You are on page 1of 25

BAB 1 PENGENALAN

1.1

Latar Belakang Kajian Pendidikan Moral ini telah dimasukkan dalam pelajaran Sivik pada 1974. Draf Sukatan

Pelajaran Pendidikan Moral tahun 1978 cuba memberi definisi pendidikan moral serta menyatakan objektif-objektif am mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah di Malaysia. Draf 1978 ini juga mengenalpasti 16 nilai teras iaitu kebersihan, baik hati, kesederhanaan, kerajinan, kesyukuran, kejujuran, keadilan, kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat bermasyarakat. Tiga lagi nilai teras diperkenal iaitu nilai kebebasan, hemah tinggi dan kerjasama pada tahap kedua sekolah rendah. Pada 20 Julai 1981, dua belas nilai dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Baru Sekolah Rendah iaitu sikap bersih dari segi fizikal dan mental, sikap belas kasihan, sikap sederhana, sikap rajin, sikap berterima kasih, sikap jujur, sikap adil, sikap kasih saying, sikap hormat-menghormati, sikap bermasyarakat, sikap tidak angkuh dan kebebasan. Menurut Kohlberg, beliau menganggap bahawa kebaikan dan keadilan adalah bersinonim dan pengajaran tentang keadilan atau kebaikan dilakukan melalui aktiviti mengemukakan soalan dan membantu murid untuk mencapai penyelesaian, dan bukan membekalkan jawapan. Dengan kata lain, pendidikan moral membabitkan pross membantu murid untuk maju kehadapan, dan bukan proses meletakkan sesuatu dalam fikiran mereka. Teori kognitif dan perkembangan moral mengkonsepsikan manusia sebagai organisma proaktif dan bukan organisma reaktif. Kohlberg berpendapat bahawa unit keberkesanan pendidikan adalah kumpulan sosial dan bukan murid secara individu.

1.2

Masalah Kajian Kajian ini adalah berkaitan dengan keberkesanan kursus Pendidikan Moral di Sekolah

Menengah serta memahami Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia. Kajian ini juga dijalankan kerana mata pelajaran ini dikenali sebagai mata pelajaran yang paling membosankan serta kurang penting untuk diajar. Perkara ini dapat dilihat apabila kebanyakan pelajar tidak mengambil berat mengenai subjek ini terutamanya sekali pada waktu peperiksaan. Tidak kurang juga pada guru yang mengambil mudah terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral ini. Cara pengajaran yang membosankan serta hanya menghafal fakta menyebabkan pelajar cepat bosan. Ketika hampir waktu peperiksaan, kebanyakan sekolah akan menggunakan waktu kelas Pendidikan Moral sebagai kelas tambahan untuk mata pelajaran lain. Ini kerana Pendidikan Moral dikatakan mudah dan hanya perlu menghafal fakta-fakta yang ada di dalam buku teks. Ini menyebabkan terdapat beberapa isu yang mengatakan bahawa Pendidikan Moral ini perlu dimansuhkan dari sekolah. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak tentang masalah dan isu yang dihadapi dalam mata pelajaran Pendidikan Moral ini serta memberikan kesedaran terhadap kepentingan Pendidikan Moral di sekolah.

1.3

Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk : Mengenalpasti pemahaman kurikulum Pendidikan Moral dalam membina motivasi pelajar. Mengkaji pelaksanaan moral dan nilai di dalam kehidupan seharian pelajar. Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran pelajar. Mengetahui peratus pendapat pelajar tentang memansuhkan mata pelajaran Pendidikan Moral.

1.4

Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji keberkesanan perlaksanaan kursus Pendidikan Moral di sekolah Menengah serta memahami Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia. Secara umumnya, dalam melaksanakan kajian ini, kepentingan yang ingin dicapai ialah : i. ii. iii. iv. v. Mengenal pasti tahap minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Mengetahui kepentingan Pendidikan Moral di sekolah. Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Mengenal pasti pendapat pelajar dalam pengajaran Pendidikan Moral di sekolah. Mengenal pasti peranguh Pendidikan Moral dalam kehidupan seharian pelajar.

1.5

Batasan Kajian Skop kajian ini memfokuskan kepada para pelajar di sekolah Menengah. Batasan kajian

ini meliputi pemahaman kurikulum Pendidikan Moral dalam membina motivasi pelajar. Pelajarpelajar juga menjadi tumpuan kerana mereka yang mempelajari subjek ini sepanjang mereka bersekolah. Tidak ketinggalan juga guru-guru yang mempengaruhi minat pelajar dalam matapelajaran ini dari segi pengajaran yang berkesan. Di sepanjang kajian ini dijalankan, terdapat limitasi dan batasan terhadap beberapa perkara : Di antaranya ialah : i. ii. iii. Kajian ini hanya mengambil responden seramai 30 orang pelajar. Kajian ini juga meliputi jantina lelaki dan perempuan yang berbilang bangsa. Kajian ini menumpukan kepada antara pelajar tingkatan dua sehingga tingkatan lima.

