You are on page 1of 10

Pengertian solat jemaah

Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain


daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.

Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah
maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.

Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:

1. Fardhu ain pada solat Jumaat;


2. Fardhu kirayah pada solat fardhu lima waktu; dan
3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah
padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta
hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.

Tuntutan berjemaah pada solat fardhu


Tuntutan berjemaah pada solat 5 waktu yang selain daripada solat fardhu Jumaat, pada
pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi adalah tuntutan
fardhu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim,
mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie.

Jadi bererti apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat jemaah di tempat
yang dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masdjid atau surau, maka gugurlah dosa
atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir bersolat jemaah. Tetapi
sekiranya tidak didirikan solat jemaah maka semua penduduk kampung atau mukim itu
berdosa.

Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh
Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan
solat berjemaah.

Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:

Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak
mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan
Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya
Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran
tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat
yang dikumandangkan di masjid.

Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah


Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda
Nabi s.a.w yang bermaksud:
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda).
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya fadhilat solat berjemaah adalah bertali arus, sambung menyambung,


mengembang dan membesar. Orang yang bersolat jemaah bukan sahaja mendapat setakat
27 darjat, malah dia akan mendapat banyak fadhilat dan keuntungan sampingan lain lagi
semasa dia berulang alik ke masjid dan semasa dia berada dalam masjid.
Jul 2, '07 1:34 AM
KEUTAMAAN SOLAT JEMAAH
for everyone
KEUTAMAAN SOLAT JEMAAH
Dari Abu Hurairah, ia berkata :
Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat
seseorang dengan berjamaah
berlipat ganda dari solat sendirian
di rumahnya dan di pasar sebanyak
25 kali , iaitu apabila dia berwuduk,
dia sempurnakan wuduknya,
kemudian ia pergi ke masjid dan
hanya semata-mata untuk solat; ia
tiada melangkahkan kakinya,
melainkan akan menambah tingkat
dirinya satu darjat dan setiap
langkah akan menghapuskan satu
kesalahan. Apa bila ia solat, maka
malaikat akan selalu mengucapkan
selawat kepadanya selama dia
tinggal di tempat solat itu dan tidak
berkata-kata. Malaikat berdoa:
Allahumma salli’alaih, Allahumma
arhamhu ( Ya Allah berilah dia
rahmat dan berilah dia kasih sayang
) dan ia tetap seperti orang yang
mengerjakan solat selama dia
menantikan solat .”
( HR Bukhari Muslim dan lafaz ini ada pada
sisi Bukhari )

Dari Umar bin Khathab, dari Nabi


s.a.w sesungguhnya baginda
bersabda “ Barangsiapa solat di
suatu masjid dengan berjemaah
selama 40 hari dengan tidak pernah
ketinggalan rakaat yang
© 2009 Multiply, Inc.

MAKMUM MASBUK DAN MAKMUM MUAFIK

1. Makmum Muafik

Makmum Muafik ialah makmum yang sempat membaca Al-fatihah ketika


imam masih berdiri. Makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah
kerana suatu keuzuran disebut juga Muafik

Jika makmum Muafik belum selesai membaca Al-fatihah tetapi imam sudah
rukuk. Makmum itu hendaklah menyelesaikan bacaan Al-Fatihah dalam masa
imam melakukan tiga rukun iaitu rukuk, iktidal,Rukuk pertama

Jika imam telah selesai melakukan tiga rukun itu tetapi makmum tersebut belum
selesai membaca Al-fatihah makmum tersebut dianggap telah ketinggalan satu
rakaat daripada imam dan wajib diganti selepas memberi salam.

Mereka hendaklah meneruskan bacaan Al-Fatihah itu sehingga habis dan terus
mengikut perbuatan imam sama ada bertasyahud atau berdiri pada rakaat yang
lain.

Apabila imam selesai memberi salam, makmum itu hendaklah menggantikan


bilangan rakaat yang tertinggal.

Ganjaran yang diterima oleh makmum muafik lebih baik daripada makmum
masbuk.

2. Makmum Masbuk

Makmum masbuk ialah makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah


sebelum imam rukuk. Biasanya mereka berjemaah ketika imam rukuk atau
sujud.

Makmum masbuk hendaklah bertakbiratul ihram, kemudian terus rukuk atau


sujud bersama imam. Jika mereka sempat rukuk dan tamakninah bersama imam,
mereka dikira mendapat rakaat bersama imam dan tidak perlu diganti rakaat
tersebut.

