You are on page 1of 21

Ada

b dan Akhlak Islamiah

IPGM
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH


PENSARAH PEMBIMBING:
AL-FADHIL USTAZ ISMAIL CHE KU

NAMA : NURUL HUDA BINTI HAJI MD SALEH


NO. K/P : 800515-07-5008
PROGRAM : KPLI j-QAF (BAHASA ARAB)
KUMP. : 1.11

KONSEP AKHLAK

Perkataan akhlak adalah kata jamak dari khuluq. Menurut Ibnu Athir, khuluq atau akhlaq ialah bentuk kejadian

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

manusia dari sudutnya yang batin. Tokoh falsafah akhlak Islam, Miskawaih (1966) pula merumuskan bahawa
akhlak ialah suatu keadaan bagi diri atau jiwa (al-nafs) yang mendorong diri atau jiwa untuk melakukan sesuatu
perbuatan atau tindakan dengan senang tanpa didahului oleh daya pemikiran, kerana sudah menjadi sifat atau
kebiasaan. Imam Al-Ghazali (tanpa tarikh) pula menghuraikan bahawa akhlak adalah suatu keadaan yang tetap
dalam diri atau jiwa yang melahirkan tindakan, perlakuan, atau perilaku amalan dengan mudah tanpa memerlukan
pemikiran. Ia merupakan suatu keadaan atau sifat yang ada di dalam diri atau jiwa manusia yang telah tetap,
sehingga dengan mudah melahirkan perlakuan atau perilaku yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang
terlebih dahulu (Mohd Sulaiman Yasin, 1992). Walau bagaimanapun, Jalaluddin dan Usman (1994) menegaskan
bahawa kewujudan akhlak yang mulia terlihat di dalam sikap pengabdian (sikap dan tingkahlaku) seseorang
hamba kepada Allah SWT dan kepada persekitarannya, baik kepada sesama manusia, mahupun terhadap alam
sekitar.

SKOP AKHLAK ISLAMIAH

Dalam menghuraikan fungsi al-Quran sebagai asas perlembagaan akhlak, Muhammad Abdullah Darraz (1973)
telah menggariskan nilai-nilai akhlak yang dipetik dari al-Quran dan membahagikannya kepada lima kategori iaitu;
nilai akhlak peribadi, nilai akhlak kekeluargaan, nilai akhlak kemasyarakatan, nilai akhlak kenegaraan dan nilai
akhlak keagamaan. Jalaluddin dan Usman Said (1994) pula telah membahagikan akhlak Islam yang bersumberkan
Al-Quran dan al-Sunnah kepada sembilan kategori utama iaitu akhlak terhadap Allah, akhlak terhadap Rasul,

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

akhlak terhadap Al-Quran, akhlak terhadap peribadi (diri), akhlak kedua orang tua, akhlak terhadap anak, akhlak
dalam rumahtangga, akhlak terhadap sesama manusia dan akhlak terhadap lingkungan hidup. Setiap kategori
utama pula dipecahkan kepada beberapa subkategori yang berkaitan bersandarkan nas-nas dari Al-Quran dan
hadis Rasulullah SAW. Jika diteliti kepada konstruk akhlak Al-Quran dan al-Sunnah, maka dapat dirumuskan bahawa
akhlak Islam merangkumi beberapa dimensi psikologi iaitu sikap, sifat, tingkahlaku dan amalan secara langsung
seperti keimanan kepada Allah dan Rasul (sikap), reda dengan ujian Allah (sifat), berdoa dengan penuh ketakutan
dan mengharap (tingkahlaku) dan melakukan salat fardu lima waktu sehari semalam (amalan secara langsung).
Rumusan ini bersesuaian dengan konsep akhlak seperti yang dinyatakan oleh beberapa tokoh akhlak Islam seperti
Imam al-Ghazali (t.t.) dan Miskawaih (1966).