1.6

Definisi

1. Moral Moral pada dasarnya berasal daripada perkataan Latin mores yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore, 1987). Namun, moral merupaka satu perkara yang lebih merujuk kepada tingkah laku manakala etika merujuk kepada peraturan-peraturan yang ditentukan untuk memperbaiki sesuatu keadaan. Moral juga bersifat praktikal kerana moral merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat dan etika pula bersifat teoretika kerana etika mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Perkara ini menerangkan moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya. Mengikut kamus Oxford Advanced Learners, Edisi keenam, moral bermaksud kesedaran tingkah laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat bertindak sebagai penentu. Pertimbangan moral juga bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu contohnya seperti sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti. Kesedaran moral mempunyai hubung kait dengan hati nurani atau dalam bahasa asing disebut conscience, conscientia, gewissen, geweten dan dalam Bahasa Arab disebut qalb, fuad. Kesedaran moral ini merangkumi tiga perkara iaitu kewajipan untuk melakukan tindakan bermoral, wujud berasaskan rasional dan objektif iaitu sesuatu perbuatan secara umum dapat diterima oleh masyarakat dan ketiga ialah muncul dalam bentuk kebebasan. Sebagai contoh, dalam kehidupan bermasyarakat, kesedaran moral dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan progresif. Hal ini kerana, kesedaran moral yang wujud dalam setiap diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa, tolong-menolong dan lain-lain nilai yang baik. Perkara ini seterusnya akan membantu dalam melahirkan sebuah negara yang aman dan tenang di mana setiap rakyat akan sentiasa berasa selamat dan sejahtera dengan adanya masyarakat yang mempunyai kesedaran moral yang tinggi.

Contoh diatas jelas menyokong kata-kata Thomas Hobbes yang telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti berikut, Tanpa peraturan sosial (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi jahat, bersifat buas dan angkuh. (Mohd. Janib Johari, 1994)

2. Pendidikan Moral Pendidikan Moral ialah satu program yang mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan pemikiran moral, perasaan moral dan tingkah laku moral. Pendidikan Moral dijadikan mata pelajaran wajib bagi pelajar-pelajar bukan Islam. Pendidikan Moral ini telah dimasukkan dalam pelajaran Sivik pada 1974. Draf Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral tahun 1978 cuba memberi definisi pendidikan moral serta menyatakan objektif-objektif am mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah di Malaysia. Draf 1978 ini juga mengenalpasti 16 nilai teras iaitu kebersihan, baik hati, kesederhanaan, kerajinan, kesyukuran, kejujuran, keadilan, kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat bermasyarakat. Tiga lagi nilai teras diperkenal iaitu nilai kebebasan, hemah tinggi dan kerjasama pada tahap kedua sekolah rendah. Pada 20 Julai 1981, dua belas nilai dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Baru Sekolah Rendah iaitu sikap bersih dari segi fizikal dan mental, sikap belas kasihan, sikap sederhana, sikap rajin, sikap berterima kasih, sikap jujur, sikap adil, sikap kasih saying, sikap hormat-menghormati, sikap bermasyarakat, sikap tidak angkuh dan kebebasan. Menurut Kohlberg, beliau menganggap bahawa kebaikan dan keadilan adalah bersinonim dan pengajaran tentang keadilan atau kebaikan dilakukan melalui aktiviti mengemukakan soalan dan membantu murid untuk mencapai penyelesaian, dan bukan membekalkan jawapan. Dengan kata lain, pendidikan moral membabitkan pross membantu murid untuk maju kehadapan, dan bukan proses meletakkan sesuatu dalam fikiran mereka. Teori kognitif dan perkembangan moral mengkonsepsikan manusia sebagai organisma proaktif dan bukan organisma reaktif. Kohlberg

berpendapat bahawa unit keberkesanan pendidikan adalah kumpulan sosial dan bukan murid secara individu. 3. Pelajar Istilah pelajar atau murid merujuk kepada sesiapa yang sedang atau dalam

