You are on page 1of 36

HALAMAN JUDUL

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI)


SAINS POLITIK
DASAR-DASAR LUAR NEGARA MALAYSIA

JABATAN KAJIAN SOSIAL


INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN,
22200 BESUT, TERENGGANU
i

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : SITI KHATIJAH BINTI ARIS

Tarikh :

Tandatangan :

Nama Penulis :

Tarikh :
ii
PENGHARGAAN

Assalamu’alaikum wbt
Syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya kami, Siti
Khatijah binti Aris dan Anonymous dapat menyempurnakan kerja kursus Sains
Politik ini pada waktu yang ditetapkan.

Pertama sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada


pensyarah subjek Sains Politik kami iaitu Encik Sulizi bin Che Awang yang telah
banyak membantu serta memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada kami dalam
proses kami melaksanakan tugasan ini. Tanpa bimbingan daripada beliau,
mustahil kami dapat menyelesaikan setiap proses dalam tugasan ini dengan
sempurna.

Di samping itu, kami mahu mengambil kesempatan in untuk memberi


penghargaan kami kepada ibu bapa kami yang telah memberi bantuan sama ada
daripada segi kewangan, dan sokongan moral kepada kami. Mereka berperanan
sebagai pembakar semangat kami dan mungkin tanpa bantuan daripada
mereka, kami tidak dapat menghasilkan kerja kursus yang baik.

Selain itu, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang
telah bersama-sama membantu kami dari awal kerja kursus ini dimulakan,
hinggalah akhirnya kami selesai menyiapkannya. Kami saling bertukar pendapat
antara rakan sekelas serta memberi idea untuk menghasilkan kerja yang lebih
baik dan menyelesaikan kerja ini dengan lebih efektif.

iii
Akhir kata, sekali lagi kami ingin menghadiahkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu
kami sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kerja
kursus ini. Jika tiada bantuan daripada semua pihak, mustahil kami dapat
menyiapkan kerja kursus ini.

Sekian, terima kasih.


ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
SENARAI KANDUNGAN iv

1.0 PENDAHULUAN 1

2.0 DASAR LUAR MALAYSIA


2.1 Definisi Dasar Luar Malaysia 2

2.2 Objektif-objektif Utama Dasar Luar Malaysia 3


2.3 Prinsip Dasar Luar Malaysia 4
2.4 Faktor-faktor penting dalam Pembentukan Dasar Luar 5
Malaysia
2.5 Dasar Luar Malaysia sejak Merdeka Hingga Kini 10
2.6 Penglibatan Malaysia 17
2.6.1 Bidang Politik 21
2.6.2 Bidang Ekonomi dan Sosial 23
2.6.3 Isu Alam Sekitar 26
3.0 REFLEKSI 28

BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
PENDAHULUAN

Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Luar Negara? Dasar luar


Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Negara juga
boleh diibaratkan sebagai seorang manusia. Oleh itu, sesebuah negara perlulah
menjaga keselamatannya. Kita semua ingin menjalankan tugas rutin harian
tanpa diganggu atau diancam oleh pihak-pihak tertentu. Begitu juga sesebuah
negara perlu mengekalkan kedaulatannya serta menjamin keselamatannya
daripada serangan musuh.

Hal ini lebih diutamakan bagi sesebuah negara yang kecil seperti
Malaysia. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan
daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk
mempertahankan kepentingan bersama. Keperluan asas negara yang berikutnya
ialah mencari sumber pendapatan. Berdasarkan hal ini, sesebuah negara
perlulah menjamin kepentingan ekonomi perdagangan yang menjadi punca
pendapatannya.

Negara-negara yang bergantung kepada perdagangan tentu akan


memelihara hubungan yang baik dengan negara-negara lain bagi memasarkan
barangannya atau bagi mendapatkan bahan mentah yang diperlukannya. Oleh
itu, sekiranya kita ingin memahami dasar luar sesebuah negara, kita mesti
mengetahui keperluan asas negara itu dari segi keselamatan ekonomi dan
politik. Di samping itu pula, kita mesti mengetahui tentang latar belakang sejarah
dan kebudayaan masyarakat tersebut.

1
DEFINISI DASAR LUAR NEGARA

Dasar luar dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan


yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan
sesebuah negara yang lain dalam pengertian yang terhad, dasar luar negara
hanya mementingkan aspek tindakan yang diambil oleh sesebuah negara bagi
mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar bidang kuasanya. Bagi
menjaga kepentingan, keamanan dan keselamatan sesebuah negara, hubungan
di antara sebuah negara dengan sesebuah negara yang lain adalah perlu dan
penting. Hal ini demikian kerana kebanyakan negara bergantung antara satu
sama lain dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, teknologi dan
keselamatan. Negara maju perlu mengadakan hubungan dengan negara
membangun khususnya dalam bidang perdagangan.

2
OBJEKTIF-OBJEKTIF UTAMA DASAR LUAR MALAYSIA

Objektif asas dan utama Dasar Luar Malaysia adalah bertujuan untuk
melindungi kepentingan nasional di arena antarabangsa sekaligus di pentas
dunia. Menurut pernyataan mantan Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Syed Hamid
Albar, antara objektif-objektif paling utama dasar luar negara Malaysia adalah
menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan-kepentingan Malaysia
di peringkat global. Selain itu, dasar ini turut menjaga dan mempertahankan
kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia seterusnya
mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah
wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah
dalaman negara lain. Tambahan lagi, objektif seterusnya adalah untuk
menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial
di pentas dunia. Dasar ini juga dapat memupuk hubungan baik serta dapat
mengeratkan kerjasama dengan negar-negara lain. Selain itu, pendirian serta
kepentingan negara-negara membangun dapat dipertahankan di peringkat
antarabangsa.

