You are on page 1of 11

JABATAN KEJURUTERAAN

[POLITEKNIK UNGKU OMAR] MEKANIKAL

KOD : PM-1
TAJUK : UJIKAJI TERHADAP KUASA KOMPONEN ELEKTRONIK
OBJEKTIF :
1) Mengetahui kaedah untuk menguji kuasa komponen elektronik dengan menggunakan
multimeter analog.
2 ) Melihat spesifikasi komponen dari data buku.
TEORI : Merujuk pada lampiran.
PERALATAN: Multimeter analog.
KOMPONEN :
a) Penerus Terkawal Silikon Silicon Controlled Rectifier (SCR)
• 2N4444 @ 2P4M
• 2N5061 @ 2N5062
• TYN 606 @ TYN 804
b) TRIAK
• BTA10-600C @BT137-800E
• Q4004L4 @ 8TD44
c) Light Emitting Diode (LED)
d) Transistor
(Jenis germanium)
• AC132 @ AC128
• 2SA235
(Jenis silikon)
• BCY70 @ A608
• C1047 @ C1359
Kuasa dan Kuasa Medium Transistor
• 2N3055 @ 2N3053
• B595 @ C1124
e) Field Effect Transistor (FET)
• 2N5457 @ 2N3819
f) Unijunction Transistor (UJT)
• 2N 2646
• 2N 4871
g) Programmable Unijunction Transistor (PUT)
• 2N6028
• 2N6027
JABATAN KEJURUTERAAN
[POLITEKNIK UNGKU OMAR] MEKANIKAL

LANGKAH - LANGKAH :

Lukis dan lakarkan setiap satu komponen dan tandakan kaki anod , katod , dan get dengan
merujuk pada ujikaji yang dijalankan.

1. Tentukan kaki ( katod , anod , get ) pada SCR

2. Tentukan kaki ( terminal 1,terminal 2, get ) pada TRIAK

3. Tentukan kaki ( anod , katod ) pada LED

4. Tentukan kaki ( pemungut , pemancar , tapak ) pada transistor jenis NPN atau PNP

5. Tentukan kaki ( parit, punca , get ) pada FET

6. Tentukan kaki ( tapak 1,tapak 2, pemancar ) pada UJT

7. Tentukan kaki ( katod , anod , get ) pada PUT


JABATAN KEJURUTERAAN
[POLITEKNIK UNGKU OMAR] MEKANIKAL

KEPUTUSAN :

1. Penerus Terkawal Silikon Silicon Controlled Rectifier (SCR)

Cara menguji tamatan pada Penerus Terkawal Silikon (SCR)

SCR boleh dianalogikan sebagai dua transistor jenis NPN dan PNP dengan tapak
transistor yang pertama disambung ke pemungut transistor yang kedua. Dua syarat
untuk membolehkan SCR berkendali ialah voltan anod mesti lebih positif daripada
voltan katod mesti dibekalkan pada tamatan get. Untuk menentukan kaki anod atau
kaki katod pada SCR menggunakan Multimeter Analog dengan menghubungkan
punca negatif dari Multimeter kepada punca positif pada kaki SCR. Dimana pada
ketika itu berlaku pincang hadapan dan untuk menentukan kaki negatif SCR pula
adalah dengan menghubungkan punca positif dari sumber bekalan Multimeter
kepada kaki negatif SCR dimana pada ketika itu berlaku pincang hadapan juga dan
pada ketika inilah SCR akan boleh berfungsi. Satu cara untuk menghentikan
kendalian SCR ialah dengan menggunakan kaedah gangguan arus anod. Gangguan
arus anod akan mengurangkan arus anod kepada nilai yang lebih rendah daripada
arus penahan.
JABATAN KEJURUTERAAN
[POLITEKNIK UNGKU OMAR] MEKANIKAL

2. TRIAK

Cara menguji tamatan pada TRIAK

TRIAK boleh dianalogikan seperti 2 SCR yang disambung selari tetapi songsang
antara satu sama lain. Arus mengalir melalui kedua-dua arah TRIAK. Get mengawal
aliran arus TRIAK. Apabila tiada arus mengalir ke tamatan get. Voltan yang tinggi
yang menyamai voltan pecah tebat, Vbrmestilah dibekalkan pada tamatan MT1 dan
MT2 tanpa mengambil kira kekutuban untuk membolehkan TRIAK berkendali. TRIAK
dapat berkendali atau bertindak sebagai suis tutup pada kedua-dua kitar positif dan
negatif voltan AU. Sebagaimana pada SCR, untuk menghentikan kendalian TRIAK,
arus yang mengalir melalui TRIAK mesti dikurangkan kepada nilai yang lebih rendah
daripada arus penahan, IH. TRIAK banyak digunakan dalam litar kawalan isyarat AU
seperti mengawal kecerahan cahaya lampu dan kelajuan motor.
JABATAN KEJURUTERAAN
[POLITEKNIK UNGKU OMAR] MEKANIKAL

