You are on page 1of 17

1.

0 Pengenalan

Tahun 1800 hingga 1900 merupakan titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu. Dalam
lingkungan tempoh masa ini, Tanah Melayu bukan sahaja mengalami transformasi politik tetapi
juga transformasi sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan
sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan
orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Kedatangan imigran Cina dan India di Tanah Melayu
telah bermula sejak zaman kegemilangan Melayu Melaka lagi. Kedatangan mereka pada waktu
itu hanyalah sekadar datang untuk berdagang dalam jangka waktu yang singkat sahaja dan
mereka tidak bercadang untuk menetap di Tanah Melayu dalam tempoh yang lama.

Pendudukan British di Tanah Melayu bermula dari pergelokan politik dan perebutan
takhta yang berlaku di Perak dan Johor sehingga beberapa negeri di Tanah Melayu telah menjadi
milik British. Selepas perjanjian British-Belanda 1824, kedudukan British di Tanah Melayu
semakin kuat. Ekoran dari permintaan bahan mentah untuk industri Barat, mencari pasaran baru
untuk barangan siap dan mancari peluang baru untuk pelaburan di Barat, British telah
mengeksploitasi semua kelebihan yang terdapat di Tanah Melayu. British bertindak membawa
masuk imigran Cina dan India ke Tanah Melayu untuk menampung kekurangan jumlah tenaga
kerja bagi keperluan penjanaan ekonomi yang ingin dimanipulasi dan dimanopoli. Jumlah
kedatangan kedua-dua imigran ini telah meningkat secara mendadak di Tanah Melayu selepas
itu. Tindakan British membawa masuk imigran-imigran ini adalah kerana terdapat pelbagai
kelebihan pada mereka contohnya berkemahiran dalam mengendalikan aktiviti perlombongan
dan pertanian yang mampu meningkatkan hasil pengeluaran terhadap hasil bumi yang terdapat di
Tanah Melayu kepada pihak British.

Kesannya kedua-dua imigran ini menguasai dua sumber ekonomi yang berbeza sehingga
terbentuk pola-pola ekonomi terhadap masyarakat. Penambahan penduduk dan peningkatan
kegiatan ekonomi secara tidak langsung telah mendorong pertumbuhan bandar, jalan-jalan raya,
landasan kereta api dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Selain itu juga,
kedatangan imigran ini telah memberi kesan yang besar ke atas Tanah Melayu kerana telah
mengubah pola kependudukan dan juga membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk.

1
2.0 Faktor-Faktor Kemasukan Imigran Cina Dan India Ke Tanah Melayu

2.1 Kemasukan Imigran Cina Ke Tanah Melayu

Imigran Cina ke Tanah Melayu juga adalah kesan permasalahan yang timbul di negara asal
mereka dari segi sosial, ekonomi dan politik. Dari segi sosial masalah wujud apabila berlakunya
bencana alam seperti kemarau yang panjang dan juga banjir besar. Pengalihan air Sungai Kuning
dan Honan ke Shantung telah menyebabkan banjir besar berlaku.1 Selain itu juga berlaku
kemarau yang panjang pada tahun 1900.2 Kesannya masyarakat tidak dapat meneruskan
pekerjaan mereka dan juga menyebabkan masalah kebuluran dan juga penyakit berjangkit.

Dari segi ekonomi turut berpunca daripada bencana alam yang berlaku. Selain itu, kesan
pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan masalah kepada ekonomi Cina pada masa itu.
Keadaan yang tidak stabil dan penambahan penduduk yang ramai menyebabkan berlakunya
masalah bagi mendapatkan pekerjaan. Pada tahun 1741 penduduk Cina berjumlah 137 juta orang
meningkat kepada 430 juta orang pada tahun 1850.3 Keadaan menjadi bertambah buruk apabila
kerajaan Manchu mengenakan cukai yang tinggi dan menyebabkan para petani tidak dapat
membayar cukai yang dikenakan. Terdapat juga petani yang bertindak menjual tanah mereka
untuk membayar cukai yang dikenakan. Kesannya, hampir 60 peratus hingga 90 peratus petani
kehilangan tanah yang dimiliki mereka. Keadaan ini menunjukkan pertambahan penduduk yang
sangat besar jumlahnya berbanding pertambahan kawasan pertanian yang hanya 35 peratus
sahaja. Jelas ini merupakan faktor mengapa orang Cina bertindak mencari sumber rezeki yang
baru.

Bukan itu sahaja, keadaan politik di Cina turut menjadi faktor penolak kenapa imigran
Cina datang ke Tanah Melayu. Keadaan politik Cina pada masa itu adalah tidak stabil kerana
kerajaan Manchu merupakan sebuah kepemimpinan yang tidak adil dan bersikap diskriminasi

1
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Hal 173.
2
K. G. Tregonning. 1984. A History Of Modern Malaya. Singapura: Singapore Press. Hal 174.
3
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Hal 173.