keadaan belajar. Kadangkala istilah ini diertikan dalam maksud berbeza dalam sesetengah negara atau kes-kes tertentu. Sebagai seorang pelajar, terdapat pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul termasuklah tanggungjawab terhadap diri sendiri, guru, negara, ibu bapa dan sebagainya. Tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri adalah seperti menjaga kebersihan diri, termasuklah kebersihan fizikal, mental dan rohani. Selain itu perlulah bersopan,jujur dan amanah. Pelajar juga perlu menghargai masa dan menepati masa, menghormati hak asasi orang lain, berani dan cekal hati, berdedikasi dan berdikasi, serta berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang. Kemudian, tanggungjawab pelajar terhadap agama pula adalah seperti taat kepada perintah Tuhan, mempertahankan kesucian agama, mendalami dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan harian, menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama, dan

menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan di kalangan masyarakat. Seterusnya ialah tanggungjawab terhadap keluarga iaitu, memupuk hubungan yang baik sesama ahli keluarga, memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang yang berpendidikan dan bermoral tinggi, menjaga nama baik keluarga serta menghormati sahabat / kenalan keluarga. Tanggungjawab seterusnya adalah pada masyarakat iaitu tolong menolong dan bekerjasama, menghormati orang-orang yang lebih tua, bertolak ansur, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain, persefahaman dan sabar, melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat atau kebajikan, bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan haiwan serta alam sekitar, memelihara kerukunan hidup berjiran dan mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencemaran budaya. Kemudian, tanggungjawab pelajar juga terhadap guru seperti menghormati guru sebagai sumber pengetahuan, bersopan terhadap guru, bersedia memberi kerjasama dan bantuan mematuhi arahan guru (yang tidak bertentangan dengan kehendak agama), menjaga perasaan guru, dan menerima teguran guru dengan positif. Dan akhir sekali tanggungjawab pelajar

terhadap negara seperti mencintai negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara, mematuhi undang-undang, mengamalkan Prinsip Rukunegara, menjaga kemudahankemudahan awam, menjaga dan menaikkan imej negara memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat Malaysia serta memelihara dan mempertahankan keindahan semulajadi Negara. 4. Guru Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Dalam bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai pengajar. Walau bagaimanapun dalam islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai penggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru yang sebenar. Antara pnggilan tersebut ialah al-Muallim, al-Murabbi, al-Muaddib dan alMursyid. Al-Muallim bermaksu menyampaikan ilmu yang benar. manakala al-Murabbi pula merujuk kepada menjayakan proses tarbiah atau mendidik. Al-Muaddib pula bermaksud mengajar adab dan budi pekerti dan al-Mursyid yang bermaksud membentuk kepimpinan insan.

Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar haruslah memiliki kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran.

BAB 2 METODOLOGI KAJIAN

2.0 Pengenalan Kajian ini dijalankan untuk memahami motivasi pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia melalui bilangan responden yang terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur. Kajian ini juga dijalankan di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan, Padang Serai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani. Bab ini akan menyelidik dengan lebih jelas dan terperinci mengenai keberkesanan perlaksanaan Kursus Pendidikan Moral di sekolah. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapatkan hasil-hasil data mengenai kajian yang ingin dikaji. Perkara-perkara yang disentuh ialah : 1. Reka bentuk kajian. 2. Tempat kajian. 3. Populasi kajian. 4. Alatan kajian.

2.1

Reka Bentuk Kajian Kajian yang dijlankan ini adalah berbentuk soal selidik, diedarkan kepada 30 orang

responden iaitu 14 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan dan 16 pelajar lagi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim. Daripada 30 orang responden tersebut, 8 orang adalah lelaki dan 22 orang adalah perempuan. Kajian ini adalah mengenai mata pelajaran Pendidikan Moral dan pelajar yang berkaitan juga kesemuanya beragama selain agama Islam. Berdasarkan maklumat yang diterima melalui soal selidik yang dijalankan, pengkaji dapat mentafsirkan dengan lebih mendalam tentang keberkesanan kursus Pendidikan Moral di sekolah.

2.2

Tempat Kajian

Kami telah memilih dua buah sekolah di Kedah untuk membuat soal selidik. Sekolah yang terlibat tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan, Padang Serai dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani. Kami memilih sekolah menengah sebagai bahan kajian kerana pelajar sekolah menengah lebih matang dan memahami tentang apa yang kami kaji dan boleh memberikan pendapat yang lebih jelas. Hal ini memudahkan kami untuk menyelidik tentang keberkesanan kursus Pendidikan Moral di sekolah.