3
PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA

Salah satu prinsip Malaysia ialah ′menyelesaikan masalah menerusi


rundingan'. Malaysia mengamalkan prinsip pendekatan berbaik-baik dengan
negara-negara lain di samping bersedia menjalinkan hubungan diplomatik
dengan mana-mana negara yang sudi bekerjasama dengan negara. Malaysia
memilih untuk menyelesaikan masalah antara negara lain melalui perundingan
atau meja bulat dan menolak sekeras kerasnya pendebataan apatah lagi secara
kekerasan dan paksaan.

Seterusnya, Malaysia mengamalkan prinsip hidup bersama secara aman


dan harmoni. Malaysia sentiasa memperjuangkan hak untuk setiap negara
supaya menyelesaikan masalah dalamannya tanpa campur tangan dari pihak
luar. Di samping itu, Malaysia yakin bahawa setiap rakyat di setiap negara tahu
apa yang terbaik untuk negara mereka dan lebih memahami apa yang
diperlukan. Oleh itu, Malaysia menyokong secara tidak langsung perjuangan-
perjuangan Pertubuhan Pembebasan Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik
Kampuchea dan pejuang-pejuang Mujahidin Afghanistan.

4
FAKTOR-FAKTOR PERTIMBANGAN DALAM PEMBENTUKAN
DASAR LUAR MALAYSIA

Faktor pertama yang dipertimbangkan dalam penentuan dasar luar


Malaysia ialah kepentingan nasional, iaitu keselamatan dan kesejahteraan
ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Sebagai sebuah negara kecil yang
terdapat pelbagai kuasa besar dan pengaruh, Malaysia sentiasa berhati-hati
dengan hubungan luarnya. Dari segi keselamatan, Malaysia seboleh-bolehnya
mahu mengelakkan sebarang jenis ancaman mahupun serangan dari negara-
negara luar terutamanya negara yang mempunyai kuasa veto.

Bagi memastikan keadaan ini terjamin, Malaysia sentiasa menjaga


haluan dasar luarnya supaya tidak berteraskan kekerasan. Malaysia merupakan
negara yang kaya dengan sumber pertanian dan galian. Oleh itu, dari aspek
ekonomi, Malaysia bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Hal ini
adalah kerana ekonomi Malaysia berorientasikan eksport. Malaysia sentiasa
berusaha memperluaskan pasaran hasil eksportnya serta meningkatkan
pelaburan modal asing ke dalam ekonomi negara.

Malaysia memerlukan perluasan pasaran yang menyeluruh di perigkat


antarabangsa. Oleh itu, Malaysia sentiasa mengharapkan rakan perdagangan di
seluruh dunia untuk memasarkan keluaran bahan-bahan mentah dan barangan
pembuatan. Malaysia dapat meningkatkan hasil eksportnya dan menjadi salah
sebuah destinasi pelabuhan yang utama di dunia jika usaha itu memperoleh
kejayaan. Justeru itu, Malaysia memerlukan banyak negara sahabat di kalangan
pelbagai negara di seluruh dunia dan mengadakan hubungan yang erat dengan
semua negara termasuk negara-negara komunis seperti Soviet Union, China dan
negara-negara Eropah Timur serta turut memperjuangkan prinsip perdagangan
bebas dan pasaran terbuka.
5
Faktor seterusnya ialah berdasarkan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu. Malaysia telah menjadi ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) sejak kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Malaysia
merupakan penyokong utama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang
merupakan pelindung negara-negara kecil dan mundur serta penggalak
keamanan dan keharmonian dunia.

Di samping itu, Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Piagam


PBB seperti memelihara keamanan dunia, melindungi hak asasi manusia,
menegakkan keadilan dan kewibawaan undang-undang, serta menggalakkan
perkembangan ekonomi dan sosial (INTAN, 1991). Malaysia turut menganggotai
agensi-agensi PBB yang lain seperti United Nations Educational, Scientific and
Cultural Organization (UNESCO) dan United Nation Conference on Trade and
Development (UNCTAD) bagi merealisasikan hasrat dunia untuk aman dan
harmoni. Malaysia juga turut berperanan dan membantu PBB dalam menjamin
keamanan dunia dengan menghantar unit perkhidmatannya.

Malaysia turut terlibat dalam pasukan pengaman PBB di Somalia, Bosnia,


Congo dan Kemboja. Malaysia juga pernah memainkan peranannya dengan
menduduki sebuah kerusi dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB).

Persekitaran geostrategik turut menyumbang kepada pembentukan dasar


luar Malaysia. Seperti yang kita tahu, Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara
yang telah mengalami masalah ketidakstabilan politik sejak Perang Dunia
Kedua. Sementara itu, kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat
bergantung kepada kejadian-kejadian yang berlaku Asia Tenggara. Malaysia
yang terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Lautan Hindi dan
Lautan Pasifik merupakan sebuah wilayah yang penting sejak beribu tahun
dahulu.
6
Kebanyakan perdagangan di antara Timur Jauh dan Timur Tengah seta
India menggunakan perairan Selat Melaka sebagai laluan utama. Kedudukan
strategik ini berjaya menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menguatkan
pengaruh masing-masing di rantau Asia Tenggara. Berdasarkan kedudukan ini,
Malaysia telah berpegang teguh dengan pendirian yang bebas dan berkecuali
sebagai keutamaan dalam menggubal dasar luarnya dan berusaha untuk
menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai sebuah kawasan yang aman dan
terhindar dari sebarang pengaruh luar.

Sebagai sebuah negara yang pernah dijajah, Malaysia sedar akan


keadaannya yang sensitif terutamanya dalam konteks antarabangsa pada hari
ini. Keadaan diburukkan lagi dengan ketidakstabilan politik dengan kehadiran
kuasa komunisme di Indo China dan juga masalah seperti pelarian Kemboja dan
Vietnam. Malaysia seperti negar-negara jiran yang lain bimbang jika isu ini
berterusan kerana bimbang kedaulatan negara masing-masing akan terancam.

