You are on page 1of 14

BAB 3

Khulafa’ Ar Rasyidin

Pengenalan.

Khalifah membawa maksud pengganti, kemudian ia digunakan kepada jawatan ketua


umum dalam pentadbiran urusan dunia dan hal-ehwal agama selepas Rasulullah.
Kerana itu kedudukan dan taraf seorang khalifah dari segi kuasanya adalah sama
sahaja seperti taraf Rasulullah. Setiap orang hendaklah patuh kepada segala
perintahnya.

Ada empat orang khalifah yang memerintah negara Islam yang berpusat di Kota
Madinah selepas Rasulullah. Mereka ialah :

• Khalifah Abu Bakar.


• Khalifah Omar Al-Khattab.
• Khalifah Osman Affan.
• Khalifah Ali Abi Thalib.

Bukan semua orang layak untuk menjadi khalifah, Mengikut al-Mawardi dalam
kitabnya al-Hakam al-Sultanyyah mengariskan syarat-syarat untuk menjadi seorang
khalifah ialah :

1. Mestilah ia seorang lelaki yang merdeka dan beragama Islam.


2. Berilmu,iaitu mempunyai ilmu agama Islam yang lengkap yang membolehkannya
melakukan ijtihad mengenai masalah-masalah yang berlaku dalam urusan kehidupan
dan juga mengenai hukum-hukum perundangan Islam.
3. Adil,iaitu seseorang itu hendaklah beristiqamah dalam akhlak Islam dan tingkah
lakunya adalah baik dan menjauhi maksiat baik dari segi hukum syarak mahu pun
dari segi akidah.
4. Berkemampuan, iaitu mesti mempunyai kemampuan untuk melaksanakan undang-
undang. Di samping itu ia juga mesti boleh dan tahu mengenai ilmu peperangan,
boleh menjadi panglima perang serta mempunyai fikiran yang cerdas,pandai
mentadbir urusan-urusan negara dan rakyat.
5. Pancainderanya serta anggota tubuh badannya tidak mempunyai kecacatan yang
boleh menggangu pemikiran dan juga tugas-tugasnya.
Khalifah Abu Bakar As-Sidiq
( 11-13 H /.632-634 M ).

Pengenalan.

Khalifah Abu Bakar merupakan orang yang pertama sekali dilantik menjadi khalifah
Islam sesudah Kewafatan Rasulullah S.A.W.

Sirah Khalifah Abu Bakar As-Sidiq.

Abu Bakar dilahirkan di Kota Mekah dua tahun selepas tahun gajah iaitu pada tahun
573 Masihi. Nama beliau sebenarnya ialah Abdullah bin Abi Qahafah at-Tamimi dari
keturunan Bani Tamim. Sebelum Islam beliau terkenal dengan nama Abdul Kaabah.

Sejak kecil lagi beliau mempunyai peribadi yang mulia,tidak pernah minum arak tidak
pernah berjudi dan tidak pernah juga terlibat dalam kancah Jahiliah seperti mana
pemuda-pemuda Arab yang lain. Beliau juga pernah menjadi pemimpin yang
terkemuka dikalangan bangsa Arab menyebabkan beliau disegani dan
disanjungi.Beliau juga terkenal sebagai seorang bangsawan lagi dermawan. Sebelum
memeluk Islam,beliau merupakan seorang saudagar yang kaya. Perniagaannya
meluas meliputi semua kawasan-kawasan di Tanah Arab.

Apabila lahirnya agama Islam di Mekah,beliau telah memeluk Islam dan merupakan
orang yang kedua memeluk Islam selepas Siti Khadijah,isteri Rasulullah. Beliau
merupakan seorang yang paling dekat dengan Rasulullah dan juga sebagai mertua
Rasulullah kerana perkahwinan baginda dengan Siti Aisyah. Setelah memeluk
Islam,beliau terkenal dengan panggilan as-Sidiq kerana kepercayaan yang
ditunjukkan kepada baginda mengenai Isra’ dan Mikraj dan segala peristiwa yang
berlaku keatas baginda.

