You are on page 1of 15

1.

0 PENGENALAN

Perkembangan sejarah Malaysia memperlihatkan proses pembentukan masyarakat


plural yang ada pada hari ini. Ianya bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Pertemuan dan
pertembungan budaya-budaya besar dunia seperti Arab Pra-Islam, Hinduisme, Buddisme,
Arab Islam dan Eropah (yang diwakili oleh Portugis, Sepanyol, Belanda dan British) telah
melahirkan satu ciri fenomena social dalam masyarakat Melayu iaitu kewujudan kepluralitian
budaya dan masyarakat Melayu.

Ciri pluralisme alam Melayu sebelum kedatangan orang Eropah adalah fleksibel.
Walaubagaimanapun, ianya dirombak, diubah suai, dan sebahagiannya terhapus dengan
kedatangan kuasa kolonial dan imperial Eropah. Kuasa-kuasa besar ini seterusnya
memperkenalkan sistem kerajaan mereka yang menggalakkan perkembangan masyarakat
pluralistik.

Akibat daripada terlaksananya undang-undang kolonial dan wujudnya masyarakat


pluralistik serta diikuti dengan terbentuknya negara bangsa, rangka, dan cara mengupas
perkembangan baru turut mengalami perubahan.

Apabila penjajah British datang menjajah masyarakat Melayu khususnya di Tanah


Melayu, Eropah telah mengalami perubahan Epistemologi iaitu pemisahan antara negara
dan agama. Akibat daripada perselisihan antara para agamawan dan saintis di Eropah, ilmu
pengetahuan terpisah kepada agama dan sains moden. Agama tidak lagi menjadi faktor
penting dalam kehidupan duniawi manusia. Kesannya, agama berada satu pihak yang lain
dan kehidupan duniawi berada pada satu pihak yang lain. Dasar ini diteruskan oleh British
terhadap masyarakat Melayu.

1 | Page
2.0 DEFINISI

Masyarakat Plural bermaksud masyarakat yang mengandungi dua atau lebih unsur
atau peringkat sosial, terdapat saingan tetapi tidak bercampur. Unsur-unsur ini hidup dalam
satu unit politik. Dalam konteks masyarakt di Alam Melayu, masyarakat plural merujuk
kepada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina, dan India walaupun terdapat pelbagai
lagi kaum di Malaysia. Masyarakat plural juga boleh di definasikan sebagai masyarakat
majmuk. Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara
yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia.
Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu
Melayu, India dan Cina. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud
kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan
dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.
Oleh itu, gabungan keduadua istilah masyarakat majmuk membawa maksud `satu kumpulan
manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuaan,
khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu
kumpulan yang bersatu padu.

Manakala, menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat


majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan
penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya
kelompok-kelompokyang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini
bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat
kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri. Dalam
memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysia sahaja,
perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat
majmuk. Kehadiran pelbagai kaum pada asasnya telah bermula semasa era kegemilangan
Melaka lagi melalui proses perdagangan yang dijalankan. Walau bagaimanapun kehadiran
mereka ini tidak dapat digerak menyusuri istilah masyarakat majmuk. Penggunaan istilah
masyarakat majmuk itu sendiri hanya bermula pada penghujung abad ke-18 dengan adanya
peranan pihak British.Malaysia yang dikenali Tanah Melayu pada suatu ketika dulu pernah
dijajah oleh tiga negara yang berbeza iaitu Portugis, Belanda,British dan Jepun (J.S
Furnivall, 1939:2).

2 | Page
3.0 PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU

3.1 KEDATANGAN DAN SERANGAN PORTUGIS KE MELAKA

Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 dengan


lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Akibat sedikit perselisihan faham Sultan
telah menahan beberapa pedagang Potugis yang datang berdagang.Demi
membebaskan para banduan Alfonso De Alburqaque tiba di Melaka pada
Julai 1511 dan menghantar utusan meminta sultan Melaka membebaskan
orang Portugis dan membayar gantirugi .Keengganan baginda sultan telah
menyebabkan Melaka diserang dengan kehadiran 800 orang Portugis dan
600 orang India.Kehadiran tentera seramai 1400 orang ini telah
menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum yang ada pada ketika
itu.Pada 24 Ogos 1511 orang Portugis telah berjaya menawan Melaka (

3.2 RAMPASAN TAKHTA OLEH BELANDA

Pada tahun 1597 Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada


tahun 1606 – Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka.
Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari
Goa.Pada tahun 1636 kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis di
pelabuhan dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari
1641. Gabenor Portugis, Manuel de Souza Couthinho telah menyerahkan
kuasa pemerintahan kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe.