Oleh yang demikian, Malaysia mengutamakan hubungan yang positif


dengan negara-negara Asia Tenggara. Malaysia juga berhasrat menjadikan Asia
Tenggara satu kawasan yang aman, bebas dan berkecuali.

Islam merupakan agama persekutuan Malaysia. Kekukuhan dan kekuatan


Islam dalam kehidupan masyarakat negara ini menjadikannya sebagai salah
satu elemen paling utama dalam Perlembagaan Persekutuan. Berikutan dengan
itu, Islam turut menjadi pencetus dalam pembentukan dasar luar Malaysia. Bagi
mencapai maksud ini, Malaysia berperanan aktif dalam pertubuhan kerjasama
antarabangsa Malaysia amat menitikberatkan hubungan yang baik dengan
negara-negara Islam.

7
Antara penglibatan yang mengukuhkan lagi faktor ini ialah dengan
penyertaan Malaysia sebagai negara perintis kepada penubuhan Pertubuhan
Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Malaysia turut diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah dan pengerusi
pertubuhan ini. Malaysia turut terlibat secara langsung dalam Persidangan
Negara-negara Berkecuali (NAM). Di samping itu, Malaysia turut serta dalam
menyokong projek-projek tertentu seperti Bank Pembangunan Islam.

Sebagai salah satu daripada bekas negara jajahan British, Malaysia


menjadi anggota negara-negara Komanwel. Malaysia turut menjaga hubungan
dengan Britain dan kerajaan-kerajaan Komanwel yang lain seperti Australia dan
New Zealand.

Seterusnya, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan dasar


berkecuali iaitu ingin mengadakan hubungan rapat dengan semua negara yang
mengamalkan dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideologi mereka.
Malaysia mengamalkan dasar ini sejak tahun 1970 lagi.

Faktor prinsip hidup bersama yang diamalkan Malaysia turut menjadi


penentu dalam pembentukan dasar luar Malaysia. Malaysia berpegang teguh
kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai. Malaysia berpendirian
bahawa rakyat sesebuah negara perlulah menentukan nasib mereka sendiri.
Malaysia juga berpendapat bahawa negara-negara luar sesekali tidak boleh
mencampuri hal ehwal sesebuah negara yang lain. Oleh yang demikian,
Malaysia adalah antara penyokong kuat perjuangan Pertubuhan Pembebasan
Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kemboja (Kampuchea) dan Pejuang-
pejuang Mujahidin Afghanistan.

8
Faktor seterusnya ialah struktur demografik. Malaysia mengamalkan
dasar luar yang mementingkan prinsip-prinsip perpaduan antara manusia
dengan prinsip menghormati hak asasi manusia. Hal ini seiring dengan suasana
Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum. Oleh itu, sejak dari
dahulu lagi Malaysia menentang dasar perbezaan warna kulit, iaitu dasar
apartheid seperti yang pernah berlaku di Afrika Selatan semasa negara itu
berada di bawah penjajahan British. Selain itu, Malaysia berpendapat dasar itu
bertentangan dengan hak asasi manusia dan amalan perpaduan kaum yang
sedia ada di negara ini.

9
DASAR LUAR MALAYSIA SEMENJAK MERDEKA HINGGA KINI

Jangka masa 1957-1969 (Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman)


1. Dasar Pro Barat

Tahap di mana Tanah Melayu baru sahaja memperoleh kemerdekaan


daripada British. Dasar luar Malaysia pada tahap ini memperlihatkan dasar pro-
Barat yang antikomunis serta dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan
Komanwel. Dasar luar ini dilancarkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra
disebabkan faktor politik, ekonomi dan sosial. Masalah utama yang dihadapi oleh
Tanah Melayu pada ketika itu ialah bagaimana Tanah Melayu mampu menggubal
satu dasar luar yang benar-benar merdeka, terutama sekali dalam soal
keselamatan negara (Johan Saravanamuttu, 1983:262).

Tanah Melayu pada masa itu seperti bayi yang baru belajar berjalan
kerana Tanah Melayu negara yang baru memperoleh kemerdekaan amat
mengharapkan bantuan, kerjasama dan hubungan yang erat dengan Britain.
Pada waktu itu, Tanah Melayu hanya menjalinkan hubungan persahabatan
dengan negara-negara Komanwel. Britain dianggap seperti "bapa” yang harus
dihormati. Hal ini kerana kesemua negara yang membentuk Komanwel terdiri
daripada negara bekas jajahan British. Kebanyakan negara-negara ini mendapat
kemerdekaan dengan "restu " kerajaan Britain. Justeru itu, hubungan erat
dengan Britain perlu dijaga dalam kalangan negara-negara Komanwel.
Berdasarkan hal ini, Tanah Melayu akhirnya memilih dasar luar yang pro-Barat.

Dalam soal keselamatan pertahanan negara, melalui satu perjanjian


pertahanan yang ditandatangani pada tahun 1957, Tanah Melayu meletakkan
tanggungjawab pertahanan kepada Britain. Perjanjian ini dikenali sebagai
Perjanjian Anglo-Malaya (AMDA) dan memberi jaminan kepada Tanah Melayu

10
bahawa jika ada berlaku ancaman atau pencerobohan dari luar, kerajaan Britain
akan memberi bantuan ketenteraan. Syarat-syarat lain dalam perjanjian ini
termasuklah jikalau wilayah masing-masing terancam atau berlaku permusuhan
yang melibatkan kedua-dua pihak di mana-mana negara di dunia, maka kedua-
dua haruslah saling berunding.

