You are on page 1of 26

FORMAT LAPORAN PROJEK PENYELIDIKAN TAHUN AKHIR (PITA)

Format: Laporan PITA format jurnal antarabangsa.

Format Rujukan: Jurnal kejuruteraan terbitan American Society of Civil


Engineers atau ASCE, Amerika Syarikat (rujukan utama)
Jurnal saintifik terbitan Elsevier (rujukan kedua)
Jurnal saintifik terbitan John Wiley & Sons (rujukan kedua)

Pengenalan:

Jurnal-jurnal tersebut di atas adalah jurnal ‘peer-reviewed’ yang bertaraf


dunia. Sejajar dengan tahap akademik jurnal-jurnal terbitan ASCE, Elsevier dan John
Wiley & Sons yang tinggi serta usaha untuk meningkatkan mutu penulisan ilmiah di
kalangan pelajar-pelajar Jabatan Sains Kejuruteraan FST, maka format jurnal-jurnal
tersebut telah dipilih sebagai panduan asas untuk penulisan laporan PITA. Oleh
demikian, ‘Journal of Hydrologic Engineering’, ‘Journal of Hydrology’ dan
‘Hydrological Processes’ adalah digunakan sebagai panduan umum untuk format
penulisan laporan PITA. Jurnal-jurnal ini mengikuti format piawai yang digunapakai
oleh jurnal-jurnal lain yang diterbitkan oleh penerbit masing-masing yang
merangkumi pelbagai bidang sains dan kejuruteraan. Format jurnal-jurnal tersebut
telah diolah supaya sesuai dengan tujuan penghasilan format laporan PITA.

Kandungan Format Laporan:

1. Tajuk laporan
2. Nama dan afliasi pengarang
3. Abstrak
4. Tarikh penerimaan
5. Kata kunci
6. Teks laporan dan Penghargaan
7. Senarai rujukan dan rujukan dalam teks
8. Gambarajah dan jadual
9. Notasi, simbol saintifik, persamaan matematik dan lampiran
10. Rujukan jadual, gambarajah dan persamaan matematik
11. Sistem penomboran
12. Hakcipta dan etika penulisan
13. Arahan mencetak laporan

Perhatian: Laporan mesti ditulis dengan jarak satu di antara barisan (single spacing)
menggunakan fon Times New Roman. Saiz fon adalah bergantung kepada bahagian
laporan yang tertentu. Semua selangan antara bahagian adalah berdasarkan selangan
fon 12. Saiz kertas A4 sahaja yang akan diterima. Secara umum, margin atas dan
bawah adalah 1 inci atau 2.54 cm daripada sisi kertas; margin kiri dan kanan pula
adalah 1.25 inci atau 3.2 cm daripada sisi kertas.

1
1. Tajuk Laporan

Tajuk laporan mestilah tepat dan ringkas. Tepat bermaksud tajuk laporan mesti
menepati tajuk penyelidikan. Panjang tajuk tidak boleh melebihi 100 huruf. Pastikan
kata nama khas dan umum serta kata kerja dimulakan dengan huruf besar. Gunakan
fon 16 jenis Times New Roman dan justifikasi tengah. Pastikan margin kanan dan kiri
tajuk tidak melebihi 1.25 inci atau 3.2 cm setiap sisi serta margin atas adalah 1.25 inci
juga.

Elakkan daripada memulakan tajuk laporan dengan perkataan yang umum atau kurang
jelas seperti:

Suatu Analisis…..

Suatu Catatan Berkenaan….

Teori Tentang……..
Elakkan daripada memasukkan nombor ke dalam tajuk seperti:

Proses Penternakan 10 Jenis Udang….

3Parameter Optimum…..
Jika perlu memasukkan nombor, pastikan ia ditulis dalam bentuk ejaan:

Proses Penternakan Sepuluh Jenis Udang….

Tiga Parameter Optimum…...


Jika perlu memasukkan simbol, nilai berunit atau bernotasi, konvensyen biasa
pengunaan simbol unit atau notasi tersebut harus digunakan seperti:

Kesan Logam Berat Cu, Zn, Pb……….

Perubahan Kelikatan Minyak Soya pada Suhu Melebihi


100oC…….....

Proses Hakisan Dasar Sungai pada Luahan 1000 m3/s

2
Contoh tajuk kertas jurnal antarabangsa:

Contoh 1

Flood Forecasts for Urban Basin with Integrated Hydro-


Meteorological Model
Contoh 2

Waste Minimization in a Bleach Plant


Contoh 3

The Pretreatment with Enhanced Coagulation and a UF


Membrane for Seawater Desalination with Reverse Osmosis
Contoh 4

Performance Evaluation of a 10 kWp PV Power System


Prototype for Isolated Building in Thailand
Contoh 5

Tolerance to Cadmium in Chlamydomonas sp. (Chlorophyta)


Strains Isolated from an Extreme Acidic Environment, the Tinto
River (South West, Spain)

Perhatikan Contoh 5, nama saintifik organisme mesti ditulis dengan huruf italik.

