You are on page 1of 9

ASSALAMUALAIKUM

JENAYAH
QISAS
Terjemahan ayat
178.Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan kamu
menjalankan hukuman Qisas(balasan yang seimbang)dalam
perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu:orang-orang
yang merdeka,dan hamba dengan hamba dan perempuan
dengan perempuan .Maka sesiapa (pembunuh)yang dapat
sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang
terbunuh),maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu)
mengikut cara yang baik(dalam menuntut ganti nyawa)dan
si pembunuh pula hendaklah menunaikan bayaran ganti
nyawa itu dengan sebaik-baiknya.Yang demikian adalah satu
keringinan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat
kemudahan.Sesudah itu sesiapa yang melampaui
batas(untuk membalas dendam),maka baginya azab seksa
yang tidak terperi sakitnya.

179.Dan dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi


kamu wahai orang-arang berakal fikiran supaya kamu
bertakwa.
ASBABUL NUZUL
Diriwayatkan dari Said bin Jubari
bahawasannya terjadi bunuh-
membunuh antara dua suku arab pada
zaman jahilliyah dan sehingga datang
islam masih terjadi bunuh-membunuh
diantara dua suku kaum itu.Ada
dikalangan wanita dan hamba
dibunuh,kemudian suku kaum yang
terbunuh (hamba dan wanita)ingin
menuntut bela diatas kematian
tersebut dengan bersumpah”kami tidak
akan rela sehingga kami membunuh
lelaki dan orang merdeka sebagai
pengganti mereka yang dibunuh itu.
Keterangan ayat secara terperinci

1-Konsep Qisas
a)Qisas ialah hukuman bunuh balas yang
ditetapkan oleh syarak setimpal dengan
kesalahan seseorang.
b)Kesalahan yang dikenakan Qisas ialah
bunuh dengan sengaja tanpa hak dan
mencederakan anggota.

2-Pelaksanaan Qisas
-Pelaksanaan Qisas boleh dijalankan dengan 3
syarat:
a)Orang yang berakal dan sihat
b)Para wali yang kena bunuh sepakat untuk
melaksanajan hukum Qisas
c)Tidak membahayakan orang lain,jika
membahayakan orang lain,maka tidak
3-Hak menuntut Qisas
a) Wali kena bunuh dan untuk mejalankan
hukuman Qisas hakim tidak boleh pihak
lain,atau individu,atau wali yang kena bunuh
menjalankan hukuman Qisas mengikut
kehendah sendiri.
4- Hak pengampunan
a) Hak memberi pengampunan adalah hak
seluruh ahli keluarga yang kena bunuh kerana
kamaafan adalah lebih baik disisi Allah.
5- Ganti Qisas
a) Qisas boleh digantikan dengan diyat jika ahli
keluarga yang kena bunuh memaafkan.
6-Hikmat Hukum Qisas
a)Hukum Qisas melindungi nyawa
manusia dari dibunuh
b)Hukum Qisas menjadi pengajaran dan
peringatan kepada orang ramai.
c)Hukum Qisas menjadikan masyarakat
aman dari gangguan dan pertumpahan
darah.
d)Hukum Qisas menjauhkan rasa
marah,dendam dan dengki serta
menuntut bela diatas kematian
Pendapat salah tentang hukum qisas
serta jawapan diatas kekeliruan yang
timbul
7-Ada segolongan manusia yang tidak percayakan hukum
Allah bahawa qisas itu zalim dan tidak
berperikemanusiaan.Pendapat ini salah sama sekali
kerana apabila Allah mensyariatkan sesuatu hukum
itu,sudah tentu mempunyai tujuan dan hikmat dan
nyatalah kapada kita bahawa ia memberi kehidupan
kepada orang lain seperti firman Allah:
“pada hukum qisas itu memberi peluang untuk kamu

hidup.”
-Jika hukum qisas itu tidak dijalankan kemungkinan akan
timbul bunuh-membunuh yang berterusan sehingga
banyak nyawa akan terkorban.
-Jika hukuman qisqs dijalankan pihak yang kana bunuh akan
berpuas hati dengan hukuman yang dijalankan maka
tiadalah pihak yang membuat tindakan sendiri-
Pengajaran ayat
1) Pensyariatan hukum qisas adalah ketetapan
dari Allah kepada hamba-hambanya yang
mukmin demi kebaikan dan kebahagian hidup
mereka.

2- Hukum qisas boleh mengurangkan jenayah


bunuh dan mejauhkan dari sifat dendam
mendendam.

3- Hukum qisas memberi jaminan hidup kepada


individu dan masyarakat

4- Hendaklah diperhatikan kesamaan didalam


hukum qisas seperti perempuan dengan
perempuan dan lelaki dengan lelaki.

5- Wajib membayar diyat dengan segera tanpa


bertangguh-tangguh apabila mndapat
Sekian Terima kasih

Disediakan oleh:
Suliza bt Zamaleshari
Nur Hazwani bt Razali
Nurul Farihah bt Hashim

You might also like