You are on page 1of 17

PUTERA PUTERIKU

Nasihat dan Bimbingan

Untuk

PUTERA
PUTERIKU
Oleh:

Syeikh Ali Thantawi


PUTERA PUTERIKU

Pendahuluan

Dengan nama Allah, Segala pujian adalah untuk Allah s.w.t. Selawat serta salam kita ucapkan kepada
Rasulullah s.a.w.

Enam puluh tahun saya berpidato dan menulis, belum pernah karya saya mendapat perhatian melebihi
penulisan ini, terutamanya mengenai "Wahai Puteriku", yang saya tulis pada tiga puluh tahun yang lalu.
Ketika itu umurku menjangkau. setengah abad.

Sekarang seperti yang tercatat, sudah empat puluh enam kali karya ini diulang cetak dan entah berapa
kali pula yang tidak saya ketahui. Saya mohon kepada Allah agar mengurniakan kesihatan dan husnul
khotimah. Juga agar niat saya menulis untuk berdakwah ini, diberikan curahan pahala oleh Allah s.w.t. Saya
mengharapkan para pembaca mengucapkan "amin".

Dewasa ini kita diserang dari dua jalan iaitu Jalan Syubhat (perkara yang meragukan) dan Jalan
Syahwat. Penyakit syubhat adalah penyakit yang lebih parah dan lebih besar bahayanya. Penyakit ini
menular dengan lambat dan tidak semua orang mampu menerimanya. Pemuda dan remaja yang dibangkitkan
dan dibangunkan oleh nafsu syahwatnya menerusi jalan syubhat ini akan terus menyambut dan
menerimanya. Manakala penyakit syahwat adalah penyakit yang cepat menjalar dan meluas. Tingkatan
bahayanya adalah terbatas pada menyusahkan. Penyakit ini tidak memusnahkan dan tidak mematikan.
Manakala penyakit syubhat boleh membawa kepada kekufuran dan boleh merosakkan malah terus
membinasakan penghidapnya.

Dari tulisan pertama tiga puluh tahun yang lalu dan kemudian diulang cetak sehingga sekarang ini, tiada
satu huruf pun yang saya ubah, ia tetap dengan keasliannya. Kerana, apa yang ada itu telah tersebar luas,
dibaca oleh orang-orang di Barat ataupun di Timur. Selain dalam tulisan asalnya iaitu bahasa Arab, juga
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Urdu.
Akhimya, saya memohon keampunan dari Allah.

12 Rabiulawwal1406H
Syeikkh Ali Thantawi
PUTERA PUTERIKU

Sekapur Sirih

Api syahwat yang membara mampu merubah kejernihan menjadi keruh dan gelap kehitaman. Hanya
sedetik hilang pertimbangan seusia hidup menanggung beban. Apakah yang dapat meredam bara-bara nafsu
selain ilmu dan kesedaran? ltulah noktah kegelindran……….akibat kealpaan dan kelalaian.

Semoga buku kecill hasil curahan pengalaman murni Sheikh Ali Thantawi ini dapat menambah
kedewasaan kita sebagai remaja dalam meredah lautan cabaran di celah liku-liku kehidupan. Apakah yang
kita cari selain kemurniaan hidup yang sentiasa menjurus kepada mencari keredhaan Allah SWT.

Wahai rakan-rakan yang dikasihi sekelian, apakah tidak ingin kita menyumbang untuk memadamkan
bara-bara kemurkaan Allah dan unsur-unsur keruntuhan masyarakat? Kami mengambil peluang ini dan
membuka medan sumbangan kepada anda sekalian agar sama-sama kita dapat memberikan sumbangan
terbaik dalam membina
generasi sejahtera dan berwawasan...!

Sekian,
PUTERA PUTERIKU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani


PUTERA PUTERIKU
KEPADA PUTERIKU

Wahai puteriku ........ aku seorang bapa yang sedang


berjalan memasuki usia lima puluh tahun.1

Usia muda telah aku lewati, aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian
dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan Haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puterikubanyak aku menulis, sering aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak,
menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu
syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan sehingga pena yang aku gunakan menjadi
tumpul dan lidahku menjadi kelu. Namun, tetap tiada hasil yang aku perolehi. Kemungkaran tetap berleluasa
tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk.
Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan,
pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa
satu pun negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh Negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga
kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang Masya-Allah!!! Para wanitanya berpakaian terbuka
mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya.
Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu
jalannya.

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada dihadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau
menyakininya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan
wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras
melangkah maju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri: "Silakan masuk"....... dan setelah engkau kecurian barulah tersedar.
Ketika itu barulah engkau berteriak "Tolong tolong .......aku kecurian".

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari
seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan
sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorang yang kikir terhadap pencuri.

_______________________________________________________________________________
1 Ketika pertama kali menulis makalah ini, beliau berusia lima puluh tahun. Sekarang beliau sedang
menghampiri usia lapan puluh tahun.
PUTERA PUTERIKU
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah
lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing dan bagimu lebih buruk daripada
kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu....... iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang
gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan
serigala.

Wahai puterikuDemi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu
telanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka
memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu
hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …….. bohong ....... Bohong…… demi Allah dia berbohong. Seandainya
engkau mendengar sendiri perbualan di antara mereka, pasti engkau akan takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu, berbicara dengan lembut dan
merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-
tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu wahai puteriku?


Renungkanlah!

Kamu berdua, bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan sesudah
itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau. Dan engkau….akan merasakan pahitnya daripada pertemuan
yang sebentar itu untuk selama-lamanya. Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa
baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya. Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru, engkau
perlahan-lahan merasakan sesuatu yang berat menganjal di perutmu.

Engkau sedih dan muram.


Engkau bingung dan gelisah.

Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim,
bahkan….. diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan: "Dia yang dahulu sesat, tetapi sekarang
sudah bertaubat".

