You are on page 1of 23

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

KRB 2023
KAEDAH BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

TUGASAN
INTERPRESTASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM SUKATAN PELAJARAN
BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Disediakan oleh :

BIL NAMA NO MATRIK


1. Muhamad Rafizi Bin Hambali D20061027249
2. Izharnizam Bin Ibrahim D20061027250
3. Rimas Bin Aslih D20061027262
4. Mohd Yusof Bin Abdul Karim D20061027282

Program:
AT34 – PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

Kumpulan Kuliah :
A ( Isnin ; 2.00-4.00 pm)

Pensyarah :
Encik Omar Hisham Bin Mohd Baharin
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan : Intrepretasi Sukatan Pelajaran 1

2.0 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu 2

2.1 Organisasi Kandungan 3

2.2 Objektif KBSR 3

3.0 Konsep Kecerdasan Pelbagai 4

3.1 Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai 6

3.1.1 Kecerdasan Verbal-Linguistik 6

3.1.2 Kecerdasan Logik-Matematik 7

3.1.3 Kecerdasan Ruang-Visual 7

3.1.4 Kecerdasan Kinestetik 7

3.1.5 Kecerdasan Muzik 8

3.1.6 Kecerdasan Interpersonal 8

3.1.7 Kecerdasan Intrapersonal 8

3.1.8 Kecerdasan Naturalis 9

3.1.9 Kecerdasan Existential 9

4.0 Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam Bilik Darjah 10

4.1 Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan


Pembelajaran 11

5.0 Cadangan Dan Pendapat 13

6.0 Kesimpulan 14

Bibliografi 15

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu 17


1.0 PENGENALAN : INTERPRETASI SUKATAN PELAJARAN.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib
dipelajari di peringkat sekolah rendah. Berdasarkan tujuan mata pelajaran ini dimasukkan
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) itu sendiri pun telah melengkapi
sebahagian kecerdasan pelbagai – verbal-linguistik. Iaitu melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu.

Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR merangkumi penggunaan bahasa


yang menekankan kemahiran bahasa berteraskan bahasa Melayu baku. Ia meliputi kemahiran
mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Penulis dan
rakan-rakan akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai apakah yang dimaksudkan dengan
konsep kecerdasan pelbagai – verbal-linguistik dalam tajuk yang berikutnya.

Jika dilihat daripada segi organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR, terdapat
beberapa komponen yang terlibat, iaitu kemahiran berbahasa, hasil pembelajaran, sistem
bahasa dan pengisian kurikulum. Kecerdasan pelbagai ini adalah terletak di bawah komponen
pengisian kurikulum di bawah tajuk kemahiran bernilai tambah. Jelaslah di sini menunjukkan
bahawa kecerdasan verbal – linguistik tidak diajar secara terus atau langsung kepada murid
oleh guru di dalam bilik darjah. Ia dilakukan secara tersirat, tersembunyi ataupun secara
penyerapan dan asahan. Sesuai dengan sifatnya yang boleh dipupuk secara semula jadi dan
latihan.

Melalui analisis terhadap Sukatan dan Huraian Pelajaran Bahasa Melayu KBSR
(SHPBMSR), jelas menunjukkan bahawa kecerdasan pelbagai ini diterapkan di kesemua tahun
di sekolah rendah, iaitu sejak tahun 1 sehingga tahun 6. Di dalam SHPBMSR menyatakan,
kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visual-
ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi
kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan
kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang
berbeza. Jelas juga di sini beberapa perkara yang perlu diutamakan oleh seseorang guru untuk
menerapkan kecerdasan pelbagai ini iaitu cara pengajaran dan perbezaan individu.
Begitu juga halnya dengan SHPBMSR untuk sekolah jenis kebangsaan. Setiap
tahunnya juga dinyatakan mengenai kecerdasan pelbagai melalui kemahiran bernilai tambah.

Penekanan tidak semestinya diberikan oleh seseorang guru untuk mengajar kecerdasan
verbal – linguistik ini. Hal ini di dalam SHPBMSR menekankan setiap elemen dan
komponennya perlulah disampaikan secara sama rata. Walaubagaimana pun seperti mana
yang kita sedia maklum, pengisian kurikulum ini boleh dilakukan secara bersama dengan
pengajian bahasa.

Melihat kepada Falasafah Pendidikan Kebangsaan, kecerdasan verbal – linguistik ini


lebih menyumbang kepada pembentukan keterampilan dan sahsiah murid. Menurut Thomas
dan John (2005), kecerdasan verbal-linguistik membolehkan individu untuk berkomunikasi dan
menjadi peka deria kepada dunia melalui bahasa. Oleh itu, guru perlu mendidik murid untuk
menggunakan bahasa yang betul semasa berkomunikasi sekali gus membentuk sahsiah diri
murid yang baik dan berbudi melalui pengajaran bahasa.