2
terhadap rakyat mereka. Selain itu, keadaan sosio-politik yang huru hara menyebabkan keadaan
menjadi tidak terkawal dan sering terjadi pembunuhan dan kekejaman. Hal ini menyebabkan
gerakan menentang pemerintah sering meletus, antaranya ialah Pemberontakan Taiping,
Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina. Namun, kebanyakan pemberontakan yang dilakukan
menemui kegagalan dan menyebabkan kerajaan bersikap lebih tegas dan kejam terhadap rakyat.
Kesan daripada itu menyebabkan rakyat Cina bertindak dengan keluar daripada negara mereka
untuk mencari pekerjaan yang mampu menampung kehidupan.

Selain faktor penolak, terdapat beberapa faktor penarik yang menyebabkan imigran Cina
berminat untuk berhijrah ke Tanah Melayu antaranya ialah kerana Dasar orang British, kestabilan
sistem politik Tanah Melayu dan juga perkembangan pesat ekonomi yang berlaku di Tanah
Melayu pada masa itu. Orang British menggalakkan kedatangan imigran Cina ke Tanah Melayu
kerana berpendapat orang Cina mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya usaha dan
bersifat keusahawanan.4 Perkara yang jelas dapat dilihat dalam perkembangan penempatan Cina
di Tanah Melayu ialah hubungannya dengan British. Dikatakan, dimana sahaja bendera British
berkibar disana ramai orang Cina bernaung.5 Kedatangan imigran Cina secara beramai-ramai
bermula di Negeri-negeri Selat. Sistem ekonomi bebas yang dijalankan British telah
menggalakkan kedatangan mereka ke Tanah Melayu malahan mereka turut berkembang di
keseluruhan Tanah Melayu sejajar dengan kependudukan British yang menguasai Tanah Melayu.
Penghijarahan beramai-ramai Cina ke Tanah Melayu berlaku pada pertengahan kurun ke-19
hingga ke-20. Berdasarkan bancian yang dibuat pada tahun 1891, separuh penduduk di Perak,
Selangor dan Sungai Ujung merupakan imigran Cina.6 Kebanyakan mereka berasal dari China
Selatan. Kawasan tumpuan mereka merupakan kawasan tumpuan ekonomi yang menjadi penarik
utama mereka datang ke Tanah Melayu. Bidang utama dalam kegiatan ekonomi mereka adalah
perlombongan.

Dasar pemerintahan British yang bersifat liberal telah menggalakkan lagi kemasukan orang
Cina ke Tanah Melayu. Pelbagai kemudahan disediakan bagi menggalakkan kemasukan imigran
Cina seperti menyediakan kemudahan seperti subsidi tambang dan juga memperkenalkan
undang-undang dan peraturan imigrasi di Tanah Melayu. Kestabilan politik di Tanah Melayu

4
Chan Hon Chai. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur. Hal 102.
5
Sidek Fadzil. 1970. Sejarah Orang China di Tanah Melayu. Kelantan: Pustaka Aman Press. Hal 21.
6
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Hal 171.

3
menyebabkan imigran merasakan Tanah Melayu merupakan tempat yang sesuai untuk mencari
sumber rezeki. Hal ini kerana, selepas pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun
1896 telah menjamin kestabilan politik Tanah Melayu.

Pada peringkat awal kemasukan warga Cina ke Tanah Melayu adalah dengan pembiayaan
sendiri. Selepas ekonomi Tanah Melayu menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan
menyebabkan banyak galakan diberi untuk menarik lebih ramai kemasukan buruh-buruh luar.
Para pembesar juga berperanan dalam membawa masuk buruh-buruh luar untuk mengusahakan
perlombongan bijih timah. Terdapat kapitan yang dilantik untuk mengendalikan buruh-buruh
Cina tersebut. Kapitan ini juga merupakan ketua kongsi gelap. Selain itu terdapat juga Sistem
Kangcu, melalui sistem ini Sultan Johor bertindak mengeluarkan surat sungai kepada pemodal-
pemodal Cina untuk mengusahakan tanaman seperti tanaman lada dan gambir. Terdapat juga
Sistem Tiket Kredit yang diperkenalkan, berdasarkan sistem ini, para imigran diberi hutang
pelayaran. Namun, sistem ini dilihat membebankan imigran kerana mereka terpaksa
menanggung hutang dan kesannya mereka mendapat upah yang sangat murah.

