You are on page 1of 3

Dato Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962).

Beliau ialah pengasas dan Presiden


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar
Johor pada 1 Oktober 1946 tetapi tiga tahun kemudian, meletakkan jawatan untuk
menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Isi kandungan
[sorok]
• 1 Kehidupan awal
• 2 Kerjaya politik
• 3 Garis masa
• 4 Lihat juga
• 5 Rujukan

[sunting] Kehidupan awal


Dilahirkan di Bukit Gambir, Muar, Johor, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji
Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau
dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan
Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada
tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau
juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan
Jepun, Dato Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.
[sunting] Kerjaya politik
Dato Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi
kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
Pada 1 - 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman,
Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk menentang
Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang Melayu
dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang
mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru
pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme Melayu,
kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.
Pada 1 Oktober 1946, Datuk Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun
kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di
bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan
Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu
1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat
kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.
Datuk Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-
dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua
penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi
"Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu
ditentangkan, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan
Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.
Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951.
Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun
1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding
dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti
Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh
sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat
sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu. Bagaimanapun, Dato
Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya, beliau berjaya
mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam Pilihan Raya
Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.
Dato Onn Jaafar mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah
seorang daripada anak mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Beliau
meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah,
Johor Bahru, Johor.
[sunting] Garis masa
• 1895: Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru .
• 1901 Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor.
Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.
• 1902 Ibunya Rugayah meninggal dunia
• 1903 Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai
pengiring putera-putera Sultan Johor.
• 1910 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
• 1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar agar 'diMelayukan'.
• 1911 Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
• 1911 Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah ( gadis Cina, anak angkat
bapanya).Mendapat 4 anak dan isterinya meninggal dunia.
• 1915 Berkahwin kali ke-2 dengan Che Jamilah dan mendapat anak - Ismail bin Onn.
Isterinya meninggal dunia.
• Berkahwin kali ke-3 dengan Che Kah, seorang pelakon Bangsawan.
• 1917 Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati,
Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
• 1919 Berkahwin kali ke-4 dengan Halimah Hussein , janda adiknya.Mendapat 3 anak
termasuk Hussein Onn.
• 1920 Bekerja semula di Pejabat Pnasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim
pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
• 1922 Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor
kerana pujukan Tengku Ismail.
• 1923 Pegawai di Pejabat Tanah Muar
• 1924 Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
• 1927 Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan
elaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah
kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.
• 1927-1936 Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan
berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday
Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh,
Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.
• 1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di
Singapura
• 1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
• 1936-1941 Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
• 1942 – 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
• 1945-1946 Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
• 1946-1949 Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
• 1946 Menganjurkan Kongres Melayu 1946
• 1946-1951 (umur 51): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama.
Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober.
• 1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada
UMNO.
• 1951 Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
• 1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah
ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam
persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
• 1951 Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
• 1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya.
Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum
yang pertama pada tahun 1955.
• 1955 Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955
• 1959 Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai PAS).
• 1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu
Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.
• 1962 (umur 67): Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor
Bahru.
[sunting] Lihat juga
• Datuk Jaafar bin Haji Muhammad (bapa)

You might also like