2.0 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU

Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah adalah berdasarkan kepada
Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran yang disediakan setiap tahun oleh kementerian bagi
membantu guru melaksanakan pembelajaran secara berkesan. Objektif khusus yang
terkandung di dalam Huraian Sukatan Pelajaran dijadikan sebagai rujukan guru untuk
menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu juga, Huraian Sukatan Pelajaran ini juga mengandungi Organisasi
Kandungan yang terdiri daripada kemahiran bahasa merangkumi Kemahiran Mendengar,
Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis; Hasil Pembelajaran, Sistem
Bahasa dan Pengisian Kurikulum.

2.1 Organisasi Kandungan

Organisasi Kandungan dalam sukatan pelajaran Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(KBSR) merangkumi pelbagai kemahiran. Secara khususnya, kami akan memfokuskan
Organisasi Kandungan kepada Kecerdasan Pelbagai iaitu salah satu kemahiran yang
terkandung dalam Kemahiran Bernilai Tambah. Kemahiran Bernilai Tambah ialah kemahiran
yang mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia
sebenar murid serta senario dunia yang global. Selain daripada Kecerdasan Pelbagai, Kajian
Masa Depan, Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, Kemahiran Berfikir dan Pembelajaran Konstruktivisme juga tergolong dalam
Kemahiran Bernilai Tambah.

Kecerdasan Pelbagai merangkumi Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Muzik, Kinestetik,


Visual-Ruang, Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis. Oleh yang demikian, guru perlu
mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang
sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai
kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

2.2 Objektif KBSR

Kecerdasan Pelbagai yang digariskan dalam objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah
Rendah (KBSR) jika dilihat merangkumi beberapa objektif yang digariskan. Antara Kecerdasan
Pelbagai yang merangkumi objektif-objektif tersebut ialah Kemahiran Verbal-Linguistik. Ia dapat
dilihat pada objektif ( ii ) iaitu bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul
dalam pelbagai situasi, Kemahiran Interpersonal pada objektif yang ke ( iii ) iaitu berbincang
dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat
keputusan tentang sesuatu perkara dan Kemahiran Intrapersonal yang dapat dilihat pada
objektif yang ke ( ix) dan ( x ) iaitu menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya
sastera dan karya berunsur ilmu dan menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif,
semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.

Objektif dalam Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah menyarankan supaya
Kecerdasan Pelbagai perlu dikembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan
gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap
individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Bagi objektif pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu tahun satu adalah diharapkan murid-murid dapat diperkembang
Kecerdasan Pelbagai setiap murid. Manakala Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu dari tahun dua hingga tahun enam adalah sama iaitu dengan merujuk kepada objektif
( ii ), ( iii ), ( ix ) dan ( x ). Hal ini menunjukkan kemahiran membaca sangat penting kepada
murid dan mereka perlu menguasai kemahiran ini sejak dari tahun satu.

3.0 KONSEP KECERDASAN PELBAGAI

Ramai para sarjana telah menakrifkan istilah kecerdasan. Menurut Ramlah dan Mahani (2004),
Piaget berpendapat bahawa kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul
dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Melalui BrainyQuote.com pula,
kecerdasan dinyatakan sebagai perbuatan atau keadaan pintar dan latihan kepada
pemahaman.

Melalui Thomas dan John (2005), Gardner menyatakan bahawa kecerdasan adalah
sebagai potensi biopsikologi untuk memproses maklumat yang boleh digunakan di dalam set
budaya untuk menyelesaikan masalah ataupun mereka produk yang bernilai dalam lingkungan
budaya tersebut.

Kemudian Gardner telah mengemukakan Teori Kecerdasan Pelbagai pada tahun 1983.
Menurut Syukri (2007), jenis kecerdasan yang ada di dalam teori ini adalah seperti; verbal-
linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan
naturalis. Setiap satu kecerdasan ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya.

Fokus kami adalah kepada kecerdasan verbal-linguistik kerana ia dilihat lebih sesuai
untuk diterapkan melalui pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Menurut Syukri (2007),
kecerdasan verbal-linguistik ialah kebolehan berfikir dengan perkataan, menggunakan bahasa
untuk menyatakan atau memahami maksud yang kompleks merangkumi pembacaan, penulisan
dan perbualan dalam bahasa sendiri atau asing. Turut ditambah oleh Thomas dan John (2005),
kecerdasan verbal-linguistik membolehkan individu untuk berkomunikasi dan menjadi peka
deria kepada dunia melalui bahasa.