Tapi engkau?
Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan mengampuni
dosamu.

Seandainya ketika dia mula merayumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas….. Engkau alihkan
pandanganmu dari pandangannya Seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap
lebih biadap dengan mengucapkan kata-kata yang jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat engkau
tanggalkan kasut dari kakimu dan pukullah kepalanya Kalau engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada
di sekitar tempat itu akan serentak menolongmu.
Sesudah itu….Dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.

Wahai puteriku .......


Lelaki yang baik dan soleh, akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan,
PUTERA PUTERIKU
menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia datang untuk meminang dan mengahwinimu.

Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran
dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: "Mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitu bersuami, menjadi
isteri yang solehah, terhormat dan ibu rumahtangga yang baik".

Cita-cita seperti itu pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira sama ada dia seorang ratu, keluarga
raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa.

Aku mengenali dua orang sasterawati dari Mesir dan Syria. Kedua-duanya bergelar tokoh. Ilmunya
dikagumi, kekayaanya melimpah ruah, tinggi kedudukan dan kehormatannya. Kedua-duanya telah kehilangan
suami, namun tiba-tiba hilang keseimbangan akalnya ....... dan menjadi gila. Tak perlu aku sebutkan namanya,
pasti semua orang Mesir dan Syria sudah mengenalinya.

Perkahwinan adalah cita-cita yang paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi sama ada
sebagai anggota parlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah
perkahwinan.

Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau rosak akhlaknya.
Seandainya seorang lelaki bertunang dengan wanita yang baik tetapi wanita itu tiba-tiba berubah
akhlaknya, menyeleweng dan masuk ke dalam perangkap nista, pasti dengan segera lelaki itu pergi
meninggalkannya. Dia akan tegap melangkah keluar.

Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk
membesarkan dan memelihara anaknya. Seorang pemuda jalang yang rosak dan menjijikkan, apabila tidak
mendapati mangsa gadis yang mahu mengorbankan kehormatan dirinya di bawah tapak kakinya dan menjadi
alat permainannya dan apabila dia juga tidak memperolehi wanita pelacur atau gadis lalai yang rela
dikahwini dengan agama syaitan dan iblis serta mengikut syariat binatang, pasti dia akan mencari jodoh
dengan seorang isteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam.

Puteriku,….suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan, penyebabnya adalah kerana
kesalahanmu sendiri. Jatuhnya pasaran dan nilai perkahwinan dan semakin pesat bursa pelacuran juga
adalah kerana perbuatanmu!

Lantas, kenapa kamu yang berakhlak mulia tidak mencegahnya?


Kenapa para wanita yang mulia dan terhormat tidak memerangi musibah dan wabak itu?
Kamu, para wanita tentu lebih berkebolehan dan berkemampuan bertindak daripada kaum lelaki.
Kamu sebagai wanita terhormat, mulia, memiliki harga diri dan memegang teguh agama, pada akhirnya
akan menjadi mangsa dan korbannya.

Hampir di setiap rumah di negeri Syam terdapat gadis-gadis pada usia yang layak berkahwin belum
mempunyai calon dan gadis yang sudah lewat usianya belum juga bersuami.

Para pemudanya merasa puas dengan hanya berpacar-pacaran dan bergaul bebas daripada beristeri.
Mungkin keadaan seperti ini juga terdapat di negara-negara Islam yang lain.

Wahai puteriku .......


Dirikanlah wadah dalam bentuk lembaga dan persatuan dari kalangan kamu sendiri yang anggotanya
terdiri daripada para cendiakawan, guru dan mahasiswi. Wadah yang berusaha untuk mengembalikan
PUTERA PUTERIKU
wanita-wanita sesat kepada jalan kebenaran.

Ancam dan takutkan mereka dengan firman-firman Allah. Sekiranya mereka tidak mahu mendengar dan
tidak rasa takut lagi, maka berilah gambaran bahaya penyakit yang akan dideritainya.

Kalau mereka tidak juga peduli, berikan penjelasan dan contoh-contoh kenyataan yang ada, katakan
kepada mereka:
"Anda remaja cantik, ramai pemuda yang tertarik dan mengharapkan anda. Kecantikan anda seperti
sekarang ini apakah akan terus bertahan?

Bagaimana nasib anda nanti setelah tua? Ketika muka anda sudah kerepot dan badan membongkok?
Siapakah nanti yang akan menguruskan anda? Siapakah ketika itu akan memperhatikan nasib anda? Tahukah
anda, siapa yang akan menghormati dan memuliakan orang tua yang tidak berdaya lagi? Hanya anak dan
cucu-cucunya! Di tengah-tengah mereka, orang tua sepertinya menjadi ratu di antara rakyat, bermahkota,
duduk di singgahsana.
Bagaimana nasib anda nanti jika terus begini? Bagaimana derita anda di kemudian hari? Anda lebih
tahu dari kami. 2

Cuba anda renungkan "Apakah boleh disamakan lazatnya berhubungan yang sebentar sahaja nikmatnya
itu dengan penderitaan-penderitaan anda?

Apakah patut, harga kegadisan anda dibayar begitu murah dan penderitaan anda setelah itu ditebus
dengan harga sebegitu mahal?

Saya rasa, anda cukup mampu mengarahkan dan memberi petunjuk pada kawan-kawan yang tersesat dan
perlu dikasihani. Saya tidak perlu berlama-lama memberi bimbingan kata kepada anda. Saya yakin anda
sendiri tentu telah mempunyai banyak bahan untuk melakukan penyelamatan.

Sekiranya segala usaha penyelamatan yang dilakukan kepada mereka tidak membawa hasil. Ya
cukuplah....... anda perlu menukar sasaran. lakukan penyelamatan kepada mereka yang belum terkena. Cegah
mereka dari serangan penyakit menular itu. Pada umumnya, penyakit seperti itu mudah menyerang wanita-
wanita lalai dan gadis yang menginjak dewasa. Bimbinglah mereka agar tidak tersesat jalan.

