You are on page 1of 15

BENTUK MUKA

BUMI DAN
POTENSINYA

Oleh: Mohd Nadzmi B.Abd


Mustaffa

Guru: Pn Rohaziah BT Junoh

1
Senarai Kandungan

TAJUK MUKA SURAT


Senarai Kandungan 2
Penghargaan 3
Pendahuluan 4
Objektif Kajian 5
Kawasan Kajian 6
Kedah Kajian 7
Hasil Kajian 8 - 12
Rumusan 13
Rujukan 14
Lampiran 14 - 16

Penghargaan

2
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah, kerana dengan limpah
kurnia – Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jaya dan dapat
menghantar pada waktu yang telah ditetapkan.

Saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada guru


subejek geografi kerana telah memberikan tunjuk ajar dan sumber rujukan
yang amat diperlukan untuk menyiapkan folio ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya
atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan selama saya
menyiapkan folio ini.

Disamping itu, terima kasih kepada rakan – rakan sekelas kerana telah
memberikan cadangan, idea dan pengetahuan yang telah anda kongsikan
bersama saya

Pendahuluan
2.1 Nama saya Mohd Nadzmi B Abd Mustaffa . Saya menuntut dalam
tingkatan 1AF di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak. Sebagai

3
memenuhi kehendak subjek geografi, saya perlu menyiapkan satu Kajian
Geografi Tempatan (KGT) yang bertajuk “ Bentuk Muka Bumi dan
potensinya”. Saya telah memilih Taman Cengal Utama untuk menjalankan
kajian.

2.2 Saya telah memilih kawasan ini kerana saya telah tinggal lebih daripada
8 tahun dan terdapat ramai kawan – kawan dan keluarga yang dapat
memudahkan saya menyiapkan folio ini.

2.3 Saya telah mengambil masa selama 1 minggu untuk mengumpul


maklumat serta menyiapkan dengan sempurna folio ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif – objektif berikut:-

4
I. Mengenalpasti jenis bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan
Taman Cengal Utama.

II. Memerhati dan mengkaji potensi bentuk muka bumi di kawasan


Taman Cengal Utama.

III. Mengenalpasti masalah yang berkaitan dengan bentuk muka bumi di


kawasan kajian

IV. Mengkaji langkah – langkah mengatasinya

Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya meliputi kawasan perumahan tempat saya tinggal di


Taman Cengal Utama.Taman Cengal Utama terletak dalam mukim

5
Ampangan Senawang ,Seremban Negeri Sembilan.Bentuk muka bumi di
kawasan ini merupakan kawasan tanah pamah yang telah mengalami
pembangunaan yang pesat di Negeri Sembilan.Ia terletak berhampiran
dengan lebuhraya baru iaitu Lebuhraya KASEH(Kuala Lumpur-Seremban-
Kuala Pilah-Kuantan).Antara pembangunan yang terletak berhampiran
rumah saya ialah,Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi.Stadium ini terdapat
pelbagai kemudahan sukan dan merupakan tempat diadakan pertandingan
peringkat kebangsaan seperti SUKMA,MSSNS dan MSSM..

Kaedah Kajian

5.1 Kaedah kajian yang telah saya gunakan untuk menyiapkan folio ini
ialah:-

6
a) Pemerhatian
b) Internet

5.1.1 Pemerhatian
Selama menjalankan kajian ini, saya telah meluangkan banyak masa
memerhati ciri – ciri bentuk muka bumi di kawasan Taman Cengal Utama
dan aktiviti – aktiviti ekonomi yang dijalankan.

5.1.2 Internet
Saya juga telah melayari internet untuk mendapatkan lebih banyak
lagi maklumat tentang kawasan kajian yang tidak boleh didapati melalui
pemerhatian ataupun melalui keadah soal selidik. Antara maklumat yang
berguna saya perolehi adalah jumlah penduduk dan keluasan kawasan
kajian.

Hasil Kajian

6.1 Ciri – Ciri Bentuk Muka Bumi


Bentuk muka bumi di Taman Cengal Utama adalah hampir rata serta
beralun. Asalnya kawasan ini merupakan kawasan pertanian yang ditanam
dengan pokok getah dan merupakan tanah rezab melayu.Ekoran daripada

7
pembangunan yang meluas di kawasan persekitaran dan keperluan
perumahan yang semakin mendadak, Taman Cengal Utama telah
dibangunkan dan perumahan telah dibina di kawasan penempatan seluas
5000 hektar. Selain itu, Taman Cengal Utama juga dibangunkan di kawasan
pejabat dan kawasan perindustrian. Antaranya kawasan perindustrian
Senawang yang menyumbang kepada 30% pekerjaan untuk penduduk di
taman ini. Selain daripada itu ada juga penduduk di kawasan perumahan ini
yang bekerja di Kuala Lumpur. Hal ini demikian kerana kemudahan
infrastruktur yang memudahkan penduduk untuk berulang alik ke tempat
kerja di Kuala Lumpur) turut menyumbang kepada kepadatan penduduk.
Kepadatan penduduk ini disebabkan oleh tindakan kerajaan yang membina
infrastruktur – infrastruktur seperti lebuh raya yang dapat berhubung ke
kawasan – kawasan. Contohnya , Tol Senawang terletak lebih kurang 7
kilometer memudahkan mereka menggunakan kemudahan Lebuh Raya
Utara Selatan. Disamping itu pembinaan Lebuh Raya Kaseh ( Kuala
Lumpur- Seremban- Kuala Pilah – Kuantan) memberi kemudahan pada
masa hadapan. Selain terdapat juaga kemudahan riadah dan sukan seperti
Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, rumah kakitangan kerajaan,
kemudahan membeli belah seperti GIANT, Jaya Jusco dan Tesco serta
kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, sekolah dan Hospital.

