You are on page 1of 27

Rangka Pembentangan:

Pengenalan
Takrif Melayu (M), Islam (I) dan
Beraja (B)
MIB sebagai suatu yang integral
Kesimpulan

1
Pengenalan
Melayu Islam Beraja (MIB)sebagai falsafah
Negara Brunei Darussalam, secara rasmi
diisytiharkan oleh KDYMM Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara
Brunei Darussalam pada 27 Rabiulawal 1404
Hijriah bersamaan dengan 1 Januari 1984
Masehi, seperti yang terkandung dalam
Titah Perisytiharan Kemerdekaan Negara
Brunei Darussalam:

“…Negara Brunei Darussalam adalah dan


dengan izin serta limpah kurnia Allah
Subhanahu Wata’ala akan untuk selama-
lamanya kekal
menjadi sebuah negara Melayu Islam
Beraja yang merdeka, berdaulat dan
demokratik, bersendikan kepada ajaran-
ajaran ugama Islam menurut Ahli Sunnah
Waljama’ah…”

2
TAKRIF M, I DAN B
MELAYU (M)
Definisi Melayu Brunei
 Undang-undang taraf kerakyatan negara Brunei
1962 menetapkan ketulenan Melayu Brunei iaitu
rakyat sultan dengan kuat kuasa mutlak undang-
undang yang dikhususkan kepada puak-puak jati
Bangsa Melayu iaitu Belait, Bisaya, Brunei, Dusun,
Kedayan, Murut dan Tutong.

 Orang lain hanya diterima menjadi rakyat secara


berdaftar dan penuangan yang ditentukan oleh
syarat-syarat tertentu antaranya tempoh
bermastautin selama 25 tahun di Brunei dan diuji
secara lisan atau tulisan oleh Lembaga Bahasa
yang berpuas hati bahawa orang luar itu
mempunyai darjah pengetahuan bahasa Melayu
nya dianggap baik dan boleh bertutur dalam
bahasa Melayu dengan fasih serta berkelakuan3
 Apabila Melayu Islam Beraja disytiharkan sebagai
falsafah negara, maka Melayu Islam dan Beraja akan
dijadikan oleh negara sebagai matlamat, amalan,
dasar, prinsip, gagasan, pegangan, landasan dalam
berfikir, bertindak,menilai dan merancang
keseluruhan hidup berbangsa, bernegara dan
berugama.

 Orang Melayu telah lama bernegarakan Brunei


Darussalam, malah merekalah yang menjadi
pengasas, penegak dan pejuang yang telah
menentukan keagungan dan survival negara ini
hingga ke hari ini.

 Sistem pemerintahan Melayu iaitu Beraja telah


diamalkan sejak berkurun-kurun lamanya.

 Nilai dan norma Melayu termasuk adat resam dan


tatasusilanya telah menjadi sebahagian daripada
cara hidup masyarakat yang harmoni dan dihormati.

4
 Kedatangan Islam bukan saja merubah bentuk dan
nilai kebudayaan Melayu malah kebanyakan orang
Melayu telah mengubah kepercayaan mereka dan
memeluk Islam.

 Perlembagaan Negeri Brunei 1959 bukan saja


mengiktiraf kedudukan bangsa Melayu sebagai
pewaris sah bumi Darussalam ini malah tiga
identiti penting dan utama majoriti bangsa Melayu
telah diangkat pada kedudukan yang tinggi dalam
sistem politik dan sosial negara ini:

i. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.

ii. Islam menjadi ugama rasmi negara

iii.Sultan diletakkan sebagai kuasa


pemerintah tertinggi negara.

5
Nilai etika masyarakat Melayu: Nilai sosial,
nilai – nilai yang disanjung oleh masyarakat
dijadikan pedoman tertinggi bagi kelakuan
setiap anggota masyarakat.

 Nilai berbudi dan berbahasa – Dianggap


dalam masyarakat Melayu suatu nilai yang
disanjung tinggi sebagai ukuran
ketinggian keperibadian:

Yang kurik itu kundi


Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.
Orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi kita merasa.

6
 Nilai budi: Pemurah, berbuat baik, yang menerima
kebaikan sentiasa terasa dirinya terhutang dan perlu
membalas kembali, balas membalas budi dalam
masyarakat melahirkan semangat kerjasama untuk
kebaikan:

Anak nelayan membawa cangkul


Menanam ubi di tanah darat
Beban sekoyan dapat dipikul
Budi sedikit terasa berat.