3.3 PENDUDUKAN BRITISH

Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British. Pendudukan


British di Tanah Melayu bermula dari pergolakkan politik dan perebutan takhta
yang berlaku di Kedah dan Johor yang telah dijadikan kesempatan oleh
British untuk menakluk Pulau Pinang dan Singapura Manakala melalui
perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah
diserahkan oleh Belanda kepada pihak British. Ketiga-tiga wilayah ini telah
disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri
Selat. Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan
permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi

3 | Page
barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan di barat. Hasilnya
Tanah Melayu membangun dengan pelbagai infrastruktur seperti jalan kereta
api yang menghubungkan bandar dengan pelabuhan perladangan dan
pembangunan bandar-bandar kecil. Tanah Melayu yang pada ketika itu
kekurangan pekerja di sektor perladangan dan perlombongan telah
menyebabkan pihak British mulai membawa masuk beramai-ramai buruh dari
China dan India untuk menampung kekurangan pekerja. Penambahan
penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan
pertumbuhan bandar,jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok
kaum mengikut sector ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang
perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah
besar Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) melahirkan masyarakat
majmuk yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Dari sudut demografi, masyarakat
Cina diberi peranan untuk mengusahakan lombong-lombong bijih manakala
masyarakat India bekerja di ladang-ladang getah.Masyarakan Melayu pula
ditempatkan di kawasan kampung dan bekerja sebagai petani. Penghijrahan
orang Cina telah berlaku sebelum kedatangan British lagi, namun selepas
kehadiran British, dasar penghijrahan adalah lebih liberal serta diwujudkan
jaminan keselamatan undang-undang yang seterusnya keadaan ini
menggalakkan lebih banyak migrasi masuk. Sementara kemasukan orang
India pula berlaku dengan pesat di penghujung abad ke-19 dimana
berlakunya perkembangan perladangan seperti getah dan kopi.
Sebagaimana migrasi Cina, mereka juga dilindungi oleh British.

4 | Page
4.0 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL

Pembentukan masyarakat plural atau majmuk melibatkan tiga perkara


utama iaitu, yang pertama ialah masyarakat yang mendiami sesebuah kawasan dan
hidup secara bersama dengan norma dan aturan tersendiri, boleh bergabung
dengan masyarakat lain di sekitarnya, secara tidak langsung berlaku penyesuaian
dalam tuntutan budaya asal. Kedua ialah, pembentukan budaya melalui proses
bertindak, berkelakuan dan berfikir yang diwarisi secara turun temurun. Ketiga ialah
identiti yang dikekalkan dan dijadikan indikator asal atau tempat di mana pengenalan
diri berpunca.

Sejarah pembentukan masyarakat majmuk ini bermula selepas campur


Tangan British secara langsung dalam hal-ehwal politik negeri-negeri Melayu pada
pertengahan kedua abad ke-19. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri pelbagai
kaum iaitu kaum utama Melayu, Cina dan India. Selain itu, terdapat juga kaum
minoriti spt Serani, Punjabi dan Orang Asli. Orang Melayu merupakan kaum
terbesar dan penduduk asal tanah melayu (Bumiputera). Di Sabah, Kadazan,
Bajau, Murut, Rungus dan Sarawak, Iban, Dayak, Bidayuh, Melanau dan Penan.