Setelah memeluk Islam,beliau memainkan peranan yang penting dalam penyebaran


dalam perkembangan Islam pelindung Baginda dari ancaman orang-orang Quraish.
Umpamanya semasa baginda berhijrah ke Madinah,beliau sanggup bersembunyi
bersama-sama baginda dan mengawal baginda dalam perjalanan. Begitu juga
semasa Rasulullah sedang uzur,beliaulah yang mengetuai umat Islam dalam apa
juga pekara.

Beliau juga mempunyai pengaruh yang amat besar kepada masyarakat Quraish.
Ramai dari kalangan sahabat-sahabat yang terkemuka memeluk Islam melalui usaha
beliau,ini seperti Uthman b. Affan, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. abi Waqas, talhah b.
Ubaidillah dan lain-lain lagi.

Setelah dilantik menjadi khalifah, beliau banyak memberi sumbangan terhadap


agama Islam,yang mana dengan usahanya itu, Islam dapat tegak dengan kukuhnya.
Khalifah Abu Bakar as-Sidiq memerintah selama dua tahun dua bulan dan sepuluh
hari. Beliau wafat pada Malam Selasa,23 hari bulan Jamadil-akhir tahun Hijrah yang
ke-13,bersamaan dengan 22 hb. Ogos 634 M.Pada masa itu beliau berusia 63 tahun.
Ini disebabkan kerana beliau mengidap selsema selama 15 hari. Beliau di makamkan
berhampiran dengan kubur nabi iaitu di Madinah.

Kepimpinan Khalifah Abu Bakar As-Sidiq.

1. Pekara pertama yang dilakukan oleh Abu Bakar setelah dilantik menjadi khalifah
ialah,menjelaskan tentang kewafatan Rasulullah S.A.W kepada orang-orang
Islam.Ramai dari kalangan orang Islam yang tidak mempercayai mengenai berita
kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Ini termasuklah Umar al-Khatab sendiri. Setelah
Abu Bakar membacakan ayat al-Quran Surah Ali-Imran :14 iaitu :

barulah mereka mempercayainya.

2. Setelah selesai masalah tersebut, maka timbul pula masalah baru iaitu, dimanakah
nabi Muhammad S.A.W mahu dikebumikan. Orang Muhajirin mencadangkan supaya
di kebumikan di Mekkah manakala orang-orang Ansar pula mahukan ianya
dikebumikan di Madinah. Ada juga dari kalangan para sahabat yang lain
mencadangkan supaya dikebumikan bersama-sama dengan para sahabat yang telah
Masalah ini selesai apabila Saidina Abu Bakar membacakan hadis yang bererti
“Dengan itu maka mawat Nabi S.A.W pun dikebumikan di tempat Baginda wafat
dalam rumahnya itu”.mati terdahulu.