Terdapat beberapa salah tanggapan mengenai teori ini. Antara lain di dalam laman web
http://myschoolnet.ppk.kpm.my menyatakan, kecerdasan adalah tetap dan setiap individu
mempunyai hanya satu jenis kecerdasan sahaja. Penyataan ini adalah tidak benar. Menurut
Sharna Olfman (2006), kebanyakan para saintis bersetuju bahawa setiap aspek kelakuan
manusia adalah hasil daripada pergaulan dan dipengaruhi oleh persekitaran. Oleh itu adalah
tidak mustahil jika kecerdasan juga turut dipengaruhi oleh persekitaran dan pergaulan individu
tersebut. Lebih-lebih lagi merujuk kepada Kamarudin dan Siti (2004), kecerdasan boleh
diperbaiki dengan berkesan melalui pendidikan dan latihan. Jelas di sini kecerdasan boleh
dipelajari dan sentiasa berubah sepanjang hayat.

Berbalik kepada konteks pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Menurut Pusat
Perkembangan Kurikulum (2003), guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid
dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan
mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

Memandangkan Kecerdasan Pelbagai adalah terletak di bawah Kemahiran Bernilai


Tambah, sudah pastinya ia tidak diajar secara terus di dalam bilik darjah. Guru seharusnya
bijak memilih kaedah pengajaran dan juga bahan yang bersesuaian, agar Kecerdasan Pelbagai
dapat diperbaiki melalui pendidikan serta latihan. Apabila kita membicarakan mengenai
matapelajaran Bahasa Melayu, sudah tentunya kecerdasan pelbagai – verbal-linguistik adalah
yang paling tepat untuk digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Terdapat
pelbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menerapkan kecerdasan ini.
Tajuk seterusnya akan membicarakan lebih mengenai cara mengaplikasikan kecerdasan
pelbagai – verbal-linguistik ini di dalam P&P.

Kecerdasan pelbagai merupakan salah satu kemahiran yang penting terdapat dalam
kemahiran bernilai tambah bagi memenuhi pengisian kurikulum dalam Sukatan Pelajaran
Malaysia. Kemahiran ini telah dimasukan di dalam kemahiran bernilai tambah supaya ianya
dapat diajar di dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan
dalam senario dunia yang global ( Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
Tahun Enam ).

Howard gardner merupakan pelopor pertama yang telah menyatakan teori kecerdasan
pelbagai ini. Menurut Gardner, kecerdasan ialah kebolehan atau keupayaan untuk
menyelesaikan masalah, mencari atau membentuk masalah yang baru dan jika bersesuain,
menghasilkan produk-produk yang bernilai dalam lingkungan konteks bidangnya (Nor Shah
Saad, 2005). Kecerdasan ini tidak berkaiatan dengan deria dan juga ianya bukan secara
semulajadi atau dipupuk. Kecerdasan ini ialah tarikan kepada dan kemahiran dengan
rangsangan tertentu. Jika seseorang itu tertarik dan mahir dengan nombor-nombor serta
hubungan-hubungan logikal antara objek, maka dikatakan orang tersebut mempunyai
kecerdasan logik-Matematik.

Kecerdasan pelbagai ini sebenarnya terbahagi kepada sembilan elemen kecerdasan


iaitu verbal-linguistik, logik-Matematik, ruang-visual, kinestetik, muzik, interpersonal,
intrapersonal, naturalis dan existential ( Khuan Wai Bing Dan Omar Abdull Kareem, 2005). Hal
ini kerana kecerdasan ini bukan berbentuk tunggal, bukan tetap dan tidak boleh diukur
sepenuhnya melalui ujian-ujian IQ.

3.1 JENIS-JENIS KECERDASAN PELBAGAI

3.1.1 Kecerdasan Verbal-Linguistik

Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang
dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka
juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca,
menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari
segi kebolehannya untuk merangsang emosi. Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan
ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta
penerangan lisan. Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik
mempunyai kecerdasan verbal-linguistik

3.1.2 Kecerdasan Logik-Matematik

Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka


menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan, cekap
menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini
menggabungkan kedua-dua kebolehan Matematik dan saintifik. Ahli Matematik, contohnya
gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli
Sains, walaupun didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata, kumpulan
ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan
pembelajaran koperatif. Ahli Matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara
komputer menunjukkan darjah kecerdasan logikal-Matematik yang tinggi
3.1.3 Kecerdasan Ruang-Visual

Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah
kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seseorang yang mempuyai
kecerdasan ini boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga
berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan
mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara,
video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta
dan gambarajah. Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik
mempunyai kecerdasan visual-ruang yang tinggi.