Apa yang anda lakukan adalah secara bertahap. Saya tidak mengharapkan anda mengajak para wanita
Islam melakukan perubahan yang drastik, sekali nasihat terus berubah menjadi muslimah sejati. Segalanya
hendaklah dengan wajar, perlahan dan mencapai sasaran.

Biasanya, adalah mustahil dengan memberi sekali kefahaman kemudian dapat mengubah haluan3.
Kembalikanlah dia kepada kebaikan selangkah demi selangkah, sebagaimana dia sebelumnya sedikit demi
sedikit menuju kepada kejahatan.
_______________________________________________________________________________

2 Ketika aku sedang berjalan di kota Brussel (Belgium), berhampiran dengan tempat lintasan pejalan kaki,
aku melihat seorang nenek tua dengan susahnya menyeberangi jalan itu. Dengan tubuh yang mulai
membongkok dan badan yang gementar, dia berusaha sendiri menyeberangi jalanraya yang banyak
kenderaan. Dia menyeberang tanpa seorangpun merasa perlu membantunya. Orang-orang disekitarnya
tidak mengendahkannya, seolah-olah apa-apapun yang terjadi terhadap nenek tua itu ditanggung sendiri
risikonya. Aku berjalan dalam bangunan. Aku berkata kepada kawan-kawan aku: "Mari kita bantu dia".
Salah seorang anggota rombonganku adalah Dr. Nadim Dhibyan, dia telah menetap di Brussel lebih dari
PUTERA PUTERIKU

Kamu semua sedikit demi sedikit memendekkan pakaian, di kaki dan di tangan. Kamu juga menipiskan
kain tudung. Dan prosesnya berjalan perlahan-perlahan selama berabad-abad. Sebaliknya, kaum lelaki tidak
melihat dan merasakan perubahan itu seperti apabila kita perhatikan jam dinding, kita dapat lihat jarum
pendek seolah-olah tidak bergerak. Tetapi apabila anda datang setelah dua jam anda akan melihat jarum
itu bergerak. Begitu juga peralihan dari masa kanak-kanak menjadi remaja dan usia muda kepada tua,
seolah-olah tidak boleh diikuti dengan indera. Demikanlah juga berubahnya satu umat manusia, dari satu
keadaan kepada keadaan lain yang berlaku secara berperingkat.

Majalah dan suratkhabar perosak akhlak terus beredar dan semakin meluas. Para penganjur kerosakan
moral bersorak gembira kerana berjaya meraih kemenangan besar dalam pertandingan. Kini, kita telah
sampai pada batas yang tidak lagi diredhai islam.

Jika anda membaca sejarah, anda tidak akan menemui keadaan seperti ini. Bahkan kaum majusi pun
tidak mengenali kebebasan yang sedemikian itu. Binatang yang tidak mempunyai akal pun, tidak sehina
manusia masa kini.

Dua ayam jantan akan bersabung mempertaruhkan nyawa untuk berebut ayam betina demi menjaga
kehormatannya. Tetapi manusia, dengan dalih kebebasan mengorbankan harga dirinya. Dijual dengan harga
yang murah tubuh dan kehormatannya.

Kita ambil contoh yang dekat saja, tak perlu melangkah jauh ke negera-negara Barat. Kita pergi ke
pantai dan lihat betapa wanita-wanita muslimah mempertontonkan tubuhnya. Hampir seluruh tubuhnya
diperlihatkan. Kecuali dua bahagian yang tertutup. Malah ada yang lebih berani membuka bahagian atasnya.
Tontonan seperti itu ada di mana-mana. Di negara muslim atau di negara yang majoritinya muslim.

Di tempat pesta atau kelab malam di mana keluarga "moden" datang, menari berganti pasangan, saling
bertukar isteri untuk bergoyangan dan berpelukan, berhimpitan dada, perut dan menggenggam tangan.
Tidak ada perasaan malu dan memberi harga kepada diri mereka sendiri. Di sekolah atau universiti,
terdapat juga pergaulan bebas. Para puteri membuka sebahagian aurat tanpa pencegahan ibubapanya.
Contoh-contoh seperti yang aku sebutkan itu hanyalah sebahagian dari fenomena yang berlaku. Banyak lagi
peristiwa-peristiwa yang beraneka ragam yang pasti anda juga melihatnya. Semua itu tak mungkin diubah
sekelip mata. Maka kita memerlukan cara khusus dan proses waktu untuk menghilangkannya. Jalan yang
tepat yang perlu ditempuhi adalah kembali kepada hak dan kebenaran dengan melalui jalan yang boleh
membawa kepada kebaikan. Jalan tersebut memang memakan masa yang lama dan lambat. Tetapi itulah
satu-satunya jalan yang mesti dilalui.

Usaha awal kita ialah membanteras pergaulan bebas dan pembukaan aurat. Bagi wanita yang bergaul
bebas tetapi masih memakai tudung dan menutup aurat, penggarapannya lebih mudah. Mereka yang
bertudung diusahakan agar tudung dan pakaian muslimah yang dipakainya tidak diniatkan untuk
meningkatkan kecantikan dan menggoda lelaki.
_______________________________________________________________________________

empat puluh tahun. Dr. Nadim berkata: "Tahukah anda siapa wanita tua itu? Dia ketika muda, adalah
wanita tercantik di negeri ini, amat terkenal dan setiap penampilannya mengundang perhatian orang.
Ramai lelaki yang tergila-gila kepadanya. cukup terkenal dan cantik, sehingga ada lelaki tidak merasa
sayang untuk mengeluarkan wang yang banyak walaupun sekadar melihat muka dan gayanya dalam
pertunjukan atau untuk menjamah tubuhnya. Tetapi sekarang, sesudah usia mudanya berlalu dan
kecantikannya menjadi layu, lelaki terasa geli tubuhnya untuk mengangkat, menolong dan
menyeberangkannya di jalan sesak itu.
PUTERA PUTERIKU

Perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai pergaulan bebas adalah: Seorang wanita menerima tetamu
lelaki di rumahnya. Manakala ditempat umum, berjabat tangan dengan lelaki yang bukan muhrimnya.
Bersama-sama pergi atau pulang dari sekolah (kuliah, berbual secara bebas, berkumpul dengan dalih
belajar bersama). Semua itu tergolong dalam pergaulan bebas. Dan ini merupakan sumber malapetaka
kehancuran akhlak.
Cara pergaulan seperti itu dianggapnya biasa. Dia lupa bahawa Allah menciptakannya sebagai wanita dan
yang lain ialah lelaki. Masing-masing mempunyai kecenderungan dan daya tarikan. Tidak ada satu makhluk di
muka bumi ini yang dapat mengubah ciptaan Allah atau membuat persamaan di antara keduanya ataupun
menghilangkan kecenderungan (hasrat) dari pihak masing-masing.

Wanita-wanita menganjurkan persamaan hak dan pergaulan bebas, menuntut persamaan di atas dasar
kemajuan dan tuntutan zaman adalah pembohong besar. Mereka sebenarnya hanya mencari kepuasan nafsu
sahaja. Mereka beranggapan, bahawa kaum lelaki lebih mendapat kenikmatan daripada wanita. Kerana itu
mereka berusaha untuk merasakan kenikmatan itu.

Mereka tidak berani untuk menyatakan secara terang-terangan. Mereka sembunyikan hasrat itu dan
yang ditonjolkan ialah isu "tuntutan zaman", "seni dan budaya", "kehidupan kampus", "alam mahasiswa atau
pelajar", "semangat kesukanan". Mereka gembar-gemburkan perkara ini seperti suara beduk kosong yang
tidak membawa sebarang pengertian.

Hak yang mereka tuntut adalah batil. Mereka menjadikan Amerika dan Eropah sebagai kiblat dan
pemimpin kemajuan. Apa-apapun yang datang dari sana maka itu adalah baik dan tepat. Eropah mengirimkan
tarian, diterima! Mengirimkan model pakaian telanjang, ditiru! Percampuran bebas di kampus,
mempertontonkan paha dan dada di kolam renang dan tepi pantai dipandang wajar. Sebaliknya, yang datang
dari timur dipandang jelik dan batil, walaupun itu adalah pancaran dari suara masjid, bimbingan dan
tuntunan agama, kehormatan dan harga diri, kebersihan dan kemuliaan jiwa, hati dan jasmani serta
penutupan aurat sebagai pelindung dan harga peribadi muslimah.

Kita sebagai orang timur menerima mentah-mentah apa yang datang dari barat. Tapi sebahagian orang
barat menolak "produknya" sendiri. Masyarakat Eropah dan Amerika, sebahagiannya menolak pergaulan
bebas. Mereka sangat menjaga pergaulan anak-anaknya. Di Paris, kebanyakan orang tua melarang puterinya
keluar bersama pemuda untuk ke pawagam misalnya. Ada juga yang muak jika menonton filem lucah. Di
Amerika, ramai orang tua yang memilih sekolah khusus untuk puteri untuk anak-anak gadisnya. Mereka
takut untuk menyekolahkan anak mereka di sekolah yang bercampur dengan pemuda. Mereka juga mengawal
jika puteri-puterinya pergi berenang.

_______________________________________________________________________________
3 Malam gelap gelita dan siang terang benderang. Allah tidak merubah gelap menjadi terang dalam masa
yang singkat, tetapi dengan perlahan-Iahan siang masuk ke malam tanpa manusia merasakan
perubahannya.
PUTERA PUTERIKU

APAKAH PERGAULAN BEBAS DAPAT MEMBENDUNG GELOJAK NAFSU SYAHWAT?

Mereka menjawab: "Boleh! Pergaulan bebas boleh mengurangkan atau memadam api nafsu yang
membara, boleh mendidik untuk berlaku sopan dan berbudi pekerti "mulia" dan boleh mengurangkan gelojak
dorongan nafsu.

Jawapan itu aku kembalikan kepada mereka yang telah mempraktikkannya. Kita tanyalah kepada pelajar
sekolah yang bercampur dan sekolah yang berasingan di antara kedua-dua jantina ini.

Rusia, negara yang tidak mengenali agama dan tidak pernah mendengar nasihat-nasihat ulama, paderi
atau pendeta kini mengubah haluan setelah melihat kesan negatif dari pergaulan bebas.

Amerika, negara yang dijadikan kiblat kemajuan, telah dipeningkan oleh ramainya siswi-siswi hamil yang
jumlahnya terus meningkat. Lalu, di manakah buktinya yang nyata jika pergaulan bebas akan memberikan
jawapan seperti di atas? Dan siapa yang selesa melihat kesulitan seperti di Amerika itu terjadi di negara
kita?

Apa yang aku tulis ini bukanlah ditujukan kepada pemuda. Para pemuda pasti menolak dan mengambil
mudah pendapatku ini. Kerana aku mengharamkan apa yang menurut mereka enak dan lazat. Aku hanya
berbicara kepada engkau wahai puteri-puteriku yang suci, mulia dan terhormat. Kerana engkaulah yang
bakal menerima akibat, engkau yang bakal menjadi korban kepada pengikut-pengikut iblis. Janganlah
engkau mudah menerima pandangan orang-orang yang berdalih dengan "Persamaan dan Kebebasan",
"Kemajuan dan Modenisasi", "Kebudayaan dan Kesenian", "Kehidupan Kampus", "Alam Pelajar dan
Mahasiswa". Orang-orang seperti itu kebanyakannya tidak mempunyai isteri atau anak. Mereka hanya akan
menjilat dan mengemam kelazatanmu untuk seketika, kemudian berlalu pergi meninggalkan engkau.