3. Menyelesaikan masalah perlantikan khalifah. Rasulullah tidak menentukan


siapakah yang bakal menjadi khalifah selepas kewafatannya. Baginda juga tidak
menyebut secara jelas daripada golongan mana dan cara mana untuk menentukan
penggantinya. Oleh itu timbullah masalah perlantikan khalifah. Maka disini timbullah
satu masalah besar selepas kewafatan Nabi iaitu siapakah yang bakal dilantik
menjadi khalifah.Segolongan besar kaum Ansor yang cenderung kepada Sa’ad b.
Ubadah berkumpul di Saqifah Bani Sa’idah untuk melantik Sa’ad b. Ubadah (yang
ketika itu deman).Abu Bakar, Umar,Ubaidah al-Jarrah dan beberapa orang sahabat
pun pergi ke perhimpunan kaum Ansar tersebut, sebaik sahaja mereka mengetahui
maksud dan tujuan perhimpunan itu diadakan. Kaum ansar bersungguh-sungguh
mahukan jawatan khalifah diberikan kepada mereka dengan alasan mereka adalah
pembela Allah dan Islam, kaum Muhajirin adalah sebilangan kecil daripada mereka
dan berada di dalam keadaan merantau serta menumpang di Madinah. Abu Bakar
dengan bijaksananya terus memberikan hujah dan alasan yang sebaik-baiknya.
Alasannya ialah, jika jawatan khalifah diberikan kepada Sa’ad b. Ubadah, tentunya ia
akan menimbulkan perselisihan lama antara kaum Khazraj dengan Aus. Jadi jawatan
khalifah sepatutnya diberikan kepada kaum Muhajirin dari keturunan Quraish,ini
kerana kaum Quraish terkenal sebagai pemimpin. Abu Bakar tidak meminta
jawatan,sehinggalah beliau dilantik memegangnya,inilah kepimpinannya Jadi beliau
telah melantik Umar al-Khatab atau pun Abu Ubaidah Al-Jarrah sebagai khalifah.
Umar al-Khatab segera bangun lalu mencadangkan supaya Abu Bakar dilantik
menjadi khalifah kerana beliau telah pun dilantik oleh Rasulullah sebagai imam
semasa kegeringannya. Cadangan tersebut disokong oleh sahabat-sahabat yang lain
termasuklah kaum Ansar dan Muhajirin. Dengan itu krisis perlantikan khalifah telah
dapat diselesai oleh Abu Bakar dengan kebijaksanaannya.

4. Beliau mengariskan dasar kepimpinannya semasa dilantik menjadi khalifah. Ini


merupakan cara saidina Abu Bakar menjalankan tugasnya,iaitu menyatakan bahawa
beliau bukanlah seorang yang terbaik dari kalangan mereka. Begitu juga beliau
mengingatkan mereka supaya mengikutinya dalam apa-apa hal yang tidak
bertentangan dengan Islam, dan beliau meminta orang ramai supaya
membetulkannya jika beliau membuat kesilapan.Beliau menegaskan bahawa dia
akan memberikan hak kepada mereka yang dizalami. Akhir sekali beliau
mengingatkan kepada orang-orang Islam supaya mentaatinya selama mana beliau
mentaati kepada Allah dan Rasul-Nya. Inilah dasar yang dibuat oleh seorang
pemimpin yang baik. Dan inilah juga yang sepatutnya ada pada setiap pemimpin
pada masa kini.

Khalifah Umar Al-Khattab.


( 13-23 H/ 634-644 M ).

Pengenalan.

Khalifah Umar b. Al-Khattab merupakan khalifah Islam yang kedua selepas khalifah
Abu Bakar. Perlantikannya merupakan wasiat daripada Khalifah Abu Bakar.

Sirah Abu Bakar Al-Khatab.

Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khatab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b.


Abdullah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada
Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia,megah,
dan berkedudukan tinggi. Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dan
dewasanya beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang
dagangan. Waktu Jahiliah beliau pernah menjadi pendamai waktu terjadi
pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang
berani,tegas dalam kira bicara,berterus terang menyatakan fikirn dan pandangannya
dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga terkenal sebagai pemidato dan
juga ahli gusti.

Syaidina Umar memeluk Islam pada tahun ke enam selepas kerusulan Nabi. Beliau
kemudiannya memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan
Islam.Sebelum ini beliau merupakan musuh ketat kepada Islam dan sentiasa
menghalangi perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang berasa takut untuk
melakukan ibadah kerana bimbangkan kepada orang Quraish yang selalu
mengancang dan mengusir mereka. Setelah Umar memeluk Islam ramai dari
kalangan orang-orang Islam yang tidak merasa apa-apa curiga lagi dalam
mengerjakan ibadat. Beliau digelar “al-Faruq” yang bermaksud orang yang
membezakan hak dengan yang batil. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa
beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk bersembahyang dihadapan Kaabah
secara terbuka untuk pertama kalinya dalam sejarah Islam. Beliau sendiri yang
menjaganya daripada ganguan orang-orang Quraish. Nabi Muhammad S.A.W juga
mengelarkannya sebagai “Abu Hafs” kerana kegagahannya.

