You are on page 1of 1

Maksud psikomotor ialah perkembangan kemahiran dan kebolehan otot fizikal dan afektif ialah

perkembangan sikap dan nilai


manakala kognitif pula ialah perkembangan kemahiran intelek.
izzaty

Posts: 4
Joined: 2009-01-16, 02:19:59 pm
Top
OBJEKTIF PSIKOMOTOR

Aspek psikomotor adalah berkaitan dengan pergerakan anggota fizikal. Guru-guru


yang mengajar pendidikan jasmani akan mendapati pengawalan pergerakan
anggota sebagai suatu tumpuan utama dalam pengajaran dan latihan. Pada
peringkat prasekolah dan sekolah rendah, kanak-kanak diasuh untuk bagi
menguasai pergerakan yang biasa dalam kehidupan, dalam senaman. Di samping
itu, murid-murid tersebut dilatih bagi menguasai kemahiran khusus yang tidak
dilakukan dalam kehidupan sehari-hari. Misalnya kemahiran menggelecek dalam
permainan bola sepak.

Sebagai mana dalam domain kognitif dan afektif, domain psikomotor turut
mempunyai hierarki tersendiri seperti yang dikemukakan oleh Taksonomi Simpson
dan Taksonomi Jewett. Taksonomi Simpson membahagikan aspek psikomotor
kepada lima peringkat iaitu:

i. pengamatan
ii. persediaan
iii. pergerakan terkawal
iv. mekanisme
v. pergerakan khusus

Sementara Taksonomi Jewett mengemukakan tiga peringkat yang utama iaitu:

i. pergerakan asas
ii. pergerakan khusus
iii. pergerakan kreatif

Sebagai rumusannya, perbincangan dalam modul ini akan membahagikan kepada


lima peringkat, iaitu pergerakan kebiasaan, asa kemahiran, pengembangan
kemahiran, pelarasan dan penyesuaian kemahiran serta kesempurnaan dan
pengekalan kemahiran.

You might also like