You are on page 1of 23

SOLAT

TAKRIF SOLAT

Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud

beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri

dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu.

DALIL SOLAT

Firman Allah swt:

"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah

dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)


SYARAT WAJIB SOLAT

1. Islam

2. Baligh

3. Berakal

SYARAT SAH SOLAT

1. Suci badan dari dua hadas.

2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.

3. Menutup aurat.

4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)

5. Yakin masuk waktu solat.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

1. Keluar/kedatangan hadas.

2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau tertawa.

3. Makan/minum walau sedikit.

4. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat).

5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).

6. Terkena najis yang tidak dimaafkan.

7. Beralih arah dari qiblat dengan sengaja.

8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.

9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.

10. Meninggalkan rukun solat.


WAKTU-WAKTU SOLAT FARDHU

Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti

berikut:

• Solat Subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit

matahari. Masa yang diperuntukkan kira-kira 2 jam.

• Solat Zuhur - bermula selepas matahari mulai condong daripada

puncaknya sehingga bayang melebihi separuh panjangnya.

• Solat Asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah

matahari terbenam.

• Solat Maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang

mega merah di ufuk barat.

• Solat Isya' - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan

berterusan sehingga terbit fajar pada hari keesokannya.

PERBUATAN SUNAT SEBELUM SOLAT

1. Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentu

untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat

fardu.

2. Iqamah.

3. Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.


WAKTU-WAKTU YANG DIMAKRUHKAN SOLAT TANPA SEBAB

1. Selepas solat subuh sehingga naik matahari.

2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah.

3. Ketika matahari di tengah-tengah langit.

4. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam.

5. Ketika masuk matahari.

RUKUN SOLAT

Rukun solat ada 13:

1. Niat.

2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama).

3. Berdiri bagi yang mampu.

4. Membaca surah Al-fatihah.

5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).

6. Iktidal dengan tama'ninah.

7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.

8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.

9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.

10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.

11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir.


12. Membaca salam

13. Tertib.

Huraian rukun solat:

1. Niat: niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah

dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat

takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Umpamanya, untuk

solat Zuhur, maka seseorang itu akan bertakbiratul-ihram dan lalu hatinya

berkata:

Sahaja aku solat Fardhu Zuhur, empat rakaat, tunai, kerana Allah Taala

2. Takbiratul-Ihram, iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat.

Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain.

Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada

empat belas harakat (tujuh alif), dan pergerakan tangannya tidak melebihi

tiga kali pergerakan, kerana semua ini akan menjejaskan kesahihan dan

kesempurnaan solat.

3. Berdiri bagi orang yang berkuasa. Sekiranya seseorang itu berdiri tetapi

condong ke hadapan, ke belakang, ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat

dinamakan sebagai berdiri maka hukum solat itu tidak sah. Sekiranya tidak
mampu berdiri maka bolehlah dilakukan solat secara duduk, baring

mengiring, menelentang atau secara mana yang termampu. Untuk solat

sunat dibolehkan sembahyang secara duduk, namun tidak digalakkan.

4. Membaca al-Fatihah: pada tiap-tiap rakaat dengan memelihara segala

makhraj dan tajwid fatihah. Mazhab Syafi'e mewajibkan rukun al-Fatihah

untuk makmum dalam solat berjemaah.

5. Rukuk, berserta tama'ninah. Sekurang-kurangnya rukuk ialah

membongkokkan belakangnya sampai dua tangan di atas dua kepala lutut,

disertai dengan tama'ninah iaitu berhenti sebentar sekadar lama bacaan

Subhanallah, dan anggota-anggota berat kemudian berhenti. Doa tasbih

ketika rukuk ialah:


ِ‫ُسبْحَانَ َرّبيَ العَظِي ِم َوبِحَ ْم ِده‬
Maksudnya: Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan
sifat kepujiannya.

Anda boleh juga


membacanya lebih dari 3
Kali dengan kiraan ganjil
contohnya 5X, 7X, 9X,
11X ataupun sekali dan
sebagainya.

Kedudukan tangan bagi muslimat


ketika melakukan rukuk, siku
dirapatkan kebadan.