Dalam konteks sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia, konsep adab dan akhlak Islamiah yang
terkandung di dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah meliputi adab di dalam kehidupan harian, adab
terhadap ibubapa dan keluarga, adab dalam kehidupan bersosial, adab menuntut ilmu, dan adab dengan al-Quran
(Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR, 2002). Manakala di peringkat sekolah menengah pula, kandungan
bidang adab dan akhlak Islamiah meliputi adab dalam kehidupan seharian, adab dalam kehidupan bersosial, adab
dalam menunaikan ibadat, adab terhadap ibubapa dan keluarga, adab menuntut ilmu dan adab terhadap Allah dan
Rasul. Selain dari itu, konsep akhlak juga turut dimasukkan di dalam beberapa bidang lain khususnya bidang
tilawah al-Quran, hadis dan akidah (Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM, 2002).

Di dalam kertas kerja ini, penulis akan membahaskan sebahagian daripada :


Adab dalam Kehidupan Harian

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

Adab dalam Kehidupan Bersosial


Adab dalam menuntut Ilmu
Adab terhadap Ibu Bapa dan Keluarga
Adab dengan Al-Quran

Adab Berpakaian Adab masuk dan keluar rumah

ADAB DALAM KEHIDUPAN HARIAN


Adab makan dan minum Adab berjalan

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

Adab menguruskan diri

ADAB BERPAKAIAN

• Menutup aurat
• Pakaian bukan dari sumber yang haram
• Bentuk pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian wanita
• Pakaian longgar,tidak menampakkan bentuk badan
• Pakaian dari jenis kain yg tebal,tidak jarang dan nipis
• Memakai pakaian yang bersih
• Memakai pakaian dengan mendahulukan tangan kanan
• Tidak melabuhkan seluar bagi lelaki sehingga menutupi buku lali
• Bagi lelaki elok memakai pakaian yg bewarna cerah
• Sebaik-baik pakaian adalah meniru sunnah Rasulullah s.a.w

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

Doa memakai pakaian:

ُ‫ َوَأعُو ُذبِكَ مِنْ شَ ّرهِ َو َش ّر مَا هُوَ لَه‬,ُ‫اللّهُمّ ِإنّي َأ ْسأَلُكَ مِنْ َخيْ ِرهِ َو َخيْ ِر مَا ُهوَ لَه‬
.Ertinya:"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya
".Aku pohon perlindungan dari kejelekan pakaian ini dan kejelekan apa yang ada padanya

ADAB MASUK DAN KELUAR RUMAH

1. Sebelum keluar rumah, kita seharusnya melaksanakan solat sunat dua rakaat.
2. Pastikan tidak ada barang yang tertinggal
3. Jangan keluar dalam keadaan terburu-buru, kerana terburu-buru itu adalah sifat syaitan.
4. Melangkah keluar rumah dengan kaki kiri, dan jika masuk rumah dengan mendahulukan kaki kanan.
5. Jangan keluar rumah dengan bertujuan untuk membuat maksiat kepada Allah.
6. Jangan lupa membaca ta’awwudz, Basmalah dan doa keluar rumah. Antaradoa yang diajarkan Nabi SAW adalah:

ِ‫ وَلَ َحوْ َل وَلَ ُق ّوةَ إِلّ بِال‬،ِ‫ َتوَكّ ْلتُ عَلَى ال‬،ِ‫بِسْمِ ال‬
Ertinya : “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Tidak ada daya dan kekuatan selain dari Allah.”
(H.R. Abu Daud, Tirmizi dan Nasai )

7. Jangan keluar dari rumah kalau tidak ada keperluan yang penting

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

8. Imam An-Nawawy berkata : Sangat dianjurkan untuk mengucapkan bismillah dan memperbanyak zikir
kepada Allah dan kemudian memberi salam. Zikir kepada Allah ketika masuk rumah berdasarkan hadis
Rasulullah SAW:
"Ertinya : Apabila seorang memasuki rumahnya kemudian dzikir kepada Allah ketika akan masuk dan ketika
akan makan maka syaitan berkata : Aku tidak akan bermalam di tempat kalian dan tidak akan makan
malam[HR. Muslim no. 2018]
9. Bersiwak :
"Ertinya : Rasulullah SAW apabila masuk ke rumahnya beliau memulakan dengan bersiwak" [HR. Muslim no.
253].
10. Mengucapkan Salam. Berdasarkan firman Allah Ta'ala.