3.1.4 Kecerdasan Kinestetik

Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan
masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan
keseimbangan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek
dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal
seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran
motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main
peranan dan membina model. Pelakon, pereka/pencipta, penari, mekanik, atlit dan pelumba
kereta mempunyai kecerdasan kinestetik.

3.1.5 Kecerdasan Muzik

Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan
mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai
kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang
mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran
daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk
menikmati dan menghayati pengalaman muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan muzik yang
tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian,
gimnastik serta berlatarkan muzik.Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor
muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi
3.1.6 Kecerdasan Interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang
mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi
secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini
termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang
dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang
dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Murid-murid yang mempunyai
kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan
pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. Mereka yang
mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin agama dan politik,
guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat dan pekerja sosial.

3.1.7 Kecerdasan Intrapersonal

Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, dan keinginan
termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain serta mengetahui
bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai
keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip
serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain
dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian
di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal
yang baik. Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis novel, ahli
psikologi, tok guru dan ahli falsafah.

3.1.8 Kecerdasan Naturalis

Kebolehan mengenal ,mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan


haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka
yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat
antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan.. Murid yang mempunyai kecerdasan
naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi,
petani,doktor haiwan, nelayan, pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi dan aktivis
persekitaran mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi.
3.1.9 Kecerdasan Existential

Kecerdasan ini lazimnya dimiliki oleh mereka yang mempunyai kepekaan dan keupayaan untuk
menjawap persoalan yang berkaitan dengan kewujudan manusia dan kematian. Golongan ini
juga dikatakan memiliki sensitiviti yang kuat terhadap permasaalahan manusia di sekelilingnya.
Lazimnya individu yang memiliki kecerdasan ini adalah mereka yang taat kepada ajaran agama
masing-masing. Tokoh-tokoh yang memiliki kecerdasan ini termasuklah guru-guru agama islam,
iman, bilal, bomoh tradisional, sami-sami budha dan hindhu, paderi dan saintis.

4.0 APLIKASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM BILIK DARJAH.

Kecerdasan pelbagai ini sebenarnya boleh kita lihat dikalangan murid-murid yang mempunyai
pelbagai minat dan kecenderungan serta kebolehan yang berbeza. Sekiranya seseorang murid
itu dilihat tidak berjaya dalam bidang akademik dan cenderung ke arah lain seperti sukan dan
sebagainya, murid itu tidak boleh dianggap sebagai murid yang lemah. Hal ini kerana,
kecenderungan murid tersebut mungkin ke arah sukan ataupun bidang lain seperti muzik.
Begitu juga dengan kemajuan murid dalam sesuatu mata pelajaran, sesetengah murid
mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik atau Sains tetapi
lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan perkara ini sememangnya berkaitan dengan
kecerdasan yang dikemukakan oleh Howard Gardner . Menurut teori kecerdasan pelbagai ini,
murid tersebut mempunyai kecerdasan logik-Matematik tetapi lemah dalam kecerdasan verbal-
linguistik. Oleh sebab itu, seseorang pelajar itu tidak boleh dianggap gagal atau lemah
sekiranya mereka tidak cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Semasa di dalam bilik
darjah, guru harus menyedari akan kebolehan dan kecenderungan setiap pelajar mereka agar
dapat membuat persediaan pengajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar tersebut.

Melalui teori kecerdasan pelbagai ini, pelbagai cara boleh dilakukan oleh guru untuk
mengajar sekiranya mereka tahu akan kecenderungan pelajar mereka. Bagi kanak-kanak
khususnya, mereka biasanya lebih cenderung untuk belajar secara aktif seperti bermain dan
tingkahlaku mereka ini tidak boleh disekat kerana bagi kanak-kanak, proses pembelajaran
adalah bermain (Mary Mayesky, 2002). Bagi guru sekolah rendah, mereka seharusnya
memahami akan perilaku kanak-kanak pada setiap peringkat umur yang mempunyai karenah
yang berbeza. Hal ini bukan sahaja berlaku di sekolah rendah, malah sekolah menengah juga
turut menghadapi situasi seperti ini iaitu pelajar bersikap pasif dan tidak berminat dengan
proses pembelajaran terutamanya pelajar yang berada di kelas yang tercorot. Oleh itu guru
harus megambil kira keseluruhan kecerdasan tersebut dalam meyediakan bahan pengajaran
bagi mengelakan murid daripada merasa bosan dan memudahkan mereka untuk memahami
sesuatu topik yang diajar (Campbell & Dickson. ,1996). Misalnya pelajar tersebut boleh dibawa
ke padang untuk belajar mata pelajaran Matematik iaitu dengan menyuruh pelajar mengadakan
aktiviti lompat jauh dan seterusnya menyuruh mereka mengukur jarak lompatan mereka.
Melalui aktiviti ini, pelajar akan diajar tentang konsep jarak dan ukuran dalam Matematik. Hal ini
secara tidak langsung akan memudahkan kefahaman dan memberikan keseronokan kepada
pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestatik tetapi lemah dalam kecerdasan logik-Matematik.
Selain daripada contoh ini, banyak lagi kaedah yang boleh dijalankan oleh guru dalam bilik
darjah untuk memudahkan proses pengajaran mereka dan menjadikan ianya lebih bermakna
dan berkesan.