2.2 Kemasukan Imigran India Ke Tanah Melayu

Kedatangan imigran India juga merupakan kesan disebabkan kependudukan British di Tanah
Melayu. Namun begitu, kedatangan mereka ke Tanah Melayu agak lewat berbanding imigran
Cina. Pada peringkat awal penjajahan British di Tanah Melayu, kerajaan India tidak
menggalakan rakyat mereka berhijrah keluar dari Negara India. Tetapi selepas perjanjian
Inggeris-Belanda, ramai banduan dari India yang dibawa dan ditempatkan di Sumatera ke
Negeri-negeri Selat. Banduan-banduan ini digunakan sebagai buruh untuk membina bangunan,
7
jalan raya, landasan kereta api dan jambatan. Selain itu juga, terdapat satu kumpulan lagi
imigran India yang terdiri daripada buruk kuli kontrak untuk bekerja di ladang tebu, kopi dan
kemudiannya getah. Penghijrahan beramai-ramai imigran India ke Tanah Melayu bermula pada

7
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Hal 176

4
tahun 1840-an.8 Pada mulanya buruh dari India ini diimport oleh peladang British untuk bekerja
di ladang tebu dan kopi di Seberang Perai.

Keadaan sosio-ekonomi yang tidak stabil di negara asal telah menjadi faktor penolak
kepada imigran India untuk keluar dari negara mereka. Keadaan ekonomi dan sosialnya yang
semakin meruncing telah menyebabkan orang India menghadapi kesengsaraan dan penderitaan
dalam hidup. Selain itu, berlaku bencana alam seperti kemarau yang berpanjangan menyebabkan
sumber ekonomi mereka tiada dan tidak mampu untuk menghasilkan pendapatan untuk menyara
kehidupan seharian mereka. Hal ini menyebabkan tahap kemiskinan semakin meningkat dan
ditambah pula dengan penambahan penduduk yang ketara dari tahun ke tahun. Sistem kasta juga
menjadi penghalang kepada mobiliti sosial dan ekonomi. Sistem kasta yang diamalkan ini telah
menindas golongan yang dianggap mempunyai kasta rendah. Kesempitan hidup dan penindasan
yang berlaku mendorong mereka keluar berhijrah untuk membaiki taraf hidup.

Faktor penarik yang membawa kepada kemasukan imigran India ke Tanah Melayu adalah
sama seperti faktor yang telah membawa kepada kemasukan imigran Cina iaitu kerana
perkembangan ekonomi di Tanah Melayu, Sosio-politik yang stabil dan juga galakan yang
diberikan oleh British. Pendorong yang ketara kedatangan buruh India adalah kerana
perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. British bertindak menggalakkan kemasukan
orang India kerana tenaga kerja yang ramai diperlukan di ladang getah. Selain itu buruh India
dikatakan sangat mahir dalam aktiviti perladangan getah. Terdapat juga diantara mereka yang
diberikan peranan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Cara kemasukan imigran India ke Tanah Melayu adalah melalui cara persendirian, sistem
kontrak, sistem Kangani dan bantuan tabung khas. Sistem kontrak bermula pada awal abad ke-19
dan dihapuskan pada tahun 1910.9 Buruh kontrak dianggap murah dan mudah untuk berpindah
majikan. Sistem Kangani (pengawas) pula lebih disukai kerana murah dan bebas daripada
kawalan serta pemeriksaan daripada kerajaan. Sistem kangani dikatakan berjaya mengatasi
sistem kontrak kerana jangka masanya yang pendek dan dibuat secara lisan.

8
Institut Tadbiran Awan Negara.1999. Malaysia Kita, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Hal
420.
9
Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Hal 177.

5
3.0 Perubahan Komposisi Penduduk Dalam Negeri-Negeri Bersekutu

Perubahan Komposisi Penduduk Dalam Negeri-Negeri Bersekutu 1891-1911

(Jumlah Dalam Ribuan)

Golongan Etnik 1891 1901 1911


Melayu 231.5 312.4 420.8
Cina 163.4 299.7 433.2
India 20.1 58.2 173.7
Lain-Lain 3.3 8.1 9.2
Jumlah 418.5 678.6 1037.0

Kesan kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah mengubah komposisi
penduduk dengan ketara. Daripada jadual di atas, jelas menunjukkan perubahan komposisi
penduduk yang ketara dalam tempoh 20 tahun. Dapat dilihat pertambahan penduduk dari tahun
ke tahun berlaku dengan cepat dan mengubah skala kependudukan yang sedia ada di Tanah
Melayu. Contohnya dapat dilihat pada tahun 1891 jumlah penduduk di Negeri-negeri Melayu
adalah 418.5 ribu orang dan setelah sepuluh tahun kemudian jumlah penduduk bertambah
kepada 678.6 ribu orang. Pertambahan ini semakin ketara apabila pada tahun 1911 terdapat
1037.0 ribu orang jumlah penduduk yang menetap Negeri- negeri Melayu Bersekutu. Jelas disini
bahawa kedatangan kedua-dua imigran ini telah menyumbang kepada pertambahan penduduk
yang sangat pesat di Tanah Melayu.