2.3

Populasi Kajian Kajian mengenai keberkesanan kursus Pendidikan Moral di sekolah melibatkan 30 orang

respoden yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran Pendidikan Moral dari dua buah sekolah. Daripada 3o orang responden tersebut 8 orang adalah lelaki dan 22 orang lagi adalah wanita. Kajian ini juga mengkaji sebab-sebab mata pelajaran Pendidikan Moral ini kurang mendapat perhatian pihak sekolah serta pelajar-pelajar. Kebanyakan dari mereka menganggap Pendidikan Moral ini tidak perlu diberi perhatian yang penuh kerana ia adalah satu kursus yang mudah serta tidak penting. Mereka berpendapat perkara-perkara yang dipelajari ini boleh dipelajari secara tidak formal sepeti di rumah.

2.4

Alatan Kajian Kajian keberkesanan kursus Pendidikan Moral ini telah dijalankan dengan menggunakan

borang soal selidik. Borang ini terdiri daripada beberapa soalan yang akan diajukan kepada para responden berkenaan. Dalam borang soal selidik tersebut, terdapat 4 bahagian iaitu bahagia A, bahagian B, bahagian C dan bahagian D. Sebelum itu terdapat satu bahagian yang mengandungi maklumat peribadi responden seperti nama sekolah, negeri sekolah, lokasi sekolah, jantina, tingkatan, etnik, agama, serta pencapaian markah dalam mata pelajaran Pendidikan Moral yang terkini. Bahagian A adalah tentang Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral. Kemudian bahagian B adalah mengenai Pencapaian Objektif Pendidikan Moral. Seterusnya bahagian C bertanyakan tentang Faktor-Faktor Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran dan akhir sekali bahagian D tentang pendapat pelajar tentang pemansuhan matapelajaran Pendidikan Moral dari sekolah.

BAB 3 HASIL KAJIAN

Hasil kajian merupakan dapatan kajian yang diperolehi setelah menjalani kajian tentang memahami motivasi pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia. diperolehi dan ditunjukkan berdasarkan jadual jadual di bawah. Oleh itu, kajian yang

3.1 Persampelan dan populasi kajian Sample yang digunakan di dalam kajian ini adalah pelajar pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek Pendidikan Moral di dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim, Kedah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Karangan, Kedah. Populasi bagi kajian dan sample yang dibuat adalah sebanyak 30 orang.

3.2 Instrumen Kajian

Soal selidik dan kaedah temu bual secara bersemuka digunakan. Menurut Burke Johnson dan Larry Christensen (2000), borang soal selidik adalah instrumen pengumpulan data berbentuk self-report iaitu suatu tahap yang memerlukan setiap responden perlu mengisi sebahagian daripada kajian. Setiap persoalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik ini mempunyai tahap yang telah dipiawaikan yang bertujuan untuk menilai sesuatu item. Terdapat tiga bahagian utama di dalam borang soal selidik yang dibina iaitu bahagian: A maklumat responden dan motivasi pembelajaran Pendidikan Moral berdasarkan ya atau tidak. Bahagian B mengenai pencapaian objektif, bahagian C pula faktor faktor yang mempengaruhi, manakala bahagian D di mana responden memberi pendapat mengikut arahan yang dinyatakan.

3.3 Dapatan Kajian

Dalam bahagian ini ditunjukkan demografi responden berkaitan tajuk Motivasi pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia iaitu di dua buah sekolah yang terpilih.

Jadual 3.3: Bilangan dan Peratusan Populasi Pelajar Sekolah di dua Buah sekolah Yang Dipilih.

Sekolah SMK Ibrahim, Kedah SMK Sungai Karangan, Kedah Jumlah

Bilangan (orang) 16 14 30

Peratus (%) 53.3 46.7 100

Jumlah pelajar sekolah di kedua dua sekolah yang dipilih ialah seramai 30 orang pelajar. Bilangan ini meliputi 16 orang dari SMK Ibrahim seramai 16 orang pelajar dan SMK Sungai Karangan seramai 14 orang pelajar. Kajian ini juga dibuat secara rawak untuk melihat keberkesanan soal selidik ini.

3.4 Taburan Responden Mengikut Jantina Responden adalah terdiri daripada kumpulan jantina yang berbeza. Jadual 3.4 menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina yang menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden. Jadual 3.4 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina Bagi Pendidikan Moral di dua buah sekolah

Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

Bilangan (orang) 8 22 30

Peratus (%) 26.7 73.3 100

Berdasarkan Jadual 3.4 didapati bahawa bagi Pendidikan Moral responden perempuan adalah seramai 22 orang (73.3%) dan responden lelaki seramai 8 orang (26.7%).

