You are on page 1of 1

TEKS PRA-U PENGAJIAN AM Kertas 2 ISBN: 978-983-3879-75-5

TEKS PRA-U
Pengajian Am Kertas 2
Karangan Disiplin Sains

Tajuk 17
Bahan kimia seperti alkohol, eter, kafein, mononatrium glutamat,
perisa, pewarna, dan pengawet terdapat dalam makanan dan
minuman. Bahan kimia ini dapat mengancam kesihatan seseorang
sekiranya diambil berlebihan.
Jelaskan kesan bahan kimia dalam makanan dan minuman terhadap
kesihatan kita.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan empat kesan kimia dalam makanan dan
minuman terhadap kesihatan kita.

Isi-isi
► keracunan makanan; penggunaan bahan perisa, pewarna, dan pengawet
secara berlebihan boleh menyebabkan muntah, dan cirit-birit; plumbum
dan merkuri dalam air boleh menyebabkan keracunan
► kerosakan organ; pengambilan alkohol secara berpanjangan boleh
menyebabkan kerosakan kepada hati, pankreas, jantung, dan otak.
► ketagihan; kafein dalam kopi, coklat, dan minuman bergas; boleh
menyebabkan sakit kepala, rasa mengantuk, dan keletihan jika seseorang
berhenti mengambil kafien
► menjejaskan tumbesaran normal; plumbum dalam air dan arsenik dalam
makanan boleh menjejaskan fungsi otak

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1

You might also like