 Nilai rendah diri:


Bawa resmi padi, makin berisi makin
tunduk.

 Nilai pemurah:
Jika mendapat sama berlaba
Kehilangan sama berugi
Yang ada dimakan bersama
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.

7
 Nilai kebenaran:
Berani kerana benar, takut kerana salah.

 Nilai berhati – hati:


Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan.

 Nilai kesabaran:
Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

 Nilai ketekunan:
Sehari selembar benang, lama- lama menjadi kain.

 Nilai tolong menolong:


Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

 Nilai perpaduan:
Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semua.

8
 Nilai memegang janji:
Janji harus ditepati, ikrar harus dihormati.

 Nilai menghormati ibu bapa dan orang- orang tua:


Yang tua dihormati, yang muda disayangi, sama besar
hormat menghormati.

 Nilai mentaati raja:


Pantang Melayu menderhaka kepada raja Siapapun menjadi
raja, tangan ke dahi jua.

 Nilai mematuhi adat:


Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah Biar mati
anak jangan mati adat.

 Nilai beragama:
Muslim zuhud imannya tinggi, harta dan pangkat
dianggapnya daki, Muslim zuhud alimnya terbilang,
kemewahan dunia tiada dipandang. Hanya kepada Allah ia
bersujud, kepada makhluk ia tak takut.

9
Maksud Melayu
Dijadikan Falsafah
Pengisytiharan Melayu Islam Beraja sebagai
falsafah negara adalah selaras dengan
kandungan Perlembagaan Negeri Brunei
1959.
Titah pemasyhuran kemerdekaan
membayangkan dengan jelas hasrat KDYMM
Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang
Dipertuan NBD untuk menjadikan NBD kekal
menjadi sebuah Negara Melayu, Islam dan
Beraja.
Dengan dokongan dan sokongan padu
seluruh rakyat dan penduduk, negara ini
akan dapat, Insya Allah:
10
Mengekalkan kekuasaan pemerintahan dan
politik bangsa Melayu;

Mengekalkan penggunaan bahasa Melayu


sebagai bahasa rasmi negara;

Mengekal, mengembang dan menyesuaikan


nilai – nilai luhur kebudayaan bangsa Melayu
dengan hukum- hukum Islam dan kemajuan
zaman;

Mengekalkan dan melindungi hak tujuh


golongan puak Melayu yang menjadi purih
bangsa Brunei.

11
Falsafah negara Melayu Islam Beraja juga
dimaksudkan untuk menegaskan bahawa:
 Negara Brunei Darussalam adalah negara Melayu.

 Negara Brunei Darussalam akan terus


mengekalkan system pemerintahan Melayu yang
dipimpin oleh Sultan ( Raja ).

 Negara ini akan berterusan mengukuhkan dan


meneruskan nilai – nilai luhur Melayu, adat resam
dan kebudayaan Melayu yang positif, progresif
dan dinamik yang tidak bercanggah dengan nilai –
nilai Islam sebagai identiti dan etika kebruneian.

 Negara ini akan mengekalkan Adat Istiadat Diraja (


Melayu ) sebagai sistem protokol kenegaraan.

 Negara Brunei Darussalam akan mengekalkan


identiti dan warisan agung Melayu termasuk
tulisan jawi bagi kepentingan kebangsaan dan
ugama.
12
ISLAM (I)
 Islam menjadi agama rasmi Negara.

 Perlembagaan Negeri Brunei 1959 Bahagian II


Ceraian 3(i) menyebutkan

“Agama rasmi bagi negeri Brunei ialah agama Islam


menurut Ahli Sunnah wal-Jemaah tetapi agama-
agama yang lain boleh diamalkan dengan aman dan
sempurna oleh mereka yang mengamalkannya”.

 Sultan sebagai ketua ugama dan jawatan-jawatan


penting dalam kerajaan iaitu Menteri Besar, Timbalan
Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan hendaklah
dipegang oleh orang Islam.

13
 Islam adalah Ad Deen iaitu cara hidup yang lengkap
dan sempurna, yang telah diwahyukan oleh Allah
kepada Nabi Muhammad S.A.W yang berintikan iman
dan amal.

