You are on page 1of 8

PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS

BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU,KUCHING.


PERLAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH
PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU,KUCHING.
1.0-PENDAHULUAN
Ilmu adalah keajaiban yang mampu merubah manusia dan guru sebagai pendidik adalah
bertanggungjawab dan harus bijak mencanai permainan mindadalam mendidik muridmurid berkeperluan khas membentuk mereka menjadi manusia.PPKI SMK Demak Baru
ditubuhkan pada 2004. Saban tahun tranformasi sama ada dari segi kurikulum,kokurikulum
dan sahsiah sentiasa dilakukan demi memastikan pendidikan untuk semua murid
berkeperluan khas di sekolah ini seiring dengan kehendak dan matlamat Kementerian
Pelajaran Malaysia agar semua murid mendapat pendidikan yang sama .PPKI SMK Demak
Baru menyimpan hasrat dalam membantu sistem pendidikan bagi murid-murid kurang upaya
bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka
ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat dan
negara.Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.
2.0-PROGRAM INKLUSIF
2.1-SEJARAH INKLUSIF
Sebelum abad ke -19 ,dipercayai bahawa kanak-kanak yang kurang upaya tidak boleh diajar
dan menerima pengajaran sepertimana lazimnya.Awal abad ke -19,Thomas H,.Gallandet
(1781-1851)& Louis Braille(1809-1852) telah memperkenalkan sekolah khas masalah
penglihatan dan masalah pendengaran.Pertengahan abad ke-19 organisasi politik telah
bertindak memberi penekanan yang khusus kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak
khas.Pada tahun 1975 The Education of All Handicapped Act telah dibaca di Kongress
Amerika.Muncul pendidikan segregated.Golongan pendidik dan keluarga mempersoalkan
pengasingan ini.
Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada
tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program. Pendidikan Inklusif
bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa dan
belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa.

2.2-BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF


2.2.1.Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa
-Murid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa
-Senarai nama murid dikekalkan dalam daftar kelas khas.
-Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru Pendidikan Khas
sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku.
-Pelajar Pendidikan Khas yang berkeupayaan dalam akademik.
2.2.2-Pendidikan Separa Inklusif (Integrasi)
-Murid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
-Waktu selebihnya mengikuti program di kelas biasa.

-Senarai nama murid pada daftar Program Pendidikan Khas.


-Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping.
-Ujian mata pelajaran adalah sama dengan murid biasa.
2.3-MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum
dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat
nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas
3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat Sumber
Pendidikan Khas.
4. Model D- Penempatan di sekolah khas(Base School)dan kelas Satellite di sekolah biasa.
(Octopus Model)
5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.
6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

2.4-KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF


1. Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan.
2. Pelajar khas dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal.
3. Menjadi platform kepada pelajar normal untuk mencurahkan bakti kepada pelajar khas
dengan bertindak sebagai rakan pembimbing .
4. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru.
5. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah.
6. Memungkinkan pelajar khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat
setempat.
7. Menyediakan lebih peluang kepada pelajar khas untuk berdikari dan memperolehi peluang
pekerjaan.
8. Pelajar khas yang diinklusifkan menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan dalam
semua aspek seperti tingkahlaku,komunikasi dan pencapaian akademik.
9. Gandingan dan kerjasama guru-guru mata pelajaran dan guru khas membantu melonjakkan
mutu pencapaian pelajar khas.
2.5-KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF
1. Pelajar khas mendapat kurang perhatian dan tumpuan.
2. Guru sukar memberikan tumpuan.
3. Berlakunya penglabelan
4. Sikap sesetengah guru biasa yang merasakan terbeban dengan adanya pelajar khas dalam
kelas.
5. Pelajar normal turut terasa tergugat dan menganggap program ini telah memberi kesan
negatif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
6. Pelajar khas yang terlibat menunjukkan kebosanan dan letih semasa belajar kerana penat
menghadiri pengajaran dan pembelajaran yang banyak.
3.0-PENDIDIKAN INKLUSIF DI PPKI SMK DEMAK BARU
3.1-LATAR BELAKANG