4.1 IMPLIKASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN.

Terdapat pelbagai implikasi daripada aplikasi kecerdasan pelbagai di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, antaranya ialah kesan terhadap pelajar itu sendiri dan juga guru.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa apabila kecerdasan pelbagai cuba diterapkan
ataupun diaplikasikan oleh guru-guru di dalam bilik darjah dapat memberikan kesan yang baik
kepada proses pengajaran dan mereka kepada pelajarnya. Dengan kata lain, proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna, berkesan dan menarik atau menyeronok
akan terhasil di dalam bilik darjah apabila guru mengaplikasikan kecerdasan pelbagai.

Implikasi pertama ialah kesan terhadap pelajar itu sendiri. Dalam konteks ini, kesan
yang wujud ekoran daripada penerapan ataupun apabila mengaplikasi kecerdasan pelbagai
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dapat membantu pelajar untuk memperoleh apa
yang perlu untuk kehidupan di abad yang akan datang. Dalam hal ini, pelajar-pelajar diberi
pendedahan tentang kesemua kecerdasan pelbagai yang terdapat serta pelajar-pelajar cuba
aplikasikan dengan menggunakan kemahiran berfikir untuk berfikir untuk kehidupan harian
mereka dan untuk hari yang akan mendatang. Justeru, pelajar dapat menjalani kehidupan
harian mereka dengan lebih bermakna.
Selain itu, kesan terhadap diri pelajar yang seterusnya ialah dapat membentuk
pemahaman tentang motivasi pelajar itu sendiri. Dalam konteks ini, apabila aplikasi kecerdasan
pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan baik maka, ini akan
dapat memberi sedikit sebanyak motivasi kepada pelajar untuk terus belajar. Hal ini dapat
dijelaskan lagi apabila semasa proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru, guru hendaklah
mempunyai gaya pembelajaran yang sesuai untuk diajar kepada pelajar serta memilih cara
yang paling berkesan. Dengan kata lain, guru perlu mempelbagai strategi serta memilih strategi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar lebih ramai pelajar akan dapat menerima
apa yang hendak disampaikan oleh guru. Ekoran daripada itu juga, harga diri dan kreativiti
pelajar dapat ditingkatkan serta masalah disiplin juga akan dapat dikurangkan.

Implikasi seterusnya terhadap pelajar itu sendiri ialah pelajar akan merasa lebih seronok
untuk belajar serta dapat menarik minat pelajar untuk belajar di sekolah. Dalam konteks ini,
aplikasi kecerdasan pelbagai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat
menarik minat pelajar untuk belajar. Sedia kita maklum bahawa, tahap kecerdasan antara
pelajar-pelajar adalah dengan berbeza, apabila guru dapat mengaplikasikan pengajaran
dengan pelbagai tahap kecerdasan maka tidak berlaku pengasing semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Secara tidak langsung pelajar akan berasa seronok belajar dan
dapat menarik minat pelajar untuk belajar serta pelajar akan berasa diri mereka dihargai apabila
tidak berkaku pengasingan ataupun perbezaaan kecerdasan. Justeru masalah ponteng
daripada kelas mungkin tidak berlaku apabila pelajar berasa seronok untuk belajar.

Kesan terhadap guru apabila kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah guru mengetahui pengaruh terhadap kecerdasan pelajar-pelajar serta dapat
menerima variasi kecerdasan daripada pelajar-pelajar. Dalam konteks ini, kecerdasan boleh
dipupuk dan boleh dipengaruhi oleh pengalaman, budaya, dan faktor motivasi. Justeru, guru
dapat mengenalpastikan kecerdasan pelajar mengikut tahap masing-masing dengan
pengetahuan sedia ada guru yang mengetahui kecerdasan pelajar dipengaruhi oleh
pengalaman, budaya, dan juga faktor motivasi. Jadi, ini akan memudahkan para guru untuk
menilai pelajarnya yang mempunyai kecerdasan yang berbeza serta guru dapat
menggembangkan bakat sedia ada pelajar semasa mengaplikasikan pengajaran dan
pembelajarannya di dalam bilik darjah.
5.0 CADANGAN DAN PENDAPAT.