Ketika berhijrah ke Mdinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Mekah secara
bersembunyi ,tetapi Umar keluar secara berterang-terangan. Pedang ditangannya
sedia menghunus kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya.

Ketika khalifah Abu Bakar sedang sakit dan merasa ajalnya akan tiba,beliau
memanggil sahabat dan meninjau fikiran mereka untuk mencari tokoh Islam bagi
dilantik menggantikan pentadbiran khalifah. Abu Bakar mencadangkan nama Umar
untuk dicalonkan memegang jawatan itu. Cadangan tersebut mendapat persetujuan
dari kalangan sahabat dan orang-orang ramai.

Selepas memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari,beliau pun
wafat pada malam Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun23 Hijrah,waktu berumur 63
tahun. Beliau mati kerana ditikam oleh Abu Lu’luah bangsa Parsi yang beragama
Majusi. Beliau dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah dan Abu Bakar di
Madinah.

Kepimpinan Khalifah Umar Al-Khattab.

Melakukan Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran.

• Membentuk Majlis Syura.

Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau
majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura
Tertinggi dan majlis Syura Am.
Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan,Ali b. Abi
Talib,Zaid b. Sabit,Abdul Rahman b. Auf,Saad b. Abi Waqas dan Muaz b. Jabal. Semua
pekara yang melibatkan masalah politik,keselamatan dan sosial negara akan
dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut.Majlis Syura ini juga
bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan dalaman dan
hubungan luar.
Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa
permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka
peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk
mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam,
Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan
pendapat adalah manusia
yang tidak berfaedah.
• Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam.

Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam


yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara.
Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam yang
semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran Islam.
Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran. Mereka
yang dilantik hendaklah datang ke Mekah pada tiap-tiap tahun selepas menunaikan
haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan dalam memilih
pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai contohnya
Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ass, Mughirah b. Syu’bah dan Zaid b. Sumyah.

Sebelum seorang Gabenor itu dilantik,mereka haruslah mengistiharkan harta mereka


bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Ini lah syarat yang dikenakan oleh Khalifah
Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.

• Khalifah Umar Al-Khattab memperbaharui undang-undang pentadbiran


tanah.

Perluasan kuasa Islam menuntut kepada khalifah Umar untuk melakukan


pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir,Syria, Dan Iraq misalnya,segala,
tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari
tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam
negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh
penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.
Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah dari
negara jajahan kecualilah melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan
sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai
peperangan.

• Khalifah Umar melakukan pembaharuan dalam bidang ekonomi.

Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan


kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai
telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-
syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan. Beliau juga sering
bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang bukan Islam) untuk
mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan mereka. Inilah langkah
yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini di perbaharui. Kesemua ini
menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan negara
bertambah.
Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah baru
dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan di
Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.
Khalifah Umar Melakukan Pembaharuan Dalam Bidang Sosial.

• Melakukan polisi baru untuk golongan Dhimmi.

Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini.
Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan mereka.
Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dhimmi dari Kufah dan 10
orang Dhimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah,bahawa cukai yang dikenakan
keatas mereka tidak membebankan.
Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh orang
Islam. Golongan Dhimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau dihalau
keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas,malah harta mereka yang tidak
dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.

• Memperbaharui taraf kedudukan hamba.

Golongan hamba pada masa itu telan diberikan hak kepentingan sosial dan taraf
yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas,mereka boleh hidup bebas seperti
orang-orang biasa,kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam
peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak
boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan
hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisah-pisahkan dengan keluarga mereka.
Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal tertentu,
pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan hamba akan
dikenakan tindakan oleh khalifah Umar. Sebagai contohnya Umar pernah melucutkan
jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yaang sakit.