6
Hasil dari dasar liberal dan terbuka British, terbentuk sebuah masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai kaum, keturunan dan cara hidup. Penghijarahan ini telah mengubah struktur
kependudukan asal. Pada awal abad ke-19 lebih daripada 90 peratus penduduk di Semenanjung
Melayu terdiri daripada penduduk bumiputera keturunan Melayu. Tetapi pada tahun 1911 peratus
penduduk bumiputera menurun kepada 54 peratus. Peratusan ini menurun lagi kepada 49 peratus
pada tahun 1921 dan pada tahun berikutnya menunjukkan peratusan yang semakin menurun.10

Kadar pertambahan penduduk di Semenanjung di Tanah Melayu pesat berlaku bermula pada
tahun 1911 dan seterusnya bertambah dari semasa ke semasa. Pertambahan penduduk yang pesat
ini merupakan kesan daripada kemasukan imigran Cina dan India. Penduduk Cina di Selangor,
Perak, Negeri Sembilan dan Pahang bertambah dua kali ganda antara tahun 1891 sehingga tahun
1901.11 Bilangan kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu telah bertambah di antara tahun
1911–1921 iaitu semasa harga getah semakin meningkat. Ini amat jelas memandangkan
pertambahan bilangan masyarakat India antara tahun 1911 – 1921 di mana bilangan mereka
bertambah dari 270 000 orang kepada 470 181 orang. Mengikut bancian penduduk pada tahun
1891, Negeri- negeri Melayu Bersekutu dianggarkan mempunyai 418, 527 orang penduduk,
meningkat tiga kali ganda sejak campur tangan British di Tanah Melayu.12

4.0 Pola Kependudukan Imigran Cina & India

4.1 Kependudukan Imigran Cina

Perkembangan penempatan Cina di Tanah Melayu berkaitan perhubungannya dengan penjajahan


British. Ia diibaratkan seperti “di mana sahaja bendera Inggeris berkibar, di sana ramai orang
Cina bernaung”. Penempatan orang Cina bukan sahaja diheret oleh British ke pusat-pusat
penempatan, sebaliknya mereka pula mengheret British ke pusat kancah politik Negeri-negeri
Melayu.13 Antara faktor lain yang membawa perkembangan penempatan Cina adalah galakan
daripada raja-raja Melayu sendiri. Bagi memajukan negeri dari segi pertanian, sultan telah
10
Institut Tadbiran Awan Negara.1999. Malaysia Kita. Hal 422
11
Institut Tadbiran Awan Negara.1999. Malaysia Kita. Hal 423
12
Institut Tadbiran Awan Negara.1999. Malaysia Kita. Hal 423
13
Sidek Fadzil, 1970. Sejarah Orang China Di-Tanah Melayu. Hal 21

7
memberi kemudahan-kemudahan penempatan kepada orang-orang Cina dengan memberi surat
kebenaran untuk mereka tinggal di tebing-tebing sungai di samping kuasa-kuasa ekonomi dan
pentadbiran. Dasar ini dikenali sebagai sistem Kang Chu.14 Bilangan orang Cina sentiasa
bertambah dari masa ke semasa hinggakan orang Melayu pada tahun 1800 menjadi 90 peratus
daripada jumlah penduduk Malaya iaitu yang telah tenggelam dalam arus kemasukan orang-
orang Cina.15 Antara tahun 1881 hingga 1900 lebih 1.6 juta orang Cina telah berada di Selangor
dan Perak. Pada tahun 1901 terdapat seramai 301, 463 orang penduduk Cina di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu jika dibandingkan dengan penduduk Melayu yang berjumlah 313, 205 orang
yang menunjukkan perbezaan penduduk yang terlalu sedikit sedangkan orang Melayu
merupakan penduduk asal Tanah Melayu.16

Komposisi penduduk Cina di Tanah Melayu terbahagi kepada beberapa kelompok kecil
yang terdiri daripada Orang Hokkien, Orang Kantonis, Orang Hakka, Orang Teochew dan Orang
Hailam. Orang Hokkien menjadi pedagang dan peniaga. Mereka menetap di kawasan pelabuhan-
pelabuhan yang penting seperti di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Kantonis dan
Hakka merupakan golongan pelombong. Keadaan ini menyebabkan mereka lebih bertumpu di
kawasan perlombongan bijih timah. Seterusnya ialah Orang Teochew, mereka dikehendaki
menumpukan perhatian dalam bidang pertanian dan perdagangan. Mereka bekerja di ladang-
ladang pertanian seperti ladang gambir, lada hitam dan tebu terutamanya di Johor dan Seberang
Perai serta di kawasan Pantai Perak. Berikutnya ialah Orang Hailam, mereka bekerja sebagai
orang gaji di rumah orang Barat sebelum Perang Dunia Pertama dan menjadi buruh di ladang
getah serta membuka kedai-kedai minuman.

