P. 1
contoh karangan bm

contoh karangan bm

4.88

|Views: 158,392|Likes:
Published by j benjamim

More info:

Published by: j benjamim on Aug 20, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/22/2014

pdf

text

original

SEMANGAT KEJIRANAN

@Rakyat Malaysia keseluruhannya perlu mensyukuri, menghayati dan menghargai keamanan yang dinikmati di negara ini. Mereka perlu meningkatkan semangat kejiranan dan persaudaraan, kerana konsep kejiranan mampu membawa dan mengekalkan keamanan, keselamatan dan ketenteraman di negara ini. @Keselamatan dan keamanan yang terdapat di negara kita ini telah diusahakan oleh pemerintah dengan penuh tanggungjawab. Sistem pentadbiran kita itu menjadikan negara kita ini selamat, dan aman. Keamanan dan ketenteraman ini pula menjadikan negara kita lebih maju jika dibandingkan dengan sesetengah negara sedang membangun. @Keamanan dan ketenteraman inilah yang hendak kita pertahankan. Kalau kita tidak berusaha mempertahankan keamanan, negara akan menjadi kacau bilau dan huru hara. Keamanan tidak akan tercapai kalau kita tidak mempunyai suasana yang baik dan jika tidak wujud perpaduan. @Rakyat harus menghargai dan mensyukuri keamanan. Sekiranya negara menjadi huru hara, pemulihan untuk menjadi aman semula bukan suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan.Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan contoh ampuh untuk dijadikan iktibar. @Konsep kejiranan serta konsep persaudaraan memang cukup menarik dan mesti dikekalkan. Konsep kejiranan dan persaudaraan ini adalah sebahagian daripada perkara yang dianjurkan oleh Islam. Suatu nilai yang paling utama dianjurkan oleh Islam ialah persaudaraan dan kejiranan ada hubung kaitnya dengan dengan persaudaraan, atau ukhuwah. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan, dapat diwujudkan rasa kasih , sayang menyayangi, bantu membantu, hingga timbul suatu kekuatan dalam kalangan rakyat untuk tolongmenolong, ingat-mengingati, tegur-menegur, sehinggakan seseorang itu merasakan dirinya begitu lemah jika tanpa berjiran. @Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga akan dapat menghilangkan perasaan iri hati, berdengki, bermusuh-musuhan dan sifat-sifat negatif lain yang boleh membawa kepada perpecahan. Jika kita dapat benar-benar mengamalkan semangat kejiranan akan timbullah sifat bersih hati dalam kalangan masyarakat. @Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Kerana itu,jiran ialah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang akan menambahkan pengetahuan dan memberi manfaat kepada kita. @Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Keselamatan Kawasan. Gejala-gejala sosial seperti bersekedudukan, berkhalwat dan sumbang mahram dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlaku perkara- perkara yang meragukan. @Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Kita hendaklah membiasakan diri bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepada amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila ditimpa masalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan kebahagiaan hidup.

@Kita perlu meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan semangat hidup berjiran.Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung atau menziarahinya.Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila kita atau mereka sanggup mengetepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran pada masa diperlukan. Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung dan sebagainya sememangnya dapat memupuk dan meyemai hubungan baik dan semangat kejiranan.

@Peranan jiran amat penting dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Walau sebesar mana sekalipun gelombang perubahan yang melanda masyarakat kita namun semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan. Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni mengukuhkan ikatan kasih sayang yang kadangkala melebihi daripada keluarga sendiri. Kehidupan yang mendapat keberkatan adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.

REMAJA : PENGISIAN & PENGHAYATAN KEMERDEKAAN
Pengenalan PATRIOTISME sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Dalam dunia globalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotisme amat penting seperti yang sering disebut melalui sabda Rasulullah, `kasihkan watan itu sebahagian daripada iman'. Syeikh Daud Abdullah al-Fatani, seorang ulama besar Patani pernah mengingatkan kita bahawa mempertahankan negara daripada penjajahan ataupun tekanan kuasa asing adalah fardu ain. Membebaskan Diri Daripada Belenggu Masalah Sosial Walaupun telah 51 tahun kita merdeka dengan pelbagai kejayaan gemilang yang kita peroleh, dengan kemajuan yang semakin pesat serta kemakmuran yang semakin melata, kita sering kali dibelenggu oleh pelbagai isu nasional termasuklah masalah sosial yang tidak putus-putus. Kemelut sosial ini yang menjadi ’barah’ besar rakyat di negara ini harus dihadapi dengan penuh persediaan . Apabila negara semakin maju serta mencapai segala bentuk kemajuan material, kekangan besar mereka adalah modus operandi untuk memimpin golongan muda terutama golongan pelajar agar menghargai kemerdekaan. Penghargaan ini adalah satu perkara yang sangat penting kerana tanpa diberi pemahaman yang jelas pasti kemerdekaan ini akan tinggal sejarah. Anak-anak muda alaf baru hanya mengenal merdeka dari kaca mata sejarah. Kemerdekaan yang dicapai tidak dilihat daripada perspektif pengorbanan, maruah diri dan perpaduan. Kefahaman tentang merdeka itu hanya diberi sekadar kulit dan material. Budaya kasih akan negara, cinta akan kedamaian dan keazaman untuk menghancurkan segala anasir buruk yang hendak menghancurkan negara pasti tidak berlaku, sekiranya erti merdeka tidak ditanam sedalam-dalamnyaPemahaman dan falsafah merdeka harus diterjemah dengan makna dan interpretasi yang jelas khususnya dalam memimpin generasi muda. Mereka harus dididik dengan jelas tentang rasionalnya mereka harus memahami makna merdeka dan bagaimana mereka harus membuktikan kesetiaan dan kasih mereka akan negara secara jelas dan benar.

Golongan lama boleh memikirkan metodologi yang berkesan supaya anak-anak pascamerdeka ini tidak akan hanya pandai menyebut merdeka tetapi tidak langsung menjiwai erti kemerdekaan sebenarnya.Kecintaan kepada negara ini haruslah disemai pertamanya, sejak di bangku sekolah lagi melalui aktiviti-aktiviti persekolahan yang memfokuskan program dan aktiviti menanam sikap kasih akan negara. Sikap sebegini tidak perlu tunggu sematamata ketika hampirnya saat merayakan kemerdekaan tetapi sebaliknya haruslah secara berterusan.Konteks kecintaan ini ada hubung kaitnya dengan agama dan iman seseorang. Sebab itu program-program patriotisme dan aktiviti harus digiatkan sama ada di dalam atau di luar sekolah agar budaya ini tidak hanya jadi siulan semata-mata. Kedua, kita perlu mengajar erti kemerdekaan ini bukan dari aspek konteks sejarahnya sahaja, seperti kita hanya mengenal siapa dia Tunku Abdul Rahman, Tun Abd. Razak, siapa dia Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela, (sekadar menyebut beberapa nama). Dasar perjuangan mereka yang sebenarnya perlu disemat dalam dada para remaja terutama pelajar-pelajar sekolah. Episod-episod perjuangan dari segi susur galur yang berlaku pada ketika itu, punca penentangannya, cara penentangan berlaku dan alasan-alasan penentangan perlu kita telusuri. Ini merupakan kaedah yang harus disentuh untuk dijelaskan kepada anak muda. Kepercayaan kita akan perjuangan mereka ini bukan sahaja dari aspek personaliti sematamata tetapi lebih daripada itu. Ini adalah landasan perjuangan yang tidak putus-putus yang akhirnya membawa kepada hasil yang amat besar dan berkesan. Ketiga, kefahaman remaja bahawa kemerdekaan yang paling utama pada ketika dan saat ini idalah merdeka jiwa daripada segala bentuk penjajahan sama ada material atau spiritual. Merdeka jiwa maknanya satu proses kebebasan daripada belenggu serta anasir yang mengongkong pemikiran, budaya kerja dan segala yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Jiwa yang merdeka adalah jiwa yang sentiasa subur dengan elemen-elemen positif yang mampu untuk membentuk gambaran kehidupan secara lebih baik. Manusia yang merdeka jiwanya adalah orang yang mempunyai akal fikiran yang positif, gerak kerja yang pantas serta melakukan tindakan mengikut tatasusila yang berlandaskan nilai-nilai yang baik. Orang seperti ini yang ingin kita lahirkan. Mempunyai jiwa dan akal yang bersih hasil daripada pendidikan serta tarbiah yang sebenar-benarnya. Jiwa merdeka juga ada hubung kaitnya dengan membebaskan diri daripada belenggu kebendaan. Maknanya golongan yang merdeka jiwa adalah mereka yang tidak mudah dibeli dengan wang ringgit dan tidak semudahnya dibuai dengan nilai dan kemewahan dunia. Kejayaan negara dan bangsa disambut dengan penuh rasa insaf dan yakin melalui usaha dan pengorbanan serta gerak kerja yang sebenarnya. Golongan yang merdeka jiwanya juga adalah mereka yang sentiasa positif dalam melakukan kerjanya demi kemajuan dan kemakmuran negara.

PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH
Pengenalan Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan .Mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek.

