You are on page 1of 10

REKA CIPTA

PENGENALAN REKA CIPTA


Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurna
melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahan
dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan serta
minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusia
akan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluan-keperluan yang
pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka
dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab.

1.1 Definisi
Menurut kamus Dewan Bahasa reka cipta membawa maksud penghasilan
suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia
ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang .Proses reka
cipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap
atau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatu
masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam
bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.

Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan
mempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti
grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus,
elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran.

Rajah 1.1 Manusia zaman batu mereka cipta perkakas dan alat memburu
menjadi
bentuk yang selesa dipegang atau dibaling
1.2 Sejarah Perkembangan Reka Cipta
Sejarah perkembangan reka cipta berkait rapat dengan sejarah
manusia.Proses penciptaan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Reka cipta telah
wujud seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Namun tiada rekod yang
dapat menyatakan dengan tepat bila reka ciptaan pertama dihasilkan. Pernahkah
anda berhenti sejenak untuk menelaah tentang kewujudan artefak – artefak yang
telah direka cipta oleh seseorang pada suatu masa dahulu dan mengapa
rekabentuknya sedemikian rupa dan mengapa alat-alat itu wujud. Persoalan ini ada
kaitan dengan rekaan masa kini, ada rekaan yang diinovasi untuk disesuaikan
dengan keperluan dan persekitaran masa kini.

Rajah 1.2(a): Rekaan Telefon Awal Rajah 1.2(b): Rekaan Telefon Hari
Ini

.1TI 1.1
Manusia pada zaman batu hidup sebagai nomad. Zaman itu dikenali Zaman
Prarevolusi Industri. Barangan keperluan harian dibuat sendiri termasuk senjata
seperti kapak batu dan lembing.

Pada abad ke-17 iaitu Zaman Revolusi Industri, manusia berjaya mencipta
peralatan dan mesin yang dapat memudahkan kerja mereka. Manusia di zaman itu
menghasilkan alatan logam, kerja anyaman dan ukiran. Sistem pembuatan
domestik ini dikendalikan dengan menggunakan tangan dan kaki. Pada abad ke-18
dikenali sebagai Zaman Revolusi Industri Pertama, ketika inilah enjin stim telah
dicipta oleh James Watt dan diinovasikan oleh George Stephenson yang
menjadikannya lebih baik. Kehidupan manusia menjadi semakin kompleks dan
maju, zaman berubah dan dikenali pula sebagai Zaman Revolusi Industri Kedua.
Manusia banyak bergantung hidup kepada tenaga elektrik, manusia mula mencipta
radio transistor dan komputer yang semakin luas penggunaannya.

Pelbagai pendapat berkaitan reka cipta dan zaman perubahannya. Ada


pendapat menyatakan bahawa reka cipta telah bermula sebelum tahun masihi lagi,
antara rekaan awal ialah alat "Skru Archimedes” ciptaan Archimedes pada tahun
212 SM. Ramai pereka cipta telah menghasilkan pelbagai ciptaan untuk kegunaan
manusia Ciptaan berasaskan teknologi menjadi pendorong utama dalam bidang
reka cipta sehingga kini. Antara pereka cipta terkemuka ialah, Richard Trevithick
membina keretapi wap pertama pada tahun 1804, Alexander Graham Bell
dengan hasil ciptaannya iaitu telefon pada tahun 1876.

Setiap perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu ciptaan, adalah untuk


memenuhi keperluan serta kehendak manusia yang tiada hadnya. Anda biasa
melihat barang-barang seharian yang anda gunakan daripada perabot, pakaian,
alat-alat elektrik sehinggalah kepada berus gigi. Kebanyakan daripada alat-alat
yang anda gunakan dalam kehidupan seharian anda telah direka cipta oleh orang-
orang tertentu. barangan ini dapat memberi maklumat berkaitan
rekaannya apabila anda mengkajinya dengan teliti.