3.5 Taburan Responden Mengikut Bangsa

Bagi kategori bangsa, responden yang mengambil subjek Pendidikan Moral adalah terdiri daripada Cina, India dan lain-lain. Jadual 3.5 menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut bangsa.

Jadual 3.5: Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa Bagi Pendidikan Moral Bangsa/ Etnik Cina India Lain - lain Jumlah Bilangan (orang) 16 12 2 30 Peratus (%) 53.3 40 6.7 100

Berdasarkan Jadual 3.5 didapati bahawa separuh responden adalah terdiri daripada bangsa Cina bagi responden yang mengambil subjek Pendidikan Moral iaitu seramai 16 orang dengan kadar peratusan 53.3%, manakala 12 orang (40%) India, manakala dua orang (6,7%) adalah lain-lain iaitu Kenyan dan Siam.

3.6 Taburan Responden Mengikut Agama

Bagi kategori agama, responden yang mengambil subjek Pendidikan Moral adalah terdiri daripada Buddha, Hindu dan Kristian. Jadual 3.5.1 menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut bangsa.

Jadual 3.6: Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Agama Bagi Pendidikan Moral Bangsa/ Etnik Buddha Hindu Kristian Jumlah Bilangan (orang) 14 11 5 30 Peratus (%) 46.7 36.7 16.6 100

Berdasarkan Jadual 3.6 didapati bahawa keseluruhan responden adalah terdiri daripada agama Buddha iaitu seramai 14 orang dengan kadar peratusan 46.7%, manakala seramai 11 orang (36.7%) adalah Hindu dan 5 orang (16.6%) Kristian.

3.7 Taburan Responden Mengikut Gred Diperolehi

Kategori ini pula menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut gred yang diperolehi bagi subjek Pendidikan Moral.

Jadual 3.7: Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Gred Yang Diperolehi bagi Pendidikan Moral

Pencapaian markah A (100%-80%) B (79%- 60%) C (59%- 40%) D (39%-20%) E (19%- 0%) Jumlah

Bilangan (orang) 22 5 3 0 0 30

Peratus (%) 73.3 16.7 10 0 0 100

Berdasarkan Jadual 3.7 jumlah responden yang memperoleh gred A sehingga C bagi subjek Pendidikan Moral adalah seramai 30 orang. Sebanyak 22 orang (73.3%) memperoleh gred A, lima orang (16.7%) gred B dan tiga orang (10%) gred C. Kebanyakan responden yang mendapat gred antara 80 100 % merupakan sebahagian besar pelajar Cina yang belajar di sekolah bandar dan beragama Buddha.

3.8 Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral di Malaysia

Kajian ini pula merujuk kepada peratusan responden mengenai motivasi pembelajaran dan keberkesanan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah yang berkaitan dengan kehidupan harian pelajar dan pembentukan nilai nilai murni.

Jadual 3.8 : Motivasi Pembelajaran Pendidikan Moral

Bil Soalan

Ya (%)

Tidak (%) 3.3 13.3

1 2

Saya menunjukkan prestasi yang baik dalam subjek Pendidikan Moral Saya merupakan salah seorang yang mendapat pencapaian baik dalam subjek pendidikan moral dalam kelas

96.7 86.7

Keputusan subjek pendidikan moral saya lebih bagus daripada subjek lain

70

30

Saya selalu jangka akan mendapat pencapaian yang bagus dalam Pendidikan Moral.

93.3

6.7

5 6 7

Saya selalu dapat menguasai topik baru dalam pendidikan moral Pendidikan Moral penting dalam pembinaan peribadi saya Pengetahuan pendidikan moral adalah sangat berguna jika dibandingkan dengan subjek lain

83.3 70 76.7

16.7 30 23.3

Saya berpendapat adalah penting untuk mendapat pencapaian yang baik dalam subjek Pendidikan Moral

80

20

9 10

Saya berminat dengan subjek Pendidikan Moral Aktiviti yang melibatkan mata pelajaran moral lebih baik berbanding aktiviti yang melibatkan subjek lain

76.7 63.3

23.3 36.7

11 12

Secara keseluruhannya, saya suka membuat latihan pendidikan moral Saya suka menghadiri kelas pendidikan moral.

