You are on page 1of 3

TEMA 4 : SISTEM HIDROLOGI

KONSEP DAN DEFINISI

KITARAN HIDROLOGI
Pergerakan air dalam semua keadaan asal seperti wap air, cecair, dan
pepejal yang bergerak meninggalkan tanah ke udara dan selanjutnya turun ke
tanah dalam bentuk kerpasan
SEJATAN
Sejatan adalah proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap
air. Sejatan merupakan proses asas dalam kitaran hidrologi. Proses ini berlaku
secara menegak.
SEJAT-PELUHAN (TRANSPIRASI)
Pepeluhan ialah kehilangan air melalui liang-liang stoma daun.proses ini
berlaku kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi
berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera.
SEJAT-PELUHAN POTENSI
Sejat-peluhan potensi ialah pepeluhan daripada tumbuhan jika tanah itu
mengalami lembapan yang optimum.
SEJAT-PELUHAN SEBENAR
Sejat-peluahan sebenar ialah kuantiti air yang sebenarnya disejatkan
daripada tanah dan pepeluhan tumbuhan dalam satu jangka masa yang tertentu
dibawah keadaan lembapan tanih dan litupan tumbuhan yang berubah-ubah.
PEMELUWAPAN
Pemeluwapan adalah satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair
seperti hujan atau cairan salji.pemeluwapan terjadi akibat kejatuahn suhu
dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi ke atmosfera.
KERPASAN
Kerpasan didefinisikan sebagai lembapan yang terpeluwapdan jatuh
semula ke permukaan bumi sebagai cecair atau pepejal yang jatuh ke
permukaan bumi yang dianggap sebagai kerpasan ialah sepeti hujan, hujan
batu, hujan gerimis, dan juga salji.
PINTASAN ATAU CEGATAN SILARA
Merujuk kepada halangan dari kanopi tumbuhan kepada air hujan yang
turun. Halangan ini datangnya dari daun, ranting, dahan, batang, dan dll yang
menyebabkan tidak semua air hujan akan menimpa bumi.
AIR LARIAN
Air larian ditakrifkan sebagai baki air hujan yang mengalir sama ada
diata permukaan bumi sub-permukaan atau dala sunagi setelah jumlah
keseluruhan hujan ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasa, susupan
dan yang dugunakan oleh tumbuhan.
SUSUPAN AIR BAWAH TANAH (INFILTRASI)
Susupan bererti pergerakan air hujan yabg berlaku secara menegak
menerusi liang-liang pori tanah atau menerusi ruang-ruang udara didalam
tanah. Kadar susupan atau ketelusan ini bergantung kepada saiz, bentuk dan
peratus liang pori yang dimiliki oleh sesuatu jenis tanah.
AIR TANAH
Air tanah ialah semua air yang terdapat dibawah permukaan bumi. Air
yanah merupakan jasad air didapati daripada susupan dan tesimpan di dalam
batuan telap ir yang di kenali sebagai akuifer.
AKUIFER
Air hujan yang menyusup masuk ke dalam tanah akan disimpan dalam
formasi batuan yang boleh menakung air dan membendung air.formasi geologi
yang boleh menyimpan air ini dipanggil sebagai akuifer..
PERGERAKAN AIR TANAH
Edaran air tanah merujuk kepada kepada semua bentuk pergerakan air
yang menggunakan tanah sebagai mediumnya.seperti aliran sub-permukaan,
susupan dan pergerakan air secara mendatar dalam system akuifer.
IMBANGAN AIR
Keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera oleh
permukaan bumi adalah sama dengan jumlah air yang keluar ke
atmosfera.jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi dalam bentuk
kerpasan adalah sama banyak yang akan dibebaskan semula ke atmosfera
menerusi proses sejat-peluhan, sejatan, yang mengalami larian permukaan dan
juga yang disimpan didalam tanah sebagai storan.
IMBANGAN AIR GLOBAL
Input air yang di terima oleh seluruh permukaan bumi datangnya
daripada kerpasan . Outputnya pula adalah wap-wap air yang dikeluarkan
melalui sejat-peluhan iaitu kombinasi antara sejatan di permukaan air,sejatan
dari lembapan tanihdan juga pepeluhan dari tumbuhan disamping air yang
diguna oleh manusia dan haiwan. Storannya adalah yang di simpan didalam
akuifer sebagai air bawah tanahdan juga simpanan permukaan seperti di dalam
tasik,kolam, sungai dan laut.
IMBANGAN AIR TEMPATAN
Imbangan air tempatan meliputi wilayah, negeri, atau kawasan kecil.
Input ait datangnya dari kerpasan dan lembangan saliran yang bersebelahan
dengannya. Air tersebut akan disimpan di dalam sistem saliran sungai, tasik,
paya, empangan, dan dll.Outputnya dikeluarkanoleh proses sejat-peluhan, di
guna oleh tumbuhan dan haiwan, diluahkan oleh sungai ke laut dan yang
digunakan manusia.
IMBANGAN AIR NEGATIF
Imbangan air negatif ditakrifkan sebagai kekuarangan air yang dialami
oleh sesebuah kawasan dalam tempoh masa tertentu. Kadar sejatan melebihi
daripada kerpasan yang turun dikawasan berkenaan.
IMBANGAN AIR POSITIF
Imbangan air positif bermaksud jumlah kerpasan melebihi sejatan.
Dalam tempoh yang panjang apabila jumlah kerpasan khususnya hujan yang
turun ke bumi melebihi daripada kadar sejatan air ke atmosfera, maka ia
boleh menyebabkan fenomena banjir.
BANJIR KILAT
Banjir kilat adalah sejenis banjir permukaan yang berlaku dalam jangka
masa yang singkat.Akibat curahan huajn yang lebat,menghasilkan aliran
permukaan yang banyak dalam jangka masa yang singkat.
KEMOROSOTAN KUALITI SUMBER AIR
Kemerosotan kualiti sumber air bererti pencemaran terhadap sumber
air iaitu sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam
dantakungan semula jadi, air bawah tanah, dan juga hujan tercemar atau
kualitinya semakin rendah.
HIDROLOGI BANDAR
Hidrologi Bandar adalah satu edaran hidrologi tempatan yang
melibatkan tiga medium penting iaitu atmosfera bandar, daratan bandar, dan
juga sumber-sumber air di bandar. Ia juga melibatkan semua proses kitaran
hidrologi.
PENGURUSAN SUMBER AIR LESTARI
Pengurusan sumber air melibatkan perancangan, analisis, penilaian,
penggunaan, impak, dan ramalan terhadap sumber-sumber air secara
sistematik, cekap dan optimum, tanpa membazir untuk menjamin bekalan air
kepada pengguna sentiasa bersih dan berterusan.

You might also like