You are on page 1of 5

1.

Latar belakang adat :

Adat perkahwinan kaum Cina yang diamalkan oleh masyarakat negara kita.

Kaum Cina yang mengamalkannya.

Saudara- mara, rakan- rakan, dan pihak lain-lain yang melibatkan diri.

PENGENALAN

Sebagaimana yang kita semua dimaklumkan bahawa setiap kaum atau bangsa yang ada di

dalam dunia kini mempunyai adat dan tradisi atau cara perkahwinan yang berbeza di

antara satu sama lain. Di Malaysia terdapat tiga kaum yang utama dan beberapa komuniti

yang lain. Oleh demikian, setiap kaum mempunyai pelbagai kebudayaan dan corak hidup

yang berbeza- beza. Hal ini amat jelas kerana pada masa kini kita semua dapat lihat

perkara ini dengan nyata sekali. Kita tidak perlu lihat ke tempat yang lebih jauh kerana di

dalam negara kita sendiri pun terdapat pelbagai jenis bangsa yang masing-masing

mempunyai adat dan cara perkahwinan yang tidak sama. Sebagai contoh, kaum Cina

mempunyai cara perkahwinannya yang tersendiri. Begitu juga dengan kaum Melayu,

India dan sebagainya lagi yang terdapat di negara kita.

Dalam pemikiran Konfusianisme, perkahwinan merupakan suatu peristiwa yang amat

penting kepada kedua-dua unit keluarga serta masyarakat. Secara tradisi dalam

kebudayaan Cina, inses telah ditakrifkan sebagai perkahwinan antara dua orang dengan

nama keluarga yang sama. Dari sudut pandangan sebuah keluarga yang menganuti
Konfusianisme, perkahwinan merapatkan keluarga-keluarga dengan nama keluarga yang

berlainan dan meneruskan jurai keturunan klan bapanya. Secara amnya, ini merupakan

sebab utama mengapa anak lelaki diutamakan berbanding dengan anak perempuan ketika

melahirkan anak. Oleh itu, manfaat dan kelemahan sesuatu perkahwinan adalah penting

kepada seluruh keluarga, bukannya sahaja kepada pasangan yang berkenaan. Secara

sosial, sepasang suami isteri dianggap sebagai unit asas masyarakat Cina. Dalam sejarah

Cina, terdapat banyak perkahwinan yang menjejaskan kestabilan politik negara dan

hubungan-hubungan antarabangsanya. Sejak zaman Dinasti Han, raja puak-puak asing

yang kuat seperti puak Mongol, Manchu, Xiongnu, dan Turki, sering menuntut

perempuan-perempuan daripada keluarga diraja Cina. Banyak zaman dalam sejarah Cina

juga dikuasai oleh keluarga isteri atau ibu Maharaja. Oleh itu, perkahwinan kekadang

juga berkait dengan politik.

Namun demikian, dalam laporan kami kali ini ingin kami fokuskan tajuk laporan

yang kami buat iaitu tentang adat ataupun cara perkahwinan kaum cina. Perkahwinan

Cina menjadi satuadat resam antara tahun 402- 221SM. Bagi kaum cina mereka

mempunyai kepercayaan atau adat mereka yang tersendiri. Setiap perkahwinan kaum

cina adalah berbeza di setiap pelusuk negeri. Perkahwinan dalam masyarakat Cina

merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.

Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melalui keturunan nenek

moyang dapat diteruskan daripada satu generasi yang lain. Pada masa ini, kaum cina
lebih menumpukan dalam adat perkahwinan berbentuk moden. Namun hanya segelintir

sahaja yang menumpukan kepada adat perkahwinan tradisional. Walau bagaimanapun,

dalam hasil maklumat dan kajian kami, sedikit sebanyak dapat membantu kami dalam

menyiapkan laporan ini.

Walaupun perkahwinan pada masa kini perlu didaftarkan tetapi upacara dan

kenduri perkahwinan penting untuk mengiktiraf perkahwinan. Mengikut kepercayaan

mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggapkan tidak

sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan di kalangan orang Cina, iaitu pasangan dicari oleh

ibu bapa atau saudara- mara, atau pasangan hidup yang dipilih sendiri. Cara pertama

tidak begitu diamalkan sebab dianggap kolot. Namun, cara tersebut merupakan tradisi

masyarakat Cina, kata mereka perkahwinan itu "arahan ibu bapa dan suruhan tukang

risik". Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk

berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya.

Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk membiak dan nama baik keluarga, serta

keperluan bapa dan suaminya. Cara kedua lebih praktikal kerana seseorang diberikan

kebebasan untuk milih jodoh mereka sendiri. Ibu bapa biasanya akan menurut kehendak

anak mereka zaman sekarang yang mementingkan kebebasan. Unsur paksaan tidak

digalakkan dalam pemilihan kerana hal ini menafikan kematangan dan kemampuan anak

mereka membuat keputusan. Namun begitu, segala upacara perkahwinan akan diatur

olehibu bapa atau mereka yang lebih tua supaya segala pantang- larang tdak dilanggar.

Bagi kaum Cina adat dan upacara perkahwinan kekal sejak turun temurun lagi.

Walaupun mempunyai sejarah yang lama serta banyak kawasan geografi yang berbeza,
terdapat beberapa upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali sebagai tiga

askara dan enam etiket. Tidak terdapat banyak perubahan yang berlaku terhadap adat dan

upacara perkahwinan kaum cina. Namun ada juga perubahan yang kita semua dapat lihat

iaitu pakaian yang dipakai oleh pengantin ada sedikit perbezaan pengantin yang dahulu

dengan pengantin pada zaman sekarang. Memang tidak dinafikan mungkin perkara ini

terjadi adalah disebabkan oleh peredaran zaman yang menuntut kepada perubahan ini

berlaku. Namun adat dan cara perkahwinan tetap lagi sama dan tidak mempunyai

sebarang perubahan yang ketara.

Tiada satu had umur yang sesuai untuk seseorang itu berkahwinan. Semuanya

bergantung kepada kesediaan dan kesanggupan individu untuk hidup berkeluarga

.Keseluruhannya, orang Cina berkahwinan pada umur yang agak lewat kerana terpaksa

mengumpul sejumlah wang yang banyak untuk mengadakan kenduri kahwin.

Perkahwinan orang Cina dikatakan adalah yang termahal untuk menunjukan status dan

kedudukan yang tinggi. .Di samping itu, upacara perkahwinan dibuat secara besar-

besaran untuk ‘memberi muka’ kepada ibu bapa kedua belah pihak. Orang Cina

menpunyai suatu perasaan untuk bersaingan menunjukan ego masing- masing melalui

pemaparan kemewahan dan kekayaan. Mengikut adat orang Cina, perkahwinan anak

lelaki sulung perlu dibuat dengan secepat mungkin. Jika tidak, ini akan memalukan dan

merendahkan martabat keluarga serta mendatangkan umpat keji daripada saudara- mara.

Perkahwinan kaum cina tidak banyak bezanya dengan perkahwinan kaum melayu.

Antara proses-proses yang terlibat dalam perkahwinan cina ialah adat merisik,

meminang, adat bertunang, menghantar tanda, memberikan mas kahwin, berkahwin dan
seterusnya upacara minum teh. Biasanya adat ini dilakukan oleh ibu bapa sebelah pihak

lelaki atau saudara yang tua sebelah pihak lelaki. Rancangan mengatur upacara

perkahwinan perlu dibuat dengan teliti dan memerlukan waktu yang lama, termasuk

melihat hari yang sesuai. Keluarga kedua-dua pihak akan dimaklumi niat untuk

berkahwin oleh anak- anak mereka. Selepas persetujuan diperoleh, barulah diatur

pertemuan diantara keluarga sebelah pihak wanita dengan pihak lelaki.

Melalui temu ramah yang telah kami jalankan ke atas seorang tokoh sejarah dari

kaum cina sendiri, beliau sendiri tidak nafikan bahawa perkahwinan kaum cina dengan

kaum melayu tidak ada banyak perbezaan. Contoh yang beliau berikan ialah, bagi

upacara minum teh ia di adakan adalah untuk merapatkan hubungan di antara kedua-dua

belah pihak. Manakala bagi kaum melayu pula jamuan makan atau kenduri yang

diadakan untuk tujuan yang sama.

Sebagai kesimpulan maka ingin kami tekankan di sini bahawa setiap perkahwinan

yang melibatkan kaum yang berbeza adalah mempunyai adat atau cara mereka yang

tersendiri. Kepercayaan atau adat yang di pegang adalah berpandukan kepada ajaran

ataupun pegangan agama yang dianuti oleh setiap kaum tersebut. Jadi tidak hairan

sekiranya terdapat pelbagai jenis atau adat perkahwinan pada masa sekarang.

Rumah dihias bersempena meyambut hari bahagia (hari perkahwinan)

You might also like