• KhalifahUmar mengalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran.

Pelbagai langkah telah di lakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan


pelajaran al-Quran.Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu
berhubung dengan keilmuan dan dihantar keserata tempat bagi yang memerlukan
serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan dimasjid-masjid bagi
diajar pelajaran Islam diseluruh wilayah Islam. Umat Islam diwajibkan menghafal
surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi menghuraikan prinsip-prinsip utama
ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa,al-Maidah dan sebagainya. Golongan
ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai satu usaha untuk menggalakkan
menghafal kandungan al-Quran.

• Beliau mengadakan kemudahan-kemudahan lain.

Terdapat banyak usaha yang dilakukan oleh Khalifah Umar dalam


pemerintahannya,ini termasuklah :
Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi.

• Khalifah Umar telah memajukan sistem pertanian.

Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang
mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul-Mukminin yang menghubungkan
Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula
beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah
(Tigres) dengan bandar Basrah.
Tanah juga telah dikaji selidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang bermutu.
Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi memperbanyakkan
hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik sekiranya tidak
terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah mengadakan
sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.

Rumusan.

Khalifah Umar adalah merupakan Khalifah yaang banyak melakukan pembaharuan


kepada negara Islam. Pentadbiran khalifah selepasnya pula diberikan kepada
Syaidina Uthman b. Affan.

Khalifah Uthman B.Affan.


( 23-35 H /644-656 M )

Pengenalan.

Khalifah Uthman merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar
dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan
orang ramai.

Sirah Khalifah Uthman B. Affan.

Nama beliau sebenarnya ialah uthman b. Affan b. Abul-As yang mana beliau
dilahirkan ketika Baginda Nabi Muhammad S.A.W berumur 5 tahun. Uthman
merupakan seorang bangsawan dari golongan Quraish dari Bani Ummayah.
Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut,pemurah dan baik hati. Beliau
merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab.sehingga beliau
digelarkan dengan gelaran “al-Ghani”. Selepas memeluk Islam beliau baanyak
mendermakan hartanya kearah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam
peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta,50 ekor
kuda dan 1,000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat
Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Syaidina
Uthman telah membeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20,000
dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan percuma.

Beliau digelarkan sebagai “Zu-Nurain” yang bermaksud dua cahaya kerana


mengahwani dua orang puteri Rasulullah iaitu Rokiah dan Ummi Kalthom. Setelah
Rokiah meninggal dunia , baginda Rasulullah telah mengahwinkan beliau dengan
puteri Baginda iaitu Ummi Kalthum. Uthman berkahwin seramai 7 kali lagi selepas
kematian Ummi Kalthum dan seluruh anaknya berjumlah seramai 16 orang. Isterinya
yang terakhir ialah Nailah bt. Furaifisha.

Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kematian kkalifah Umar yang ditikam. Beliau
dilantik menjadi khalifah pada tahun 23 hijrah oleh jawatankuasa yang ditubuhkan
oleh Khalifah Umar al-Khattab.

Beliau telah mati di bunuh oleh pemberontak-pemberontak yang mengepung


rumahnya pada tahun 35 Hijrah bersamaan dengan tahun 656 Masihi.
Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun yang mana ianya merupakan
pemerintah yang terlama sekali dalam pemerintahan khulafa’ al-Rasyidin.

Kepimpinan Dan Sejarah Pentadbiran


Khalifah Uthman B. Affan.

Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan khalifah Uthman selama 12


tahun kepada dua bahagian iaitu pertamanya zaman atau tahap keamanan dan
keagungan Islam manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman “Fitnatul-
Kubra” iaitu zaman huru hara.

Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam.