76.7 76.7

23.3 23.3

Berdasarkan Jadual 3.8, didapati bahawa motivasi pembelajaran Pendidikan Moral dalam beberapa persoalan adalah berlainan nilai peratusannya. Peratusan yang paling tinggi dalam jawapan ya adalah dimana apabila persoalan mengenai prestasi akademik pelajar dalam Pendidikan Moral menunjukkan jumlah yang tinggi iaitu sebanyak 96.7 %. Responden yang memperolehi gred cemerlang berpendapat bahawa subjek Pendidikan Moral ini merupakan subjek yang mudah untuk skor kerana sukatan pelajaran Moral menerapkan nilai murni yang mudah dihafal tanpa perlu memahaminya. Manakala peratus rendah jawapan ya adalah 70 % mengatakan bahawa keputusan Pendidikan Moral lebih bagus berbanding subjek lain dan Pendidikan Moral penting dalam pembentukan peribadi pelajar kerana sesetengah pelajar yang mendapat gred yang kurang memuaskan sedangkan subjek Moral ini lebih kepada konsep KBKK. Nilai nilai murni juga boleh dipelajari secara tidak formal seperti didikan ibu bapa di rumah. Seterusnya pada jawapan tidak peratusan yang paling tinggi adalah dimana aktiviti yang melibatkan mata pelajaran moral lebih baik berbanding aktiviti yang melibatkan subjek lain iaitu sebanyak 36.7%. Sebahagian responden berpendapat bahawa subjek Moral kekurangan aktiviti yang bersesuaian dengan subjek Moral. Daripada Jadual 3.8 dapat disimpulkan bahawa peranan Pendidikan Moral dalam pembelajaran dan pembinaan sahsiah pelajar berkualiti di sekolah adalah penting namun perlu ada pemantauan terhadap pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran subjek Moral.

3.9 Pencapaian Objektif Pendidikan Moral

Kajian ini pula merujuk kepada peratusan responden mengenai pencapaian objektif Pendidikan Moral di sekolah berdasarkan pengalaman responden sendiri. Di dalam jadual ini terdapar ruang soalan, ruang jawapan iaitu setuju, kurang setuju dan tidak setuju. Selain itu, persoalan ini menumpukan kepada nilai tanggungjawab, kepercayaan agama, keprihatinan, hak asasi dan semangat patriotisme.

Jadual 3.9 Pencapaian Objektif Pendidikan Moral

Soalan

Setuju (%)

Kurang Setuju (%)

Tidak Setuju (%) 0

Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain

93.3

6.7

Pendidikan Moral dapat memberi kefaham tentang kepercayaan kepada agama.

93.3

3.35

3.35

Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar menjadi seorang yang prihatin terhadap alam sekitar.

90

10

Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar tentang pentingnya keamanan dan keharmonian hidup.

93.3

6.7

Semangat patriotik boleh dipupuk melalui Pendidikan Moral.

86.7

10

3.3

Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar untuk lebih memahami hak asasi manusia.

83.3

13.4

3.3

Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar tentang prinsip demokrasi dalam kehidupan

80

16.7

3.3

Berdasarkan jadual 3.9 menunjukkan dimana persoalan yang berkaitan dengan pencapaian objektif Pendidikan Moral dalam penyampaian nilai nilai murni berdasarkan kaitan dengan pengalaman pelajar sendiri. Jika dilihat pada ruangan setuju, peratusan yang paling tinggi menunjukkan persoalan mengenai Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain, Pendidikan Moral dapat memberi kefahaman tentang kepercayaan kepada agama dan Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar tentang pentingnya keamanan dan keharmonian hidup sebanyak 93.3 %.

Ini menunjukkan bahawa nilai nilai murni yang ada pada Pendidikan Moral sedikit sebanyak dapat mendidik pelajar supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan. Pada ruangan kurang setuju peratusan paling tinggi merujuk kepada Pendidikan Moral dapat mendidik pelajar tentang prinsip demokrasi dalam kehidupan (16.7%). In menunjukkan bahawa nilai berkaitan dengan demokrasi seperti kebebasan bersuara dan sikap keterbukaan kurang diberi perhatian semasa proses pembelajaran di sekolah. Mereka mengatakan nilai demokrasi ini kurang dipraktikkan di sekolah. Manakala pada ruangan tidak setuju peratus yang tinggi (3.35%) Pendidikan Moral dapat memberi kefahaman tentang kepercayaan kepada agama. Menurut responden, agama dan moral merupakan dua istilah yang berbeza kerana agama lebih kepada kepercayaan, manakala moral merupakan satu set tingkah laku sama ada betul atau salah. 3.10 Faktor Faktor Mempengaruhi Motivasi Pembelajaran Kajian ini pula merujuk kepada peratusan responden mengenai faktor faktor mempengaruhi motivasi pembelajaran berdasarkan pengalaman responden sendiri. Di dalam jadual ini terdapar ruang soalan, ruang jawapan iaitu pengaruh positif (menggalakkan), pengaruh negatif (tidak menggalakkan) dan tiada pengaruh. Selain itu, persoalan ini menumpukan kepada nilai tanggungjawab, kepercayaan agama, keprihatinan, hak asasi dan semangat patriotisme.