“Ertinya : Maka apabila kamu memasuki (suatu rumah dari) rumah-rumah (ini) hendaklah kamu memberi
salam kepada (penghuninya yang berarti memberi salam) kepada dirimu sendiri, salam yang ditetapkan dari
sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik. [An-Nuur: 61]

ADAB MAKAN DAN MINUM

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

Adab Makan
• Membaca doa sebelum makan :

‫ بِسْمِ ال‬,‫ب النّار‬


َ ‫الّلهُ ّم بَا ِركْ َلنَا فِيمَا رَزَ ْقَتنَا َوَِقنَا عَذَا‬
Ertinya:"Ya Allah, berkatilah kepada kami pada apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab(siksa)
neraka. Dengan Nama Allah."
• Makanan dan minuman dari sumber yang halal
• Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan
• Duduk ketika makan dan makan menggunakan tangan kanan
• Menyukai makanan yang ada dan tidak mencela makanan
• Mulakan dengan Bismillah
• Hendaklah makan dengan tiga jari dan mengecilkan suapan
• Hendaklah mengunyah dengan baik
• Tidak meniup makanan yang panas
• Tidak bernafas di dalam gelas ketika minum
• Tidak makan terlalu kenyang
• Tidak memulakan makan kecuali orang yang lebih tua menjamah dahulu
• Hendaklah sopan terhadap kawan ketika makan
• Bila selesai makan ucaplah Alhamdulillah dan sertai dengan doa selesai makan :

َ‫ل الّذِي َأطْعَ َمنَا َو َسقَانَا وَ َج َعَلنَا مِن الُسْلِ ِمي‬


ِ ُ‫الَمْد‬
Ertinya:"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami memberi minuman kepada kami dan menjadikan
kami dari golongan Muslimin."
KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)
20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

ADAB MINUM
• Sunat membaca Bismillah dan alhamdulillah sesudah minum
• Makruh minum daripada mulut tempat simpan air seperti botol,kendi dll
• Makruh meniup atau bernafas didalam air
• Hendaklah duduk ketika minum
• Jangan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak
• Jangan makan dan minum ketika terlalu kenyang
ADAB MENGURUSKAN DIRI
• Memastikan seseorang mengambil berat tentang dirinya sendiri.
• Hendaklah bijak mengurus masa dan mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang berfaedah.
• Peliharalah maruah diri dan kebersihan diri daripada hadas dan kekotoran.
• Makan makanan yang seimbang dan berzat, halal dan jauhi makanan yang telah luput tarikhnya.
• Tunaikan dan laksanakan perintah Allah serta jauhi perkara yang dilarangNya.
• Sentiasa menjaga dan mengelakkan aurat daripada terdedah terutamanya kepada kaum yang bukan mahramnya.

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

Adab di masjid

Adab dengan rakan

Adab bermasyarakat

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

ADAB DALAM KEHIDUPAN BERSOSIAL Adab menziarahi orang sakit, jenazah dan
kubur

Adab berjiran

ADAB DI MASJID

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

• Masuk ke masjid dengan mendahului kaki kanan


• Ucapkan salam kepada mereka yg berada didalam masjid
• Menunaikan solat tahiyyatul masjid
• Jangan bercakap perkara duniawi
• Duduk menghadap kiblat
• Memohon agar Allah membuka rahmatnya
• Sentiasa berzikir kepada Allah dengan suara yg perlahan
• Jauhi dari menghina islam
Doa masuk masjid;
“ Ya Allah bukalah pintu-pintu rahmat mu untuk ku “