Program keceriaan sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapai kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan amal. Objektif Program Keceriaan Sekolah #Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis. #Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelbagai kemudahan dan prasarana di kawasan sekolah. #Memupuk sikap bertanggungjawab pelajar dan seluruh warga sekolah terhadap kewujudan #institusi pendidikan mereka. #Mewujudkan kerjasama antara warga sekolah. #Menjadikan kawasan sekolah selesa dan kondusif hingga mendorong sikap dan motivasi positif pembelajaran dalam kalangan pelajar. Perancangan Strategik Program Keceriaan #Mengenal pasti kawasan sekolah dan kelas yang perlu diperindah dan diceriakan. #Memberi tumpuan terhadap taman yang kurang ceria . #Membahagikan tugas menceriakan kawasan dan taman kepada persatuan dan badan beruniform. #Menceriakan kawasan persekitaran sekolah dengan menambahkan pokok-pokok hiasan. #Menyediakan kemudahan kepada pelajar terutama pondok ilmu, tempat istirahat , wakaf diskusi dan laluan pelajar dengan lebih banyak. #Mewujudkan dana keceriaan sekolah daripada pelbagai pihak. #Memberi tumpuan kepada kawasan padang yang perlu diceriakan dan meningkatkan kemudahan untuk keselesaan pelajar. #Meminta nasihat dan bantuan daripada konsultan atau pihak luar yang lain yang berpengalaman bagi meningkatkan keceriaan landskap kawasan sekolah. #Memberi tumpuan kebersihan kawasan sekolah dengan menanam sikap atau menghayati slogan seperti “Sekolahku Rumahku” , “Cintailah Sekolah Kita” dan sebagainya dalam kalangan warga sekolah. #Membaiki dan menceriakan kawasan pembuangan sampah , tapak pelupusan dan kawasan pembersihan dengan lebih baik. #Menambahkan bilangan pokok bunga yang sesuai untuk memperindah kawasan sekolah. #Menambah kerusi batu di tempat-tempat yang sesuai bagi tempat rehat pelajar. #Menjaga kesuburan pokok bunga supaya kelihatan segar. #Mengadakan kempen keceriaan secara berterusan termasuk aktiviti gotong royong membersih kawasan sekolah dalam kalangan warga sekolah seperti kempen sumbangan pokok dalam kalangan warga sekolah,membina papan kenyataan berinformasi di setiap taman, mengecat pasu bunga, tiang larit dan sebagainya di kawasan sekolah, membina arca

di kawasan taman,membina menara jam, membina kolam dan air terjun dan membina laluan berbumbung di kawasan taman dan membina taman herba baru. Keceriaan Bilik Darjah Atau Kelas #Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana dalam bilik darjah. Untuk mencapai kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah atau kelas sentiasa dalam keadaan yang bersih dan ceria. #Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa ke masa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik. #Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat antara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH 1. Program 3K atau Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah telah diadakan selama lebih 18 tahun sejak tahun 1991. Program ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh negara. 2. Sekolah-sekolah lebih ceria dan selamat malah kadar kemalangan di kawasan sekolah juga amat berkurangan.

3. Program ini telah mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang lebih baik apabila kadar ponteng sekolah menurun, kes vandalisme berkurang dan prestasi akademik meningkat. 4. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kepimpinan pengetua telah membuahkan hasil dengan meningkatnya prestasi kecemerlangan pendidikan di sekolahsekolah berkenaan. 5. Terdapat sekolah yang memberi tumpuan kepada aspek keselamatan sebagai komponen utama Program 3K. Rasional polisi keselamatan diperkenalkan ialah untuk memberi pendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan fizikal, emosi, sosial dan teknikal. 6. Program ini dapat menjana keinginan pihak sekolah untuk terus meningkatkan kemajuan sekolah kerana melalui 3K, mereka berpeluang menilai kedudukan dan pencapaian sekolah berkenaan. 7. 3K juga memberikan ruang kepada para pelajar untuk berinteraksi sesama mereka melalui kerja-kerja yang dilakukan di luar bilik darjah menyediakan taman dan landskap di kawasan sekitar sekolah.Melaluinya para pelajar dapat mengenal pasti potensi dan keupayaan mereka sebagai pemimpin selain membentuk disiplin diri apabila dilantik mengetuai sesuatu projek. 8. Melalui 3K , pelajar, guru dan guru besar dapat berinteraksi dalam suasana yang lebih mesra sekali gus menjalin hubungan baik antara mereka dan memudahkan pelaksanaan segala urusan berkaitan pendidikan di sekolah itu.

Sumber : Blog Cikgu Shuhaimi Sulaiman. Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 21:38 0 ulasan

Kejadian Buli Satu Fenomena Sosial
Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar. Huraikan punca-punca tercetusnya masalah ini dan langkah-langkah untuk menanganinya. Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini. Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan. Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini. Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya. Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah. Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah. Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama. Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir

semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia. Sumber : Blog Cikgu Azman Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 16:31 0 ulasan

DISIPLIN PELAJAR
Sumber : Blog Cikgu Azman Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkah mengatasinya. Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan kerajaan? Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi. Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu. Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggung jawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya. Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan masalah disiplin sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan

masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih berdisiplin. Kemelut ini mudah dibendung jika ibu bapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin ini. Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata. Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 16:04 0 ulasan

KARANGAN RESPONS TERBUKA
Karangan Semangat Kejiranan Terhakis Dalam Masyarakat Kita? Semangat kejiranan sudah longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya. Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya. Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran. Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini. Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini. Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat strategik. sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita? Novel sudah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja suka membaca novel yang berunsur cinta.Jelaskan kebaikan-kebaikan dan keburukan membaca novel.

Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam kehidupan manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam kehidupan remaja terutama novel berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa remaja. Cuma membaca novel mampu membawa impak positif dan negatif yang harus diberi perhatian oleh semua pihak. Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan isu semasa realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja. Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam bentuk cerita yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel yang dibaca semakin luaslah minda remaja. Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri pembaca untuk mengetahui maksud perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu. Sudah pasti tindakan ini akan memastikan pembaca mempunyai koleksi kosa kata yang banyak. Malah, aktiviti membaca novel membolehkan seseorang itu menghabiskan masa senggangnya dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel memerlukan seseorang itu menumpukan perhatian yang jitu untuk satu masa yang panjang. Biasanya sehari atau mungkin beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan sesebuah novel itu. Jadi, membaca novel menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan baik tanpa melibatkan kegiatan yang tidak baik. Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu mengabaikan tugas sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk membaca novel menyebabkan pelajar akan melupakan tanggungjawabnya untuk belajar atau membuat kerja sekolah yang penting itu. Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu membaca lebih banyak novel dalam tempoh yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin akan terus merosot terutama ketika peperiksaan utama umum diambil oleh mereka. Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai dengan usia

mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan remaja turut membina satu kelompok remaja negara yang berpengetahuan luas dan memiliki pemikiran yang kritis. Posted by Noor Azman Mahat at 8:11 PM 0 comments Links to this post Saturday, March 07, 2009

Karangan Internet Menyebarkan Informasi Masyarakat?
Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas dan murah. Namun, menyebar luaskan maklumat melalui internet boleh menjadi ancaman kepada adat, norma, dan nilai masyarakat sesebuah negara. Ulaskan pernyataan di atas. Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia. Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal ini amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara. Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang meluas dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang ketara atau berkesan seperti media massa yang lain. Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi mengamalkan aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat. Hubungan “siber” (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya. Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya penipuan dan perkara yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas. Malah yang mengejutkan sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui internet dan bukan melalui kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang. Budaya menulis dan menghantar kad akan semakin hilang ditelan zaman dan diambil oleh kad elektronik yang lebih canggih dan mengikut peredaran masa. Kemungkinan hilangnya budaya menghantar kad ketika menyambut hari lembaran tidak dapat dinafikan lagi. Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang berunsur lucah. Penggunaan internet dalam aspek ini amat memalukan dan memang bertentangan dengan budaya manusia sejagat. Cuma yang menyedihkan ialah semakin ramai golongan remaja malah kanak-kanak yang melihat bahan lucah ini atau terlibat sama dalam penyebarannya. Penggunaan internet bukan sahaja setakat menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imej digital internet turut meningkatkan gejala ini dengan menggunakan muka orang lain dan badan orang yang lain pula.

Kerajaan mengawal pembacaan beberapa buah buku dan majalah serta berita di negara ini demi menjaga keamanan negara. Namun dengan adanya internet semua buku, bahan atau berita yang diterbitkan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan kerana internet tidak mempunyai sempadan dan sukar untuk dikawal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat mudah disogok dengan buku dan berita yang tidak tepat atau kurang sesuai dengan peringkat umur mereka sehingga boleh menimbulkan satu keadaan yang mengancam keselamatan negara. Berkaitan dengan penerbitan buku di atas, internet secara tidak langsung turut melanggar undang-undang harta intelek iaitu penulis buku atau syarikat penerbit buku. Penerbitan buku dalam internet biasanya dibuat tanpa kawalan dan ini boleh menyebabkan kerugian terutama kepada penulis dan penerbit buku tersebut. Keadaan ini jika tidak dikawal akan menyebabkan tiada lagi penulis atau penerbit yang mahu menerbitkan buku mereka untuk tatapan pembaca biasa. Bukan sahaja buku dan berita yang tidak sihat boleh ditemui dalam internet tetapi penyiaran iklan yang tidak sesuai turut ada di dalam sistem canggih itu. Penyebaran iklan yang tidak sihat atau tidak dikawal oleh pihak berkuasa boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat. Bagaimana perkara atau iklan ini boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat? Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat terutama remaja suka meniru sesuatu terutama yang mereka nampak atau dengar. Jadi di sinilah peranan iklan yang tidak sesuai di internet berlaku. Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh kerajaan dengan bersungguh-sungguh. Keengganan kerajaan bertindak tegas dalam persoalan ini boleh membawa kesan buruk kepada negara dalam jangka masa panjang. Masyarakat pula perlu lebih pandai menapis dan memilih bahan dalam internet agar mereka tidak terpedaya dengan golongan tertentu yang cuba menghancurkan keamanan negara kita. Posted by Noor Azman Mahat at 8:55 PM 1 comments Links to this post Sunday, March 01, 2009

Karangan Pengangguran Semakin Meruncing
Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga. Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya. Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer. Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar. Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai. Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak. Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan. Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalIH Sumber : Blog Cikgu Azman Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 12:53 0 ulasan

LARANGAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH
Contoh Karangan Pelajar : Kewajaran Larangan Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah Januari 23, 2009 — mindabahasa

Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia. Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita. Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar berita dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G. Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan. Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit? Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian, pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak sihat. Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang telefon itu.

Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas, kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos penggunaan yang tinggi. Dipetik daripada : Blog Minda bahasa Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 20:38 0 ulasan

ISU PENGANGKUTAN AWAM
Contoh Karangan Pelajar : Isu Pengangkutan Awam Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini. Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT. Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus

diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan. Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini. Dipetik daripada : Blog Mindabahasa Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 20:36 0 ulasan

SISTEM MAKLUMAT RINGKAS (SMS)
Artikel asal milik Tuan Hj Samat Buang KECANGGIHAN dan kemajuan dalam teknologi komunikasi hari ini telah banyak mengubah gaya hidup dengan memanfaatkan kemudahan yang tidak wujud sebelum ini. Revolusi teknologi komunikasi sudah menjadi kebiasaan bagi segenap masyarakat Malaysia sehingga evolusi senyap yang berlaku kadangkala langsung tidak kita sedari. Itulah hakikat yang terpaksa diterima apabila dewasa ini pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba¬lumba menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Antaranya termasuk perkhidmatan SMS (khidmat pesanan ringkas), MMS (khidmat pesanan multimedia), Bluetooth (teknologi tanpa wayar), dan bermacam-macam lagi. Tidak cukup dengan perkhidmatan yang ditawarkan, malah syarikat pengeluar telefon jugs tidak ketinggalan mewarnai kemajuan teknologi dengan menawarkan paparan skrin besar dan kualiti gambar, perakam video kamera, nada dering, PDA (telefon pembantu peribadi digital), dan lain-lain lagi. Lantaran itu, golongan remaja begitu alpa dan tertarik dengan perkembangan ini yang dilihat sebagai suatu budaya dan trend anak muda yang sudah semestinya harus dimiliki. Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) kini bukan lagi sekadar perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima pesanan pendek, malah fungsi perkhidmatan ini semakin meluas. Sejak beberapa tahun belakangan ini, pelbagai jenis program televisyen (TV) realiti muncul dalam dunia hiburan tempatan. Fenomena ini bukan setakat bertumpu kepada bidang nyanyian semata-mata, tetapi juga melarat hingga soal mencari menantu. Selain itu, program TV realiti turut diperluas dalam usaha bagi melahirkan usahawan dan gari serta gariah membaca al-Quran. Tidak dinafikan bukan semua program TV realiti hanya menghidangkan persembahan hiburan. Tetapi ada antaranya yang boleh memberi manfaatkepada para penonton. Cuma yang kurang elok apabila kebanyakan program TV realiti di negara kita menggunakan SMS bagi menentukan pemenangnya. Dalam hal ini, para pengundi SMS secara implisit telah dipergunakan. Mereka terpaksa membayar SMS pada kadar harga yang tinggi untuk menentukan pemenang program itu. Jika SMS biasa mengenakan caj sekitar 20 sen melalui sekali kiriman, tetapi ada dalam kalangan stesen TV yang mengenakan caj bayaran hingga 65 sen bagi setiap kiriman atau undian yang dilakukan.

Fenomena penggunaan SMS dalam program-program TV realiti dilihat semakin meluas dan hal ini amat menggawatkan. Peningkatan penggunaan SMS turut diluahkan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad pada Perhimpunan Agung parti itu pada tahun

lalu. Difahamkan dari Januari hingga Mac 2007, rakyat negara ini khususnya pengguna telefon bimbit menghantar lebih 11.7 bilion SMS yang menyaksikan peningkatan sebanyak 4.3 peratus untuk tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Tegasnya, rakyat Malaysia berbelanja berbilion ringgit untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) terutamanya yang melibatkan rancangan televisyen berbentuk hiburan bukannya satu permasalahan yang boleh dipandang enteng oleh semua pihak. Kerajaan harus mengekang permasalahan ini sebelum menjadi parah kerana secara langsung unsur-unsur penghantaran SMS ini menggalakkan pembaziran dan pemborosan secara keterlaluan. Kecanggihan teknologi pada masa kini sebenarnya mampu menyumbangkan sesuatu yang SMS hari ini digunakan bukan sekadar untuk berhubung dengan rakan-rakan, tetapi merupakan teknologi maklumat yang mempunyai faedah yang lebih besar mungkin tidak pernah anda fikirkan selama ini. Kenyataan yang biasa anda dengari seperti "segalanya di hujung jari anda" membuktikan hakikat ini. Kepentingan SMS hari ini digunakan bukan sekadar untuk berhubung denganrakan¬rakan, tetapi merupakan teknologi maklumat yang mempunyai faedah yang lebih besar. Hal ini demikian kerana sekiranya dimanfaat sepenuhnya, boleh menjadi alat berkesan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang paling selamat untuk didiami. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu orang ramai menggunakan SMS bagi melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai masalah sosial seperti kes rogol dan jenayah. SMS merupakan alat komunikasi yang paling cepat dan cekap untuk memaklumkan kepada agensi-agensi penguat kuasa seperti polis mengenai kejadian jenayah. Hal ini amat mudah kerana mereka cuma perlu menghantarkan SMS kepada polis dan tidak perlu lagi untuk membuat panggilan atau ke balai polis untuk membuat aduan. Kalau mereka ternampak kejadian jenayah seperti mencuri, penderaan kanak-kanak,dan rogol mereka terus membuat laporan melalui SMS yang dikenal sebagai "DAPAT" atau talian 32728 yang merupakan nombor SMS berpusat sebagai mata dan telinga polis. Itulah antara konsep yang diamalkan menerusi Rakan Cop atau Rakan Potis yang berorientasikan masyarakat menerusi perkongsian bijak dan memberi peluang orang ramai agar memainkan peranan aktif dan positif dalam memerangi jenayah bersama-sama pihak polis. Tetapi, kini Rakan Cop setelah diperluas ke seluruh negara semakin ketara peranannya dalam membanteras jenayah. Indeks jenayah berjaya mengalami penurunan daripada 24,571 pada 2003 kepada 21,241 pada 2004 dan menurun lagi kepada 19,695 pada 2005. Budaya penggunaan SMS turut tempias di peringkat sekolah. Sekolah-sekolah diseluruh negara dipelawa untuk menggunakan aplikasi SMS Sekolah yang dibangunkan oleh MyPressto. com Sdn. Bhd. Aplikasi yang menggunakan teknologi SMS itu akan dapat memudahkan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa. Pada masa kini ramai ibu bapa mempunyai telefon bimbit masing¬masing. Ibu dan bapa terutamanya yang sibuk bekerja mungkin tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Melalui sistem berkenaan, maklumat peribadi murid akan dapat diakses dengan mudah oleh guru melalui komputer dan segala urusan menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dapat diselesaikan dalam masa beberapa minit melalui telefon mudah alih mereka. Aplikasi itu merupakan satu langkah ke hadapan dalam pembestarian sekolah kerana merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan sekolah. Caj yang dikenakan kepada ibu bapa untuk menggunakan SMS Sekolah adalah minimum iaitu cuma RM3 sebulan. Projek perkhidmatan SMS Sekolah oleh MyPressto dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertama melibatkan data-data daripada tiga aplikasi, iaitu Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), Sistem Maklumat Murid (SMM), dan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS). Data daripada tiga aplikasi tersebut akan membolehkan sistem menyalurkan maklumat melalui