Program Pendidikan Inklusif (PPI) bagi murid bermasalah pembelajaran di SMK Demak
Baru bermula sejak tahun 2011.Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada
usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa
mengira ketidakupayaan atau kecacatan mereka.Selaras dengan konsep pendidikan untuk
semua ,mereka diberi peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Sejajar dengan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan,yang dirancang Kementerian Pelajaran Malaysia
sedang ke arah meningkatkan Program Pendidikan Inklusif di kalangan murid-murid
berkeperluan khas, PPKI SMK Demak Baru menjadi salah sebuah program yang sentiasa
menyokong demi memastikankan jurang pendidikan antara murid perdana dan pendidikan
khas dapat dirapatkan.
Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang telah mempunyai kebolehan belajar mata
pelajaran tertentu yang sama dengan pelajar normal,dilaksanakan kepada pelajar yang
berkeupayaan di sekolah ini adalah berbentuk sepenuh masa dan separa masa.
Kini seramai 12 orang pelajar berkeperluan khas telah diinklusifkan di kelas aliran
perdana.Seramai 2 orang pelajar di Tingkatan 2, 4 orang di Tingkatan 3 dan 6 orang pelajar di
Tingkatan 4.
3.2-MATLAMAT
Antara matlamat Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah:
1. Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di
sekolah biasa. Harus diingatkan di sini tidak semestinya semua pelajar berkeperluan khas
boleh disealirankan begitu sahaja kerana setiap individu mempunyai kemampuan dan
keperluan yang berbeza.
2. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan
menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal.
3. Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi
dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat
dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota
masyarakat yang menyumbang.(Mohd Siraj Awang. )1996.
4. Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu
sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka mencapai
perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani,
jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu
ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
5. Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta
kerjaya yang dibina.
3.3-OBJEKTIF
1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan pembelajaran
dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.
2. Pelajar khas dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka
berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk belajar

dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural dengan
wujudnya model-model rakan sebaya ( role model ).
3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara pelajar PPKI dengan murid di
aliran perdana.
4. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka menyokong dan
membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas mereka. Mereka juga dapat belajar
memahami rakan-rakan Khas ini tanpa mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.
5. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .
6. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.
7. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas
untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.
3.4-KUMPULAN SASARAN
Murid-murid berkeperluan khas tanpa mengira ketidakupayaan yang mampu dan berupaya
dalam akademik sahaja yang diinklusifkan dalam kelas aliran perdana.Selain telah menguasai
kemahiran asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira,murid-murid berkenaan mampu
untuk mengurus diri,berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai tingkahlaku
yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata pelajaran dan murid-murid
lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Paling
utama juga murid-murid tersebut telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada ibu
bapa mereka.Hanya ibu bapa yang bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak
sekolah yang akan dipilih untuk mengikuti program ini.

3.5-JAWATANKUASA PROGRAM INKLUSIF

Pengerusi : En Rambil Hj Hasbi (Pengetua)


Naib Pengerusi : En Jamal Shukuri Bolhassan (GPK PK)
Setiausaha : Pn Dayang Hasimah Bt Awang Madian (SU Kurikulum)
AJK : Pn Norzita Mohamed (SU HEM/Guru Sejarah)
: Cik Ruhana Bt Bujang (SU KK/Guru Bahasa Melayu)
: En Jamaluddin Juni (PPM)
: Cik Nillip (PPM)
: Pn Chong Fui Fon (Guru Geografi)
: Pn Kamariah Kunggi Bt Abdullah (Guru Bahasa Inggeris)
: En Badrulisham Ameran (Guru Matematik)
: En Mohd Safwan Alias (Guru Sains)

: En Badrol Hisham Majid (Ustaz)


3.6-FAIL PROGRAM INKLUSIF
Penyelaras Kelas Pendidikan Khas bersama dengan guru-guru dalam Jawatankuasa Program
Inklusif bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Program Inklusif. Fail ini
mengandungi dokumen-dokumen seperti :
Jawatankuasa Program Inklusif,
Jadual Waktu guru dan murid yang terlibat,
Biodata murid yang diinklusifkan,
Rekod kehadiran murid ke kelas inklusif,
Salinan surat menyurat berkaitan dengan pelaksanaan Program Inklusif,
Laporan semasa pelaksanaan Program Inklusif,
Rekod prestasi murid,
Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.
3.7-STRATEGI PERLAKSANAAN
Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan
Inklusif di sekolah ini.
3.7.1-Sebelum Program
1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif .
2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan murid
berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh
guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.
3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti
Program Inklusif.
4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan
Khas dan PPM .
5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guruguru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah
menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas tersebut.
6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk
diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang
bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka
mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
7. Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan.
8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang
sama dengan aliran perdana iaitu di kelas PPKI8.
9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.
10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua murid aliran perdana dan warga
sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah.Penerangan dan taklimat telah diberikan secara
fomal dan tidak fomal .Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG
mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan.
11. Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling pandai iaitu di kelas 2
Perdana,3 Perdana dan 4 Amanah .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan
bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta

PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka.


12. Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu
kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan
memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya.
13. Semua mata pelajaran diinklusifkan kecuali matapelajaran Moral,Pendidikan Jasmani dan
PSV untuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.Bagi Tingkatan 4 ,hanya mata pelajaran wajib sahaja
diinklusifkan.
14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan iaitu di kelas PPKI8.
(Lampiran K:Jadual Waktu PPKI8)
3.7.2- Semasa Program
1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.
2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang
terlibat serta mengambil tindakan susulan.
3. Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid
lain.Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti
yang dianjurkan oleh sekolah seperti Pertandingan Bercerita,Penulisan Khat dan
Jawi,Hafazan.Malah terdapat juga yang aktif dalam kokorikulum seperti Pertandingan
Bowling sehingga ke peringkat kebangsaan dan mendapat tempat.
4. Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan.Ini juga menjadi
faktor menyumbang kepada kelulusan yang lebih baik.
5. Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dengan murid lain dan
diberikan tugasan yang sama .Murid khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan
yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan murid Khas ini tidak
bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja.Mereka telah berdikari dan hanya
memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan.
6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi,murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi dengan
guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa.Mereka boleh
bersosialisasi dengan murid-murid lain dan juga sebaliknya.Komunikasi dua hala sentiasa
berlaku di sekolah malah di luar sekolah.
7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif
kepada pembelajaran murid khas.
3.7.3- Program Mentor Mentee
1. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran .
2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada murid.
3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan
yang diperlukan . mengadakan kelas tambahan.
4. Guru khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan rujukan
seperti keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumatbagi
memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar.
5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah
memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar khas yang terlibat dalam
membentuk masa depan yang cemerlang.

3.7.4-Senarai Mata Pelajaran Yang Diikuti


3.7.4.1- Tingkatan 2 Perdana dan 3 Perdana
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Geografi
Pengetahuan Agama Islam
Matematik
Sains
KHB/ERT
3.7.4.2-Tingkatan 4A
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Pengetahuan Agama Islam
Matematik
Sains
3.7.4.3-Tingkatan 4Sains
Bahasa Melayu
Kimia
Biologi
Matematik
Pengetahuan Agama Islam
Bahasa Inggeris
Sejarah
3.7.5-Selepas Program
1. Guru pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan pencapaian akademik dan
perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid.
2. Penilaian keberkesanan program terhadap murid khas sentiasa dijalankan secara
berperingkat-peringkat.
3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada murid.
4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau penjaga.
5. Keputusan peperiksaan murid Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan
Khas ,Jabatan Pelajaran Sarawak dan Salinan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.
3.8-PENCAPAIAN
1. Pencapaian dari segi akademik (Rujuk di Lampiran A dan B)
2. Pencapaian pelajar dari segi kokurikulum
-Nur Syazwani Bt Marais telah mewakili negeri Sarawak bagi Pertandingan Bowling
Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Perak.Beliau juga mewakili sekolah dalam
Pertandingan Bowling Terbuka yang dianjurkan oleh SMK ST Joseph.
3.Pencapaian pelajar di bidang kurikulum
Mohd Qamarrul Izzat b Mohd Sani telah
Johan Pertandingan Bercerita Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sarawak.
Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Hafazan .

Johan dua tahun berturut-turut bagi Pertandingan Khat dan Jawi .


Tempat Ketiga dalam Pertandingan Spelling Terbuka pada Minggu Bahasa peringkat
sekolah.
4.Pelajar berkeperluan khas telah mula berdikari ,bersosialisasi dan berkeyakinan.

4.0 RUMUSAN
Kejayaan perlaksanaan program ini di PPKI SMK Demak Baru adalah berdasarkan
perancangan yang telah diatur dan dibincangkan.Usaha yang berterusan perlu bagi
memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya.Guru- guru haruslah
peka dan sensitif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.Dalam
Pendidikan kita mampu membentuk pelajar ini menguasai ilmu pengetahuan seterusnya
mempertingkatkan martabat diri,agama dan masyarakat dan juga mampu untuk ddduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat global di luar sana.

7.0-LAMPIRAN
1. Lampiran A dan B-Keputusan dan Analisa PMR
2. Lampiran C- Salinan Sijil
3. Lampiran D- Gambar Pelajar
4. Lampiran E-Gambar Kelas Persediaan
5. Lampiran F-Gambar Kelas Perdana yang diinklusifkan
6. Lampiran G-Gambar suasana sosialisasi Pelajar Khas bersama guru dan pelajar aliran
perdana
7. Lampiran H- Gambar suasana pelajar khas Inklusif bersama pelajar khas yang lain.
8. Lampiran I- Gambar suasana kelas tambahan
9. Lampiran J-Jadual waktu Aliran Perdana
10. Lampiran K- Jadual Waktu PPKI 8

You might also like