Tindakan Tanah Melayu menandatangani Perjanjian AMDA antara sebab


lainnya adalah didorong oleh bentenb pertahanan yang tidak kuat. Pada ketika
itu, Tanah Melayu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dan
tidak mempunya angkatan tentera laut dan udara. Tanah Melayu tidak mungkin
dapat menghadapi serangan dan ancaman dari pihak luar. Tambahan lagi pada
waktu itu, pergolakan politik serantau terutamanya di Indo-China amat
membimbangkan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman merasakan fahaman
komunis di Asia Tenggara merupakan ancaman yang sangat bahaya kepada
keselamatan Tanah Melayu. Demi tulang belakang keselamatan Tanah Melayu
dari segi pertahanan, perjanjian AMDA telah ditandatangani.

Namun begitu, perjanjian AMDA tidak mendapat sokongan padu dari


semua pihak. Ada di antara ahli-ahli UMNO, parti-parti pembangkang, pemimpin
kesatuan sekerja dan tokoh-tokoh awam membantah keputusan kerajaan
menandatangani perjanjian ini. Contohnya, Tajuddin Ali, seorang ahli UMNO
mengecam perjanjian AMDA sebagai 'menjejaskan kemerdekaan Tanah Melayu’'
(Dalton, 1967:66-9). Pemuda UMNO Johor mendakwa bahawa perjanjian AMDA
secara tidak langsung melibatkan Tanah Melayu ke dalam SEATO (Southeast
Asia Treaty Organisation) yang dianjurkan oleh kuasa-kuasa barat. Bagi
membincangkan pembabitan Tanah Melayu dalam perjanjian ini, UMNO Kedah
menyeru supaya diadakan satu mesyuarat tergempar.

11
Namun, Tunku Abdul Rahman tidak melayan dan menolak segala
bantahan dan kecaman ini. Tunku akhirnya berjaya memperoleh sokongan
sebulat suara dalam persidangan Majlis Undangan Persekutuan berhubung
dengan perjanjian AMDA dan menegaskan bahawa perjanjian AMDA sangat
diperlukan. Menurut Tunku,
.......let us face the facts, and the facts are that we have at our command
and army of less than one division in strength; we have no air force, not even a
single plane or a single man, we have no navy, not even a single sailor and we
have not even a single sea-going craft. With the revenue at our command we
can never be able to build our forces to the strength which we would require for
the defence our country.

Dari segi hubungan luar, dasar luar sepanjang tahap 1957-1963


memperlihatkan Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan
negara-negara barat yang mempunyai sistem pemerintahan dan ideologi yang
sealiran dengannya. Tunku yang bertanggungjawab dalam mengemudikan dasar
luar negara ketika itu memang dikenali dengan sifat beliau yang sangat anti
komunis. Tunku tidak mahu mengadakan sebarang hubungan dengan Russia
atau negara China dan beliau juga tidak bersedia untuk bertolak ansur dengan
pihak komunis.

Manakala hubungan luar Tanah Melayu hanya dihadkan dalam kalangan


negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan bukan komunis seperti
Amerika Syarikat, Britain, Australia, Thailand dan Filipina. Pendirian am Tanah
Melayu yang bercorak antikomunis juga amat ketara di bawah pimpinan Tunku.
Tunku telah mengisytiharkan pendirian Tanah Melayu yang tidak berkecuali
dalam soal-soal Perang Dingin atau perbalahan di antara pihak Timur dan Barat.
Pada tahun 1958, dalam satu sidang parlimen, Tunku telah menegaskan bahawa

12
“There is no question whatsoever of our adopting a neutral policy while
Malaya is at war with the communists. Only when we are certain that people
here have become truly Malayan-minded and have set their minds on making
Malaya their only home can the government declare our policy of neutrality…let
me tell you that there are no such things as local communists. Communism is an
international organisation which aims for world domination, not by aggression if
they can avoid it, but by the use of tactics and methods among the sons of the
country to overthrow democracy and to set up in its place a government after the
pattern of all communist countries” (Johan Saravanamutthu, 1983:26)

Di samping soal keselamatan negara, dasar luar yang pro-Barat ini juga
didorong oleh kepentingan ekonomi Tanah Melayu. Tanah Melayu kemudiannya
melibatkan kerjasama-kerjasama yang berasaskan perekonomian bebas.
Perjanjian-perjanjian pelaburan telah ditandatangani dengan negara-negara
Jerman Barat, Amerika Syarikat dan Jepun. Tanah Melayu turut menyokong
usaha-usaha di peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang. Antaranya
adalah seperti mengawal harga barang-barang mentah. Dalam hal ini, sokongan
Malaysia dapat dilihat melalui penyertaan Malaysia dalam Perjanjian
Antarabangsa Bijih Timah, Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Getah
Antarabangsa dan lain-lain.

Jangka Masa 1970-1980 (Era Pentadbiran Tun Abdul Razak dan Tun
Hussien Onn)

Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan pada tahun 1971 iaitu selapas
berlakunya Tragedi 13 Mei 1969 dan tempat beliau telah diambil alih oleh Tun
Abdul Razak.Berlaku sedikit sebanyak perubahan dalam dasar luar Malaysia
berikutan dengan perambilalihan kuasa tersebut. Tun Abdul Razak telah

13
mengetuai proses pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pada tahun
1970 dan sewaktu itu Malaysia telah menghadiri Persidangan Negara-Negara
Berkecuali (NAM) di Lusaka, Zambia di mana Tun Abdul Razak mengisytiharkan
dasar utama Malaysia dalam hubungan antarabangsanya sebagai berkecuali
dan tidak akan sesekali menyebelahi mana-mana blok dalam pertikaian Perang
Dingin. Malaysia yang juga masih lagi berhadapan dengan ancaman komunis
sudah mula lebih terbuka dalam dasarnya terhadap negara-negara komunis.
Pemberontakan komunis yang masih bergerak aktif di Malaysia pada ketika itu
diharap dapat diakhiri dengan jalan perundingan tanpa perlu mengorbankan
nyawa.