4.2 Kependudukan Imigran India

Di dalam era pemerintahan kolonial British di alam Melayu, British telah mengamalkan
satu prinsip pemecahan penduduk atau dikenali juga sebagai dasar ’pecah dan perintah’ telah
menempatkan imigran India ini di ladang-ladang getah, estet-estet dan di kawasan perlombongan
bijih timah dan segelintir kecil berada di bandar- bandar. Namun begitu, walau apa pun kegiatan
14
Sidek Fadzil, 1970. Sejarah Orang China Di-Tanah Melayu. Hal 22.
15
Sidek Fadzil.1970. Sejarah Orang China Di-Tanah Melayu. Hal 1.
16
Tengku Anuar.1987. Pengetahuan Am Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Hal 27.

8
ekonomi masyakat India seperti buruh di ladang-ladang getah, di ladang kopi, ladang tebu,
gambir, bunga cengkih dan buah pala serta buruh pembinaan landasan keretapi dan jalanraya
tetap adalah akan menguntungkan pihak British dalam aspek ekonomi terutamanya kerana kesan
perkembangan perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah
dan ramai. Keperluan terhadap buruh-buruh India meningkat dengan campur tangan British di
negeri-negeri Melayu.

Menjelang tahun 1870, bilangan imigran India yang terdapat di Tanah Melayu melebihi
30 000 orang. Kebanyakan daripada mereka tertumpu di Negeri-negeri Selat yang memerlukan
tenaga buruh yang ramai bagi mengerjakan ladang-ladang tebu, gambir, bunga cengkih, dan
buah pala. Hasil perkembangan perusahaan getah telah meningkatkan keperluan buruh di Tanah
Melayu. Hal ini selaras dengan pembangunan ekonomi yang dilakukan British di Tanah Melayu.
Pada tahun 1901, bilangan orang India di negeri-negeri Melayu melebihi 120 000 orang. Hampir
kesemua imigran yang berhijrah ke Tanah Melayu berasal dari India Selatan terutama dari
wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India Utara terutama dari Punjab.

Awal tahun 90-an merupakan peringkat yang paling penting dalam migrasi orang India ke
Tanah Melayu yang berkait rapat dengan pembukaan ladang-ladang getah. Antara tahun 1880
hingga tahun 1900, bilangan orang India yang datang tiap-tiap tahun ialah lebih kurang 20 000
orang, jumlah ini telah bertambah kepada 100 000 orang tiap-tiap tahun antara tahun 1910
hingga tahun 1921.17 Jumlah orang India di Negeri- negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1911
ialah 172 465 orang dan di seluruh Tanah Melayu ialah 267 159 orang. Jumlah ini terus
meningkat kepada 305 219 orang pada tahun 1921 di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan
kepada 470 099 orang di seluruh Tanah Melayu. Pada tahun 1931 jumlah penduduk India di
Tanah Melayu berjumlah 621 847 orang. Masyarakat India terbahagi kepada beberapa kumpulan
etnik. Ini bermakna orang India bukanlah kaum yang Homogeneous. 90 peratus daripada
penduduk India di Tanah Melayu berasal dari India Selatan yang berbahasa Tamil. Etnik-etnik
lain yang berhijrah ke Tanah Melayu terdiri daripada golongan Malayali, Telugu, dan Sikh.
Golongan Tamil membentuk kira-kira 82 peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah
Melayu pada tahun 1931.

17
K. Ratnam. 2001. Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Selangor: Pustaka Sarjana Sdn
Bhd. Hal 77.

9
Kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai buruh di estet-estet getah dan kelapa
sawit. Sebilangan kecil orang Tamil juga berkhidmat dalam jabatan-jabatan kerajaan. Orang
Malayali pula membentuk kira- kira 6 peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu
pada tahun 1931. Kebanyakan daripada mereka terdapat di estet-estet getah dan dalam
perkhidmatan kerajaan sebagai kerani dan profesional. Orang Telugu yang merupakan kira-kira 5
peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu pada tahun 1931 bekerja sebagai buruh
di estet-estet. Kumpulan-kumpulan etnik orang India yang lain adalah orang India Utara yang
terdiri daripada Punjabi (Sikh), Benggali, Sindhi, Gujerat, Parsis, dan Marwaris. Kebanyakan
daripada mereka terlibat dalam perniagaan. Orang Sikh khususnya berkhidmat sebagai pengawal
keselamatan dan pasukan polis. Di samping estet-estet getah dan kelapa sawit, orang India juga
menetap di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura, Pulau Pinang dan
Taiping.