Pembangunan dan persaingan dalam bidang pendidikan pada masa sekarang adalah
sangat pesat terutamanya dalam dunia yang tanpa sempadan ini ataupun dikenali sebagai era
globalisasi. Bidang pendidikan juga turut berubah termasuklah komponen-komponennya iaitu
kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran secara konvensional tidak
lagi rasional untuk dijalankan dan perubahan cara pembelajaran ini adalah amat wajar selaras
dengan pemikiran pelajar ataupun generasi pada masa sekarang. Merujuk kepada teori
kecerdasan pelbagai ataupun multiple inteligent ini, pelajar dilihat akan lebih berdikari dan aktif
dalam pembelajaran. Hal ini kerana dalam teori kecerdasan pelbagai ini, guru akan
menggunakan bahan atau aktiviti pengajaran berdasarkan kecenderungan pelajar mereka dan
ianya secara tidak langsung akan menjadikan pembelajaran itu menyeronokan dan bermakna
kepada pelajar tersebut. Hal ini sesuai dengan strategi pengajaran yang disarankan oleh KBSM
iaitu pengajaran yang berpusatkan pelajar. Walau bagaimanapun guru sememangnya
memainkan peranan penting untuk membantu pelajar mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ( Kamarudin Hj. Husin, 1998). Interaksi yang berkesan antara guru dan pelajar
sememangnya diperlukan supaya kedua-dua pihak dapat saling memahami antara satu sama
lain bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru perlu memahami
pelajar untuk mengetahui minat, kecenderungan, dan kebolehan pelajar mereka manakala
pelajar pula perlu memberi kerjasama terhadap guru mereka bagi melancarkan proses
pembelajaran ini. Teori kecerdasan pelbagai ini sesuai dijalankan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ianya akan memudahkan guru untuk membina dan merancang bahan
pengajaran.
6.0 KESIMPULAN.

Sebenarnya banyak lagi teori dan strategi pembelajaran yang telah dikemukakan untuk
meningkatkan lagi mutu pendidikan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Antara strategi pembelajaran yang menarik dan dilihat berkesan ialah
strategi pembelajaran koperatif yang turut menekankan kepada penglibatan pelajar yang aktif
dalam proses pembelajaran. Selain itu juga, guru harus memastikan tidak ada pelajar yang
tercicir semasa proses pembelajaran berlangsung supaya tidak ada murid yang ketinggalan
dalam memahami sesuatu topik yang diajar. Penglibatkan murid yang aktif dalam pembelajaran
ini sememangnya amat digalakkan dalam sesutu proses pembelajaran kerana melalui
penglibatan murid ini, mereka akan dapat belajar sesuatu perkara berdasarkan pengalaman
yang pernah mereka lalui sepanjang proses pembelajaran tersebut. Selain dari strategi
pembelajaran koperatif, banyak lagi strategi-strategi pembelajaran lain yang dapat membantu
pelajar untuk belajar dan guru untuk mengajar seperti strategi pembelajaran kontekstual,
pembelajaran masteri dan lain-lain. Walaupun begitu, teori kecerdasan pelbagai ini
sememangnya tidak boleh diabaikan oleh guru kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan
manfaatnya terutamanya semasa guru hendak berhadapan dengan pelajar pada masa
sekarang yang mempunyai pengetahuan yang diluar jangkaan guru dan sememangnya
memiliki kecenderungan yang berbeza antara satu sama lain.
Bibliografi

Anne Guignon (2008), Multiple Intelligences: A Theory for Everyone [Online]. Diperoleh Februari
10, 2008 dari World Wide Web: http://www.education-world.com/a_curr/curr054.shtml

Brainyquote.com (2008) [Online]. Diperoleh Februari 5, 2008 dari World Wide Web:
http://www.brainyquote.com/words/in/intelligence179466.html

Campbell, Campbell & Dickison (1996) Teaching And Learning Through Multiple Intelligences.
Massachusetts, USA: Allyn & Bacon.

John W.Santrock (2007), Education Psychology. Edisi Ketiga. University of Texas: Mc Graw Hill
Higher Education.

Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Bahasa Melayu tahun 5.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamarudin Husin (1998), Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Serdang: Kumpulan Budiman.

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (2004), Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur:
Kayazano Enterprise.

Kasmini Kassim (1992), Memahami Jiwa Kanak-Kanak. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Syarikat S.
Abdul Majeed.