Pada tahun 1971, Malaysia telah mengundi negara China untuk diterima
masuk ke dalam PBB dan seterusnya Malaysia mengorak langkah yang lebih
jauh dengan mengadakan hubungan dengan negara-negar komunis. Sekitar
tahun 1972-1973, Malaysia mula mewujudkankan hubungan yang lebih sihat
dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam Utara, Korea Utara
dan Jerman Timur. Pada 1974 pula, Tun Abdul Razak ingin mengasaskan
hubungan diplomatik dengan mengadakan lawatan ke negara China. Selain
daripada hubungan dengan negara-negara Komunis, Malaysia turut mengambil
berat dan mengeratkan hubungan sedia ada dengan negara pro demokrasi yang
lain. Hal ini dapat dilihat semasa era pemerintahan Tun Abdul Razak yang
sentiasa menguatkan lagi kerjasama serantau dan hubungan Malaysia dengan
negara-negara Islam dan Afrika. Malaysia turut berperanan aktif dalam ASEAN,
OIC, NAM dan juga Pertubuhan Negara-Negara Komanwel.

Dasar luar Malaysia telah diteruskan oleh Tun Hussein Onn selepas
kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976 tetapi hanya untuk masa lebih
kurang lima tahun sahaja. Beliau dalam dasar luarnya telah mengeratkan lagi
kerjasama serantau dan hubungan dengan negara-negara Islam serta dengan
negara-negara Dunia Ketiga.
14
Jangka masa 1980-2000 ( Era Tun Dr Mahathir Mohamad)

Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik menjadi Perdana Menteri pada


tanggal 16 Julai 1981 bagi menggantikan Tun Hussien Onn. Dasar luar Malaysia
tidak mengalami perubahan dari segi asas utamanya semasa awal peralihan
pentadbiran tampuk negara ini. Malaysia yang berkecuali mendapat keutamaan
selain pengukuhan hubungan kerjasam serantau, hubungan dengan Negara-
negara Islam, Negara-negara Berkecuali dan Negara-negara Komanwel. Berlaku
penambahan dari sudut penambahan penekanan Malaysia dalam hubungan luar
yang memberi keutamaan atau berteraskan ekonomi berbanding hal-hal politik
dan keselamatan. Wisma Putra disusun semula supaya menjadi kementerian
luar negeri yang berorientasikan ekonomi.

Malaysia mula berperanan aktif dengan serius dalam isu-isu


antarabangsa seperti sekatan-sekatan perdagangan yang dikenakan oleh
negara-negara maju terhadap kemasukan barangan Dunia Ketiga. Tepat pada
masa ini jugalah Tun Dr Mahathir mula muncul dengan memperjuangkan hak-
hak kemanfaatan ekonomi untuk negara Dunia Ketiga dalam forum-forum
antarabangsa.

Tun Dr Mahathir turut memperluas hubungan luar Malaysia dengan


mengadakan hubungan dengan negara-negara kecil Pasifik Selatan seperti Fuji
dan Tonga dalam usaha untuk mempereratkan lagi hubungan ekonomi. Melalui
Rancangan Kerjasama Teknikal atau Malaysian Technical Cooperation
Programme, Malaysia memberi bantuan teknik kepada negara-negara Pasifik
Selatan, Afrika serta Asia Selatan dan juga Asia Barat. Malaysia amat
menitikberatkan kerjasama Selatan-selatan dan hal ini dibuktikan melalui
penganjuran Persidangan Selatan-selatan Kedua di Kuala Lumpur pada 1986.

15
Tun Dr Mahathir berperanan penting dalam penubuhan Suruhanjaya Selatan-
selatan yang ditugaskan untuk memperinci langkah-langkah bagi meningkatkan
kerjasama dalam pelbagai bidang dalam kalangan Dunia Ketiga (Ranjit Singh
Malhi, 1989).

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, Malaysia turut meluaskan dasar


luarnya dengan menyertai Persidangan Alam Sekitar di Rio de Jeneiro pada
tahun 1992 dalam usaha untuk memperjuangkan hak alam sekitar negara-
negara membangun. ASEAN pada masa ini juga telah berkembang lebih besar
dan turut dianggotai oleh lebih banyak negara. Pada masa kini, negara-negara
ASEAN turut dianggotai oleh sepuluh buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia,
Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Myanmar, Laos, Kemboja, Vietnam dan
Brunei Darussalam.

16
PENGLIBATAN MALAYSIA

Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan yang diperjuangkan selama ini,


pada tahun 1957, Malaysia telah bergiat secara aktif dan menyertai beberapa
pertubuhan antarabangsa seperti, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Komanwel dan Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC).

Komanwel
Pertubuhan Komanwel dibentuk pada tahun 1931 dan terdiri daripada negara-
negara yang pernah dijajah oleh Britain dan telah memperoleh kemerdekaan
daripada Britain. Pertubuhan ini terdiri daripada 54 buah negara maju dan juga
negara sedang membangun. Pada tahun 1965, Sekretariat Komanwel telah
ditubuhkan dan beribu pejabat di London.

Objektif-objektif penubuhan Komanwel adalah untuk membina semangat


setiakawan di kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam
pelbagai bidang. Setelah negara mencapai kemerdekaan, negara-negara
Komanwel telah membantu negara dalam mempertahankan negara, memelihara
keamanan dan kedaulatan negara. Misalnya, Komanwel memainkan peranan
dalam bentuk menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya. Perjanjian
pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand
menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-
mana pihak semasa Indonesia melancarkan dasar konfrontasi ke atas Malaysia.
Selain itu, sebagai salah satu negara anggota Komanwel, Malaysia telah
mendapat banyak manfaat antaranya termasuklah kerjasama pertahanan.