2. Nama dan Afliasi Pengarang

Nama pengarang dan afliasi perlu dimuatkan selang 2 baris di bawah tajuk laporan.
Adalah diperingatkan bahawa semua selangan dalam format laporan ini adalah
berdasarkan selangan fon 12. Gunakan fon Times New Roman 12 untuk nama
pengarang dan fon 10 (italik) untuk affliasi. Pastikan margin kanan dan kiri tajuk
tidak melebihi 1.5 inci atau 3.81 cm setiap sisi.

Nama pengarang tidak boleh memuatkan gelaran seperti YM, Dr., Ir., Datuk dan
sebagainya.Lihat contoh di bawah:

Jika pengarang ialah Dr. Edlic Sathiamurthy daripada Jabatan Sains Kejuruteraan,
UMT, maka nama dan affliasi ditulis sebagai:

3
Submerged Lakes and Palaeo Channels on the Sunda Shelf

E. Sathiamurthy
Department of Engineering Science,Faculty of Science and Technology
University Malaysia Terengganu, 21030 Kuala Terengganu, Malaysia

Jika nama pengarang ialah:

Iskandar Zulkarnain bin Aziz…… tulis sebagai …… I. Z. Aziz

Haji Qassim bin Haji Ismail ……. tulis sebagai ……... Q. Ismail

Santokh Singh…….. tulis sebagai ……. S. Singh

Pusphawathy a/p Thevan Rajah….. tulis sebagai …… P. Thevan Rajah

Gawing a/k Mugan…….. tulis sebagai ……… G. Mugan

Richard Ambrose Francis …….. tulis sebagai R. A. Francis

Wong Mei Ling ……… tulis sebagai, M. L. Wong

Thomas Tan Hock Seng …….. tulis sebagai ……… H. S. Thomas Tan

Thomas Chandran a/l Gunalan …….. tulis sebagai ……… T. C. Gunalan

Trevlyn Van Dort ……… tulis sebagai ……….. T. Van Dort

Perhatian: Jika lebih daripada seorang pengarang, nama setiap orang harus
dimasukkan mengikut format yang sama juga bersama afliasi mereka. Nama para
pengarang ini tidak boleh dimasukkan lagi di dalam bahagian ‘Penghargaan’. Pastikan
nama setiap orang dan afliasi mereka dinomborkan. Contohnya para pengarang ialah:
Thomas Tan Hock Seng, Abu Bakar bin Ismail dan Yacob Weissman

Groundwater Flow Modelling of Anse Aux Pins Catchments,


Mahe, Seychelles

H. S. Thomas Tan1, A. B. Ismail2 and Y. Weissman3


1
School of Hydrology and Hydraulic Engineering, Mahe, Seychelles
2
Faculty of Civil Engineering, University of Technology, Malaysia, Skudai, Malaysia
3
Department of Advanced Hydraulics, Indian Institute of Technology, Chennai, India

4
3. Abstrak

Abstrak adalah ringkasan laporan. Ia mesti berada dalam lingkungan 150-175


perkataan memuatkan secara ringkas dan padat:
- Pengenalan dan tujuan projek
- Skop projek
- Metodologi atau prosedur (jika sesuatu yang khas)
- Hasil atau keputusan utama kajian
- Kesimpulan utama

Abstrak tidak boleh mengandungi ‘jargon’. Ia harus ditulis dalam perkataan yang jelas
maksudnya. Jangan memuatkan matematik dan rujukan kepada hasil penulisan dalam
abstrak. Elakkan daripada menggunakan nama khas orang atau ganti nama seperti
“saya”, “dia”, “beliau” (termasuk yang spesifik jantina kalau dalam bahasa Inggeris
seperti “he”, “she”, “his”, “her” dan “hers”). Sebaliknya, gunakan ganti nama seperti
“penulis” (“author”) dan “penyelidik” (“researcher”).

Margin kiri dan kanan mestilah 1.25 inci atau 3.2 cm daripada sisi kertas dan selang 2
baris daripada baris terakhir afliasi penulis serta dipisahkan dengan garisan yang sama
lebar dengan abstrak. Gunakan fon 11 Times New Roman dan teks mestilah
dijustifikasikan kiri dan kanan. Pastikan perkataan ‘Abstrak’ dimasukkan.