INVENSI DAN INOVASI

Invensi adalah proses mereka atau memikir dan menghasilkan sesuatu


penemuan baru dengan daya usaha sendiri dengan cara melakukan aktiviti
eksperimen memikir dan menjalankan penyelidikan. Penglibatan daya fikir yang
tinggi dan mendapat kepuasan pereka walaupun kadang-kadang ia tidak mendapat
nilai komersial.

Inovasi adalah pengubahsuaian kepada produk tersebut supaya ia menjadi


lebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah produk itu direka cipta.
Inovasi juga merupakan satu proses yang kompleks memperkenalkan idea baru
yang melibatkan usahawan dalam pembuatan produk. Menitik beratkan nilai
praktikal berbanding inovatif.

Rajah 1.3: Reka Cipta Mesin Taip Yang Mengalami Inovasi


1.4. Evolusi Reka Cipta

Keperluan manusia semakin berubah, reka cipta menjadi semakin penting


kerana memenuhi permintaan masyarakat yang menjadi semakin kompleks. Bagi
memenuhi permintaan masyarakat ini para pereka cipta bersifat lebih profesional,
malahan reka cipta telah mula menjadi sebagai kerjaya yang tersendiri. Sebagai
contoh kereta zaman ini merupakan suatu perkembangan daripada rekaan yang
lebih awal. Teknologi motor telah menjadi semakin maju yang membawa
kecekapan, ekonomi dan ciri keselamatan yang lebih baik. Reka cipta
dan reka bentuk kereta yang menggunakan plastik dan aloi aluminium telah
mengurangkan berat dan peningkatan mutu dalam reka bentuk enjin telah
menghasilkan prestasi yang lebih baik. Evolusi dalam reka cipta dapat dilihat dalam
penemuan-penemuan dan perkembangan-perkembangan dalam sains dan
teknologi. Perubahan dalam reka cipta dapat dilihat, contohnya persekitaran tempat
tinggal yang semakin baik dan berkualiti, perubahan dalam dunia fesyen, gaya
berpakaian dan evolusi dalam industri muzik. Sekiranya anda menghayati
perubahan dalam reka cipta kita akan lebih memahami keadaan-keadaan yang
merangsang para pereka cipta. Ia termasuklah bahan-bahan yang digunakan
dalam rekaan mereka , teknik-teknik
dalam rekaan, kos yang terlibat, masa dan keinginan pereka memenuhi permintaan
masyarakat.

Rajah 1.4 (a): Daimler dengan kereta pertama menggunakan empat roda yang kini
mengalami evolusi dalam reka cipta
Rajah 1.4 (b): Barangan/Peralatan Yang Mengalami Evolusi

PEREKA DAN HASIL CIPTA


Ciptaan-ciptaan baru dapat memberikan cabaran kepada para pereka cipta.
Jika kita lihat kereta yang pertama dicipta kelihatan seperti kereta kuda. Para pereka
cipta dan orang-orang yang membeli kereta awal mungkin rasa selamat dengan
rekaan yang biasa dilihat. Pereka cipta terkemuka sama ada dari dunia barat atau
timur telah memberikan sumbangan besar kepada kehidupan manusia sejagat.
Potensi seseorang pereka cipta boleh dilihat melalui pemerhatian dan hasil kerja
yang dihasilkan.Tingkah laku, sikap, keyakinan diri dan sifatnya antara ciri-ciri yang
boleh menggambarkan minat seseorang dan potensi yang ada dalam
dirinya. Manusia dijadikan dengan pelbagai kecerdasan, minat yang berbeza dan
kebolehan yang tersendiri, itulah fitrah kejadian manusia. Seseorang yang
berpotensi untuk mereka cipta mempunyai ciri-ciri berikut:

(a) Berminat kepada sesuatu yang baru, sama ada barangan atau peralatan
kegunaan harian, perindustrian dan juga barangan yang ada kaitan dengan
teknologi.
(b) Melihat sesuatu perkara atau permasalahan daripada pelbagai persepsi.
(c) Sentiasa berminat untuk menghasilkan sesuatu produk.
(d) Seorang yang kreatif dalam menyuarakan idea dan pendapat.
(e) Sukakan cabaran dan tidak akan berpuas hati terhadap apa yang diangggap
normal
atau kebiasaan.
(f) Seorang yang sukakan kegiatan-kegiatan yang kompleks dan mencabar
minda.
(g) Memiliki sikap yang positif dan tidak takut mengambil risiko.
(h) Berkebolehan membuat perkaitan dan perbandingan di antara apa yang
telah diketahui
dengan apa yang baru dipelajari.
Rajah 1.5 (a): Benz Bapa Kereta Rajah 1.5 (b): Enjin Kereta Benz

John McAdam (1756-1836) Pencipta Penurapan Jalan Cara Moden


Rajah 1.5 (c): Pereka Cipta dan Hasil Cipta

1.6 Contoh Reka Cipta dan Inovasi

Reka cipta memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia.


Kriteria reka cipta yang dihasilkan hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut; mudah
digunakan, mudah dikawal, mudah disenggara, selamat digunakan, tahan lasak,
saiz dan bahan yang bersesuaian dan harga yang berpatutan. Di samping dapat
membantu menyelesai dan memudahkan sesuatu masalah, reka cipta dapat
membuka peluang pekerjaan bagi membantu manusia mencapai taraf hidup yang
tinggi.

Reka cipta dan inovasi dalam bidang pendidikan:

(a) Satu ketika dulu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi mudah dan
menarik
menggunakan papan kapur, kemudian berubah menggunakan white board
dan pen marker, tidak lama selepas itu para pendidik beralih menggunakan
perisian tertentu dengan bantuan komputer dan projector liquid-crystal
display (LCD) pula.
(b) Hasil lukisan dicetak menggunakan mesin pencetak (plotter) dan perisian
reka bentuk
berbantu komputer (CAD). Pelajar dapat mempelajari teknologi di samping
mendapat pengalaman dalam bidang kejuruteraan dan reka bentuk.
(c) Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan melalui persidangan
terus-
menerus di seluruh dunia. Pendidikan jarak jauh diperkenalkan di samping
meningkatkan kaedah serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

(a) (b)
Rajah 1.6 (a) & (b): Komputer adalah antara hasil reka cipta yang membantu
dalam
bidang pendidikan

Reka cipta dan inovasi dalam bidang pengangkutan:

(a) Kenderaan moden masa kini menjadi semakin efisien berbanding di peringkat
awak kenderaan dicipta. Hasil inovasi ini tidak mencemarkan alam sekitar
serta tidak mengeluarkan bunyi bising.
(b) Terciptanya kereta api elektrik bukan sahaja lebih laju dan memendekkan
tempoh
perjalanan malahan mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya.
(c) Pengangkutan yang semakin digemari ramai ialah pengangkutan udara,
membolehkan manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain
dengan cepat.

Reka cipta dan inovasi dalam bidang komunikasi:

(a) Manusia boleh berhubung hampir ke semua tempat di seluruh dunia ini
menggunakan telefon. Terciptanya telefon tanpa wayar (mobile phone)
memudahkan lagi manusia berhubung di antara satu sama lain.
(b) Pada masa kini walaupun hanya berada di dalam rumah kita boleh mendapat
maklumat
dari seluruh dunia menggunakan internet.
(c) Terciptanya alat komunikasi yang canggih, kita boleh berhubung dengan
beberapa
orang secara serentak. Inovasi di dalam bidang komunikasi ini memberikan
kemudahan kepada ahli perniagaan, ahli politik, pasukan angkatan tentera
dan para pendidik serta kepada semua ahli masyarakat umumnya.