No

Soalan

Pengaruh Positif (%)

Pengaruh Negatif (%) 0 0 0 3.3 0

Tiada Pengaruh (%) 10 23.3 20 6.7 6.7

1 2 3 4 5

Kaedah pengajaran Pendidikan Moral di sekolah. Cara peperiksaan Pendidikan Moral Cara menjawab soalan Pendidikan Moral Tugasan projek Pendidikan Moral Isi kandungan buku teks subjek Pendidikan Moral

90 76.7 80 90 93.3

Cara komunikasi guru Pendidikan Moral dengan anda

93.3

6.7

Sukatan kurikulum Pendidikan Moral (36 nilai)

86.7

6.65

6.65

Pandangan kawan anda terhadap subjek Pendidikan Moral

76.7

16.7

6.6

Suasana pembelajaran Pendidikan Moral di kelas anda

86.7

10

3.3

10

Aktiviti pembelajaran Pendidikan Moral yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Moral anda

96.7

3.3

Berdasarkan jadual 3.10 menunjukkan dimana persoalan yang berkaitan dengan faktor faktor mempengaruhi motivasi pembelajaran dengan pengalaman pelajar sendiri. Jika dilihat pada ruangan pengaruh posititf, peratusan yang paling tinggi (96.7%) menunjukkan persoalan mengenai aktiviti pembelajaran Pendidikan Moral yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Moral mempengaruhi motivasi pembelajaran. Contoh aktiviti pembelajaran seperti perbincangan kumpulan, tayangan video yang berkaitan, lakonan dan sebagainya.

Pada ruangan pengaruh negatif peratusan paling tinggi (16.7%) merujuk kepada pandangan kawan terhadap subjek Pendidikan Moral yang mempengaruhi faktor motivasi pembelajaran responden. Ini menunjukkan bahawa rakan mempunyai pengaruh yang kuat dalam mempengaruhi pemikiran pelajar selain daripada ibu bapa. Manakala pada ruangan tiada pengaruh peratus yang tinggi (23.3%) cara peperiksaan Pendidikan Moral tiada pengaruh dalam motivasi pembelajaran. Reponden berpendapat peperiksaan sememangnya tiada pengaruh terhadap motivasi pembelajara kerana peperiksaan merupakan alat yang digunakan untuk menguji sejauh mana kefahaman pelajar terhadap topik pembelajaran tanpa melibatkan pengaruh motivasi dan nilai.

3.11 Pandangan Responden Mengenai Pendidikan Moral Wajar Dimansuhkan

Kajian ini pula merujuk kepada peratusan responden mengenai pandangan mereka mengenai adakah wajar pendidikan moral dimansuhkan. Di dalam jadual ini terdapar ruang soalan, ruang jawapan iaitu ya dan tidak. Jadual 3.11 Pandangan Responden Mengenai Pendidikan Moral Wajar Dimansuhkan Ya(%) 1 Pendidikan Moral wajar dimansuhkan 60 Tidak (%) 40

Berdasarkan jadual 3.11 menunjukkan dimana persoalan yang berkaitan dengan pandangan responden sendiri mengenai wajarkah Pendidikan Moral wajar dimansuhkan. 60 % mengatakan ya Pendidikan Moral wajar dimansuhkan manakala 40 % mengatakan tidak wajar Pendidikan Moral dimansuhkan. Pengkaji mendapati peratusan ya yang mengatakan wajar subjek Moral dihapuskan merupakan dari kalangan pelajar yang mendapat gred A atauinta cemerlang yang mendapati subjek ini semata mata menghafal fakta atau nilai tanpa perlu memahami lebih mendalam dan melaksanakannya. Ini menunjukkan perlunya perubahan dalam sistem pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Moral.

BAB 4 KESIMPULAN DAN CADANGAN

4. 0 PENGENALAN

Dalam bab ini, kajian lebih menjurus kepada aspek kesimpulan dan cadangan atau saranan. Maklumat maklumat yang diperoleh daripada kajian ini memberi gambaran secara menyeluruh mengenai keberkesanan perlaksanaan kursus Pendidika Moral. Rumusan akan dibuat berdasarkan hasil daripada kaji selidik yang telah diperoleh dalam bab sebelum ini.