Contoh

Abstract: The researchers describe a system for forecasting flood risk in the 370 km2, largely
urban Kifissos Basin, Athens, Greece, located in moderate to steep terrain (3 h hydrologic
response time). A 42 h flood forecast lead time is achieved through the use of an integrated
hydro-meteorological system. Rainfall is forecast, on a 6 km grid, with a chain of nested
numerical weather prediction models, consisting of a limited area model initialized with
results of a global circulation model. Flood risk is assessed by driving a hydrologic model
with the forecasted rainfall. The system’s forecast skill is evaluated for two recent, medium-
size storm events. Results are encouraging for this initial operational stage, however, they also
indicate that integrated hydro-meterological models are not yet mature tools. The weaker part
of flood risk assessment is the rainfall forecast, which underestimated cumulative depths and
maximum intensities and overestimated duration.

Abstrak: Lembah Rambai adalah sebuah dataran-banjir persisir pantai yang sering dilanda
banjir. Sejak dua dekad yang lalu, lanskap pertaniannya telah berubah menjadi lanskap
perbandaran. Melalui aplikasi teknologi GPS dan penderiaan jauh, perlakuan hidrologi
Lembah Rambai akan disimulasikan berdasarkan litupan muka bumi masa kini lembah ini.
Bagi tujuan permodelan hidrologi, kawasan kajian dibahagikan kepada suatu struktur sel
saliran, kaskad dan sub-lembangan menggunakan Arc-View GIS. Data litupan bumi diekstrak
daripada imej SPOT XS 2001. Imej SPOT dan data ruangan berkait diperbetulkan dan
digabungkan dengan menggunakan puin-puin kawalan bumi GPS berkejituan tinggi yang
diambil di puin-puin strategik seperti simpang-simpang jalan yang terletak di dalam kawasan
kajian. Puin kawalan GPS diperbetulkan secara pembezaan menurut stesen pengkalan GPS
MASS (dikelola oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan atau JUPM) yang terletak di Pulau Pinang,
Arau dan Ipoh. Selain daripada digunakan sebagai puin kawalan bumi (GCP), titik tinggi GPS
juga diukur bagi kawasan ynag tidak mempunyai data aras bumi. Oleh itu, perbezaan datum
menegak di antara aras laut purata (MSL) dan datum ukur tanah 1921 (LSD 1921) telah dikaji
juga. Perbezaan datum ini digunakan untuk menyelaraskan titik-titik tinggi GPS dengan data
topografik daripada kerja ukur dan peta-peta yang sedia ada. Secara bersama, data litupan dan

5
ketinggian bumi diagihkan kepada sel-sel saliran dengan menggunakan Arc-View GIS. Di
dalam persekitaran GIS, data-data ini digunakan untuk menghasilkan koefisien larian
komposit dan menghitung tempoh aliran pada tahap sel untuk keseluruhan lembangan sungai.
Koefisien larian dan tempoh aliran digunakan untuk menghitung luahan setiap sub-lembangan
Lembah Rambai dengan menggunakan Kaedah Rational terubah.

4. Tarikh Penerimaan

Tarikh penerimaan adalah tarikh laporan anda diterima untuk cetakan akhir setelah
disemak dan diperbaiki. Ia tidak merujuk kepada tarikh laporan anda dihantar untuk
tujuan semakan. Tarikh penerimaan mesti ditulis selang satu baris daripada abstrak
(lihat contoh yang berikutan). Format tarikh: hari, bulan (dieja) dan tahun, i.e. 12
Ogos 2006.

5. Kata Kunci

Kata kunci merujuk kepada istilah-istilah umum yang dapat mengambarkan bidang
dan tajuk kajian anda. Jangan memuatkan ‘jargon’ atau istilah khas. Masukkan lima
kata kunci dalam laporan anda. Jika kajian anda merupakan kajian kes, maka nama
wilayah, negeri atau negara perlu dimuatkan dalam kata kunci. Kata kunci mesti
dimuatkan selang satu baris daripada tarikh penerimaan.

Abstrak, tarikh penerimaan dan kata kunci mestilah dipisahkan selang satu baris di
atas garisan pemisah antara bahagian ini dengan teks laporan (lihat contoh yang
berikutan).

6
Contoh abstrak dengan tajuk, nama pengarang, afliasi, tarikh pengesahan dan kata
kunci

Perubahan Perlakuan Hidrodinamik akibat daripada


Modifikasi Saluran di Muara Sungai Rambai,
Lembangan Sungai Juru, Pulau Pinang

E. Sathiamurthy1 dan N. W. Chan2


1
National Institute of Education,
Nanyang Technological University, 637616 Singapore
2
Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian, Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang, Malaysia

