You are on page 1of 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 9/ SEPTEMBER 2013

HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT ( REFLEKSI ARTIKEL )

NAME MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: : : : : :

FAZILAH BTE SELIMAN 750725016556001 750725-01-6556 013-6070046 fazilah_seliman@yahoo.com SEREMBAN ,NEGERI SEMBILAN

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKASURAT

BAHAN-BAHAN ARTIKEL BERKAITAN JERUBU

3-12

REFLEKSI TENTANG ARTIKEL

13-14

BIBLIOGRAFI

15

BAHAN-BAHAN & ARTIKAL BERKAITAN JERUBU

BAHAN 1 ( ARTIKEL SURAT KHABAR BERNAMA YANG DIPETIK DI INTERNET ) JULY 25, 2013

Jambatan Pulau Pinang diselubungi jerebu hari ini. Gambar oleh Muhamad Amirul, ( 25 Julai, 2013 ). Jerebu beralih ke utara tanah air dengan Ipoh di Perak dan Seberang Jaya di Pulau Pinang mencatat kualiti udara tidak sihat dan sederhana petang ini.Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkod sehingga 3 petang ini di Ipoh menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu 104 manakala Seberang Jaya mencatat IPU 100. Sebanyak 36 kawasan lain mencatat bacaan IPU sederhana termasuk Seri Manjung di Perak yang menghampiri paras tidak sihat dengan IPU 93, selain Cheras (89), Putrajaya dan Batu Muda di Kuala Lumpur (60) serta Shah Alam (70).Sebanyak 15 kawasan lagi mencatat kualiti udara baik termasuk di Sabah, Sarawak dan Johor. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100(sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). - Bernama, 25 Julai, 2013. SUMBER : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-

malaysia-bernama
4

BAHAN 2 ( ARTIKEL SURAT KHABAR KOSMO YANG DIPETIK DI INTERNET ) Bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia meningkat dua kali ganda Pada hari Ahad, 23/06/2013, bilangan titik panas yang dikesan melalui imej satelit NOAA-18 di Sumatera, Indonesia semalam meningkat hampir dua kali ganda daripada 64 pada Jumaat lepas kepada 118 hari ini. Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), laporan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) di Singapura menunjukkan asap jerebu bertambah tebal dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia.Katanya, tiupan angin dari arah barat daya telah membawa asap jerebu dari Riau ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.Sekumpulan pelajar memakai penutup hidung dan mulut selepas menghadiri kelas membaca al-Quran ekoran jerebu tebal di Dumai, wilayah Riau, Indonesia "Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan berbahaya masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya yang sedang dialami negara dan dijangka berterusan sehingga September ini, menurut jabatan itu. Menurut JAS, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkod pada 11 pagi ini mendapati Muar, Johor dan dua kawasan di Melaka iaitu Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai berada pada tahap berbahaya, dengan Muar mencatat IPU 690, manakala Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka, masing-masing dengan bacaan 428 dan 415. Sumber: Kosmo ( 23 Jun 2013 )

KEADAAN jerebu di ibu Negara

Sumber : http://koding-kn.blogspot.com/2013/06/elak-penyakit-akibat-jerebu.html
5

BAHAN 3 ( ARTIKEL UTUSAN ONLINE ) Hanya Seri Manjung catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR 24 Julai - Kualiti udara di seluruh negara semakin baik dengan hanya satu kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini iaitu di Seri Manjung, Perak.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 5 petang ini, Seri Manjung mencatat bacaan IPU pada 120 berbanding tiga kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat semalam iaitu Bukit Rambai, Tanjung Malim dan Seri Manjung.

JAS dalam kenyataannya memberitahu, secara keseluruhannya, status kualiti udara sehingga pukul 11 pagi ini bertambah baik dan peningkatan bacaan IPU di Seri Manjung adalah dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan.

"Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), adalah diramalkan pada hari ini, 24 Julai 2013, kawasan di Semenanjung secara amnya cuaca dijangkakan baik di semua negeri pada waktu pagi.

"Hujan sementara di satu dua tempat dijangka berlaku di bahagian pedalaman negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Kelantan dan Terengganu pada waktu petang manakala di negeri-negeri lain cuaca dijangka baik. Pada waktu malam pula dijangkakan cuaca baik secara amnya di semua negeri," kata kenyataan itu.

Selain itu, beberapa tempat di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian pendalaman negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan mula menerima lebih banyak hujan pada waktu petang mulai 25 Julai 2013 untuk tempoh beberapa hari.Ini dijangka dapat membantu memulihkan keadaan berjerebu yang sedang dialami negara.

Sementara itu, laporan Pusat Pakar Meteorologi ASEAN (ASMC) menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia pada 23 Julai 2013 adalah sebanyak 292 titik panas iaitu meningkat berbanding 252 titik panas pada 22 Julai 2013.