Jika tidak sempat rukuk dan tamakninah bersama imam, mereka dikira tidak
mendapat rakaat tersebut bersama imam. Mereka hendaklah menggantikan rakaat
tersebut selepas imam memberi salam.

Jika makmum masbuk masuk berjemaah ketika imam sedang bertasyahud akhir,
mereka hendaklah terus duduk mengikut imam selepas takbiratul ihram. Jika tidak
sempat tamakninah bersama imam, mereka dikira berjemaah tetapi semua
bilangan rakaat dalam solat itu hendaklah diganti

SOLAT
Solat (bahasa Arab: ‫ ;صلة‬pl. ṣalawāt) merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam.
Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang
Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah
satu dari Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh,
zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya


dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan
menjamakkannya.

Syarat sah solat:


1. Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
3. Menutup aurat.
4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
5. Yakin masuk waktu solat.

(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi -
misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ia tidak
menepati syarat sah solat)
[sunting] Perkara-perkara yang membatalkan solat:
1. Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang memberi faham, atau ketawa.
3. Makan/minum walau sedikit.
4. Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut(mutawaliyat).
5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
6. Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
7. Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10. Meninggalkan rukun solat.
11. Murtad

[sunting] Rukun Solat


Rencana utama: Rukun Solat

Rukun solat ada 13:

1. Niat.
2. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama).
3. Berdiri bagi yang mampu.
4. Membaca surah Al-fatihah.
5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
6. Iktidal dengan tama'ninah.
7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah.
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
9. Tasyahhud Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
10. Duduk dalam Tasyahhud akhir.
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir.
12. Membaca salam.
13. Tertib.

Pada mazhab Maliki dan Hanafi, baca fatihah rukun bagi solat perseorangan sahaja.
(Tidak rukun bila solat jemaah, bila imam baca makmum dengar sahaja berdasarkan al-
quran:-dan hendaklah kamu diam bila quran dibacakan.).

Perkara-perkara sunat semasa solat


1. Sunat Hai'ah
2. Sunat Ab'adh

Perkara-perkara makruh semasa solat


• Berpaling ke kiri atau ke kanan (kecuali ketika Salam).
• Memandang ke atas (mendongak).
• Berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja.
• Berludah ke hadapan atau ke belah kanan.
• Berlebih-lebihan membongkok dan menundukkan kepala ketika rukuk.
• Bercekak pinggang.
• Menyinsingkan kain atau baju.
• Bersembahyang ketika hadir makanan (makanan dihidangkan).
• Bersembahyang ketika berasa hendak qadha' hajat (membuang air).
• Ada juga yang mengatakan adalalah makruh ketika solat sambil menutup mata.

Persediaan sebelum menunaikan solat


• Berpakaian sopan dan menutup aurat.
• Berwuduk.
• Duduk di atas tapak solat yang bersih(seperti diatas tikar sejadah)sambil
berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu
yang terluang).
• Berdiri(bagi mereka yang mampu)dan membaca niat waktu solat.
• Iqamat dan membaca ayat Kursi,Surah Al-Ikhlas,Surah Al-Falaq,Surah An-
Nas(bagi menghalangi syaitan dan jin dari menganggu solat.
• Mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat.

Perkara yang boleh dilakukan selepas melangsaikan


solat
• Selepas memberi salam,digalakkan untuk duduk
berzikir,bertahmid,bertakbir,berselawat dan memuji Allah.(sekiranya ada waktu
yang terluang).
• Membaca Al-Quran
• Berdoa kepada Allah dengan sebaik mungkin serta mengharapkan keampunan dan
rahmat dariNya.

SOLAT BERJEMAAH
Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara
beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.

Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:

"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali
darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang


makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie
hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat
berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam.
Mereka yang terlewat mengikuti solat berjamaah, dikenali sebagai masbuq.

Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat
hari raya, solat Solat Sunat Tarawih dan solat Sunat Witir. Tetapi bagi Solat Jumaat, ia
wajib dikerjakan secara berjemaah.

Syarat-syarat sah solat berjemaah:

1. Berniat mengikut/menjadi imam.


2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.
3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi
makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.
4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.
5. Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit.
Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.
7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur,
Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.
8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.

Semasa berniat, seseorang itu perlu menambah perkataan makmuman (makmum lelaki),
makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam
perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.

Antara syarat untuk menjadi imam:

• Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum.


• Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain.
• Imam itu sudah mumaiyiz.

You might also like