SMS kepada penjaga berkaitan kehadiran, disiplin, dan latihan pelajar, serta memo. Fasa kedua pula melibatkan sistem SSDM, Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (SSMS), Sistem Maklumat Integrasi Pelajar (ISIS), EMIS dan SMM. Dalam fasa itu, maklumat yang dihantar ialah kehadiran, disiplin, latihan, memo, keputusan peperiksaan, dan takwim aktiviti. Sepanjang tempoh pelaksanaan fasa kedua, penambahbaikan antara muka juga telah dilakukan oleh MyPressto. Beberapa fungsi sistem telah bertambah menjadikan sistem itu lebih mesra pengguna dan dimanfaat sepenuhnya oleh pelanggan. SMS Sekolah mampu memberikan jawatan dan mengisi keperluan tersebut dengan membolehkan mereka mendapat maklumat terus daripada pihak Sekolah tentang status kehadiran anak-anak ke Sekolah, keputusan ujian, aktiviti kokurikulum dan makluman penting yang lain daripada pihak Sekolah. Selain itu, Kementerian Sumber Manusia telah pun melancarkan perkhidmatan mencari pekerjaan menggunakan SMS yang membolehkan orang ramai mengetahui maklumat mengenai jawatan kosong dalam tempoh yang singkat. Perkhidmatan yang dikendalikan oleh Bursa Buruh Elektronik(ELX),Jabatan Tenaga Kerja kementerian itu menyediakan pelbagai maklumat jawatan kosong sama ada di sektor awam mahupun swasta. Pelancaran perkhidmatan berkenaan dilakukan oleh Menteri Sumber Manusia ketika itu, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn. Untuk menggunakan perkhidmatan itu, orang ramai hanya perlu menaip ELX MENU dan hantar kepada 32255 sebagai pendaftaran. Selepas itu, pengguna akan menerima satu set data maklumat peribadi, jenis jawatan yang dicari, kelayakan yang ada, serta lokasi untuk diisi, sebelum dihantar semula ke nombor berkenaan. Orang ramai akan dimaklumkan menerusi SMS sekiranya ada kekosongan jawatan yang sesuai dengan maklumat permohonan yang telah dihantar sebelum ini. Berdasarkan maklumat dalam laman web ELX, setiap SMS akan dikenakan caj kepada syarikat telekomunikasi sebanyak RM0.15 sen dan caj premium sebanyak RM0.30. Perkhidmatan itu merupakan antara usaha kerajaan untuk mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga manusia, di samping merupakan satu mekanisme bagi mengatasi masalah pengangguran, dan mengurangkan pergantungan negara kepada pekerja asing. Bagi golongan pencari pekerjaan, mereka boleh melayari laman web ELX iaitu www.elx.gov.my atau laman web kementerian iaitu www.mohr.gov. my untuk keterangan lanjut. Dalam dunia era globalisasi kini amat malang bagi kita sekiranya kemajuan teknologi disalahgunakan. Hal ini kerana jika kita perhatikan penyebaran maklumat melalui SMS amat mudah untuk dijadikan alat penyebar maklumat yang menyangkut pelbagai isu hangat termasuk isu agama, berbaur perkauman, perhimpunan haram, khabar angin atau berita palsu, dan sebagainya yang semakin berleluasa dan membimbangkan. Penyebaran mesej yang menyentuh sensitiviti agama misalnya boleh mencetuskan perbalahan antara kaum dan ketegangan, serta kegelisahan rakyat di dalam negara. Isu agama ialah isu sensitif dan tidak boleh dipermainkan kerana mudah mendapat perhatian orang ramai untuk disebarkan kepada penerima lain. Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas ke atas individu terbabit yang menyebarkan mesej tersebut melalui SMS kerana perbuatan mereka amat berbahaya. Sehubungan dengan halitu, Datuk Seri Najib mengarahkan pihak polis supaya menjalankan Siasatan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab menyebar mesej melalui SMS itu. Selain itu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan turut memberi amaran dan mengenakan tindakan terhadap mereka yang cuba menggugat keselamatan dan ketenteraman negara menerusi penyebaran SMS palsu. Mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab menyebarkan SMS berunsur fitnah, khabar angin dan palsu boleh ditahan di bawah Seksyen 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Oleh itu, penerima SMS juga perlu memastikan kesahihan

sesuatu berita yang diterima agar tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah sekali gus turut memanjangkan berita yang diragr. kebenarannya. Sejak akhir-akhir ini, ada bang kes penipunan melalui penyebarai SMS yang tidak diundang datang k telefon pengguna. Dalam kes yanf terdahulu, sebanyak 49 penduduk Kuala Terengganu mengalami kerugian kira-kira RM200,000 akibat tertipu dengan tawaran hadiah bernilai berpuluh-puluh ribu ringgit yang diterima melalui SMS Sepanjang tahun lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersi Negeri, Supritendan Mohd. Adnan Abdullah berkata, jumlah kes berkenaan yang dilaporkan pads tahun lepas meningkat sebanyak 3 kes berbanding tahun sebelumnya, Kebanyakan mangsa yang ditipu melibatkan peraduan Akademi Fantasia 4 (AF4) dan penipuan war menggunakan nama kerajaan Honf Kong. Pelbagai cara digunakan oleh penjenayah berkenaan yang mendakwa kononnya mereka daripada syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom dan Maxis, serta tidak ketinggalan syarikat gergasi seperti Petronas. Sebanyak 16 kes dilaporkan oleh mangsa yang ditipu melalui SMS daripada AF4, Maxis (tujuh) dan CELCOM empat. Penipuan menggunakan nama Petronas pula sebanyak 21 kes manakala satu kes SMS berkaitan kerajaan Hong Kong. Modus operandi penjenayah terbabit cukup mudah, iaitu dengan menghantar SMS mendakwa penerima memenangi hadiah yang bernilai ribuan ringgit. Suspek kemudian mengarahkan mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam satu nombor akaun sebelum menunggu panggilan daripada Suspek bagi menuntut wang yang dimenangi. Kesimpulan Secara tuntas, budaya SMS mahupun MMS kini merupakan cars berkomunikasi yang paling mudah, ringkas, dan efektif, serta lebih menjimatkan untuk berhubung antara satu sama yang lain. Sebagai pengguna kits perlu bijak menggunakan apa¬apa sahaja kecanggihan yang ada dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat berdasarkan kepentingannya dan bukan untuk hiburan semata-mata bagi mengelakkan pembaziran. Walau bagaimanapun syarikat¬syarikat telekomunikasi di negara ini diminta supaya membantu kerajaan memantau kegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan teknologi komunikasi bagi tujuan membendung aktiviti tidak bermoral. Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 23:36 0 ulasan

PEMBANGUNAN USAHAWAN : USAHA DAN PELUANG
Artikel asal milik Tuan Hj Samat Buang MENURUT Kamus Dewan, keusahawanan berasal daripada kata dasar "usaha" yang merujuk kepada inisiatif, ikhtiar, kegiatan, dan kerja, serta memikul tanggungjawab untuk mencapai sesuatu matlamat. Sementara itu, usahawan pula ialah orang yang melibatkan diri dalam sesuatu perniagaan atau perusahaan. Usahawan bertanggungjawab dalam mengusahakan sesuatu perusahaan sama ada dalam bidang pertanian, penternakan, pengeluaran, atau perkhidmatan. Dengan kata lain, usahawan ialah orang yang berusaha membuat sesuatu yang baru (kreatif), merancang, dan mencipta sesuatu yang lebih baik (inovatif), mengatur, dan mewujudkan pasaran, serta sanggup menghadapi risiko, sekali gus mempertahankan daya maju perniagaan yang telah diterokainya. Bidang keusahawanan bukan sahaja bidang yang amat dituntut oleh Islam, bahkan merupakan sunnah para nabi dan sahabat Rasulullah s.a.w. dan juga merupakan fardu kifayah bagi umat Islam. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan menyasarkan untuk membudayakan semangat keusahawanan dalam kalangan 1.5 juta warga Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan sentiasa memberi penekanan terhadap aspek Pembangunan usahawan semata-mata untuk

