You are on page 1of 3

NUR HIRADHA BINTI AZNI

WONG CHEW LING


SYENDEE UWIL
AZEROY MUSTIN

ASSIGNMENT 1 (PM)

JUNE 2009

KESAN PENJAJAHAN TERHADAP PEMBINAAN NEGARA BANGSA DAN FAKTOR


UTAMA PENJAJAHAN

Sebelum mencapai kemerdekaan, Negara kita telah dijajah oleh pelbagai


kuasa dari luar. Bermacam-macam cara telah dilakukan demi untuk menguasai
Negara kita pada masa dahulu. Salah satu faktor yang menyebabkan Negara kita
dijajah adalah kerana kedudukannya yang stratergik. Syarikat Borneo Utara British
(SHTI) memerlukan teh dari China. Sebagai tukaran, China mahukan emas, perak,
bijih timah dan lada hitam. Barang-barang ini boleh didapati di Tanah Melayu. Oleh
itu Pulau Pinang sesuai dijadikan pusat pengumpulan barang-barang tersebut
kerana kedudukannya yang terletak di laluan antara pedagang timur dan barat.

Kekayan hasil bumi Tanah Melayu juga telah menarik minat penjajah untuk
menjajah Tanah Melayu. Kekayaan hasil bumi ini telah mendorong kuasa asing
untuk menguasainya. Apabila berlaku Revolusi Prundustrian di England pada akhir
kurun ke-18, British berhasrat untuk menguasai Perak, Negeri Sembilan, Selangor
dan Pahang yang kaya dengan bijih timah untuk keperluan kilang-kilangnya.
Revolusi Perindustrian menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk
perusahaan mengetin makanan. Mereka merasakan negeri-negeri di Tanah Melayu
yang kaya dengan bijih timah mesti dikuasai bagi mendapatkan bekalan bijih timah
yang berterusan dan menjadi tempat memasarkan hasil keluaran kilang mereka.

Selain itu, kekeyaan ekonomi di Sarawak juga telah mendorong kepada


penjajahan. Sarawak yang kaya dengan sumber alam menyebabkan James Brooke
berusaha untuk menguasai Sarawak. Keluarga Brooke telah meneroka kekayan hasil
hutan Sarawak seperti sarang burung, getah jelutung dan rotan. Di Sarawak juga
terdapat tanaman tradisionalseperti kelapa, gambir, lada hitam, sagu atau rumbia
yang ditanam secara meluas untuk dieksport. Selain itu terdapat juga bahan galian
yang berharga iaitu antimony dan emas. Antimoni ialah logam yang berharga di
Sarawak. Antimoni yang dieksport antara tahun 1870 hingga 1916 bernilai hamper
2 juta dolar. Ini lebih mendorong lagi keluarga Brooke untuk menguasai Sarawak.

Bukan hanya di Sarawak, malah kekayaan ekonomi di Sabah juga telah


mendorong kepada penjajahan. Sabah menjadi tumpuan pedagang Barat dan
Sepanyol kerana kedudukannya yang stratergik serta kekayaan hasil buminya.
Potensi ekonomi Sabah telah menarik minat perhatian pelabur-pelabur Barat dari
Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan Sepanyol. Matlamat SBUB menguasai Sabah
adalah untuk membolot kekayaan hasil tradisional Sabah seperti sarang burung,
sagu, rotan, pokok lanut, trepa dan jiga sirip ikan yu. SBUB turut menguasai aktiviti
pertanian, pembalakan dan perlombongan bagi mengaut kleuntungan. Sarang
burung merupakan hasil eksport tradisional SBUB yang menguntungkan. Eksport
sarang burung pada tahun 1926 bernilai sebanyak 125000 dolar. Pokok sagu dan
rumbia merupakan antara tanaman tradisional di Sabah. Harga sagu mahal di
pasaran dunia. SBUB menggalakkan rakyat mengusahakannya secara komersial.
Eksport sagu di Sabah pada tahun 1888 bernilai sebanyak 93433 dolar. Ini boleh
membuat keuntungan yang besar terhadap keluarga Brooke yang merupakan
penjajah di Sabah pada masa tersebut.

Walaubagaimanapun, penjajahan juga telah memberi kesan terhadap


pembinaan Negara Bangsa. Bagi masyarakat melayu tradisional, negeri bermaksud
kawasan. Contohnya, Negeri Larut, Negeri Bernam dan juga Negeri Kerian. Konsep
bangsa pula merupakan sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan
atau warganegara sesebuah Negara.

Penjajahan kuasa barat telah menyebabkan berlakunya perubahan pada


konsep kerajaan dan negeri masyarakat melayu tradisional. Semasa penjajahan
British, konsep kerajaan melayu telah terhapus dan digantikan dengan konsep
Negara. British menganggap setiap kerajaan melayu sebagai negeri.

Kesedaran tentang pembinaan Negara bangsa adalah disebabkan oleh


British. Malayan Union diperkenelkan di Tanah Melayu sebagai satu persediaan
kepada Tanah Melayu kea rah membentuk pemerintahan sendiri. Pengisytiharan
Malayan Union telah mengantikan pentadbiran tentera British (BMA). Akan tetapi,
kebanyakan orang melayu menentang Malayan Union kerana cara Sir Harold
Macmichael mengugut raja-raja melayu bahawa mereka akan diturunkan takhta
sekiranya tidak menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan
Badlishah, Kedah. Oleh kerana penentangan yang hebat daripada rakyat tempatan,
maka, Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah ditubuhkan bagi mengantikan
Perjanjian Malayan Union.

Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan bagi menggabungkan semua


negeri melayu dalam sesebuah pentadbiran berpusat. Perjanjian ini juga
membolehkan tiga kaum terbesar iaitu melayu, cina dan india juga mempunyai hak
mutlak ke atas Tanah Melayu. Pada tahun 1957, Tanah Melayu telah mencapai
kemerdekaan daripada British dan Tanah Melayu muncul sebagai sebuah Negara
baru yang merdeka.

Kesimpulannya, penyebab utama berlakunya penjajahanadalah kerana hasil


alam yang terdapat di Negara ini. Kekayaan ini mendorong kuasa luar menjajah
kerana hasil bumi ini mendapat permintaan yang sangat tinggi di pasaran dunia dan
harga barang-barang tersebut juga tinggi di pasaran dunia. Seperti yang kita tahu,
antimony di Sarawak yang dieksport pada tahun 1870 hingga 1916 bernilai hamper
2 juta dolar. Kerana inilah kuasa luar berusaha untuk menguasai Negara kita. Dalam
masa yang sama, penjajahan ini turut menyumbang kepada pembinaan Negara dan
bangsa di Negara kita. Apabila British menjajah Tanah Melayu, Malayan Union telah
diperkenalkan. Malayan Union yang mendapat tentangan daripada penduduk
tempatan telah digantikan denya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Setelah itu,
ianya membawa kepada rundinya kemerdekaan yang diketuai olen Tun Hussein Onn
dan seterusnya Tanah Melayu mencapai kemrdekaan. Ianya diteruskan lagim
dengan kemasukan Sabah dan Sarawak ke Tanah Melayu, maka, pada 31 ogos
1963, terciptalah MALAYSIA.

You might also like