 Iman adalah merupakan aqidah.

 Amal merupakan syariat.

 Aqidah dan Syariat saling berkaitan umpama sebab


dengan musabab.

 Islam menjadi teras dalam pembinaan kehidupan


dalam diri individu, berkeluarga, bermasyarakat dan
bernegara.

 Islam memimpin manusia ke arah hidup di dunia dan


di akhirat.

 Islam menjadi panduan akhlak dan tingkahlaku,


bersih dari kekufuran dan kesyirikkan.
14
Islam menjadi teras kepada peraturan
dan undang-undang yang
bersumberkan kepada al-Quran dan
al-Sunnah:

Individu dengan masyarakat.


Rakyat dengan Negara.
Politik dengan pemerintah.
Undang-undang dengan akidah dan
akhlak.
Material dengan kerohanian dan
seterusnya.

15
 Islam menjadi teras kepada Melayu dan Beraja sama
ada dari segi kepercayaan dan amalan.

 Islam sebagai payung kepada Melayu dan Beraja oleh


sebab itu pentadbiran, ekonomi, politik, kebudayaan,
pendidikan dan sebagainya mesti dilihat dari
perspektif Islam.

 Melayu bermakna bahawa Negara Brunei Darussalam


adalah Negara melayu, rakyat Melayu dengan sistem
pemerintahan yang dipandu oleh Islam.

 Kebanyakan orang Melayu yang berugama Islam


telah menyempitkan ajaran-ajaran Islam itu hanya
kepada soal keugamaan (ritual) sahaja seperti solat,
puasa, zakat haji dan sebagainya.

 Tetapi hakikatnya pengalaman Islam sebagai cara


hidup yang lengkap dan sempurna yang meliputi
kehidupan dunia dan akhirat.

16
BERAJA (B)
 Beraja merujuk kepada sistem politik.

 Sumber kehidupan dan identiti bangsa Melayu.

 Warisan bangsa Melayu yang dipraktikkan oleh NBD.

 Dipengaruhi oleh sosiobudaya, politik dan agama.

 Raja adalah kerajaan. Tidak ada raja tidak ada


kerajaan. Jatuh bangun dan hidup mati bangsa
melayu terletak kepada raja.

 Heine-Geldern, kerajaan Melayu tidak wujud sendiri


melainkan ada raja.

 A.C.Milner, mengatakan bahawa kehidupan


masyarakat Melayu raja penting. Ia satu etos
bernegara dan berbangsa bagi orang-orang Melayu.

17
Raja dalam pemerintahan cara Melayu
bukanlah sebagai lambang tanpa
kuasa mentadbir tetapi Raja adalah:

Penaung kepada rakyat


Junjungan rakyat.
Pemimpin kepada rakyat.
Turus tunggak Negara Brunei Darussalam.
Yang DiPertuan Negara Brunei
Darussalam.

18
Islam sebagai teras dan payung
kepada pemerintahaan Raja maka
sultan bertanggung jawab:

Sultan ketua ugama.


Islam menjadi panduan dalam
pemerintahaan Melayu Islam Beraja.
Sultan mestilah penegak syiar Islam.
Orang-orang yang bukan Islam
menghormati ugama Islam.

Kewajiban melaksanakan syariah


Islam. Sultan merupakan “Huswatun
Hassanah” iaitu tauladan yang baik.

19
Bagi orang barat – Raja & kerajaan terpisah.
Ia satu unit tersendiri. Sistem yang lemah,
mudah rapuh & menindas serta tidak
menjamin keadilan.

Kecaman dan kritikan berunsurkan


sentemen dan emosional kerana sikap ego
dan menganggap sebagai bangsa superior.
Mereka sendiri mencari rahsia kejayaan
untuk melunturkan kesatuan dan persatuan
bangsa Melayu.

Beraja mempunyai daulat dan kekuatan


tersendiri.

Sejarah telah membuktikan beraja mampu


mengwujudkan keadilan, keamanan,
kesejahteraan dan keharmonian.

Mampu membina tamadun & empayar.

20
 Kejayaan ini disebabkan peranan dan tanggungjawab
raja yang beridentitikan moral.

 Pemerintahan berteraskan agama.

 Agama membawa kebaikan kepada manusia.