Banyak jasa-jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman
dalam menyebar dan memperkembang luaskan Islam. Ini termasuklah kejayaannya
dalam bidang :

1. Kejayaan Khalifah Uthman Dalam Bidang Ketenteraan.


Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah
negara dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan empayar
Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga empayar Parsi
pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah berjaya ditakluki
ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria,Tunisia, Morocco dan beberapa
buah negara lagi. Beliau juga bertanggungjawab dalam menubuhkan angkatan
tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan dan melakukan
perluasan kuasa. Banyak negar-negara yang telah dibuka melalui angkatan tentera
ini.

2. Melakukan Pembukuan Al-Quran.


Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas.
Apabila ramainya orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya
perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka
mempelajari Islam. Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka
mempelajari al-Quran. Banyak terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa
kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan
ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam
dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.
Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskah al-Quran yang baru yang
mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah Uthman telah
menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana al-Quran yang berbeza telah
dibakar. Al-Quran ini lah yang digunakan hingga kehari ini yang man ianya dikenali
dengan nama Mushaf Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin
kesucian al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.

3. Beliau Telah Membesarkan Masjid Nabawi.


Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin
ramai, Oleh itu khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan
membeli tanah bagi diluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah diluaskan
pada tahun 29 Hijrah.

4. Usaha Khalifah Uthman Dalam Menyebarkan Dakwah Islam.


Khalifah Uthman sering berdakwah dipenjara dan beliau berjaya mengislamkan ramai
banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada rakyatnya.
Ramai pendakwah telah dihantar keserata negeri bagi memperluaskan ajaran Islam.
Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga melantik petugas
khas yang membetulkan saf-saf sembahyang. Beliau juga banyak menggunakan al-
Quran dan as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.

Khalifah Ali Bin Abi Talib.


( 35-40 H / 656-661 M )

Pengenalan.
Khalifah Ali merupakan khalifah Islam yang ke empat dalam pemerintahan Khulafa’
Ar-Rasyidin. Perlantikan khalifah Ali adalah dari persetujuan ramai melalui majlis
revolusi.

Sirah Khalifah Ali b. Abi Talib.

Nama beliau sebenarnya ialah Ali b. Abi Talib b. Abdul Mutalib b. Hasyim b. Abdul
Manaf. Beliau dilahirkan pada tahun 602 M atau 10 tahun sebelum kelahiran Islam.
Usianya 32 tahun lebih muda dari Rasulullah. Syaidina Ali merupakan sepupu dan
menantu baginda melalui perkahwinan Ali dengan Siti Fatimah, mereka telah
dikurniakan dua orang anak iaitu Husain dan Hassan. Beliau adalah orang pertama
yang memeluk Islam dari kalangan kanak-kanak. Beliau telah di didik dirumah
Rasulullah dan ini menyebabkan beliau mempunyai jiwa yang bersih dan tidak
dikotori dengan naluri Jahiliah.

Ali merupakan orang yang kuat dalam menyebarkan Islam. Semasa Rasulullah
hendak berhijrah ke Madinah,beliaulah orang yang menyamar dan tidur dikatil
Rasulullah bagi mengelirukan musuh-musuh Islam.. Beliaulah yang menjadi juru tulis
dalam perjanjian Hudaibiah. Beliau banyak menyertai peperangan dimasa Rasulullah,
hampir kesemua peperangan kecualilah dalam peperangan Tabuk yang mana beliau
dilantik menjadi pemangku jawatan Rasulullah di Madinah. Beliau mempunyai ilmu
pengetahuan yang banyak dalam bab-bab hukum Islam.

Walau pun beliau tidak dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah, beliau
tidak menentangnya malah beliau tetap mengiktiraf khalifah-khalifah yang dilantik.
Perlantikan Khalifah Ali berlainan sedikit dengan khalifah ar- Rasyidin yang lain,ini
kerana perlantikannya hanyalah melalui majlis revolusi yang terdiri dari orang-orang
biasa, bukan dari kalangan sahabat terkemuka.