4.1 KESIMPULAN

Daripada analisis data dan perbincangan terhadap dapatan kajian, secara keseluruhannya, didapati maklum balas responden beranggapan Pendidikan Moral sebenarnya mengatakan Pendidikan Moral wajar untuk dihapuskan berdasarkan kajian yang telah dijalankan. Jika dikaji semula, kemungkinan besar berlaku kekurangan yang besar khususnya dalam sistem pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, guru perlulah bijak dan kreatif dalam menguruskan para pelajar dan menjadikan subjek Pendidikan Moral itu adalah satu subjek yang penting.

Sesetengah responden mengatakan pelajaran Moral kadang kala membosankan kerana guru hanya menjelaskan dengan huraian panjang lebar dan berpandukan buku teks, yang membuatkan murid terpaksa mengikuti pelajaran. Ini adalah kerana dari segi proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, hanya lebih berteraskan kepada guru kerana hanya guru sahaja yang mengajar dan murid hanya mendengar. Pembelajaran berteraskan murid juga kurang dititikberatkan. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses pengajaran di dalam kelas

seharusnya melibatkan dua pihak guru-pelajar.

Suasana sosial di sekolah, cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku juga akan memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada perlaksanaan pembelajaran moral pelajar di sekolah.

4.2 CADANGAN

Berdasarkan hasil kajian yang telah dieprolehi, pengkaji ingin beberapa saranan yang difikirkan perlu agar pihak pihak tertentu mengambil langkah langkah yang difikirakn dapat menambahkbaikan kursus perlaksanaan kurikulum Pendidikan Moral di sekolah.

1) MENAMBAH SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat pelbagai kekurangan bagi mendapatkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral. Oleh itu, pihak sekolah perlu lebih banyak menghabiskan peruntukan yang diberikan bagi menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek-subjek teras. Guru-guru Pendidikan Moral perlu berusaha menyediakan bahan-bahan bantu mengajar bagi membantu mereka di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru ini juga perlu mengadakan pelbagai aktiviti pertandingan di kalangan pelajar bagi menambah bahan pembelajaran seperti pertandingan mereka model rumah ibadat, buku skrap dan persembahan power point bagi topik-topik yang diajar di dalam silibus Pendidikan Moral.

2) SISTEM PEPERIKSAAN MENGIKUT KEUPAYAAN Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem pelajaran di sekolah. Pelajar sekolah sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi murid yang lemah dan lembab. Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan pada pencapaian pelajar.

3) MEMPELBAGAIKAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kepentingan mempelbagaikan sumber pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi memastikan pelajar meminati subjek yang diajarkan. Ini juga jelas dinyatakan di dalam Fokus dan Strategi Membangunkan Modal Insan iaitu untuk memantapkan kurikulum dengan meneruskan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Selain itu juga, guru tidak hanya memfokuskan untuk menghabiskan silibus di dalam buku teks, malahan guru boleh mengaitkan nilai nilai murni yang ada dalam pengajaran, malahan guru juga boleh mengaitkannya dengan kehidupan seharian pelajar.

4) PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL

Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan pelajar. Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam mata pelajaran Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata pelajaran yang lain. Justeru itu, pelajar-pelajar sekolah perlu diberi peluang dalam menghayati nilai-nilai murni serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini sejajar dengan perkembang moral kognitif pelajar berkenaan dengan pertimbangan moral (moral judgement) yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri pertimbangan moral bagi golongan pelajar iaitu pertimbangan tentang nilai bukan fakta, pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan pertimbangan normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan tanggungjawab dan bukan pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri.

BIBLIOGRAFI

Chang Lee Hoon (2005). Konsep Asas Dalam Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Loganathan, R. (1995). Peringkat perkembangan moral di kalangan pelajar sekolah menengah bandar dan luar bandar. Latihan Ilmiah. Universiti Malaya. C. K. Cheung. The Teaching of Moral Education through Media Education. Vol. 16 No. 1. The University of Hong Kong, Hong Kong. The Asia Pacific-Education Researcher. Chang Lee Hoon (2002). Perkembangan domain moral dalam pengajaran dan pembelajaran sains sosial. Kertas yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sosial, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya pada 19 Januari, 2002

Colby, A., Kohlberg, L. (1987). The measurement of moral judgement. Volume I: Theoretical foundations and research validation. Cambridge: Cambridge University Press.

Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran . Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 19.

Liang Mingyue. Problems, causes and solutions in a school moral education course. Faculty of Education, BNU, China

LAMPIRAN

You might also like