6.2 Potensi Bentuk Muka Bumi


Bentuk muka bumi yang hampir rata dan beralun tadi menyebabkan
penduduk di Taman Cengal Utama terlibat di dalam aktiviti perniagaan dan
perkhidmatan.
Deretan kedai yang banyak sekitar kawasan Senawang telah
menggalakkan aktiviti – aktiviti perniagaan. Terdapat ramai usahawan –

8
usahawan yang membuka perniagaan. Antara perniagaan yang dijalankan
ialah kedai makan, butik, kedai runcit dan servis seperti kedai gunting
rambut, dobi pakaian dan bengkel. Oleh itu, ramai penduduk disini
menjalankan aktiviti perniagaan.
Selain itu, penduduk di Taman Cengal Utama terlibat di dalam bidang
perkhidmatan kerana di kawasan Taman Cengal Utama terdapat beberapa
sekolah menengah, sekolah rendah, MRSM dan Institut Perguruan iaitu
Institut Perguruan Raja Melewar . Oleh itu, ramai penduduk di sini terlibat
dalam bidang pendidikan dan menjadi tenaga pengajar di tempat – tempat
tersebut.

9
JENIS PERNIAGAAN DAN
PERHIDMATAN
JENIS PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN DI

70
60
50
Pelabgai Barangan
40
Pelbagai Perkhidmatan
30
Makanan
20
10
0

Graf 1
JUMLAH KEDAI

6.3 Masalah

Hasil daripada perbualan saya dengan ayah saya yang merupakan Ahli
Jawatan Kuasa RELA Taman Cengal Utama, saya dapati pelbagai masalah
yang dihadapi oleh penduduk – penduduk di sini. Antara masalah – masalah
tersebut ialah:-

6.3.1 Kecurian
Masalah ini banyak berlaku di kawasan perumahan ini. Oleh kerana
ianya terletak berhampiran jalan besar dan kawasan rumah kedai ramai
orang luar yang memasuki kawasan ini. Jadi tidak hairanlah berlaku kes
pecah rumah dan kecurian. Tambahan pula kawasan Taman Cengal terletak
berhampiran kawasan setinggan yang banyak menyumbang kepada masalah
social .

10
Selain itu, kemudahan – kemudahan awam yang lain seperti pondok
telefon yang didirikan untuk panggilan kecemasan telah dirosakkan dan
tidak dapat digunakan lagi oleh para penduduk terutamanya ketika berlaku
sebarang kecemasan seperti rompakan, kecurian dan kebakaran.

6.3.2 Pembinaan

Projek pembinaan lebuhraya KASEH yang sedang dibina


sekarang menyebabkan berlakunya perubahan terhadap bentuk muka bumi
di kawasan persekitaran berhampiran Taman Cengal Utama. Kerja-kerja
meratakan jalan menyebabkan berlakunya hakisan tanah yang teruk.Keadaan
ini menjadi lebih buruk apabila berlakunya hujan lebat.Air dari bukit yang
ditarah bercampur tanah mehgalir ke jalan-jalan utama dan menyebabkan
jalan kotor.Hujan yang berterusan juga akan menyebabkan berlakunya banjir
kilat di kawasan-kawasan rendah.Pihak yang berkenaan perlu mengambil
langkah untuk mengatasinya.
Pencemaran bunyi di kawasan Taman Cengal Utama berpunca
daripada aktiviti – aktiviti pembinaan kawasan penempatan , contohnya
bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam
tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi. Bunyi bising ini boleh
mengurangkan tumpuan para pelajar terutamanya kawasan pembinaan
Lebuh Raya KASEH terletak berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan
Panchor.

6.4 Langkah – langkah mengatasi

11
Segala masalah pasti terdapat cara untuk mengatasi. Di sini, adalah
beberapa cadangan saya perolehi daripada borang kaji selidik yang
diedarkan untuk mengatasi masalah tersebut adalah:-

a) Pihak yang berwajib perlu menguatkuasakan undang – undang bagi

mengatasi masalah kecurian. Bagi mereka yang melakukan jenayah


ini, boleh dikenakan denda dan hukuman yang setimpal. Penduduk
setempat turut mengadakan rondaan pada waktu malam dengan
kerjasama penduduk taman dan RELA.

b) Masyarakat di Taman Cengal Utama juga boleh bergotong – royong di

kawasan – kawasan yang bermasalah sampah. Aktiviti gotong –


royong boleh dijalankan sebulan sekali untuk memastikan kebersihan
kawasan penempatan. Pihak berwajib juga boleh memperbanyakkan
tempat membuang sampah dan bagi memudahkan masyarakat serta
menjalankan kempen kesedaran seperti menggalakkan masyarakat
untuk kitar semula

12
Rumusan

Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang
ciri – ciri bentuk muka bumi dan Kegiatan ekonomi yang dijalankan di
kawasan Taman Cengal Utama. Hasil daripada kajian ini, menjadikan saya
bangga kerana dibesarkan dan tinggal di kawasan yang serba lengkap dan
maju dengan kemudahan – kemudahan asas dan infrastruktur yang lengkap.

Lampiran

13
Rujukan
I. Buku Teks Geografi Tingkatan 1, KBSM
Terbitan: Arus Intelek Sdn. Bhd.
Tahun: Cetakan 4, 2006

14
II. Buku Rujukan Geografi PMR, Ulang Kaji Total Tingkatan 1,2,3
Terbitan: Sasbadi Sdn. Bhd.
Tahun: Cetakan 2005

III. Laman Web: www.scribd.com

www.tutor.com.my

15

You might also like