ADAB KELUAR MASJID


• Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat
• Berniat untuk datang kembali
• Melangkah keluar dengan kaki kiri
• Memberi salam orang yang masih tinggal di masjid.
Doa keluar masjid: “ Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepadamu dengan keutamaanmu. Ya Allah, peliharalah aku
dari godaan syaitan terkutuk”

ADAB DENGAN RAKAN

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

• Memberi salam ketika bertemu


• Menziarahi ketika sakit
• Mendoakan ketika bersin
• Sering menziarahi ke rumahnya kerana menghubungkan persahabatan kerana Allah
• Membantunya ketika susah
• Menerima undangan jika di undang ke majlis atau ke rumahnya
• Memberi tahniah pada bulan-bulan dan hari raya
• Saling memberi hadiah pada upacara-upacara dan hari tertentu
• Membenci sesuatu yg tidak baik baginya sebagaimana anda membenci sesuatu pada diri anda.
• Sama-sama bergembira ketika senang dan sama-sama bersedih ketika sedih
• Hendaklah anda sentiasa memelihara nama baiknya ketika hidup dan matinya
• Hendaklah anda berbakti kepada anak isterinya serta kaum kerabatnya

ADAB BERMASYARAKAT

• Menghindari diri dari menyakiti hati kawan

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

• Merendahkan diri
• Tidak bermasam muka
• Memberi layanan sama rata
• Meminta izin jika ingin masuk rumah
• Mengasihi anaknya dan hormati orangtua
• Menepati janji
• Mengamankan perselisihan
• Merahsiakan keaiban
• Membantu sesama islam
• Berbaik sangka
• Mententeramkan yang ditimpa musibah
• Tidak meremehkan orang lain
• Membantu golongan miskin
• Mudah memberi maaf
• Sentiasa bermanis muka

ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT, JENAZAH DAN KUBUR

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

• Menyegerakan untuk berziarah


• Memendekkan ziarah atau memanjangkan ziarah mengikut keperluan
• Mendoakan pesakit ketika menemuinya
• Sunat bertanya kan hal si pesakit kepada keluarganya
• Sunat orang menziarah duduk di kepala pesakit
• Sunat menyedapkan perasaan pesakit dengan penyembuhan dan panjang umur
• Mengingatkan pesakit dengan kalimah “ LA ILAHA ILLALLAH “
• Disunatkan membaca al-Quran dan berdoa supaya jenazah mendapat keampunan.
• Sampaikanla berita kematian itu kepada keluarga, sahabat dan orang soleh.
• Elakkan dari bercakap mengenai hal dunia tatkala berziarah.
• Elakkan dari meratapi akan kematian seseorang.
• Diwajibkan bagi yang menziarahi jenazah itu segera memandikannya, mengkafankan, menyembahyangkan
dan menghantar ke kubur lalu mengkebumikannya.
• Dahulukan bahagian kepada jenazah.
• Sunat disegerakan perjalanannya ke perkuburan.
• Dibolehkan berkenderaan sekiranya tanah perkuburan jauh.
• Pengiring atau orang ramai hendaklah berjalan dihadapan jenazah.
• Ambillah ikhtibar dengan menumpukan kematian yang bakal tiba.
• Disunatkan membaca al-Fatihah sebaik sahaja mayat hendak dibawa ke kubur.
• Wanita tidak digalakkan menghantar jenazah ke kubur kerana makruh hukumnya.

ADAB BERJIRAN
KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)
20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

• Tidak melakukan penginayaan terhadap jiran seperti zina,mencuri,menghina dll.


