You are on page 1of 3

TAKRIF NEGARA BANGSA

Negara bangsa terbentuk apabila manusia berkongsi sejarah, kebudayaan serta bahasa
yang sama dan seterusnya menghasilkan satu identiti. Hal ini jelas dapat dilihat di
negara bangsa England, Perancis. Sungguhpun begitu, terdapat negara bangsa yang
tidak mempunyai persamaan ras, kebudayaan, dan bahasa. Negara bangsa boleh
ditakrifkan sebagai negara yang ditubuhkan berasaskan kepada bangsa yang
serumpun, serta mempunyai tradisi yang sama. Ia sepatutnya sebuah negara yang
merdeka dan daulat. Kepentingannya diutamakan dari segala kepentingan yang lain di
kalangan warganegaranya. Penubuhan negara bangsa dianggap sebagai kemuncak
kepada perkembangan peribadi sesebuah negara. Negara bangsa juga boleh
ditakrifkan sebagai sebuah negara yang bebas daripada konsep empayar dan berada di
bawah kedaulatan raja mutlak. Setiap negara bangsa mempunyai penduduk yang
berteraskan satu bangsa, bahasa, kesusasteraan dan satu kesedaran kebangsaan. Raja
mempunyai hak untuk mengisytiharkan perang, mengenakan cukai, mentadbir dan
menguatkuasakan undang-undang. Negara bangsa juga boleh disebut sebagai monarki
kebangsaan.

SEJARAH KEMUNCULAN NEGARA BANGSA

England
Negara bangsa di England terbentuk dengan kemunculan Dinasti Tudor (1458-1603)
iaitu apabila Henry VII berjaya menamatkan kekacauan yang berlaku akibat Perang
Bunga Ros. Peperangan ini berlaku selama 30 tahun. Ia menyebabkan kedudukan
golongan bangsawan lemah dan membuka ruang untuk raja dan rakyat merampas
kuasa. Henry VII telah mengambilalih kuasa dari Richard III (raja terakhir keluarga
White Rose). Beliau telah meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian
khas, pengekalan tentera persendirian dan pemakaian lambang kuasa sendiri sebagai
amalan golongan bangsawan. Beliau juga menggunakan Majlis Dirajanya sebagai
mahkamah baru untuk berurusan dengan hal-hal harta benda dan keadaan yang
mengganggu ketenteraman awam. Majlis ini pada mulanya dianggap sebagai alat
untuk mengukur kedudukan raja dan berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan. Ia
juga memperlihatkan Henry VII sebagai pemimpin yang mulia walaupun beliau
mempunyai peribadi yang tidak baik.

Perancis
Negara bangsa Perancis dimulakan oleh Louis XI yang memerintah antara tahun 1461
hingga 1483 dan diteruskan oleh penggant-penggantinya. Beliau telah membina
pasukan tentera diraja bagi menumpaskan pencerobohan yang menggunakan
golongan bangsawan untuk memberontak. Pada tahun 1519, Perancis berjaya
memperluaskan kekuasaannya ke atas gereja melalui perundingan dengan Pope Lee
X. Beliau juga bersetuju menerima pendapatan gereja Perancis dan raja-raja Perancis
akan mengawal gereja kebangsaan.

Sepanyol
Negara bangsa di Sepanyol terbentuk ekoran daripada penyatuan 2 kerajaan iaitu
Kerajaan Aragon dan Castrie. Penyatuan ini dilakukan melalui perkahwinan
Ferdinand dan Esabella pada tahun 1479. Pada tahun 1480, atas desakan kedua-
duanya, Dewan Parlimen Sepanyol telah mengarahkan golongan feudal menyerahkan
tanah yang dahulunya dirampas daripada raja. Golongan bangsawan tidak dibenarkan
membina istana untuk kepentingan sendiri. Ferdinand dan Esabella menggunakan
gereja untuk kepentingan mereka sendiri, mereka melantik Bishop, Paderi Besar dan
Biara sedangkan kuasa tersebut berada di tangan Pope di Rom sebelum itu. Kerajaan
Aragon dan Castile mengiktiraf kedua-dua raja tetapi tidak ada institusi politik,
kehakiman dan pentadbiran yang sama di antara kerajaan tersebut. Dalam keadaan ini,
negara bangsa di Sepanyol telah menerima pengaruh agama dan penyatuannya juga
hanya berlaku di sekitar gereja dan mereka seterusnya mendesak kepada penyatuan
agama dan semangat kebangsaan. Penyatuan Sepanyol menjadi lengkap apabila
orang-orang Moors yang beragama Islam dipaksa meninggalkan Sepanyol. Pada
tahun 1502, bermulalah sejarah negara Sepanyol dengan raja kebangsaan yang
beragama Katolik.

KESAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Pembentukan negara bangsa di Eropah menamatkan konsep dunia empayar. Ia juga


turut memungkinkan pelayaran ke seberang laut dan penemuan negara-negara baru.
Pembentukan negara bangsa juga merintis jalan kepada kemunculan pemerintahan
mutlak pada abad ke-16 dan ke-17. Kemunculan negara bangsa semacam ini amat
ketara di Perancis dan England. Kebanyakan rakyat Eropah cenderung untuk
menerima idea bahawa raja dilantik atas kehendak tuhan. Walau bagaimanapun,
rakyat harus mempunyai suara dalam aspek-aspek tertentu. Oleh itu, raja tidak boleh
menggubal undang-undang atau menaikan cukai tanpa kebenaran. Segala keputusan
yang hendak diambil haruslah mendapat kebenaran daripada dewan parlimen.

CIRI-CIRI NEGARA BANGSA

Negara bangsa mempunyai kuasa dan tidak bergantung kepada orang lain. Hal ini
disebut sebagai independent. Kuasa ini menyebabkan penduduk dalam teritori
(kawasan pemerintahan yang lebih luas daripada wilayah) memberikan ketaatan yang
sepenuhnya dari aspek politik.

Terdapat perbezaan dari segi sains dan bilangan penduduk. Ada negara bangsa yang
mempunyai bilangan penduduk yang ramai dan ada pula yang terlalu sedikit. Negara
bangsa akan diminta kawasan gabungan dalam sempadannya untuk
mengagungkannya.

Sebagai sebuah negara gabungan, negara bangsa jelas di dalam beberapa perkara
diantaranya ialah keahlian negara bangsa adalah wajib kepada semua warganegara.
Terdapat monopoli penggunaan tentera dalam kawasan sempadannya dan pegawai-
pegawai kerajaan negara bangsa berhak untuk bertindak atas nama tanah dan
orangnya.

Kesatuan negara bangsa adalah salah satu daripada bentuk negara bangsa secara
keseluruhannya. Negara bangsa dunia adalah dalam bentuk kesatuan, contohnya,
Sepanyol dan Perancis. Ada yang memberi kuasa desentralisasi, antara kerajaan
dengan sub negara bangsa sehingga nampak seperti sistem persekutuan. Ada juga
yang memberi kuasa kepada pegawai yang dilantik untuk mentadbir dalam
teritorinya. Di Perancis, desentralisasinya dilakukan secara terkawal iaitu secara
pengawalan pusat. Di bawah sistem pentadbiran Perancis, terdapat 95 department dan
setiap satunya diketuai oleh prefect. Di bawah department ini, terdapat 322 cawangan
department yang dikenali sebagai arrondisment yang setiap satunya diketuai oleh sous
prefect dna sous prefest dilantik oleh kerajaan untuk bertindak sebagai agen daripada
kerajaan pusat dan juga bertindak sebagai pegawai eksekutif.

Dalam sistem persekutuan pula, pemerintahnya dibahagikan antara 2 set kerajaan


autonomi. Satu secara kebangsaan dan satu lagi secara sub kerajaan. Kedua-duanya
dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat. Biasanya kuasa sepenuhnya dijalankan oleh
kerajaan kebangsaan yang menguasai keseluruhan teritori kebangsaan dan
pentadbiran wilayah sendiri. Bagi negara bangsa yang berbentuk persekutuan,
terdapat perbezaan dalam struktur pemerintahan dan proses politik ini dilakukan
disebabkan perbezaan kebudayaan.

Wujudnya perdagangan antarabangsa, perdagangan antarabangsa dijalankan secara


sistem barter: barangan atau perkhidmatan. Ia muncul bersama dengan kemunculan
negara bangsa ketika zaman pertengahan di Eropah. Ia merupakan ciri terpenting
bangsa dan orang yang terlibat ialah saudagar, merchant atau mercantile. Sistem
perdagangan ini muncul pada abad ke-18 dan 17 dan ia lebih menekankan kebajikan
negara bangsa. Ia juga mementingkan keupayaan atau kemewahan terutamanya dalam
bentuk emas. Emas adalah perkara terpenting dalam polisi kebangsaan dan saudagar
menganggap emas seolah-oleh keimanan.

Falsafah perdagangan negara bangsa adalah menggalakkan eksport dan


mengurangkan imprt. Lebihan eksport adalah dalam bentuk emas. Menurut
Encyclopedia Britanica, polisi ini memusnah diri sendiri.

You might also like