 Sebelum Islam – Raja ibarat titisan para dewa diutus


untuk membawa manusia ke jalan hidup yang
sempurna.

 Raja mesti memiliki moral, kebolehan dan


kebijaksanaan.

 Jika raja gagal mempamerkan tiga unsur tersebut.


Kedudukan seorang raja akan tercemar. Kerajaan
akan jatuh/hancur.

 Setelah Islam – Konsep raja berasaskan syariah dan


tauhid.

 Raja dianggap sebagai khalifah atau wakil Allah di


bumi (zulillahufil – ‘alam). 21
 Raja dihubungkan dengan para Nabi dan tokoh-tokoh
Islam.

 Islam mewujudkan;
 Solidariti,
 Jaminan hak individu
 Bebas dari perhambaan
 Hubungan bukan hanya antara manusia dengan
Allah juga merangkumi setiap dimensi kehidupan
manusia.

 Teras pembinaan Negara bangsa terletak pada


konsep raja.

 Beraja dapat mewujudkan integrasi nasional.

 Menenamkan semangat berbangsa & bernegara.

 Mempertahankan pengaruh globalisasi dan kelahiran


bangsa Melayu baru.
22
 Raja dalam MIB ialah:

 Raja adalah ketua adat


 Raja adalah ketua agama
 Raja adalah ketua Negara (Ulil-Amri Minkum)
 Raja adalah ketua pemerintah

 Raja dalam konteks MIB adalah Khalifah Allah di


muka bumi yang mempunyai kedudukan seperti
berikut:

 Raja adalah pemegang amanah Allah


 Raja adalah ketua angkatan bersenjata
 Raja adalah penaung dan payung rakyat
 Raja adalah turus tunggak Negara Brunei
Darussalam.

23
MIB SEBAGAI SUATU YANG INTEGRAL
MIB adalah tiga komponen yang saling
berhubungkait dan tidak dapat dipisahkan.

Ketiadaan salah satu daripada komponen


tersebut akan menjadikan falsafah Negara tidak
lengkap.

Tidak akan wujud dan bertahan komponen M


tanpa I dan B begitu juga dengan komponen I
dan B, yang tidak akan wujud tanpa M.

Implikasi dari Melayu sebagai falsafah ialah,


Melayu dijadikan sebagai:
- Asas untuk menyatukan rakyat
- Identiti kebangsaan

24
- Dasar dan pegangan hidup rakyat

- Pandangan dunia dan pandangan hidup


masyarakat

- Panduan pembangunan

- Dasar pendidikan

- Wawasan perekonomian dan kesejahteraan


masyarakat

- Misi dan visi pentadbiran &


pemerintahan

- Dasar pertahanan

- Suasana persekitaran

25
MIB sebagai falsafah Negara adalah:

Cara hidup (way of life) kebruneian.


Keadaan dan sifat hidup yang konsisten
dalam sistem etika, politik, sosial,
ekonomi dan moral yang berinti dan
berteraskan Islam, dipandu oleh iman, dan
memancarkan nilai, adat dan akhlak
Melayu yang terpuji serta kasih dan taat
kepada Raja.
Asas hidup kebruneian bersandarkan
kepada iman dan Tauhid kerana MIB
sendiri berintikan Islam.
Cara hidup kebruneian dan tata cara
melaksanakan ibadat dalam menempuh
kehidupan menurut prinsip Islam dengan
corak yang beradat Melayu, beradab dan
bercirikan Melayu yang kasih dan taat
kepada Raja, dengan tujuan mencapai 26
KESIMPULAN
 MIB adalah penentu dan penjamin Survival Bangsa.

 Orang Melayu harus sedar bahawa pengisytiharan


Melayu sebagai salah satu komponen utama falsafah
Negara merupakan mekanisme yang ampuh untuk
mengekalkan kelangsungan ketuanan Melayu di
Negara ini.

 Dengan menjadikan Negara ini sebagai sebuah


Negara Melayu Islam Beraja peluang bangsa Melayu
untuk menyerah dan cemerlang dalam semua bidang
yang penting terutamanya akan terjamin dan dapat
direalisasikan.

 MIB sebagai kesinambungan Sejarah Bangsa.

 MIB adalah Wawasan kearah Menjadikan Negara


Brunei Darussalam Sebagai “Baldatun Taibatun
Warrabun Ghafur”.
27

You might also like