3. Diod Lampu Pemancar Light Emitting Diode (LED)

Cara menguji tamatan pada Diod Lampu Pemancar

a) OHM dipilih dalam lingkungan X10Ω to X100Ω.


b) Sentuhkan punca sumber pertama (terminal negatif) pada terminal positif
L.E.D. atau yang kita lihat kaki nya adalah panjang.
c) Kemudian sambungkan punca sumber kedua (terminal positif) pada terminal
negatif L.E.D. yang mana kakinya lebih pendek.
d) Penyambungan antara kaki L.E.D dengan multimeter analog akan
menunjukkan bacaannya pada multimeter.
e) Jadi disini juga kita dapat tahu samada kaki L.E.D adalah positif atau negatif.
JABATAN KEJURUTERAAN
[POLITEKNIK UNGKU OMAR] MEKANIKAL

4. Transistor

Cara menguji tamatan pada Transistor

a) Tetapkan OHM dalam lingkungan X10K , X10Ω or X100Ω.


b) Sentuhkan satu sumber dari multimeter pada terminal pemancar dan satu
lagi sumber dari multimeter disambungkan pada terminal pemungut dan
kemudian baca nilai rintangan pada meter.
c) Kemudian ulangi langkah di ‘b’ sekali lagi, baca nilai rintangan terbaru yang
diberikan.

5. Transistor Kesan Medan Field Effect Transistor (FET)


JABATAN KEJURUTERAAN
[POLITEKNIK UNGKU OMAR] MEKANIKAL

Cara menguji tamatan pada Transistor Kesan Medan (FET)

a) Sambungkan terminal negatif ke kaki 1 dan terminal positif ke kaki 2


b) Sambungkan terminal positif ke kaki 3 dan terminal negatif ke kaki 1
c) Sambungkan terminal negatif ke kaki 2 dan terminal positif ke kaki 3
d) Sambungkan terminal negatif ke kaki 2 dan terminal positif ke kaki 1
e) Sambungkan terminal negatif ke kaki 3 dan terminal positif ke kaki 1
f) Sambungkan terminal negatif ke kaki 3 dan terminal positif ke kaki 2
JABATAN KEJURUTERAAN
[POLITEKNIK UNGKU OMAR] MEKANIKAL

6. Transistor eka simpang (UJT)

Cara menguji tamatan pada Transistor Eka Simpang

Dengan menggunakan analog multimeter, kedudukan pada julat OHM di setkan. Bacaan
rintangan antara terminal 1 dan terminal 2, kemudian diterbalikkan kaki meter / probe dan
bacaan diambil. Megikut kepada julat jarum meter, pengukuran rintangan sepatutnya
dianggarkan tepat.

Sekarang sambungkan kaki negative ( - ) multimeter pada Pengeluar(E) UJT. Dengan kaki positif
( + ) pula, kira rintangan dari Pengeluar (E) ke Terminal 1 dan kemudian dari Pengeluar (E) ke
terminal 2. kedua – dua bacaan mestilah menunjukkan nilai rintangan yang tinggi kira – kira
sama antara satu sama lain.

Kemudian tukar kaki negative multimeter kepada pengeluar (E) dengan kaki positif (+). Ukur
dengan kaki negative multimeter ( - ) antara Pengeluar dengan terminal 1 dan dari terminal 2 ke
Pengeluar (E). kedua – dua bacaan mestilah menunjukkan rintangan yang rendah dan nilainya
sama antara kedua – duanya.
JABATAN KEJURUTERAAN
[POLITEKNIK UNGKU OMAR] MEKANIKAL

Model UJT 2N2646 dan 2N4871 juga telah diuji dengan mengikut prosuder diatas.Kaedah
pengujian adalah tepat.Komponen UJT yang rosak yang sama model juga telah diuji.Kaedah
pengujian juga adalah tepat.
7. Transistor Eka Simpang Program Programmable Unijunction Transistor (PUT)

Cara menguji tamatan pada Transistor Ekasimpang Program


PUT adalah lebih seperti Tiristor. Ia memicu apabila Get menjadi lebih positif daripada Anod
Untuk ujian permulaan, periksa di antara Anod dan katod dengan ohmmeter. Rintangannya
sepatutnya adalah sama dalam kedua arah dan selalunya menghasilkan sedikit rintangan katod
atau lebih.
Satu perbezaan pembacaan akan menunjukkan peranti tidak berapa baik.Ujian ini tidak
mengesahkan bahawa peranti berada dalam keadaan baik. Ujian yang sepenuhnya memerlukan
satu ujuan ringkas dengan mengesan signal output audio.
Sekiranya multimeter disambungkan dari anod ke katod, ia seharusnya mengukur kedua-dua
laluan. Sekiranya terminal positif disambungkan kepada anod dan terminal negatif
disambungkan ke katod, dan kemudian dengan seketika get ke katod, ia sepatutnya menukar
kepada bacaan ohm yang rendah. Ianya akan terus diselak apabila terminal get kembali kepada
asal, kerana arus bacaan multimeter akan mencecah tahap ‘holding current’ PUT dipanggil
‘valley current’ dalam spesifikasi PUT.
PUT boleh dikatakan agak sensitive (kurang daripada arus picuan 1 uA). Oleh itu, pastikan jari-jari
dijauhkan daripada terminal get.
JABATAN KEJURUTERAAN
[POLITEKNIK UNGKU OMAR] MEKANIKAL