Kedatangan Imigran Cina

Pembentukan masyarakat majmuk juga bermula selepas British membawa


masuk imigran asing, antaranya kaum cina, dan india. Penghijrahan beramai-ramai
org Cina ke Tanah Melayu berlaku sekitar kurun ke-19 hingga kurun ke-20.
Kemuncak kedatangan imigran Cina berlaku pada tahun 1891 di mana hampir
separuh penduduk Perak, Selangor dan Sg. Ujong terdiri dari orang Cina. Antara
1895 – 1927 kira-kira 6 juta orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Orang Cina
bertumpu di kawasan perlombongan bijih timah yang awal di Lukut dan Sg. Ujong.
Selain itu, mereka terlibat dengan perladangan gambir dan lada hitam di Johor
melalui Sistem Kangchu, dan sistem tiket kredit.Melalui sistem tiket kredit orang
yang tidak mampu membayar tambang sendiri dibiayai secara hutang oleh seorang
ejen. Mereka terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi suatu tempoh masa
sehingga hutang mereka dijelaskan. Kumpulan imigran ini dikenali sebagai

5 | Page
“singkheh” dan mereka menjadi bebas setelah habis mambayar hutang tambang
perjalanan mereka (www.zapafly.com).

Bilangan penduduk cina pada waktu tersebut yang terbesar ialah Hokkien.
Pada tahun 1921, 32.4% (380656) daripada jumlah penduduk Cina di Tanah Melayu
(1174777) terdiri daripada orang Hokkien. Kumpulan yang kedua besar ialah
Kantonis yang membentuk 28.3% (332307), diikuti oleh Hakka (18.6%), Teochew
(11.1%), Hailam (5.9%) dan lain-lain (3.7%). Kemasukan orang Cina bertambah
dengan pesat pada abad ke-20. Pada tahun 1941, orang Cina merupakan kaum
terbesar di Tanah Melayu, mereka membentuk kira-kira 43% daripada jumlah
penduduk Tanah Melayu berbanding dengan orang Melayu yang merupakan 41%
pada tahun tersebut. Menjelang tahun 1921, kira-kira 22% daripada jumlah orang
Cina dilahirkan di Tanah Melayu. Namun selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada
tahun 1957, 74.7% daripada bilangan orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu.
Mereka membentuk 37.1% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu (Z.Ruslan:
2005: 23)

Kedatangan Imigran India

Kaum India merupakan kaum kedua terbesar yang berhijrah ke Tanah


Melayu. Kebanyakan berasal dari India Selatan (Negapatam dan Madras).Hubungan
terawal bermula sejak abad pertama masihi apabila penganut Hindu-Buddha
menyebarkan agama Hindu di Nusantara, contohnya di Lembah bujang, Kedah.
Selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, kerajaan British telah membawa masuk
buruh tawanan India. Buruh tawanan dibawa ke Tanah Melayu untuk membina
bangunan, jalan keretapi, jalanraya dan sebagainya. Peringkat kedua, org India
dibawa masuk untuk mengusahakan ladang-ladang milik British seperti ladang tebu
di Seberang Perai dan utara Perak , kopi di Selangor serta ladang teh dan getah
apabila Inggeris kuasai NNM sekitar tahun 1880-an. Sistem popular dalam usaha
membawa masuk buruh-buruh India melalui Sistem Kangani dan Sistem Kontrak
untuk bekerja di ladang-ladang getah, kopi dan tebu.

Jumlah orang India di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1911 ialah
172465 orang dan di seluruh Tanah Melayu ialah 267159 orang. Pada tahun 1921,
jumlah ini meningkat kepada 305219 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan 470099
di Tanah Melayu. Pada tahun 1931, jumlah penduduk India di Tanah Melayu ialah

6 | Page
621847. Pada tahun 1921, 12% daripada penduduk India dilahirkan di Tanah Melayu
dan pada tahun 1957, 62.1% yang lahir di Tanah Melayu. Pada tahun 1957 juga,
bilangan orang India di Tanah Melayu ialah 695985 orang 11% daripada penduduk
Tanah Melayu (Z.Ruslan: 2005: 24).

7 | Page
5.0 KESAN PENJAJAHAN EROPAH TERHADAP PLURALITI MASYARAKAT
MALAYSIA

5.1 POLITIK

Kesan penjajahan eropah terhadapa kewujudan pembentukan pluraliti


masyarakat majmuk di Malaysia dapat dilihat dengan jelas dari segi aspek politik.
Dari segi politik kita dapat melihat bahawa kedatangan eropah banyak membawa
kepada perubahan dari segi politik atau pentadbiran dan juga perundangan pada
masa itu,yang secar tidak lansung turut memberi kesan terhadap pembentukan
masyarakat pluraliti di Malaysia.