• Melindungi tetangga dengan mengambil berat tentang kesusahan mereka dan melindungi mereka dari bahaya.
• Berbuat baik dengan jiran dan selalu bertanya khabar
• Bersikap lapang dada terhadap jiran seperti memaafkan mereka jika mereka berlaku kasar terhadap kita

Ikhlas kerana Allah SWT Untuk menghilangkan kebodohan dari dirinya dan
orang lain

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

Berniat dalam menuntut ilmu untuk membela syari'at Berlapang dada dalam masalah khilaf

ADAB DALAM MENUNTUT ILMU

Beramal dengan ilmu Berdakwah kerana Allah

Mencari kebenaran dan sabar Menghormati para ulama dan memuliakan


mereka
Bersikap bijaksana Berpegang teguh dengan al-Kitab dan
as-Sunnah

ADAB TERHADAP IBU BAPA DAN KELUARGA

• Mentaati ibu dan bapa dalam segala hal kecuali perintah maksiat

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

• Berbicara dengan kedua nya dengan sopan dan lemah lembut


• Bangun menghormati keduanya apabila mereka datang
• Mencium tangan kedua nya setiap pagi dan petang
• Memelihara nama,kehormatan serta harta benda mereka
• Memuliakan mereka dan memberi apa yang mereka minta
• Berbincang dengan mereka dalam segala urusan dan pekerjaan
• Memperbanyak kan doa dan memohon ampun untuk mereka
• Sentiasa berusaha mengembira dan menyenangkan mereka
• Tidak mengangkat suara dihadapan mereka
• Tidak memotong cakap mereka
• Tidak keluar rumah tanpa izin mereka
• Tidak memeranjatkan mereka ketika mereka sedang tidur
• Tidak mencela mereka jika mereka melakukan sesuatu tidak memuaskan
• Tidak melunjurkan kaki dihadapan mereka
• Tidak berjalan mendahului mereka

AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

MENDAPAT DOSA BESAR TIDAK MENDAPAT


KEREDHAAN
ALLAH S.W.T

TIDAK SELAMAT HIDUP DIBENCI OLEH ALLAH S.W.T


DI DUNIA DAN AKHIRAT

HIKMAH MENGHORMATI IBU BAPA

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

ADAB DENGAN AL-QURAN

• Ketika membaca al-Quran adalah hendaklah berada di dalam keadaan bersih iaitu
berwuduk terus menerus dengan penuh adab dan tenang.
• Mengambil dan mengangkat al-Quran dengan tangan kanan. Pastikan menyimpan
dan meletakkan al-Quran ditempat yang tinggi seperti rak dan dalam almari.
• Ketika membaca al-Quran, pastikan menghadap kiblat.
• Boleh membaca secara berdiri atau duduk, tetapi sebaik-baiknya mestilah mengadap kiblat, menundukkan
kepala, tidak duduk secara bersilang kaki, tidak bersandar ataupun duduk seperti orang-orang yang sombong
(takabur).
• Pembacaan al-Quran mestilah dalam berkadar iaitu dibaca setiap hari sama ada banyak atau sedikit.
• Membaca al-Quran dengan talqin atau membaca dengan lagu dan tajwid.
• Menangis ketika membaca al-Quran amat dituntut kerana kehibaan di hati memikirkan ayat-ayat yang berunsur
ancaman dan kecaman serta janji-janji Allahberserta orang-orang yang melanggar perintahnya.

• Hendaklah dimulai pembacaan dengan terlebih dahulu membaca ‫ َأعُوذُ بِالِ مِ َن الشّيْطَا نِ الرّجِ يم‬yang bermaksud “Aku

berlindung dengan Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui daripada syaitan yang terkutuk”.

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20
Ada
b dan Akhlak Islamiah

• Pembacaan al-Quran hendaklah dengan suara yang rendah. Membaca sedemikian adalah lebih selamat
daripada perasaan riak dan menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Namun begitu pembacaan yang nyaring
adalah dituntut selagi pembacaan itu tidak menimbulkan sifat riak dan selagi tidak mengganggu orang lain.
• Memperindahkan pembacaan dan mentertibkan supaya tidak dibaca terlalu panjang sehingga merosakkan
susunannya.

KPLI j-QAF 2009 (IPGM Kampus Pendidikan Islam Selangor)


20

You might also like