PERBINCANGAN :

• Setiap komponen elektronik mempunyai tamatan Get, Anod, Katod, Terminal 1, Terminal
2, Pemancar, Pemungut, Tapak, Punca, Parit.
• Untuk membolehkan sesuatu komponen elektronik itu berfungsi adalah dengan pengujian
kaki positif dan negatif komponen itu.
• Terdapat komponen elektronik yang mengalirkan arus satu arah sahaja.
• Kaki komponen elektronik juga boleh ditentukan sumber positif dan sumber negatif dari
segi teori pemandangan di dalam eksperimen atau data buku.
• Penggunaan Multimeter juga dapat membuktikan kedudukan tamatan sesuatu komponen
elektronik.

KESIMPULAN :
Kesimpulan yang kami perolehi telah membuktikan yang teori daripada data buku adalah sama
dengan eksperimen yang dijalankan. Ia adalah seperti berikut:-
1. Tentukan kaki ( katod , anod , get ) pada SCR
• SCR berhenti berkendali apabila arus anod menjadi lebih rendah daripada arus penahan.
• SCR tidak boleh dikendalikan dengan voltan picuan negatif pada tamatan get.
• Voltan Anod mesti lebih lebih positif daripada voltan Katod dan Voltan picuan positif
mesti dibekalkan pada tamatan get.

2. Tentukan kaki ( terminal 1,terminal 2, get ) pada TRIAK


• Dalam TRIAK Get mengawal aliran arus TRIAK.
• TRIAK dapat berkendali atau bertindak sebagai suis tutup pada kedua-dua kitar positif
dan negatif voltan AU.
• Semua tamatan TRIAK berada dalam lapisan bahan jenis N.
• TRIAK akan berhenti berkendali apabila arus melalui TRIAK menjadi lebih rendah
daripada arus penahan.

3. Tentukan kaki ( anod , katod ) pada LED


• Dari segi pemerhatian, menentukan kaki anod dan kaki katod bagi LED adalah daripada
perbezaan panjang kakinya. Dimana kaki yang lebih panjang adalah kaki katod dan kaki
yang lebih pendek adalah kaki anod.
• Ini boleh dibuktikan dalam eksperimen dimana jika penyambungan daripada sumber
Multimeter dilakukan terhadap LED, ia akan mengeluarkan cahaya.
JABATAN KEJURUTERAAN
[POLITEKNIK UNGKU OMAR] MEKANIKAL

4. Tentukan kaki ( pemungut , pemancar , tapak ) pada transistor jenis NPN atau PNP.
• Disebabkan nilai rintangan R1-2 lebih tinggi daripada R2-3, maka kaki 1 ialah pemancar
dan kaki tiga adalah pemungut.
• Kaedah lain yang boleh digunakan untuk menguji Transistor ialah dengan mengukur nilai
β.
• Kaki sepunya bagi kedua-dua bacaandalam eksperimen telah menunjukkan ia adalah
tapak dan diperbuat daripada bahan separuh pengalir jenis N.Oleh itu Transistor ini jenis
PNP.

5. Tentukan kaki ( parit, punca , get ) pada FET


• FET merupakan komponen Ekakutub iaitu hanya satu pembawa cas sahaja menghasilkan
arus yang mengalir melaluinya. Simpang PN terbentuk apabila bahan jenis P bercantum
dengan bahan jenis N.
• 2 bacaan dalam eksperimen yang dilakukan menunjukkan rintangan rendah menandakan
simpang tapak pemancar (B-E) dan pemungut tapak (C-D) adalah pincang hadapan.
• Kaki sepunya bagi kedua-dua bacaan ialah kaki 2. Maka, kaki ini adalah tapak.

6. Tentukan kaki ( tapak 1,tapak 2, pemancar ) pada UJT


• Dalam UJT mempunyai nilai rintangan yang boleh dilaras.
• UJT mempunyai satu ekasimpang PN sahaja.
• UJT akan berkendali apabila voltan pemancar mencapai voltan puncak.
• UJT akan berhenti berkendali jika voltan pemancar lebih rendah daripada voltan puncak.

8. Tentukan kaki ( katod , anod , get ) pada PUT


• PUT adalah seperti Tiristor. Ia memicu apabila Get menjadi lebih positif.
• Sekiranya Multimeter disambungkan kepada Anod ke Katod, ia seharusnya mengukur
kedua-dua laluan.
• Sekiranya terminal Positif disambungkan kepada Anod dan terminal Negatid kepada
Katod, dan kemudian seketika disambungkan Get kepada Katod, ia sepatutnya menukar
kepada bacaan Ohm yang rendah.

You might also like