Penjajahan British di tanah melayu telah membawa bersama dasar-dasar


pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan.
Prinsip, sistem, struktur dan dasar yang diamalkan dalam pemerintahan mereka
adalah jauh berbeza dengan sistem dan dasar pemerintahan yang telah sedia ada
dan diguna pakai di tanah melayu. Ini dapat dilihat dengan jelasnya melalui
perubahan epistemologikal yang besar iaitu dari segi perpisahan diantara agama dan
negara. Kesannya di alam melayu ialah pemerintahan negara telah dikawal secara
lansung oleh penjajah, manakala segala perkara berhubung dengan agama dan
adat istiadat telah diberi kuasa dan di bawah pengawasan sultan melayu sendiri.

Kesan penjajahn eropah juga telah membawa perubahan terhadap politik


negara dimana telah wujudnya sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa
diantara tiga unsur penting iaitu; legislatif, eksekutif dan juga badan kehakiman
diperkenalkan. Ini dapat dilihat dengan jelas sekali perubahan yang telah dibawa
berdasarkan perbezaannya dengan pentadbiran alam melayu yang telah sedia ada
iaitu, sebelum penjajahn eropah, sistem pentadbiran adalah dibawah kuasa mutlak
raja-raja dimana tiada pengagihan bidang kuasa. Seperti yang dapat kita lihat,
perubahn didalam pentadbiran ini, iaitu pengagihan kepada tiga bidang kuasa iaitu
eksekutuf, legislatif dan juga kehakiman telah diteruskan didalam operandi dan
pentadbiran negara sehingga ke hari ini, dimana setiap unsur penting tersebut
mempunyai bidang kuasa mereka yang tesendiri.

8 | Page
Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi, Jabatan Perlindungan
Orang Asing, dan undang-undang buruh.
Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai
sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah
menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti
indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris
pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi
dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal
mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang
kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya
sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang
imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga
buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi
melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan
jalan raya.

Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan


Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan
penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini
bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan
bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini
juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris
mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu.
Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang
memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada
buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan
buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal
mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing
ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada
pemerintah Inggeris
Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawa
kewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang
berkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah
mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang
dihadapi oleh masyarakat pribumi

9 | Page
10 | P a g e
5.2 EKONOMI

Kesan penjajahan Eropah dari aspek ekonomi, dapat dilihat melalui kewujudan
sistem ekonomi dualisme. System ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuan
ekonomi yang berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik.

Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh penjajah ialah
perlombongan dan perladangan getah. Penjajah Eropah telah mewujudkan pembahagian
etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan dimana Melayu berada dalam sektor kerajaan
dan pertanian, manakala Cina sebagai pelombong dan peniaga, dan orang India sebagai
pekerja estet dan ladang.

Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang berasaskan


perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. Sistem ekonomi ini berasaskan pasaran
bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini banyak melibatkan kumpulan
etnik Cina dan India. Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana
komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Teknik pengeluaran, pemasaran,
dan tenaga kerja didominasi oleh etnik melayu dengan berteraskan budaya Melayu luar
bandar atau budaya Melayu tradisional.

Secara tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan tenaga
kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. Etnik Melayu tertumpu di sektor pertanian
tradisional iaitu pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi, dan nelayan kecil-kecilan.
Dalam sektor ekonomi moden pula, ianya didominasi oleh kumpulan etnik Cina di mana
mereka menceburi aktiviti perlombongan, perkilangan, dan perkhidmatan.
Ketidakseimbangan antara etnik jelas dilihat dalam sektor ketiga di mana separuh daripada
sektor ini didominasi oleh etnik cina manakala etnik Melayu dan India hanya sedikit sahaja.
Sektor ini menjadikan jurang etnik menjadi lebih luas lagi.