Aku, adalah ayah kepada beberapa orang puteri. Aku menulis pesanan ini adalah untuk membela
kepentinganmu, ini bererti aku juga membela kepentingan puteriku sendiri. Aku menghendaki yang baik
kepada kamu, sebagaimana aku menghendaki yang baik pula kepada anak-anakku. Mereka, para pemuda
pengikut iblis, tidak akan berfikir sedikitpun akan nasibmu yang hilang kehormatan dan harga diri. Mereka
tidak akan menyesali akan perbuatannya yang telah membawa engkau kepada kehinaan dan nama baikmu
yang telah ternoda. Apabila itu terjadi pada dirimu, apakah terbukti segala ungkapan manis itu? Pasti tidak
seorangpun akan datang membantumu. Mereka akan datang, jika engkau masih boleh dinikmati. Tapi
sekiranya engkau sakit atau kecantikanmu menjadi pudar, mereka akan pergi seperti perginya kerumunan
anjing yang kehabisan daging bangkai.

Wahai Puteriku,

Itulah nasihatku yang hak dan benar,


mudah-mudahan engkau mahu mendengar. Jangan engkau dengar ungkapan yang lain,
yang mengajak kepada kelalaian.
Hanya di tanganmu wahai puteriku, bukan di tangan kami kaum lelaki. Hanya di tanganmu sahaja
kunci pintu kebaikan. Sekiranya engkau mahu memperbaiki dirimu, maka pasti seluruh umat akan
menjadi baik.
PUTERA PUTERIKU
KEPADA PUTERAKU

Tulisan di bawah ini adalah jawapan kepada surat seorang pemuda bernama MA, berasal dari Ismailiyah,
Mesir. Dia meminta agar aku menjawab suratnya dan menyebarkannya di media massa. Surat itu aku terima
pada tahun 1955 dan pada tahun yang sama aku jawab dan aku sebarkan.

Puteraku,
Kenapa engkau menulis surat itu dengan perasaan ragu dan main-main? Apakah engkau mengira hanya
engkau saja yang mempunyai perasaan seperti itu.

Puteraku, getaran dan godaan perasaan yang disebabkan oleh membaranya nafsu syahwat bukan engkau
saja yang merasakannya. Perkara itu adalah penyakit umum para remaja. Tenangkan hatimu, keluhan itu
bukan hanya engkau saja yang merasakannya.

Puteraku, usiamu yang baru menjangkau tujuh belas tahun, tetapi seringkali engkau tidak dapat tidur
kerana godaan seksual. Sebenarnya godaan seperti itu turut dirasakan oleh orang-orang lain, muda
mahupun tua.

Orang yang kurang merasakan nikmatnya tidur adalah seperti murid yang mengabaikan pelajaran,
seorang yang melalaikan pekerjaan atau perniagaannya. Syair dan pantun yang ditulis oleh para sasterawan,
ungkapan hati para penulis terkenal dengan pujuk rayu dan kemesraan. Semuanya adalah serupa dengan
godaan nafsu seperti yang engkau alami sekarang.

Engkau ungkapkan dengan terbuka, lalu orang lain tahu dengan harapan agar mereka tidak mudah
tertipu, sementara mereka menutupinya seperti bungkusan coklat yang ditutup dengan rapi dan indah.
Engkau teguk air dari sumbernya terus ke mulutmu. Sedangkan yang lain minum dengan gelas terukir emas.
Air di dalam gelas Abu Nawas yang pernah dimiliki oleh Kaisar Parsi, serupa dengan air dari mata air yang
engkau minum.

Nafsu syahwat (seksual) yang engkau huraikan dalam suratmu itu adalah sama dengan nafsu syahwat
yang dihuraikan dengan cumbuan para penyair atau gambargambar para pelukis atau suara merdu penyanyi.

Engkau sampaikan masalahmu dengan hati terbuka, sedang orang lain berusaha menyembunyikan isi
hatinya. Ketahuilah puteraku, penyakit yang paling berbahaya adalah yang tersembunyi.

Gejala yang timbul terhadap seorang seusiamu iaitu: Nafsu yang mulanya tenang, timbul dan bergelora.
Perasaan menjadi tegang, dunia terasa berubah, manusia kelihatan berbeza, tidak lagi kelihatan wanita
dalam keadaan sebenarnya, iaitu manusia yang tercipta daripada daging dan darah, yang mempunyai
kelebihan dan kekurangan. Baginya, wanita adalah segalanya, tumpuan harapan dan cita-citanya. Wanita
dipuja-puja, dijadikan makhluk idaman, tanpa sedikitpun ada kekurangan atau kelemahan. Indah…..
menarik….. menawan….. sempurna….. seperti indahnya patung buatan pengukir terkenal.

Patung bagi seorang penyembah berhala adalah Tuhan, sedangkan wanita bagi pemuda yang dalam mabuk
cinta adalah berhala khayalan.

Memang, kejadian seperti itu wajar dan dapat diterima akal. Tetapi yang menjadi tidak wajar dan tidak
masuk akal ialah jika seorang remaja yang berusia lima belas tahun sudah dilanda gelojak seperti itu
padahal anak seusia itu masih perlu belajar dan bersekolah sehingga………ya, kira-kira dua puluh lima tahun.
Lalu, apakah yang patut dilakukannya selama lebih kurang sepuluh tahun itu? Di mana pada masa-masa itu
PUTERA PUTERIKU
gelojak seksual datang bertubi-tubi, membara dan membakarnya? Adakah ini satu cabaran!

Sekiranya kita kembali dan berpegang pada sunnatullah dan tabiat nafsu, ubatnya ialah…… berkahwin!!!

