You are on page 1of 5

Pengenlan

Telah dinyatakan bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem
pendidikan kebangsaan yang telah digunakan. Penyata Razak mencadangkan beberapa perkara dengan
mengambilkira matlamat akhirnya dalam membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan.

1 - Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama


2 - Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
3 - Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah.
4 - Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.
5 - Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama.
6 - Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
7 - Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
8 - Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah
Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.
9 - Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan
ditubuhkan.

Selepas daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan kita ini oleh Abdul
Rahman Talib yang dikenali sebagai Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran
1961.
Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961

Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan
Laporan Rahman Talib ialah:

1 - Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma


2 - Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
3 - Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
4 - Murid naik darjah secara otomatik
5 - Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.
6 - Pendidikan akhlak dititikberatkan.

Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah
menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah
menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan
Perdagangan.
Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia
ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal
yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina
tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah
amat sukar untuk menyatukan mereka.
Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn
(1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar
Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.
Penyata Razak

Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya
membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:

Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama.


Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah.
Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.
Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama.
Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.
Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.
Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah
Atas (SMA) dan Pra Universiti.
Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan
ditubuhkan.
Selepas daripada Penyata Razak ini maka telah disesuaikan lagi sistem pendidikan kita ini oleh Abdul
Rahman Talib yang dikenali sebagai Laporan Talib (1960) yang seterusnya menjadi Akta Pelajaran
1961.

Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961


Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan
Laporan Rahman Talib ialah:

Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma.


Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.
Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.
Murid naik darjah secara otomatik
Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.
Pendidikan akhlak dititikberatkan.

Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum.
Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama .
Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan
sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya.
Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara ini.

Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran
1961. Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan
untuk generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta
Pendidikan 1996 merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat
dan dasar pendidikan yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak
1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak
mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan
undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996) ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan
perundangan mengenai pendidikan.
Sambil mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Akta
Pendidikan 1996 memperkenalkan banyak peruntukan perundagan (Legislative provision) baru untuk
menangani cabaran pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan
2020. Dalam pada itu juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah
digugurkan.

You might also like