6. Iktidal: Ertinya berdiri tegak semula selepas rukuk, berserta tama'ninah.

Doa tasbih ketika iktidal ialah:

ُ‫سَمِعَ الُ ِلمَنْ َحمِ َده‬


Maksudnya: Allah mendengar orang yang memujinya.

Kemudian disambung pula dengan bacaan:

ُ‫حمْد‬
َ ْ‫ك ال‬
َ َ‫َرّبنَا ل‬
.Ertinya : Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji
7. Sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud, dan dahi itu mestilah

tidak berlapik dengan sesuatu. Sekiranya terpaksa seperti dahi dibalut

kerana luka dan sebagainya, maka tidaklah wajib dibuka. Dahi yang berlapik

dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab adalah tidak sah solatnya.

Anggota sujud ada 7: Dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua perut jari

kaki .

Doa ketika sujud ialah:

ِ‫ُسبْحَانَ َربّ َي الَعْلى َوبِحَ ْم ِده‬


Ertinya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat
kepujiannya.

8. Duduk di antara dua sujud berserta tama'ninah. Mengangkat kepala dan

badan untuk duduk di antara dua sujud ini mestilah mengandungi tujuan.

Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengangkat dari sujud kerana tujuan lain,

umpamanya mengelakkan daripada binatang, maka hendaklah ia kembali

sujud semula. Duduk antara dua sujud merupakan rukun pendek maka tidak

wajar dilama-lamakan. Doa tasbih ketika sujud ialah:


‫ف عَنّي‬
ُ ْ‫ب اغْفِرْلِي وَارْحَ ْمنِي وِا ْجبُ ْرنِي وَارَْف ْعنِي وِارْزُ ْقنِي وَاهْ ِدنِي َوعَافِنِي وَاع‬
ّ َ‫ر‬
Maksudnya: Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah
aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah
aku dan maafkanlah aku.

9. Tahiyyat/Tasyahud akhir. Membaca tahiyyat akhir juga hendaklah

dipelihara segala bacaan di dalamnya. Bacaan tahiyyat akhir adalah seperti

berikut:

,ُ‫سلَ ُم عََليْ كَ َأيّهَا النّبِيّ وَرَحْ َمةُ الِ َوبَرَكَاتُ ه‬


ّ ‫ ال‬,ِ‫ت ال صَّلوَاتُ ال ّطّيبَا تُ ِل‬
ُ ‫حيّا تُ ا ُلبَارَكَا‬
ِ ّ‫الت‬

َ‫حمّدًا رّ سُول‬
َ ُ‫ َوأَ ْشهَدُ أَ ْن م‬,ُ‫ َأشْهَدُ أَ نْ لَ إِلَ هَ إِلّ ال‬,َ‫ل ُم عََليْنَا وعَلَى ِعبَادِ الِ ال صّالِحِي‬
َ ّ‫ال س‬

,َ‫ كَمَا صَّلْيتَ عَلَى ِإبْرَاهِي َم َوعَلَى آلِ ِإبْرَاهِي م‬,ٍ‫ الّلهُمّ صَ ّل عَلَى مُحَمّ ٍد َوعَلَى آ ِل ُمحَمّد‬,ِ‫ال‬

‫ فِي‬,َ‫ِيمم َوعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمم‬


َ ‫ْتم عَلَى ِإبْرَاه‬
َ ‫ كَمَا بَارَك‬,ٍ‫حمّد‬
َ ُ‫ِكم عَلَى ُمحَمّ ٍد َوعَلَى آ ِل م‬
ْ ‫َوبَار‬

.ٌ‫العَلَ ِميَ ِإنّكَ حَمِي ٌد مّجِيد‬


Maksudnya: Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan
bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan
keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan
kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku
mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku
bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat
dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan
keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan
kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah
Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati
Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji
lagi Maha Tinggi.
10. Duduk ketika tahiyyat akhir.

11. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekurang-kurangnya; "Allahumma-

solli 'ala Muhammad."

12. Salam pertama: Sekurang-kurang salam ialah "Assalamu'alaikum"

bermaksud "salam sejahtera ke atas kamu."

