You are on page 1of 8

Biokimia Klinikal 1

HGS 1032

Ujian Pengesanan Glukosa Urin (Ujian Benedict)

Amali ujian kualitatif

Biokimia Klinikal 1 Tajuk A) Pengesanan glukosa urin (ujian benedict) Objektif Untuk mengesan kehadiran glukosa dalam urin.

HGS 1032

Prinsip Jika terdapatnya glukosa di dalam urin, ianya akan bertindakbalas dengan larutan Benedict dan menghasilkan warna hijau hingga merah bata bagi keputusan yang positif.

Alat radas Tabung uji, bikar, pipet, waterbath.

Bahan kimia Urin A, urin B, larutan Benedict.

Prosedur 2 tabung uji disediakan dan dilabel sebagai A dan B.

3 ml larutan Benedict dan 4 titis urin A dipipetkan ke dalam tabung uji A manakala 3 ml larutan Benedict dan 4 titis urin B dipipetkan ke dalam tabung uji B.

Bahan-bahan yang dipipetkan dan disebatikan di dalam tabung uji tadi kemudiannya dipanaskan selama 5 minit di dalam waterbath.

Selepas pemanasan di dalam waterbath, bahan-bahan tersebut disejukkan.

Perubahan warna dilihat :Warna biru = keputusan negatif. Warna hijau hingga merah bata = keputusan positif.

Amali ujian kualitatif

Biokimia Klinikal 1 Keputusan Urin A Urin B

HGS 1032

Terdapatnya mendakan berwarna merah bata yang menunjukkan keputusan positif.

Warna biru yang menunjukkan keputusan tersebut adalah negatif.

Perbincangan Ujian kualitatif merupakan ujian yang dijalankan bagi mengesan kehadiran sesuatu bahan di dalam sampel pesakit. Keputusan yang akan diperolehi adalah sama ada dalam bentuk positif ataupun negatif. Ujian kualitatif ini akan mencerminkan keadaan kesihatan seseorang itu secara kasar. Ujian Benedict merupakan ujian biokimia yang dilakukan untuk mengesan kehadiran gula penurun contohnya seperti glukosa. Larutan Benedict mengandungi kuprum sulfat yang membuatkan larutan tersebut berwarna biru. Gula penurun (contohnya seperti glukosa) pula akan menurunkan kuprum (II) sulfat kepada kuprum (I) oksida tak larut yang akhirnya akan membentuk mendakan merah bata. Oleh kerana itu, jika terdapatnya glukosa di dalam sampel urin, ianya akan bertindakbalas dengan larutan Benedict dan menghasilkan warna hijau hingga merah bata bagi keputusan yang positif manakala bagi keputusan yang negatif pula iaitu apabila

Amali ujian kualitatif

Biokimia Klinikal 1

HGS 1032

tidak terdapatnya glukosa di dalam sampel urin, maka campuran larutan Benedict dengan sampel urin tetap dengan warna biru (warna larutan Benedict). Bagi sampel urin A, keputusan yang diperolehi adalah positif kerana terdapatnya mendakan berwarna merah bata pada larutan sampel urin tersebut manakala bagi sampel urin B pula, keputusan yang diperolehi adalah negatif kerana pada akhir ujian tersebut, larutan sampel urin B tetap berwarna biru.

Kesimpulan Kesimpulannya, kehadiran glukosa di dalam urin dapat dikesan secara kasar dengan menggunakan kaedah ujian Benedict.

Amali ujian kualitatif

Biokimia Klinikal 1

HGS 1032

Ujian Pengesanan Protein Urin (Ujian Penghabaan)

Amali ujian kualitatif

Biokimia Klinikal 1 Tajuk B) Pengesanan protein urin (ujian penghabaan) Objektif Untuk mengesan kehadiran protein dalam urin.

HGS 1032

Prinsip Jika terdapatnya protein di dalam urin, apabila bahagian atas urin dipanaskan, akan timbulnya kekeruhan di atas urin tersebut pada akhir ujian.

Alat radas Tabung uji, bikar, pipet, penunu bunsen.

Bahan kimia Urin A, urin B.

Prosedur 2 tabung uji disediakan dan dilabel sebagai A dan B.

5 ml urin A dipipetkan ke dalam tabung uji A manakala 5 ml urin B dipipetkan ke dalam tabung uji B.

Bahagian atas sampel dipanaskan

Kekeruhan dilihat sama ada keruh (disebabkan oleh protein atau fosfat) atau jernih.

2 titis asid asetik ditambahkan.

Kekeruhan dilihat :Jernih = keputusan negatif. Keruh = keputusan positif.

Amali ujian kualitatif

Biokimia Klinikal 1 Keputusan Urin A Urin B

HGS 1032

Sampel urin jernih dan tiada kekeruhan yang menunjukkan keputusan negatif.

Sampel urin terdapat kekeruhan dan ini menunjukkan keputusan positif.

Perbincangan Ujian kualitatif merupakan ujian yang dijalankan bagi mengesan kehadiran sesuatu bahan di dalam sampel pesakit. Keputusan yang akan diperolehi adalah sama ada dalam bentuk positif ataupun negatif. Ujian kualitatif ini akan mencerminkan keadaan kesihatan seseorang itu secara kasar. Ujian penghabaan merupakan ujian biokimia yang dilakukan untuk mengesan kehadiran protein di dalam urin. Bagi mengesan kehadiran protein di dalam sampel pesakit, kekeruhan dilihat sama ada keruh (disebabkan oleh protein atau fosfat) atau jernih. 2 titis asid asetik ditambahkan ke dalam sampel semasa ujian dijalankan adalah bagi memastikan bahawa kekeruhan tersebut adalah disebabkan oleh protein jika kekeruhan masih lagi kekal selepas asid asetik tersebut ditambah. Bagi keputusan yang positif sampel urin akan berubah menjadi keruh manakala bagi keputusan yang negatif pula sampel urin akan kekal jernih.

Amali ujian kualitatif

Biokimia Klinikal 1

HGS 1032

Bagi sampel urin A, keputusan yang diperolehi adalah negatif kerana sampel urin jernih dan tiada kekeruhan manakala bagi sampel urin B pula, keputusan yang diperolehi adalah positif kerana terdapatnya kekeruhan pada sampel urin tersebut.

Kesimpulan Kesimpulannya, kehadiran protein di dalam urin dapat dikesan secara kasar dengan menggunakan kaedah ujian penghabaan.

Amali ujian kualitatif

You might also like