Di Malaysia, sebanyak 27 titik panas dikesan melalui satelit NOAA-18 pada 23 Julai 2013 iaitu di negeri Johor (7), Pahang (7), Negeri Sembilan (2) dan Sarawak (11).Di Perak, bacaan IPU di stesen pengawasan kualiti udara Seri Manjung mencatatkan tahap tidak sihat sejak pukul 8 malam tadi.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Abdul Razak Abdul Manap berkata, peningkatan bacaan IPU itu dipengaruhi oleh pencemaran jerebu merentasi sempadan berdasarkan peningkatan kepada 252 titik panas di Sumatera, Indonesia kelmarin."Di samping itu, negara kini sedang mengalami musim monsun barat daya dengan cuaca panas dan kering bermula Jun lalu dan dijangka berterusan sehingga awal Oktober ini.

"Angin monsun barat daya yang bertiup dari kawasan titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia telah membawa lingkaran jerebu sederhana ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia," katanya.Stesen pengawasan kualiti lain di sekitar Perak seperti di Jalan Tasek dan SK Jalan Pegoh, Ipoh; Tanjung Malim dan Kampung Air Putih, Taiping, masingmasing mencatatkan bacaan IPU sederhana.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, JAS Perak akan terus mengawasi dengan rapi status kualiti udara di seluruh negeri mengikut tindakan yang telah digariskan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan serta mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Kebakaran Terbuka negeri.

Beliau berkata, pihaknya juga akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas pelepasan asap daripada kenderaan bermotor serta industri. Utusan Melayu (M) Bhd Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-SeriManjung-catat-IPU-tidak-sihat

BAHAN 4 ( ARTIKEL SURAT KHABAR BERITA HARIAN )

SUMBER : BERITA HARIAN ( 22 JULAI 2013)


8

BAHAN 5 (ARTIKEL DARI INTERNET ) Jerebu di Singapura kian 'tebal'

SINGAPURA - Keadaan jerebu di Singapura bertambah buruk dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat 11 pagi ini mencecah tahapberbahaya iaitu 400, kata Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Bacaan IPU antara kosong dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100,sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; dan lebih 301, berbahaya.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada sidang akhbar semalam memberi amaran kepada rakyat Singapura bahawa keadaan itu dijangka berterusan untuk beberapa minggu.

"Kami tidak dapat memberitahu jangka masa masalah jerebu ini. Ia mungkin berlanjutan selama beberapa minggu, dan mungkin agak panjang sehingga musim kemarau berakhir di Sumatera.Kita perlu menyesuaikan tindakan kita dengan perubahan keadaan dan melindungi diri
9

kita dengan cara yang lebih praktikal," katanya.

Singapura telah menubuhkan Jawatankuasa Jerebu Antara Kementerian (HIMC) untuk menyelia usaha menyeluruh di peringkat nasional.Jerebu asap daripada pembakaran hutan di Sumatera, bagi membersihkan tanah untuk pertanian, telah dibawa tiupan angin dari barat daya atau barat dan memberi kesan kepada Singapura serta beberapa negeri di semenanjung Malaysia.

Sementara itu, wakil Singapura mengadakan mesyuarat tergempar dengan pegawai Indonesia di Jakarta semalam untuk membincangkan keadaan jerebu yang semakin teruk.Mesyuarat itu diatur Kementerian Luar Indonesia melibatkan pegawai kanan Indonesia, kata kenyataan yang dikeluarkan NEA.

Singapura menegaskan jerebu tetap merupakan masalah rentas sempadan yang bukan sahaja memberi kesan ke atas Indonesia tetapi juga negara serantau. Indonesia memberi jaminan kepada Singapura bahawa ia akan memberi lebih perhatian kepada isu itu.

Pada mesyuarat itu, Indonesia memberi taklimat mengenai rancangannya meningkatkan keupayaan menangani kebakaran dan memastikan agensi-agensinya membuat laporan dua kali sehari kepada pasukan petugas kebangsaan yang dipengerusikan Menteri Koordinasi bagi
10

Kebajikan Rakyat, Agung Laksono.

Indonesia juga bercadang meningkatkan penguatkuasaan undang-undang di lapangan dengan menghantar penyiasat ke Bengkalis bagi mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat perladangan yang tidak bertanggungjawab.