____________________________________________________________________

Abstrak: Lembah Rambai terletak di dalam negeri Pulau Pinang. Ia merupakan dataran banjir
persisir pantai yang sebahagiannya sudah diurbanisasi dan mudah dibanjiri. Lembah ini disalir
oleh Sungai Rambai dan cawangan-cawangannya. Fluks paras air Sungai Rambai bergantung
kepada kitaran air pasang surut harian kerana sungai ini bersambung terus ke laut melalui
Sungai Juru. Semasa kejadian hujan lebat, interaksi di antara pergerakan masuk air pasang
dan luahan puncak di dataran banjir persisir pantai ini mengakibatkan banjir berlaku.
Pergerakan masuk air pasang menghalang luahan keluar yang berkesan menyebabkan
berlakunya pengumpulan air luahan sehingga mengakibatkan banjir yang teruk. Oleh
demikian, beberapa langkah pengurusan banjir telah diambil untuk memitigasi banjir. Salah
satu daripada langkah struktural yang paling signifikan ialah pemodifikasian muara Sungai
Rambai. Salur keluar sungai ini dahulunya merupakan sebuah pembentung kecil telah diganti
dengan sebuah saluran terbuka yang besar pada awal 2003. Keberkesanan saluran ini dalam
memitigasi banjir diperiksa dan dinilai. Keputusan penyelidikan ini mendapati bahawa
saluran terbuka ini mungkin tidak merupakan langkah mitigasi banjir yang berkesan dan ia
mungkin memburukkan lagi banjir di masa hadapan.

Tarikh Penerimaan : 31 Januari 2005

Kata kunci : hidrologi, hidrodinamik sungai, banjir, urbanisasi, Pulau Pinang


_____________________________________________________________________

6. Teks Laporan

Teks laporan perlu mengandungi bahan-bahan yang berkait terus dengan tajuk laporan
sahaja. Panjang teks laporan adalah diantara 5,000 hingga 10,000 perkataan termasuk
abstrak dan rujukan. Ia mesti ditulis dalam satu kolum sahaja.

Margin kiri dan kanan mestilah 1.25 inci atau 3.2 cm daripada sisi kertas dan selang
satu baris daripada garisan pemisah yang sama lebar dengan abstrak. Gunakan fon 12
Times New Roman sahaja dan teks mestilah dijustifikasikan disebelah kiri dan kanan.

Teks laporan perlu dibahagikan kepada tajuk-tajuk yang sesuai. Tajuk mestilah
dinomborkan dengan nombor Arab (kecuali Penghargaan, Rujukan dan Lampiran).

7
Sub-tajuk tidak boleh dinomborkan tetapi mesti ditulis dalam huruf italik. Sub-tajuk
hanya dimasukkan jika perlu sahaja.

----------------------------------------------Contoh------------------------------------------------

1. Introduction

Hydrological modeling and hydrological models

Hydrological modeling forms the basis of much of modern hydrology (Watts


1997). This is because the heuristic capability of models has become a vital
component of modern hydrology which is increasingly employing an applied and
problem-driven approach (Wilby 1997). The applicative and problem-driven nature of
modern hydrology requires a ‘tool’ that could simulate ‘What if?’ scenarios, for
example, in predicting the hydrological impact due to changes in certain hydrological
parameters (Watts 1997). Hence, model development has been a primary activity
within the modern hydrological community.
Most hydrological models are mathematical models that provide quantification
of systems behaviour (Watts 1997; Zoppou 2001; Singh 2002). The origin of
mathematical modeling dates back to the Rational Method (1850) (Singh 2002). In
general, mathematical models in hydrology have two purposes: testing hypotheses
about processes and systems, and predicting systems behaviour. Thus, the process of
mathematical modeling involves three stages (Freeze in Watts 1997).

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perhatikan contoh di atas. Jarak di antara tajuk, sub-tajuk dan perengan teks mestilah
selang satu baris. Perengan-perengan teks tidak perlu dijarakkan tetapi baris pertama
perengan perlu dijarakkan daripada margin kiri sebanyak 0.5 inci atau 1.27 cm
(indentation).

Tajuk-tajuk yang dicadangkan:

- Pendahuluan – Bahagian ini merangkumi pengenalan kepada projek, tempat


kajian (bagi kajian kes), objektif kajian dan ulasan literatur.

- Prosedur Penyelidikan – Prosedur penyelidikan boleh dimuatkan jika


prosedur anda merupakan sesuatu yang unik, baru atau pun sesuatu yang
integral dalam penyelidikan anda.

- Metodologi – Ia merujuk kepada kaedah penyelidikan anda. Anda disyorkan


supaya jangan terlalu terperinci dalam menjelaskan metodologi walau pun ia
mungkin merupakan bahagian yang unik atau integral dalam kajian anda.

- Hasil Penyelidikan dan Perbincangan – Hasil kajian atau penyelidikan


merujuk kepada keputusan eksperimen, model, soal-selidik dan sebagainya.
Hasil kajian perlu ditunjukkan secara graf atau jadual dengan penjelasannya di
dalam teks. Perbincangan perlu menunjukkan kematangan berfikir (seimbang,
logikal, rasional, kritikal, analitikal, sintetikal dsb.) dan ia mestilah berkait
terus dengan tajuk laporan.