Peraturan dan budaya masyarakat atau bimbingan ilmu pengetahuan memberi 3 pilihan kepada kita
sebagai jalan keluarnya. Ketiga-tiganya buruk, kecuali yang keempat, iaitu jalan yang diberikan Allah,
iaitu…. berkahwin !!!

Ketiga-tiga alternatif tersebut adalah:

Pertama : Menuruti fitrah dan bayangan impian nafsu syahwat. Selalu mengisi fikiran dengan gambar-
gambar lucah, sama ada menerusi filem, cerita kotor, gambar dan potret perempuan telanjang. Apa yang
dikhayalkan, dilihat, dibaca dan didengar ialah wanita yang tidak senonoh. Kesemua itu dapat dilihat setiap
waktu. Bangun tidur kelihatan di dinding kamar, membaca buku pelajaran, terpamer di meja, pendek kata
disetiap kegiatan, sama ada di alam sedar ataupun mimpi.
Cara untuk melupakan dengan jalan seperti ini bukan sahaja tidak berjaya, tetapi justeru akan
membayangi dan mengganggu fikiran, sehingga akan merosakkan saraf dan mengakibatkan gila atau putus
asa.

Kedua : Melakukan masturbasi (istimnaa). Kebiasaan buruk ini merupakan yang paling ringan dari
alternatif yang ketiga. Cara masturbasi ini apabila dilakukan berlebih-lebihan akan mengganggu
keseimbangan jiwa, timbul perasaan sedih, tubuh lemah, mudah sakit, kelihatan tua sebelum waktunya,
murung, muka pucat, menyendiri,
menjauhkan diri dari pergaulan masyarakat, malu bertemu orang, takut risiko hidup, menghindari setiap
tanggungjawab. Sesungguhnya dia mati sebelum mati.

Ketiga : Menimba dari sumur dosa dan merasakan kelazatan dari yang haram, meniti jalan sesat,
menjadi pelanggan rumah-rumah pelacuran, merosakkan kesihatan, meruntuhkan kepemudaannya dan
agamanya, merobek-robek baju agamanya sekadar untuk ditukar dengan kenikmatan yang sebentar sahaja
dirasakan.
Apabila anda terus hidup dalam dunia penzinaan, sehingga menyebabkan anda diberhentikan sekolah
atau anda kehilangan pekerjaan dan jawatan, kehilangan ilmu pengetahuan yang anda cita-citakan, maka ini
bererti anda tidak lagi mempunyai daya kemampuan, kekuatan dan kegairahan untuk bekerja secara bebas.

Puteraku, jangan engkau kira bahawa sekali berzina kemudian engkau akan berhenti, puas dan kenyang.
Tidak! Sekali engkau berhubungan dengan wanita, engkau akan lebih bernafsu terhadap wanita-wanita yang
lain. Sama seperti halnya meminum air masin, bertambah banyak diminum bertambah haus dirasakan.
Setelah ramai pelacur yang engkau gauli, sepuluh, seratus, seribu pelacur engkau tiduri, lalu engkau
menemui satu yang menolak, pasti engkau akan berusaha dengan apa-apa carapun untuk mendapatkannya.

Andaikata engkau mampu membayar harga wanita, walau berapapun harganya, kerana harta dan
kekuasaanmu, apakah tubuhmu mampu melakukannya? Apakah kesihatan dan kekuatan tubuhmu yang
mempunyai batasan itu akan mampu menuruti nafsu syahwat yang buas dan besar?

Kita pernah mengenali jaguh-jaguh sukan berkaliber dunia, atlit olahraga, penggusti, pemain bolasepak
atau lain-lain lagi. Tetapi, oleh kerana mereka menuruti dorongan nafsu syahwat, akhirnya turunlah
prestasinya.

Suatu keajaiban dan hikmah kebijaksanaan Allah ialah memberi ganjaran bagi mereka yang beramal
PUTERA PUTERIKU
soleh dan berakhlak mulia iaitu diberikan kesihatan dan kesegaran tubuh. Sebaliknya, Allah memberi
hukuman bagi mereka yang melakukan perbuatan rendah dan kotor berupa kelemahan tubuh dan penyakit. 4

Kita dapat melihat, betapa ramai orang-orang yang usianya baru sekitar tiga puluhan, tetapi oleh kerana
mereka banyak melakukan perbuatan-perbuatan yang membawa kerugian pada dirinya, kelihatan fizikal dan
wajahnya seolah-olah berusia enam puluh tahun.

Ada pepatah dari barat: "Barangsiapa memelihara usia mudanya, maka ia akan terpelihara pada usia
tuanya"

Apabila manusia dibiarkan hidup sesuai dengan fitrahnya tanpa digoda dan dirangsang oleh filem lucah,
gambar wanita telanjang dan pelacuran. Pasti nafsu syahwatnya akan dapat dibatasi, misalnya sekali dua
sahaja sebulan.

Menurut penyelidikan, bahawa haiwan (sama seperti manusia) semakin tinggi tahap kemajuannya,
semakin berkurang nafsu bersetubuhnya dan semakin lama pula masa kehamilannya.

Binatang seperti ayam, bersetubuh setiap hari, kerana masa bertelumya juga setiap hari. Tetapi kucing
(dari jenis haiwan menyusu) bersetubuh beberapa kali saja dalam setahun, kerana bilangan kehamilannya
hanya sekali atau dua kaIi dalam setahun. Biasanya, musim kucing hamil pada bulan Februari.

