You are on page 1of 1

APAKAH LASER?

Pengenalan Laser digunakan dalam kajian saintifik oleh ahli sains, dalam ketenteraan untuk memerangi musuh, dalam industri berat, dalam perubatan, dalam pembuatan filem, dalam teknologi komputer dan sebagainya. Apa itu laser? Jawapannya ialah laser adalah cahaya. Cahaya yang bagaimana? Cahaya laser merupakan cahaya yang koheren dan monokromatik. Koheren bermakna cahaya terarah yang mempunyai fasa yang sama dan monokromatik bermaksud cahaya laser hanya satu panjang gelombang, atau lebih jelas lagi, cahaya laser akan mengeluarkan hanya satu warna sahaja.

Contoh laser hijau: Panjang gelombang = 532 nm Cahaya warna hijau yang dihasilkan merupakan cahaya yang koheren yang bergerak satu arah dan mempunyai hanya satu warna. Dua keistemewaan ialah yang menarik minat ahli sains dan ahli teknologi untuk turus mengkaji laser dan mencari penggunaan laser untuk kegunaan manusia segajat.

You might also like