Permintaan terhadap buruh-buruh India ini semakin bertambah dengan kewujudan


perusahaaan getah selepas tahun 1900. Dari tahun 1880 sehingga tahun 1900 orang-orang India
memasuki Tanah Melayu setiap tahun jumlahnya lingkungan 20,000 orang. Angka ini meningkat
berlipat ganda setelah adanya perusahaan getah. Antara tahun 1900 sehingga 1910 dianggarkan
jumlah buruh India di Tanah Melayu seramai 48,000 orang.18 Selain daripada terlibat di ladang-
ladang getah dan kopi, buruh India juga turut terlibat dalam ladang-ladang tebu di Pulau Pinang,
Province Wellesley dan Singapura. Pada tahun 1865 dianggarkan seramai 14,000 orang buruh
India di Pulau Pinang dan wilayah Wellesley dan 1,200 orang di Melaka. Selain daripada buruh,
terdapat masyarakat India yang memasuki Tanah Melayu melalui penglibatan tentera India di
Negeri-negeri Selat. Ramai yang keluar masuk secara sukarela diantara India dan Tanah Melayu
Walaubagaimanpun, perpindahan masyarakat India ke Tanah Melayu, diawasi mengikut undang-
undang India pada tahun 1864, dan tiada rintangan yang dibuat terhadap Tanah Melayu.19

Terdapat imigran-imigran dari India yang berada di Tanah Melayu selepas kedatangan
British dari golongan profesional seperti peguam, polis dan doktor.20 Hal ini kerana British telah
menggalakkan orang-orang India yang berpelajaran untuk bekerja di Tanah Melayu. Ramai

18
Joginder Singh Jessy.1975. Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959). Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
Hal 283.
19
Joginder Singh Jessy. 1975. Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959). Hal 283
20
Usha Mahajani.1960. The Role Of India Minorities In Burma And Malaya. Vora &Co Publishers Private Ltd:
Bombay. Hal 102.

10
daripada mereka yang datang bekerja sebagai kerani terdiri daripada orang-orang Ceylon kerana
di Ceylon terdapat sekolah-sekolah menengah milik British pada abad ke-19. Mereka adalah
orang-orang yang berpelajaran tinggi dan mempunyai pengalaman bekerja di jabatan-jabatan
kerajaan di Ceylon. Orang-orang Ceylon adalah masyarakat Tamil dengan jumlah yang sedikit
iaitu kurang daripada 15 000 orang yang berketurunan daripada pedagang Tamil ke Tanah
Melayu melalui British.21 Orang-orang Ceylon juga dikenali sebagai Tamil Jaffna . Tamil Jaffna
berasal dari Daerah Jaffna di Selatan Ceylon dan mereka adalah berketurunan Tamil di India
Selatan yang telah berhijrah ke Ceylon beberapa abad yang lalu.

5.0 Kesan Kemasukan Imigran Ke Atas Masyarakat Tempatan

Kesan kemasukan imigran Cina dan India Ke Tanah Melayu telah merubah ekonomi, politik
dan sosial Tanah Melayu. Kedatangan imigran ini telah membentuk satu kumpulan masyarakat
yang baru yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan. Dengan ini telah membentuk
masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Wujudnya masyarakat majmuk ini telah membawa identiti
baru kepada masyarakat di Tanah Melayu. Selain itu, kedatangan imigran ini telah membawa
kepada pertambahan penduduk yang ramai dalam masa singkat. Dengan kedatangan
pertambahan penduduk yang ramai ini telah mengubah pola kependudukan dan sosio-politik di
Tanah Melayu pada masa itu. Namun begitu, pola kependudukannya berbeza dari satu tempat ke
tempat yang lain. Hal ini adalah kerana faktor tumpuan ekonomi dan kependudukan British itu
sendiri sebagai pencetus kepada ekonomi yang berkembang di Tanah Melayu. Dengan ini
terbentuk kependudukan yang berbeza dimana terdapat kawasan yang menjadi tumpuan dan
padat penduduknya di kawasan bandar terutamanya di pantai Barat. Selain itu, kependudukan
juga berbeza dari mengikut kaum masing-masing. Hal ini di mana Melayu tinggal di kampung-
kampung, India di estet-estet dan Cina pula tinggal dikawasan perlombongan dan bandar-bandar.

21
Usha Mahajani.1960. The Role Of India Minorities In Burma And Malaya. Hal. 102.

11
5.1 Politik

Kedatangan imigran turut merubah sisitem politik Tanah melayu. Golongan pendatang ini telah
menyuarakan pelbagai tuntutan sebagai penduduk tetap Negeri-negeri Melayu termasuk hak-hak
dalam politik.22 Masyarakat pendatang ini dengan secara terbuka menyatakan hasrat untuk terus
kekal di Tanah Melayu dan menjanjikan ketaatsetiaan yang tidak berbelah bahagi pada negara.