Reka cipta dan inovasi dalam bidang pembinaan:

(a) Lebuh raya yang dibina bertujuan memudah dan mempercepatkan tempoh
perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

(b) Pembinaan dan rekaan bangunan pencakar langit seperti Kuala Lumpur
Convention
Centre (KLCC) yang unik bertujuan menampung keperluan masa kini. Inovasi
membentuk atau mengubah melalui perubahan yang mendadak, radikal
atau perubahan pada keseluruhan produk; membuat yang baru.

Perubahan yang berlaku melalui inovasi sangat sedikit, ini adalah kerana:

(a) Inovasi memerlukan orang yang mempunyai keupayaan yang istimewa, iaitu
dapat melihat masalah lalu dan menghasilkan satu penyelesaian.
(b) Inovasi melibatkan risiko yang tinggi dari segi kewangan jika berlaku
kegagalan.
(c) Inovasi melibatkan ancaman keselamatan terhadap pereka atau hasil kerja
dari
penentang perubahan.
(d) Inovasi memerlukan keyakinan sepenuhnya terhadap idea yang dilahirkan.
(e) Inovasi memerlukan pemantapan beberapa bentuk sistem paten yang
menawarkan
insentif dan perlindungan kepada pencipta.

Penemuan dan penggunaan sains dan teknologi umumnya dianggap sebagai


punca utama berlakunya perubahan. Perubahan yang berlaku dalam hidup kita
ditentukan sebahagian besarnya oleh keadaan ekonomi, badan korporat, karajaan
dan institusi sosial. Mereka ini menentukan bagaimana dan di mana sejumlah besar
wang orang ramai dan syarikat dibelanjakan.

Rajah 1.6 (c): Inovasi Dalam Reka Cipta Mesin Taip

Perubahan adalah sesuatu yang berterusan. Idea dan barang baru


menggantikan
yang lama. Perubahan dalam satu bidang pastinya akan membawa kepada
bidang yang lain. Apabila bangun sahaja daripada tidur keesokkan paginya, kita
dapati dunia ini tidak sama seperti yang ada pada hari sebelumnya.
Semenjak bermulanya tamadun, manusia telah berusaha untuk memperbaiki
kehidupan mereka dengan mencipta (inovasi) dan sentiasa memperelok (evolusi)
peralatan, bahan dan cara mereka membuat sesuatu.

• Reka cipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian


sesuatu produk menjadi lebih sempurna bagi memenuhi kehendak pengguna.
• Reka cipta boleh melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan inventif.
• Reka cipta dapat meningkat serta mengubah cara hidup dan kebudayaan
manusia.
• Bidang reka cipta member peluang kepada manusia berfikiran lebih kreatif,
produktif, dapat menyelesaikan masalah dengan lebih bijak dan berkesan.
• Reka cipta amat berguna kepada manusia serta mampu menyumbang ke
arah kemajuan teknologi, bidang pendidikan, memudahkan
komunikasi,meningkatkan bidang pembinaan dan dapat memupuk
masyarakat berpengetahuan dan bertamadun.
• Reka cipta mewujudkan masyarakat yang berdaya saing, mengubah corak
kehidupan manusia menjadi lebih bersistem, bersosial dan bersikap lebih
mesra alam dan mesra pengguna.

Idea · Alternatif pelbagai idea yang dihasilkan bagi sesuatu penyelesaian


masalah.

Teknologi · Aktiviti yang melibatkan sains dan seni mekanik bagi menghasilkan
sesuatu
produk.

Invensi · Proses mereka, memikir dan menghasilkan sesuatu penemuan


baru dengan
daya usaha sendiri dengan cara melakukan eksperimen, memikir dan
menjalankan penyelidikan.

Inovasi · Proses pengubahsuaian dengan menambah fungsi sesuatu produk


supaya ia
menjadi lebih bertenaga atau bermakna.

Evolusi · Membentuk, membesar atau berubah melalui sedikit perubahan yang


berlaku
selama beberapa generasi.

You might also like