melahirkan lebih banyak golongan usahawan dalam pelbagai bidang agar mereka dapat memajukan diri tanpa batasan. Hal ini selaras dengan pendekatan Islam Hadhari yang menjadi dasar Pembangunan negara dalam era pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Antaranya kerajaan menyediakan banyak bantuan seperti Yayasan Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Bank Pembangunan, serta Industri Kecil dan Sederhana, di samping membimbing mereka yang ingin memuakan perniagaan. Dasar kerajaan ialah menggalakkan rakyat berdikari dan menerajui perniagaan kerana dapat membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat. Secara tidak langsung, dasar itu memerlukan kesediaan rakyat untuk berubah, iaitu bekerja sendiri dan tidak mengharapkan pekerjaan sama ada dengan kerajaan atau swasta. Rakyat tidak boleh terus mengharapkan majikan menyediakan pekerjaan kerana pada masa ini terlalu banyak orang yang memiliki kelulusan tinggi. Kita mahu mereka juga menjadi bos dan tidak sekadar kuli. Lantaran itu, kerajaan akan terus menggalakkan masyarakat supaya menceburi bidang ini kerana pada masa yang sama mereka membantu negara dalam mengurangkan kadar pengangguran dan membangunkan negara. Selain itu, pemimpin nombor dua negara, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,turut menyeru rakyat negara ini terus terlibat secara aktif dalam bidang ekonomi termasuk meningkatkan budaya wiraswasta sejak di bangku sekolah dan menara gading lagi. Konsep wiraswasta yang bermaksud orang bijak dan berkebolehan dalam mengusahakan perniagaan serta perdagangan secara profesional merupakan langkah yang dapat merapatkan jurang ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu. Sehubungan dengan itu, beliau berharap semua pihak khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan terns melaksanakan tanggungjawab sosial bagi membantu menggandakan usahawan Melayu termasuklah wiraswasta wanita yang berdaya saing dan berdaya tahan. Dengan adanya budaya wiraswasta ini juga telah membuatkan 50 GLC yang majoritinya diterajui pengurusan dan profesional bumiputera berjaya menempa kejayaan. Oleh itu, para usahawan tempatan dapat merebut peluang keemasan ini untuk memberanikan diri meneroka bidang-bidang perniagaan baharu termasuk pengeluaran produk halal, bidang perubatan, logistik, bioteknologi, dan pertanian moden. Mereka juga boleh menceburkan diri dalam bidang kewangan Islam, aeroangkasa, minyak dan gas, pelancongan, dan animasi. Ribuan siswazah lulusan universiti atau yang makan gaji dengan syarikat, wajar menjadi usahawan yang mampu meneroka bidang-bidang ini setelah mendapat ilmu dan latihan yang cukup. Di samping itu, kerajaan juga amat memandang serius bidang pertanian sebagai Industri yang penting dan mempunyai impak, serta potensi yang besar kepada pembangunan ekonomi negara. Hal ini sinonim dan bertepatan dengan slogan yang Bering diuar¬uarkan kerajaan melalui media massa iaitu 'Pertanian adalah Perniagaan'.Sebagaicontoh, dalam bidang usahawan tani kerajaan menjangkakan lebih 10,000 usahawan tani baharu dapat dilahirkan dalam RMK-9 berikutan sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat petani, penternak, dan nelayan untuk menjadi usahawan tani. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada tahun 2007 sahaja pihaknya telah meluluskan permohonan sebanyak 3,400 pengusaha kecil untuk mengusahakan pelbagai aktiviti asas tani bagi menambah pendapatan masing-masing. Keadaan ini berlaku berikutan terdapat kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat tani yang menyedari bidang itu berpotensi besar untuk berkembang dan memberikan pulangan lumayan. Bagi tujuan itu, pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM34 juta bagi membantu pengusaha¬pengusaha kecil di luar Bandar mengembangkan perniagaan masing¬masing agar terns berkembang dan berdaya saing. Kesemua pemohon telah menjadi usahawan tani yang berdaya saing hingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Bagi membuktikan kesungguhan dan komitmen yang berterusan, kerajaan menawarkan pakej bernilai RM2 bilion kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi usahawan akuakultur. Menterinya berkata, melalui pakej tersebut kerajaan akan menyediakan tapak penternakan, infrastruktur asas, pinjaman kewangan, dan peluang pasaran ke luar atau dalam negara. Mereka yang berminat hanya perlu mengusahakannya dengan kepakaran serta teknologi yang dimiliki masing-masing. Sebanyak 39 kawasan disediakan di bawah konsep Zon Industri Akuakultur (AIZ) untuk tujuan berkenaan yang dimulakan penghujung tahun 2007. Infrastruktur asas dalam pakej ini termasuk jalan raya, cumber air, dan talian komunikasi manakala pinjaman disediakan oleh Bank Pertanian dengan kerjasama beberapa institusi kewangan lain. Pihak swasta yang berminat mengusahakannya hanya perlu menyuntik kepakaran teknologi yang mereka miliki. Industri akuakultur di negara ini menghasilkan keluaran sebanyak 203,000 tan metrik bernilai RM1.3 bilion tahun lalu. Menurutnya, penyumbang terbesar hash pengeluaran tersebutialah kerang¬kerangan, ikan air tawar, dan udang. Pada 2010 sasaran jumlah pengeluaran akuakultur adalah sebanyak 662,000 tan metrik dengan nilai kira-kira RM6.3 bilion. Bagi segi pengeluarannya pula, dijangka berkembang sebanyak 21.5 peratus setahun bermula 2006. Kawasan-kawasan berpotensi untuk dibangunkan dengan akuakultur ialah seluas 330,200 hektar dengan 35,000 hektar dijangka dibangunkan menjelang 2010. Penternakan ikan tilapia dilihat mempunyai potensi besar untuk dimajukan di negara ini berdasarkan permintaan yang semakin meningkat. Tilapia merupakan ternakan ikan air tawar kedua popular selepas kap dengan pengeluaran sedunia sebanyak 2.3 juta tan metrik pada tahun 2005. Amerika Utara, iaitu Amerika Syarikatdan Kanada merupakan pengimport terbesar tilapia diikuti negara Eropah seperti United Kingdom, Belgium, Perancis, serta Kanada manakala negara Timur Tengah antaranya ialah Arab Saudi, Kuwait, Jordan, dan Emiriah Arab Bersatu. China pula ialah pengeksportdan pengeluarterbesar tilapia dengan hash keluaran sebanyak sejuta tan metrik pada 2005. Penganjuran Gerak Usahawan yang konsisten sejak tahun 2005 merupakan terjemahan hasrat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MeCD) untuk memberi galakan kepada orang ramai menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan. Hal ini selari dengan visi kerajaan untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berdaya wing dan mampu meneroka kekayaan-kekayaan baru. Melalui Gerak Usahawan berpuluh¬puluh ribu usahawan baru berjaya dibangunkan dalam pelbagai bidang daripada pemakanan dan minuman, kosmetik, jualan langsung, insurans, perkhidmatan, telekomunikasi, teknologi, pertanian, francais, tekstil, sehinggalah kepada sektor automotif. Program murni ini turutsokongan padu daripada semua agensi McCD terutama UDA Holdings, Bank Rakyat, Mara, Bank SME, Bank Pembangunan, Perbadanan Nasional Berhad (PNS), dan Yayasan Tekun Nasional. Penternakan ikan tilapia dilihat mempunyai potensi besar untuk dimajukan di negara ini berdasarkan permintaan yang semakin meningkat. Tilapia merupakan ternakan ikan air tawar kedua popular selepas kap dengan pengeluaran sedunia sebanyak 2.3 juta tan metrik pada tahun 2005. Tidak cukup dengan itu, setiap agensi menawarkan perkhidmatan terbaik untuk bakal usahawan dengan menyediakan pusat serenti yang meliputi khidmat bimbingan, peluang pembiayaan, dan pinjaman, serta sokongan berterusan dalam pelbagai aspek yang lain. Kejayaan McCD sebagai kementerian yang bertanggungjawab membudayakan bidang keusahawanan, menyediakan bimbingan dan sokongan berterusan dapat diukur melalui minat rakyat terutama golongan muda dan siswazah yang kini tidak lagi teruja untuk "makan gaji" tetapi sudah bersedia menjadi "tuan" untuk diri sendiri.

Selain itu, mulai semester Julai tahun lalu, semua pelajar baharu yang mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diwajibkan mengambil mata pelajaran keusahawanan. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, melalui mata pelajaran itu, para pelajar akan didedahkan dengan asas-asas untuk menjadi usahawan. Mata pelajaran tersebut mempunyai dua jam kredit, iaitu 25 peratus merupakan teori manakala selebihnya latihan amali di beberapa syarikat dalam pelbagai bidang khususnya industri kecil dan sederhana. Mata pelajaran ini hanya asas dan diwajibkan kepada semua pelajar IPTA supaya minda mereka terbuka untuk berdikari dengan meneroka setiap peluang yang ada. Melalui pendedahan sebegini mereka tidak lagi terlalu bergantung kepada kerajaan untuk mencari pekerjaan. Semasa latihan amali keusahawanan, para pelajar dikehendaki menyediakan serta membentangkan kertas kerja dan membuat permohonan dengan syarikat-syarikat terlibat tentang jenis atau bentuk perniagaan yang hendak mereka jalankan. Kerajaan berkemungkinan mempertimbangkan untuk membantu pelajar yang dilihat berpotensi menjadi usahawan supaya mereka mampu mencapai kejayaan cemerlang datam bidang itu. Bidang keusahawanan kini diceburi bukan sahaja lelaki, tetapi juga wanita malah ada antara mereka yang muncul sebagai usahawan berjaya. Kaum wanita merupakan tulang belakang kepada pembangunan keluarga dan negara, serta pembabitan mereka semakin ketara dalam bidang ekonomi, profesional, dan korporat. Semakin banyak kaum wanita yang melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan menjalankan perniagaan, baik secara kecil-kecilan mahupun besar¬besaran di dalam negeri dan di luar negara. Perkembangan sihat ini merupakan satu tanda positif dan jelas menunjukkan wanita semakin prihatin dengan kemajuan diri. Usahawan wanita digesa bersikap lebih agresif memajukan perniagaan dengan meletakkan matlamat memasarkan produk mereka sehingga peringkat antarabangsa. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, mereka perlu memikirkan agar pelbagai barangan termasuk kraf tangan, pakaian, dan makanan keluaran mereka dapat memasuki pasaran lebih luas. Malah, mereka juga perlu memastikan setiap produk yang dikeluarkan bermutu dan mampu mendapat Sijil Piawaian Antarabangsa (ISO). Bagi memudahkan mendapat sokongan dan bantuan mereka juga perlu membuat rangkaian dan hubungan perniagaan yang strategik dengan pelbagai agensi berkaitan. Langkah itu penting kerana kerajaan sentiasa berusaha ke arah meningkatkan taraf dan kedudukan wanita supaya bukan sahaja dihormati, malah setanding dengan kaum lelaki termasuk bidang keusahawanan. menembusi pasaran peringkat antarabangsa. Secara tuntas, keinginan untuk berniaga semakin hari semakin banyak, tapi peluang yang dapat disediakan oleh kerajaan amat terhad. Oleh itu, Selain kerajaan para usahawan yang telah berjaya diharap dapat membantu kerajaan dengan memberi peluang kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Mudah-mudahan dengan usaha untuk menjanakan pembangunan usahawan di negara kita dapat mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan kemakmuran ekonomi negara, sekali gus memanfaatkan sumber manusia secara optimum. Manakala, Bagi para usahawan pula mereka pula sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, terus berusaha, dan mementingkan kualiti barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan, di samping mempunyai visi dan misi untuk Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 23:30 0 ulasan