Setelah khalifah Uthman dibunuh,keadaan menjadi kucar-kacir dan kekecohan


berlaku. Untuk mengisi jawatan yang kosong,maka orang ramai telah melantik Ali
sebagai khalifah. Syaidina Ali enggan menerima jawatan tersebut,tetapi
memandangkan tidaka ada orang lain yang layak dan sanggup menghadapi
ketegangan tersebut maka Syaidina Ali pun bersetuju. Perlantikannya mendapat
penentangan dari sesetengah kalangan sahabat.

Khalifah Ali mati pada tahun 40 H akibat ditikam oleh Abdul Rahman b. Maljan.

Kepimpinan Khalifah Ali b. Abi Talib.

Dasar kepimpinan Khalifah Ali b. Abi Talib.

Kesan dari kematian Khalifah Uthman adalah amat sulit bagi Khalifah Ali untuk
menyelesaikan terutamanya dalam masalah menjalankan pentadbiran. Untuk
melicinkan pentadbiran, Khalifah Ali telah memecat jawatan pegawai-pegawai yang
dilantik oleh Khalifah Uthman yang terdiri dari kalangan Bani Umawiyah. Ini telah
menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan Bani Umawiyah.

Beliau juga telah bertindak mengambil kembali tanah-tanah kerajaan yang telah
dibahagikan oleh Khalifah Uthman kepada keluarganya. Ini telah menambahkan lagi
semangat kebencian Bani Umawiyah terhadap Khalifah Ali. Oleh itu golongan ini
telah menuduh Khalifah Ali terlibat dalam pembunuhan Khalifah Uthman.

Khalifah Ali juga telah memindahkan pusat pemerintahan dari Madinah ke Kufah
yang mana ianya telah menimbulkan kegelisahan rakyat terhadapnya. Akibatnya
pada tahun 36 / 657 M berlakulah perang saudara yang dikenali sebagai Perang
Jamal dan pada tahun 37 H / 658 M berlaku lagi peperangan saudara buat kali kedua
yang dikenali sebagai Perang Sifin.

Peperangan antara tentera Khalifah Ali dengan tentera yang dipimpin oleh
Talhah,Zubair dan Saidatina Aisyah.

Peperangan antara penyokong Khalifah Ali dengan penyokong Khalifah Uthman.

BAB 4

Khalifah Umar b. Abdul Aziz.

Pengenalan.

Latar belakang Bani Umaiyyah, nama Umaiyyah diambil semperna dengan nama
moyang Muawiyah iaitu, Muawiyah b. abu Sufian b. Harb b.Umayyah b. Abu Syam b.
Abdu Manaf, salah seorang pembesar Quraish yang dihormati ramai.di zaman
Jahiliah.

Zaman pemerintahan Bani Umaiyyah ini boleh dibahagikan kepada beberapa tahap
yang mana antara tahap-tahap tersebut menampakan perbezaan yang ketara dari
segi kepimpinan khalifah-khalifah yang ada dalam Bani Umaiyyah.

Zaman pentadbiran Bani Umaiyyah ialah zaman yang menggunakan sistem Monarki
yang mana sistem pentadbiran dikuasai secara turun temurun kepada ahli keluarga.

Sirah Khalifah Umar Abdul Aziz


( 99-101 H / 717-720 M )
Beliau adalah salah seorang daripada keturunan Bani Umaiyyah. Nama sebenarnya
ialah Abu Jaafar Umar b. Abdul Aziz b. Marwan b. Hakam. Ibunya ialah Laila bt. Asim
b. Umar al-Khattab. Beliau adalah Bani Umaiyyah yang kelapan sesudah
pemerintahan khalifah Sulaiman.

Beliau pernah memegang jawatan gabenor Madinah selama 7 tahun pada masa
pemerintahan Khalifah al-Walik b. Abdul Malik. Beliau dianggap sebagaai salah
seorang yang alim dalam ilmu perundangan Islam dan Hadis dan pernah berguru
kepada Imam Malik b. Anas,Urwah b. Zubair,Said b. Musaiyyad dan lain-lain lagi.