Kecerdasan Pelbagai (2008) [Online]. Diperoleh Februari 5, 2008 dari World Wide Web:
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/multiple/definisi.htm

Khuan Wai Bing Dan Omar Abdull Kareem (2005) Pemikiran Dan Kreativiti :Aplikasi
Dalam Latihan Dan Pembangunan. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd

Mary Ann Christison (1998), Applying Multiple Intelligences Theory In Preservice and Inservice
TEFL Education Programs (Vol 36 No 2, April - June 1998) [Online]. Diperoleh Februari 10,
2008 dari World Wide Web: http://exchanges.state.gov/forum/vols/vol36/no2/p2.htm
Noor Shah Saad (2005) Pengajaran Matematik Sekolah Menengah & Sekolah Rendah: Teori
Dan Pengkaedahan. Petaling Jaya: Harmoni Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), Sukatan Matapelajaran Kurikulum Sekolah Rendah –


Bahasa Melayu [Online]. Diperoleh Ogos 30, 2007 dari World Wide Web:
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/bm/kbsr/sp_bm_kbsr.pdf

Ramlah Jantan Dan Mahani Razali (2004), Psikologi Pendidikan – Pendekatan Kontemporari.
Edisi Revisi. Tanjong Malim: Mc Graw Hill Education.

Sharna Olfman (2006), No Chilid Left Different. London: Praeger.

Syukri Zain (2007), Pengantar Pemikiran. Tanjong Malim: Quatum Books.

Thomas Armstrong (2008), Multiple Intellingence [Online]. Diperoleh Februari 10, 2008 dari
World Wide Web: http://www.thomasarmstrong.com/ multiple_intelligences.htm

Thomas Fetsco dan John McClure (2005), Education Psychology An Intergrated Approach To
Classroom Decisions. Northen Arizona Universiti: Pearson, Allyn & Bacon

.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Mata pelajaran : Bahasa Melayu


Darjah : 2 Tekun
Bilangan murid : /26 orang
Tarikh : 8 April 2009
Hari : Rabu
Masa : 10.35 pagi-11.35 pagi (1 jam)
Tema : Destinasi Perlancongan
Tajuk : Taman Rama-rama. (Cerita “Terbang Si- Rama-rama”)
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1. Murid dapat bercerita dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2. Mencantum 5 keratan perkataan dan membina 5 ayat tunggal


daripada perkataan tersebut

3. Membina sekurang-kurangnya 5 ayat majmuk dengan kata hubung


yang betul.

Fokus Utama/ Hasil Pembelajaran Huraian Hasil Pembelajaran

5. 2
Aras 2
Membaca kuat teks atau prosa dengan
(i) Membaca teks bahan sastera dan bukan
sebutan dan intonasi yang betul.
sastera dengan sebutan dan gaya intonasi
yang betul.
Fokus Sampingan Huraian Hasil Pembelajaran

8.1 Aras 2
Membina dan menulis perkataan, ayat (i) Melengkapkan ayat majmuk dengan kata
tunggal dan ayat majmuk. hubung yang sesuai
Pengetahuan sedia ada : Berdasarkan pengajaran yang lepas, dan pembacaan.
Kemahiran bahasa : 1. Membaca dan memahami
2. Menulis
Sistem Bahasa: 1.Tatabahasa
• Kata nama khas
• Kata nama am
• Kata hubung
• Ayat tunggal
• Ayat majmuk
2.Sebutan dan intonasi
• Ayat biasa
3. Kosa kata
• Berlari-lari
• Menangkap
• Bertanding
• Dibina
Pengisian Kurikulum : 1. Ilmu
• Pendidikan Moral
2. Nilai Murni
• Menyayangi alam sekitar

3. Kewarganegaraan
• Berusaha dan Produktif
4. Kemahiran Benilai Tambah
• Kemahiran Berfikir
• Menganalisis maklumat
Kemahiran Bernilai Tambah : 1. Kemahiran Berfikir
• mengenalpasti idea utama dan idea sokongan

2. Kecerdasan Pelbagai

• Verbal lingustik

• Kecerdasan muzik
Bahan Bantu Mengajar : Buku Teks, paparan slide, lembaran kerja, keratan cantuman
perkataan.

Langkah/ Isi pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid


Catatan
Masa

Set Paparan slide/ 1. Guru 1. Murid melihat


BBM: Paparan
induksi videoTaman Rama- memaparkan slide/ paparan
(5 minit) rama. video “Taman slide/video. Slide/ video
Tajuk Pelajaran: Rama-Rama”
“Taman Rama-
Guru
memperkenalkan 2. Guru 2. Murid rama”
tajuk pelajaran memperkenalkan mendengar tajuk
pada hari ini tajuk pelajaran hari pelajaran yang
“Terbang Si Rama- ini ialah sebuah berkaitan iaitu “
rama”. cerita bertajuk Terbang Si Rama-
“Terbang Si Rama- rama”.
rama.