11 | P a g e
5.3 SOSIAL

Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum penjajahan Eropah terbentuk


melalui proses semulajadi. Mereka datang bersama-sama keluarga secara sukarela untuk
menjalani kehidupan serta mencari kekayaan. Kehidupan di Tanah Melayu yang
berlandaskan kebebasan dan tanpa paksaan telah mewujudkan interaksi yang mesra
dengan penduduk tempatan.

Terdapat unsur-unsur akomodasi dalam kehidupan masyarakat pluralistik pada


zaman itu. Mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan secara sukarela. Ini dapat
dilihat melalui perkahwinan antara orang Cina dan masyarakat tempatan yang melahirkan
masyarakat Cina Baba. Walaupun perkahwinan campur telah berlaku antara mereka tetapi
mereka masih lagi mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu. Selain itu, budaya dan
adat resam yang dibawa olah mereka juga turut diterima oleh penduduk tempatan dengan
hati yang terbuka.

Pembentukan masyarakat pluralistik selepas kedatangan Eropah adalah berbeza


dengan zaman sebelumnya. Ini dapat dilihat daripada imigrasi penduduk Cina dan India ke
Tanah Melayu yang digalakkan oleh British untuk kepentingan ekonomi mereka. Oleh
kerana tujuan kedatangan mereka adalah untuk memenuhi keperuan ekonoi British, maka
interaksi antara kaum tidak berlaku. Mereka hanya menjalankan kehidupan dalam kelompok
masyarakat masing-masing.

Namun begitu, kehidupan yang harmoni tetap wujud di mana mereka tetap menjalani
hidup berasaskan sistem sosial masing-masing tanpa mengganggu antara satu sama lain.
Kehidupan yang harmoni ini telah berterusan sehingga ke hari ini

Penekanan aspek ini juga menjuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan


Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di
Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris
menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di
Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan
pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan
pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di
Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan
pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan
bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar

12 | P a g e
pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran
bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk
mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan
kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini
sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa
mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan
lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga
kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah

13 | P a g e
6.0 KESIMPULAN

Pluraliti bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat Malaysia namun


ianya juga bukanlah merupakan sesuatu yang mudah untuk diakhiri terutama sekali
dalam masyarakat pelbagai etnik di Malaysia yang masih kaya dengan adat budaya
kaum masing-masing.

Perpaduan dan gabungan tiga kaum yang terbesar di negara ini terutamanya
pada zaman darurat yang memerlukan kaum-kaum utama bersatu padu dan
bekerjasama dalam bidang politik telah member peluang besar etnik-etnik di Tanah
Melayu untuk menilai hubungan etnik ketika itu.

Perpaduan seperti ini telah mempercepatkan lagi proses kemerdekaan


Persekutuan Tanah Melayu dan masih lagi kekal hingga kini. Kewujudan etnik-etnik
yang berasingan kekal sehingga penjajah Inggeris meninggalkan Tanah Melayu dan
memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang
paling penting adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Namun
dalam hal ini, sikap masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami
kedudukan masing-masing. Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan
kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu
langkah yang penting. Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku di luar negara
sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan. Sejarah perlu dijadikan satu rangka
tindakan untuk membina Negara-Bangsa. Kepentingan Sejarah sesuatu bangsa
khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan
diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan
Negara-Bangsa. Identiti Negara-Bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan
identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotisma Negara-Bangsa.

14 | P a g e
RUJUKAN

BUKU
Hubungan Etnik, Syamsul Amri Baharuddin

Sejarah dan tamadun islam, dr Abdul Rahman Hj Abdullah, Edisi Kedua, Pustaka
Darussalam, 2007

J.S. Furnivall. Netherlands India. Cambridge: Cambridge University Press.


1939.

Ruslan Zainuddin et.al (2005), Kenegeraan Malaysia, Kuala Lumpur : Oxford Fajar

LAMAN WEB
www.scribd.com/.../Kuliah-2-3-PLURALITI-MASYARAKAT-ALAM-MELAYU-ZAMAN

www.scribd.com/.../Kuliah-4-5-PLURALITI-MASYARAKAT-DI-TANAH-MELAYU-PADA-
ZAMAN-PENJAJAHAN -

www.benmokhtar.com

www.ums.edu.my/webv3/appl/downloadfiles/Kuliah%203.ppt

15 | P a g e

You might also like