13. Tertib. Tertib ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan

mengkemudiankan yang kemudian. Solat yang tertinggal ketertiban rukun-

rukunnya dikira tidak sah.


SUNAT HAI'AH DAN AB'ADH

Perkara-perkara sunat semasa solat ada dua:

1. Sunat Hai'ah

2. Sunat Ab'adh

Sunat Hai'ah

1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan

ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan

ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)


2. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan

meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.

3. Membaca doa tawujud/iftitah. Doa iftitah ialah:

َ‫الُ أَ ْكبَرُ َكبِيا وَالَمْدُ ِلِ َكِثيْرًا وَ ُسبْحَانَ الِ ُبكْ َرةً َوأَ صِيلً وِ ّجهْ تُ َو ْجهِ يَ لِلّذِي َفطَر‬

ِ ‫ي َومَمَاتِي‬
َ ‫حيَا‬
ْ َ‫سكِي ِوم‬
ُ ُ‫لتِي َون‬
َ‫ص‬َ ّ‫سلِمًا َومَا َأنَا مِنَ الُشْرِكِيَ إِن‬
ْ ُ‫السّ َموَاتِ وَالَرْضَ َحنِيفًا م‬

.َ‫ت َوَأنَا مِ َن الُسْلِمِي‬


ُ ْ‫ لَ شَرِيكَ لَهُ َوبِذَلِكَ ُأمِر‬.َ‫ب العَلَ ِمي‬
ّ َ‫لِ ر‬
Maksudnya: Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi
Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam.
Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku
cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari
golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya
pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku
menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku
adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

4. Membaca A'uzubillah
5. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat (jahar) pada masa-

masa yang ditentukan.

6. Membaca amin selepas fatihah

7. Membaca surah al-Quran di rakaat pertama dan kedua selepas bacaan al-

Fatihah

8. Membaca tasbih ketika rukuk

9. Membaca tasbih ketika sujud

10. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk

11. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari

kesemuanya

12. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri
13. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir

14. Salam yang kedua

Sunat Ab'adh

1. Tahiyyat awal. Doa tahiyyat awal ialah:


,ُ‫سلَ ُم عََليْ كَ َأيّهَا النّبِيّ وَرَحْ َمةُ الِ َوبَرَكَاتُ ه‬
ّ ‫ ال‬,ِ‫ت ال صَّلوَاتُ ال ّطّيبَا تُ ِل‬
ُ ‫حيّا تُ ا ُلبَارَكَا‬
ِ ّ‫الت‬

َ‫حمّدًا رّ سُول‬
َ ُ‫ َوأَ ْشهَدُ أَ ْن م‬,ُ‫ َأشْهَدُ أَ نْ لَ إِلَ هَ إِلّ ال‬,َ‫ل ُم عََليْنَا وعَلَى ِعبَادِ الِ ال صّالِحِي‬
َ ّ‫ال س‬

.ٍ‫ الّلهُمّ صَ ّل عَلَى مُحَمّد‬,ِ‫ال‬


Maksudnya: Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan
bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan
keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan
kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku
mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku
bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat
dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad.

2. Selawat didalam Tahiyat awal

3. Duduk Tahiyat

4. Doa qunut waktu subuh dan pada solat witir. Doa qunut ialah:

"Ya Allah, tunjukkanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau tunjukkan.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpinkan. Berkatlah
hendaknya untuk apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku. Jauhkan aku
dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya
Engkau sajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa
menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina
orang yang memperoleh pimpinanMu. Dan tidak mulia orang yang Engkau
musuhi, telah memberi berkat Engkau, oh Tuhan, dan Maha Tinggi Engkau.
Maka hanya untuk Engkau tetapkan. Aku minta ampun dan bertaubat kepada
Engkau. Dirahmati Allah jugalah kiranya Muhammad, Nabi yang buta-huruf,
dan keluarganya dan sahabat-sahabatnya, dan diberiNya kesejahteraan."

5. Selawat di dalam qunut

6. Berdiri semasa qunut

7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyyat akhir.

Sekiranya tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi; manakala

tertinggal sunat hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi.