Kegiatan ekonomi eksport yang menguntungkan penjajah iaitu British telah


menguntungkan juga golongan imigran. Proses pembandaran wujud di pusat-pusat tumpuan
ekonomi eksport. Hal ini menyebabkan kaum imigran juga boleh berperanan sebagai penggerak
yang bertindak sebagai buruh dan usahawan di kawasan bandar. Di kawasan eksport seperti
kawasan lombong bijih dan ladang getah wujud kelas buruh dan pekerjanya terdiri daripada
imigran Cina dan India. Sebahagian besar penduduk bumiputera pula dikekalkan taraf sebagai
petani sara diri dan nelayan miskin. Walaupun aristokrat Melayu diberi peranan dalam
pentadbiran tetapi ia adalah terhad dan hanya sedikit sahaja bilangannya.

Kesan dari segi politik juga, dapat dilihat melalui kewujudan masyarakat majmuk.
Masyarakat majmuk ini telah menyebabkan timbulnya fahaman politik dan parti politik yang
berbeza. Orang Melayu menujukkan taat setia mereka pada Tanah melayu. Orang Cina pula
menunjukkan taat setia bangsa pada negara China. Ideologi politik orang Cina jelas sekali
berkiblatkan negara asal mereka. Gerakan reformasi dan gerakan revolusiner di Tanah Besar
merupakan faktor yang membentuk pemikiran mereka di Tanah Melayu.23 pada masa yang sama,
masyarakat India juga menunjukkan taat setia bangsanya kepada negara tanah air asal mereka. 24
Hal ini menunjukkan perbezaan yang ketara dalam kegiatan dan perjuangan mereka.

22
Azmah Abdul Manaf.2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Pulau Pinang: Pusat Pengajian
Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia. Hal 20
23
Kumpulan Rencana Pilihan Dewan Masyarakat 1963-1972. Pembangunan dan Masalah Sosial. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 210..
24
Mohamad Idris Saleh et all. 1944. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur : Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hal 59.

12
5.2 Ekonomi

Kedudukan ekonomi masyarakat tempatan terancam kesan dari kedatangan imigran Cina dan
India. Dasar utama British dalam ekonomi telah merugikan masyarakat tempatan malahan tidak
memberi sebarang kemajuan kepada penduduk bumiputera. Dasar-dasar yang telah dilaksanakan
British dalam bidang pertanian, pemilikan tanah, dan pelajaran tidak mengutamakan kepentingan
kepada penduduk bumiputera. Bukan itu sahaja, ia juga dilihat telah memberi kelebihan kepada
imigran untuk menguasai punca-punca ekonomi.

Kesan daripada dasar British juga menyebabkan setiap kaum dibahagikan mengikut
kegiatan ekonomi. Orang Melayu terlibat dalam bidang pertanian dan kegiatan penangkapan
ikan. Orang Cina pula mendominasi kegiatan perlombongan dan perdagangan. Manakala orang
India mengusahakan ladang getah dan perusahaan lain. Selain itu, kegiatan ekonomi juga ini
terpisah mengikut petempatan. Orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan kawasan yang
berdekatan pertanian dan juga pinggir laut. Orang Cina pula tinggal di kawasan bandar yang
berkembang, hasil daripada kegiatan perlombongan. Tumpuan orang Cina hanyalah di kawasan
bandar yang berkembang melalui kegiatan perlombongan yang dilakukan mereka. Manalaka
orang India tinggal di estet-estet dan kawasan perusahaan kelapa sawit. Kedatangan mereka telah
membuka lebih banyak tanah untuk mengusahakan getah iaitu pada tahun 1897, sejumlah 345
ekar tanah telah dibuka .

13
5.3 Sosial

Kesan dari segi sosial, kedatangan imigran Cina dan India turut memberi kesan terdapat interaksi
sosial di Tanah Melayu. Dasar penjajah yang mengasingkan imigran dan masyarakat tempatan
telah membawa masalah kepada pergaulan antara satu kaum dengan kaum yang lain.
Pengasingan tempat tinggal dan kerja telah menyebabkan masing-masing mempunyai
pemahaman sendiri terhadap kaum lain. Wujud pelbagai tanggapan stereotaip antara mereka.
Selain itu, wujud juga jurang antara kaum yang luas apabila terdapat orang terlalu kaya dan juga
yang miskin. Kesannya, keseimbangan dari segi ekonomi tidak berlaku. Namun begitu,
kehidupan kaum imigran adalah semakin baik kesan daripada ekonomi yang terus berkembang di
Tanah Melayu. Dengan kedatangan kedua-dua imigran ini telah membentuk kebudayaan yang
unik dan baru di Tanah Melayu. Kebudayaan boleh diertikan sebagai keseluruhan cara hidup
yang mencakupi antara lain kepercayaan, resam agama, bahasa, ekonomi dan sebagainya yang
diwarisi oleh anggota masyarakat dari semasa ke semasa dan dari satu generasi ke satu
generasi.25 Terdapat pelbagai budaya dalam masyarakat majmuk yang wujud dan merangkumi
pelbagai aspek seperti upacara perkahwinan dan upacara keagamaan.