Setiap dua tahun, Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau


Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) akan diadakan dalam

17
kalangan negara anggota. Di samping itu, mesyuarat ini menyediakan ruang bagi
pertemuan ketua-ketua kerajaan untuk membincangkan hal-hal kepentingan
bersama. Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 telah
mengisytiharkan Deklarasi Langkawi. Deklarasi Langkawi ialah persetujuan yang
ditandatangani di Langkawi berhubung dengan tanggungjawab negara-negara
Komanwel dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.

Malaysia juga lantang menentang dasar aparteid di Afrika Selatan yang


menyalahgunakan hak asasi manusia. Manakala dari segi perdagangan, eksport
Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang
rendah. Namun demikian, keistimewaan ini telah dihakis selepas Britain menjadi
anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Rancangan Colombo pula
menyediakan bantuan teknikaldan Biasiswa dalam bidang pendidikan, Dalam
bidang sukan pula, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel
secara gilang-gemilangnya pada tahun 1998.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

PBB ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1945, iaitu selepas Perang
Dunia Kedua setelah Liga Bangsa dibubarkan kerana gagal menghalang
berlakunya Perang Dunia Kedua. Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi
berpindah ke New York pada tahun 1946. Pada awalnya, PBB hanya dianggotai
oleh 51 buah negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002 keanggotaannya
meningkat kepada 189 buah negara. Malaysia menjadi ahli PBB pada tahun
1957 setelah negara mengecapi kemerdekaan.

18
Negara-negara yang menganggotai PBB harus akur dengan Piagam PBB
di mana satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip-prinsip asas
hubungan antarabangsa. Terdapat empat matlamat Piagam PBB iaitu yang
pertama, menjamin keamanan dan keselamatan dunia. Kedua, menggalakkan
hubungan berbaik-baik antara negara anggota. Ketiga, bekerjasama dalam
menyelesaikan masalah antarabangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa
mengira bangsa, agama dan warna kulit. Keempat, menjadi pusat bagi
mengharmonikan antara negara-negara anggota.

Malaysia juga memainkan peranan yang penting dalam PBB semasa


membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Sejak tahun 1960, Malaysia
telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk
menamatkan perang saudara di Congo (sekarang dikenali sebagai Zaire). Pada
tahun 1989, Malaysia sekali lagi dipilih untuk mewakili pasukan pengaman PBB
ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai kemerdekaan. Pada tahun
1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq
dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.

Manakala dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu
bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945.
Objektif penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk memberi bantuan kepada
negera-negera ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan
dalam menyusun semula dan memajukan ekonomi negara-negara tersebut.
Kemasukan pelabur-pelabur asing membolehkan Malaysia memperoleh faedah
yang diharap dapat membasmi kemiskinan di luar bandar dan juga menyediakan
peluang pekerjaan. Malaysia menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah

19
Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan
penyelidikan dengan menggunakan bantuan daripada Bank Dunia.

Malaysia juga berpendirian tetap dan menyokong usaha menentang


masalah penyalahgunaan dadah. Satu persidangan antarabangsa diadakan di
Viennna, Austria pada bulan Jun 1987 hasil daripada usul Malaysia. Dalam
persidangan ini, Perdana Menteri Malaysia telah diberikan penghormatan untuk
menjada Yang Dipertua persidangan tersebut.

Malaysia juga berganding bahu dan menyertai beberapa agensi di bawah


PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah
agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Agricultural
Organization (FAO). Malaysia turut menjalankan kerjasama dalam bidang
kesihatan dan perubatan melalui Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health
Organization (WHO). Dalam bidang sains dan teknologi pula, kerjasama telah
dijalinkan melalui Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-bangsa
Bersatu atau United Nation for Educational, Scientific and Cultural Organization
(UNESCO).

Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada
tahun 1965, 1989 dan 1999. Tan Sri Razali Ismail (wakil Malaysia ke PBB) telah
menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau turut dilantik menjadi
wakil khas PBB dalam penyelesaian konflik politik negara Myanmar. Malaysia
berpendirian teguh dalam mendesak PBB bagi menyelesaikan masalah Palestin
melalui penganjuran Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala
Lumpur.

20
BIDANG POLITIK

Pentadbiran Pertubuhan Komanwel di jalankan oleh sebuah badan


secretariat yang dipimpin oleh Setiausaha Agung Komanwel. Malaysia telah
menjadi anggota Komanwel sejak tahun 1957, semenjak itu banyak faedah yang
telah dinikmati oleh Negara kita hasil daripada penyertaan Malaysia dengan
Pertubuhan Komanwel. Antara faedah yang diperolehi ialah dalam bidang
pertahanan, perdagangan dan pendidikan.

Pada tahun yang sama juga Malaysia telah menandatangani Perjanjian


Pertahanan Britian-Malaya. Hasil daripada perjanjian ini Kerajaan Biritian telah
menghantar sekumpulan pasukan tenteranye ke Tanah Melayu bagi mengawasi
ancaman komunis terutama semasa wujudnya masalah diantara Malaysia dan
Indonesia. Iaitu dimana Indonesia telah melancarkan konfrantasi terhadap Tanah
Melayu.

Sewaktu tercetusnya konfrantasi tersebut Malaysia telah mendapat


bantuan ketenteraan daripada negara-negara anggota komanwel yang lain
seperti Britian, Australia, New Zealand dan Fiji. Malah sewaktu darurat malasia
juga mendapat bantuan ketenteraan dari negara-negara Komanwel seperti Fiji
dan Nepal bertujuan menentang pengganas komunis.

Tanggal tahun 1968, kerajaan Britian memutuskan untuk mengundurkan


tenteranya dari timur Suez termasuk di negara Malaysia sendiri. Lanjutan

21
daripada hal ini satu perjanjian baru telah dihasilkan kerana pada ketika itu
Malaysia masih memerlukan bantuan ketenteraan dari segi pertahanan daripada
pihak Britian. Pada tahun 1971 satu perjanjian telah ditandatangani antara
Malaysia, Singapura, Britian, Australia dan New Zealand. Perjanjian ini dikenali
sebagai Perjanjian Pertahanan Lima Kuasa. Hasil daripada perjanjian ini
Britian, Australia dan New Zealand akan memberi bantuan ketenteraan jika
Malaysia dan Singapura diserang oleh kuasa-kuasa besar.