SUJUD SAHWI

Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa

sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua

kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan

untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan

hukumnya adalah sunat.

Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:


Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan

kerana ragu-ragu.

1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan

Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan

sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.

2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan

Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka

ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal

dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah

perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia

teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk

dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.

3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu

Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih

atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat

ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:

 Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau

lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat
ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan

mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan

sujud sahwi setelah salam.

 Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong

pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus

mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu

jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut,

lalu sujud sahwi sebelum salam.

Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

• Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak

sengaja, dan ia teringat ketika belum sampai pada rukun yang sama di

rakaat berikutnya, maka ia wajib segera kembali kepada rukun yang

tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia teringat

dan sedang pula berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat

berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dan ia perlulah

meneruskan solat seolah-olahnya di rakaat yang sebelum itu. Pada kedua-

dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau

sebelumnya.

• Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka perlu pula melakukan

salam sekali lagi.


• Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh

secara sengaja, maka batallah solatnya.

 Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak

dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya

dan tidak perlu sujud sahwi.

 Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun

berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun

tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.

 Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka

sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk

melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.

• Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas

memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu

timbul dalam masa yang tidak begitu lama.

• Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah

imam memberi salam.


SOLAT SUNAT

Perlaksanaan solat-solat sunat amat digalakkan selain dari solat-solat fardhu.

Terdapat 16 jenis solat sunat:

1. Sunat Rawatib - solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat rawatib

ada dua jenis: Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum

solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2

rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2

rakaat sebelum solat Isya'; dan Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang

dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat

sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah

solat Isya'.

2. Sunat Dhuha - solat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar

satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-

banyaknya 12 rakaat (enam salam).


3. Sunat Witir - solat selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan

solat sunat tarawih. Bilangan rakaatnya ialah 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat.

4. Sunat Tahajjud - solat pada lewat tengah malam selepas bangun dari tidur.

5. Sunat Tasbih - solat yang mengandungi 300 tasbih, dan dianjurkan

sekurang-kurangnya dikerjakan sekali seumur hidup. Solat tasbih ada empat

rakaat, dengan satu salam jika dikerjakan pada siang hari, dan dengan dua

salam jika dikerjakan pada malam hari. Cara mengerjakan solat tasbih ialah

dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali

tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama,

10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan

10 tasbih ketika duduk sebelum qiam di rakaat pertama dan ketiga (atau 10

tasbih selepas tahiyyat awal di rakaat kedua, dan selepas tahiyyat akhir di

rakaat terakhir sebelum salam.) Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.

6. Sunat Hajat - solat untuk memohon hajat atau ketika berada dalam

kesulitan.

7. Sunat Tahiyyatul Masjid - solat ketika memasuki masjid.

8. Sunat Taubat - solat untuk memohon keampunan setelah menginsafi

perbuatan mungkar.

9. Sunat Musafir - solat sebelum keluar untuk bermusafir.

10. Sunat Hari Raya - solat pada hari raya Aidilfitri dan AidilAdha, dan

mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada

rakat kedua.

11. Sunat Tarawih - solat selepas solat Isyak pada bulan Ramadan.
12. Sunat Istikharah - solat untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita

menghadapi dua pilihan, atau ragu dalam mengambil keputusan. Sebaiknya

dikerjakan pada 2/3 malam terakhir.

13. Sunat Mutlaq - solat sunat tanpa sebab dan tidak ditentukan waktunya,

juga tidak dibatasi jumlah rakaatnya.

14. Sunat Wuduk - solat selepas mengerjakan wuduk.

15. Sunat Khusuf (Gerhana) - solat sunat sewaktu terjadi gerhana bulan atau

matahari.

16. Sunat Istisqa' (Minta Hujan) - solat sunat yang dikerjakan untuk memohon

hujan. Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan

berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal

soleh. Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan

pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa

wangi-wangian untuk solat istisqa’. Solat ini juga diiringi dengan dua

khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar

9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali.


Disediakan oleh ;
NURUL HUDA BINTI HAJI MD SALEH
IPGM KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR, BANGI
j-QAF 2009 (Bahasa Arab)

You might also like