You are on page 1of 3

Kewujudan Islam Liberal di Malaysia

Jika dikaji dan diteliti manhaj-manhaj islam liberal yang disenaraikan diatas boleh dikatakan
aliran islam liberal telah wujud di Malaysia hanya nama istilah ‘Islam Liberal’ itu belum wujud
atau ditujukan kepada pihak tertentu. Sejak tahun 90-an lagi, golongan liberal Malaysia telah
mula mengkritik pelaksaan undang-undang keluarga dan jenayah islam yang dilihat bertentangan
dengan idea-idea hak asasi manusia dan bersifat driskriinasi terhadap wanita. Bermulanya era
baru golongan ini telah mewujudkan satu gabungan bagi memudahkan mereka untuk begerak.
Secara umumnya islam liberal di Malaysia yang diperkenalkan adalah secara berperingkat-
peringkat dan tidak mengemukakan semua manhaj yang disenaraikan diatas.
Walaubagaimanapun satu perkara yang harus diketahui bahawa golongan islam liberal ini
adalah glongan dari generasi baru yang telah belajar dari kesilapan guru-guru mereka pada awal
perkenalan islam liberal. Oleh itu, mereka menggunakan pendekatan berbeza bagi mendekati
masyarakat supaya tidak berlaku kesilapan yang sama dibuat oleh guru-guru mereka. Kebayakan
tokoh islam liberal Malaysia kebiasaanya akan melapik perbahasan mereka dengan kata-kata
“tujuan kami hanya untuk membuka fikiran….” , “kami hanya ingin membebaskan umat islam
yang dibelenggu oleh tafsiran lama…”, “dalam bab ini terdapat perbezaan pendapat yang
besar…”, “tidak ada ayat al-Qur’an yang jelas dalam bab ini…”, “Hadis-hadis saling
bertentangan sehingga tidak dapat dipastikan kesasihanya…”, “ini bukanlah hal muktamad yang
terdapat dalam agama…”, “kami hanya membanding antara pendapat yang sedia ada…”,
‘perbincangan ini bertujuan meningkatkan kematangan umat dalam beragama…”, “kami hanya
ingin membuka minda masyarakat untuk melihat dari sudut yang berbeza…” serta pelbagai lagi
ayat-ayat yang lain.
Perhatikan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam dalam ayat berikut:
Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai
Hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarya),
Dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi
Atas apa yang ada dalam hatinya padalnya ia adalah orang yang amat
Keras permusuhannya. [al-Baqarah 2:204]
Menurut ayat di atas, dapat dijelaskan di sni bahawa golongan ini dari luaranya bagaikan
menyukai dan mentaati hokum dan syariat agama tetapi merekalah orang yang paling kuat
permusuhannya.

Gerakan Islam Liberal yang terdapat Malaysia ini sekalipun tanpa memakai dan tidak
menggunakan gelaran islam liberal, mereka ini bersifat meniru apa yang sebelum ini wujud di
Negara Timur Tengah dan Indonesia. Jika dilihat di Malaysia misalnya, ada pihak yang
menentang apabila pihak berkuasa bertindak merobohkan markas kerajaan langit iaitu ayah pin
dengan mengatakan itu adalah satu bentuk penindasan terhadap golongan agama minority.
Sememangnya jelas apa yang dibawa oleh ayah pin itu adalah menyalahi undang-undang dan
hukum syariat sebagai muslim tetapi ada juga pihak yang tetap mempertikai tindakan pihak
berkuasa. Ini jelas menunjukan bahawa mereka mentafsir mengikut akal bukan mengikut sudut
pandangan agama. Inilah yang dikatakan sebagai Islam Liberal berhujah mengikut akal bukanya
dari sudut agama. Manifestasi idea dan aski Islam Liberal dapat dilihat dalam beberapa siri
kempen dan iniasitif kearah mewujudkan kebebasan beragama menurut acuan fahaman secular
Barat. Ianya memperlihatkan percubaan untuk mentafsir semula idea kebebasan dalam islam
agar selari dengan tuntutan pemikiran secular_liberal barat. Sebenarnya artikel-artikelyang
bercorak manhaj Islam Liberal di dalam akhbar-akhbar harian dan majalah al-Islam serta di
dalam media massa hanyalah hujah-hujah lama yang dikemukakan dalam bentuk baru. Tidak ada
idea pemikiran yang tulen melainkan tiruan yang solekan baru. Jadi apa yang dikemukan oleh
tokoh tempatan tidak lain hanyalah ‘lagu lama yang dimainkan dengan tempo baru’.
Malah adakalanya hasil tulisan yang dikemukakan juga diambil terus daripada penulisan tokoh
Islam Liberal luar Negara. Walaubagaimanapun, golongan aliran Islam Liberal ini kadangkala
mempunyai hujah mereka sendiri apabila berbahas dengan puak ahli sunnah waljamaah. Mereka
juga mengeluarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis untuk berhujah.
Antara sebab iliran islam liberal ini berkembang pesat simalaysia adalah kerana perjuanganya
atas sebab mereka ini mahu persamaan hak antara semua manusia. Mereka ini sering
membahaskan tentang hak –hak kaum wanita berkaitan poligami, penceraian dan harta pusaka,
hak orang bukan islam dan hubungan antara agama. Mereka turut membahaskan tentang
kemajuan, kemodenan dan perlunya perubahan.
Sesetengah pihak menganggap islam liberal ini sebagai kelompok yang menolak perlaksanaan
syariat, memperjuangkan sekularisasi, menyamakan islam dengan agama lain dan lebih
memeperjuangkan demokrasi barat. Nama-nama seperti Zainah Anwar, Faris A.Nor, Akhbar Ali
dan Kasim Ahmad sering dikaitkan dengan aliran islam liberal. Dikatakan bahawa, kebanyakkan
tokoh-tokoh aliran Islam Liberal ini adalah mereka yang pernah mendapat didikan di Negara
barat dan pernah berkhidmat denan mana-mana institusi pengajian barat.

You might also like