8
- Cadangan dan Kesimpulan – Cadangan hanya dimuatkan sekiranya perlu.
Cadangan yang dikemukan perlu berkait terus dengan hasil kajian dan
perbincangan dan bukannya tentang masalah-masalah yang dihadapi semasa
menjalankan penyelidikan. Contohnya sekiranya kajian anda adalah bertajuk
‘Proses Penghasilan Membran Nano-Filtration’, cadangan mestilah berkait
dengan prosedur dan proses penghasilan membran itu dan bukannya masalah
seperti kekurangan peralatan, masa atau peruntukan.

- Penghargaan – Bahagian ini wajib dimasukkan kerana setiap penyelidikan


pasti mendapat bantuan atau nasihat daripada pihak-pihak tertentu. Jika
penyelidikan telah dibuat dengan menggunakan geran penyelidikan, maklumat
yang lengkap tentang geran tersebut mesti dimasukkan. Anda boleh dianggap
berlaku tidak jujur jika tidak memberi penghargaan kepada pihak yang
berkaitan.

Contoh

Acknowledgements

The first author would like to thank Associate Professor Michael Ian Bird for
his supervision of this project. We also thank the National Institute of Education at
Nanyang Technological University (Singapore), the Field Museum of Natural History
(Chicago, Illinois, USA), and Chulalongkorn University (Bangkok, Thailand) for
providing their support of this project. In addition, we are very grateful to the National
Geophysical Data Centre (USA) for providing the ETOPO2 Global 2’Elevations data
that made this work possible. In addition, we wish to thank Robert Inger, Daryl Karns,
Fred Naggs, and Helen Voris for helpful comments and editorial suggestions.

Penghargaan

Pengarang pertama ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof. Dr. Goh Kim
Chuan dan National Institute of Education, Nanyang Technological University kerana
memberi penyeliaan dan biasiswa untuk penyelidikan kedoktorannya yang
mendahului kertas kajian ini. Data dan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Pengairan
dan Saliran amatlah dihargai. Kedua pengarang ingin menghargai bantuan kewangan
daripada Geran FRGS 203/PHUMANITI/670061 Universiti Sains Malaysia yang
membolehkan mereka untuk menghasilkan kertas akhir ini.

7. Senarai Rujukan dan Rujukan Dalam Teks

Senarai rujukan yang lengkap mesti dimuatkan selepas Penghargaan. Segala bahan
yang menjadi sumber rujukan sama ada di dalam teks, jadual atau graf mesti
disenaraikan dengan menggunakan format dibawah. Rujukan tidak perlu
dinomborkan tetapi mestilah disusun menurut giliran abjab. Rujukan perlu ditulis
menggunakan fon 10 Times New Roman. Margin kiri dan kana adalah sama seperti
teks laporan. Bahagian ini mesti dengan dimulakan dengan tajuk ‘Rujukan’. Tajuk ini
mesti selang sebaris daripada baris akhir bahagian penghargaan dan baris pertama

9
senarai rujukan. Bahan rujukan perlu dijarakkan daripada margin kiri sebanyak 0.5
inci atau 1.27 cm kecuali barisan pertamanya.

Contoh senarai rujukan:

Penghargaan

Pengarang pertama ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof. Dr. Goh Kim
Chuan dan National Institute of Education, Nanyang Technological University kerana
memberi penyeliaan dan biasiswa untuk penyelidikan kedoktorannya yang
mendahului kertas kajian ini. Data dan bantuan yang diberikan oleh Jabatan Pengairan
dan Saliran amatlah dihargai. Kedua pengarang ingin menghargai bantuan kewangan
daripada Geran FRGS 203/PHUMANITI/670061 Universiti Sains Malaysia yang
membolehkan mereka untuk menghasilkan kertas akhir ini.

Rujukan

Anderson, M. G. and Burt, T. P. (1985). Modelling strategies. In: Anderson, M. G. and Burt, T. P. (eds)
Hydrological forecasting. Wiley, New York, 1-12.
Chan, N. W. (1985). “Rainfall Variability in Northwest Peninsular Malaysia.” Malaysian Journal of
Tropical Geography, 12, 9-19.
De Vries, J. J. (1980). "Effects of floodplain encroachment on peak flow." The Hydraulic Engineering
Center, Davis.

Sumber rujukan dalam teks mesti menggunakan format berikut: Nama keluarga
penulis diikuti tahun penerbitan dalam kurungan. Contohnya:

(Chong 2004) …… jika seorang penulis iaitu Chong Mei Ling

(Chong dan Salleh 2004)…. jika dua orang penulis iaitu Chong Mei Ling dan
Ali bin Salleh

(Chong et al. 2004)….. jika lebih daripada dua penulis

(Chong dalam Salleh 2004).... jika sumber yang dirujuk merupakan suatu
sumber yang dirujuk oleh penulis. Maksudnya Salleh merujuk kepada hasil
kerja Chong Mei Ling dan anda sendang menggunakan bahan yang dikarang
oleh Salleh. Versi Inggeris: (Chong in Salleh 2004).

