002)


JAGTHESWARI A/P NARAYANAN(800919-08-6598)
MOHD SHUKRI B.ZAKARIA(760210-03-5685)

PENSYARAH
DR.RAJAGOPAL

INSTITUT PERGURUAN BAHASA – BAHASA ANTARABANGSA


LEMBAH PANTAI , KUALA LUMPUR

SEKAPUR SIRIH

Syukur kepada Tuhan di atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkanNya
sehingga kami dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan
terima kasih kami ucapkan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu En Syed Jahangir B.Ali
Mohaideen yang banyak memberi bimbingan. Sesungguhnya keprihatinan pensyarah
mencurahkan idea amat kami hargai.

Tugasan ini memberi pengalaman berharga kepada kami. Sebagai guru, tugasan ini
memberi makna kepada pengajaran berkualiti yang perlu kami jalankan untuk anak-anak
didik kami di sekolah. Tugasan ini membantu kami mengenali tentang subjek Penilaian
dan Pengukuran dengan lebih mendalam dan terperinci.

Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan KDP OUM kumpulan 2
yang memberi sokongan dan percambahan idea untuk menyiapkan tugasan ini. Semoga
dengan kesungguhan dan restu Tuhan, keluarga dan teman-teman, memberi kita kekuatan
dan akal budi bagi menghadapi cabaran mendidik anak bangsa di era globalisasi ini.

Akhirnya, bersama kita memohon kepada Tuhan, semoga kita dikurniakan ilham
dan kesabaran untuk terus menghayati profesion perguruan yang murni ini seterusnya
dapat menabur bakti kepada anak bangsa untuk melahirkan modal insan yang luhur hati
budinya.

Sekian,

LETCHUMY A/P KERISHNAMOORTHY (700520-08-6002)


JAGTHESWARI A/P NARAYANAN(800919-08-6598)
MOHD SHUKRI B.ZAKARIA(760210-03-5685)

ISI KANDUNGAN

1. Sekapur sirih
2. Pengenalan
3. Definisi kaunseling
4. Visi Bimbingan
5. Misi Bimbingan
6. Pengenalan Tugasan
7. Carta Organisasi Unit Bimbingan & kaunseling
8. Objektif utama Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah
9. Keperluan Perkhidmatan
10. Plan Sekolah
11. Pelan Kelas
12. Pelan Bilik Bimbingan dan Kaunseling
13. Biodata Kauselor
14. Perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor
- Pelajar
- Pentadbir
- Guru
15. Sifat-sifat Kaunselor
16. Carta Aliran Proses Bimbingan & Kaunseling
17. Sifat kaunselor
18. Pembentangan Power Point
19. Laporan
20. Lampiran

You might also like