Manusia lebih tinggi dan maju daripada kucing, tetapi kenapa manusia bersetubuh terus menerus tanpa
musim? Setahun penuh tanpa mengenal batasan waktu. Persoalannya kenapa? Sebabnya ialah manusia
menghadapi godaan dan rayuan yang selalu mengganggu. Malapetaka bagi manusia ini memang sengaja
dibuat oleh mereka iaitu pengikut-pengikut iblis dengan pelbagai cara. Para wanita diperhiaskan, disuruhnya
untuk memakai pakaian yang terdedah dan separuh bogel. Bercampur dan bergaul bebas di atas nama
kemajuan, kemodenan dan akhirnya melakukan seks bebas.

Mereka menangani dan menguruskan kaum wanita serupa seperti pedagang kambing. Kambing-kambing
dipelihara dan diberi makanan terpilih supaya gemuk, dengan tujuan disembelih.

Para penganjur pergaulan bebas menyebarkan idea-idea lucah dengan penampilan yang sama sekali tidak
sopan dan biadap. Mereka berjaya memasuki sekolah dengan model berpakaian separuh telanjang iaitu
ketika siswa-siswi bersukan atau bersenam. Berpakaian dengan berseluar pendek dan berbaju ketat.

Selain itu memberi contoh menerusi para pelancong yang begitu berani melepaskan pakaian di pantai-
pantai.

Mereka telah berusaha sejak sekian lama, berjalan dengan perlahan, lancar, penuh kesabaran dan
sistematik. Akhimya pesanan-pesanan iblis disambut dan dilaksanakan.

Liberalisasi seks menerusi video sudah sampai ke tahap mengkhuatirkan dan terlepas daripada kawalan.
Justeru benar-benar merupakan ancaman serius kepada kehidupan pelajar dan remaja.
_______________________________________________________________________________

4 Allah S.W.T memberi pengajaran dengan mengirim peringatan-peringatan, agar kita dapat mengambil
hikmahnya. Disebar-Nya penyakit berbahaya seperti yang kita lihat sekarang ini. Sehinggalah para
penyelidik menjadi bingung untuk mengatasi permasalahan AIDS. Penyakit ini dihidapi oleh mereka yang
terlibat dengan pelacuran atau homoseksual. Nanti, suatu ketika jika doktor sudah menemui ubat untuk
PUTERA PUTERIKU

Apabila Qosim Amir, iaitu tokoh penganjuran pergaulan bebas bangkit dari kuburnya, pasti akan
kehairanan melihat segala perubahan ini. Dia benar-benar kaget seperti orang yang disambar petir. Sebab
yang dikehendakinya bukanlah kebebasan seperti sekarang ini.

Puteraku, aku berani menyatakan dengan pasti kepadamu, bahawa masalah seks pada hakikatnya adalah
masalah yang lebih ringan dan lebih mudah dari apa yang engkau gambarkan.

Masalah seks yang engkau bicarakan dan besar-besarkan, sebenarnya lebih kecil dari yang engkau
bayangkan. Malah apa yang engkau bicarakan dan engkau bahaskan itu adalah lebih besar dari
kenyataannya. Engkau sifatkan ia lebih luas dalam nafsu manusia daripada perbuatannya. Memang perkara
itu merupakan seni, sama seperti pantun, cerita, fotografi dan nyanyian.

Sesuatu yang mempercantikkan kaum wanita, memperindahkan cinta, meninggikan khayalan dan impian,
mendorong para pemuda ke arah gambaran yang berlipat ganda dari perasaan yang sebenamya. Memang,
dorongan syahwat boleh membutakan penglihatan dan menulikan pendengaran.

Apabila kita renungkan masalah syahwat ini dengan fikiran yang tenang, dengan akal yang sihat dan
bukan dengan dorongan emosi dan nafsu syahwat itu sendiri, tentu pandangan kita tidak akan jauh
terkeliru.

Rayuan tidak akan mampu dan berjaya tanpa ajakan dan dorongan kawan yang jahat. Dia akan menuntun,
menunjukkan jalan, memandu kenderaan, kemudian membukakan pintunya sehingga engkau berada di tempat
terkutuk.

Wahai puteraku………… semua itu adalah penyakit. Tetapi apakah ubatnya? Ubat mujarab yang dapat
menyembuhkannya ialah kembali kepada sunnah Allah dan ketetapan-ketetapan ajaran-Nya.

Allah tidak akan melarang atau mengharamkan sesuatu, kecuali digantinya dengan yang lebih baik.
Allah mengharamkan riba, tetapi digantinya dengan perniagaan. Allah mengharamkan zina, digantinya
dengan pernikahan dan perkahwinan.
Jadi, ubat penyembuh dari penyakit itu ialah berkahwin!
Inilah cara yang halal dan satu-satunya jalan menuju kebaikan.

Saya menyarankan, agar organisasi sosial kemasyarakatan Islam atau apa-apa lembaga pun yang
menguruskan umat Islam agar membentuk usaha baru yang berkaitan dengan masalah perkahwinan. Wadah
itu bertanggungjawab menganjur, mengajak dan memberi kemudahan kepada para pemuda untuk berkahwin.

Puteraku............ apabila engkau tidak mampu untuk


bernikah (kerana alasan-alasan tertentu) dan engkau sukar mengelakkan diri dari perbuatan kotor, maka
tingkatkan jiwa, akal, hati dan jasmani supaya lebih dekat lagi kepada Allah. Lebih tekun beribadah,
menyibukkan diri dengan pekerjaan atau keterampilan, bersukan, muzik atau perkara-perkara yang lain.

_________________________________________________________________________________
penyembuhan penyakit itu, Allah akan mengirim penyakit yang baru, peringatan demi peringatan
disampaikan kepada manusia. Sehinggalah kepada bencana yang terakhir, di mana manusia tidak lagi dapat
menolak dan mencegahnya, iaitu Hari Kiamat. Di mana ketika itu, api neraka menyala, membakar setiap
orang kufur dan berdosa.
PUTERA PUTERIKU
Resepi yang kedua ini bersifat altematif, tetapi cukup ampuh, kuat dan bermanfaat sebagai pertahanan
sementara.

