You are on page 1of 7

MUHAMMAD HAFIZI B IBRAHIM

PENDIDIKAN SAINS PERTANIAN (BATCH 1)


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
1) TAJUK:
SISTEM ENJIN: SISTEM PENGHANTARAN KUASA, SISTEM
PENYEJUKAN DAN SISTEM PELINCIRAN
2) OBJEKTIF:
1. Memahami sistem penghantaran kuasa yang terdapat dalam 4 lejang
dan 2 lejang
2. Mempelajari dan mengetahui fungsi komponen-komponen yang
terdapat dalam enjin 4 lejang dan 2 lejang.
3. Menerangkan sistem penyejukan secara terperinci.
4. Mempelajari dan mengetahui fungsi komponen yang terdapat dalam
sisitem penyejukan.
5. Menerangkan secara terperinci fungsi sistem pelinciran.
6. Mempelajari komponen-komponen yang terdapat dalam sistem
pelinciran.

3) PERBINCANGAN

A)SISTEM PENGHANTARAN KUASA

i) Enjin 4 lejang
a. Pengenalan:
Enjin 4 lejang menghasilkan kuasa dengan empat kali pergerakan
omboh ke atas dan kebawah dalam setiap selinder.
b. Komponen utama dalam enjin 4 lejang:
i. Silinder
ii. Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian
hujung engkol lain oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder
terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk
menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau
logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai
tempat pembakaran berlaku.
iii. Rod penghubung
Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh
dengan aci engkol. Rod penghubung berfungsi sebagai
penghubungkan omboh dengan aci engkol dan pada masa yang
sama menukarkan gerakan salingan omboh kepada putaran
pada aci engkol.
iv. Aci engkol
Aci engkol adalah aci utama enjin yang terdiri daripada pin
engkol dan jaringan yang ditumpangkan pada kotak engkol
melalui galas utama. Aci engkol diperbuat daripada keluli tempa.
Hujung hadapan aci engkol dihubungkan kepada injap dan
fungsinya untuk menggerakan pam air dalam sistem penyejukan.
Hujung belakangnya disambungkan pada roda tenaga .
v. Roda tenaga
Roda tenaga diperbuat daripada disk besi tuangan yang di
hubungkan pada hujung aci engkol. Ia berfungsi untuk
melicinkan kelajuan enjin di antara lejang kuasa. Apabila daya
pusingan dikenakan ke atas aci engkol, roda tenaga akan
berputar dan menggerakankan tali sawat.
vi. Omboh
Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder
dan permukaan luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan
cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan campuran
minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa.
c. Proses kitaran enjin 4 lejang
1. Lejang masukan

Omboh bergerak dari atas ke bawah. Isipadu silinder bertambah


menyebabkan pengurangan tekanan dan membentuk separa
vakum di dalam selinder. Injap masukan terbuka dan injap ekzos
tertutup. Campuran udara dan bahan api memasuki silinder
melalui liang masukan.
2. Lejang mampatan

Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke


atas dan memampatkan campuran udara-bahan api. Pada
penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi
membakar campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel,
minyak diesel disuntik ke dalam silinder pada penghujung lejang
mampatan.
3. Lejang kuasa
Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran
oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu
tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar
sendiri (bagi enjin diesel). Pembakaran campuran tersebut
menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran
mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah,
menghasilkan kuasa kepada enjin.

4. Lejang ekzos

Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan


gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.

ii) Enjin 2 lejang


a. Pengenalan
Enjin 2 lejang adalah enjin yang menghasilkan kuasa melalui 2 kali
pergerakan omboh ke atas dan ke bawah untuk melengkapkan 1
kitaran dalam silinder.
b. Komponen utama dalam enjin 2 lejang.
i. Omboh
ii. Omboh adalah komponen yang bergerak. Ia berbentuk silinder
dan permukaan luar omboh boleh berbentuk rata cengkung dan
cembung. Fungsi omboh adalah untuk memampatkan campuran
minyak dan udara bagi menghasilkan kuasa. Ia juga berfungsi
mengawal kemasukan campuran bahan bakar dan pengeluaran
hasil pembakaran.
iii. Silinder
Silinder adalah sebuah tuangan bulat dibuka pada bahagian
hujung engkol lain oleh kepala selinder. Di sekeliling selinder
terdapat jaket penyejuk air , fungsi penyejuk air adalah untuk
menyejukkan enjin. Silinder diperbuat daripada besi tuang atau
logam campuran aluminium. Fungsi silinder adalah sebagai
tempat pembakaran berlaku.

iv. Rod penghubung


Rod penghubung adalah rod yang menyambungkan omboh
dengan pemesong. Rod penghubung berfungsi sebagai
penghubungkan omboh dengan pemesong bagi menghasilkan
pergerakan komponen dalam enjin.
v. Liang pindah
Liang pindah merupakan liang yang menyambungkan silinder
dengan kotak enjin. Ia berfungsi memindahkan bahan bakar dari
kotak enjin ke silinder untuk pembakaran.
vi. Liang masukan

Liang masukan berfungsi menjadi laluan bahan bakar seperti


minyak, pelincir dan udara memasuki kotak enjin.
vii. Liang ekzos
Liang yang menyambungkan silinder dengan ekzos. Ia berfungsi
mebebaskan hasil pembakaran iaitu gas keluar dari kawasan
pembakaran.

c. Proses kitaran dalam enjin 2 lejang


1. Lejang masukan dan lejang mampatan :–
Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan
api-pelincir. Gerakan omboh ke atas menyebabkan tekanan udara di
dalam kotak engkol menjadi rendah, membolehkan campuran udara-
bahan api-pelincir dari karburetor masuk ke dalam
2. Lejang kuasa dan lejang ekzos :–
Peringkat ini bermula sebaik sahaja campuran udara-bahan api
terbakar, menyebabkan gas pengembangan mengembang dan
memaksa omboh turun ke bawah, menghasilkan kuasa pada enjin.
Gerakan omboh ke bawah juga memampatkan campuran udara-bahan
api-pelincir, maka apabila omboh terus bergerak ke bawah sehingga
membuka liang masukan dan liang ekzos, gerakan omboh ke bawah
memaksa campuran udara, bahan api, pelincir yang segar masuk ke
dalam kebuk pembakaran dan memaksa gas ekzos keluar.

LAKARAN KOMPONEN
ENJIN 4 LEJANG
ENJIN 2 LEJANG

You might also like