You are on page 1of 15

Kebudayaan Dongson

Kebudayaan ini adalah berdasarkan jumpaan artifak Zaman Logam dan dipercayai berasal dari Dongson (Vietnam) di beberapa lokasi dan tapak arkeologi di rantau ini. Kebudayaan Dongson membawa pengertian yang lebih umum kerana ia merujuk kepada penemuan beberapa artifak yang diperbuat daripada logam dan dihasilkan di dalam Zaman Logam.

Di antara artifak tersebut ialah gendang gangsa, loceng gangsa, kapak gangsa dan sebagainya serta beberapa jenis artifak lain yang berasosiasi dengannya di suatu tempat di utara Vietnam yang bernama Dongson. Walau bagaimanapun, gendang gangsa khususnya gendang dari jenis Heger I dilihat sebagai objek yang paling popular sekali malah sering kali menjadi ikon apabila merujuk kemunculan dan penyebaran kebudayaan Dongson di Asia Tenggara.

Ciri-ciri Kebudayaan Dongson


Tinggalan budaya kebendaan sama ada berupa artifak atau monumen secara tidak langsung telah membolehkan kita membuat interpretasi berkaitan dengan tahap pencapaian masyarakat pendokongnya. Dalam hal ini lazimnya sesebuah tamadun atau kebudayaan masyarakat silam yang maju akan dimanifestasi melalui beberapa petunjuk atau ciri-ciri.

Justeru itu dalam membicarakan kebudayaan Dongson, secara tidak langsung juga terdapat beberapa ciri atau kriteria yang dilihat menjadi identiti kebudayaannya. Menurut Nguyen Giang Hai dan Trinh Sinh terdapat beberapa ciri berkaitan dengan kebudayaan Dongson, di antaranya ialah ;

Kemahiran Membuat Peralatan Untuk Pertanian Kemahiran Membuat Alatan Logam Kemahiran Membuat Alat Perhiasan Diri Kemahiran Membuat Senjata Amalan Pengkebumian Kemahiran Membina Rumah Kemahiran Membuat Perahu

Aktiviti

Asal Usul
Asal usul kebudayaan Dongson adalah berasal dari kawasan utara Vietnam. Kebudayaan Dongson sering kali dihubungkait dengan artifak gendang gangsa yang pertama kali ditemui.
Leong Sau Heng (1989) menyatakan bahawa kebudayaan Dongson bermula di Vietnam dengan tapak utamanya yang dijumpai pada tahun 1924 iaitu di tebing Sungai Song Ma dekat kampung Dongson di utara Vietnam.

Bernet Kempers Dongson terletak dalam kawasan yang dikenali sebagai Bac Bo, Vietnam Utara di sebelah selatan tebing Sungai Ma lebih kurang 10 kilometer ke timur laut bandar Thanh-hoa. Tapak ini merupakan salah satu tapak pembuatan logam yang terawal di Asia Tenggara selain daripada kawasan utara Thailand. Menurut Charles Higham (2002), lokasi utama kawasan Dongson sering dikaitkan dengan kawasan sekitar Red River dan Ca River yang terletak di utara Vietnam.

Periodisasi
Sungguhpun demikian, status kebudayaan Dongson juga turut menimbulkan polemik di kalangan penyelidik. Kebanyakan sarjana berpendapat bahawa jika dilihat dari segi ruang masa ataupun pentarikhan, kebudayaan Dongson dikatakan telah bermula sekitar tahun 500 B.C. hinggalah kira-kira tahun 500 A.D.
Menurut Pisit Charoewongsa (1978), beliau mencadangkan kebudayaan ini dikatakan wujud sekitar 600 BC (Stein Callenfels 1938).

Sebaliknya bagi Saurin & Carlbonnel, mereka lebih cenderung untuk menerima pandangan pentarikhan adalah 600 BC sebagai permulaan kebudayaan ini. Sementara bagi Janse (1961) pula beliau mencadangkan period tersebut sekitar 500 BC. Manakala bagi Karlgren (1942) pula beliau mencadangkan tempoh itu ialah pada 350 BC.

Tetapi bagi Watson pula berpendapat tradisi membuat peralatan Dongson bermula di antara abad ke-6 hingga ke2 SM. Kebudayaan Dongson dikatakan berakhir ekoran penaklukan oleh Dinasti Han yang diketuai General Ma Yuan sekitar 4 - 3 AD (Pisit Charoewongsa 1978).

Sebaliknya menurut Victor Goloubew, Kebudayaan Dongson berkembang sejak abad pertama Sebelum Masihi.
Pendapat ini adalah berdasarkan jumpaan beberapa mata wang zaman Han (sekitar tahun 100 SM.) di kawasan perkuburan di Dongson (R. Soekmono 1973).

Artifak dan Peralatan


Gendang gangsa Loceng gangsa Tempayan gangsa Senjata (pedang, mata panah, mata lembing dll) Alat perhiasan diri (gelang, dll)

Kesimpulan
Tanggapan umum kebudayaan Dongson telah tersebar dan diamalkan di kebanyakan kawasan di Asia Tenggara berdasarkan jumpaan artifak gendang gangsa khususnya dari jenis Heger I atau gendang Dongson di beberapa lokasi di rantau ini sukar untuk dipastikan.
Penyebaran gendang Dongson di negara ini hanya berlaku dalam bentuk penyebaran objek sahaja dan bukannya penyebaran kebudayaan masyarakat asalnya (Vietnam).

penyebaran objek gangsa bukanlah disebabkan berlakunya diffusi budaya iaitu tersebarnya kebudayaan dari tanah besar Asia Tenggara ke rantau ini. Tetapi lebih diyakini sebagai petunjuk tentang adanya hubungan dagangan di antara gugusan Nusantara dengan tanah besar Asia Tenggara.

You might also like