Langkah1 Bercerita tentang 1. Murid 1. Murid bersoal


BBM: Lembaran
(10 minit) sebuah cerita yang menerima jawab tentang
bertajuk “ Terbang lembaran cerita sajak. Cerita:
Si Rama-rama” yang diedarkan “Terbang Si
dengan sebutan oleh guru. 2. Murid
intonasi dan gaya mendengar Rama-rama”
sebutan yang betul. 2. Murid diminta penerangan
• Guru membaca daripada guru
mengedarkan sekali imbas tentang cara-cara
lembaran cerita cerita yang bercerita dengan
kepada setiap terdapat dalam betul.
murid. lembaran. Nilai:
• Guru 3. Murid bercerita
keterampilan,
menerangkan secara kelas,
cara-cara kumpulan, dan keyakinan diri.
bercerita individu.
dengan intonasi
yang betul.
• Guru bersoal
jawab dengan
murid.
Langkah 2 Membina ayat 1. Murid 1. Murid berada
ABM : Kad
( 10 minit) tunggal daripada dibahagikan kepada dalam 6
perkataan yang 6 kumpulan. kumpulan. imbasan
dihitamkan
perkataan
2. Murid diminta 2. Murid
menyebut perkataan menyebut
yang dihitamkan perkataan yang
Berfikir :
secara kelas, dihitamkan
Contoh perkataan: kumpulan dan secara kelas, Menjana idea
individu. kumpulan dan
dan
- berlari-lari individu.
- menangkap 3. Guru 3. Murid perkembangan
- bertanding menerangkan mendengar
idea.
- dibina penerangan ayat penerangan guru
tunggal. tentang ayat Kecerdasan
tunggal.
pelbagai :
• 4. Murid diminta 4. Murid diminta
membina ayat membina ayat interpersonal
tunggal daripada tunggal daripada
perkataan yang perkataan yang
dihitamkan. dihitamkan.

Contoh ayat
tunggal :
-Murid berlari-lari di
padang

Langkah 3 Membina ayat 1. Setiap kumpulan 1.Wakil murid


BBM : Kad
(15 minit) majmuk daripada dikehendaki menampal dan
kata hubung yang membina empat membentangkan imbasan, kad
diberikan ayat majmuk ayat majmuk yang
perkataan ayat
berdasarkan telah siap dibina
Contoh: perkataan yang
digariskan dalam 2.Murid menyebut
Kemahiran
1. dan cerita dengan kata hubung yang
2. tetapi menggunakan kata ditunjukkan oleh berfikir :
3. kerana hubung yang diberi. guru.
menjana idea
4. supaya
5. sambil 2.Murid mendengar
penerangan guru
tentang kata
Perkataan bergaris: hubung.
-hinggap
-terbang 3. Murid diminta
-gembira membina ayat
-cantik majmuk daripada 3. Murid membaca
kata hubung yang ayat majmuk yang
telah dipelajari dibina secara
dengan bimbingan kelas, kumpulan
guru. dan individu

Langkah 4 Latihan 1. Guru 1. Murid menerima


BBM :
(15 minit) Pengukuhan mengedarkan lembaran kerja
Dalam lembaran lembaran kerja untuk latihan Lembaran Kerja
kerja. sebagai individu sebagai
pengukuhan tentang menguji
pembelajaran hari kefahaman
ini. tentang
pembelajaran.
2. Murid diminta 2. Muird membuat
membuat 10 soalan latihan dalam
berdasarkan lembaran kerja
pengajaran hari ini. yang disediakan.

Penutup Bersoal jawab 1. Bersoal jawab 1. Murid BBM:


( 5 minit) Nyanyian lagu tentang isi memyanyikan lagu - Senikata lagu
“Rama-Rama” pelajaran pada “Rama-rama” ”Lagu Rama-
Seni Kata hari ini bersama-sama rama”.
guru sambil
Dari ulat jadi Contoh soalan membuat Slaid lagu
kepompong, Hidup a. Apakah kata pergerakan. ”Rama-rama
tidur dalam hubung yang
kepompong. telah kita .
Sampai masa pelajari hari
kepompong pecah ini?
‘pop” b. Nyatakan
Jadi rama-rama contoh ayat
yang indah. majmuk yang
dipelajari hari
Rama-rama ini.
terbang 2. Guru membuat
melata,Sungguh rumusan
cantik aneka tentang isi
warna,Hisap madu pelajaran yang
di pohon bunga, telah dipelajari.
Tapi sayang hidup
tak lama.
Refleksi :
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

You might also like