You are on page 1of 4

Skrip Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2009.

Tarikh : 17 Ogos 2009


Tempat: Dewan Teknokrat, SMTKK
Masa : 2.00 – 5.10 petang.

BIL SEGMEN SKRIP CATATAN


1 Pelajar dan Assalamualaikum w.b.t , salam merdeka dan salam
guru 1 Malaysia.
berkumpul
Pada hari ini, kita berkumpul di Dewan Teknokrat
ini demi satu tujuan yakni untuk menyemarakkan
2.00-2.30 ptg sambutan Bulan Kemerdekaan Negara kali ke-52.

Pada hari ini kita akan bersama-sama menjayakan


majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan dengan
pelbagai acara menarik antaranya:

i) Tayangan dokumentari “Detik


Kemerdekaan 1957”
ii) Tayangan Perdana filem “Bukit
Kepong”.
iii) Peraduan kuiz berkaitan filem Bukit
Kepong.
iv) Cabutan bertuah.

Sementara kita menantikan ketibaan tuan pengetua


kanan. Sama-samalah kita menghayati alunan lagu-
lagu patriotik sebagai halwa telinga.

2 Ketibaan Assalamualaikum w.b.t


Pengetua
Kanan Para pelajar dan guru dipersilakan berdiri bagi
menghormati ketibaan Tuan Pengetua Kanan, para
2.30-2.35 ptg penolong kanan dan para guru.

i) Nyanyian lagu ‘Negaraku’


ii) Nyanyian lagu ‘1 Malaysia’(lagu tema)

Para hadirin dijemput duduk.

3 Tayangan Assalamulaikum w.b.t


dokumentari
‘Detik Kepada Tuan Pengetua Kanan SMTKK, Tuan Haji
Kemerdekaan Abd Aziz bin Samshuddin, Penolong Kanan, En
1957” Abdul Rahim b Jailani, Penolong Kanan HEM, En
Jamal bin Syed Ramly, Penolong Kanan
Kokurikulum, En Rosli bin Ahmad Ramly, Guru-
2.35-2.40 ptg guru Kanan, Para Ketua Panitia, Ketua-ketua
Bengkel, Pengurus Projek Sambutan Bulan
(Durasi : Kemerdekaan, guru-guru, para pelajar dan hadirin
4:30) sekalian.

Tuan-tuan dan puan-puan.

Dengan tema kemerdekaan “1 Malaysia, Rakyat


didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Kini, kita
telahpun merdeka selama 52 tahun. Pada usia 52
tahun kemerdekaan negara pelbagai peristiwa pahit
manis telah negara kita lalui. Pelbagai cubaan dan
cabaran telah kita rempuhi dengan semangat satu
Malaysia. Meskipun telah jauh kita berjalan ,
namun janganlah kita melupakan sejarah
perjuangan generasi terdahulu. Sebagai tanda kita
mengingati dan menghargai perjuangan generasi
lama marilah kita saksikan dan menghayati
tayangan dokumentari “Detik Kemerdekaan 1957”
sebagai pembuka majlis.

Begitulah tadi tayangan dokumentari “Detik


Kemerdekaan 1957” sebagai pembuka minda.
Semoga kita dapat menghayati dan menghargai
detik tersebut sebagai detik penting dalam sejarah
negara.
4 Bacaan Doa Untuk memberkati majlis kita pada petang ini
dijemput al fadhil ustaz Ahmad Salman
2.40-2.45 ptg Untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Al fadhil ustaz.


5. Ucapan Hadirin yang dihormati
pelancaran
Bulan Kini kita sampai ke acara seterusnya. Majlis
Kemerdekaan. dengan segala hormat menjemput tuan Pengetua
Kanan SMTKK, Tn Hj Abd Aziz bin Samshuddin
untuk memberikan sepatah dua kata dan seterusnya
2.45-3.00 ptg melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan
peringkat sekolah bagi tahun 2009. dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan Pengetua


Kanan kerana sudi menyempurnakan pelancaran
sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah
tahun 2009. Semoga dengan itu, akan
bersemaraklah semangat cintakan negara pada
setiap sanubari warga SMTKK.
6 Tayangan Hadirin sekalian.
perdana filem
“Bukit Kini kita sampai kepada acara kemuncak pada hari
Kepong” ini dengan tayangan perdana filem “Bukit
Kepong”. Marilah kita sama-sama saksikan dan
3.00-4.30 hayati filem arahan dan lakonan Tan Sri Jins
petang Shamsuddin ini. Saya ingin mengingatkan kepada
para hadirin semua jawapan kepada soalan kuiz
(durasi : 1 jam kita pada hari ini terdapat di dalam filem ini.
30 minit) Malahan saya juga ingin mewarwarkan bahawa
pada hari ini juga kita akan membuat cabutan
bertuah selepas tayangan filem ini. Tiket cabutan
bertuah itu merupakan borang kuiz yang akan
hadirin hantar selepas tayangan nanti.

Begitulah tadi hebatnya filem Bukit Kepong.


Diharapkan filem tersebut memberikan kesan
kepada hati kita untuk lebih menghargai
kemerdekaan yang sedang kita kecapi kini.
7 Ucapan Hadirin sekalian,
Pengurus Seterusnya, majlis mempersilakan pengurus projek
Projek Bulan sambutan Bulan Kemerdekaan untuk memberikan
Kemerdekaan sedikit makluman kepada hadirin berkenaan
pengisian program sepanjang Bulan Kemerdekaan
4.30-4.45 ptg pada tahun ini. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada cikgu Syed Zaman


atas maklumat tadi. Maka marilah kita sama-sama
menjayakan setiap program yang telah pihak
sekolah sediakan untuk pelajar sekalian.
8 Cabutan Kini kita sampai kepada acara yang ditunggu-
bertuah. tunggu, yakni acara ‘Cabutan Bertuah’. Untuk itu
majlis menjemput Penolong Kanan, En Abdul
4.45-5.00 ptg Rahim Jailani untuk mengiringi Tuan pengetua
kanan untuk menyempurnakan majlis.
Dipersilakan.

Dipersilakan tuan pengetua untuk mencabut 3


borang bertuah murid dan 3 borang bertuah guru.

Cabutan Bertuah :
i) 3 cabutan bertuah murid.
ii) 3 cabutan bertuah guru.
Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua dan
Penolong Kanan.
9 Penutup dan Begitulah tadi meriahnya majlis sambutan “Bulan
bersurai. Kemerdekaan” ingatlah ini baru sahaja permulaan.
Diharapkan sambutan ini akan sentiasa
5.00-5.10 ptg bersemangat dan hangat sepanjang sambutan
bermula pada hari ini hinggalah pada penutupnya
pada...........September.

Sebagai penutup majlis, hadirin dipersilakan berdiri


untuk kita sama-sama menyanyikan dengan penuh
semangat lagu ‘Tanggal 31’ yang dipopularkan oleh
allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad dan lagu
‘Jalur Gemilang.’ Dipersilakan.

You might also like