Pada tahun 1970-an Malaysia telah kurang memberi perhatian terhadap


Pertubuhan Komanwel kerana pertubuhan ini dianggap tidak mampu untuk
menyelesaikan masalah antarabangsa. Dato’ Hussein Onn pernah melahirkan
rasa kecewa terhadap keupayaan Pertubuhan ini yang hanya disifatkan sebagai
sebuah pertubuhan yang hanya bersifat sebuah kelab sosial sahaja.

22
BIDANG EKONOMI DAN SOSIAL

Pada tahun 1950, rancangan Colombo telah diwujudkan di Sri Lanka.


Rancangan ini mempunyai beberapa matlamat utama iaitu menyediakan
bantuan kewangan, pendidikan serta latihan teknikal kepada para ahli anggota
pertubuhan Komanwel. Negara Malaysia salah sebuah negara yang menerima
bantuan daripada rancangan Colombo, dimana para-para pelajar Malaysia diberi
bantuan dari segi biasiswa untuk melanjutkan pembelajaran dan latihan teknikal
mereka di negara-negara maju. Terdapat beberapa projek Malaysia yang dibiayai
rancangan ini iaitu :

° Lebuh Raya Timur-Barat


° Beberapa jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak
° Beberapa buah institusi pendidikan di Sabah dan Sarawak

Sebagai pertukaran Malaysia pula menyediakan kemudahan penyelidikan


kepada mana-mana negara anggota Komanwel yang ingin menjalankan tentang
penyelidikan getah, sejarah dan bahasa di bawah satu rancangan yang dikenali
sebagai Program Kerjasama Teknikal Malaysia ( PKTM ).

Perkembangan Komanwel pada tahun 1970-an dan 1980-an


menampakkan beberapa masalah. Dasar dikenakan pada negara Komanwel,
Dasar Perdagangan, memihak kepada negara-negara maju. Hubungan Malaysia
dengan Komanwel (Britain) menjadi renggang sejak 1982 apabila bekas Perdana

23
Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad lantang mengkritik perjalanan
pertubuhan Komanwel itu di samping tindakan ekonomi “ Buy British Last”. 1982-
1984, Malaysia tidak puas hati Komanwel kerana Kanada dan Britain enggan
mengadakan sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan kerana Dasar Aparteid.

Malaysia aktif semula selepas CHOGM di Van couver, Kanada, 1987.


Pada mesyurat ini beberapa ketetapan telah dititik beratkan seperti mengadakan
dasar perlindungan dan mengulangi pendirian bagi mewujudkan system
perdagangan yang lebih adil, berikrar mengukuhkan Perjanjian Am Perdagangan
dan Tarif ( GATT ), dan menyokong Pusingan Uruguay berhubung dengan hal
rundingan pelbagai hala.

Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah bagi sukan yang paling
berprestij iaitu sukan Komanwel 98 atau lebih dikenali sebagi SUKOM 98, telah
berlansung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur melaluai temasya sukan ini
secara tidak lansung berlakunya peningkatan terhadap ekonomi di Malaysia di
mana banyak berlakunya pertukaran mata wang asing pada ketika itu. Melaluai
pengajuran sukan ini Malaysia banyak mendapat bantuan kewangan contonya :

• API Sponsorship sebuah syarikat pemasaran sukan terkemuka dunia


dilantik bagi membantu rancangan pemasaran dan hal penyiaran.
• Syarikat Contech Technologies Sdn Bhd ditugaskan mengatasi masalah
teknologi seni bina sukan. RM 310 juta ringgit berjaya diraih melalui rakan
niaga pemasaran.
• Hak penyiaran diberikan kepada Nine Network Australia, Television New
Zealand, Perbadanan Penyiaran Afrika Selatan, STAR TV dan stesen

24
Astro. Selain itu, Television Twelve Singapore, Perbadanan Penyiaran
Kanada, Sri Langka Rupavahine, dan lain-lain turut membayar untuk
mendapatkan hak penyiaran. Hak penyiaran ini merupakan 25%
daripada keseluruhan pendapatan SUKOM.

• Antara syarikat tempatan yang menjadi penaja ialah Telekom Malaysia,


Syarikat Penerbangan Malaysia, Petronas, dan Bank Bumiputra.
Seterusnya Canon, Pepsi, Nestle, Pro-Specs, Mastercard, Kodak,
Pensonic, Mayban Insurance, DRB Hicom Berhad dan Cycle & Carriage.
Syarikat Siemen turut membekalkan komputer. Swatch membekalkan
peralatan waktu. Syarikat-syarikat ini menyumbang 45% kepada
pendapatan SUKOM.
• Rakan kongsi turut ditubuhkan dengan melibatkan Resort World, Tenaga
Nasional Berhad, Sime Darby dan BP Malaysia.
• Penjualan nombor plat kenderaan dan penjualan wang kertas terhad
menghasilkan 26 % pendapatan SUKOM.
• Jualan kemeja-T, topi, kasut, logo, lencana, dan patung mascot 'Wira'
menjana pendapatan RM5 juta.
• Jualan tiket diuruskan oleh Ticket Express.
• Tempahan hotel sebanyak RM 10 juta. Urusan penginapan antarabangsa
dikendalikan oleh Byrom Consultants Ltd.

Melalui bantuan kewangan ini secara tidak langsung ia juga telah


menyumbang kepada peningkatan ekonomi Malaysia. Selain itu sumber
pendapatan rakyat negara ini turut meningkat. Ia juga membuka peluang
peniagaan kepada rakyat negara ini semasa sukan tersebut berlangsung.