KEMALANGAN JALAN RAYA
Artikel Asal Milik Tuan Hj Samat Buang

ISU nahas atau kemalangan dan kematian di jalan raya sudah menjadi masalah negara yang Bering menghantui kits setiap hari. Kemalangan jalan raya yang banyak berlaku pada musim perayaan khususnya bukan sahaja satu kerugian kepada keluarga mangsa dan rakan¬rakannya, tetapi kerugian modal insan yang besar kepada negara Setiap nyawa yang hilang akibat kemalangan jalan raya merupakan kerugian kepada negara kerana banyak wang dan perbelanjaan telah dikeluarkan ke atas mereka bagi tujuan persekolahan, peperiksaan, serta latihan pekerjaan. Sebenarnya pelbagai modus operandi telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya pada musim perayaan. Ops Pacak, Ops Sikap, Ops Statik, penggunaan helikopter untuk memantau pergerakan kenderaan, pengedaran poster, kempen kesedaran dan termasuk penguatkuasaan dijalankan merupakan antara prakarsa kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa selamat ketika berada di jalan raya. Ops Sikap yang telah diadakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini misalnya lebih menumpukan kepada Sikap pengguna jalan raya yang menjadi faktor kemalangan dan peningkatan kadar kematian di jalan raya terutamanya pada musim perayaan. Namun, apa yang dilihat ialah masih banyak jumlah kemalangan dicatatkan dan nahas jalan raya kini menjadi ancaman nombor satu di Malaysia yang semakin menggawatkan lebih-lebih lagi dengan penambahan jumlah kenderaan saban tahun. Angka kematian bukan sahaja tidak pernah menurun malah pemandu-pemandu semakin rakus menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk benumbs, selain mengambil kesempatan menguji kemampuan kenderaan masing-masing memecut. Usaha mensifarkan kemalangan jalan raya bukanlah impian pihak kerajaan semata-mata. "Tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini." Pepatah Melayu ini sangat sinonim dengan sesiapa sahaja yang bertekad untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan. Hal ini jugs seolah¬olahnya merupakan kenyataan beramaran bahawa sekiranya seseorang mahukan sesuatu, mereka akan melakukan apa¬apa sahaja. Manusia, sekiranya dalam keadaan terpaksa boleh melakukan sesuatu yang luar biasa. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tiada mahu langsung kemalangan jalan raya pada musim perayaan walaupun ramai menganggapnya mustahil. Menurutnya,keadaan "nahas sifar" ini boleh dicapai kerana kajian menunjukkan kebanyakan kemalangan jalan raya disebabkan oleh faktor manusia dan bukannya faktor kenderaan atau jalan tidak elok. Memang Ops Sikap itu membantu kerana tanpa Ops Sikap, kita tidak dapat membayangkan betapa banyak lagi yang akan mati di atasjalan raya. Persoalannya takkan sehingga kita terpaksa mengharapkan Ops Sikap sepanjang tahun, tetapi pemandu itu sendiri tidak mahu mengubah sikap mereka sendiri. Slogan "Anda Mampu Mengubahnya" memang tepat sebagai peringatan kepada semua pengguna jalan raya. Menara tinjau polis Enam belas menara pemerhati polis beroperasi di seluruh negara bermula penghujung Jun tahun ini dalam usaha pihak berkuasa untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama kemalangan maut. Dengan kehadiran polis trafik yang dapat dilihat dari jarak jauh oleh pengguna jalan raya di semua menara berkenaan akan memberi kesedaran dan mengingatkan pengguna supaya memandu dengan lebih berhemah dan bertimbang rasa. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tiga buah menara itu yang dibina oleh Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Berhad sebelum ini telah terbukti Program

Pendidikan Keselamatan lalan Raya (PPK1R) dapat membantu memberi kesedaran dan panda arah uMuk menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi berkesan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Berdasarkan itu, cawangan trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanjangkan idea pembinaannya yang dicetuskan Perdana Menteri dan diluluskan Kabinet ke jalan Persekutuan berdasarkan statistik kadar kemalangan yang agak tinggi di situ. Senarai lokasi menara pemerhati polis selain di Ayer Keroh ialah di Km. 33 Jalan Kuala Terengganu¬Kuantan, Km. 81 Jalan Jerangau¬Jabor, Km. 51 Jalan Alor Star¬Butterworth, Km. 85.5 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Km. 29.3 Jalan Klang¬Teluk Intan, Km. 15 Jalan Tampin¬Segamat, Km. 36 Jalan Kuantan¬Kemaman, Seksyen 57 Jalan Kota TinggiSungai Rengit, Km. 184 Jalan Johor Baharu-Seremban, Km. 83 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Km. 62 Jalan Gua Musang- Kuala Krai, Jelutong Expressway; Km. 40 Jalan Sibu-Bintulu, Km. 30 Jalan Kuching¬Serian, dan Km. 4.8 Jalan Tuaran, Sabah. Laluan motosikal di seluruh negara Tidak dinafikan bahawa setiap kali Ops Sikap diadakan, tumpuan yang lebih diberikan kepada penunggang dan pembonceng motosikal kerana peratusnya sangat tinggi, iaitu sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan jumlah kes kemalangan yang direkodkan. Lantaran itu, pihak kerajaan akan membina lorong khas motosikal dijalan-jalan Persekutuan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang banyak melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, projek yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun itu membabitkan pembinaan lorong motosikal sejauh 323 kilometer dengan kos kira¬kira RM140 juta. Projek ini akan dibina di jalan-jalan Persekutuan, iaitu jalan raya yang dibina dan diselenggarakan oleh Kerajaan Persekutuan. Tumpuan projek pembinaan lorong khas itu akan diberikan kepada jalan raya yang dikenal pasti sebagai kawasan Bering berlaku kemalangan. Perangkaan nahasjalan raya pada tahun lepas menunjukkan sebanyak 3,693 penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia dengan jumlah kes kematian paling tinggi berlaku di jalan-jalan Persekutuan, iaitu sebanyak 1,316 kes. Kerajaan yakin dengan adanya lorong khas itu dapat mengurangkan kadar nahas di negara ini khususnya kes-kes kemalangan maut. Selain usaha pihak kerajaan mengekang kemalangan jalan raya, langkah yang paling tepat untuk dilaksanakan ialah melalui pendidikan. Tidak ada yang tidak kena dengan kempen atau ops yang dilancarkan setakat ini, cuma pemandu di Malaysia ini perlu diberikan pendidikan, barangkali seawal mungkin. Melalui pendidikan sahaja, sikap pemandu di Malaysia ini berupaya diperbetul. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) yang telah diperkenalkan di 7,601 sekolah rendah terpilih akan dapat membantu memberi kesedaran dan pandu arah untuk menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi. Begitu juga dengan terlaksananya program keselamatan jalan raya melalui komuniti yang membabitkan majikan, pemimpin, ahli politik, ketua agama, pendidik, badan profesional, sukarelawan dan belia juga diharapkan akan menjadi pemangkin bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan dan seluruh warganegara. Analisis dalam beberapa Ops Sikap sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak mempedulikan kenderaan lain merupakan punca peningkatan kemalangan. Dengan kata lain, pemandu secara umumnya hanya mematuhi peraturan atau bersikap hipokrit apabila ada kelibat polis dan bukan kerana sikap untuk keselamatan jalan raya. Peraturan jalan raya sepatutnya dipatuhiatas dasarsedartentang kebaikannya dan bukan takut daripada disaman pihak berkuasa. Sebenarnya, kesediaan untuk mematuhi peraturan, arahan, dan barisan tidak memerlukan kita berpendidikan tinggi dan tidak pula menjatuhkan apa-apa juga nilai baik yang ada dalam diri kita. Kempen Keselamatan Jalan Raya bukanlah untuk menyusahkan,tetapi memberi

faedah kepada pengguna. Segala peraturan jalan raya, serta papan-papan tanda amaran adalah sebagai panduan bagi memelihara keselamatan jalan raya untuk semua pemandu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini mahu kaedah pemberian mata 'demerit' kepada pesalah jalan raya dihidupkan semula bagi memastikan pemandu kenderaan yang banyak menerima saman disenaraihitamkan. Sistem tersebut berupaya beroperasi dengan baik sekiranya diselenggarakan dengan betul. Malah, kaedah pemberian mata 'demerit' itu mampu mengurangkan masalah kemalangan jalan raya kerana lesen pemandu yang kerap melakukan kesalahan jalan raya tidak dibenarkan diperbaharui. Pada awal tahun ini, PDRM meminta supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghidupkan kembali kaedah pemberian mata "demerit" kepada pesalah jalan raya bagi membendung jumlah kemalangan maut yang semakin serius sehingga mencecah 6,000 kematian setiap tahun dan mengakibatkan negara kerugian kira-kira RM9 bilion setiap tahun. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman ketika itu, Senior Asisten Komisioner (SAC) II Nooryah Md. Anvar memberitahu, sistem pemberian mata demerit bagi setiap kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pemandu itu terbukti mampu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya. Melalui kaedah yang diperkenalkan di bawah Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) pada 1997 itu, rekod pesalah diwujudkan melalui notis saman berkaitan dengan kesalahan terjadual dan mata 'demerit' akan dikira. Selagi JPJ tidak menghidupkan semula sistem itu, pihaknya tidak dapat menguatkuasakan penggunaan kaedah berkenaan yang dilihat sebagai kaedah terbaik menangani masalah peningkatan kemalangan jalan raya. Menurutnya di Paris, jumlah kematian akibat kemalangan hanya 50 orang setahun dan hal ini amat memeranjatkan, serta terbukti sistem demerit berkesan dalam mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya pada musim perayaan. Pemasangan Kamera Sistem Penguatkuasaan Autotmatik Automatik (AES) yang antaranya berfungsi sebagai perangkap had laju dan merakam pelbagai kesalahan trafik akan dipasang di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan dan sekitar Kuala Lumpur, serta Shah Alam. Pemasangan kamera itu yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa sehingga 2010. Di bawah fasa pertama dan kedua, Unit Kamera Pengawasan Bergerak telah diwujudkan untuk memantau pemandu dan pengguna jalan raya yang memandu dengan laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Di bawah fasa ketiga, kamera pengawasan akan mengawasi aspek kesalahan lalu limas yang lain seperti memotong di garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan. Pemasangan sistem yang dilaksanakan oleh JPJ itu bertujuan memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang lalu limas dan sebagai bukti pendakwaan. AES ialah antara empat projek yang dicadangkan kementerian itu di bawah Pelan Induk Keselamatan Jalan Raya selama lima tahun (20062010). Projek lain pula membabitkan program dalam pendidikan, Penguatkuasaan, kejuruteraan, dan perlindungan alam sekitar. Pengarah Penguat Kuala JPJ, Salim Parlan berkata, beberapa kawasan dipilih untuk fasa pertama AES sebelum diperluas ke seluruh negara. Fasa pertama AES akan mula digunakan menjelang musim perayaan tahun ini. AES akan diletakkan di lorong-lorong kenderaan awam di Kuala Lumpur, lampu-lampu isyarat di seluruh Shah Alam dan juga di kawalan perangkap had laju di Lebuh Raya Utara Selatan. Melalui AES, kamera mengawasi setiap pergerakan kenderaan dan mencatat kelajuan dan maklumat itu dihubungkan ke pusat kawalan untuk mengenal pasti kenderaan yang melakukan kesalahan lain lintas. Anggota JPJ yang bertugas di pusat kawalan itu nanti akan memproses gambar yang diterima itu bagi mengenal pasti identiti dan alamat pemandu. Sistem itu terbukti berkesan dalam mendisiplinkan pemandu dan pengguna jalan raya, sekali gus mengurangkan kemalangan jalan raya dan kematian akibat nahas itu. Negara-negara