Manusia pasti suka dan cinta pada dirinya. Kalau dia menghadap cermin, melihat tubuhnya yang kelihatan
seperti atlit, tentunya tidak mudah untuk dikorbankan hanya kerana kerlingan mata wanita.

Puteraku, sekiranya kita mendengar pandangan para perosak atau orang-orang yang lengah dan lalai,
mereka mengatakan bahawa untuk memulihkan keruntuhan moral di dalam masyarakat ialah dengan
membiasakan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan.
Dengan cara itu keganasan nafsu syahwat dapat dilemahkan dan dipadamkan. Pelacuran secara sembunyi
dapat dihapuskan dan dibuat tempat rasmi untuk pelacur yang diawasi. Ketahuilah sesungguhnya, alasan-
alasan itu adalah kebodohan yang besar.

Malah negara-negara bukan Islam yang telah mempraktikkan teori seperti itu, ternyata hasilnya ialah
keruntuhan moral dan rangsangan nafsu syahwat menjadi semakin meluas.5

Apabila penempatan pelacur diwartakan secara rasmi maka akibatnya jumlah pelacur yang disediakan
hendaklah sesuai dengan keperluan pemudanya, tempatnya perlu diperbesarkan agar dapat menampung
pertemuan mereka.

Sebagai contoh, di kota yang berpenduduk dua setengah juta orang, di mana jumlah pemudanya
mencapai dua ratus ribu, maka paling tidak diperlukan lebih dari sepuluh ribu wanita yang bersedia
dilacurkan.

Untuk menjaga "keadilan", apabila lelaki dibolehkan mendatangi tempat pelacuran tanpa memerlukan
perkahwinan, maka bagaimanakah nasib para puterinya?

Apakah untuk mereka juga perlu disediakan tempat-tempat mencari kepuasan seks yang penghuninya
ialah lelaki?

Omongan kosong puteraku.


Demi Allah, semua itu kebohongan besar.
Mereka tidak berbicara berdasar petunjuk akal.
Mereka berbicara dengan watak dan fitrah hawa nafsu.

_______________________________________________________________________________
5 Negara-negara Skandinauia memberi kebebasan penuh kepada rakyatnya untuk melakukan pergaulan
seks secara terbuka. Mereka diberi kebebasan menghamburkan nafsu syahwat tanpa peraturan.
Pertanyaannya sekarang: "Apakah dengan cara itu mereka dapat hidup bahagia?" Mereka merupakan
pemecah rekod dalam kes bunuh diri, penyakit saraf, narkotik dan ubat-ubat terlarang dan apaapa
sahaja yang mendorong mereka untuk lari dari tanggungjawab kehidupan. Pornografi telah melampaui
batas-batas yang dapat diterima oleh masyarakat. Tindakan biadap terhadap wanita sudah mencapai
puncaknya, sehingga memuakkan rakyat. Kaset-kaset video dijual seperti kacang goreng, tersebar di
mana-mana. Filem lucah yang melampui batas sudah menjadi pemandangan biasa di televisyen.
Masyarakat di sana sendiri sebenarnya ramai yang tidak setuju. Penonton televisyen ramai yang protes.
Tetapi rupanya pemerintah belum mahu mengerti, tetap memberi ruang dan merestui.
PUTERA PUTERIKU
Mereka tidak menghendaki pemulihan akhlak, moral dan budi pekerti.
Mereka tidak menghendaki kemajuan kaum wanita.
Mereka tidak menginginkan meningkatnya jiwa kesukanan dan tersebamya olahraga.
Mereka juga tidak mengharapkan kebaikan kehidupan kampus, suasana kemahasiswaan dan pelajar.
Jika mereka itu berkata apa yang dilakukannya adalah untuk semua seperti di atas, semua itu
sebenamya hanyalah slogan kosong saja.

Mereka mempunyai wawasan, setiap masa bersiap sedia dengan slogan-slogan baru untuk menjayakan
programprogramnya dengan mengelabui masyarakat.

Puteraku, mereka menghendaki agar puteri-puteri dan adik-adikmu keluar rumah untuk dilihat auratnya,
dinikmati oleh yang halal atau yang haram, boleh diajak keluar bersama untuk menemani ke mana saja dan
apa acarapun, boleh menghiburkannya dengan menari atau di tempat tidur.

Ramai orang tua tertipu. Mereka rela menerima pengorbanan puteri-puterinya hanya sekadar untuk
mendapat gelaran moden.

Apakah yang akan berlaku jika semua itu menjadi kenyataan wahai puteraku? Na'uzu billaahi minzaalik.

Puteraku, jangan engkau ragu untuk menulis surat kepadaku apabila engkau anggap jawapan suratmu ini
kurang memuaskanmu.

Engkau jangan merasa malu jika memiliki nafsu syahwat yang membara. .Itu adalah sebagai pemberian
Allah kepadamu. Dan perkara itu pula sebagai petanda bahawa engkau mempunyai kekuatan tubuh dan
keperkasaan sebagai pemuda.

Puteraku, kesimpulan dari nasihatku ialah engkau patut segera berkahwin. Hanya itulah ubat yang paling
ampuh. Apabila engkau belum mampu, engkau mesti menjaga diri dan takut pada larangan Allah. Engkau
hendaklah tekun beribadah, menuntut ilmu, menyibukkan diri dengan berbagai kegiatan sama ada kesenian,
kesukanan, organisasi atau lain-lain lagi.

Itulah jalan keluar dan ubat yang mengandungi


kenikmatan.

Puteraku, membahaskan pertanyaanmu akan sangat panjang. Hanya inilah sekadar untuk memenuhi
waktu, memanfaatkan kesempatan dalam memberi jawapan.

Jika engkau masih belum puas, Insya-Allah pada penerbitan buku yang lain akan aku huraikan dengan
lebih mendalam.

***********

You might also like