25
ISU ALAM SEKITAR

Pada 1989, Malaysia telah di beri penghormatan untuk menjadi tuan


rumah bagi mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau lebih di kenali
sebagai Mesyuarat CHOGAM. Mesyuarat ini diadakan setiap dua tahun sekali.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan hal-hal kepentingan bersama
dikalangan negara-negara anggota Komanwel.

. Dalam persidangan ini, selain daripada membincangkan isu apartheid,


kemerdekaan Namibia, masalah dadah, kebuluran dan kemiskinan di Afrika,
ekonomi antarabangsa, konflik Asia Barat, konflik Afghanistan dan Kambodia.
Terdapat set isu yang telah menarik pandangan negara dunia ialah tentang isu
alam sekitar. Ekoran daripada kemerosotan dan pencemaran alam sekitar,
Ketua-ketua Negara Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau
tindakan yang merangkumi :

1. Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar


2. Pemgurusan perhutanan dan pertanian di negara-negara maju dan sedang
membangun
3. Pengurangan pencemaran laut
4. Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon

Hasil daripada mesyuarat ini satu deklarasi juga telah diwujudkan iaitu
Deklari Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi masalah
pencemaran. Jelas disini isu alam sekitar amat dititik beratkan ini jelas kelihatan
kerana setiap kali Mesyuarat CHOGM berlansung isu mengenai alam sekitar
sentiasa di bankitkan contohnya : Sidang CHOGM 1991 Harare, Zimbabwe.
Perisytiharan Harare berikrar:
26
# Mempertingkat pembangunan dan menghapuskan negara anggota
# Memperjuang hak asasi manusia dan kesamarataan bagi kaum wanita
# Melindungi alam sekitar
# Melindungi and mengembangkan prinsip-prinsip demokrasi
# Mewujudkan badan kehakiman yang bebas dan adil
# Mempergiat usaha-usaha membanteras pengedaran dadah.

JADUAL MESYUARAT CHOGM

Tahun Tarikh Negara Bandar Pengerusi


1971 14-22 Januari Singapura Singapura Lee Kuan Yew
1973 2-10 Ogos Kanada Ottawa Pierre Trudeau
1975 29 April-6 Mei Jamaika Kingston Michael Manley
1977 8-15 Jun United Kingdom London James Callaghan
1979 1-7 Ogos Zambia Lusaka Kenneth Kaunda
30 September-7
1981 Australia Melbourne Malcolm Fraser
Oktober
1983 23-29 November India New Delhi Indira Gandhi
1985 16-22 Oktober Bahamas Nassau Lynden Pindling
1986 3-5 Ogos United Kingdom London Margaret Thatcher
1987 13-17 Oktober Kanada Vancouver Brian Mulroney
Mahathir bin
1989 18-24 Oktober Malaysia Kuala Lumpur
Mohamad
1991 16-21 Oktober Zimbabwe Harare Robert Mugabe
1993 21-25 Oktober Cyprus Limassol George Vasiliou
1995 10-13 November New Zealand Auckland Jim Bolger
1997 24-27 Oktober United Kingdom Edinburgh Tony Blair
1999 12-14 November Afrika Selatan Durban Thabo Mbeki
2002 2-5 Mac Australia Coolum John Howard
2003 5-8 Disember Nigeria Abuja Olusegun Obasanjo
2005 25-27 November Malta Valletta Lawrence Gonzi
2007 23-25 November Uganda Kampala Yoweri Museveni
Trinidad dan
2009 Akan diumumkan Port of Spain Akan diumumkan
Tobago

27
REFLEKSI

Pertama sekali, Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana kami


dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dalam masa yang telah
ditetapkan iaitu selama dua minggu.

Pelbagai rintangan dan cabaran yang kami hadapi dalam usaha untuk
menyiapkan tugasan ini terutamanya dari segi kekangan masa. Hal ini adalah
kerana terdapat banyak lagi tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar dalam
waktu yang sama. Namun, berkat usaha dan rasa tanggungjawab yang tinggi,
kami berjaya menyelesaikannya dengan baik. Tambahan pula, kami juga sibuk
kerana terlibat dengan sambutan Hari Kemerdekaan. Masa yang ada terpaksa
kami korbankan demi cinta kami seluruh jiwa dan raga kepada tanah tumpahnya
darahku.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, pelbagai benda baru dapat kami


pelajari terutamanya berkenaan. Kami membuat rujukan dari pelbagai sumber
dalam usaha untuk mencari maklumat yang tepat dan bermutu. Artikel dari
majalah dan internet serta buku rujukan di perpustakaan menjadi bahan utama
dalam penghasilan tugasan kami. Kami amat menitikberatkan kualiti sumber
rujukan termasuklah kredibiliti pengarang bagi memastikan maklumat yang
disiarkan adalah benar-benar terbukti keberkesanannya.

28
Sebagai konklusinya, dapatlah disimpulkan bahawa, tugasan ini memberi
kesan mendalam kepada kami terutamanya dalam menerapkan unsur-unsur
patriotisme dalam diri kami sebagai anak pasca merdeka.

Sekian, terima kasih.

29
BIBLIOGRAFI

Asrar Omar dan Zulhilmi Paidi (2003), Hubungan Luar Antarabangsa, PTS

Publications.

K.K Leong (2001), Pengajian Am (Kenegaraan Malaysia), Federal

Publications Sdn Bhd.

K.Ramanathan (2002), Asas Sains Politik (Edisi Kedua), Penerbit Fajar Bakti

Sdn Bhd.

Mahdi Shuid & Mohd Fauzi Yunus (2002), Pengajian Malaysia, Longman

Ranjit Singh Malhi (November 1989), Pengajian Am STPM (Kenegaraan

Malaysia), Federal Publications Sdn Bhd.

Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani (2005), Pendidikan Negara Bangsa,

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

30
LAMPIRAN

You might also like