You are on page 1of 2

Buka akaun KWSP - dapatkan slip yang ada nombor akaun KWSP korang untuk memudahkan urusan gaji

nanti. Buat siap-siap sebab benda ni sekejap je. Manalah tahu tempat korang posting nanti susah nak keluar ke pekan, apatah lagi nak ke pejabat KWSP terdekat. Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) untuk yang posting ke Sabah & Sarawak - ini penting untuk urusan keluar/masuk sebab bila korang datang sini untuk bekerja/belajar, kena ada DPT ni. Yalah, macam korang ni foreigner..hehe..Macam pasport, warna biru. Buat sahaja di pejabat imigresen dengan bayaran RM5 untuk lima tahun. Boleh juga guna pasport antarabangsa (merah). Tapi korang lagi banyak guna DPT ni daripada pasport merah tu kot?? Macam aku yang kerja di Lawas ni, aku ada dua-dua pasport sebabnya Lawas terletak di antara Brunei dan Sabah. Untuk ke Brunei aku perlukan pasport merah, dan untuk ke Sabah/ Semenanjung aku gunakan DPT.


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Fotostat & bawa original copy benda-benda di bawah ni: Sijil-sijil akademik dan kokurikulum semasa sekolah menengah & maktab/IPTA. Surat beranak Kad Pengenalan Buku bank (lebih selamat kalau ada akaun bank-bank berbeza, dan bawa semua.) Surat penempatan (kalau dah dapat) Surat nikah (kalau dah kahwin) Sijil KISSM (kalau dah pergi) Sijil BTN (kalau dah pergi) Gambar pasport (gmbr ni x pyh la fotostat..haha) Sijil-sijil akademik dan kokurikulum, Surat Beranak, IC, surat nikah - ini untuk fail peribadi korang dan urusan-urusan lain (temuduga pengesahan dan sebagainya) Surat Penempatan - sebab dia sama seperti di atas. - untuk pengesahan lantikan. - untuk gaji. - akan dapat bila lapor diri di JPN/ PPD atau pun selepas korang lapor diri di sekolah (pedalaman khasnya) KISSM & BTN - untuk pengesahan jawatan (ini selepas pengesahan lantikan) - kalau belum pergi, boleh mendaftar untuk masuk kursus lepas dah lapor diri. Buku Bank - untuk gaji. - lebih baik korang bawa buku bank lebih dari satu (kalau ada akaun di bank-bank berlainan) sebab korang tak tahu bank apa yang paling dekat dengan korang kan? Lagipun senang in case ada problem nak daftar kemasukan gaji dengan bank yang korang prefer.

Akaun KWSP - kalau tak settle ni, lambatlah urusan gaji sebab gaji akan dipotong sikit untuk simpanan KWSP selagi korang tak sah jawatan atau tak pilih skim pencen. Sekarang rate potongan adalah 11% dari gaji pokok. Sebelum ni 9%.

You might also like