Berikutan ada laporan dari Kementerian Perhutanan Indonesia bahawa syarikat-syarikat Singapura mungkin terlibat dalam aktiviti pembakaran haram, Singapura meminta Indonesia berkongsi nama syarikat yang terlibat walaupun tanggungjawab untuk mengambil tindakan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap syarikat-syarikat itu terletak di tangan Indonesia. SUMBER : http://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.html

11

REFLEKSI TENTANG ARTIKEL

12

Jerubu adalah satu fenomena yang kerap terjadi di Malaysia kini. Jerubu sering melanda ketika cuaca panas dan kering. Keadaan berjerubu pastinya merimaskan kerana jarak penglihatan menjadi terhad , banyak aktiviti tergendala bahkan ada beberapa tempat seperti di Johor diisytiharkan darurat kerana bacaan IPUnya melepasi tahap kritikal dan bahaya iaitu IPU 500. Selain daripada masalah tersebut jerubu juga boleh mendatangkan kesan tidak sihat seperti kesukaran bernafas, perit hidung, batuk-batuk, gatal kulit dan sebagainya.

Berdasarkan kisah jerubu ini saya telah mengumpulkan lima artikel yang terdiri daripada sumber surat khabar seperti Bernama, Kosmo dan Berita Harian, dan bahan-bahan yang dipetik daripada laman web di internet seperti Utusan online dan blog.

Bahan artikel pertama dipetik daripada surat khabar Bernama bertarikh 25 Julai 2013 dengan mengetengahkan isu Jerubu beralih ke Utara tanah air . Bacaan IPU bagi Ipoh , Perak dan Seberang Prai , Pulai Pinang menunjukkan bacaan tidak sihat. Artikel ini lebih merujuk kepada maklumat bacaan IPU di tempat-tempat yang terlibat.

Bagi bacaan artikel ke dua pula dipetik daripada surat khabar Kosmo bertarikh 23 Jun 2013. Artikel ini merujuk kepada punca jerubu terjadi seperti kebakaran di Riau, Sumatera Tengah , Indonesia telah menyebabkan asap jerubu di bawa oleh angin ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Selain daripada itu bahan artikel 3 pula diabil daripada Utusan Online bertarikh 24 Julai menyatakan bahawa jerubu yang melanda Malaysia kian pulih. Artikel ini menyatakan Hanya Seri Manjong sahaja mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat yang dinyatakan oleh Jabatan

13

Alam Sekitar sekitar pukul 11 pai hari tersebut. Laporan Pusat Pakar Meteorologi ASEAN ( ASMC ) juga menyatakan bilanagan titik-titik panas di Sumatera, Indonesia semakin berkurang.

Walau bagaimana pun, Jerubu Kembali Lagi , tajuk bahan artikel ke 4 yang dipetik daripada surat khabar Berita Harian bertarikh 22 Julai 2013. Dalam artikel ini menyatakan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia ( JMM ), Che Gayah Ismail berkata berkemungkinan jerebu kembali lagi kerana pergerakan angin Monson Barat Daya yang bertiup sehingga Oktober boleh membawa asap jerubu ke ke arah malaysia

Akhirnya dalam bahan artikel ke lima yang dipetik daripada internet dengan tajuk Jerubu di Singapura kian tebal .. Artikel ini menunjukkan bahawa masalah jerubu bukan terjadi di Malaysia sahaja bahkan di Singapura juga. Keadaan di Singapura bertambah teruk berikutan bacaan IPU telah mencapai tahap bahaya iaitu 400. Untuk mengatasi masalah tersebut pihak Singapura telah berbincang dengan pihak Indonesia dan bersetuju untuk mengambil tindakan kepada individu atau syarikat yang melanggar akta membakar hutan.

Setelah meneliti kelima-lima artikel yang diambil jelaslah bahawa masalah jerubu bukanlah masalah kecil dan boleh diambil mudah sahaja kerana masalah ini boleh menyebabkan ekonomi negara menjadi lumpuh dan masyarakat menjadi tidak sihat dan sebgainya. Seharusnya kita mengambil iktibar dan sentiasa mengambil inisiatif menjaga dan menyayangi alam sekitar. Buat perkara yang boleh dibuat biarkan sekadar berkongsi kereta ke tempat kerja kerana dengan itu dapat mengurangkan pengeluaran asap atau jangan melakukan pembakaran secara terbuka .

14

BIBILIOGRAFI Syed Azwan Syed Ali, ( 2013 ) Jerubu Kembali Lagi ; Berita Harian Berita tentang jerubu [ online], available : http://pkrl.blogspot.com/2013/06/hot-punca-jerebu-dikenal-pasti-ladang.html acessed at ( 2013/11/12) Jerebu [online], available : http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.html acessed ( 20013/11/13) Kesan Jerubu dalam sisipan berita ,[online] available : http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130725/dn_07/Hanya-SeriManjung-catat-IPU-tidak-sihat acessed at ( 2013/11/10) Punca-punca Jerubu,[online],available: : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-beralih-ke-utara-malaysiabernama acessed at ( 2013 /11/12)

15

You might also like