seperti Australia, Amerika Syarikat, Eropah, China, dan Korea Selatan telah lama menggunakan sistem ini dalam usaha mendisiplinkan pemandu dan pengguna. Secara tuntas, pihak polis atau penguat kuasa memang sentiasa berusaha sedaya-upaya untuk mengekang kemalangan daripada terns bertambah. Namun, soal keselamatan di jalan rays adalah tanggungjawab setiap individu sebagai pengguna jalan raya dan bukannya tanggungjawab pihak berkuasa atau kerajaan semata-mata. Pengguna perlu menganggap sasaran menurunkan statistik kemalangan jalan raya ke peringkat sifar merupakan satu tuntutan sosial. Usaha mensifarkan nahas jalan raya tidak kira sama ada sempena perayaan mahupun di luar musim perayaan bukanlah suatu perkara yang mustahil. Tegasnya, setiap pengguna haruslah mempunyai komitmen yang perlu ditunaikan setiap kali berada di jalan raya. Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 23:25 0 ulasan

TELEFON BIMBIT
Telefon bimbit merupakan alat komunikasi penting dalam era globalisasi ini terutama kepada golongan remaja. Penggunaan telefon bimbit yang begitu meluas ini telah membuktikan bahawa teknologi ini penting kepada remaja dan impak negatif yang timbul. Jelaskan. Telefon bimbit sudah menjadi satu bentuk perhiasan diri yang harus dimiliki oleh semua remaja. Kecanggihan telefon bimbit sering menarik minat remaja sehingga ada yang sanggup menahan lapar atau bekerja ketika cuti sekolah semata-mata untuk mendapat telefon bimbit yang lebih baik. Keadaan ini menyebabkan ramai yang menganggap telefon bimbit sudah menjadi satu pembaziran tetapi ada yang masih menyanjung kepentingan telefon bimbit ini. Lantaran itu, apakah kebaikan-kebaikan telefon bimbit kepada remaja? Satu kebaikan memiliki telefon bimbit ini ialah kemudahan untuk berkomunikasi. Hubungan antaa ibu bapa, adik, kakak, abang, kawan, guru dan sebagainya menjadi lebih akrab kerana telefon bimbit mempunyai kelebihan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh perbualan tradisi kita. Konsep sistem pesanan ringkas (SMS) yang unik bersama-sama dengan ikon dan lagu atau irama menjadikan penggunaan teknologi ini untuk berinteraksi begitu romantik. Kemudahan berhubung juga mengelakkan pelbagai masalah seperti aspek keselamatan, tidak membuang masa untuk menunggu dan mendapat ketepatan tentang sesuatu perkara yang sering menimbulkan masaalah kepada remaja kini. Jadi, telefon bimbit memang membawa kebaikan kepada remaja dalam aspek komunikasi. Kebaikan kedua ialah telefon bimbit ini menjadi satu bentuk penyampaian informasi yang pelbagai dan menarik. Teknologi ini memudahkan pelbagai maklumat disalurkan seperti berita, lagu dan data peribadi. Maklumat ini berguna kepada remaja kerana melalui penggunaan yang betul semua maklumat ini dapat memastikan remaja memahami sesuatu atau melakukan sesuatu dengan betul. Jelaslah, telefon bimbit yang mempunyai pelbagai guna ini penting dalam memastikan remaja kita menjadi remaja berinformasi. Sudah pasti impak yang paling banyak dipaparkan ialah penggunaan telefon bimbit ini menyebabkan kos hidup remaja bertambah. Sikap suka menggunakan telefon ini untuk berhubung memastikan kos turut bertambah dan penggunaan telefon yang sebegini

menyebabkan remaja tidak nampak penggunaan kosnya sehinggalah mereka terpaksa membayar bil telefon itu. Keadaan ini mungkin membawa mereka terpaksa mencari wang dan ada yang terpaksa beralih ke arah cara yang negatif seperti mencuri. Lantaran itu, telefon bimbit mampu menyebabkan remaja mengalami masaah kewangan yang serius. Tambahan pula, penggunaan telefon bimbit menyebabkan remaja tidak memberi tumpuan dalam aspek pendidikan mereka. Ada remaja terutama yang masih belajar menggunakan telefon bimbit di dalam kelas ketika guru mengajar tanpa segan silu. Mereka juga sering menghabiskan masa dengan membuat SMS atau berbual sehingga melupakan tanggung jawab mereka sebagai pelajar iaitu belajar. Akibatnya, banyak pelajar akan terjejas prestasi pelajarannya kerana penggunaan telefon bimbit. Konklusinya, telefon bimbit harus dikawal penggunaannya terutama kepada remaja. Ibu bapa harus menegur dan memarahi anak mereka yang keterlaluan menggunakan teknologi ini. Namun dalam masa yang sama penggunaan telefon bimbit in turut memberi sat dimensi baru kepada hubungan keluarga. Mungkin remaja harus lebih bijak dalam kemelut ini supaya mereka terus dihormati oleh masyarakat Dipetik daripada : Blog Cikgu Azman Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 23:21 0 ulasan

RASUAH : PUNCA DAN CARA MENGATASI
Karangan Rasuah. Faktor-faktor penyebab dan langkah-langkah mengatasinya Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya. Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang untuk melakukan jenayah yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita. Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat yang menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang

tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar. Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini. Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini. Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya. Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini. Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini. Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan. Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya. Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam tempat yang sepatutnya. Dipetik daripada : Blog Cikgu Azman

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 22:27 0 ulasan

CARA-CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional semakin dipinggirkan pada zaman ini. Pada pendapat anda, perlukan usaha-usaha dilakukan untuk mempertahankan permainan-permainan tradisional? Apakah definisi permainan tradisional? Sebenarnya menurut Kamus Dewan, permainan tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat kita permainan gasing, wau dan dam menjadi permainan tradisional. Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda di negara ini yang terlalu mengutamakan permainan moden. Peminggiran permainan tradisional ini turut diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi memandang tinggi permainan budaya sendiri. Oleh itu, ada banyak tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan permainan ini terus wujud dalam minda masyarakat kita. Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani isu ini ialah kerajaan menyediakan lebih banyak tempat-tempat atau gelanggang untuk memudahkan rakyat memainkan permainan ini. Kewujudan gelanggang ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan ini. Kekerapan bermain permainan ini berupaya untuk mewujudkan satu kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka ini. Oleh itu, pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak berwenang mampu memberi nafas baru kepada keseinambungan permainan warisan budaya ini. Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh memajukan permainan ini dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih di setiap gelanggang yang telah disediakan itu. Kewujudan jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang tepat tentang sesuatu permainan itu dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada anak-anak mereka pula. Langkah ini memastikan berlakunya keseinambungan dalam memainkan permainan yang semakin dilupakan lantaran tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut. Jelaslah, permainan warisan budaya ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang bertauliah untuk mengajar masyarakat kita. Selain itu, pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional ni sebagai salah satu bentuk aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar. Tindakan ini memastikan pelajar kita terdedah dengan jenis-jenis permainan tradisiona sejak muda lagi dan memahami kepentingan mengekalkan permainan ini. Kesedaran yang dipupuk sejak awal in mampu memberi impak yang mendalam dalam jiwa seseorang pelajar sehinggalah mereka memasuki alam dewasa. Jadi, pihak sekolah wajib menjadikan permainan ini sebagai satu aktiviti sekolah yang penting untuk disertai oleh pelajar. Malah, permainan tradisional ini boleh dikekalkan jika pihak berkuasa mengadakan promosi yang berkesan tentangnya menerusi media massa. Penayangan iklan yang bersesuaian seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan ini boleh menimbulkan kesedaran dalam diri masyarakat. Pemahaman ini kemudiannya akan dijelmakan dalam bentuk masyarakat cuba mengekalkan dan memainkan permainan ini sekerap mungkin dalam hidup mereka. Sesungguhnya, promosi yang sesuai dan kena kepada sasaran memberi satu dimensi baru pada permainan ini untuk terus hidup dan berkembang dalam masyarakat moden kita. Konklusinya, permainan tradisional boleh dikekalkan jika semua langkah-langkah yang dijelaskan di atas itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Masalah yang timbul ialah pihak

berkuasa tidak mempunyai keinginan politik yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan projek sebegini. Kelesuan minat pihak berkuasa dalam aspek ini bakal menyaksikan permainan tradisional ini semakin dilupakan. Peribahan 'tepuk dada tanya selera' sesuai menjadi renungan kita semua kerana jika kita masih leka mungkin permainan ini akan terus terkubur. Dipetik daripada : Blog Cikgu Azman Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 22:07 1 ulasan