(Chong 1980; Singh 1999; Salleh 2001)….. jika sumber rujukan adalah lebih
daripada satu sumber.

Rujukan dalam teks mesti dimuatkan dihujung ayat. Contoh:

Most hydrological models are mathematical models that provide quantification


of systems behaviour (Watts 1997; Zoppou 2001; Singh 2002). The origin of
mathematical modeling dates back to the Rational Method (1850) (Singh 2002). In
general, mathematical models in hydrology have two purposes: testing hypotheses
about processes and systems, and predicting systems behaviour. Thus, the process of
mathematical modeling involves three stages (Freeze in Watts 1997).

10
Format senarai rujukan adalah seperti di bawah. Nombor muka surat mesti dimuatkan
di bahagian akhir (kecuali buku). Jika tidak ada nombor muka surat, maka harus
ditulis ‘tiada nombor muka surat’ atau ‘no page number’. Jika bahan itu masih dalam
proses penerbitan, maka harus ditulis ‘dalam penerbitan’ atau ‘in press’.

Jurnal:

Abraham, N. and Tiwari, K. N. (1999). “Modeling hydrological processes in hillslope


watershed of humid tropics.” Journal of Irrigation and Drainage Engineering,
125(4), 203 – 233.

*Nama keluarga di tulis dahulu. Nama penerbit tidak perlu dimasukkan. Maklumat
tentang jilid dan bilangan terbitan mesti ditulis (contohnya 125(4), 125 merujuk
kepada jilid, 4 merujuk kepada bilangan).

Prosiding simposia dan konferens:

Abdullah, K. (1999). “Integrated river basin management.” In: Chan, N.W. (ed)
Rivers: Towards Sustainable Development, Proc. National Conference on Rivers '99,
Penang, Malaysia, 14-17 October 1999, Penang, Universiti Sains Malaysia, 3-14.

*Buku prosiding yang mempunyai editor.

Cabezas, M. and Torrence, L. (2002). “New methods of retrieval and analysis of


rainfall data.” Proc. 7th Biennial Stormwater Research and Watershed Management
Conference, Tampa, Florida, May 22-23 2002, Tampa, Southwest Florida Water
Management District, 53-58.

*Buku prosiding tanpa editor.

Bahan yang tidak atau belum diterbitkan:

Bahan yang belum diterbitkan tetapi sudah diterima untuk penerbitan boleh
dimasukkan dalam senarai rujukan. Contohnya:

Takamaka, L. (2007). “Surface to subsurface hydrochemical processes.” Journal of


Environmental Chemistry, in press

Takamaka, L. (2007). Applied pneumatics and hydraulics. UMT, in press

Bahan yang tidak diterbitkan tidak perlu dimasukkan dalam senarai rujukan tetapi
perlu dinyatakan dalam teks di hujung suatu ayat. Contohnya:

(John Smith, personal communication, November 3, 2006)….. jika maklumat yang


diperolehi melalui komunikasi peribadi

(Smith, unpublished manuscript, 2002)…. jika sumber bercetak/elektronik tidak


diterbitkan

11
(Smith et al., unpublished manuscript, 2002)… jika lebih daripada dua orang penulis

Buku:

Buku dengan edisi tertentu…….

ASCE (1996). Hydrology handbook. 2nd ed. ASCE, New York.

Buku asal (terbitan pertama)…….

Chorley, R. J. and Kennedy, B. A. (1971). Physical geography: A systems approach.


Prentice Hall, London.

Buku yang diedit…….

Band, L. E. (1993). Extraction of channel networks and topographic parameters from


digital elevation data. In: Beven, K. and Kirkby, M. J. (eds) Channel network
hydrology. Wiley, New York, 13-40.

eds – lebih daripada seorang editor; ed – seorang editor sahaja. Nombor muka surat
bab yang dirujuk mesti dimuatkan.

Laporan:

Azmi, M. J. and Zahari, O. (1989). Rational Method of flood estimation for rural
catchments in Malaysia. Department of Drainage and Irrigation, Kuala Lumpur.

Drainage and Irrigation Department (1974). Sungai Lui representative basin: Report
no. 1 for 1971/72 to 1973/74. Ministry of Agriculture, Kuala Lumpur.

Jurutera Konsultant-SEA (1994). Feasibility studies and detailed design on river


system of Sg. Prai-Sg.Juru and Sg. Jejawi- Sg. Tengah. Phase I, vol. 4: Hydrology.
Drainage and Irrigation Department, Kuala Lumpur.