Walaupun pada zaman mudanya beliau hidup dalam keadaan mewah tetapi setelah
beliau memegang jawatan gabenor, cara hidupnya bertukar menjadi sebaliknya iaitu
wara’ dan zuhud. Beliau memegang jawatan khalifah setelah dilantik oleh Khalifah
Sulaiman kerana mengenangkan jasanya terhadap khalifah.

Walau pun zaman pemerintahan khalifah Umar sangat singkat, namun beliau
merupakan seorang khaalifah yang terkenal dan teragung selepas Khalifah Ar-
Rasyidin. Pemerintahannya berbeza dengan khalifah Umaiayyah yang lain kerana
banyak melakukan reformasi dalam berbagai-bagai bidang.

Beliau wafat pada tahun 101 H dalam usia beliau 39 tahun iaitu sesudah memerintah
selama 2 tahun 5 bulan.

Kepimpinan Khalifah Umar B. Abdul Aziz.

Aspek Politik.

1. Menentukan dasar pemerintahannya,mesti kembali kepada dasar politik Islam ( Al-


Quran–As-Sunnah ) dan mengamalkan keadilan,kejujuran,,keamanan dan
mengelakkan kemungkaran.

2. Menentukan polisinya iaitu :


? Menuntuk supaya ahli keluargannya hidup dalam keadaan zuhud dan soleh.Hidup
sebagai seorang yang sederhana dalam semua hal dan menjauhi daripada bentuk
kemewahan. Sebagai contohnya beliau tidak tinggal didalam istana yang
dikhususkan kepadanya malah beliau tinggal dirumahnya sendiri. Kuda-kuda raja
dijual dan wang tersebut diserahkan kepada Baitul-Mal. Beliau memerintah supaya
isterinya menyerahkan kembali barang perhiasan yang diambil dahulu kepada
kerajaan.

? Menerapkan hubungan rakyat dengan pemerintah agar masalah dapat diselesaikan


bersama. Beliau menghapuskan protokol,sekatan atau apa-apa syarat yang
dikenakan kepada rakyat untuk berjumpa dengannya. Pegawai- pegawai kerajaan
dan pengawal istana dihapuskan. Sistem ini menjamin keadilan dan kesejahteraan
rakyat.
? Menukar polisi penaklukan. Penaklukan bukan lagi sebagai cara untuk meluaskan
wilayah,malah cara yang terbaik ialah dengan melakukan dakwah. Khalifah-khalifah
Muawiyah yang lain melakukan penaklukan hanya untuk mendapatkan harta
keuntungan dunia sahaja.Khalifah Umar telah menukar kepada cara tabligh yang
penuh dengan hikmah.

? Melaksanakan polisi berbaik-baik. Beliau memberhentikan amalan mencaci Khalifah


Ali di mimbar-mimbar masjid yang menjadi amalan sebelumnya.

? Beliau juga telah memulangkan beberapa kawasan kebun kepada keluarga Ali yang
dirampas dahulu. Beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan golongan-
golongan Khawarij.

? Polisi terhadap orang-orang bukan Islam. Perdamaian dengan orang Kristian dan
Yahudi.

Aspek Sosial.

1. Membentuk masyarakat yang sesuai dengan kehendak Islam. Dengan itu beliau
telah menyamakan taraf antara orang-orang Arab dengan orang-orang bukan Arab.
Cukai yang dikenakan dari semua keturunan adalah sama . Pegawai kerajaan diarah
supaya bertindak adil.

2. Mengadakan rumah-rumah tumpangan (Dar al-Dhiyafah ) didaerah-daerah Islam


sebagai tempat persinggahan para musafir.

3. Menggalakan orang-orang ramai menghulurkan bantuan kepada orang-orang


miskin. Beliau juga mengadakan bantuan khas bagi orang-orang cacat dan sakit.

You might also like