CARA-CARA MENJADI PENULIS YANG BAIK
Nyatakan cara-cara untuk menjadi seorang penulis yang baik. Penulis sering dianggap manusia yang bijak dan unik kerana berupaya menerangkan sesuatu aspek kehidupan, perkara, peristiwa atau apa-apa dengan mudah tetapi berkesan. Kerjaya sebagai penulis dikatakan satu kerjaya yang glamor terutama kalau hasil penulisannya berupaya dijual dengan banyak. Sikap media massa yang sering menayangkan kejayaan seseorang penulis turut menjadikan kehidupan penulis menjadi buruan media massa terutama akhbar yang mementingkan berita sensasi. Lantaran itu, apakah perkara yang harus dimiliki oleh seseorang untuk menjadi penulis yang berjaya? Untuk menjadi penulis yang berjaya sudah pasti seseeorang itu perlu banyak menulis terutama aspek penulisan yang diminatinya. Penulis juga seperti kerjaya lain yang memerlukan seseorang itu untuk selalu berlatih sebelum berupaya menguasai aspek penulisan dengan baik. Latihan demi latihan ini memberikan penulis satu gambaran sebenar tentang cara menulis, cara pembaca memahami karya dan mungkin cara mendapatkan ilham untuk menulis. Jadi, seseorang yang ingin menjadi penulis perlulah banyak menulis tanpa ada perasaan jemu. Selain itu, penulis juga harus memiliki sikap suka berbincang dengan orang lain tentang sesuatu perkara terutama bahan yang akan dijadikan asas penulisan mereka. Perbincangan ini berupaya menghasilkan satu kefahaman yang sejati tentang tajuk yang sedang ditulis oleh penulis itu. Sikap menerima pandangan membina atau kritikan orang lain menjadikan penulis itu lebih berjaya dan matang dalam penulisannya. Oleh itu, sikap suka berdiskusi memastikan penulis itu mampu untuk melihat sesuatu tajuk penulisan mereka dengan lebih baik. Malah, sikap penulis yang baik juga banyak bergantung kepada sikap yang suka mengembara atau berjalan. Keadaan ini membolehkan penulis memiliki banyak pengalaman tentang kehidupan terutama perkara yang boleh menjadi topik penulisan mereka.Pengalaman yang diperoleh menerusi aktiviti berjalan atau mengembara ini berupaya menjadikan penulis lebih matang dan faham tindakan manusia terhadap sesuatu masalah yang timbul. Maka, penulis yang suka berjalan sudah pasti mempunyai banyak ilham untuk menulis terutama tentang kehidupan kemanusiaan. Tambahan pula, penulis juga harus banyak membaca terutama pembacaan yang berbentuk akademik atau bersesuaian dengan penulisan mereka. Pembacaan memberikan mereka lebih banyak kefahaman tentang teknik penulisan penulis lain dan juga menajamkan minda mereka terhadap sesuatu topik itu. Membaca dan penulis merupakan satu ikatan yang tidak boleh ditukar ganti. Jelasah, penulis perlu membaca dengan banyak terutama ketika mereka sedang mencari bahan penulisan mereka. Kesimpulannya, penulis yang berjaya ialah penulis yang rajin, suka membaca dan membuat renungan tentang kehidupan dengan lebih kritis. Sikap penulis yang peka terhadap sesuatu

perkara menjadikan diri mereka begitu unik. Namun, masih ramai yang menganggap kerja menulis mudah dan tidak perlu satu masa yang panjang untuk menguasainya. Peribahasa 'sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain” membuktikan bahawa untuk menjadi penulis yang berjaya, seseorang itu memerlukan masa yang panjang untuk menguasainya. Dipetik daripada : Blog Cikgu Azman Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 22:05 0 ulasan

Tema 7 - Biolembangan ( Buku Teks T5)
Hutan negara kita semakin pupus lantaran sikap sesetengah masyarakat yang menjalankan aktiviti pembalakan terutama secara haram. Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi masih gagal. Jelaskan langkah-langkah yang mampu diambil oleh kerajaan dalam menangani kemelut ini. Sememangnya hutan negara sedang mengalami proses kemusnahan yang mahu hebat. Setiap hari akhbar akan menyiarkan kemusnahan hutan, hidupannya dan impak sampingannya seperti kejadian banjir serta tanah runtuh. Cuma, masyarakat masih belum menyedari dan mengambil pengajaran daripada berita-berita yang menyedihkan ini. Kerajaan pula memang mempunyai tanggung jawab besar untuk memastikan hutan negara terus wujud dalam tempoh 100 tahun akan datang dengan melakukan pelbagai langkah drastik. Sebenarnya, tindakan yang paling mudah ialah kerajaan mewartakan semua kawasan hutan sebagai Taman Negara dan Hutan Simpan Kekal. Tindakan secara undang-undang ini memastikan kawasan hutan itu akan terus terpelihara tanpa ada usaha untuk menebangnya demi mengaut keuntungan jangka pendek. Peruntukan undang-undang turut memberi satu peringatan yang jelas bahawa kerajaan memang serius dalam usahanya untuk mengawal kemusnahan hutan yang merupakan khazanah tidak ternilai negara itu. Tindakan ini dipanjangkan terhadap hukuman kepada pesalah yang memusnahkan hutan negara. Hukuman yang dikenakan haruslah lebih berat yang melibatkan hukuman penjara dan denda. Pesalah turut dimaklumkan kesalahannya di dalam media massa untuk memberi peringatan kepada masyarakat. Sikap tegas dan telus kerajaan dalam melaksanakan undangundang memberi impak yang ketara dalam usaha menangani kemusnahan hutan. Malah, kerajaan boleh mewajibkan semua pokok yang ditebang atas sebarang aktiviti ekonomi seperti projek perumahan, pembalakan, dan pembinaan empangan diganti secepat mungkin dalam kuantiti yang tertentu. Kerajaan boleh mengenakan syarat bahawa setiap pokok yang ditebang harus diganti dengan dua atau tiga batang pokok. Langkah ini akan menyebabkan semua ahli perniagaan berfikir dua kali sebelum bersetuju untuk menjalankan sebarang projek atau berhati-hati dalam tindakan mereka menebang pokok yang berada di dalam kawasan projek mereka. Langkah ini boleh dilanjutkan dengan menjalankan kempen kesedaran terutama dalam kalangan remaja. Pihak kerajaan seharusnya menjalakan kempen di sekolah-sekolah dengan menerangkan peri pentingnya hutan dalam ekosistem kita terutama ketika dunia sedang mengalami perubahan cuaca global ini. Remaja yang sudah memahaminya akan lebih bijak bertindak apabila mereka menjadi dewasa atau terlibat dalam projek pembangunan yang memerlukan satu kawasan hutan dimusnahkan. Lagipun, remajalah yang akan menjadi warisan hutan negara kita. Selain itu, pasukan penguatkuasa terutama renjer hutan harus ditambah jumlahnya. Kawasan hutan yang terlalu luas agak sukar untuk dipantau oleh kaki tangan yang kecil bilangannya.

Penggunaan teknologi seperti kapal terbang, satelit dan helikopter untuk tujuan pengawasan turut memudahkan kerja kerana kawasan hutan negara memang luas. Pengawasan yang cekap mampu memastikan kawasan hutan belantara kita tidak dicerobohi begitu mudah. Kesimpulannya, masalah hutan negara memang serius dan semua pihak harus bertanggungjawab. Usah kita semua menuding jari tanpa mahu menerima atau mengakui kesilapan yang telah berlaku. Semua pihak harus duduk semeja dan mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut yang memang sukar diatasi ini. Tanpa kerjasama semua terutama masyarakat, hutan kita pasti akan lenyap. Dipetik daripada : Blog Cikgu Azman http://azman-duniaku.blogspot.com/ Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 21:59 0 ulasan USAHA MENGHARGAI WARGA TUA Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik. Cuma jumlah yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula. Nyatakan langkahlangkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga tua semakin baik. Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan negara yang semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini. Namun, keadaan ini turut menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu golongan ini semakin ramai supaya mereka mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik. Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini? Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian. Tambang separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah awal. Begitu juga dengan pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan kesihatan, kerajaan seharusnya memberikan potongan harga atau rawatan percuma kepada golongan ini dalam penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu memberi keselesaan hidup kepada warga emas ini. Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah yang dibina mestilah sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas, berhampiran taman, laut atau dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang disediakan ini harus secara percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik. Reka bentuk rumah tersebut haruslah moden dan tidak nampak membosankan. Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini. Pada hari yang sudah diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan pelbagai aktiviti yang bercorak warga emas. Aktiviti beramah mesra dengan generasi muda harus dijalankan terutama untuk memberi kesedaran betapa warga emas dan muda saling memerlukan antara mereka. Interaksi ini turut memberi remaja satu peluang mendengar pengalaman yang dialami oleh warga emas. Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana pendapatan kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan warga tersebut. Semua aktiviti yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal warga emas. Langkah ini turut menjadikan kehidupan mereka lebih menarik dan tidak

membosankan. Warga emas turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka ke arah sesuatu yang lebih bermakna.

Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini. Dipetik daripada blog Cikgu Azman http://azman-duniaku.blogspot.com/

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->