Perhatikan bahawa untuk laporan, nama penerbit mesti ditulis dengan penuh. Oleh itu,
DID ditulis dengan penuh iaitu ‘Drainage and Irrigation Department’.

Laman web dan bahan ‘on-line’:

Chappel, N. A., Douglas, I., Walsh, R. P. D., McKenna, P., Bidin, K., Larenus, J. and
Hanapi, M. J. (2003). “Upscaling water and sediment flows in disturbed rainforest
mosaics to the lumped catchment unit.” Royal Society Southeast Asia Rainforest
Research Programme, <http://www.es.lancs.ac.uk/rssea> (Jan. 15, 2004).

Burka, L. P. (2002). “A hypertext history of multiuser dimensions.” MUD history,


<http://www.ccs.neu.edu> (Dec. 5, 2003).

12
Laman web atau bahan ‘on-line’ yang tidak dapat disahkan sumbernya (penulis,
penerbit, institusi dsb.) tidak boleh digunakan.

CD ROM:

Liggett, J. A., and Caughey, D. A. (1998). “Fluid statics.” Fluid mechanics (CD-
Rom), ASCE, Reston, Va.

Anda diperingatkan bahawa bahan-bahan daripada majalah hiburan dan surat khabar
tidak boleh digunakan sebagai bahan rujukan kerana ia bukannya bahan ilmiah.

8. Jadual dan Gambarajah

Semua jadual dan gambarajah mestilah dirujuk dan berkait lansung dengan
perbincangan di dalam teks laporan. Ia mesti mempunyai: nombor, tajuk dan sumber
(jika jadual diadaptasikan dari sumber selain daripada hasil kajian sendiri). Jadual dan
gambarajah mesti diletakkan sedekat mungkin pada perengan teks di mana ia dirujuk.
Rujukan kepada jadual dan gambarajah dalam teks mestilah mengikut turutan.
Contohnya, jangan merujuk kepada Jadual 3 atau Gambarajah 3 di muka surat 1
sekiranya tidak ada jadual/gambarajah lain yang telah dirujuk. Saiz fon yang boleh
digunakan untuk tajuk jadual dan gambarajah ialah 12 Times New Roman sahaja.
Bagi isi kandungan gambarajah, fon Arial atau Helvatica saiz 8 hingga 10 boleh
digunakan dan bagi jadual fon Times New Roman. Margin kiri dan kanan adalah
sama seperti teks laporan tetapi mesti gunakan justifikasi tengah. Jadual dan
gambarajah mesti dijarakkan selang satu baris di atas dan bawah daripada teks.

Jadual atau ‘Table’ (diadaptasi daripada format jurnal ASCE):

Perhatikan contoh-contoh format jadual di bawah.

13
14
Contoh jadual jurnal ASCE:

15
Perhatikan bahawa nombor jadual dan gambarajah contohnya ‘Table 1’ dan ‘Fig. 1’
perlu ditulis dalam fon Arial atau Helvetica saiz 11 ‘bold’ (Table 1. Fig. 1). Sumber
mesti dimuatkan sebagai sebahagian daripada nota kaki. Format rujukan sumber
adalah sama seperti dalam teks laporan.

Gambarajah atau ‘Figure’ (adaptasi daripada format ASCE):

Pastikan simbol dan fon dalam gambarajah adalah sama saiz. Tajuk gambarajah mesti
dimuatkan disebelah bawah.

16
Perhatikan bahawa gambar foto atau gambarajah seperti peta yang dimuatkan mesti
dirujuk sumbernya. Jika bahan tersebut bukan dihasilkan oleh anda maka kebenaran
pemilik bahan tersebut perlu diperolehi. Bagi tujuan PITA, adalah memadai jika anda
merujuk kepada sumbernya sahaja sekiranya tidak digunakan untuk tujuan penerbitan.

17
18
9. Notasi, Simbol Saintifik, Persamaan Matematik dan Lampiran

Notasi:

Anda perlu menyenaraikan dengan jelas simbol matematik yang digunakan dalam
turutan abjab. Simbol Yunani juga perlu disusun menurut turutan abjab Yunani.
Notasi mesti dimuatkan selepas senarai rujukan. Contoh format untuk notasi:

Simbol saintifik:

Simbol yang piawai mesti digunakan. Semua unit mestilah dalam sistem metrik
sahaja. Maklumat lanjut mengenai sistem metrik boleh didapati daripada NIST di
http://physics.nist.gov/cuu/Units/index.html. Senarai simbol yang biasa digunakan
adalah seperti berikut:

19
20
21
Persamaan matematik:

Persamaan matematik mesti menggunakan sistem unit metrik dan simbol yang
ditunjukkan di atas. Sekiranya persamaan matematik ditulis di dalam ayat maka ia
harus ditulis dalam bentuk satu baris. Sekiranya ditulis di antara teks maka adalah
digalakkan menulisnya dalam bentuk berlapis serta diberi nombor rujukan.
Persamaan-persamaan matematik yang dimuatkan mesti dirujuk dalam laporan dan
berkait lansung dengan tajuk laporan. Simbol-simbol perlu dalam bentuk italik. Saiz
fon adalah sama seperti teks laporan.