Kedatangan imigran Cina dan India yang ramai pada awal abad ke-19 ini juga telah
menimbulkan fenomena baru dalam masyarakat tempatan. Pada peringkat awal penghijrahan,
semangat kesukuan Cina telah dijelmakan dalam aktiviti kongsi gelap. Pergaduhan sering terjadi
antara mereka pada tahun 1860-an terutamanya di Perak. Keadaan ini tidak dapat dikawal oleh
pembesar-pembesar Melayu yang berkenaan. Selain itu, ketidakseimbangan imigran lelaki dan
wanita telah menyebabkan kegitan pelacuran menular di bandar-bandar terutamanya kawasan
perlombongan. Penagihan candu juga merupakan masalah yang kronik dalam sesetengah
imigran. Budaya imigran ini agak terasing dengan budaya kehidupan masyarakat tempatan dan
memberi impak yang negatif kepada perkembangan masyarakat tempatan.

25
Mohamad Idris Saleh et all. 1944. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Hal 62

14
6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kependudukan di Tanah Melayu telah mengalami perubahan berikutan


kemasukan secara beramai-ramai imigran Cina dan India ke Tanah Melayu sepanjang tahun 1800
sehingga tahun 1900. Perubahan yang berlaku dilihat berpunca daripada faktor penjajahan
British di Tanah Melayu bermula tempoh tersebut. Perkembangan pesat yang berlaku akibat
revolusi perindustrian di Eropah dan keinginan British membolot kesemua hasil kekayaan bumi
di Tanah Melayu mendorong pihak terbabit membawa masuk pekerja dari luar iaitu terdiri
daripada masyarakat Cina dan India. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh pihak British telah
menggalakkan lagi kemasukan imigran ke Tanah Melayu terutamanya jaminan perlindungan
terhadap keselamatan para imigran yang berada di bawah British. Justeru, berlakulah kebanjiran
imigran di Tanah Melayu.

Pihak penjajah telah membawa masuk imigran yang hidup berdampingan tetapi
berasingan. Kenyataan ini berdasarkan dasar pecah perintah yang diamalkan oleh pihak British
dalam sistem pentadbiran yang diamalkan mereka. Interaksi antara imigran dan penduduk
tempatan sengaja dibiarkan tanpa haluan agar tidak wujud semangat perpaduan diantara mereka.
Berlaku pemisahan tempat tinggal yang ketara apabila masyarakat tempatan terutamanya Melayu
dibiarkan tinggal di kawasan desa atau kampong-kampung, masyarakat Cina di tempatkan di
kawasan Bandar dan kawasan-kawasan perlombongan, manakala masyarakat India dihantar ke
kawasan pertanian seperti ladang dan estet-estet.

Kedatangan imigran ini telah memberi banyak perubahan yang memberi kesan yang
hebat ke atas Tanah Melayu. Hal ini dapat dilihat apabila pada awal abad ke-19 kemasukan
imigran secara besar-besaran ini telah membentuk masyarakat baru di Tanah Melayu iaitu
masyarakat majmuk. Kesan kependudukan mereka ini telah mewujudkan sosio-budaya yang
baru, merubah ekonami Tanah Melayu serta politik di Tanah Melayu

15
BIBLIOGRAFI

Azmah Abdul Manaf.2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Pulau Pinang: Pusat Pengajian
Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.

Chan Hon Chai. 1967. The Development Of British Malaya 1896-1909. Kuala Lumpur

Gullick John. 1981. Nations Of The Modern World Malaysia: Economic Expansion And
National Unity. London: British Library Cataloguing in Publications Data.

Institut Tadbiran Awan Negara.1999. Malaysia Kita, Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala
Lumpur.

Joginder Singh Jessy. 1975. Tawarikh Tanah Melayu (1400-1959). Dewan Bahasa dan Pustaka :
Kuala Lumpur.

Kumpulan Rencana Pilihan Dewan Masyarakat 1963-1972. Pembangunan dan Masalah Sosial.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Idris Saleh et all. 1944. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mohd Isa Othman. Sejarah Malaysia, 1800-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd

Purcell Victor. 1967. The Chinese in Malaya. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Ratnam. K. 2001. Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Selangor :Pustaka
Sarjana Sdn. Bhd

Sidek Fadzil.1970. Sejarah Orang China Di-Tanah Melayu. Kelantan :Pustaka Aman Press.

Sinnapah Arasaratnam. 1979. Indians in Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Oxford
University Press.

16
Tengku Anuar.1987. Pengetahuan Am Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Usha Mahajani.1960. The Role Of India Minorities In Burma And Malaya. Vora &Co Publishers
Private Ltd: Bombay.

17

You might also like