Contoh 1(formula yang dieja):

22
Contoh 2 (integrasi):

Contoh 3 (pembezaan):

Contoh 4 (matriks):

23
Contoh 5 (formula yang panjang):

Contoh 6 (formula dalam ayat):

Lampiran:

Lampiran hanya dimuatkan sekiranya perlu selepas bahagian senarai rujukan tetapi
anda tidak digalakkan memuatkan lampiran. Bahan-bahan yang dimuatkan dalam
lampiran mesti dirujuk dalam teks laporan. Format untuk jadual, gambarajah dan
persamaan matematik adalah sama seperti yang digunakan dalam teks laporan. Anda
perlu menanda bahan-bahan lampiran dengan abjab, contohnya: Table A, Fig. A dsb.

24
10. Rujukan Jadual, Gambarajah dan Persamaan Matematik

Semua jadual, gambarajah dan persamaan matematik yang dimuatkan dalam laporan
mestilah dirujuk dalam teks laporan. Contoh:

Dalam Per. (3), D perlu dihitung….. berdasarkan parameter yand disenaraikan


(Jd. 2). Hasil keputusan boleh ditunjukkan dalam bentuk graf polinomial (Gb.
1).

In Eq. (3), D should be calculated…..based on the listed parameters (Tab. 2).


The results can be shown in shape of a polynomial graph (Fig. 1).

D was calculated using the parameters listed in Tab. 1 using a dynamic wave
model (Eq. 3). The results are shown in Fig. 1.

Nota: Per. dan Eq. – singkatan untuk persamaan matermatik; Jd. dan Tab. – singkatan
untuk jadual; Gb. dan Fig. – singkatan untuk gambarajah.

11. Sistem Penomboran

Setiap muka surat mesti dinomborkan di penjuru bawah sebelah kanan. Gunakan fon
10 Arial. Format penomboran adalah seperti berikut:

LAPORAN TEKNIKAL – JAB. SAINS KEJ. / (bulan dan tahun)/ (nombor muka
surat ‘bold’)

Contoh:
LAPORAN TEKNIKAL – JAB. SAINS KEJ. / JANUARI 2007 / 1

11. Hakcipta dan Etika Penulisan

Segala bahan yang menjadi sumber rujukan harus disenaraikan dalam senarai rujukan
bagi menghormati hakcipta orang atau institusi yang menghasilkannya. Kegagalan
berbuat demikian boleh dianggap sebagai perbuatan yang tidak beretika iaitu
plagiarisme. Ia boleh menyebabkan anda kehilangan kredibiliti sebagai penyelidik dan
dalam keadaan tertentu anda boleh didakwa di mahkamah. Sebagai penyelidik yang
beretika anda perlu memastikan segala fakta terkandung dalam laporan anda adalah
sahih. Sekiranya sesuatu pernyataan tidak dapat disokong dengan fakta yang sahih,
anda dinasihatkan supaya jangan memuatkannya dalam penulisan anda.

13. Arahan Mencetak Laporan

Anda mesti mencetak laporan dalam saiz kertas A4 sahaja. Untuk memastikan printer
anda mencetak mengikut margin yang dikehendaki, PASTIKAN:

25
- Saiz kertas yang dipilih semasa menaip laporan dalam komputer ialah A4 dan
BUKAN saiz ‘Letter’ yang merupakan saiz ‘default’ dalam perisian Word
- Sebelum mencetak, saiz kertas dalam ‘Properties’ di dalam halaman ‘Print’
diubah menjadi saiz A4 dan arahan ‘Allow A4/Letter paper resizing’ dalam
‘Options’ dimatikan

Pastikan juga bahan grafik berwarna di dalam laporan anda dicetak dalam bentuk
berwarna juga. Laporan anda tidak akan diterima jika tidak dicetak dalam format yang
tepat.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Contoh penuh format ini diberikan dalam lampiran.

Sebagai penghargaan, saya ingin nyatakan bahawa format laporan PITA ini telah
disediakan dengan merujuk buku dan artikel jurnal yang tercatat di bawah:

-ASCE Authors’ Guide to Journals and Practice Periodicals


-Journal of Hydrologic Engineering (ASCE)
-Journal of Hydrology (Elsevier)
-Hydrological Processes (Wiley)

Disediakan oleh:

Dr. Edlic Sathiamurthy


Jabatan Sains Kejuruteraan,
Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Malaysia Terengganu
3 Feb. 2007

26

You might also like